Anda di halaman 1dari 44

PENGURUSAN AKAUN

PANJAR WANG RUNCIT


OLEH:
UNIT PENGURUSAN PANJAR
SEKSYEN PERAKAUNAN AMANAH
BAHAGIAN PERKHIDMATAN OPERASI PUSAT DAN AGENSI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
KANDUNGAN:

 DEFINISI PANJAR WANG RUNCIT


 HAD PWR
 PERMOHONAN MEWUJUD/MENAMBAH PWR
 PENYELENGGARAAN PWR
 DOKUMEN DAN REKOD PWR
 PERMOHONAN MENGURANG/MENUTUP PWR
 PENUTUPAN AKHIR TAHUN PWR
DEFINISI PWR

AP 3
i. Sejumlah wang yang diberi kepada pegawai perakaunan untuk
membolehkannya membuat pembayaran kecil yang segera dan
perbelanjaan runcit tanpa mempertanggungkannya terlebih
dahulu kepada sesuatu maksud perbelanjaan. Hanya
pembayaran yang sebenar dari panjar itu dipertanggungkan.

ii. Ia boleh juga digunakan bagi memberi pendahuluan wang tunai


segera kepada pegawai-pegawai yang memerlukan wang untuk
membayar belanja perjalanan KECUALI untuk membayar
tuntutan perjalanan.

3
DEFINISI PWR

 “Sejumlah wang yang diberi kepada pegawai


perakaunan…”

- Pegangan wang tunai di pejabat jabatan yang


didahulukan daripada KWDS (Akaun Amanah 251010 /
01101).

- Had pegangan wang tunai yang diberikan adalah


berdasarkan kepada keperluan semasa.
DEFINISI PWR

Amaun apungan Panjar sebanyak RM1,000.00:

Dt Akaun Panjar (01101) 1,000.00


Kt Bank-JANM 1,000.00

JANM PTJ

PENDAHULUAN
DEFINISI PWR

 “..membolehkannya membuat pembayaran kecil yang segera..”

- Amaun bayaran yang kecil adalah merujuk kepada AP97(d) :


Tidak melebihi RM500.00 bagi setiap resit/bil.

- Perbelanjaan kecil yang tidak dirancang/tidak berkala iaitu


perbelanjaan tidak berulang-ulang setiap bulan.

- Sekiranya perbelanjaan telah diambil kira dalam Bajet


Tahunan Jabatan, maka barangan/perkhidmatan hendaklah
dibeli melalui kaedah Pesanan Tempatan (PT) KECUALI bagi
kes segera atau kecemasan sahaja.
DEFINISI PWR

 “..dan perbelanjaan runcit..”

- Pembelian barang-barang yang dibenarkan dalam


kuantiti kecil dan tidak praktikal untuk diperoleh dengan
menggunakan Pesanan Tempatan.

- Contoh barang-barang runcit merupakan antara


barang-barang yang boleh didapati di kedai runcit.
DEFINISI PWR

 “..tanpa mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada sesuatu


maksud perbelanjaan dan hanya pembayaran yang sebenar dari Panjar
itu dipertanggungkan. ”

- Belian secara tunai dibuat terus daripada wang panjar

- Setelah itu, barulah pembelian tersebut dicajkan ke kod Perbelanjaan


(vot) dengan menyediakan baucar bayaran rekupmen.

- INGAT!! Bayaran atau perbelanjaan PWR adalah di bawah Objek Am


20000 sahaja.
DEFINISI PWR

Rekupmen semula panjar sebanyak RM1,000.00:

Dt Vot Perbelanjaan 1,000.00


Kt Bank-JANM 1,000.00

PTJ
JANM PTJ

BAUCAR REKUPAN
BAYARAN
DEFINISI PWR

 “..pendahuluan wang tunai segera untuk


membayar belanja perjalanan..”

- Belanja perjalanan yang tidak melibatkan Borang Tuntutan


Perjalanan seperti bayaran tol dan parkir pemandu Jabatan yang
membawa kereta Jabatan.

 “..KECUALI untuk membayar tuntutan perjalanan.”

