Anda di halaman 1dari 7

Huraikan pendekatan inkuiri dalam penyelidikan Pendekatan positivis Berdasarkan kepada penyelidikan saintifik, positivisme menekankan bahawa objek

yang dikaji harus berupa fakta, dan bahawa kajian harus mengarah kepada kepastian dan kecermatan. Menurut August Comte, penyelidikan dapat dilakukan dengan cara melakukan kajian ilmiah seperti melalui pengamatan, perbandingan, eksperimen, dan kaedah sejarah. Pendekatan positivis adalah mementingkan ketepatan, pengukuran yang objektif, dan selalunya berkaitan dengan penyelidikan kuantitatif. Oleh itu pendekatan positivis selalunya akan mengemukakan penbentukan hipotesis. Penyelidik pula akan cuba menolak hipotesis nol. Kaedah pengumpulan data pula adalah melalui langkah-langkah tertentu yang telah dipiawaikan. Manakala analisis data

memerlukan analisis secara kuantitatif atau kaedah analisis berstatistik. Pendekatan positivis yang baik adalah memerlukan kaedah pengulangan atau dengan kata lain penyelidik-penyelidik lain boleh menjalankan penyelidik sama bagi menyokong atau menyanggah penyelidikan yang lepas. Pendekatan positivis akan menggunakan penaakulan deduktif yang mana ia bermula dengan teori dan berakhir dengan keputusan empirikal untuk menerima atau menolak hipotesis nul. Dalam pendekatan ini jenis penaakulan iaitu deduktif digunakan. Bagi menganalisis eksperimen makmal sering digunakan. Borang soal selidik (primer) dan penggunaan data sekunder juga digunakan dalam kaedah pengumpulan data. Analisis data secara kuatitatif diperlukan. Dengan ini analisis berstatistik yang sesuai digunakan dalam penyelidkan jenis ini. Contoh pendekatan positivis Pengurus hal Ehwal Pelajar ingin mendapatkan maklum balas pelajar terhadap perkhidmatan kantin di universiti tersebut. Beliau ingin tahu apakah alasan pelajar datang ke kantin, kekerapan ke kantin, pendapat tentang kualiti makanan dan minuman serta layanan.

Pendekatan Interpretivist Pendekatan interpretivis menekankan bahwa ilmu yang berasal dari pemahaman intelektual yang dibangunkan atas kemampuan argumentasi secara logik. Oleh itu, perkara penting bagi pendekatan interpretivis ialah ketajaman dalam empirikal. Pemahaman intelektual dan kemampuan penyelidikan perlu didukung data empirik yang relevan, agar produk ilmu yang berlandaskan penyelidikan interpretivis betulbetul ilmu, bukan mitos. Bagi pendekatan interpretivis fakta empirik bukan hanya yang sensasi, melainkan ada empiris logik, empiris teoritik, dan empiris etika. Misalnya: ruang angkasa, peninggalan sejarah masa lampau, dan jarak dalam tahun juta cahaya, semuanya merupakan realiti tetapi hanya dapat dihayati secara teoritis. Oleh itu, pendekatan interpretivis mengakui realiti, empirik teoritik dan empiris logik. Tidak seperti pendekatan positivis yang mengandaikan manusia berkongsi nilai yang sama pendekatan interpretivis percaya bahawa pengalaman dan sosial manusia mempunyai arah yang berbeza. Ini bermaksud sistem dan kelakuan manusia terhasil dari interaksi sesama manusia. Pendekatan interpretivis percaya bahawa dunia ini luas dengan kelakuan manusia yang berbagai ragam. Oleh itu ada realitinya kehidupan sosial manusia adalah sentiasa berubah-ubah. Para penyelidikan interpretivis berminat untuk memahami pengalaman hidup manusia. Dalam penyelidikan ini jenis penaakulan iaitu induktif boleh atau patut digunakan. Bagi menganalisis data, pemerhatian peserta, temuduga; kumpulan fokus atau kajian kes sering digunakan. Contoh pendekatan interpretivis Pengurus sebuah syarikat ingin menyiasat laporan prestasi pengeluaran setiap pekerjanya pada tahun tersebut. Ini kerana dengan cara tersebut beliau dapat menganggarkan pengeluaran pada tahun hadapan. Pengurus tersebut akan memberikan anugerah cemerlang kepada setiap pekerja yang menunjukkan prestasi yang baik dengan harapan motivasi pekerjanya akan meningkat bagi meningkatkan pengeluaran pada tahun berikutnya. Bagaimanapun, kepada para pekerja ia merupakan tekanan untuk meningkatkan prestasi. Ia juga akan menyebabkan ketidakpuasan pekerja yang merasakan berhak menerima anugerah tersebut. Kenyataan ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pendapat antara pengurus

