Anda di halaman 1dari 21

IJMAK

DEFINISI IJMAK:
 Dari segi bahasa:
 1. Azam atau membulatkan hati untuk melakukan
sesuatu perkara
 2. Bersepakat mengenai sesuatu perkara.

 Dari segi istilah ulama’ usul fiqh:


 Persepakatan para ulama’ mujtahidin dari umat nabi
Muhammad s.a.w pada mana-mana masa terhadap
hukum syarak selepas kewafatannya.
SYARAT-SYARAT IJMAK:
 1. Ahli ijtihad merupakan para ulama’ mujtahidin.
 2. Kesemua ahli-ahli ijtihad, mestilah terdiri dari
kalangan ulama’ mujtahidin. Tidak boleh seorang pun
yang terkecuali.
 3. Para ulama’ yang berijtihad mestilah terdiri daripada
umat nabi Muhammad s.a.w
 4. Ijmak mestilah berlaku selepas kewafatan Nabi
Muhammad s.a.w
 5. Hukum yang dikeluarkan oleh para mujtahid mestilah
hukum yang disepakati oleh seluruh para ulama’
mujtahidin.
BAHAGIAN-BAHAGIAN IJMAK:
 1. Ijmak sorih : merupakan kesepakan semua ulama’
mujtahidin tentang sesuatu perkara secara total (tanpa
bantahan)
 2. Ijmak sukuti: sebahagian ulama’ memberi pandangan
tentang sesuatu masalah, manakala sebahagian yang lain
hanya mendiamkan diri tanpa menzahirkan pendapat
samaada setuju ataupun tidak.
SYARAT IJMAK SUKUTI:
 1. para ulama’ mendiamkan diri tanpa menunjukkan
tanda menentang atau bersetuju.
 2. berdiam diri sehingga cukup tempoh masa berijtihad
(pada kebiasaan)
 3. masalah yang diijtihadkan mestilah masalah yang
mempunyai dalil-dalil zanni.
SANDARAN KEPADA IJMAK:
 1. Al-Quran : contoh: hukum berkahwin dengan nenek
dan keatas dan anak dan kebawah adalah haram.hukum
ini merupakan ijmak para sahabat merujuk kepada ayat
ke 23 dari surah An-Nisa’.
 2. Sunnah. Ijmak para sahabat memutuskan bahawa
bahagian nenek adalah 1/6 didalam masalah
pembahagian pusaka. Ia berdasarkan sunnah nabi dimana
Rasullullah s.a.w memberi harta pusaka sebanyak 1/6
kepada nenek.
PENGHUJAHAN IJMAK:
 1. ijmak sorih: ijmak sorih merupakan hujjah yang
qath’ie yakni hujah yang wajib diikuti dan tidak boleh di
belakangi.
 2. ijmak sukuti: para ulama’ berselisih pendapat tentang
pengambilan hukum berdasarkan ijmak sukuti. Diantara
pendapat-pendapat ulama’ tentang ijmak sukuti adalah;
 - syafie dan maliki: ianya bukan ijmak dan tidak
dikategorikan sebagai hujjah dan ianya adalah hujjah
yang zanni (ada keraguan padanya)
 - hanafi dan hambali: ianya merupakan hujjah yang
qath’ie dan tidak boleh dibelakangi, akan tetapi martabat
ijmak sukuti adalah lebih rendah berbanding ijmak sorih.
QIYAS
DEFINISI QIYAS
 Bahasa:
 1. Ditakdirkan sesuatu dengan sesuatu

-contoh : aku mengukur tanah ini dengan meter.


