Anda di halaman 1dari 2

hantaran kepala atau lob

Hantaran kepala atau Lob merupakan jenis hantaran bola yang melepasi kepala pihak lawan tetapi dapat ditangkap rakan sepasukan. Hantaran ini digunakan apabila pemain yang terlibat dihadang atau dihalang oleh pemain lawan. Untuk membuat hantaran lob, pemain yang ingin membuat hantaran perlulah melontarkan bola setinggi yang boleh kea rah ahli pasukannya yang lain. Hantaran lob boleh dibuat dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Bola perlu dipastikan berada pada kedudukan melepasi jangkauan pemain pasukan lawan.

Teknik hantaran kepala atau lob

Rajah: Teknik hantaran lob

Teknik hantaran bola lob (a) Kedua tangan mencengkam bola dan membawanya ke paras kepala sambil siku tangan dibengkokkan supaya bola dibawa ke belakang dan pada aras bahu. (b) Pemain akan menolak bola ke atas sekuat yang mungkin dan mengayunkan tangan ke hadapan sambil siku diluruskan. (c) Pemain melepaskan bola semasa siku diluruskan dan tangan masih di atas kepala. (d) Kaki pemain berada sama ada dalam kedudukan selari atau salah satu daripadanya berada di hadapan mengikut keselesaan pemain.

Anda mungkin juga menyukai