Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Dewasa ini, kita dikejutkan dengan pelbagai berita berkaitan dengan kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar sekolah di negara kita seperti yang disiarkan di media massa arus perdana. Hal ini telah menimbulkan keresahan anggota masyarakat terutama sekali ibu bapa, pihak sekolah dan pemimpin negara. Memang tidak dinafikan bahawa gejala kemerosotan disiplin atau tingkah laku pelajar sekolah sering dikaitkan dengan teori psikologi perkembangan remaja. Remaja dalam lingkungan umur antara 12 hingga 18 tahun dianggap sebagai masa yang kritikal dalam peringkat perkembangan manusia. Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Golongan remaja mempunyai tanggungjawab dan peranan yang amat penting di dalam penerusan dan pengekalan institusi-institusi dan sistem-sistem kemasyarakatan negara. Pendek kata, untuk merealisasikan wawasan 2020. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara. Pada lazimnya, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah hanya berkisar di sekitar kenakalan mereka merosakkan harta benda awam, ponteng sekolah, ponteng kelas, merokok, melepak dan sebagainya. Mereka semakin berani melakukan pelbagai perbuatan yang bercanggah dengan norma-norma masyarakat dan juga undang-undang terdapat di negara ini. Namun begitu apabila pelajar sekolah mulai bertindak lebih jauh daripada itu, sesuatu perlu dilakukan segera untuk membendung mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini seperti melibatkan diri dalam pergaduhan antara pelajar yang menyebabkan pembunuhan, mengandung anak luar nikah atau kes rogol pelajar. Dalam kes seperti ini, siapakah yang harus dipersalahkan.

MASALAH DISIPLIN DAN DAN MORAL DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

Ponteng Sekolah Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya dan membingungkan kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hujan walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh masalah keluarga seseorang pelajar itu sendiri. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar . Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah di atas adalah selari dengan teori fungsionalisme di mana ibu bapa tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna (disfungsi). Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka. Di samping itu faktor-faktor lain yang menyumbang kearah berlakunya gejala ponteng sekolah ialah tiada minat atau motivasi untuk ke sekolah, tiada kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahuan, pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat hiburan, pusat membeli belah, melayari internet di 'sibar cafe' dan terikut-ikut atau terpengaruh dengan rakan sebaya diluar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka.

Bahan Lucah Kebelakangan ini, laporan akhbar atau televisyen yang menyatakan pelajar dirogol atau menjadi perogol yang mana rata-rata mereka ini berumur dalam lingkungan umur 10 hingga 18 tahun yang masih dibangku sekolah. Tidak hairanlah jika mereka ini berani membawa bahan lucah ke sekolah untuk dikongsi bersama rakan lain malah mereka berani melakukan perbuatan yang tidak senonoh dan terkutuk itu di dalam tandas atau mana-mana tempat di kawasan sekolah. Hal ini berlaku tidak lain disebabkan oleh faktor pengaruh bahan lucah yang murah dan mudah diperolehi. Walaupun penguatkuasaan telah dijalankan oleh pihak kerajaan, VCD lucah masih lagi boleh dibeli di pasaran terbuka seperti pasar malam dengan hanya RM10 sahaja setiap satu. Mereka sering menonton 'aksi' yang boleh menaikkan nafsu seterusnya ia akan mendorong mereka ini untuk melakukan perbuatan merogol dan membunuh. Oleh sebab kebanyakan mereka dalam lingkungan umur persekolahan, pihak sekolah, ibu bapa, polis dan masyarakat tidak boleh memandang masalah ini dengan ringan, malah sesuatu yang berkesan perlu dilakukan segera untuk membendung gejala yang amat membimbangkan ini.

Gengsterisme Dan Samseng Gejala samseng atau gengsterisme di sekolah di seluruh negara juga semakin membimbangkan. Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah. Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama polis telah mengenal pasti pelajar di 456 sekolah menengah di seluruh negara terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini bukan sedikit dan menunjukkan gejala ini berada pada tahap membimbangkan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gejala-gejala tersebut seperti faktor rumah tangga, sekolah, persekitaran, media massa dan diri pelajar itu sendiri. Ramai pelajar dan remaja mudah terpengaruh dengan media yang memberikan ganjaran keseronokan dan mula tersesat dengan meniru apa yang dilihat dan dibaca.
3

Kewujudan teknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakkan merosakkan pemikiran mereka. Selain itu rumah tangga yang porak peranda dan persekitaran yang tidak sihat juga menyumbang kearah kelakuan tidak baik di kalangan remaja. Sekiranya ini berlaku pelajar atau remaja akan mengambil jalan singkat dengan menjadikan perbuatan tidak sihat sebagai jalan keluar kepada permasalahan mereka.