- Perbelanjaan yang melibatkan kaedah tuntutan melalui Borang


Tuntutan Perjalanan tidak boleh dibayar melalui PWR.
DEFINISI PWR

Pulangan wang panjar sebanyak RM1,000.00:


(tutup panjar)

Dt Bank-JANM 1,000.00
Kt Akaun Panjar (01101) 1,000.00

PTJ JANM

PULANG BALIK
HAD PWR
Peringkat PTJ PENJELASAN HAD APUNGAN
KEMENTERIA PTJ yang terletak di RM5,000.00
N Kementerian. Contoh Bahagian
Kewangan KPM.
IBU PEJABAT PTJ yang terletak di Ibu Pejabat RM3,000.00
JABATAN Jabatan. Contoh Bahagian
Kewangan JIM.
NEGERI PTJ yang terletak di Ibu Negeri / RM2,000.00
Daerah dan melapor terus
kepada Kementerian atau Ibu
Pejabat. Contoh IPK Sabah.

12
DAERAH PTJ yang terletak di Daerah dan RM1,000.00
PERMOHONAN WUJUD/TAMBAH
PWR:
1. SURAT PERMOHONAN - AP 112(a)
Pemohon mestilah PTJ dan dikemukakan bersama surat sokongan
dari Kementerian/JMS/Ibu Pejabat masing-masing.

2. JUSTIFIKASI KEPERLUAN - AP 112(b)

3. ANGGARAN PERBELANJAAN SEBULAN

4. BORANG GFMAS MAKLUMAT PENERIMA BAYARAN

5. REKUPMEN 6 BULAN TERDAHULU


(Bagi permohonan tambah)

6. PEJABAT PERAKAUNAN DI MANA REKUPMEN DIBUAT


PENYELENGGARAAN
PWR:
APUNGAN PANJAR

Kelulusan diterima dari JANM, Pemegang Panjar perlu


menyediakan baucar bayaran apungan panjar (dapatkan
amaun apungan) melalui :

(a)Modul Baucar Bayaran Apungan Panjar di eSPKB dengan


mempertanggungkan kepada kod panjar 01101; atau

(b)Baucar bayaran apungan dengan mempertanggungkan


kepada kod panjar 251010.
PENYELENGGARAAN
PWR:
APUNGAN PANJAR

Rekupmen bagi perbelanjaan seterusnya dicaj ke vot yang


berkenaan

Satu salinan baucar bayaran apungan perlu dikemukakan


ke BPOPA, JANM

Setiap Pemegang Panjar adalah dilarang untuk


mengagihkan kepada PTJ lain amaun panjar yang
diluluskan.
PENYELENGGARAAN
PWR:
BAYARAN PANJAR

Pembayaran yang boleh dibuat daripada PWR adalah


perbelanjaan rasmi berdasarkan kriteria berikut :

(a)Pembayaran kecil yang segera iaitu perbelanjaan tidak berkala /


dirancang;

(b)Perbelanjaan runcit iaitu pembelian kecil-kecilan yang tidak


praktikal untuk membuat pembelian melalui pesanan tempatan;

(c)Pembayaran tidak melebihi RM500.00 bagi setiap resit/bil.


PENYELENGGARAAN
PWR:
BAYARAN PANJAR

(d) Pembelian yang tidak dijeniskan sebagai Aset (Harta Modal dan
Inventori di bawah Kod Objek Am 30000);

(e) Pendahuluan wang tunai untuk membayar belanja perjalanan kepada


pegawai yang menggunakan kenderaan jabatan seperti perbelanjaan
minyak kereta, bayaran tol dan bayaran meletak kereta.

Tuntutan perjalanan pegawai yang menggunakan


kenderaan sendiri adalah TIDAK DIBENARKAN
melalui PWR (AP3)!!
PENYELENGGARAAN
PWR:

BAYARAN PANJAR

Pegawai yang ingin membuat pembelian menggunakan PWR


perlu mendapatkan kebenaran daripada Pemegang Panjar untuk
memastikan peruntukan sesuatu maksud perbelanjaan adalah
mencukupi SEBELUM pembelian dibuat.

Baucar Kecil perlu digunakan untuk tujuan pembayaran melalui


PWR dan disokong dengan resit/dokumen sokongan. Jika
resit/dokumen sokongan tidak disertakan, perlu tandatangan di
ruang tepi kiri baucar kecil serta perakuan daripada pegawai yang
menuntut bayaran.
PENYELENGGARAAN PWR:

AP 113(b)(i)

• Pemegang Panjar hendaklah mendapat baucar


dengan dokumen sokongan untuk semua bayaran daripada
Panjar.