dan pekerja dalam perkara ini. Ini menunjukkan bahawa sesuatu tindakan yang dilakukan tidak semestinya akan membawa kepada kesan yang kita harapkan kerana manusia mempunyai sifat yang berbagai ragam. Pendekatan critical Tujuan asas pendekatan kritikal adalah adalah untuk menjadikan manusia lebih baik dari sebelumnya. Pendekatan ini adalah mencakupi makna yang tersembunyi. Dalam penyelidikan jenis ini kehidupan manusia diandaikan adalah tidak statik dan dan boleh dieksplotasi. Manusia mempunyai kuasa untuk mengubah dunia kehidupannya. Mereka yang melakukan penyelidikan ini akan menggunakan keduadua jenis penaakulan iaitu deduktif dan induktif. Ia akan mengutamakan pemberian kuasa kepada penyelidik untuk mengubah panduan dan tindakan pengumpulan data. Manakala rekabentuk penyelidikan yang sering digunakan adalah dari jenis eksperimen lapangan atau analisis sejarah. Contoh pendekatan kritikal Penentuan sama ada terdapat hubungan aatau tidak di antara guru dan murid, penyelidik interpretivist mungkin cuba menerangkan interaksi antara guru dan murid. Manakala ahli penyelidik kritikal pula akan melihat isu-isu yang paling penting dalam menentukan hubungan tersebut.

Jelaskan ciri-ciri yang terdapat dalam penyelidikan Ciri-ciri penyelidikan yang baik diertikan sebagai ciri-ciri yang berasaskan prinsip saintifik dan etika. Antara ciri-ciri saintifik ialah : penjelasan (explanation), ramalan (preditiction), corak (pattern), pengulangan (repetition), replikasi (replication) dan kuantifikasi (quantification). Selain itu, ciri-ciri am seperti objektiviti, keesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran serta kebolehtafsiran juga penting untuk sesuatu penyelidikan. Semua penyelidikan yang baik mesti mematuhi nilai atau kod etika.

Ciri-ciri Penyelidikan 1.Penjelasan (Explanation) & Ramalan (Prediciton) Matlamat unggul sesuatu penyelidikan dijalankan ialah untuk memajukan penjelasan dan ramalan tentang sesuatu fenomena fizikal atau sosial. Dengan kata-kata lain, tujuan atau pernyataan masalah penyelidikan tentang apa yang ingin dijelas atau diramalkan mestilah amat jelas. Angkubah-angkubah yang ingin dijelaskan serta hubungan antara satu sama lain dalam suatu fenomena yang ingin dikaji mesti dinyatakan secara eksplisit. Justeru itu, hipotesis sama ada dalam bentuk diskriptif atau causal mestilah spesifik, nyata dan boleh diuji. 2.Fenomena Yang Bercorak Dan Berulang (Patterned and Repetitious Phenomena) Sehubungan dengan ciri penjelasan dan ramalan, fenomena yang dikaji dalam sesuatu penyelidikan haruslah mempunyai corak yang berulang-ulang. Jika sesuatu fenomena kajian itu tidak berstruktur, tidak mempunyai ciri-ciri sistematik dan tidak mempunyai hubungan yang tekal, sudah tentunya penjelasan dan ramalan tidak boleh dibuat dengan kepastian yang tinggi. Peristiwa yang wujud hanya sekali sahaja tidak boleh dijelaskan dengan darjah verifikasi yang kuat. Pendek kata, fenomena kajian yang baik mesti mampu dikaji oleh pengkaji lain kerana fenomena berkenaan mempunyai corak yang boleh diramal dan dijelaskan serta wujud dalam keadaan lain dan berulangan. 3.Replikasi (Replication) Supaya sesuatu kajian itu dianggap baik, kajian tersebut mesti mampu direplikasikan oleh pengkaji sendiri dan pengkaji lain. Hanya selepas sesuatu pemerhatian dikesan berulang kali, barulah kita menganggap kajian itu saintifik dan boleh dipercayai. Justeru itu, kajian yang baik menetap dan menerangkan spesifikasi metodologinya agar dapat dijalankan semula oleh pengkaji-pengkaji lain. Sifat ini mempunyai kaitan dengan ciri empiris iaitu sesuatu kajian sama ada metodologi atau fenomena yang ingin dikaji boleh diulangi oleh pengkaji yang lain. Ini memastikan bahawa penemuannya boleh disahkan semula atau ditolak.