Merokok Semenjak dua dekad yang lalu, penggunaan tembakau telah menjadi masalah kesihatan awam yang serius di Malaysia. Tiga jenis penyebab kematian utama di Malaysia berkaitan penggunaan tembakau ialah penyakit jantung, angin ahmar dan kanser. Terdapat beberapa sebab mengapa pelajar merokok iaitu ingin menonjolkan imej yang hebat dan anggun. Bagi mereka jika seseorang merokok ia akan kelihatan hebat sekali. Ada juga pelajar merokok disebabkan ingin menonjolkan kedewasaan dan ingin mencuba. Mulanya mereka akan cuba dan lama kelamaan akan menjadi tabiat. Sebilangan pelajar merokok disebabkan ingin mengikut tingkahlaku ibu bapa mereka dan juga pengaruh rakan sebaya. Media massa juga memberi sumbangan kepada penyebab pelajar merokok iaitu melalui pengaruh iklan. Walaupun kerajaan menguatkuasakan peraturan membeli rokok, namun peraturan itu tidak setegas yang diharapkan. Pelajar denan mudah sekali memperolehi rokok di pasaran.

Buli Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli
4

merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain.

PUNCA MASALAH DISIPLIN DAN MORAL DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin dan moral dikalangan pelajar sekolah. Antaranya: 1) Institusi Keluarga Ibu bapa adalah orang yang terpenting dalam sesebuah keluarga. Mereka memainkan peranan utama dalam mencorak masa depan keluarga. Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang menjadi pengarahnya. Dalam konteks ini, penekanan aspek disiplin amat mustahak sekali. Terdapat di kalangan ibu bapa yang tidak menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Ini menyebabkan anak-anak terikut dengan sikap dan perbuatan ibu bapa mereka. Ada ibu bapa yang tidak sehaluan atau sefahaman di rumah, anak-anak merasa tidak aman dan cuba mencari jalan keluar dari masalah ini. Contohnya Ibu dan bapa sering berkelahi di hadapan anak-anak dan pada waktu yang sama mengharapkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Sesetengah ibu bapa pula menyerahkan soal disiplin sepenuhnya kepada pihak sekolah, sedangkan pada hakikatnya pembentukan morality seseorang itu bermula di rumah. Dengan ini timbul golongan anak-anak yang tidak mendengar nasihat keluarga dan banyak menghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya untuk berkongsi masalah dan menghilangkan rasa bosan. Punca pendapatan ibu bapa juga mempengaruhi masalah disiplin. Ibu bapa yang berpendapatan rendah menyebabkan anak-anak tidak mampu membayar yuran persekolahan. Pelajar merasa malu untuk ke sekolah. Oleh itu mereka melencong atau melepak di kompleks-kompleks membeli belah. James Becker mengatakan

ketidakseimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak dapat menwujudkan pengawalan diri yang baik.

2) Rakan Sebaya Rakan atau kawan adalah ibu bapa kedua bagi seseorang pelajar. Ada pelajar yang masih berkawan dengan rakan yang tidak bersekolah. Mereka yang tidak bersekolah ini mungkin kerana keciciran dalam pelajaran ataupun sudah menamatkan alam persekolahan akan berlagak dewasa dengan menghisap rokok, berpakaian tidak senonoh dan melakukan sesuatu tindakan untuk menarik perhatian. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk lagi bagi pelajar miskin. Kedua-dua ibu bapa sibuk mencari nafkah, si anak akan terbiar dan memilih haluan sendiri. Pelajar ini mempunyai perasaan rendah diri dan bagi menunjukkan diri mereka hebat dan berkemampuan, peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah tidak diikuti. Pengaruh rakan sebaya mampu mencorakkan sikap dan nilai tingkahlaku pelajar, lebih-lebih lagi mereka yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga. Pelajar menganggap peraturan dan undang-undang sekolah sebagai sesuatu yang remeh dan tidak perlu dipatuhi. Mereka akan membentuk kumpulan sendiri yang akan mengadakan peraturan tertentu. Ahli kumpulan tersebut hendaklah mematuhinya. Dari sini mula timbulnya masalah disiplin seperti peras ugut dan pergaduhan.

