Anda di halaman 1dari 78

FALSAFAH ILMU

The Cave An Adaptation Of Plato's Allegory In Clay.Mp4


PERSOALAN MAKNA FALSAFAH
 Berfikir
 Manusia pertama adalah manusia yang mula berfikir.

 Berfikir kritis – mendalam, tidak terima bulat-bulat – konsep apungan? Bumi itu leper?

 Pemikiran yang tersusun - Kitab-kitab agama sudah lama menunjukkan pemikiran yang
tersusun

 Kerangka besar - Doktrin agama sudah mula bercerita mengenai kerangka besar.

 Apa yang anda faham?


DEFINISI FALSAFAH

 Yunani - Philo (cinta) & sophos (kebenaran, hikmah, kebijaksanaan)

 Bukan semata-mata merujuk kepada kecintaan dan kebendaan semata-mata tetapi


mendorong manusia untuk mencari hakikat sesuatu, meneliti hubungan sebab dan
akibat dan mentafsirkan pengalaman manusia secara mendalam walaupun tidak
berjaya mencapainya.

 Dari sudut istilah, falsafah bermaksud sesuatu ilmu yang mendasar kepada makna
sebenar sesuatu perkara sehingga jelas makna dan tujuannya.

 Siapa tokoh yang memperkenalkan perkataan philosophia & gelar dirinya


philosophas?
 Phytagoras orang pertama menggunakan perkataan falsafah dan menggelarkan dirinya pencinta
kebijaksanaan (lover of wisdom).

 Istilah ini kemudiannya dipopularkan oleh Plato & Aristotle.


MAKNA FALSAFAH
 Plato (427-347 SM) - pengetahuan tentang segala kewujudan.

 Anak murid Plato, Aristotle (384-322 SM) – usaha menyelidik, sebab dan asas segala benda, mengkaji
hal yang beliau namakan sebagai metafizik yang meneliti asal wujud.

 Al-Farabi (950 SM) – ahli falsafah Islam – ilmu pengetahuan tentang alam yang maujud dan bertujuan
menyelidiki hakikatnya yang sebenar.

Titus (1959: 8-9) – sikap tentang hidup dan alam semesta, satu kaedah pemikiran reflektif dan
penyelidikan akliah, satu peringkat (memahami) masalah dan satu peringkat teori atau system fikiran dalam
usaha mencari kebenaran.

Ibn Rushd (1126-1198) – penyelidikan tentang alam wujud dan memandangnya sebagai jalan untuk
menemui Maha Pencipta segala ciptaan.
MAKNA FALSAFAH

 Sidi Gazalba (1978) – berfikir secara mendalam, sistematik, radikal dan universal dalam rangka mencari
kebenaran.

 Falsafah – ilmu yang menyelidik segala sesuatu dengan terperinci dan mendalam tentang sebab
terjadinya sesuatu peristiwa sehingga sebab terakhir dan mutlak ditemukan.
 Falsafah mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan dan memberi pengaruh dalam yang
sangat berkesan dalam kehidupan.

 Socrates, guru Plato – direkodkan – “kehidupan yang tidak diperiksa, tidak layak untuk dihayati”
(the unexamined life was not worth living) – membayangkan falsafah sebenarnya
mendominasikan kehidupan manusia.

 Tanpa pemeriksaan falsafah, sesuatu bentuk kehidupan tidak sesuai untuk dihayati atau menjadi
pola kehidupan sesorang.

 Falsafah ini ibu segala pengetahuan - Dari falsafah, lahir ilmu-ilmu yang lain seperti matematik,
perubatan dll - Dengan kemajuan ilmu juga, falsafah jadi cabang ilmu. Fungsi tidak berubah
untuk tangani masalah-masalah yang tidak dapat dijawab oleh ilmu yang terbatas.

 Falsafah penting atau tidak dalam kehidupan?


CIRI BERFIKIR SECARA FALSAFAH

 Berfikir secara kritikal dan radikal – secara mendalam hingga ke akar umbinya atau asal-
usulnya atau hakikatnya, sehingaa dapat mengeluarkan kekuatan dan kelemahan – ada unsur
diskusi, soal, jawab, pertikai – bukan secara rambang dan tergesa-gesa.

 Berfikir secara menyeluruh – menurut pengalaman manusia umumnya, bukan secara khusus
atau terbatas seperti disiplin ilmu tertentu.

 Berfikir secara integral – bersepadu dan lengkap meliputi semua bahagian yang ada, bukan
secara khusus dan terpisah seperti dalam disiplin ilmu tertentu.
Kritis

Rasional

Bertanggun-
gjawab Reflektif
Mengemuka
kan bukti

Bebas Konseptual
Melakukan
perbandingan

Membuat
Komprehe- penilaiandan
nsif Koheran
kesimpulan

Metodologi Sistematik
Kejajaran idea
PENGERTIAN FALSAFAH

Mencari jawapan
Peranan kepada
permasalahan asasi
Falsafah manusia.
(ultimate problem)

Persoalan
terkeluar Berkait rapat
daripada menjawab Falsafah
pe rm asalahan p erm a salahan asasi (Jawapan)
segera ma nusi a
(Immediate
problem)
 Falsafah – bidang ilmu yang menekankan konsep (idea).
 Konsep – diperkenalkan oleh Socrates dalam dialognya Symposium – menumpukan
kepada konsep cinta. Yunani – ramai bercakap mengenai cinta.

 Falsafah lebih konseptual berbading faktual.


 Cth: pelayaran Munsyi Abdullah ke Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu .
 Fakta – berperanan menjelaskan tentang pelayaran tersebut tetapi konsep mengkaji
apakah itu pelayaran, apakah konsep pelayaran.

