Anda di halaman 1dari 39

BAHAGIAN C

KELEMAHAN CALON
DAN
KELEMAHAN PEPERIKSAAN GURU
Kelemahan Calon

I. Tidak memahami kehendak soalan


II. Menyalin semula ayat berdasarkan petikan.
III. Tidak dapat mengenal pasti nilai-nilai murni
IV. Mengulas cerita yang diberi, tidak membuat ulasan
tentang nilai
V. Nilai murni yang tidak berkaitan dengan petikan.
Hanya nilai murni yang dihafal / diketahui sahaja.
VI. Banyak kesalahan dalam aspek bahasa
KELEMAHAN-KELEMAHAN PEMERIKSAAN GURU

1. Menggunakan satu jenis penandaan sahaja untuk


kesalahan-kesalahan bahasa yang berlainan.
2. Menggunakan satu tanda ( / ) panjang lalu
diberikan markah
3. Tidak meletakkan penandaan bagi kesalahan yang dilakukan
oleh calon
4. Penandaan bagi idea-idea yang diberikan oleh calon tidak
ditandakan dengan tepat
5. Masih menggunakan kaedah analitik dalam penandaan
6. Markah yang diberikan kepada calon tidak digenapkan
7. Kurang tepat dalam menentukan kesalahan dalam aspek
tatabahasa
Contohnya, antara kesalahan struktur ayat dengan
penggunaan perkataan.
8. Markah yang diberikan kurang tepat, sama ada terlalu tinggi
/ terlalu rendah untuk bahagian C . Tiada markah 0.
UPSR (BAHASA MELAYU)
FORMAT BAHARU MULAI 2005

Bahagian C
Perkara : Membuat Ulasan (Pengajaran,
nilai murni,
kebaikan,faedah dll)
Stimulus : Petikan (sastera/bukan
sastera)
Bilangan soalan : 1 soalan sahaja (Tiada pilihan)
(Soalan wajib dijawab)
Jumlah perkataan : Tidak kurang 50 perkataan (SK)
Bentuk jawapan : Satu perenggan
Markah : 20 markah
Cadangan masa
menjawab : 20 minit
TEKNIK MENJAWAB
BAHAGIAN C
SEBELUM MENJAWAB
1. Baca dan faham arahan soalan.
a)  Tulis lima nilai murni atau
pengajaran yang boleh kamu
dapati daripada petikan atau puisi.

b)   Panjang jawapan kamu mestilah


tidak kurang daripada 50 patah
perkataan.

c)  Tulis jawapan kamu dalam satu


perenggan.
2. Mencatat nilai murni/pengajaran/amalan yang baik
a) Baca petikan atau puisi yang diberi secara
keseluruhan dan cuba faham isi kandungannya.
 
b) Baca petikan atau puisi yang diberi secara ayat
demi ayat dan gariskan ayat / rangkaikata yang
mempunyai nilai-nilai murni.

