Anda di halaman 1dari 10

Buku Life Cycle of the Career Teacher (LCCT) telah disusun oleh Betty E. Steffy, Micheal P.

Wolfe, Suzanne H. Pasch dan Billie J. Enz. Steffy, antara penyusun buku ini merupakan seorang Profesor dalam Pentadbiran Pendidikan di Iowa State University, Wolfe; bekas profesor dan pentadbir dalam pendidikan guru, Pasch; Dekan Pendidikan dan Pengajian Siswazah di College of New Jersey dan Enz yang bertugas di Kolej pendidikan, Arizona State University. Kesemua penulis buku ini menurut Wolfe dalam kata-kata aluannya terdiri daripada pendidik guru dan sarjana yang begitu mengambil berat dalam persediaan dan perkembangan profesional guru. Dengan itu pasti tulisan dan kajian yang ditulis di dalam buku ini akan dapat membantu setiap guru kerana ianya ditulis oleh kalangan guru sendiri.

Buku ini telah diterbitkan pada tahun 2000 oleh Kappa Delta Pi dan Corwin Press. Buku setebal 139 muka surat ini menghimpunkan hasil kajian bersama 18 orang penulis selama setahun. Ianya bertujuan untuk membantu mengekal dan meningkatkan kecemerlangan seseorang guru sepanjang kariernya dalam bidang pendidikan. Tema buku ini adalah tentang kitaran hidup guru. Menurut Wolfe model LCCT ini merentasi sepanjang karier seorang guru daripada peringkat persediaan praperkhidmatan hingga waktu seseorang guru itu bersara. Oleh itu Wolfe menjanjikan model ini dapat membantu guru-guru baru untuk meningkat sebagai guru pakar dalam masa 5 tahun dan mengekalkannya sepanjang karier mereka. Itu pun jika mereka bersedia menjadi seorang profesional. Justeru buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan guru daripada guru pelatih hinggalah pentadbir dalam bidang perguruan. Buku Life Cycle of the Career Teacher telah dibahagikan kepada 8 bab. Bab 1 membincangkan tentang Model dan Aplikasinya yang ditulis sendiri oleh keempatempat penyusun buku ini. Bab 2 hingga 7 disusun mengikut urutan peringkatperingkat dalam perkembangan karier seorang guru, bermula daripada peringkat novice (praperkhidmatan), apprentice (guru permulaan), profesional, pakar (expert), distinguished (ternama) dan guru emeritus yang ditulis oleh pakar-pakar pendidikan daripada universiti terkemuka di Amerika Syarikat. Bab 8 pula membincangkan tentang Aplikasi Model Kitaran Hidup Guru.

Ulasan

Kandungan

Buku

Bab 1 bertajuk Model dan Aplikasinya dibahagi kepada beberapa subtopik. Steffy dan rakan-rakannya percaya bahawa guru-guru yang banyak menghabiskan masa di dalam kelas berupaya mengekalkan kecemerlangan mereka untuk selama-lamanya. Model Kitaran Hidup Guru (LCCT) ini berasaskan kepercayaan bahawa semua guru boleh mencapai satu standard kecemerlangan dalam tempoh lima tahun mereka mengajar. Dengan sokongan yang bersesuaian, guru-guru ini dapat meningkatkan keupayaan di sepanjang kariernya.

Penulis juga menjelaskan bahawa model LCCT ini dapat menjelaskan tentang fasafasa dalam pengembangan karier guru serta kesan positif yang diperolehi yang akhirnya melahirkan guru yang cekap, mengambil berat dan berkelayakan . Model ini juga akan menjelaskan penambahbaikan yang perlu disetiap peringkat kitaran hidup guru. Model LCCT ini dikatakan dapat mencadangkan strategi dan pendekatan untuk memastikan sokongan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru. Oleh itu dengan memahami dan mengaplikasikan model ini pihak pengurusan sekolah misalnya dapat meningkatkan kemajuan dan profesionalisme guru-gurunya.