 Falsafah – bidang ilmu yang banyak mengemukakan masalah dan menunjukkan jalan
penyelesaian untuk faedah individu, masyarakat, negara dan tamadun.
 Bangsa yang mementingkan falsafah terbukti telah membina tamadun – Tamadun Yunani,
zaman kecermelangan Islam pada Zaman Pertengahan di Semenanjung Tanah Arab, era
kebangkitan Renaissance dan zaman falsafah moden di barat – kejayaan terhasil daripada
kepentingan yang ada pada falsafah.
Kebahagiaan

Falsafah ilmu
Mempengaruhi
yang sentiasa
Kehidupan
berkembang

Falsafah
Membazakan
Menjelaskan
antara Zahir
fenomena fizik
dengan batin

Memahamkan Memantapkan
kebudayaan luar individu
FUNGSI FALSAFAH
 Memandu seseorang mengenal pasti pokok masalah terlebih dahulu, buat klasifikasi dan
seterusnya buka fikiran, berbincang, melihat pro dan kontra tiap-tiap tanggapan.

 Menyajikan pertanyaan yang tidak diajukan dalam ilmu empirik.

 Menganjurkan berfikir secar kritikal, logik, sistematik, teratur dan mendalam tanpa gangguan
emosi, bias serta sentimental.

 Membuka fikiran supaya isu yang dibahaskan itu luas mencakupi pelbagai bidang dan jurusan
dan akhirnya fokus pada isu yang dibahaskan.

 Kesimpulan dan rumusan dibuat di akhir proses pemikiran.


FUNGSI FALSAFAH

1. Mengadakan revolusi di dalam persepsi.


2. Mencegah pemikiran rutin dan mengembalikannya kepada pemikiran refleksif
3. Mencegah pemikiran mekanistik dan mengembalikannya ke pemikiran aktif dan
kreatif
FUNGSI FALSAFAH
 Membantu manusia dalam hidupnya untuk memahami maksud dan falsafah kehidupan.

 Ini merupakan masalah dalam kehidupan manusia

 Isu – bolehkah manusia disamakan seperti haiwan. Adakah tidak pandai berbahas, darjatnya
jatuh menjadi haiwa? Adakah pandai berfikir, darjat naik menjadi malaikat atau dewa dewi?

 Memahami pelbagai budaya, disiplin ilmu, aliran pemikiran dan kehidupan – kapitalisme,
sosialisme, liberalisme, sekularisme dll.

 Berusaha mencari pandangan yang komprehensif mengenai manusia dan alam jagat.
FUNGSI FALSAFAH
 Menghasilkan pemikiran yang jelas, tekal, tekal/tidak berubah-ubah/konsisten & objektif
melalui pemikiran secara kritis berkaitan masalah abstrak, bertanyakan soalan-soalan yang
mantap & merumuskan jawapan yang rasional.

 Memberi panduan dan prinsip untuk memilih matlamat, kaedah dan tujuan di samping
mencari kebenaran, bukan memberi jawapan yang tepat dan tidak boleh dipersoalkan lagi.
Tujuan Falsafah
1. Berusaha mencari pandangan yang komprehensif
mengenai manusia & alam sejagat. Kesemuanya dilihat
sebagai satu keseluruhan yang berpadu & dalam
perhubungan yang tertib serta sempurna
•Sains fizik mengasingkan alam jagat satu demi satu &
elemen demi elemen
2. Menghasilkan pemikiran yang jelas, tekal & objektif
melalui pemikiran secara kritis berkaitan masalah abstrak,
bertanyakan soalan-soalan mantap & merumuskan
jawapan yang rasional.
Tujuan Falsafah

3. Memberi panduan dan prinsip untuk memilih


matlamat, kaedah dan tujuan di samping mencari
kebenaran ; bukan memberi jawapan yang tepat
dan tidak boleh dipersoalkan lagi.
4. Bertujuan memberi arah contohnya dalam hal
etika dan pendidikan
ILMU

B e r b e z a d e n g a n pengetahuan, pan dan gan,


ILMU fakta atau m a k l u m a t

Benar – maklumat dan pandangan bersifat


hakiki, tiada unsur keraguan

Maklumat yang benar dapat dipastikan dari kaedah


analisis, hipotesis dll. Maklumat mesti bermakna
kepada penerimanya
CIRI-CIRI ILMU

Mempunyai teori atau Mempunyai kaedah untuk


konsep tertentu yang boleh mendapatkannya secara
diterangkan secara empririkal.
rasional.

CIRI-CIRI
ILMU

Mempunyai pokok Kandungan permasalahan


persoalan dan kandungan sentiasa dalam proses
permasalahan secara pertambahan, pemantapan
sistematik. dan penyempurnaan.
P E N G E RT I A N FA L S A FA H ILMU

Pemikiran reflektif
terhadap pelbagai
persoalan ilmu

Bidang pengetahuan bersepadu –


kewujudan & perkembangannya
bergantung kepada hubungan
timbal balik dan saling pengaruh
antara falsafah & ilmu
cabang falsafah ilmu

FALSAFAH

ONTOLOGI EPISTEMOLOGI
AKSIOLOGY
FALSAFAH( FALSAFAH(
)FALSAFAH NILAI(
)KEWUJUDAN )KEBENARAN

ETIKA ESTETIKA
FALSAFAH( )FALSAFAH KESENIAN(
)BUDIPEKERTI

ETIKA BUKAN ISLAM ETIKA ISLAM (AKHLAK)


FOKUS PERBINCANGAN

o Merujuk kepada falsafah:


o Barat
o China
o India
o Islam

o Penting meneliti ilmu falsafah secara holistik – tidak fokus pada Barat sahaja,
SEJARAH FALSAFAH BARAT

 Peringkat awal – Zaman Yunani (Abad ke 6 SM)

 Pemikiran manusia berubah dari mitos kepada rasional – hubungan sebab


akibat.

