Anda di halaman 1dari 5

PENULISAN REFLEKSI TUGASAN

Penulisan ini bertujuan memberikan input mengenai cara menulis refleksi yang berkesan. Cuba perhatikan penulisan ini,

Alhamdulillah, syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya dapatlah saya menyiapkan tugasan Teknik Baikpulih dan Penyelenggaraan yang diberikan oleh pensyarah. Kumpulan kami memilih tajuk Lampu Suluh.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya iaitu Ah Lee dan Aboo dalam menjayakan tugasan ini. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah kami, En Mohd Ali bin Jemali atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau dapat menjadikan kami berilmu dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup ini.

Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna apabila saya ditempatkan di sekolah nanti.

Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Wassalam.

Ini adalah penulisan yang selalu menjadi favourite pelajar apabila diminta menulis sesuatu refleksi. Apa itu REFLEKSI?

Refleksi adalah satu penulisan ilmiah mengenai pengalaman pelajar dalam mengharungi sesuatu peristiwa. Bila dikatakan ilmiah, ia mesti boleh membantu perkembangan intelek sendiri dan orang lain yang membacanya.

Merujuk kepada contoh di atas, apakah yang boleh dipelajari dari pelajar tersebut? Jawapannya TIADA APA-APA. Hanya ucapan terima kasih seperti ucapan pemenang AJL, AF dan siaran TV yang lain. Apakah pengalaman yang ada pada pelajar? 1. Masalah yang dijumpai 2. Cara mengatasi masalah 3. Pengalaman diri sendiri yang lalu 4. Pengalaman orang lain 5. Pembacaan

CONTOH PENULISAN REFLEKSI YANG BERKESAN

Tugasan Teknik Baikpulih dan Penyelenggaraan ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej opsyen saya iaitu BM/KH/MU. Walaupun saya tidak mengambil opsyen ini sewaktu mendapatkan ijazah, saya pernah belajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah dahulu. Jadi saya tidaklah janggal sangat dengan mata pelajaran ini.

Kumpulan saya mengambil tajuk Lampu Suluh. Saya ditugaskan untuk menyediakan bahan grafik dari internet yang akan dicantumkan dengan teks oleh ahli lain. Dari pencarian bahanbahan di internet, saya dapati mudah untuk mendapatkan gambar alatan tangan tetapi sukar untuk mendapatkan gambar sebenar membaiki lampu suluh dan lukisan-lukisan yang diinginkan dalam tugasan ini. Saya pula tidak mempunyai pengalaman dalam program perisian grafik. Oleh itu saya telah meminta bantuan sepupu saya untuk menyiapkan lukisan tersebut. Gambar-gambar yang tidak ada di internet diambil dengan kamera pada handphone saya sebelum dipindahkan ke komputer.

Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan yang bertimpatimpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang tidak sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan komputer saya.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran Teknik Baikpulih dan Penyelenggaran ini. Ia mejadikan saya seorang yang teliti dan mempunyai sikap menyelidik atas kerosakan sesuatu barangan mekanikal yang mudah. Sikap ingin membaiki juga dapat menjimatkan wang sekiranya diamalkan di luar sekolah. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah apabila saya tamat belajar kelak.

MOHD ALI BIN JEMALI Jabatan Kemahiran Hidup Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

Jenis-jenis Penulisan Refleksi Penulisan Deskriptif Refleksi Deskriptif Refleksi Dialog Refleksi Kritikal Kajian oleh Hatton dan Smith (1995) menunjukkan bahawa terdapat empat jenis penulisan yang telah dikenal pasti dalam penulisan reflektif. Pertama, penulisan deskriptif (descriptive writing) yang merupakan penulisan yang menerangkan keadaan atau peristiwa di bilik darjah dengan hanya menulis tarikh, tempat tanpa sebarang penerangan berkenaan sebab, akibat dan kaitan peristiwa serta kesannya terhadap sikap dan kepercayaan penulis. Kedua, penulisan refleksi deskriptif (descriptive reflection) yang merupakan penulisan jurnal yang mempunyai penerangan sebab dan akibat terhadap peristiwa yang terjadi secara jelas dengan ciri-ciri

taakulan dan renungan terhadap peristiwa dan memberi alasan-alasan/justifikasi terhadap perkara yang berlaku. Ketiga, penulisan refleksi dialog (dialogical reflection) yang merupakan penulisan refleksi yang mengandungi kata-kata yang merujuk kepada bisikan hati penulis kepada peristiwa yang sedang direnungkannya melalui siri soal jawab tentang persoalan yang difikirkan. Keempat, penulisan refleksi kritikal (critical reflection) yang merupakan penulisan refleksi yang mengaitkan peristiwa di bilik darjah dengan hal-hal di luar rutin bilik darjah seperti falsafah diri insan guru sendiri, falsafah pendidikan, isu-isu wawasan, perpaduan, politik, ekonomi dan sosial. Contoh Penulisan Refleksi Penulisan Refleksi Tahap Pertama (penulisan deskriptif) 1. Pengajaran tidak dapat diteruskan kerana sebahagian pelajar lambat hadir ke kelas. 2. Latihan kebakaran sekolah dijalankan pada waktu pengajaran. Kelas terpaksa dibatalkan. 3. Pelajar mengantuk di dalam kelas. 4. Masa pengajaran tidak mencukupi. Aktiviti kelas terpaksa ditangguhkan kepada pengajaranakan datang. Penulisan Refleksi Tahap Kedua (penulisan refleksi deskriptif) 1. Guru mengajar dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar kurang faham apa yang disampaikan oleh guru. Guru sepatutnya cuba menerangkan sesuatu istilah dalam bahasa Melayu.

2. Terdapat beberapa orang pelajar yang membuat bising di dalam kelas dan tidak menghiraukan pengajaran guru. Guru bertindak memanggil nama pelajar tersebut dan bertanyakan soalan yang berkaitan. Penulisan Refleksi Tahap Ketiga (Refleksi Dialog) 1. Terlalu banyak kelemahan saya dalam pengajaran tentang prinsip geometri pada hari ini. Saya tidak menyediakan contoh soalan untuk pelajar mencuba. Saya tidak dapat menumpukan satu persatu pelajar untuk menjawab soalan. Ada isi yang saya tertinggal. Saya kurang persediaan mengenai tajuk yang di ajar. Penulisan Refleksi Tahap Keempat (Refleksi Kritikal) 1. Saya memang seorang yang tegas semasa mengajar. Walaupun begitu sayasuka ketawa semasa mengajar. Saya mesti pastikan pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa saya menyampaikan aktiviti pengajaran. Saya akan memarahi pelajar yang tidak mengendahkan pengajaran saya. Saya menggunakan pendekatan behaviourisme apabila mengajar kerana saya ingat lagi masa cikgu saya mengajar sejarah beliau menggunakan pendekatan yang sama. Dan dengan pendekatan cikgu tersebut berjaya mendidik saya menjadi insan yang berjaya. Oleh itu, saya percaya pendekatan tersebut akan dapat membantu pelajar mempelajari sejarah

Anda mungkin juga menyukai