Model LCCT ini adalah satu model pengembangan yang terdiri daripada 6 fasa. Steffy dan rakan-rakannya telah mengenalpasti dan menamakan fasa-fasa tersebut sebagai novice, apprentice, profesional, expert, distinguished dan emeritus berasaskan kepada pengalaman seseorang guru sepanjang kariernya. Setiap orang guru pasti dapat mengenalpasti dimana kedudukan mereka setelah membaca buku ini samada di peringkat novice, profesional atau sebagainya. Justeru tidak rugi memiliki buku ini kerana ianya boleh menjadi rujukan sepanjang karier seseorang guru itu.

Steffy dan rakan-rakannya telah memberikan gambaran yang jelas bagi setiap fasa dalam kitaran hidup seorang guru. Mereka menyatakan permulaan bagi setiap peringkat serta ciri-ciri guru berkenaan. Ini memudahkan setiap pembaca untuk membuat refleksi berkaitan dengan kedudukan mereka dalam kitaran tersebut. . Menurut buku LCCT ini,. Sesuatu yang mengejutkan, menurut penulis ini ialah satu pertiga daripada guru-guru baru ini meninggalkan bidang perguruan selepas

beberapa tahun berkhidmat kerana kurang memahami peranan sebenar seorang guru. Bab 2 bertajuk Novice Teacher ditulis oleh Micheal J. Berson dan Rick A. Breault. Mereka telah mengemukakan satu kajian kes untuk menunjukkan satu contoh guru praperkhidmatan atau guru pelatih yang tipikal. Satu perkara yang selalu dihadapi oleh setiap guru baru yang turut terdapat dalam tulisan mereka ini ialah pertembungan antara jangkaan dan harapan guru-guru baru ini dengan realiti sebenar dalam bilik darjah.

Dalam bab The Apprentice Teacher yang ditulis oleh Mary C. Clement, Billie J. Enz dan George E. Pawlas mereka telah mengemukakan dua kajian kes. Contohnya jika seorang guru itu dilatih dalam bidang matematik, tetapi apabila melaporkan diri diminta untuk mengajar mata pelajaran fizik. . Justeru anda harus pandai memainkan peranan sebagai guru permulaan dalam usaha untuk membentuk sikap dan amalan ke arah perkembangan yang positif demi program latihan dalam perkhidmatan. Pada peringkat awal penempatan, mungkin anda akan mendengar pelbagai taklimat demi taklimat yang akan diberikan oleh pihak institusi masing-masing termasuk pihak pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) serta pihak pentadbiran sekolah kepada guru-guru permulaan ini tentang tugas, tanggungjawab serta tindakan masing-masing sebagai warga pendidik ke arah mencapai hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai guru permulaan serta guru baharu di sekolah yang ditempatkan, seharusnya banyak lagi perkara yang perlu dipelajari sama ada dari aspek pengurusan mahu pun aspek pengajaran. Walau bagaimanapun kejayaan kedua-dua aspek ini banyak bergantung kepada keperibadian anda. Kejayaan anda sebagai guru permulaan banyak ditentukan oleh tindakan anda ke arah membentuk sikap diri sebagai seorang guru, khususnya seperti yang telah didedahkan kepada anda semasa mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) oleh institut masing-masing. Anda sepatutnya menyedari dan mengetahui bahawa