 Thales (624-548 SM)


 Pythogoras (580-500 SM )
 Socrates (469-399 SM)
 Plato (427-347 SM)
 Aristotle (384-322)
 Dialog Socrates dengan Strepsiades yang percaya kekuasaan Zues (Aristophanes,
buku The Clouds:

Strepsiades: Tetapi, demi bumi! Adakah bapa kita Zeus dan Olimpik itu bukan
Tuhan?
Socrates: Zeus? Apa itu? Adakah tuan gila? Zeus itu tidak wujud.

 Beliau percaya pada Socrates dan menasihat anaknya Phidippides tolak


kepercayaan pada Dewa Zeus.

 Terdapat pengkaji yang menganggap Socrates adalah Luqmanul Hakim seperti


dikisahkan dalam al-Quran (Muhammad Alexender@Wisnu Sasongko, Luqmanul
Hakim adalah Socrates Berkulit Hitam, 2013: 705).
SEJARAH FALSAFAH BARAT
 Zaman Pertengahan.
 Abad 4-14 M
 Kemuncak pertemuan antara falsafah Yunani dan agama (Islam, Yahudi & Kristian)
 Hellenistik – eksport budaya Yunani ke dalam budaya budaya bukan Yunani selepas penaklukan Alaxender the
Great.

 Zaman Paderi (Abad 4 - 9 ) - St. Agustine


 Zaman Skolastik (Abad 10-13 ) - Al-Farabi
 Zaman Kebangkitan Pemikiran Averoisme
 Zaman Renaissance
 Zaman Falsafah Kemanusiaan (1400-1500)
 Zaman Falsafah Tentang Alam (1500-1600)
SEJARAH FALSAFAH BARAT
 Zaman Moden

 Ciri utama falsafah moden?

 Falsafah Abad 17 M (Falsafah Rasionalisme) – Antara tokoh (Rene Descartes & Spinoza
 Mula zaman Renaissance – kebenaran bersumberkan pena’kulan dan wujud secara bebas
daripada pengalaman pancaindera.

 Falsafah Abad ke 18 M (Falsafah Empirisme) – Antara tokoh (John Locke, David Hume, George
Berkeley) – Orientasi falsafah yang berhubung dengan kemunculan ilmu pengetahuan moden dan metode
ilmu.
SEJARAH FALSAFAH BARAT
 Falsafah Abad 19 M (Falsafah Romantisme)- Antara tokoh (Jean Jacques Rousseau, Friedrich Schegal dari Jerman, Mary Shelly
dari England) – Reaksi terhadap falsafah rasionalisme, emperisisme serta pengaruh pemikiran golongan liberatarian dan egalitarian
Revolusi Perancis.

 Pasca Kontianisme – tokoh Immanuel Kant – pelopor falsafah idealism – lahirkan falsafah realism, idealism mutlak dan positivisme.

 Abad ke 20 M (Falsafah Positivisme) – antara tokoh (Thomas Kuhn) - guna pelbagai kaedah dalam bangunkan ilmu/pengetahuan
dan mengkaji etnografi sampai analisis saintifik.

 Falsafah Abad 20 M (Falsafah Pragmatisme ) – Teori yang hanya tujuannya bagi memenuhi keperluan, praktikal dan kepentingan
hidup manusia serta berdasarkan manfaat atau akibat yang memuaskan. Antara tokoh (John Dewey/Kiekegaard) – falsafah ilmu
harus tinggalkan ilmu pengetahuan dan gantikan dengan sumber pengetahuan
ilmu pengetahuan dan kebenaran – sebuah perjalanan dan bukan tujuan
dewey jadikan pragmatism asas berfikir secara kritis.
SEJARAH FALSAFAH BARAT
 Falsafah Zaman Kontemporari – Perlu perubahan moden yang alami kegagalan.

 Pasca moden tentang pandangan dunia moden dan anggap realiti itu tidak teratur dan sesuatu mutlak tidak
dapat diketahui darinya.
FALSAFAH CINA
o Diperkaya selepas kedatangan tradisi Buddha

o Tradisi utama/asli – Konfucianisme & Taoime

o Ketiga-tiga digabungkan – orang ambil bahagian ketiga-tiga upacara keagamaan untuk tujuan sosial dan memenuhi
keperluan rohaniah berlainan.

o Sarjana moden – agama China bukan sebagai San Chiao (Sanjiao) atau tiga pengajaran tetapi 4 (Konfucianisme,
agama rakyat, Taoisme dan Buddhisme.
FALSAFAH CINA
o Pemikiran orang Cina tidak memisahkan teori perlaksanaannya

o Berorientasikan humanisme – manusia & perilakunya menjadi perhatian utama kepada tokoh-tokoh falsafah China
berbanding falsafah Yunani & India

o Etika & kerohanian


 Etika – intipati kehidupan manusia & sekaligus sebagai tujuan hidup
 Kerohanian – seseorang dinilai melalui moral & etika, kehidupan dalam sosial, kenegaraan & politik

o Falsafah mengajar sifat optimis & demokrasi –masyarakat Cina lebih toleran
FALSAFAH CINA
o Falsafah China – dibahagikan kepada 4 zaman

 Zaman Klasik hingga 960 (tarikh penubuhan Dinasti Sung (Song)


 Muncul pelbagai aliran pemikiran klasik - Konfucianisme, Taoime, Mazhab Ying Yang, Mohisme, Ming Chia,
Doaisme, Dialektisisme & Legalisme

 Zaman Pembauran – bermula kemasukan Buddhisme dari India yang memberi warna baharu kepada pemikiran
falsafah China

 Neo- Konfucianisme – merujuk kepada gerakan-gerakan yang muncul untuk kembalikan ajaran Konfucias yang asal