• Jika tiada, satu perakuan hendaklah diminta


daripada pegawai yang menuntut bayaran.
PENYELENGGARAAN
PWR:

REKUPMEN PANJAR
Rekupmen PWR boleh dibuat lebih daripada sekali dalam sebulan.

Pemegang Panjar hendaklah memastikan baki wang tunai yang


ada di tangan mencukupi pada setiap masa bagi membuat bayaran.

PTJ perlu menyediakan baucar bayaran rekupmen PWR melalui


modul Baucar Bayaran Panjar Wang Runcit di eSPKB/baucar
manual dengan mempertanggungkan kepada kod objek lanjut
yang berkenaan.
PENYELENGGARAAN
PWR:

REKUPMEN PANJAR

AP 113(b)(ii):
• Apabila rekupmen panjar diperlukan, baucar
bayaran bersama dengan senarai bayaran berserta dokumen-
dokumen sokongan hendaklah dihantar kepada Pejabat
Perakaunan.
• Dalam persekitaran elektronik, semua dokumen panjar
hendaklah disimpan dengan teratur dan selamat di jabatan
penyedia.
PENYELENGGARAAN
PWR:
REKUPMEN PANJAR

Pemegang Panjar akan menerima bayaran rekupmen PWR melalui


Cek/EFT.

 Bagi bayaran melalui cek, Pemegang Panjar hendaklah menunaikan cek


tersebut di bank.

Hanya pegawai yang diberi kuasa seperti di Borang AK 52 sahaja yang


dibenarkan mengesahkan dan menunaikan cek/EFT PWR.
PENYELENGGARAAN
PWR:

PERTUKARAN PEGAWAI-AP 113(e)

Apabila berlaku pertukaran pegawai yang mengendalikan PWR, satu


penyata perlu disediakan bagi menunjukkan kedudukan PWR pada masa
peralihan dan ditandatangani oleh kedua-dua pegawai yang
MENYERAH dan AMBIL ALIH tugas.

Salinan penyata tersebut perlu dihantar kepada Pejabat Perakaunan dan


disalinkan kepada Pegawai Pengawal [AP113(e)].
PENYELENGGARAAN
PWR:

PEMERIKSAAN MENGEJUT-AP 309(a) & (b)

• Ketua Jabatan perlu mengadakan pemeriksaan mengejut


berkala sekurang-kurangnya sekali dalam 6 bulan wang dalam
jagaan pegawai di Jabatannya.

• Segala butiran pemeriksaan hendaklah direkodkan dan di


simpan untuk pemeriksaan Lembaga Pemeriksa.
PENYELENGGARAAN
PWR:

KEHILANGAN PANJAR-AP 315 & 316

Laporkan kehilangan wang kepada polis dalam tempoh 24 jam


kehilangan disedari, jika ada unsur jenayah.

Sediakan Laporan Awal (LAMPIRAN J, AP) dan kemukakan kepada


Pegawai Pengawal, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Audit
Negara dan Akauntan Negara.

Pegawai Penyiasat dilantik dan sediakan Laporan Akhir


(LAMPIRAN K, AP) dalam tempoh 4 bulan daripada Laporan Awal.
PENYELENGGARAAN
PWR:

KEHILANGAN PANJAR-AP 322

Mohon pendahuluan daripada Kumpulan Wang Pendahuluan


Diri (Kehilangan Wang Awam (53208) untuk menggantikan
wang panjar.

Setelah kelulusan hapuskira, laraskan Pendahuluan Diri ke kod


perbelanjaan Hapuskira Kehilangan (51201)
DOKUMEN DAN REKOD
PWR:

KUASA TETAP

Kuasa Tetap kepada pegawai yang mengesahkan dan menunaikan


Cek/EFT PWR di bank diberi oleh Pejabat Perakaunan kepada
Pemegang Panjar melalui Surat Kuasa Pemungut Tunai (Borang
AK 52).