3) Pihak Sekolah Sekolah adalah rumah kedua para pelajar. Begitu juga dengan para pendidik yang menjadi ibu bapa semasa di sekolah. Tugas guru semakin mencabar dalam era globalisasi. Di samping menjadi pendidik, mereka juga menjadi 'role model' kepada pelajar. Kegagalan guru mendidik akan menjurus ke arah masalah disiplin pelajar. Negara kita juga menghadapi masalah kekurangan guru lelaki di mana fenomena ini mungkin menjadi salah satu punca kemerosotan disiplin. Nisbah antara guru lelaki dengan guru perempuan pada kadar 4 : 6 (Berita Harian: 19 Julai 1999). Keadaan yang lebih meruncing sangat dirasai di sekolah rendah dan menurut Kementerian Pendidikan, fenomena kekurangan guru lelaki akan berterusan dalam beberapa tahun yang akan datang kerana jumlah guru pelatih perempuan di Maktab perguruan melebihi jumlah guru pelatih lelaki.
6

Amalan demokrasi dalam pendidikan kurang diterapkan terutamanya dalam pemilihan mata pelajaran elektif. Pelajar tidak sepatutnya dipaksa memilih aliran belajar dan mata pelajaran pilihan. Ia boleh menjejaskan prestasi pelajar tersebut. Ini menyebabkan berlakunya konflik jiwa, pemberontakan batin dan rasa tidak puas hati di jiwa pelajar. Konflik juga timbul kerana pelajar tidak puas hati kepada guru yang mengajar. Contohnya pengajaran guru tidak berkesan atau kurang cekap dalam mata pelajaran berat seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Selain itu sekolah di negara ini kebanyakkannya berorientasikan kepada peperiksaan maka pelajar menghadapi tekanan mental dan sosial.

4) Pengaruh Media Massa dan Siber Media massa dapat di kategorikan kepada dua jenis iaitu media cetak dan media elektronik. Kedua-dua media ini banyak mempengaruhi para pelajar ketika ini. Golongan remaja khususnya para pelajar mudah meniru dan mengikut pelbagai adegan dan perlakuan negatif yang ditayang dalam pelbagai media. Contohnya filem, suratkhabar, majalah dan televisyen yang menonjolkan budaya kuning amat mudah diikuti oleh para pelajar. Babak ganas dan seks akan menjadikan fikiran remaja keras dan rakus. Mereka ingin tahu dan mencuba sendiri apa yang dilihat. Dalam era globalisasi ini juga menyebabkan para pelajar dapat mencapai pelbagai maklumat dengan melayari internet. Dengan wujudnya 'siber cafe' telah memudahkan para pelajar mendapat bahan dan maklumat mengikut citarasa samada yang berguna dan berfaedah atau yang boleh merosakkan minda pelajar seperti melayari laman web lucah.

5) Masyarakat Pengaruh sosial juga boleh menyumbang kepada masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Pelajar yang merasakan bahawa kehadiran mereka dalam masyarakat tidak penting malah menyusahkan masyarakat akan mendorong mereka ke kancah yang tidak
7

bermoral. Misalnya, remaja yang tidak mendapat perhatian daripada masyarakat akan mendorong ke arah yang negatif iaitu menyertai kumpulan subersif seperti skinhead, blachmetal, punk dan sebagainya. Ekoran daripada itu, meraka akan bersatu seterusnya melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang negara seperti ragur, rompak, buli dan sebagainya. Menurut Omardin Ashaari, masalah disiplin pelajar merupakan kesan yang timbul dari faktor luaran yang wujud di persekitaran mereka. Pengaruh luaran seperti budaya lepak di pusat beli-belah punca pelajar kurang minat terhadap pelajaran dan melakukan tingkah laku negatif di dalam bilik darjah. Pergaulan dengan golonga belia yang lebih tua daripada mereka sering menjerumuskan terhadap kegiatan kurang sihat.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH DISIPLIN DAN MORAL DI KALANGAN PELAJAR

Bagi mengurangkan salah laku di kalangan pelajar semua pihak iaitu pelajar itu sendiri, ibu bapa, guru-guru, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan seterusnya pihak kepemimpinan negara perlu mengembeling tenaga bagi menanganinya. Antara langkah-langkah tersebut ialah: 1) Memperkasakan Bidang Ko-Kurikulum Bidang kokurikulum sebagai agen pengimbang dalam sistem pendidikan yang bertujuan untuk mengembangkan potensi dan bakat serta minat pelajar selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani. Bidang kokurikulum yang dibahagikan kepada tiga komponen iaitu persatuan, sukan dan badan uniform sudah pasti dapat melahirkan pelajar yang berbakat dan berpotensi seterusnya melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang terpuji. Penglibatan pelajar dalam kokurikulum khususnya badan uniform yang menekankan pembentukkan disiplin diri pelajar. Pelajar dilatih dengan ketepatan masa, mematuhi arahan ketua, sentiasa bersedia dan semangat juang serta kerjasama yang tinggi
8