 Zaman Moden – pemikiran falsafah China banyak dipengaruhi oleh Barat – Marx, Lenin, Mao Tze Dong
FALSAFAH INDIA

 Ahli falsafah menghasilkan karya dalam pelbagai bidang – falsafah, linguistik, matematik, logic, astronomi &
perubatan

 Tradisi falsafah India berkait rapat dengan perkembangan agama Hindu – berteraskan kitab suci – Veda

 4 kitab Veda – Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda & Antharva Veda

 Falsafah tradisi india terbahagi kepada 2


 Aliran Ortodoks (Astika Darsana)
 Aliran Heteredoks (Nastika Darsana)
FALSAFAH INDIA
 Aliran Ortodoks (Astika Darsana – Nyaya
Vaishestika
MENDOKONG KEBENARAN Sankhya
YANG TERKANDUNG DALAM Yoga
Minimansa
KITAB VEDA Vedanta

 Nyaya
 Diasaskan oleh Gotoma
 Ambil berat persoalan epistemology
 Sumber ilmu sahih – persepsi, inferens, perbandingan & penyaksian
 Sumber ilmu tak sahih – ingatan, syak wasangka, keyakinan yang salah & hujah hipotetikal
 Vaishestika
 Diasaskan oleh Kanada sekitar kurun ke 2 SM
 Sumber ilmu ada 2 – persepsi, inferens
 Aliran ini iktiraf 6 kategori (padarthal) – jirim, sifat, pergerakan fizikal, ciri umum, ciri khusus, ciri tertentu yang
berkaitan & diwariskan

 Sankhya
 Aliran tertua yang memperakui kitab Veda
 Konsep dualism
 roh (purusha) – tidak bergantung kepada apa-apa sebab tetapi roh memerhatikan, merasai perubahan
berlaku pada masyarakat
 Jasad fizikal (prakriti) – asas kewujudan dunia material
 Yoga
 Diasaskan oleh Patanjali kurun ke 2 SM
 Menerima Tuhan sebagai Yang Maha Sempurna, kekal abadi, pemilih hikmah & unsur paling tinggi dalam
meditasi
 Hikmah sebagai ilmu paling tinggi & Tuhan dipercayai memiliki hikmat tersebut
 Amalan yoga ada 8 unsur utama – yama, niyama, asana, pranayama, dharyana, dhiyana, samadi

 Mimansa
 Pendukung kuat kebenaran kitab Veda
 Sumber ilmu wujud dalam 2 perspektif
 Sumber langsung– ilmu yang diperolehi melalui pancaindera dengan syarat organ pancaindera berfungsi
dengan sempurna
 Sumber tidak langsung
 Vedanta
 Berakhirnya era Veda
 Berpegang kepada sumber utamaUpanishads (karya huraian kitab Veda)
 Bermula seawall 200 tahun SM
 Doktrin aliran ini membincangkan persoalan seputar Brahman merujuk unsur kekal abadi, tertinggi, hakikat yang
agung & sebab utama kewujudan manusia
FALSAFAH INDIA
 Aliran Heteredoks ( Nastika Darsana –
LOKAYATA/CARVAKA
GOLONGAN YANG MENOLAK & JAINISME
MEMPERTIKAIKAN AUTORITI BUDDHISME

KITAB-KITAB VEDA SEBAGAI


SUMBER AGAMA & ILMU

 Lokayata/Carvaka
 Pemikiran yang menjadi pegangan masyarakat umum
 Era india Kuno – masyarakat faham atheism materialism
 Bersikap skeptikal terhadap karma, kehidupan semula & teologi
 Tokoh- Brhaspathi & Ajita Kesakambali (kurun ke 6 SM)
 Selepas itu – Carvaka – nisbah kepada penulis karya sutra Brhaspathi
FALSAFAH INDIA

 Jainisme
 Muncul kurun ke 9 dan 6 SM
 Tokoh – Mahavira (6 SM), Parshva (9 SM)
 Berpegang fahaman atheism & tolak ketuhanan
 Menerima testimony dan inferens sebagai sumber ilmu berbeza dengn aliran lokayata/carvaka

 Buddhisme
 Diasaskan – Siddartha Gautama
 Hidup sekitar 5 SM
 Siddartha – mengkritik sami-sami Brahmin perpegang kepada kitab-kitab Veda secara membuta tuli
 Bersikap skeptikal terhadap sumber-sumberilmu berasal dari domain metafizik dan akal (teori)
PERKEMBANGAN FALSAFAH INDIA

ZAMAN VEDA (1500-600 SM)


 Kedatangan bangsa Arya di India
 Tanamkan kekuasaannya di India
 Kitab suci – Veda, Brahmana, Upanishad

ZAMAN WIRACARITA (600-200 SM)


 Zaman hikayat cerita kepahlawanan
 Ia menjadi perkembangan Upanishahyang tertua dan sistem-sistem falsafah (daryasana)
PERKEMBANGAN FALSAFAH INDIA

ZAMAN SUTRA-SUTRA (200 - SEKARANG)


 Konsep pemikiran banyak, perlu membuat rangkuman yang pendek & ringkas

ZAMAN SCOLASTIK (200 - SEKARANG)


 Muncul tokoh-tokoh besar teori tersendiri seperti Kumarila, Sankara, Ramanuja, Jayanta &
Udayana
FALSAFAH ISLAM

 3 TAHAP TERBENTUK TRADISI KEILMUAN & INTELEKTUAL ISLAM DALAM KRONOLOGI PENURUNAN WAHYU

 Tahap penurunan wahyu


 Mekah - tahap awal Mekah (konsep ketuhanan & keimanan), akhir (konsep yang lebih luas& abstrak seperti ilmu nubuwwah & ibadah)
 Madinah – kehidupan bermasyarakat dan konsep-konsep sosial