4.Kuantifikasi (Quantification) Mengikut Forcese & Richer, Quantification refers to the assignment of numerical values to the phenomena under investigation (11973:10). Kajian yang baik mengkaji fenomena yang dapat dihuraikan; apa yang boleh dihuraikan sebaik-baiknya boleh diukur. Lantaran itu, fenomena kajian yang baik dapat kuantifikasikan melalui angkubah-angkubahnya. Semakin halus ukuran angkubahnya, semakin tinggi kekuatan hubungan statistikal yang mampu dibuktikan. Hipotesis yang dibentuk berasaskan angkubah-angkubah yang measureable lebih mantap dan boleh dianalisa dengan pelbagai kaedah statistik. Contohnya sekiranya pengkaji ingin menghurai dan mengklasifikasikan motivasi pekerja, maka mesti adanya instrumen untuk mengukur konstruk tersebut dan hasilnya dalam data yang boleh diuji. 5.Konseptualisasi : Abstrak Dan Operasi Selanjut daripada ciri kuantifikasi, konsep-konsep dalam sesuatu kajian yang wujud dalam bentuk abstrak mestilah boleh dioperasikan secara validnya. Apabila kita operasikan sesuatu konsep, kita menetapkan unsur-unsur konsep tersebut dalam bentuk yang boleh ditanggap dan diukur atau angkubah-angkubahnya. Pengoperasian konsep abstrak atau konstruk yang valid merupakan pengoperasian yang mempunyai keesahan konstruk yang tinggi. Dengan kata-kata lain, angkubahangkubah yang dibentuk untuk mewakili konstruk betul-betul menepati had dan spesifikasi konstruk tersebut. Mengikut Zetterberg, terdapat tiga kemungkinan kesilapan dalam proses

pengoperasian konstruk. Yang pertamanya, angkubah yang dipilih tidak merangkumi pengertian konstruk. Contohnya jika secara konsepsinya, kelas sosial diertikan sebagai pendapatan bulanan dan kesedaran seseorang tentang keanggotaannya dalam sesuatu hirarki manakala angkubah yang dipilih untuk kelas sosial hanya mengambil kira pendapatan bulana sahaja. Kesilapan yang kedua yang mungkin timbul ialah di mana pengoperasiannya mempunyai ruang lingkup yang lebih luas daripada konstruknya. Contohnya angkubah-angkubah yang dipilih untuk