c) Jika terdapat nilai yang negatif, jadikan nilai itu


kepada positif.
( Contoh: bangun lewat – bangun awal)
3. Senaraikan nilai murni seberapa banyak
yang dapat ( melebihi 5 nilai murni )
4. Memahami nilai yang tersurat dan tersirat.
5. Elakkan membuat ulasan dalam bentuk
cerita.
6. Hanya nilai positif yang terdapat dalam
petikan sahaja diterima.
7. Elakkan / jangan menyalin semula
petikan kerana ini menyebabkan aras
penskoran akan turun(PTM)
SEMASA MENJAWAB
1. Berpandukan nilai-nilai murni yang telah
dicatat, tulis jawapan dengan menggunakan
ayat sendiri dan cuba gunakan penanda
wacana yang sesuai untuk membina ayat
yang gramatis.
2. Ulasan hendaklah tulis dalam satu
perenggan sahaja.
3. Elakkan / jangan menyalin semula
petikan kerana ini menyebabkan aras
penskoran akan turun.
4. Peribahasa atau kata hikmat tidak perlu
dimasukkan.
5. Kemukakan lebih daripada 5 (lima)
nilai/pengajaran.
6. Ulasan tidak perlu terlalu panjang. Satu
nilai memadai dengan satu ayat sahaja.
( cadangan 8 – 12 perkataan )
7. Hanya nilai positif yang terdapat dalam
petikan sahaja diterima.
SELEPAS MENJAWAB
1. Semak 5 aspek kesalahan bahasa.
( perbendaharaan kata, struktur ayat,
imbuhan, ejaan dan tanda baca )
2. Pastikan lebih daripada 5 nilai murni /
pengajaran.
3. Bilangan perkataan tidak perlu terlalu
panjang.Memadai antara 50 – 70 patah
perkataan sahaja.
4. Jangan mencatat di ruang jawapan.
CONTOH LATIHAN
Apabila balik dari sekolah, Suraya mengeluarkan buku-buku teks
barunya dari beg. Kakaknya berkata, “Biar kakak tolong kamu balut buku-
buku itu,” Suraya menjawab, “Terima kasih kasih, kak. Biar saya yang
membalut buku-buku ini.”
Suraya merupakan anak yang suka menolong ibu bapa dan ahli
keluarganya. Suraya selalu menolong ibunya mencuci pinggan
mangkuk,melipat kain dan mengemas rumah. Suraya juga membantu
ayahnya mencuci kereta.
Setiap pagi sebelum mandi, dia akan mengemas bilik tidurnya
supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri.
Rambutnya diikat kemas,kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga
kebersihan pakaian.
Pada hari minggu,suraya dan keluarga selalu bersama-sama
membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat
pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga
merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka
sentiasa kelihatan bersih dan cantik.
Nilai murni atau pengajaran
1. Menjaga keselamatan buku
2. Memberi bantuan/tolong-menolong
3. Berdikari dengan membuat sendiri
4. Rajin membantu keluarga
5. Menjaga kebersihan
6. Mengisi masa lapang
Contoh jawapan
Nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam
petikan di atas ialah kita hendaklah menjaga keselamatan
buku dengan membalut buku. Selain itu kita mestilah
mengamalkan sifat pemurah dengan memberikan bantuan dan
bekerjasama antara satu sama lain. Seterusnya,kita haruslah
menjaga kebersihan diri dan persekitaran supaya kelihatan
bersih dan ceria.Di samping itu, kita seharusnya menolong ahli
keluarga untuk meringankan bebanan mereka. Di samping itu
juga,kita sepatutnya tidak membuang masa dengan
melakukan perkara yang tidak berfaedah. Akhir sekali, kita
sepatutnya menjadi seorang insan yang bertanggungjawab
kepada diri dan keluarga.
BANTU LULUS
1. Nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapa dalam
petikan di atas ialah kita
hendaklah ............................................
……………………………
2 Selain itu, kita mestilah …………………………………….
3. Seterusnya, kita haruslah ………………………………….
4. Di samping itu, patutlah ……………………………………
5. Akhir sekali, kita sepatutnya …………………………….
Kesimpulannya, kita seharusnya mengamalkan nilai-
nilai murni dalam kehidupan seharian kita .
HAFAL INI
Nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas
ialah kita hendaklah ……………………………
Selain itu, kita mestilah ……………………………………..
………………………………….
Seterusnya, kita haruslah ………………………………….
..........................................................................
Di samping itu, patutlah ……………………………………
……………………………………………………………………….
Akhir sekali, kita sepatutnya …………………………….
……………………………………………………………………….
Kesimpulannya, kita seharusnya mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian kita.
CONTOH LATIHAN BANTU LULUS
Azman mencapai lastik yang baru dibuatnya lalu
terus keluar dari rumahnya.Ibunya berkali-kali
melarangnya namun dia tetap berdegil.

Nilai murni/pengajaran :menghormati ibu bapa

Ulasan :kita hendaklah sentiasa menghormati ibu


bapa dan mematuhi nasihat yang diberikan
kepada kita.
Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.Murid-murid yang menerima
hadiah mengucapkan terima kasih kepada beliau.

Nilai murni/pengajaran :
……………………………………………
Ulasan
……………………………………………………………………
Nyatakan nilai-nilai murni dalam
ayat-ayat di bawah ini:

Aimin mengaku telah mengambil dompet


rakannya dan sedia menerima nasihat guru
kaunselingnya.

( hemah tinggi - akui kesalahan


sendiri)
Walaupun cacat penglihatan namun
Shukri tidak mengharap simpati malah
dia membuat kerja sendiri untuk
menampung hidupnya.

( berdikari - berupaya
bertindak
sendiri )
Suhaimi mohon maaf
daripada ibunya atas
kesalahan yang dilakukan dan
ibunya terima dengan senang
hati.
( baik hati - saling
bermaafan )
Jani menafikan tuduhan yang
dilemparkan terhadap dirinya
serta menunjukkan bukti-
bukti yang nyata.

(keberanian - berani kerana


benar )
Sesungguhnya para guru rela
mengorbankan masa dan
tenaga demi mendidik anak
bangsa.

( kerajinan - dedikasi )
Ayah Jumaiyah telah mengambil kira
buruk baiknya sebelum anaknya
berhasrat untuk melanjutkan pelajaran
ke luar negara.

(Rasional - membuat
pertimbangan )
Walaupun jirannya suka
melonggokkan sampah di tepi pintu
pagar rumahnya namun Zahid
berjaya mengawal diri untuk
mengelakkan perselisihan faham.

( kerjasama - toleransi )
LATIHAN 1
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Petang itu hanya Diana dan adiknya yang tinggal di rumah. Ibu
dan ayahnya ke rumah Pak Cik Yunus. Sudah seminggu Pak Cik Yunus
sakit. Barah paru-paru. Semasa sihat Pak Cik Yunus suka merokok.