 Tahap penjelasan konsep


 Wahyu yang diturunkanmengandungi struktur dasar yang worldwide ilmiah – susunan ilmu konseptentang kehidupan, ilmu, etika, halal, haram,
wujud tafsir, ta’wil dll
 Tahap ini penting kerana wujudnya susunan pengetahuan dalam pemikiran Islam
FALSAFAH ISLAM

 Tahap kelahiran struktur konsep keilmuan Islam


 Melahirkan tradisi keilmuan dalam Islam – kelompok sahabat yang digelar Ashbab al-Suffah di Madinah
 Melahirkan ramai pakar ilmu pelbagai bidang – hadith (Abu Hurairah), penetapan hukum (Ali bin Abi Talib), satera (Hasan bin Thabit, tafsir (Al-
Zuhri) dll
Komponen Utama Falsafah

Secara prinsipnya, persoalan


persoalan pokok dalam falsafah
terbahagi kepada 3 komponen utama

1. Metafizik ( Teori Hakikat )


2. Epistemologi I Teori Ilmu )
3. Aksiologi ( Teori Nilai )
Komponen Utama Falsafah
Metafizik

- Ilmu tentang kewujudan sesuatu yang bersifat sejagat


- Mengkaji benda wujud

Ontologi ( Teori Hakikat )


 Hakikat Tuhan ( teologi / metafizik )
 Hakikat alam semesta ( kosmologi )
 Hakikat manusia ( psikologi )
Komponen Utama Falsafah

3. Aksiologi ( Teori Nilai )


 Etika
 Estetika
METAFIZIK

 Inggeris:metaphysics, Latin: metaphysica dari Yunani meta ta physica


(sesudah fizika); daripada meta (setelah, melebihi) dan physikos (menyangkut
alam) atau physis (alam)
 Falsafah tentang hakikat yang ada di sebalik fizika. Hakikat yang bersifat
abstrak dan di luar jangkauan pengalaman manusia. Tegasnya tentang realiti
kehidupan di alam ini: Alam ini wujud atau tidak? Siapakah kita?
Apakah peranan kita dalam kehidupan ini?…
 Kajiantentang sesuatu yang bersifat rohani dan yang tidak dapoat diterangkan
dengan kaedah penjelasan yang ditemukan dalam ilmu yang lain
 Kajian kritis terhadap andaian dasar yang digunakan oleh sistem pengetahuan
kita dalam penyataannya tentang apa-apa yang nyata
LOGIK

 Inggeris: logic, Latin: logica, Yunani: logike atau logikos (ujaran yang dapat difahami atau akal
budi yang berfungsi dengan baik, teratur dan sistematik)

 Falsafah tentang fikiran / pendapat yang betul dan yang salah mengikut norma tertentu dalam
kehidupan manusia, iaitu tentang penaakulan

 Logika mengkaji peraturan membuat kesimpulan yang membolehkan kita mengemukakan


cadangan dan hujah atas landasan yang betul dan boleh dipercayai serta tidak bercanggah dengan
pemikiran rasional. Logik dapat dilihat dari dua segi:

> logik deduktif: membuat kesimpulan daripada penyataan am hingga penyataan yang khusus

> logik induktif: membuat kesimpulan daripada penyataan khusus hingga penyataan am yang
tentatif
ETIKA

 Dari Yunani ethikos, ethos (adat, kebiasaan, praktik). Etika mencakup idea
karakter dan kecondongan (disposisi) dan berhubungan dengan kegiatan praktis
 Etikaberkaitan tingkah laku yang baik dan yang buruk, iaitu tentang nilai-nilai
moral dan peraturan kelakuan yang dipersetujui oleh masyarakat dunia
 Etika menjadi kiblat kepada idea kewajipan dan tugas, penyataan prinsip
perilaku, bukannya penelusuran konsep
 Kebaikan dan kebenaran dapat dilihat sebagai objektif (padanan faktor realiti
dan hal tertentu) atau subjektif. Keadaan ini melahirkan objektivisme etika atau
subjektivisme etika
 Etikapada emosi menyatakan sikap sepakat dan penolakan atau pencelaan, di
samping menentukan makna dan daya nilai kehidupan
ESTETIKA

 Estetika sebagai cabang falsafah juga dikenali sebagai falsafah keindahan. Estetika
berasal daripada bahasa Yunani aisthetika yang bermaksud hal-hal yang dapat dicerap
dengan indera atau aisthesis yang bermaksud cerapan indera
 Estetikadigambarkan sebagai kajian falsafah tentang keindahan dan kejelekan. Estetika
juga berkaitan dengan nilai bukan moral. Ini demikian kerana estetika mengkaji nilai
kecantikan dan kesenian dalam pelbagai objek yang ditemukan dalam alam ini
 Antara persoalan estetika:
- Apakah keindahan itu?
- Keindahan bersifat objektif atau subjektif?
- Apakah ukuran keindahan?
- Apakah peranan keindahan dalam kehidupan?
- Bagaimanakah hubungan antara keindahan dengan kebenaran?
EPISTEMOLOGI

 Epistemologi berasal daripada kata bahasa Yunani episteme (pengetahuan, ilmu


pengetahuan), dan logos (pengetahuan, maklumat) - ilmu pengetahuan tentang
pengetahuan.

 Epistemologi juga dikenali sebagai teori pengetahuan

 Epistemologi - falsafah tentang ilmu pengetahuan - perihal mengetahui sesuatu


yang tidak diketahui - apakah sumber pengetahuan? Apakah yang benar? Apakah
yang murni?
EPISTEMOLOGI

 Hakikat kebenaran - apa-apa yang ada pada tanggapan indera.