semasa mengikuti BIG, anda sebenarnya sedang mengikuti satu program yang bertujuan untuk menyediakan anda sebagai bakal guru yang akhirnya ke arah melahirkan anda sebagai guru yang profesional . Perubahan sikap yang dinyatakan semasa anda mengikuti BIG haruslah diterjemahkan dalam konteks sebenar, bukan retorik semata-mata semasa mengikuti program berkenaan. Sebagai guru permulaan anda perlu menyedari bahawa kerjaya keguruan satu bidang profesion yang istimewa dan unik kerana proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya berlaku di bilik darjah malah ia menjangkau masa, tempat dan bidang tugas. Pengurusan jadual waktu, pengurusan bilik darjah, pengurusan pendaftaran, pengurusan peperiksaan, pengurusan kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan dengan bilik darjah, murid dan sekolah merupakan ruang lingkup tugas guru yang sudah diamalkan sejak dahulu lagi. Oleh itu sebagai guru permulaan, anda seharusnya sedar akan tanggungjawab ini tanpa banyak persoalan serta bertindak secara proaktif berlandaskan peraturan yang sedia ada. Kerjaya guru sebagai pembina modal insan cemerlang, berakhlak mulia dan berdaya kreatif memang dicari-cari ibu bapa,murid dan masyarakat. . Kalu dilihat pula perkataan guru ia tidaklah begitu glamour jika dibandingkan dengan pekerjaan lain, contohnya peguam, pengurus, doktor dan seumpamanya. Manakala pengamatan atau persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan pula turut membayangkan tentang ruang cuti,masa kerja yang terhad dan bidang tugas yang mudah serta terjamin. Persepsi yang sering didengar seperti Guru ibarat lilin membakar diri untuk menerangkan (mencahayakan) orang lain. Memang begitulah nasib seorang guru. Betullah dalam sebahagian kata-kata puitis nukilan penyair terkenal lagi tersohor, Usman Awang memberi pengertian dan persepsi terhadap seorang guru: Biarlah apa saja pandangan dan persepsi orang terhadap profesion dan kerjaya guru tetapi sebagai seorang hamba Allah atau insan, seorang guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebenar-benarnya terletak kepada kemahiran mendidik anakanak walau setinggi mana ijazah-ijazah, diploma yang dimiliki, tetapi jika seorang guru atau pendidik tidak memiliki pengalaman dan kemahiran serta berakhlak mulia, maka perkataan seperti pengajaran guru itu boring (membosankan) atau cikgu ajar tadi tak seronok akan keluar dari murid atau penuntut-penuntut yang mungkin

memberi gambaran bahawa pengajaran guru tersebut tidak berkualiti atau tidak ada standard. Penghayatan perlu dibuat pada prosedur serta tata cara pengendalian atau pelaksanaan sesuatu tugasan mengikut jadual yang telah ditetapkan.. Personaliti dan kebolehan anda sebagai guru permulaan akan dilihat dari pelbagai sudut oleh pihak pengurusan sekolah dan guru-guru senior yang berpengalaman. Oleh yang demikian, anda haruslah menunjukkan kebolehan dan keterampilan dari segenap sudut, khususnya dalam aspek yang berikut; i. Kualiti diri dan kebolehan anda menyesuaikan diri ii. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah iii. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah iv. Pengurusan kerja di mana anda ditempatkan Sebagai guru permulaan, anda harus menyesuaikan diri dengan budaya sekolah termasuk keadaan, tempat, cara berinteraksi dengan guru-guru lama

sertakeseluruhan warga pendidik di sekolah tersebut. Cuba wujudkan budaya yang mesra supaya kehadiran anda disenangi oleh semua pihak,khususnya pihak pengurusan sekolah. Elakkan daripada wujudnya suasana tegang akibat sikap anda yang tidak profesional dan masih terbawa-bawa perwatakan sebagai pelajar ketika anda berada di IPG. Sebagai guru permulaan, anda harus mempunyai kepelbagaian idea yang bukan sahaja dilihat dari aspek isi pengajaran atau perancangan, bahkan juga dari aspek pedagogi dan sistem penyampaian. Seorang guru terutamanya bagi mereka yang baharu memulakan bidang perguruan harus mempunyai beberapa kemahiran sebagai nilai tambah dalam proses menghasilkan pengajaran yang berkesan. Guru permulaan juga harus mewujudkan keseronokan dan keceriaan belajar dalan kalangan murid. Antara langkah yang mampu menbantu kemahiran sistem penyampaian dalam menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menceriakan lagi menyeronokkan adalah seperti berikut; i.Mengenali dan memahami ciri murid

