Anda di halaman 1dari 23

SISTEM EKONOMI ISLAM

1. EKONOMI ISLAM: PERSPEKTIF

1.1 Ekonomi Islam ialah suatu bidang ilmu yang


menghuraikan disiplin hubungan manusia dengan
kegiatan ekonomi. Ia mencakupi hal/aspek-aspek
berikut:

a) Kuasa mutlak ALLAH ke atas kehidupan


manusia dan sumber ekonomi

b) Peraturan atau undang-undang dan nilai yang


membentuk perlakuan manusia dalam kegiatan
ekonomi
c) Hak-hak kehormatan manusia sebagai
pengusaha dan penerima faedah

d) Kedudukan sumber ekonomi sebagai punca


kegiatan

e) Kawalan dan pemisahan antara kegiatan ekonomi


positif dan kegiatan ekonomi negatif

f) Hasil pulangan ekonomi dan pengagihan


kekayaan berteraskan keadilan
1.2 Ekonomi Islam merupakan suatu disiplin yang
menyediakan saluran, kaedah, polisi, struktur dan
mekanisme yang berkesan, bagi manusia mencapai
KEPERLUAN ASAS (Basic Needs) dan faedah-faedah
ekonomi yang maksimum, dari sumber-sumber
ekonomi yang tersedia

1.3 Ekonomi Islam merupakan disiplin yang


menyediakan kaedah-kaedah dasar untuk
memaksimumkan agihan kekayaan ekonomi, sama ada
kepada individu, masyarakat, organisasi dan negara.
Ekonomi Islam menyeimbangkan hak golongan yang
mampu berusaha dan golongan yang tidak mampu

1.4 Ekonomi Islam berteraskan Aqidah (Tauhid &


Keimanan) dan Syariat. Gabungan Aqidah dan Syariat
menjamin kehormatan dan kebaikan kegiatan
ekonomi, sama ada dari aspek guna tenaga,
manusia, sumber ekonomi dan pengagihan yang adil
dan saksama
Prinsip-prinsip Asas
Kegiatan Ekonomi
2.0 Prinsip MILIKAN SEBENAR (MILIKAN MUTLAK)
2.1 a Ekonomi dan Islam mengakui dan menghormati bahawa
ALLAH sebagai PEMILIK sebenar (mutlak) ke atas makhluk-iaitu
manusia, sumber, kaedah, polisi serta agihan semula kekayaan

2.1 b ALLAH sebagai Pencipta dan Penguasa ke atas seluruh


makhluk, mempunyai kuasa Milikan Mutlak ke atas makhluknya.
Seluruh kegiatan ekonomi-Pengumpulan dan Pengagihan
kekayaan-mestilah berorientasikan-kepatuhan dn ketaatan serta
pengiktirafan kepada ALLAH- melalui kepatuhan kepada nilai-
nilai keimanan dan ketetapan syariat yang terkandung di dalam
al-Quran dan Sunnah

2.1 c Manusia dalam kapasiti apa jua pun, tidak boleh mengatasi
prinsip ini. Manusia perlu mengatur seluruh perlakuan ekonomi
sesuai dengan tarafnya sebagai makhluk dan Hamba Allah

Al-Quran: (5: 17), (5: 18), (3: 26), (3: 189), (2: 284),
(10: 6) & (36: 83)
2.2 Kedudukan Manusia-Penggerak/ Pengusaha Ekonomi :
Prinsip Hamba dan Khalifah

a. Penciptaan Manusia - sebagai Makhluk Terbaik


berfungsi/bertaraf sebagai:
i) Hamba – yang tunduk, menyembah Allah.
yang setia dan patuh kepada Allah
ii) Khalifah – Pemegang Amanah
Pentadbiran dan Pengurusan Kesejahteraan
Alam

b. Manusia diberi penghormatan untuk menjalankan kegiatan


ekonomi, demi untuk faedah diri sendiri dan menyumbang
faedah kepada pembangunan yang menyeluruh
c. Manusia sebagai Pelaksana Ekonomi, mestilah terikat
kepada semua peraturan, nilai dan hukum yang telah
ditentukan dalam ajaran Islam

Al-Quran: (2: 30), (6: 133) dan (57: 7)


