Anda di halaman 1dari 2

Kaedah menguji kehadiran gula penurun 1. 2. 3. 4. 2cm cecair kismis dimasukkan dalam satu tabung uji.

2cm larutan benedict dimasukkan dalam tabung uji tersebut. Campuran cacair tersebut dalam tabung uji telah digoyang dan dididihkan. Perubahan yang berlaku pada kandungan tabung uji doperhatikan dan pemerhatian dicatatkan. 5. Langkah 1 hingga 4 diulang dengan menggunakan cecair kacang tanah yang ditumbuk, susu, sirap madu, mayonis dan cecair kentang yang ditumbuk.

Kaedah menguji kehadiran gula bukan penurun 1. 2. 3. 4. 2cm cecair kismis telah dimasukkan dalam tabung uji. 1cm asid hidroklorik cair juga dimasukkan dalam tabung uji tersebut. Campuran cecair tersebut dididih selama satu minit. Campuran tersebut dimeutralkan dengan menggunakan larutan natrium hidrogen karbonat dan diuji dengan menggunakan kertas pH. Langkah ini perlu dijalankan secara berhati-hati kerana campuran tersebut berbuih. 5. Larutan Benedict dititiskan ke dalam campuran tersebut. 6. Perubahan yang berlaku pada kandungan tabung uji diperhatikan dan pemerhatian dicatatkan. 7. Langkah 1 hingga 6 diulangi dengan menggunakan cecair kacang tanah yang ditumbuk, susu, sirap madu, mayonis dan cecair kentang yang ditumbuk.

Kaedah meguji kehadiran protein 1. 2cm cecair kismis telah dimasukkan dalam satu tabung uji. 2. 2cm larutan natrium hidroksida 20% dicampurkan ke dalam tabung uji tersebut. 3. 1% larutan kuprum suflat dititiskan ke dalam tabung uji yang mengandungi campuran tersebut. 4. Campuran dalam tabung uji digoyangkan. 5. Perubahan yang berlaku pada kandungan tabung uji diperhatikan dan pemerhatian dicatatkan. 6. Langkah 1 hingga 6 diulangi dengan menggunakan cecair kacang tanah yang ditumbuk, susu, sirap madu, mayonis dan cecair kentang yang ditumbuk.

Kaedah menguji kehadiran lipid 1. 2cm cecair kismis dimasukkan dalam tabung uji yang mengandungi 2cm cecair ethanol. 2. Campuran cecair tersebut digoyangkan

Anda mungkin juga menyukai