Sebagai ibu atau bapa kepada murid, seorang guru bukan sekadar mengenali nama sahaja akan tetapi harus memahami sedalam-dalamnya atau menjiwai mereka. Dalam hal ini, ia bermaksud anda sepatutnya memahami kehendak (needs), sikap, perangai atau tingkahlaku yang merangkumi aspek kekuatan (strength) dan kelemahan (weakness) murid mengikut tahap umur masing-masing. ii.Kreatif dan inovatif Sebelum ini mungkin anda menganggap bahawa tugas guru untuk mengajar itu mudah. Sebagai seseorang guru permulaan, anda memerlukan sukatan pelajaran, rancangan pelajaran serta bahan pengajaran yang disesuaikan dengan murid anda. Walaubagaimanapun, adalah sukar untuk menyampaikan pengajaran agar ia dapat difahami dan tidak membosankan. Oleh yang demikian, seseorang guru itu harus kreatif dan inovatif dalam penyampaiannya. Guru harus bijak memainkan peranannya dalam pelbagai keadaan untuk membolehkan murid menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Pendidik yang berdaya kreatif dapat mengintegrasikan atau menggabungjalinkan pelbagai bahan, kaedah dan teknik dalam penyampaian. Penciptaan, pengubahsuaian dan penghasilan bahan serta corak pembelajaran menjadikan ia lebih inovatif serta mampu melibatkan murid dalam setiap aktiviti yang diadakan. Teori yang anda peroleh semasa mengikuti kuliah di IPG perlulah disesuaikan dengan kesediaan murid anda untuk menerima kehadiran anda dalam pembelajaran mereka. iii.Personaliti guru Seseorang guru tidak semestinya garang dan tidak pula terlalu lembut dengan para murudnya. Anda harus mengetahui bahawa setiap murid akan suka kepada guru yang mempunyai unsur kecindan dalam penyampaian. Elemen kecindan ini ialah kata-kata atau pelakuan yang berunsur jenaka yang tidak keterlaluan semata-mata bertujuan untuk menimbulkan rasa ceria dan seronok serta menghilangkan tekanan sewaktu berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Proses ini seharusnya berlaku apabila seseorang guru baharu itu mula melangkah ke bilik darjah pada hari pertama dan dilakukan secara santai melalui proses komunikasi dan interaksi dua hala. Namun anda tidak seharusnya lebih kepada melawak kosong semata-mata

dengan tujuan untuk menarik perhatian murid, sedangkan pengajaran yang sepatutnya terabai begitu sahaja. Mulai sekarang anda perlu menyedari bahawa anda semua akan berhadapan dengan situasi yang dibincangkan tadi. Oleh itu, tempoh perubahan peranan dari guru pelatih kepada guru permulaan adalah merupakan satu tempoh yang amat penting yang perlu diberi perhatian oleh anda kini. Anda harus mula mengatur strategi untuk menjadi guru permulaan yang berkesan supaya tidak merugikan semua pihak terutamanya sekali pihak sekolah dan khususnya para murid. Memang diakui bahawa sebenarnya kurikulum penddikan guru tidaklah mungkin dapat menyediakan segala-galanya sehingga guru yang keluar dari institut perguruan menjadi produk yang lengkap. Anda sebagai seorang manusia yang kreatif, inovatif dan mempunyai daya keintelektualan yang tinggi harus memikul akauntabiliti untuk memperlengkapkan kemahiran profesional guru supaya anda tidak dilabelkan sebagai guru permulaan yang bermasalah dan tidak boleh diterima sekolah. Sebagai seseorang guru yang profesional, anda harus berusaha untuk menjadi guru yang berkesan, disegani dan dihormati oleh para murid, ibu bapa dan rakan sejawat. Prestasi guru yang cemerlang pula bukan hanya terletak pada nama, pangkat atau gelaran jawatan tetapi mereka yang mampu membuat penyampaian dengan amat menarik, kreatif serta berkebolehan memberi pemahaman sepenuhnya kepada murid dengan penuh prihatin,berakauntabiliti sepenuhnya. Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan - Kurang mahir urus Koku - Kurang mahir urus aktiviti sukan - Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah - Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah - Kurang teori dan amalan latihan - Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber dan ambil peduli terhadap perkembangan murid