2.3 Prinsip Kesepaduan Nilai Akhlak dan Kegiatan Ekonomi

a. Nilai akhlak berperanan untuk menjamin kesejahteraan


kegiatan ekonomi, dari sudut guna tenaga manusia,
kaedah-kaedah kegiatan, kesejahteraan sumber. Hak
terhadap hasilan ekonomi dan pengagihan kekayaan

b. Nilai-nilai teras dalam ekonomi ialah:


i. Beriman dan bertaqwa
ii. Berusaha dengan jujur/ikhlas
iii. Menghormati/menyayangi Manusia dan Makhluk
iv. Mengelakkan kezaliman dan kejahatan dalam
kegiatan ekonomi
v. Berpegang teguh kepada keadilan
vi. Berusaha dengan tekun, gigih dan berdaya saing
vii. Patuh dan tunduk ketentuan Syariat
viii. Mengelak dari sifat Buruk, Hina dan Keji dalam
ekonomi
2.4 Prinsip Kawalan Syariat Ke Atas Kegiatan Ekonomi

a. Peranan Syariat ke atas kegiatan ekonomi:

i. Menentukan peraturan yang mengatur kegiatan


ekonomi yang sihat
ii. Menentukan bentuk-bentuk amalan yang halal dan
haram
iii. Menentukan cara-cara pengagihan kekayaan yang adil
iv. Mengelakkan amalan-amalan yang negatif dalam
kegiatan ekonomi

b. Syariat Islam menyediakan mekanisme kesejahteraan


kemanusiaan, pelaburan ke atas sumber, dan hak-hak
kemanusiaan serta makhluk secara menyeluruh
2.5 Prinsip Pemisahan Kegiatan Ekonomi: HALAL dan HARAM

a. Islam menentukan kegiatan ekonomi yang HALAL seperti:


i. Perniagaan
ii. Pertanian dan Penternakan
iii. Perusahaan
iv. Kegiatan yang direstui oleh Syariat

b. Islam menghalang kegiatan HARAM dalam ekonomi


seperti:
i. Penipuan
ii. Kezaliman dan Penindasan
iii. Riba dan Rasuah
iv. Pembaziran / Pemborosan
v. Kegiatan lain yang tidak direstui oleh Syariat
c. Kegiatan ekonomi (pada semua peringkat) mestilah
memelihara nilai kesusilaan untuk menjamin iklim ekonomi
yang sihat, untuk peningkatan kualiti produktiviti mengikut
ajaran Islam

d. Islam memandang kegiatan ekonomi tanpa nilai-nilai


akhlak: akan merosakkan individu, organisasi dan negara

al-Quran: 20: 123-124


7: 9
9: 105
16: 97

“Sesiapa yang mengerjakan amalan soleh (baik) sama ada


lelaki atau wanita dalam keadaan beriman, maka kami
(Allah) akan berikan kehidupan yang baik, dan kami akan
berikan ganjaran pahala yang baik dari apa yang mereka
kerjakan
2.6 Prinsip Agihan Kekayaan Berorientasikan Keadilan Sosial

a. Hasil pulangan ekonomi hendaklah digunakan pada jalan


kebaikan dan dilaburkan untuk faedah yang maksimum

b. Hak-hak golongan yang hilang upaya kerja atau


golongan lemah-dihormati

c. Kekayaan diagihkan berdasarkan keadilan – antara


pengusaha dan pihak-pihak yang layak menerima faedah
dari pulangan ekonomi tersebut. Contohnya:

i. Negara
ii. Masyarakat
iii. Individu yang memerlukan
4.0
Institusi dan Produk Kewangan
Islam Masa Kini
4.1 Dalam sistem kewangan Islam masa kini,
berorientasikan kepada konsep Tanpa Faedah atau
Tanpa Riba. Sistem ini dikenali sebagai ‘Sistem
Perbankan Tanpa Faedah’

4.2 Institusi kewangan yang ditubuhkan ialah:

a. Bank Islam
b.Takaful (Insuran kenderaan, kesihatan, harta
benda, pelajaran dan keluarga)
c. Gadaian secara Islam
d. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YPEIM)
Produk Kewangan Islam Di Malaysia

1. Produk kewangan Islam di Malaysia


dilaksanakan di bawah skim, Sistem Perbankan
Tanpa Faedah (SPTF)

2. Institusi kewangan Islam di Malaysia yang


utama ialah Bank Islam Malaysia Bhd.

3. Tujuan SPTF untuk menyediakan kemudahan


kewangan melalui produk kewangan secara
khusus, berlandaskan prinsip Islam, mengikut
panduan Syariat
4.3 Produk-produk kewangan di bawah SPTF adalah seperti
berikut:

a. Akaun Simpanan Al-Wadi’ah


Akaun Semasa

b. Akaun Pelaburan Am Al-Mudharabah


Akaun Pelaburan Khas

c. Pelaburan Saham Al-Musyarakah


Perkongsian

d. Pelaburan Kerajaan Al-Qardhul Hasan

e. Pinjaman Perumahan Bai’ Bithaman Ajil


Pinjaman Kenderaan (Belian Harga Tangguh)
f. Pajakan Al-Ijarah

g. Jaminan kewangan Al-Kafalah

h. Pinjaman Kebajikan Al-Qardhul Hasan

i. Pembiayaan modal Al-Murabahah

j. Pinjaman biaya projek Al-Mudharabah


atau Al-Musyarakah

k. Penanggungan dan
tawaran bon secara Al-Ujr
Islam
ii. Kebebasan pengusaha menguruskan perniagaan dan
pelaburan dari modal yang dibekalkan oleh Pelabur
iii.Pembahagian keuntungan dengan kadar peratus yang
dipersetujui oleh pemodal dan pengusaha

