Anda di halaman 1dari 32

7.1.

4 Menerangkan Definisi dan


rumus Kadar Syarat
Perdagangan
Nominal

AE025 1
Objektif Pengajaran

 Bertujuan membolehkan pelajar:


i. Menyatakan definisi kadar syarat
perdagangan
ii. Menghitung kadar syarat perdagangan
negara
iii. Menjelaskan hubungan kadar syarat
perdagangan dengan imbangan
pembayaran
iv. Menerangkan 5 sebab sekatan dikenakan
AE025 2
Definisi Kadar Syarat Perdagangan

 Satu ukuran berapa unit import boleh diperolehi daripada


satu unit eksport.

Rumus Kadar Syarat Perdagangan Nominal

i) KSP Nominal
Kadar Syarat Perdagangan Nominal
= Jumlah Nilai eksport X 100
Jumlah Nilai import

AE025 3
Contoh pengiraan kes Malaysia

ii) KSP Nominal


Kadar Syarat Perdagangan 2005
= RM604 625j X 100
RM490 494j

= 123.27

Ini bermakna dengan 100 unit eksport Malaysia boleh


memperoleh 123.27 unit import

AE025 4
Implikasi KSP yang diperolehi

 Jika KSP semasa melebihi 100 ini bermakna:


 KSP bertambah baik dan menguntungkan negara
berkenaan .
 memperoleh lebih banyak barang import dengan
menukarkan sejumlah barang eksport yang sama.
 Keadaan ini membawa kepada imbangan
pembayaran lebihan.
 Dan sebaliknya jika KSP kurang daripada 100.

AE025 5
14.1.5 Dasar Perlindungan

a. Mentakrifkan Dasar Perlindungan

 Dasar untuk melindungi industri tempatan supaya


keluaran industri tempatan dapat bersaing dengan
keluaran dari negara asing
 PAB tidak selalu menguntungkan negara terlibat
 Jenis dan sifat barang yang diperdagangkan
mempengaruhi kestabilan ekonomi sesebuah negara
 Berlaku defisit dalam imbangan perdagangan, inflasi
diimport dan kemelesetan ekonomi yang berpunca dari
negara lain
 Untuk melindungi kepentingan ekonomi sendiri

AE025 6
b. Menerangkan Sebab mengamalkan Dasar
Perlindungan

i. Melindungi industri strategik


ii. Melindungi industri muda
iii. Membaiki imbangan pembayaran
iv. Mencegah lambakan
v. Mengurangkan pergantungan kepada negara
asing

AE025 7
i. Melindungi industri strategik

 Industri beras dan senjata api


 Penting semasa kecemasan dan peperangan
 Mengurangkan persaingan melalui sekatan import
 Industri berkembang dan menghasilkan bekalan
yang mencukupi

AE025 8
ii. Melindungi industri muda

 Industri baru ditubuhkan, belum menikmati ekonomi


bidangan dan AC yang tinggi
 Belum mendapat kepercayaan sepenuhnya drpd
orang ramai, pasaran terhad dan tingkat
pengeluaran di bawah tingkat optimum
 Belum setanding dari segi kualiti dan harga
berbanding barang import
 Kerajaan perlu menyekat barang import supaya
industri muda boleh berkembang.

AE025 9
iii. Membaiki imbangan pembayaran

 Imbangan pembayaran defisit berpunca daripada


kadar syarat perdagangan yang merugikan iaitu
jumlah perbelanjaan import melebihi eksport
 Untuk membaiki IP melalui sekatan import dan
galakan eksport
 Sekatan import boleh membantu industri
penggantian import negara dan subsidi ekport boleh
membantu memajukan industri berorientasikan
ekport dan mempelbagaikan ekonomi dalam negara.

AE025 10
iv. Mencegah lambakan
 Dasar lambakan ialah dasar yang memonopoli pasaran
negara rakan dagang dengan menjual barang pada harga
yang jauh lebih rendah
 Jika negara yang mengalami lambakan itu tidak menjual
pada harga tersebut, pengguna akan cenderung beralih
kepada barang import yang lebih murah.
 Negara berkenaan akan kehilangan pasaran dan boleh
menambahkan masalah pengangguran
 Oleh itu sekatan berbentuk tarif dan kuota dapat
menghalang kemasukan barang import (lambakan) dan
melindungi industri tempatan dan mengekalkan tingkat
guna tenaga.