Sekiranya berlaku pertukaran pegawai yang mengesahkan


pungutan tunai atau/dan pegawai yang akan menunaikan PWR di
bank, Pemegang Panjar hendaklah mengisi borang AK 52 yang
baru dan mengemukakan kepada Pejabat Perakaunan dengan
SEGERA.
DOKUMEN DAN REKOD
PWR:
BUKU WANG RUNCIT
• AP 113 (d)(i):
• Tiap-tiap pegawai yang menerima panjar mestilah
menyelenggara satu buku tunai mengikut bentuk seperti di
Lampiran “A” dengan menunjukkan semua amaun yang
diterima dan dibayar. Bagi wang runcit, format seperti
dalam bentuk yang disediakan di Lampiran “A1” hendaklah
digunakan. semua baucar mestilah dinombor dan dicatatkan
pada hari ianya dibayar.
• Buku tunai hendaklah dijumlahkan pada penghujung hari.
Dalam persekitaran elektronik, buku tunai panjar/ buku wang
runcit dijana oleh sistem.
DOKUMEN DAN REKOD
PWR:

BUKU WANG RUNCIT

• AP 113 (d)(i) (sambungan):

• Bayaran-bayaran dari panjar hendaklah dilaraskan ke


akaun perbelanjaan sebelum akhir tahun.
DOKUMEN DAN REKOD
PWR:

BUKU WANG RUNCIT

Buku Wang Runcit perlu diselenggara bagi merekodkan semua


urusniaga terimaan dan bayaran PWR.

Buku Wang Runcit hendaklah dikemaskinikan pada penghujung


hari sekiranya terdapat sebarang transaksi terimaan atau bayaran.

Ringkasan Penjenisan Perbelanjaan mengikut Objek Lanjut


hendaklah dicatat di Buku Wang Runcit.

Buku Wang Runcit hendaklah disemak dan ditutup pada setiap


hujung bulan.
LAMPIRAN A1
Arahan Perbendaharaan 113(d)
BUKU WANG RUNCIT

TERIMAAN BAYARAN
No.
No. Baucar Kod
Tarikh Baucar Butir-Butir Jumlah Tarikh Wang Butir-butir Perbelanjaan Jumlah
Runcit
RM Sen RM Sen
(Kew 249A)

BUKU WANG RUNCIT

TERIMAAN BAYARAN

Baucar
Baucar
Wang Pos dan Pengangkutan
Tarikh Butir-butir Perbendaharan Jumlah Tarikh Butir-butir dan Perjalanan Lain-lain Jumlah
No. Runcit Telegram
No.

RM Sen RM Sen RM Sen RM Sen RM Sen


DOKUMEN DAN REKOD
PWR:

BAUCAR KECIL
Setiap resit/dokumen sokongan asal tidak boleh dipecah kecilkan
amaunnya di dalam membuat tuntutan PWR. Oleh itu, setiap satu
resit/dokumen sokongan asal hanya boleh dibayar melalui satu
Baucar Kecil sahaja.

Satu Baucar Kecil boleh disokong dengan beberapa resit/dokumen


sokongan asal dengan syarat:

(a)Pembayaran dibuat hanya kepada seorang pegawai yang


menuntut PWR; dan

(b)Amaun setiap satu resit/dokumen sokongan tidak melebihi


RM500.00.
DOKUMEN DAN REKOD
PWR:

BAUCAR KECIL

Pembayaran PWR melalui satu Baucar Kecil boleh


dipertanggungkan kepada beberapa kod perbelanjaan. Setiap kod
perbelanjaan dan amaun yang hendak dipertanggungkan
hendaklah dicatatkan di Baucar Kecil.

Butir-butir resit/dokumen sokongan seperti tarikh, nombor


rujukan dan amaun perlu dicatat di Baucar Kecil.
PERMOHONAN KURANG/TUTUP PWR:

DOKUMEN KURANG PWR DOKUMEN TUTUP PWR


Surat permohonan ke JANM yang Surat permohonan ke JANM yang
mengandungi maklumat berikut: mengandungi maklumat berikut:

i.Justifikasi permohonan i.Justifikasi permohonan menutup


mengurangkan PWR/Surat Arahan PWR/Surat Arahan Penutupan
Pengurangan PWR; PWR;
ii. Kod Jabatan/PTJ; ii.Kod Jabatan/PTJ;
iii.Kod Vendor; iii.Kod Vendor
iv.Kod Pejabat Perakaunan; dan iii. Kod Pejabat Perakaunan; dan
iv.Sokongan daripada iv.Sokongan daripada
Kementerian/Ibu Kementerian/Ibu
Pejabat PTJ yang memohon. Pejabat PTJ yang memohon