mampu membendung pelajar daripada terjerumus ke kancah kesalahan disiplin. Melalui aktiviti bersukan, penekanan diberi terhadap kekuatan fizikal dan mental. Pelajar akan didedahkan dengan teknik dan kaedah yang membolehkan pelajar mempunyai tahap kesihatan yang baik seterusnya melahirkan generasi yang mempunyai badan yang cergas dan minda yang cerdas. Oleh itu, dengan memperkenalkan dan memperkasakan kokurikulum mampu menangani salah laku dalam kalangan pelajar.

2) Peranan Guru Pembimbing dan Guru Kaunseling Zaman remaja dikatakan sebagai suatu zaman anak muda mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan yang hebat. Mereka yang mempunyai semangat daya juang dan daya saing yang tinggi serta diperkukuhkan dengan didikan agama yang sempurna sahaja mampu melawan segala cabaran tersebut. Oleh itu, peranan kaunselor pelajar memainkan peranan untuk menerapkan daya juang dan daya saing dalam diri pelajar untuk menangani masalaha disiplin pelajar. Kaunseling dan bimbingan adalah proses terbaik kerana mereka lebih mengutamakan kebajikan pelajar, keselamatan, bersikap adil dan bertanggungjawab merahsiakan segala maklumat pelajar yang bermasalah agar pelajar yang bermasalah berubah tingkah laku seterusnya menjadi contoh kepada pelajar lain. Unit kaunseling sekolah menganjurkan program terhadap pelajar bermasalah seperti kem jati diri, kem motivasi, kem kepimpinan dan sebagainya. Melalui program ini membolehkan pelajar mempunyai jati diri yang tinggi, sahsiah yang tinggi, dan daya saing dan daya juang yang tinggi.

3) Peranan Persatuan Ibu Bapa Dan Penjaga (PIBG) Setiap sekolah mempunyai PIBG, jadi pihak sekolah boleh berganding bahu dengan PIBG menangani masalah displin, Mereka perlu diberi penjelasan dan kefahaman mengenai peraturan dan garis panduan yang berkaitan dengan gejala disiplin mengikut keperluan dari semasa ke semasa. Sekiranya berlaku salah laku disiplin, ibu bapa bertanggungjawab terhadap anak-anak masing-masing dan tidak menunding jari kepada
9

pihak sekolah ataupun membiarkan pihak sekolah mengatasinya secara bersendirian. Ibu bapa juga perlu perkukuhkan dengan didikan agama yang secukupnya terhadap anakanak melalui penilaian KAFA atau pendidikan moral. PIBG juga boleh menganjurkan kursus atau seminar kemahiran keibubapaan kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Oleh itu, peranan yang dimainkan oleh PIBG sangat penting bagi memastikan ibu bapa cakna terhadap sekolah dan pelajar seterusnya masalah disiplin dapat ditangani dengan berkesan.

4) Kursus Kepimpinan Pelajar Kursus ini diadakan setiap tahun di sekolah-sekolah yang bermatlamatkan melahirkan insan yang mempunyai daya kepimpinan yang unggul. Kursus ini boleh diadakan dengan kerjasama Biro Tatanegara. Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan dengan kaedah untuk melahirkan ciri-ciri pemimpin yang berwibawa dan karismatik . Selain pengawas, kursus yang dianjurkan oleh BTN ini juga boleh disertai oleh pelajar yang bermasalah dengan menggunakan pendekatan dan modul yang berbeza seperti untuk memupuk jati diri, sahsiah terpuji dan sebagainya. Kursus ini pernah diadakan di beberapa buah MRSM dan MARA yang bermatlamatkan untuk melahirkan jati diri yang unggul dalam diri pelajar.

5) Melaksanakan Sistem Fail Disiplin Sekolah Setiap minggu, Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) mengadakan mesyuarat untuk mendapat maklum balas bagi penambaikkan dan memantapkan fail disiplin sekolah. Pelajar yang melakukan kesalahan disiplin serius atau berulang kali, ibu bapa akan dipanggil oleh pihak sekolah untuk menjadi saksi semasa membuat akur janji tidak melakukan kesalahan yang berulang dan disaksikan oleh pengetua dan ibu bapa. Manakala hukuman bergantung kepada budi bicara guru disiplin atau pengetua sekolah. Sebelum hukuman dijatuhkan, LDP akan meyiasat kes tersebut secara terperinci dan jika didapati ada bukti kes maka pelajar tersebut akan dijatuhkan hukuman yang

10

setimpal. Pelajar tersebut diberi peluang untuk membela diri seterusnya mengemukakan rayuan bertulis.