mengoperasikan kelas sosial tadi termasuk pendapatan, kesedaran dan tahap pendidikan. Akhirnya, kesilapan ketiga ialah pengoperasian yang tidak menepati langsung konstruk yang dimaksudkan. Contohnya angkubah untuk kelas sosial ialah warna kulit di mana orang berkulit putih dianggap kelas tinggi manakala orang berkulit hitam dianggap kelas bawahan.(Zetterberg, 1965:114-20) 6.Model, Hipotesis Dan Teori Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa penyelidikan yang baik biasanya menggunakan pendekatan deduksi berdasarkan model, hipotesis dan teori. (Gay & Diehl, 1996: 77) Penyelidikan yang memaju dan mencabar model, hipotesis dan teori yang sedia wujud akan menganjakkan paradigma dan menghasilkan model, hipotesis dan teori baru.(Kuhn,1962) Justeru itu, mengikut Newman, The re is no evidence that a single scientific discovery ever was made by induction as conceived by Bacon. On the contrary it is quite clear that to engage in research without the stimulus and guidance of hypotheses, rules, preconceptions, anticipations, control criteria and the like is a hopeless if not indeed frivolous activity (Newman, 1961, Vol. 1, 91). Jelasnya, satu ciri penyelidikan yang baik ialah ianya berasaskan paradigma teori dan model yang sedia ada. 7.Objektiviti / Keobjektifan Objektiviti merupakan sifat penganggapan yang tidak dipengaruhi oleh emosi atau prasangka seseorang. Dalam pernyataan masalah, pengkaji mestilah memastikan bahawa fahamannya terhadap masalah adalah sama dengan fahaman pengkajipengkaji lain. Begitu juga dalam pemilihan kaedah, teori dan rujukan literaturnya. Sekiranya terdapat bukti bahawa terdapat kaedah yang lebih baik daripada kaedah yang ingin dijalankannya, maka dia mesti sedia menerimanya. Supaya data yang diperolehi mempunyai keesahan yang tinggi, soalan-soalan atau item-item dalam instrumen (soal selidik) mesti mempunyai objektifan yang tinggi. Ini bererti soalan itu tidak berbentuk ambiguous tetapi memberi interpretasi yang sama kepada sesiapa sahaja yang membacanya.

Bagi peringkat pungutan, analisa dan laporan data, emosi dan kepentingan pengkaji dan sponsornya harus diketepikan agar laporan dapat dibuat dengan objektifnya. Begitu juga dalam pemilihan sampel atau subjek kajian pengkaji mestilah mematuhi rancangan yang telah ditetapkan dan tidak mengubahnya untuk menyesuaikan sampel agar dapat memenuhi kepentingan diri.(Forcese & Richer, 1973:16) Untuk memastikan bahawa sampel yang dipungut adalah objektif dan tidak biased, maka terdapat berbagai-bagai kaedah persampelan seperti persampelan rawak,

persampelan kluster, persampelan sistematik dan persampelan rawak berstrata. (Gay & Diehl, 1996: 128) 8.Kebolehpercayaan & Keesahan Pengukuran Aras pengukuran data dalam sesuatu penyelidikan boleh berbentuk nominal, ordinal, interval atau ratio. Penyelidikan yang baik akan seboleh-bolehnya menggunakan aras ukuran yang tinggi iaitu data interval atau ratio. Ini adalah kerana analisa statistik seperti ujian paramatriks yang lebih teliti dan rapi boleh dilakukan terhadap data interval atau ratio. Justeru itu, sekiranya perhubungan causal dikaji, adalah pentingnya data interval atau ratio dipungut. Sehubungan dengan itu, ciri kebolehpercayaan dan keesahan pengukuran amat perlu diamati oleh pengkaji. Semakin tinggi sifat kebolehanpercayaan dan keesahan sesuatu analisa dan pungutan data, semakin tepat dan baik sesuatu penyelidikan. (Forcese & Richer, 1973:73) 9.Faktor Etika Setiap penyelidikan mestilah memastikan kaedah, kandungan dan tujuan tidak melanggar kod etika pengkaji, norma dan nilai-nilai sejagat seperti agama. Sekira sesuatu kajian memenuhi semua ciri dan prinsip saintifik tetapi tidak beretika mana sudah tentunya penyelidikan demikian dianggap kurang baik. Contohnya penyelidikan yang memanipulasi manusia atau cuba play god seperti clone manusia dan sebagainya. Isu yang berkaitan dengan isu etika ialah kejujuran pengkaji. Pengkaji mesti menunjukkan segala usahanya untuk memastikan bahawa setiap langkah penyelidikan dilaksanakan dengan jujur dan segala data yang diperolehi adalah tepat.

Anda mungkin juga menyukai