 Tidak ada hakikat kebenaran yang hakiki, yang bebas daripada keadaan seseorang
dan suasananya

 Oleh itu, tidak ada kebenaran mutlak dan tidak ada ketidakbenaran mutlak. Benar
pada individu tertentu, tidak benar pada individu lain, walaupun objek sasarannya
satu. Boleh juga benar pada satu masa, dan tidak benar pada masa yang lain bagi
orang yang sama. Jadi, pengetahuan yang benar ialah pengetahuan yang sesuai
dengan objeknya
Falsafah Umum

4 Falsafah Umum

i - Idealisme Falsafah Tradisional


ii- Realisme - Matlamat tetap
- Pembentukan di luar dari
iii- Pragmatisme individu
Iv- Eksistensialisme Falsafah Moden
- Cara & matlamat adalah pada
dimensi yang sama
Idealisme
 Plato, Rene, Descartes, Spriroza, Immanual Kant, Hazel, Tylor.
 “Jiwa & kerohanian manusia adalah yang terpenting dalam kehidupan. Alam
jagat pada hakikatnya bukanlah kebendaan”

 Aksiologi (Apakah nilai?)


Nilai & etika adalah tetap, hakiki dan mutlak.
Bukan ciptaan manusia tetapi sebahagian daripada tabii alam jagat ciptaan
Tuhan
Dasar & kaedah persekolahan mestilah menggambarkan &
mengembangkan nilai-nilai tradisi yang dianggap oleh masyarakat & orang
ternama sebagai berguna & berharga
Realisme

 Aristotle, Francis Bacon, Whitehead, St. Thomas, Aquinos, Bertrand


Russell
 Alam kebendaan adalah realiti

 Aksiologi ( Apakah nilai ? )


Asas nilai pada dasarnya adalah tetap.
Sebahagian mempercayai bahawa nilai ditentukan oleh tabii dan
sebahagian oleh Tuhan
Percaya adanya hukum moral sejagat yang kekal & universal
Percaya kepada perlunya disiplin yang tegas
Pragmatisme
 William James, Pierce, John Dewey.
 Realiti adalah interaksi di antara manusia dengan alam sekelilingnya.
 Perubahan adalah sari pati realiti.

 Aksiologi (Apakah nilai?)


Nilai adalah relatif, berubah & tidak universal
Nilai adalah berkemumgkinan dan tidak mutlak
Nilai timbul daripada kehendak sosial & individu
Nilai memberi implikasi awam
( kesan kepada masyarakat )
Eksistensialisme
 Kierkegaard, Jean-Paul Sartre, Martin Heideigger
 “Manusia bertanggungjawb terhadap dirinya sendiri untuk menetapkan
matlamat & mebuat keputusan yang bebas daripada norma-norma
kumpulan”.

 Aksiologi (Apakah nilai?)


Kewujudan seseorang merupakan nilai asas bagi dirinya.
Manusia sendiri bertanggungjawab terhadap sistem nilai sendiri
Tidak perlu mengikuti norma nilai sesuatu masyarakat
Nilai adalah perkara yang peribadi & hak individu
JADUAL

IDEALISME Menuruti yang maha kuasa

REALISME Hukum tabii

PRAGMATISME Nilai-nilai umum

EKSISTENSIALISME Berlandaskan kepada


kebebasan individu
Falsafah Khusus .7
a) Falsafah Agama – Apakah keagamaan itu?
b) Falsafah Ilmu/Sains – Apakah ilmu itu?
c) Falsafah Hukum …
d) Falsafah Pendidikan …
e) Falsafah Sejarah …
f) Falsafah Politik …
g) Falsafah Matematik …
FALSAFAH KHUSUS

 Falsafah yang perkembangannya paling pesat ialah falsafah ilmu


pengetahuan. Disiplin ini mengandungi perbezaan antara falsafah ilmu alam
dengan falsafah ilmu sosial, seperti falsafah sejarah, falsafah pendidikan,
falsafah agama, falsafah undang undang, falsafah kejuruteraan, falsafah
politik, falsafah kebudayaan dan falsafah bahasa
 Falsafah yang berasaskan disiplin ilmu itulah yang dinamakan falsafah
khusus. Falsafah jenis ini merupakan dasar daripada sebab penelitian
ilmiahnya dalam bidang khusus tersebut
 Inijuga merupakan titik tolak bagaimana ilmu itu mencapai objektifnya, iaitu
kebenaran. Sebenarnya setiap ilmu ditujukan untuk mencapai kebenaran serta
pengabdiannya kepada umat manusia, hanya cara atau jalannya yang berbeza
 Setiap ilmu mempunyai objek formal atau objek bendanya. Dalam objek benda, beberapa ilmu mungkin
mempunyai objek yang sama, tetapi untuk maksud penjelasan pemisahan ilmu, maka objek formalnya
bebeza-beza

 Objek formal ini merupakan pandangan khusus ilmu masing-masing berdasarkan apa-apa yang dianggap
benar, terutama menurut norma dan ukuran masyarakat pada masa itu. Oleh itu setiap falsafah ilmu tersebut,
memperlihatkan falsafah masyarakatnya, di samping memperlihatkan peningkatan dari segi perkembangan
ilmu berkenaan

 Cabang falsafah dirumuskan menerusi aliran monisme, dualisme, pluralisme, idealisme, materialisme,
mekanisme, teologisme, Determinisme, indeterminisme, naturalisme, hedonisme, utilitarisme, vitalisme,
rasionalisme, empirisme, kritisisme, realisme, eksistensialisme, pragmatisme/eksperimentalisme,
fenomenologisme, positivisme, aliran falsafah hidup…
FALSAFAH SPEKULATIF