 2. Membandingkan sesuatu dengan yang lain

-contoh: aku membandingkan kertas ini dengan kertas


itu. Ia bermaksud, kedua-dua kertas adalah sama.
 Istilah:
 Menyamakan/meletakkan sesuatu masalah yang tidak
dijelaskan hukumnya di dalam Al-Quran (dan sumber-sumber
lain yang disepakati) dengan masalah yang dijelaskan
hukumnya didalam salah satu daripadanya (sumber-sumber
dalil) kerana menyamai keduanya pada ‘illah hukum.
 Huraian:

 Ulama’ mendapati bahawa sesuatu masalah tersebut terdapat


padanya dalil yang menunjukkan hukum tentang
permasalahan itu. Tetapi, dalam keadaan lain, hukum tentang
masalah tersebut tidak terdapatnya dalil dari mana-mana
sumber yang disepakati. Justeru, para ulama’ menganggap
kedua-dua masalah adalah sama dari segi ‘illah hukum.
RUKUN-RUKUN QIYAS:
 1. Asal – Masalah yang dijelaskan hukumnya di dalam
Al-Quran atau mana-mana dalil yang disepakati.
 2. Hukum asal – Hukum syarak yang telah dijelaskan
dalam sesuatu masalah melalui dalil-dalil yang
disepakati.
 3. Furu’- Masalah yang tidak dijelaskan hukumnya
didalam mana-mana dalil yang disepakati.
 4. ‘illah- Sifat yang berupa sebab bagi hukum asal yang
mana ianya sama dengan sifat pada masalah furu’.
CONTOH QIYAS:
 1. Pengharaman arak. Surah al-Maidah ayat 90
menceritakan tentang pengharaman arak. Arak dari
pengertian ulama’ adalah sejenis minuman yang
memabukkan yang diperbuat daripada anggur sahaja.
Hukum asal dari ayat ini mengatakan bahawa hukum
minum arak yang diperbuat daripada anggur adalah
haram. Akan tetapi, nas tersebut tidak menceritakan
tentang pengharaman arak yang diperbuat dari kurma
ataupun tuak. Dalam masalah ini, ulama’ menggunakan
‘illah “memabukkan” sebagai persamaan/qiyas kepada
semua minuman untuk diletakkan hukum padanya
samaada boleh dimunum ataupun tidak.
 2. Hukum waris membunuh pewaris asal(pemilik harta)
adalah haram berdasarkan hadis Rasullulah s.a.w yang
menyatakan bahawa “ la yarisu al-qatil” yang bermaksud,
“tiada pewarisan bagi pembunuh”. Dalam masalah yang
lain, contohnya seperti orang yang menerima wasiat
membunuh penerima wasiat yang lain sebelum sampainya
tarikh kesahan wasiat,masih tidak dijelaskan hukum nya di
dalam mana-mana sumber yang disepakati. Justeru, para
ulama’ menyamakan ‘illah hukum dengan hukum tiada
warisan kepada pembunuh menggunakan ‘illah “isti’jal” atau
“bersegera/tidak sabar untuk memiliki sesuatu harta”
sehingga melakukan perkara-perkara buruk dengan niat untuk
mendapat harta dengan cepat.
 3. Hukum membeli barangan yang telah diputuskan oleh
orang lain untuk membelinya dah hukum bertunang dengan
tunang orang lain. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh
Rasullulah s.a.w bersabda “ seorang mukmin itu bersaudara
dengan mukmin yang lain, tidak halal bagimu untuk meminang
perempuan yang telah dipinang oleh saudaramu atau membeli
mana-mana barangan yang telah diputuskan oleh saudaramu
untuk membelinya sehingga ia meninggalkannya”
 Berdasarkan hadis ini, adalah dapat difahami bahawa, ‘illah
hukum yang digunapakai bagi masalah-masalah yang berkaitan
dengan persaudaraan antara orang Islam adalah segala perbuatan
yang menyakiti orang lain dan boleh membawa kepada putus
silaturahim, permusuhan dan menimbulkan perasaan dendam
adalah haram.
SYARAT-SYARAT KHAS BAGI QIYAS:
 1. Syarat hukum asal
 - hukum asal mestilah hukum syarak yang melibatkan
perbuatan-perbuatan manusia yang disabitkan di dalam
Al-Quran dan sunnah.
 -’illah yang dikeluarkan dari hukum asal adalah ‘illah
yang mampu dikeluarkan oleh akal.
 -‘illah yang dikeluarkan dari masalah asal mestilah ‘illah
yang boleh disamakan dengan masalah furu’.
 -tidak boleh menggunakan ‘illah pada hukum asal yang
khas hukumnya pada masalah tertentu. Contohnya
seperti hukum berkahwin dengan empat orang isteri.
 2. Syarat furu’:
 - Tiada hukum yang dinyatakan (di dalam mana-mana sumber
dalil) yang disepakati tentang sesuatu masalah.
 - ‘illah pada masalah asal mestilah ada dan sama dengan
‘illah pada masalah furu’