5.3 Tujuan penubuhan institusi kewangan Islam seperti Bank


Islam dan produk-produk kewangan yang lain ialah:

a. Sebagai sebahagian daripada kaedah operasi


pengIslaman sistem kewangan, sistem ekonomi,
pembangunan negara secara menyeluruh

b. Sebagai kaedah untuk membuktikan bahawa sistem


kewangan Islam boleh mewujudkan suatu sistem
kewangan yang bersih, sihat, selamat dan mulia

c. Menyediakan pilihan terbaik (alternatif) kepada


pelanggan dari sistem kewangan yang berdasarkan
Faedah
6.0
Sistem Percukaian Dalam
Islam dan Produk-produk
Percukaian
6.1 Dalam sejarah peradaban ekonomi manusia, sistem percukaian
menjadi sumber pendapatan kewangan negara yang paling penting

6.2 Cukai: adalah suatu kadar tertentu ysng berupa wang atau benda
(hasil) yang dikenakan ke atas sejumlah hasil atau pendapatan atau
milikan seseorang atau sesebuah syarikat

6.3 Sistem cukai dilaksanakan dengan kuat kuasaan undang-undang


negara

6.4 Sejarah percukaian dalam Islam bermula dengan sistem Zakat-iaitu


sistem cukai yang diwajibkan ke atas setiap Muslim yang mencukupi
syarat dan bahan-bahan milikan atau hasilan

6.5 Kemudian, sistem ini dikenakan pula kepada orang –orang bukan
Islam yang mendapat perlindungan dari kerajaan islam (disebut
Dhimmi). Cukai wajib kepada mereka disebut JIZYAH. Sumbangan
cukai Jizyah adalah sebagai Jaminan Perlindungan Keselamatan dan
hak-hak sosial yang diberikan oleh negara Islam kepada bukan Islam
Riba-Bunga-Interest

Definisi:

1. Premium yang mesti dibayar oleh peminjam


kepada pemberi pinjaman bersama dengan
jumlah prinsipal sebagai memenuhi syarat untuk
melanjutkan kematangan urusniaga pinjaman

2. Harga yang dibayar untuk penggunaan wang


mengikut tempoh dan nilai harga semasa
(meminjamkan wang atau tawaran sekuriti)
(nilai kos iaitu memberikan ‘kuasa wang’ kepada
orang yang meminjam dengan mengenakan
tambah nilai atas kos wang)
Kesan Negatif Riba

1. Kuasa wang tetap berada pada golongan kaya. Institusi


kewangan bertindak di atas dasar keuntungan dan kepentingan
golongan kaya. Jurang kaya-miskin semakin luas

2. Riba mewujudkan ketidakseimbangan dalam sektor-sektor


ekonomi, dan menghalang pertumbuhan yang sihat

3. Riba menyebabkan sistem agihan dan milikan kekayaan tidak adil.


Mekanisme agihan dan milikan menjadi rosak akibat tekanan Riba

4. Aliran kuasa wang yang tinggi menjadi punca timbulnya inflasi

5. Perkembangan sektor swasta dalam pelaburan jangka panjang


akan menanggung kos yang tinggi melalui pinjaman Riba.
Akibatnya kerajaan menanggung beban kekurangan pelaburan
jangka panjang

6. Sistem Riba menimbulkan perpecahan dalam sistem perhubungan


manusia, institusi dan antarabangsa
Produk Kewangan Tanpa Riba Dalam Sistem
Kewangan Islam

1. MURABAHAH: Modal Jualan Untung


Harga modal dan keuntungan yang diberi dan diterima
oleh institusi kewangan –bagi membeli dan menjual
komoditi kepada pelanggan

2. MUSYARAKAH: Perkongsian Modal Dalam Penyertaan


Ekuiti
Persetujuan melalui perjanjian penyertaan modal (antara
2 pihak) untuk menghasilkan penyertaan dalam ekuiti.
Keuntungan dan kerugian ditanggung bersama mengikut
syarat-syarat perjanjian
3. MUDHARABAH: Perkongsian Modal dan Perkongsian
Kepakaran
Perjanjian antara pemberi modal dengan pelanggan yang
menyediakan prkhidmatan/pentadbiran urusniaga.
Untung-/Rugi diagihkan mengikut syarat-syarat dan
kontrak tersebut

4. IJARAH: Sewaan
Kadar sewaan kepada tawaran pelbagai kemudahan
peralatan atau ruang untuk memenuhi kehendak
pelanggan

5. QARD al-HASAN: Pinjaman Perkhidmatan Kemanusiaan


dan Kebajikan
Wang pendahuluan untuk menjalankan urusniaga-
Bayaran balik ialah pokok pinjaman dan bayaran
perkhidmatan mengikut syarat-syarat yang dipersetujui

Anda mungkin juga menyukai