 Cara pemikiran yang sistematik tentang sesuatu yang wujud, iaitu berdasarkan hakikat
bahawa memang menjadi fitrah manusia berkeinginan untuk melihat sesuatu secara
keseluruhan yang bermakna. Misalnya apabila kita melihat pemandangan yang indah,
fikiran kita biasanya tidak tertumpu pada keindahan itu semata-mata, tetapi akan
menjelajah ke perkara lain yang lebih khusus, yang mewujudkan keindahan itu

Berdiri di tepi Bengawan Solo, terlihatlah kebesaran Kerajaan Mataram yang silam, tertegun di
tepi kali Brantas, terlihatlah Patih Gajah Mada dan Hayam Wuruk, berdiri di pinggir Musi,
terlihatlah Sang Nila Utama dan Deman Lebar Daun, berdiri di bukit Siguntang, terpandanglah Wan
Empuk dan Wan Malini… Naik kapal terbang menuju Eropah, sampai di Afrika, kelihatan flora dan
fauna yang hijau tanda kesuburan, di tanah Arab kelihatan gunung batu granit hitam, tiba di
pergunungan Alpen, kelihatan gunung putih bersih diselaputi salji.

Falsafah Spekulatif berusaha untuk mencari satu persepaduan dan pertalian bagi
semua pemikiran dan pengalaman
FALSAFAH PRESKRIPTIF

o Falsafah ini berusaha untuk menentukan nilai atau standard, perlakuan dan seni. Nilai etika dan nilai
estetika diberikan garis panduan dengan menentukan nilai itu wujud semula jadi atau projeksi fikiran kita
semata-mata

o Dalam etika dan agama, tindakan moral ditentukan oleh sumber yang berautoriti, iaitu Tuhan. Sebarang
penentangan dianggap tindakan moral yang negatif

o Dalam ilmu pengetahuan, status preskriptif bermaksud sesuatu hukum menjadi prinsip yang utuh, dan
memastikan bahawa benda terjadi seperti yang sepatutnya berasaskan prinsip yang ditentukan
FALSAFAH ANALISA

 Falsafah ini memberikan tumpuan terhadap makna dan perkataan. Yang dikaji ialah perkara
seperti sebab musabab, fikiran, kebebasan, peluang yang sama, agar makna perkataan itu dapat
dikaji dalam pelbagai konteks

 Makna perkataan itu mungkin bercanggah jika digunakan dalam konteks yang berlainan. Cara
inilah yang mendasari falsafah bahasa

 Falsafah Spekulatif, falsafah Preskriptif, dan falsafah Analisa tidak semestinya berpisah, malah
dalam pelaksanaannya, ketiga-tiga falsafah itu cenderung untuk bergabung
FALSAFAH BAHASA

 Ilmu yang menyelidiki bahasa dengan terperinci dan mendalam, iaitu bahasa sebagai alat dalam
mengungkapkan soal-soal ketuhanan, alam semester dan diri manusia sebagai insan yang hidup

Falsafah Bahasa (Philosophy of Language): Falsafah bahasa bermakna percubaan atau pendirian
dalam menganalisis ciri-ciri bahasa seperti sistem dan strukturnya, makna atau pengertian, lakuan
bahasa… Falsafah bahasa tidak lari daripada asas pemikiran dalam kaedah penganalisisan bahasa

Falsafah Kebahasaan (Linguistic Philosophy): Falsafah kebahasaan bermakna percubaan atau


usaha untuk menjelaskan atau menghuraikan masalah falsafah dengan cara menganalisis makna
perkataan, frasa atau ayat, dan dengan cara menganalisis perkaitan logik antara perkataan, frasa
dan ayat dalam bahasa tabii
Aliran Falsafah
1. Aspek Metafizik
i – Kualitatif
` a) Aliran naturalisme
` b) Aliran supernaturalisme
` c) Aliran materialisme
` d) Aliran spritualisme
` ii – Kuantitatif
` a) Aliran dualisme
` b) Aliran pluralisme
` c) Aliran pantheisme
` d) Aliran monisme
Aliran Falsafah
2. Aspek Epistemologi

` a) Aliran Rasionalisme
` b) Aliran Empirisme
` c) Aliran Positivisme
` d) Aliran Realisme`
e) Aliran Idealisme
Aliran Falsafah
3. Aspek Aksiologi
`
a) Aliran Naturalisme
` b) Aliran Hidonisme
` c) Aliran Utilitarianisme
` d) Aliran Idealisme
e) Aliran Vitalisme
f) Aliran Teleologikal
ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH
 Monisme: Unsur pokok terhadap sesuatu ialah esa atau satu. Yang lain hanyalah
ilusi. Golongan materialis menganggap benda ialah dasar dunia, golongan idealis
menganggap idea ialah dasar dunia
 Dualisme: Unsur pokok terhadap sesuatu ialah dua, iaitu roh dan benda jasmani dan
rohani, dunia inderawi dan dunia cendekiaan, realiti dan kemungkinan
 Pluralisme: Realiti asas bersifat jamak
 Idealisme: Hakikat itu bersifat roh. Semua realiti bersifat kerohanian. Jirim tidak benar
dan alam semester harus dianggap sebagai sari pemikiran. Tiada pengetahuan lain,
selain proses mental
 Materialisme: Hakikat bersifat kebendaan. Sesuatu yang tidak nyata adalah tidak
benar. Penekanan terhadap faktor kebendaan yang spiritual dalam metafizika, nilai,
fisiologi dan epistemologi
 Mekanisme: Kejadian berlaku sendiri berdasarkan hukum sebab akibat. Penekanan terhadap
keupayaan memberi penjelasan mekanis bagi struktur internal benda alam dan seluruh alam

 Teologi: Sesuatu kejadian berhubung dengan kejadian yang lain, iaitu semata-mata mempunyai tujuan
yang sama. Hubungan dunia ilahi (ideal kekal dan tak berubah) dengan dunia fizikal