Tiba-tiba Diana terdengar bunyi hon kereta di depan pintu pagar


rumahnya. Diana keluar . Kelihatan dua orang lelaki sedang berdiri di
samping sebuah kereta Produa Kancil. Mereka ialah jurujual. Tanpa
membuka pintu pagar, Diana menolak barangan yang cuba ditunjukkan
oleh jurujual tersebut.

Diana terus masuk ke dalam rumah. Dia mengunci semua pintu


dan tingkap rumahnya. Azan Maghrib berkumandang dari masjid yang
berhampiran dengan rumahnya. Diana menyuruh adiknya mandi. Nanti
mereka akan sembahyang bersama-sama.
LATIHAN 2
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Seperti biasa tiap-tiap petang Adam dan ayahnya berjoging di


Taman Tasik Serendah, tidak jauh dari rumah mereka. Kali ini mereka
melalui jalan belakang. Banyak sampah sarap yang dibuang di situ,
sedangkan tong sampah ada disediakan.

Apabila tiba berhampiran kawasan tasik itu, sekali lagi Adam


terkejut. Banyak ting kosong. pembalut makanan, botol minuman dan
bahan terbuang yang lain terapung-apung di permukaan tasik.

Adam terkilan. Tidak sepatutnya taman dan tasik yang begitu


indah dibiarkan tercemar angkara perbuatan individu yang tidak
bertanggung-jawab. Sebagai pengerusi Kelab Rekreasi sekolah, dia harus
berbuat sesuatu. Masalah pencemaran harus diatasi. Orang ramai mesti
sedar pentingnya menjaga alam sekitar.
LATIHAN 3
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan
di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hati Auni masih berbelah-bagi antara setuju atau tidak. Dia tidak
dapat membuat keputusan sama ada menerima atau menolak permintaan
Aswad dan Johan untuk belajar bersama-sama dalam satu kumpulan.
Auni masih tidak dapat melupakan bagaimana Aswad selalu
memandang rendah kepadanya. Mentang-mentang dia anak orang yang
berharta dan berpengaruh di pekan ini. Setiap kali Auni mendapat markah
yang tinggi dalam ujian, dia dapat rasakan yang Aswad tidak senang
dengan kejayaannya itu.
Apabila Aswad datang memohon maaf dan ingin berkawan
dengannya, dia benar-benar terkejut. Lebih-lebih lagi apabila Aswad
meminta bantuannya supaya menjadi ‘guru tuisyen’ terutamanya dalam
pelajaran bahasa Inggeris dan Matematik.
Akhirnya Auni tersenyum. Dia masih ingat kata-kata Ustazah
Suhayati. Tidak baik berdendam dan memberi pertolongan kepada yang
memerlukan ialah sifat yang terpuji.
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Tandakan betul atau
salah. Baiki kesalahan jika ada.

1. Emak menyuruh abang membersih tangki air


yang diletak di atas bumbung rumahnya.
2. Abang membeli sepasang stokin dan sehelai
kain sampin.
3. Dia tidak perasan bila berselisih dengan
penyanyi terkenal tanah air itu.
4. Setelah penat berjalan, mereka berhenti dan
beristirahat sebentar di kaki Bukit Semambu.
5. Encik Misbun telah menerima surat lantikan
sebagai jurulatih badminton kebangsaan.
6. Ibu memotong sekaki bunga ros lalu
memasukkannya ke dalam bekas bunga di
ruang tamu.
7. Kakak Amiza melambai-lambaikan tangan
sambil senyum kepada adik.
8. Kad pintar yang digunakan ini mempunyai
berbagai aplikasi.
9. Petinju yang tinggi dan berbadan tegap itu
ialah abang saya.
10. Encik Hamid pulang lewat ke rumahnya,
kerana beliau ada janji temu dengan seorang ahli
perniagaan.
11. Majlis pelancaran kempen itu akan diadakan
di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.
12. Kita digalakkan makan sayur-sayuran dan
buah-buahan sebab terdapat serat yang akan
melancarkan proses penghadaman.
13. Kawasan yang curam dan bertebing tinggi itu
berbahaya kepada orang ramai terutamanya
kanak-kanak.
14. Hujan turun dengan lebat. Oleh kerana
latihan bola sepak terpaksa dibatalkan.
15. Adalah dimaklumkan bahawa esok diumukan
sebagai hari cuti.
Budaya Malaysia
 Fatimah telah menjemput Kumari , Ah
Kow dan Madlaim untuk menghadiri majlis
rumah terbuka sempena Hari Raya Puasa
pada jam 7.00 malam.

 Nilai Murni :
 Pengajaran :
Budaya Malaysia
 Kumari, Ah Kow dan Madlaim tiba di
rumah Fatimah pada jam 7.30 malam dan
mereka meminta maaf atas kelewatan
kerana kesesakan jalan raya.

 Nilai murni
 Pengajaran
Budaya Malaysia
 Fatimah tidak kecewa malah berasa
gembira kerana kawan-kawannya yang
sudi datang ke rumah terbukannya dan
segera mempelawa mereka untuk
menjamu selera.
 Nilai murni
 Pengajaran
Budaya Malaysia

Anda mungkin juga menyukai