Anda di halaman 1dari 3

http://mohdnorizwansulaiman.wordpress.com/2008/10/23/sistem-ototrangka/ OTOT RANGKA..

SALING TINDAKAN OTOT OTOT Pergerakan yang efektif melibatkan aktiviti pelbagai otot di samping otot utama yang berperanan melakukan pergerakan secara terus.Hal ini bermakna otot otot dalam tubuh saling bertindak antara satu sama lain dalam melakukan sesuatu pergerakan.Dalam kata lain,bagi sesuatu pergerakan, otot tidak bertindak sendirian tetapi secara berkumpulan.Antara peranan otot yang dimaksudkan ialah agonis,antagonis dan sinergis. a) Otot yang berperanan sebagai penggerak pergerakan dikenali sebagai angonis. ANGONIS dalam sesuatu

utama

b) ANTAGONIS Otot yang menghasilkan pergerakan yang berlawan dengan otot penggerak utama.Apabila otot penggerak utama menguncup, antagonis akan mengendur atau relaks.Antagonis juga membantu mengawal aksi yang dilakukan oleh otot penggerak utama dengan mengawal kelajuan pergerakan dan kelicinan pergerakan tersebut. c) SINERGIS Otot yang membantu otot penggerak utama.Sinergis menambahkan daya untuk melakukan pergerakan yang dilakukan oleh otot penggerak utama.Sinergis juga menstabilkan sendi dengan mengurangkan pergerakan lain yang tidak dikehendaki apabila otot penggerak uatama menguncup. Sebagai contoh, pergerakan fleksi lengan .Biseps brakii dan brakialis adalah otot otot penggerak utama yang menghasilkan pergerakan tersebut.Triseps braaki bertindak sebagai antagonis manakala brakioradialis pula bertindak sebagai sinergis yang membantu briceps brakii dan brakialis menghasilkan pergerakan fleksi pada lengan.

PENGUNCUPAN OTOT RANGKA Terdapat tiga jenis penguncupan otot yang asas iaitu isometrik, isotonok dan isokinetik. a) PENGUNCUPAN ISOMETRIK Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada panjang otot walaupun penguncupan ini menghasilkan daya.Penguncupan ini tidak menghasilkan pergerakan.Contoh pergerakan yang melibatkan penguncupan isometrik ialah ketika kita melakukan aktiviti menolak dinding dengan siku bengkok atau tekan kedua dua tangan.Dinding tidak bergerak tetapi otot triseps brakii menguncup dan menghasilkan daya.Namun begitu,ia tidak dapat mengatasi rintangan yang ada. b) PENGUNCUPAN ISOKINETIK Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang tetap di sepanjang pergerakan.Penguncupan jenis ini dapat dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang mengawal halaju pergerakan tersebut.Alat ini dikenali sebagai mesin isokinetik.Contoh pergerakan yang melibatkan penguncupan isokinetik ialah dengan menggunakan peralatan khusus di gimnasium. c) PENGUNCUPAN ISOTONIK Penguncupan fiber otot yang menghasilkan daya yang tetap di sepanjang julat pergerakan.Penguncupan isotonik menyebabkan perubahan pada panjang otot dan berlakunya pergerakan.Penguncupan isotonik terbahagi kepada dua iaitu penguncupan konsentrik dan penguncupan esentrik.pemanjangan otot berlaku ketika penguncupan otot esentrik.Penguncupan kosentrik pula melibatkan pemendekan fiber otot. Aktiviti berlari,melompat dan menaiki tangga adalah contoh pergerakan yang melibatkan penguncupan konsentrik dan esentrik.Semasa membengkokkan lutut, otot otot kuadriseps menguncup secara esentrik dan semasa meluruskan lutut,otot otot kuadriceps pula menguncup secara konsentrik. HALAJU PENGUNCUPAN Fiber otot boleh diklasifikasikan mengikut kelajuan penguncupan otot.Halaju penguncupan otot berbeza antara satu pergerakan dengan

pergerakan yang lain.Perbezaan ini dipengaruhi oleh jenis fiber otot yang terdapat pada otot yang menghasilkan pergerakan tersebut.Terdapat dua jenis fiber otot rangka yang utama iaitu fibersentak cepat dan fiber sentak lambat.Kebanyakan otot rangka mempunyai fiber jenis ini.Peratusan fiber sentak cepat atau lambat bergantung kepada baka, fungi dan latihan. FIBER SENTAK CEPAT Fiber ini juga dikenali sebagai fiber jenis dua.Fiber ini lebih besar dan berwarna putih.Fiber ini juga mempunyai keupayaan anaerobik yang tinggi dan lebih sesuai melakukan aktiviti berintensiti tinggi, pantas dan memakan masa yang pendek.Walaubagaimanapun, fiber ini mudah lesu.Halaju penguncupan bagi fiber sentak cepat lebih pantas berbanding dengan fiber sentak lambat. FIBER SENTAK LAMBAT Fiber ini dikenali sebagai fiber jenis 1.Fiber ini lebih kecil dan berwarna merah.Fiber ini banyak terdapat pada otot otot postur.Fiber sentak lambat mempunyai keupayaan aerobik yang tinggi.Ini bermakna fiber ini tidak cepat lesu dan boleh menghasilkan penguncupan dalam jangka masa yang panjang.Fiber sentak lambat juga mempunyai kelajuan penguncupan yang lebih perlahan berbanding fiber sentak cepat.

Anda mungkin juga menyukai