 Determinisme: Kemahuan manusia dibelenggu, iaitu sudah dipastikan lebih dahulu, dan semua kejadian
mempunyai sebab

 Metafizika: Dikenali juga dengan nama Indeterminisme, iaitu kemahuan manusia bebas sebebas-
bebasnya. Beberapa kejadian tidak mempunyai sebab, dan kejadian juga tidak dapat diramalkan
kerana elemen kemungkinan, ketidakpastian, keterbukaan…
 Naturalisme: Kebahagiaan manusia boleh didapati menerusi panggilan fitrah (nature) kejadian manusia itu
sendiri. Sifat manusia sebagai satu peluasan daripada peraturan biologi semata-mata mengikut prinsip alam

 Hedonisme: Perlakuan susila ialah perbuatan yang menimbulkan kenikmatan dan kelazatan. Konsep moral
yang menyamakan kebaikan dengan kesenangan. Kebaikan dan kesenangan ini merupakan tujuan kehidupan

 Utilitarianisme: Buruk dan baik perlakuan manusia dinilai daripada banyak atau sedikitnya manfaat bagi
manusia. Dikenali juga sebagai teori kebahagian terbesar. Asasnya ialah kebaikan terbesar bagi jumlah
terbesar

 Vitalisme:Penilaian baik atau tidak perlakuan manusia berasaskan daya maksimum seseorang melakukan
sesuatu tindakan. Aliran ini juga dikenali sebagai teori ilmiah tentang konstitusi batin makhluk hidup
 Rasionalisme: Dikenali juga sebagai intelektualisme, iaitu sumber pengetahuan manusia ialah fikiran, rasio dan jiwa
manusia, dan bebas daripada pengamatan inderawi. Kebenaran tidak dapat diuji dengan prosedur, tetapi dapat diuji
dengan kriteria tertentu

 Empirisisme: Pengetahuan manusia berasal daripada pengalaman manusia, iaitu dari dunia luar yang ditanggap oleh
pancaindera. Semua idea merupakan abstraksi yang dibentuk menerusi penggabungan apa-apa yang dialami

 Kritisisme: Pengetahuan manusia berasal daripada dunia luar, dan berasal daripada jiwa atau fikiran manusia

 Realisme: Pengetahuan manusia ialah gambar yang baik dan tepat daripada kebenaran, kerana gambar yang baik
akan memancarkan kebenaran. Manifestasi daripada kebenaran ialah menerima apa-apa yang ada walaupun tidak
menyenangkan
 Eksistensialisme: Falsafah yang bertitik tolak pada manusia, yang eksistensi (konkrit), iaitu cara manusia berada dalam
bentuk maujud, dan mendahului emosi. Oleh sebab pusat pemerhatiannya ialah manusia, maka aliran ini bersifat
kemanusiaan

 Pragmatisme: Benar atau tidaknya ujaran, dalil atau teori bergantung pada manfaat ujaran, dalil atau teori itu. Kebenaran
ptraktis berasaskan kepentingan subjektif setiap individu

 Fenomenologi: Hasrat sebenar akan tercapai jika kita cuba mengamati fenomenon realiti yang sering terjadi di sekeliling
kita. Aliran ini berpusat pada analisis gejala kesedaran manusia terhadap diri dan alam sekeliling

 Positivisme: Peristiwa yang dialami oleh manusia dilihat dari perspektif yang positif berasaskan fakta pengetahuan. Ilmu
alam merupakan sumber pengetahuan yang benar, dan menolak nilai kognitif
 Epistemologi: Dikenali juga sebagai Teori Pengetahuan, iaitu pengetahuan tentang pengetahuan. Hal ini terlihat jelas
dalam aliran Realismne dan Idealisme

 Logika: Falsafah yang menekankan ujaran yang dapat difahami atau akal budi yang berfungsi dengan baik, dan
sistematik. Asasnya ialah penyataan premis ke suatru penyataan selanjutnya, iaitu kesimpulan. Logika juga dikenali
dengan nama Instrumen Ilmu

 Aliran Falsafah Hidup: Falsafah yang baik wujud jika akal dipadukan dengan keperibadian atau seluruh kehidupan

 Cabang falsafah yang menjadi sumber paling penting dalam aliran pemikiran dan kebahasaan ialah metafizika, logika
dan epistemologi.

 Cabang falsafah ini dijelmakan melalui tiga cara atau gaya, iaitu falsafah Spekulatif, falsafah Preskriptif, dan falsafah
Analisis
RENUNGAN

 Maklumat atau pengetahuan merujuk kepada hal-hal yang biasa, yang dimiliki oleh setiap orang dalam
kehidupan seharian.

 Pengetahuan yang tersusun menurut kaedah dan sistem tertentu akan menjadi ilmu atau sains.

 Ilmu & sains hanya berusaha menjawab masalah-masalah segera dan bukannya masalah asasi
tentang hakikat atau tujuan sesuatu.

 Justeru memerlukan peranan falsafah dan kebijaksanaan untuk menyelesaikannya.


RENUNGAN

 Falsafah hanya mampu memberikan jawapan yang bersifat tidak pasti dan spekulatif. Maka timbullah
peranan agama untuk memberi jawapan atau keputusan tentang masalah-masalah asasi tadi.
RUMUSAN

 Ia adalah “ilmu istimewa” yang cuba menjawab masalah yang tidak dapat dijawab oleh ilmu pengetahuan biasa

 Ia adalah hasil daya upaya manusia dengan akal budinya untuk memahami ( mendalami & menyelami ) secara radikal,
integral dan sistematik hakikat berikut :
 Hakikat Tuhan
 Hakiat alam semesta
 Hakikat manusia

 Sesuatu yang terletak di antara sains & teologi.

Anda mungkin juga menyukai