Anda di halaman 1dari 4

Pembinaan Instrumen Penilaian dalam Aspek Kognitif

Pengenalan

Kandungan KBSR dan KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai dari bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Kedua-dua kurikulum ini bertujuan memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, penilaian hendaklah merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

P & P dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya bahawa setiap insan mempunyai kapasiti untuk berfikir. Polson & Jeffries (1985) mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran penyelesaian masalah. Ennis (1985, 1991) berpendapat pemikiran merupakan beberapa siri proses pemikiran secara logik. Galotti (1989) menyatakan terdapat dua jenis membuat keputusan kesan dari pemikiran, iaitu formal reasoning dan everyday reasoning Instrumen Penilaian Dalam Aspek Kognitif

Kebiasaannya penggunaan ujian kertas dan pensel dapat memberi ukuran pencapaian pelajar dalam aspek kognitif/pemikiran moral. Pembinaan item ujian objektif dan subjektif boleh dilakukan mengikut aras kesukaran yang dinyatakan dalam Taksonomi Bloom. (Rujuk http://www.officeport.com/edu/blooms.htm)

Aras Kemahiran Ujian Bertulis Item objektif atau subjektif boleh dibina untuk semua aras kemahiran dalam bidang kognitif/pemikiran moral di bawah kategori Taksonomi Bloom. Perhatikan jadual di bawah: Aras kemahiran dalam bidang kognitif 1.Pengetahuan Menguji kebolehan pelajar mengingat kembali fakta, erti, istilah, prinsip, hukum dan definisi yang telah dipelajari. Contoh soalan Nyatakan nilai yang berkaitan dengan Tuhan dan pengolahan alam semulajadi oleh manusia.

2. Kefahaman Huraikan maksud nilai bertanggungjawab. Menguji kebolehan murid memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah dipelajari. 3. Aplikasi Arasu seorang pelajar yang jarang Menguji kebolehan pelajar menggunakan menguruskan diri dan jadual fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pembelajarannya. Dia selalu bergantung pengetahuan dan kemahiran untuk kepada orang lain untuk menyiapkan kerja menyelesaikan masalah yang berkaitan. rumahnya. Jelaskan nilai yang sepatutnya diamalkan oleh Arasu. 4. Analisis Yang manakah pernyataan berikut TIDAK Menguji kebolehan pelajar membanding menerangkan ciri nilai bertanggungjawab dan menghuraikan faktor-faktor dengan betul? kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain. 5. Sintesis Cekal, gigih, tekun, dedikasi dan daya usaha. Menguji kebolehan pelajar Semua ciri yang dinyatakan adalah berkaitan mencantumkan, menggabungkan dan dengan nilai mengintergrasikan fakta-fakta atau ideaidea yang berkaitan. 6. Penilaian Menguji kebolehan calon membuktika, menilaikan, mengesahkan, mengkritikkan, merumuskan atau memberi pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya. Di antara nilai-nilai yang berikut, yang manakah PALING efektif digunakan untuk mendidik kanak-kanak sifat kebersihan diri?

PANDUAN MENULIS SOALAN UJIAN BERTULIS


Pokok soalan mesti ditulis dalam bahasa yang mudah difahami Pilihan jawapan atau gerak balas hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan Struktur item haruslah dibentuk mengikut format yang biasa diamalkan

UJIAN SUBJEKTIF

Ujian esei Pelajar menjawab soalan dalam tulisan/perkataan sendiri Jawapan- satu ayat, beberapa ayat, satu perenggan, beberapa perenggan, satu karangan Pelajar bebas memilih, menerangkan, membentangkan idea-idea dengan perkataan sendiri Pemeriksa memeriksa secara subjektif, holistik, analitik(mengikut kriteria pemarkahan)

JENIS-JENIS SOALAN SUBJEKTIF

Jenis respons terhad o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas o contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik Jenis respons lanjutan o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau beberapa perenggan o contoh: Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar sekolah dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.

Di bawah soalan jenis respons terhad ada:

Soalan berstruktur o satu siri soalan yang berkaitan dengan sesuatu isu yang dikemukakan satu demi persatu o jawapan yang diberikan merupakan satu penyelesaian kepada isu yang dikemukakan(nilai, sikap, tingkahlaku) Soalan berpandu o mengandungi penggerak-penggerak atau stimuli seperti gambar, peta, carta dan lain-lain o pelajar menjawab berdasarkan penggerak-penggerak yang disediakan

Soalan jenis gerak balas lanjutan


soalan jenis perbicaraan memberi peluang kepada pelajar menjawab secara bebas- menghuraikan idea/pendapat secara bertulis sangat sesuai digunakan untuk mengukur proses pemikiran, daya kreatif, keaslian idea, induksi, imaginasi menilai aras yang lebih tinggi (analisis, sintesis, penilaian) Contoh: Huraikan kesan Rumah Hijau kepada penduduk dunia. Rancangkan satu projek amal bakti di sekolah anda. Bezakan di antara tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungjawab terhadap negara.

Pentafsiran soalan subjektif


Skop jawapan soalan terlalu luas Soalan yang menimbulkan perbalahan Kesukaran soalan di luar kemampuan pelajar Soalan terlalu mudah Soalan yang kurang jelas

Panduan menggubal soalan subjektif bagi mata pelajaran Pendidikan Moral


Digubal berdasarkan aspek penting bahan P&P Istilah dan bahasa dalam soalan jelas dan tepat Soalan mesti spesifik dan berlandaskan nilai Ada ciri keesahan-topik, aras kemahiran

Ciri keobjektifan jawapan, skema pemarkahan Ciri kebolehpercayaan wajib dijawab

Anda mungkin juga menyukai