36
PERMOHONAN KURANG/TUTUP PWR:

 Setelah kelulusan JANM diperolehi, tindakan-tindakan


berikut hendaklah dilakukan:

i. Pastikan semua rekupmen dibuat supaya amaun


apungan PWR bersamaan dengan jumlah PWR yang
diluluskan.
ii. Sediakan Penyata Pemungut berdasarkan amaun
yang hendak dikurangkan /amaun diluluskan dan diakaunkan
ke dalam kod panjar 01101 atau 251010.
iii. Masukkan wang PWR ke dalam Akaun Bank
Terimaan Pejabat Perakaunan di mana rekupmen dibuat.

37
PERMOHONAN KURANG/TUTUP PWR:

 Setelah amaun PWR dimasukkan ke dalam Akaun Bank


Terimaan Pejabat Perakaunan, Pemegang Panjar
hendaklah mengemukakan JANM dokumen seperti
berikut:

a) Salinan Penyata Pemungut dengan cetakan terimaan bank dan


ditandatangani oleh pegawai Peraku II;

b) Laporan FBL1N yang mempunyai baki terkini selepas


pengurangan PWR dan yang berbaki sifar (0) bagi
penutupan PWR; dan

38
PENUTUPAN AKHIR TAHUN
PWR:

AP 113(f):

 Pada penghujung tahun semua pemegang panjar


hendaklah mengemukakan satu Sijil Perakuan Panjar
bersama-sama rekupmen terakhir bagi tahun
tersebut kepada Akauntan Negara Atau Akauntan Negeri atau
Bendahari Negeri dengan satu salinan kepada Ketua Audit
Negara.

 Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit perlu dikemukakan


bersama-sama rekupmen akhir ke Pejabat Perakaunan
di mana rekupmen dibuat dan apungan berada.

39
PENUTUPAN AKHIR TAHUN
PWR:

Bayaran-bayaran daripada PWR hendaklah dilaraskan ke akaun


perbelanjaan sebelum akhir tahun kewangan.

Rekupmen bagi perbelanjaan sebelum bulan Disember hendaklah


diselesaikan sebelum tarikh akhir penyerahan baucar bayaran ke Pejabat
Perakaunan. Hanya rekupmen bagi perbelanjaan bulan Disember sahaja
dibenarkan dalam tempoh AKB.

Walau bagaimanapun, jumlah rekupmen yang dibuat di dalam tempoh


AKB tidak boleh melebihi amaun apungan PWR yang diluluskan.

Sekiranya melebihi apungan, laporan akan menunjukkan baki panjar


adalah negatif.
PENUTUPAN AKHIR TAHUN PWR:

Rekupmen terakhir yang belum ditunaikan bagi sesuatu tahun


kewangan perlu dicatatkan di Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit.

Buku Wang Runcit mesti ditutup selewat-lewatnya pada 31


Disember pada setiap tahun kewangan.

42
TEGURAN AUDIT:

PWR tidak direkup dalam tahun semasa.

Tuntutan perbelanjaan melebihi had yang dibenarkan oleh SPP


Bil. 2 Tahun 2002

Dokumen sokongan tidak lengkap


- tidak kemukakan sijil perakuan panjar
- tidak ditandatangani

Kehilangan PWR tidak diambil tindakan

Perbelanjaan yang tidak sesuai dibuat melalu PWR


43
Sebarang masalah, sila hubungi:
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
BAHAGIAN PERKHIDMATAN OPERASI PUSAT & AGENSI
SEKSYEN PERAKAUNAN AMANAH
UNIT PENGURUSAN PANJAR
panjar@anm.gov.my
ARAS 3, NO 1, PERSIARAN PERDANA
KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, PRESINT 2
62594 PUTRAJAYA
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI :
MOHD AFANDI BIN HAMZAH 8882 1496 Ketua
Penolong Pengarah fandi.hamzah@anm.gov.my

AZMALIZA BINTI IDRIS 8882 1564


Penolong Pengarah Kanan azmaliza@anm.gov.my

FADZLI BIN MAT ARIFIN 8882


1569
Penolong Akauntan fazli@anm.gov.my

MOHD FAIZUL BIN SOHAR 8882 1550


Pembantu Akauntan
faizul.sohar@anm.gov.my

Anda mungkin juga menyukai