- Kurang kemahiran sosial Guru Permulaan 8/1/2011 Nordin Tahir Cabaran Guru Permulaan (Novis) - Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative - Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah - Masalah penyesuaian diri dengan realiti sekolah dan bilik darjah. - Mula mengaplikasikan kaedah mengajar - Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran - Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru - Kurang berupaya menangani tugas harian guru Sebagai seorang guru novis, banyak perkara baru yang perlu dikuasai dalam melaksanakan proses P&P yang lebih efektif dan berkesan serta mencapai objektif pengajaran. Antara sebab mengapa guru pelatih dan guru novis perlu menjalankan kajian tindakan di dalam pendidikan ialah: 1. Seorang guru perlu menguasai / mempunyai kemahiran yang tinggi tentang pelaksanaan P&P di dalam bilik darjah. Melalui kajian yang dijalankan akan dapat melihat keberkesanan P&P yang dijalankan dan boleh membuat penambahbaikan. Melaui kajian ini ianya dilihat dapat membantu dan menambahkan ilmu dalam kemahiran mengajar. 2. Kajian Tindakan yang dijalankan oleh seseorang guru tersebut secara langsung dapat mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Guru sebagai seorang profesional tidaklah

semata-mata mengamalkan pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain tetapi berupaya merintis jalan bagi menangani pelbagai masalah P&P. 3. Guru sebagai penyelidik haruslah mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi penyampaian, dengan murid, latihan-latihan yang digunakan yang dan disediakan, sebagainya. gaya Guru

soalan-soalan

menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya. Oleh itu, lapangan kajian tindakan ini merupakan lapangan yang palig ssesuai untuk mengkaji masalah-masalah yang telah dikenal pasti supaya dapat dikenalpasti jalan penyelesaian seterusnya untuk proses penambahbaikan. 4. Setiap guru terutamanya perlulah perlu melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum kajian dijalankan. Sekiranya pencapaian murid meningkat setelah melakukan aktiviti P&P yang telah dirancang untuk menangani masalah yang wujud, bolehlah dirumuskan bahawa amalan pengajaran guru berkesan.

Keberkesanan pengajaran guru meningkatkan kewibawaannya sebagai pendidik dan dengan itu tahap profesionalisme guru itujuga turut meningkat. 5. Proses kajian tindakan ini juga dapat memperlihatkan peningkatan

keberkesanan amalan mengajar seseorang guru boleh dilihat melalui peningkatan prestasi pihak yang menerima perkhidmatan guru tersebut iaitu murid-murid. Melalui pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti P&P yang dijalankan di bilik darjah, guru mengumpul data secara terancang untuk mengesan kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dilaksanakan. Data yang telah dianalisis memberi gambaran yang jelas kepada guru tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses P&P. Berpandukan kepada analisis data guru mengubahsuai amalan mengajar yang lalu supaya menjadi lebih berkesan. Proses mengutip data dan mengubahsuai amalan berlaku berulangkali sehinggalah berlaku peningkatan dalam prestasi murid.

6. Melalui kajian tindakan ini juga, guru cuba memahami proses pembelajaran murid-muridnya. Dengan memahami proses pembelajaran murid, guru boleh mengambil langkah untuk memperbaiki pengajarannya yang tidak berkesan. Kajian Tindakan yang memberi penekanan kepada langkah-langkah untuk membuktikan bahawa sesuatu pendekatan atau aktiviti pengajaran adalah lebih baik daripada yang lain atau untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran tidak menepati matlamat untuk memperbaiki amalan guru. 7. Melahirkan guru yang kreatif,inovatif, holistik dan versetile, guru yang menjalankan kajian tindakan akan berusaha untuk menghasilkan kaedah dan pendekatan pengajaran dan membina bahan inovasi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai