Anda di halaman 1dari 27

SEJARAH BANGSA DAN BAHASA MELAYU

KUMPULAN 3
NAMA AHLI KUMPULAN: ALINA HARUN FLORINA MIHIDEN NORUAZANI BT ABDULLAH SUHAIBAH BT MAT

Apakah tahap-tahap perkembangan yang pernah berlaku dalam bahasa melayu dalam bahasa melayu zaman awal?. Bincangkan kedudukan dan bentuk bahasa melayu pada zaman tersebut secara khusus.

TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU


Zaman kuno Zaman praklasik Zaman klasik Zaman pramoden Zaman moden

Zaman Bahasa Melayu Kuno


Abad ke-7 masihi. prasasti-prasasti ditemui dalam di sumatera selatan dan pulau bangka iaitu, prasastiprasasti telaga batu, karang brahi, kota kapur dan kedukan bukit. Prasasti-prasasti ini ditulis dalam zaman pemerintahan Srivijaya

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO


Awalan seperti ni contohnya, Niwunuh. Turut menggunakan awalan Mer- untuk Ber- pada hari ini. Imbuhan per-an, PaN-an dan ka-an. Akhiran I, -kan Biasanya menggunakan awalan maka. Menggunakan klitik misalnya nda.

ZAMAN BAHASA MELAYU PRAKLASIK


Bahasa Melayu yang digunakan pada zaman transisi.(zaman peralihan pengaruh hindi ke arab atau islam) Islam telah datang ke arab sumatera dan jawa pada tahun 674M. Islam telah mengubah aspek kehidupan masyarakat melayu antaranya, a) Mengubah agama. b) Mengubah budaya. c) Mengubah bahasa & ilmu agama (meminjam kosa kata dengan meminjam daripada bahasa arab dan parsi) Bahasa yang digunakan turut bertambah dan terdapat ciri-ciri arakait. (ciri tradisi) Kata-kata yang digunakan bersikap sanskrit, aksaranya bersifat arab.

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU PRAKLASIK


semua bukti ditemui tercatat pada batu terutamanya batu nisan dan menunjukkan 3 tahap: a) Peringkat awal: -menggunakan bahasa arab dan tulisan berbentuk kufi. -Batu bersurat ditulis mengunakan ekabahasa dan ekaaksara . eka = satu aksara = huruf Batu nisan yang penting sebagai bahan bukti ialah batu nisan sultan Malik al-saleh 1297 M ditemui di Pasai menggunakan bahasa arab kangrafi niski. (popular di India pd abad ke13)

b)Peringkat pertengahan: - pada peringkat ini,batu bersurat menggunakan dwi bahasa dan dwi aksara. Contoh: Raja al-ala 1389 M (aksara kawi,bahasa melayu/bahasa melayu kuno,dan aksara arab (8 baris ayat sajak Sanskrit) c)Peringkat akhir: -berlaku pada abad 14 dan 15. -menggunakan dwiaksara & dwi bahasa.-contoh: Batu bersurat ditemui di kg Buluh,Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 1887 di tebing Sg.Tersak.(tarikh yang tercatat ialah 4 rejab,702 H (22 feb 1303). Terdapat percampuran kata asli bahasa melayu dan Sanskrit,jawa & arab & jawi.

ZAMAN BAHASA MELAYU KLASIK


Wujudnya bentuk tulisan. Berfungsi sebagai linguafranca. Bahasa digunakan untuk menyampaikan ajaran islam sama ada lisan atau tulisan. Bahasa melayu klasik digunakan untuk menyampaikan ajaran islam sama ada lisan atau tulisan. Raja turut menggalakkan para ulamak dan pujangga istana menghasilkan tulisan kesusasteraan melayu dan agama.

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK


Menggunakan bahasa istana Ayat yang panjang dan berulang-ulang Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang yang digunakan dalam karya. Menggunakan kosa klasik seperti, ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyhul. (bersedih)

Banyak menggunakan partikel pun dan kah dalam ayat. Menggunakan kata pangkal ( sebermula, alkisah, hatta, adapun) Menggunakan aksara jawi, iaitu askara yang pinjam daripada bahasa arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan

BAHAN BUKTI

Surat-surat yang dikirimkan oleh para raja melayu atau dengan para pedagang, atau tokoh terkemuka Inggeris. Misalnya, 2 pucuk surat ultan Tarnate kepada Raja Portugal yang menggunakan tulisan jawi dan merupakan teks yang paling tertua. Surat bertarikh 1521/1522 ini telah dikirimkan oleh ultan Abu Hayat kepada Raja Three, dan dianggap surat emas kerana bahasa yang digunakan amat halus, beradab, bersopan santun dan disusun secara teratur dari pemilihan kata-kata,letak kepala surat dan puji-pujian pembuka surat. Surat lain, surat raja melayu dengan sir Thomas tamford Raffles (Leftenan Gabenor di Jawa) 1811-18116 dan di Bangkahulu 1814-1824. Surat yang diutus kepada pemerintah China. Turut menterjemah hasil kesusasteraan Arab dan Parsi.

Bukti kegemilangan bahasa melayu klasik boleh dilihat daripada tida batu bersurat yang penting. Ketiga-tiga batu bersurat selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan melayu dalam bentuk tulisan.

Batu Bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada batu bersurat abad ke-7. Batu Bersurat di Miyeh Tujuh, Terengganu (13031387) masih memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah, dan rahmat. Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu (13031387) ditulis dalam tulisan jawi. Ini membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa melayu pada abad itu.

ZAMAN BAHASA MELAYU PRAMODEN


Bermula pada abad ke-17 &18. Penjajah barat memperkenalkan beberapa teknologi moden seperti alat pencetak, kapal api dan lain-lain termasuk penerbitan akhbar, majalah dan jurnal serta pencetakan buku-buku dan kitab-kitab. Sarjana Eropah berusaha mengkaji dan mempelajari Bahasa Melayu dengan tujuan kepentingan imperialisme,ekonomi, dan budaya. Golongan yang berminat menyusun daftar kata ialah: Pigafetta seorang pedagang Itali mengikut pelayaran Ferdinan De Magellan dan telah mengumpul kamus kecil (BM-Italy.) Cornelius de Houtman telah pergi ke pelabuhan Bantam dan telah membuat catatan yang didalamnya terdapat satu daftar kata yang digunakan di kepulauan melayu merupakan usaha orang Belanda untuk merumikan Bahasa Melayu.

a)

b)

Pada abad ke-17, usaha yang dilakukan sarjana eropah untuk menyusun kamus dalam Bahasa Melayu: Spraek ende Woord-book in de Malaysche ende Madgaskor Talen (Frederick de Houtman-1603) kamus Belanda-Melayu. Kamus Belanda-Melayu (casper wittens& Sebastian Danckaerts) Doktor francois Valentijn (pendeta Belanda) menulis buku Oud-en Nieum-ost-indian.(Hindia Timur lama & baru ).

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU PRAMODEN


Mengikut gaya bahasa praklasik iaitu penggunaan sahaya, alkisah, arakian dll. Penggunaan gaya bahasa klasik Unsur dwibahasa masih dikekalkan. Fonem-fonem melayu ditambah dengan fonem-fonem baru daripada bahasa Arab masih kekal. Unsur Bahasa Inggeris belum terlihat ketara, walaubagaimanapun penjajah mula menguasai urusan penerbitan beberapa akhbar dan majalah barulah unsur-unsur inggeris terlibat. Kata-kata istilah baru mula muncul terutama dalam pentadbiran moden seperti yang diamalkan di Johor pada zaman pemerintahan keluarga Temenggung Johor. Antaranya, majestret,lawyer,kompeni,Gabenor, kemeja, office-boy, beranda dll.

ZAMAN BAHASA MELAYU MODEN


Pada abad ke-19,Bahasa Melayu menjadi bahasa perantara negara ini iaitu sebagai bahasa perantara di pusat pemerintahan,pusat pendidikan islam dan kelas agama. Pegawai Inggeris yang bertugas di tanah melayu dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu,antaranya: a) R.O Winstedt. b) William marsdent. c) O.T Dussek d) W.G Shellabear. Selepas perang dunia ke-2,kedudukan Bahasa Melayu terancam kerana British menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

para cendekiawan yang berpendidikan melayu dan arab yang terdiri wartawan,sasterawan,budayawan,guru,dan ahli politik telah memperjuangkan Bahasa Melayu dan muncul: a) Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa. b) Persaudaraan Sahabat Panel Malysia (PASPAM). c) Angkatan Sasterawan 50 (asas 50) Kedudukan Bahasa melayu dalam era kemerdekaan adalah: a) Perlembagaan Persekutuan perkara 152 telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. b) Akta bahasa kebangsaan 1963/1967 menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. c) Laporan razak 1956 mencadangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dalam sistem pendidkan negara. Bahasa Melayu sebagai: a)Bahasa rasmi negara. b)Bahasa pentadbiran. c)Bahasa perhubungan d)Bahasa pengantar.