6) Suburkan Amalan Keagamaan Pendidikan Kebangsaan menetapkan asas yang cukup mantap sebagai saksi pembangunan insan iaitu pembinaan kesucian rohani serta faktor kepercayaan kepada tuhan. Dengan kata lain, budaya beragama mesti disuburkan dalam setiap aktiviti pendidikan sama ada dalam bidang kokurikulum dan kurikulum. Matlamatnya tidak lain tidak bukan untuk pembinaan dan pengukuhan akidah kerana kerohanian akan membantu pembentukan akhlak mulia seseorang pelajar. Dengan itu, terjelmalah tanggungjawab moral dan sikap mulia dalam setiap aspek kehidupan pelajar.

7) Menapis Dan Mengawal Media Massa Antara cabaran yang terbesar yang mendepani para pelajar masa kini ialah corak rangsangan yang diterima sama ada melalui media cetak atau media elektronik. Tambahan pula, dewasa ini perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khususnya internet yang dikenali sebagai lebuh raya maklumat dan dunia tanpa sempadan merupakan penyumbang kepada salah laku pelajar. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menapis dan mengawal bahan yang disiarkan dan diterbitkan ini kerana boleh merosakkan akidah, minda, gaya hidup pelajar. Sekiranya kawalan dan tapisan ini tidak dilaksanakan dengan baik maka segala usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dan ibu bapa untuk menangani masalah disiplin pelajar menjadi sia-sia.

8) Semua Guru Adalah Guru Disiplin Terdapat dalam kalangan guru yang kurang mengambil berat terhadap masalah kebajikan dan disiplin pelajar dengan menganggap soal disiplin adalah tanggungjawab guru disiplin dan kaunselor sahaja. Tanggapan begini menyebabkan punca berlakunya salah laku pelajar sukar dikenalpasti sedangkan penyelesaian dalam masalah disiplin perlu disegerakan.
11

KESIMPULAN Dapatlah dikatakan bahawa salah laku dalam kalangan pelajar masa kini didorong oleh beberapa faktor seperti iklim bilik darjah, rakan sebaya, persekitaran, media massa dan sebagainya. Guru merupakan golongan yang sering mendapat perhatian masyarakat maka rebah bangun merekalah menjadi barisan hadapan dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Namun begitu, peranan ibu bapa tidak boleh diketepikan kerana pendidikan itu bermula dari rumah malah hadis nabi ada menyatakan bahawa anak-anak ibarat kain putih ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada ingin menjadi majusi dan nasrani. Walau bagaimanapun, pihak lain juga berperanan dalam menangani masalah ini seperti media, masyarakat dan sebagainya. Setiap ahli masyarakat perlu mempunyai peranan masing-masing. Setiap individu perlu melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna kerana setiap satu ada perkaitan. Kita perlulah merealisasikan konsep masyarakat madani. Setiap pelajar perlu didekati supaya mereka rasa diterima oleh masyarakat khasnya dalam institusi keluarga dan sekolah. Hubungan dan kerjasama erat perlu ditingkatkan antara ibu bapa, pihak pentadbir, guruguru, guru disiplin dan kaunselor amat penting untuk membendung masalah jenayah di kalangan pelajar remaja kita. Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini.

12

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Md.Aroff. 1999.Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral,Serdang: Penerbit UPM. Awang Had Salleh, 1977, Bumiputera Dalam Pendidikan Sebuah Tinjauan Dari Konsep Pendemokrasian Peluang Pelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Dewan Siswa, Julai 2007, Dawama Sdn Bhd, Ampang Selangor.

Ee Ah Meng, 1985, Pedagogi Untuk Guru, Fajar bakti, Petaling Jaya.

Ee Ah Meng, (1998) Pelajar bermotivasi Pelajar Cemerlang, Fajar Bakti, Shah Alam.

Ee, Ah.Meng. 1994. Pendidikan Moral (Elektif).Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd Gragey, William, 1970, The Psychology of Diciplines, University of London, London.

Hinman, L.M. 2000.Contemporary Moral Issues: Diversity and Consensus. (2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall.Kurtins.

Marcia, J.E, 1980, Identity in Adolescene. Handbook of Adolescent psychology of Being, New York.

Muhd Mansur Abdullah, Siti Nordinar Mohd Amin, 1988, Psikologi Remaja, Fajar Bakti, Petaling Jaya.

13

Anda mungkin juga menyukai