Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

Secara umumnya, Kemahiran Asas Untuk Berdikari adalah satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar di sekolah. Mata pelajaran ini digubal bertujuan untuk memperkembangkan keupayaan dala bidang reka bentuk dan teknologi serta peniagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Dalam konteks Pendidikan Khas khususnya murid-murid bermasalah pembelajaran, pengajaran Kemahiran asas Untuk Berdikari perlu diberikan kepada mereka sebagaimana murid-murid normal yang lain. Konsep yang baik ini perlu diterapkan dan dilaksanakan dengan sebaiknya demi masa depan murid-murid khas tersebut.

PENGENALAN KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI Konsep Bermatlamat melahirkan insane yang berdikari, kenal faham teknologi,kenal faham ekonomi dan mempunyai sifat dan sikap yakin diri, kreatif, inovatif, inisiatif, produktif dan boleh berinteraksi dengan baik. Kepentingan 1) Supaya murid Pendidikan Khas dapat berdikari iaitu menjalankan aktiviti seharian dalam kehidupan tanpa bantuan orang lain 2) Dapat menyediakan murid Pendidikan Khas dalam menghadapi pelbagai situasi sebenar dalam kehidupan seharian. 3) Supaya murid Pendidikan Khas dapat mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk dirinya dan persekitaran. 4) Supaya murid Pendidikan Khas dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam bilik darjah ke dalam kehidupan sebenar

Komponen Kemahiran Asas untuk Berdikari

1) Peraturan dan keselamatan di bengkel Mempelajari dan memahami peraturan di bengkel dan bilik kemahiran hidup serta penggunaan alatan yang betul dan selamat.

2) Keusahawanan Mempelajari tentang pengurusan kewangan, penghasilan dan pemasaran produk mengikut kesesuaian . 3) Kemahiran urus diri Menghasilkan analisis tugasan aktiviti-aktiviti pengurusan diri seperti amalan kebersihan tubuh badan dan tandas, kemahiran memakai pakaian dan kasut serta berdandan . 4) Keselamatan diri dan adab bertatasusila Mengenalapsti dan menyenaraikan amalan keselamatan diri di beberapa premis peribadi dan tempat awam.

5) Pengurusan rumah tangga Mengaplikasikan aktiviti pengurusan rumah tangga mengikut analisis tugasan seperti amalan kebersihan bilik, dapur dan pengurusan perkakas/perabot serta amalan pemakanan yang sihat.

6) Kemahiran memasak Mempelajari teknik memasak seperti menggoreng, merebus, membakar dan memanggang mengikut langkah analisis tugasan.

7) Kemahiran jahitan Mengenalpasti alat jahitan dan fungsinya, mempelajari asas jahitan dan menghasilkan prosedur keselamatan menjahit serta menghasilkan projek jahitan.

8) Kemahiran pertukangan Mengenalpasti perkatan pertukangan dan kegunaannya serta menghasilkan projek berdasarkan analisis tugasan.

9) Kemahiran berkebun Mengenalpasti dan menyenarai perkakas perkebunan, menghasilkan prosedur keselamatan berkebun dan mengaplikasikan kemahiran berkebun dalam kehidupan.

10)Kemahiran memelihara haiwan Kenalpasti dan senaraikan peralatan memelihara haiwan dan aplikasikan kemahiran memelihara haiwan.

alatan berkebun Sebelum memulakan proses berkebun, kita haruslah menyediakan alatan dan bahan yang lengkap untuk berkebun agar dapat menjamin keselamatan, keselesaan dan tidak mengganggu proses ketika menjalankan aktiviti di kebun. Peralatan yang asas semasa berkebun ialah: 1. Topi 2. Sarung tangan 3. Kasut atau boot 4. Pakaian yang longgar atau cotton yang meresap peluh Alatan untuk tanah:

Cangkul: satu jenis alat tradisional yang digunakan dalam pertanian. Cangkul digunakan untuk menggali ataupun untuk meratakan tanah. Cangkul masih digunakan sehingga masa ini untuk menjalankan kerja-kerja menggali yang ringan di kebun ataupun di sawah. Kerja-kerja yang lebih berat biasanya dilakukan menggunakan jentera berat.

http://wapedia.mobi/ms/Cangkul

Cultivator: Untuk menggemburkan dan meratakan tanah serta mengumpulkan daun kering.

Fork: Untuk meratakan tanah, mengaduk tanah yang padat, mengumpulkan daun kering, dan mencungkil batu-batuan.

Pencakar

Trowel: Alat ini fungsinya untuk menyendok, menyekop, menggali, mengaduk dan mencampur tanah, dan bahan-bahan untuk tanaman.

sudip bentuk bujur

sudip bentuk tajam

Tranplanter: Untuk menggali, mengaduk, dan menggemburkan tanah dalam pot dan juga untuk melubangi tanah semasa memindahkan tanaman.

tranplanter

Weed Puller : Peralatan berkebun yang digunakan untuk mencungkil dan mencabut rumput liar.

mencabut rumput liar

contoh kegunaan alat

Scope Trowel: Penyekop bahan tanaman yang kuat. Dapat menyekop bahan tanaman dengan banyak dan dapat mengurangkan tenaga pekerja kerana skopnya yang lebar.