Kedudukan dan peranan bahasa melayu selepas perang dunia.

Kedudukan dan peranan bahasa melayu berubah apabila pegawai-pgawai British yang baru mula mengambil alih tugas pegawai-pegawai lama yang berada di Tanah Melayu. Kekalahan British di tangan Jepun telah memberi kesedaran kepada British bahawa Bahasa Melayu tidak boleh dibiarkan berkembang, sebaliknya Bahasa Inggeris harus dikembangkan seluas mungkin. Pentadbir inggeris mula menukar dasar mereka dengan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan di tanah melayu, dan mula mengambil alih peranan bahasa melayu. Sekolah Inggeris mula dibina di seluruh tanah melayu. Pelajar lepasan bahasa Inggeris mula mendapat tempat dan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.

Walaupun bahasa melayu mengalami tekanan, bahasa melayu terus dikembangkan oleh para cendekiawan berpendidikan Melayu dan Arab. Mereka menghasilkan novel dan cerpen dengan menggunakan bahasa melayu sebagai alat penyata fikiran. Tindakan memperjuangkan bahasa melayu ini dibahagikan kepada dua, iaitu secara perseorangan dan kedua melalui pertubuhan-pertubuhan. Kedua-dua cara ini menggunakan perantaraan akhbar dan majalah untuk menyampaikan pendapat tentang bahasa melayu. Perjuangan melalui pertubuhan dapat dilihat daripada Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa dan Sahabat Pena yang telah ditubuhkan untuk menyatukan dan memajukan setiap usaha karang mengarang, memperbaiki bahasa dan sastera Melayu serta mengubah, mencipta, memperbaharui dan membina perkataan untuk memperkaya bahasa melayu.

PERBEZAAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

CIRI-CIRI

BAHASA MELAYU KUNO


i) ii)

BAHASA MELAYU MODEN


i) ii)

1) semivokal w 2) tiada vokal e

Wuati wunuh

Buat bunuh

i) dangan

i) dengan

3) Pgunaan imbuhan ni
4) imbuhan mar berubah dlm BMM menjadi ber. 5) Terdapat konsonen yang dieja dgn aspirasi bh,ph,dh,th & kh

Nitanamii ii) Nimakan i) Marpalas


i)

Ditanam ii) Dimakan i) Berlepas


i)

i) bhumi

i) bumi

TOKOH-TOKOH DALAM PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

TOKOH Abdullah Abdul Kadir Munsyi (Abdullah Munsyi)

SUMBANGAN -perkembangan BM pada zamannya. -mgunakn gaya bhs tersendiri dan indah. -menggunakn kosa kata yang banyak. -karyanya msh terikat dgn btk penggunaan bhs lama.

KARYA -Syair singapura terbakar (1830) -Kisah pelayaran Abdullah (1838) -Hikayat Abdullah (1849) -Kisah pelayran Abdullah ke Jeddah (1854) -Dewa-ul-Kulub (1883)

Raja Ali Hj b. Hj.Ahmad

-Merupakan orang melayu pertama menyusun kamus.

-Kitab Salasilah Mly-Bugis & Sekalian Raja2nya. -Tuhfat ul-Nafis. -Syair jatuhnya Negeri Johor -gurindam12,

Mejar Dato Mohd Said bin Hj Sulaiman.

-tokoh persuratan melayu johor. -menulis rencana & menyimpan buku BI. -Dianugerahkn kerabat Diraja

-Jalan BM (1937) - Makalah-Siri peredar. - syair alam & Bm (1935 - syair keadaan tuhan & manusia - Hikatyat Queen Victoria.(1904) - Tawarikh England(1945) -aspek fonologi (sistem bunyi BM dr segi lisan& tulisan, aspek tatabahasa (morfologi dan sintaksis -Ilmu Mengarang Melayu. -Daftar Ejaan Melayu (1941)

Zainal abiding bin ahmad (zaba)

-Bidang kebahasaan terutama aspek tatabahasa. -Memperjuang agar BM menjadi bahasa kebangsaan dan rasmi.

KESIMPULAN
Tahap-tahap perkembangan bahasa melayu berlaku disebabkan fungsinya dalam komunikasi serta dipengaruhi oleh penutur itu sendiri. Perkembangan ini akan sentiasa berlaku dengan pengaruh faktor lain.

Sekian

Anda mungkin juga menyukai