AE025 11
v. Mengurangkan pergantungan kepada negara
asing
 Pergantungan kepada satu atau sedikit industri
berbahaya kepada ekonomi dan politik sesebuah negara

 Pergantungan ekonomi akan mengakibatkan


pengangguran yang hebat jika berlaku perubahan dalam
permintaan ke atas keluaran industri negara tersebut

 Penawaran barang-barang penting akan terputus jika


berlaku pergeseran politik

 Sesebuah negara perlu mempelbagaikan keluaran dan


mengurangkan pergantungan kepada negara asing bagi
mengelakkan krisis ekonomi dan politik

AE025 12
Jenis Perlindungan & Kesannya

AE025 13
Jenis Perlindungan
i. Tarif
 Ad-valorem
 Tarif spesifik

ii. Bukan Tarif


 Kuota
 Embargo
 Kawalan Tukaran Asing
 Subsidi Eksport

AE025 14
Tarif

 Adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan ke


atas barang dan perkhidmatan yang diimport
 Dua bentuk iaitu
i. Tarif Ad- Valorem
ii. Tarif Spesifik
• Tarif merupakan satu sekatan perdagangan kerana
ia menaikkan harga barang import, mengurangkan
permintaan terhadap barang import dan
menambahkan permintaan ke atas barang
penggantian import
• Dapat memperbaiki imbangan pembayaran dan
menambahkan sumber pendapatan negara

AE025 15
Tarif Ad- Valorem

 Cukai import yang dihitung berdasarkan harga


barang import
 Dikenakan sebagai suatu peratusan daripad harga
yang diimport
 Cth: 50% dikenakan ke atas kereta Mercedes yang
bernilai RM90,000 seunit, bermakna cukai import
kereta berkenaan ialah RM45,000

AE025 16
Tarif Spesifik

 Cukai tetap yang dihitung berdasarkan kuantiti


barang import.
 Cth: jika tarif sebanyak RM40 dikenakan ke atas
setiap 100 kg beras Thailand, cukai tersebut adalah
tetap tidak kira harga beras import naik atau turun
dari semasa ke semasa

AE025 17
Kesan Tarif
 Rajah kesan tarif (bagi kes negara kecil)
Harga ST
DT ST = keluk SS tempatan
DT = keluk DD tempatan
E P1P2 = tarif import
Pe SW = keluk SS dunia
F G SWT = keluk SS dunia
P2 selepas tarif
SWT
A B C D
P1 SW

H
Kuantiti
0 Q1 Q2 Q3 Q4 Q5

AE025 18
Penerangan rajah

Rajah menunjukkan keseimbangan semasa Autarki


(sebelum PAB) di pasaran tempatan, Keseimbangan
asal pada E iaitu Pe dan Q3

Apabila PAB berlaku, keluk penawaran dunia (SW). Ini


menjadikan keluk penawaran berkesan ialah HADSW.
Oleh itu keseimbangan PAB pada titik D dengan harga
P1 dan kuantiti Q5. dimana pengeluaran tempatan 0Q1
dan jumlah import Q1Q5

AE025 19
Sambungan

 Apabila tarif dikenakan sebanyak P1P2, keluk


penawaran berkesan menjadi HFGSWT.

 Ini menjadikan keseimbangan selepas tarif di titik G


dengan harga P2 dan kuantiti Q4. Pengeluaran
tempatan pada Q2 dan jumlah import ialah Q2Q4.
 Hasil tarif ialah : Kawasan BFGC

AE025 20
Kesan ke atas keluaran tempatan

 Keluaran tempatan telah meningkat dari Q1 ke Q2


 Ini menunjukkan lebih banyak faktor pengeluaran
tempatan seperti buruh, modal, tanah telah
diperuntukkan
 Keluaran tempatan tidak dikenakan tarif, kenaikan
harga meningkatkan kebolehan firma tempatan
bersaing dengan industri luar
 Ini melindungi industri penting dan muda dalam
negeri dan mewujudkan peluang pekerjaan

AE025 21
Kesan ke atas jumlah import

 Import telah jatuh dari Q1Q5 kepada Q2Q4


 Ini berlaku kerana harga barang telah meningkat
ekoran tarif yang dikenakan.
- Penawaran barang tempatan telah meningkat
sebanyak Q1Q2
- Permintaan (penggunaan) tempatan telah berkurang
sebanyak Q4Q5
 Kesan akhir : Import hanya sebanyak Q2Q4