 3. Syarat ‘illah:
 - ‘illah tersebut mestilah sifat yang zahir di dalam kedua-dua
masalah iaitu pada masalah asal dan furu’.
 - sifat kepada ‘illah adalah sifat yang terhad/menyekat .
Contoh: ‘illah adalah memabukkan. Sifat yang terhad tau
menyekat adalah untuk mengelakkan kerosakkan pada akal
akibat mabuk.
 - sifat yang ada pada ‘illah adalah sifat yang ada kaitan
dengan sifat yang ada di dalam masalah furu’. Contohnya
seperti masalah membunuh waris pada masalah pewarisan
dengan masalah membunuh pewaris wasiat kepada pemilik
harta.
 - sifat ‘illah yang ada pada hukum asal tidak boleh terpisah
dengan sifat ‘illah yang ada pada masalah furu’
 - sifat kepada ‘illah adalah sifat yang tidak diharamkan oleh
syara’. Contoh, menyamakan bahagian lelaki dan perempuan
di dalam masalah faraid.
BAHAGIAN-BAHAGIAN QIYAS:
 1. Qiyas aula: ‘illah pada hukum furu’ adalah lebih
utama berbanding dengan asal disebabkan kuat ‘illah
padanya.
 2. Qiyas musawi : ‘illah pada hukum furu’ adalah sama
dengan asal dari segi hukum tanpa ada keutamaan
daripada asal.
 3. Qiyas adna: ‘illah pada hukum furu’ adalah lemah dan
tidak jelas.
PENGHUJAHAN QIYAS
 Qiyas merupakan salah satu daripada bahagian dalil-dalil
yang disepakati yang merupakan hujah syariah yang
disepakati penggunaanya disisi ulama’ jumhur.
 Diantara hujah-hujah penerimaan qiyas dalam kalangan
ulama’ adalah :
 1. berdasarkan dari ayat ke-2 surah al-hasyr. Di dalam ayat
ini Allah Taala menjelaskan tentang akibat buruk yang
menimpa kaum bani Nadhir diatas kelakuan mereka. Dan
Allah mengingatkan juga kepada semua makhluk untuk
tidak melakukan perkara yang sama sepertimana kaum
Bani Nadhir lakukan agar tidak ditimpa bala sama
sepertimana bala yang menimpa Bani Nadhir.
 2. Rasullullah s.a.w juga menggunakan qiyas ketika Baginda
menerangkan hukum kepada Saidina Umar al-Khattab
tentang hukum bercium ketika berpuasa. Rasullulah s.a.w
menjelaskan bahawa becium adalah sama hukumnya dengan
berkumur-kumur ketika berpuasa dimana ianya tidak
membatalkan puasa seseorang mukallaf.
 3. Para sahabat juga mengamalkan qiyas ketika menghukum
dengan hukum bunuh kepada pembunuh yang sama-sama
terlibat di dalam kes pembunuhan. Ia diqiyaskan dengan
hukum potong tangan kepada pencuri yang sama-sama
terlibat dengan kes curi terhadap sesuatu harta.
KESIMPULAN:
 Qiyas merupakan satu sumber yang sah sebagai dalil dan
sumber hukum dan hujah. Ia terletak pada martabat yang
keempat selepas Al-Quran, sunnah dan ijmak.
 Sesorang yang mengingkari hukum qiyas tidaklah
sampai dihukum dengan hukum murtad. Kerana qiyas
merupakan salah satu cara dalam menetapkan hukum
bagi sesuatu masalah yang tidak terdapat padanya hukum
yang jelas.

Anda mungkin juga menyukai