Alat-alatan untuk memotong:

By pass blades: Gunting untuk dahan yang basah.

by pass

Anvil blades: Untuk menggunting dan memotong tanaman.

anvil blades

By pass blades + anvil blades: Mempunyai dua fungsi.

Gunting rumput: Untuk menggunting rumput.

Rachet: Gunting yang dipakai untuk dahan besar, kering, keras, dan tua.

Bersih dan Simpan: 1. Bersihkan dan sapukan dengan minyak pada gunting yang telah dipakai agar pisau tidak berkarat dan tajam. 2. Peralatan berkebun setelah digunakan sebaiknya dibersihkan (dibasuh) agar tidak mudah berkarat dan tahan lama. Contohnya membuang tanah-tanah dan juga selut yang melekat pada cangkul.

3. Weed Puller sebaiknya jangan digunakan untuk mencongkel bongkahan tanah untuk mengelakkan salah fungsi alatan dan seterusnya merosakkan alatan tersebut. 4. Untuk keselamatan, simpan alat-alat berkebun di tempat yang jauh dari jangkauan kanak-kanak.

PENYEDIAAN TAPAK TANAMAN

Tapak semaian 1) Pemilihan tapak

Penyediaan tapak yang sesuai untuk penanaman adalah seperti kawasan lapang, tanah rata, tanah gambut.

Membawa murid melawat kebun sekolah kawasan tanaman sayuran Membuat sempadan tapak tanaman sayuran

Membersih tapak

2) Membersih tapak

tapak yang dikenalpasti untuk penanaman akan dibersihkan dengan cara berikut: i ii iiimembuang akar pokok yang mengcangkul merumput besar

Mengembur tanah

3) Mengembur tanah

Tapak semaian yang dibersihkan akan diteruskan dengan proses menggembur tanah.

Tanah digemburkan dengan menggunakan pencakar untuk menghancurkan butiran tanah

4)

Membuat

batas

Setelah proses menggembur tanah selesai, proses membina batas akan dilakukan mengikut saiz yang sesuai untuk penanaman sayuran.

5)

Membaja

asas

Sebelum proses penanaman sayuran dilakukan, batas yang siap dibina akan ditabur/digaul baja asas dahulu seperti baja organik(baja kompas)

Baja yang ditabur mestilah dengan nisbah yang betul.

6) Sungkupan

bahan sungkupan diletakkan di atas batas perlulah sesuai dengan penanaman sayuran seperti pelepah kelapa dan lalang.

Sungkupan yang diletak di atas batas perlulah mengikut cara yang betul.

Penyediaan Tapak Tanaman Sayuran

Penyediaan

Tapak

Penanaman

Faktor

pemilihan

tapak

Sebelum memulakan projek tanaman sayuran, beberapa faktor perlu diberi perhatian. Permukaan tanah yang rata supaya memudahkan kerja-kerja penanaman sayuran. Terdedah kepada pancaran cahaya matahari dan tidak terlindung daripada sebarang naungan pokok.

Berdekatan dengan sumber air seperti perigi, kolam, sungai atau taliair. Tanah yang subur mengandungi bahan organik dan bersaliran baik

Berdekatan dengan jalan untuk memudahkan kerja pengangkutan peralatan, benih, baja, Penyediaan racun perosak dan memasarkan hasil. Kawasan

Kerja-kerja a) b) c) d) Menggembur

membersihkan

kawasan menebang

penanaman

termasuklah pokok menebas

mengumpul meratakan

rumpai tanah tanah

Tanah boleh digembur dengan menggunakan mesin pembajak atau cangkul. Tujuan pembajakan tanah dilakukan adalah untuk memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah, memudahkan pembinaan batas serta menghapuskan rumpai dan organisma perosak tanaman.

Langkah-langkah

pembajakan:

Tanah digemburkan dengan menggunakan cangkul atau jentera pembajak sedalam 20-30 cm

Biarkan tanah terdedah kepada cahaya matahari selama satu minggu. Ini adalah untuk mematikan rumpai dan organisma tanah yang berbahaya

Menabur kapur untuk menurunkan keasidan tanah.

Membajak

tanah

dengan

jentera

pembajak

Membina

Batas

Membina batas adalah untuk mengelakkan dari air bertakung dan membaikki pengudaraan tanah, memudahkan kerja penjagaan seperti merumput, menyiram serta mengawal perosak dan penyakit tanaman.

Ukuran batas yang hendak dibina bergantung kepada jenis sayuran yang hendak ditanam. Saiz batas yang sesuai adalah 100 cm lebar, 15 25 cm tinggi dan panjang batas mengikut keperluan. Jarak antara batas adalah 45 cm. Asas

Pembajaan

Membaja asas perlu dilakukan sebelum menanam. Baja asas yang sesuai ialah baja organik seperti tahi ayam yang reput, tahi lembu, tahi kelawar atau kompos. Baja asas

ditaburkan di atas batas dengan kadar 5 kilogram untuk satu meter persegi (5kg/m) dan Sungkupan Sungkupan adalah satu proses meletakkan bahan-bahan di permukaan batas seperti pelepah kelapa, rumput kering, plastik hitam silver shine dan jerami padi. Ia adalah bertujuan untuk mengelakkan hakisan tanah, kehilangan kelembapan tanah, kehilangan baja yang ditabur ke permukaan tanah dan mengurangkan pertumbuhan rumpai. kemudian digaulkan ke dalam tanah.

Anda mungkin juga menyukai