AE025 22
Kesan ke atas imbangan pembayaran

 Tarif import telah menyebabkan kejatuhan import


dan seterusnya memperbaiki imbangan pembayaran
 Pada rajah, tarif import telah menyebabkan
kejatuhan perbelanjaan import daripada Q1ADQ5
kepada Q2BCQ4

AE025 23
Sekatan Bukan Tarif (Kuota)

 Hanya sejumlah kuantiti barang tertentu yang


boleh diimport
 Apabila kuota import dikenakan, penawaran
import jatuh. Kesannya harga barang import
meningkat.
 Ini menyebabkan harga meningkat dan output
pengganti import tempatan juga meningkat. Ia
melindungi industri pengganti import tempatan

AE025 24
Sekatan Bukan Tarif (Embargo)

 Dasar pemulauan yang dilaksanakan oleh kerajaan


terhadap import suatu barang dari negara tertentu.

 Satu sekatan ekonomi terhadap negara yang


melanggar prinsip kemanusiaan dunia

 Contoh embargo oleh negara-negara Timur Tengah


terhadap Iraq yang telah menyerang Kuwait 1991
( Perang Teluk ) dan mencetuskan krisis kekurangan
petroleum di dunia

AE025 25
Bukan Tarif
(Kawalan pertukaran asing)

 Kerajaan boleh mengurangkan import dengan


mengurangkan pertukaran asing yang boleh dibeli
oleh pengimport tempatan.

 Cth: Jika Malaysia ingin mengurangkan import dari


Singapura, ia boleh mengurangkan Dolar Singapura
yang boleh dibeli oleh pengimport tempatan

 Dasar ini melindungi industri tempatan

AE025 26
Bukan Tarif
(Subsidi Eksport)

 Subsidi eksport adalah bantuan kewangan daripada


kerajaan kepada pengeluar yang berorientasikan
eksport

 Ia akan mengurangkan tanggungan kos pengeluar


dan seterusnya menurunkan harga barang eksport
berkenaan

 Ini akan meningkatkan kuasa persaingan barang


eksport dan menyekat persaingan eksport negara
asing di pasaran antarabangsa

AE025 27
 Cth: Subsidi eksport kepada pengeluar minyak
kelapa sawit Malaysia telah meningkatkan eksport
minyak kelapa sawit Malaysia dan mengurangkan
eksport minyak kacang soya Amerika di pasaran
a/bangsa.

AE025 28
Kesan Negatif
Dasar Perlindungan

i. Ketakcekapan dalam jangka panjang.


ii. Meningkatkan kos barangan.
iii. Mengurangkan daya saing pada peringkat
antarabangsa.

AE025 29
i. Ketakcekapan dalam jangka panjang.

 Herotan dalam peruntukan sumber akan berlaku apabila


lebih banyak sumber beralih ke industri yang dilindungi oleh
tarif. Sumber-sumber ekonomi mungkin boleh digunakan
dengan lebih cekap di industri lain dan bukan di industri
yang dilindungi.

 Pertambahan pendapatan yang dinikmati oleh firma-firma


dalam industri yang dilindungi bukan disebabkan
peningkatan kecekapan tetapi disebabkan oleh kenaikan
harga akibat pengenaan tarif.

 Beban ketidakcekapan akan ditanggung oleh pengguna


dalam bentuk kenaikan harga barang yang dikenakan tarif.

AE025 30
ii. Meningkatkan kos barangan

 Kenaikan harga barang import dan barang pengganti


import tempatan tidak disertai oleh kenaikan mutu
barang. Ini merugikan pengguna

AE025 31
iii. Mengurangkan daya saing pada peringkat
antarabangsa
 Perlindungan industri tempatan dengan tarif akan
menimbulkan tindak balas yang sama dari negara-
negara yang dikenakan tarif. Keadaan ini akan
menjejaskan perkembangan industri eksport negara ini

 Industri tempatan menjadi kurang cekap kerana


kekurangan galakan untuk meninggikan kecekapan
sendiri setelah tarif mengurangkan persaingan yang
dihadapi dari luar negeri

AE025 32

Anda mungkin juga menyukai