Anda di halaman 1dari 50

Konsep Falsafah Pendidikan

Konsep Asas Falsafah


Definisi Falsafah - 3 sudut: 1. Etimologi (bahasa) Falsafah berasal dari perkataan Yunani iaitu philos (cinta) dan sophia (ilmu/pengetahuan)- mencintai ilmu/pengetahuan atau hikmah Pendekatan yg libatkan usaha utk temui apa itu hakikat/kebenaran dan apa yg bernilai dlm kehidupan diri dan dunia mereka disamping hubungan mereka dgn dunia org lain.

Ahli falsafah sentiasa kemukakan masalah, beri dan justifikasi penyelesaian dan bincang keseluruhan proses tersebut.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

2. Terminologi (Istilah)
Sekitar elemen elemen Tuhan dan alam: Socrates- ....ilmu pengetahuan yg merangkumi yg merangkumi kebenaran . Merangkumi metafizik, logik, retorik, etika, ekonomi,politik dan estetika Plato- ilmu pengetahuan yg membolehkan seseorg menuju ke arah pencapaian kebenaran semula jadi Al-Farabi- ilmu pengetahuan mengenai alam maujud(fizikal) Descartes- segala pengetahuan di mana Tuhan, alam dan manusia menjadi fokus pendidikan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

3. Praktikal Berfikir secara bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal, dan sejagat
Sistematik : berfikir secara logik dan berurutan Radikal : berfikir sehingga ke akarnya dan menyelesaikan dgn penuh tanggungjawab Sejagat : berfikir tidak terhad kpd aspek tertentu sahaja dan merangkumi keseluruhannya

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

CABANG-CABANG FALSAFAH

Metafizik/Ontologi Epistimologi FALSAFAH Aksiologi Logik

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

CABANG FALSAFAH
1. ONTOLOGI / METAFIZIK (Realiti) Memberi perhatian utama kepada realiti atau kewujudan yang mutakhir. Mempersoalkan perkara-perkara seperti alam, jiwa atau roh dan kehidupan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Apakah dia alam jagat? Apakah dia hidup? Apakah dia kebebasan manusia?

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Termasuk soalan-soalan yang mempersoalkan tentang kewujudan Tuhan. Memberi perhatian kepada konsep-konsep yang keadaannya tidak dapat diukur seperti realiti, perubahan, kendiri, jiwa dan sebagainya.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

2.

EPISTEMOLOGI (Kebenaran) Mengenai teori pengetahuan dan perihal pengetahuan: Apakah sumber-sumber pengetahuan? Sejauh manakah sumber pengetahuan tersebut boleh dipercayai? Apakah yang dapat diketahui oleh seseorang? Bagaimanakah kita mengetahui dan apakah yang kita ketahui?

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Lebih berminat kepada konsep-konsep selain daripada fakta (tidak seperti sains) Memerlukan alasan yang rasional Ahli psikologi mengkaji bagaimana manusia berfikir dan merasai. Tugas ahli epitemologi memberi perhatian kepada apa yang dimaksudkan oleh konsep-konsep psikologi seperti perasaan, penngamatan, pengukuhan dan mempersoalkan adakah konsep-konsep tersebut digunakan dengan betul atau tidak oleh ahli psikologi. (Kneller, 1971)

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

3.

AKSIOLOGI (Nilai) Mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau salah, cantik atau hodoh. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan nilai. Boleh dibahagikan kepada dua cabang: a) Etika b) Estetika

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Etika: memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku manusia. mengkaji kebaikan seseorang, kebaikan sesuatu masyarakat, dan kebaikan kehidupan. Estetika: Menentukan kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, pengalaman perseorangan, alam sekeliling dan kehidupan (Van Scottes, Kraft dan Haas 1979).

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

4. LOGIK (Penaakulan)
Kaedah yang digunakan oleh ahli falsafah untuk berfalsafah. Peraturan-peraturan yang membolehkan mereka membuat cadangan dan hujah-hujah perbincangan dengan cara yang betul. Sains tentang pemikiran tepat. Prosedur utk bezakan pemikiran sah dan yg mengelirukan. Terbahagi kpd 2 iaitu logik induktif dan logik deduktif Cth persoalan: Bgmn tentukan taakulan baik atau kurang baik?

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Konsep Falsafah
Berasal daripada perkataan Yunani philos bermaksud mencintai sophia bermaksud kebijaksanaan Falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Konsep Falsafah
Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) mentafsirkan falsafah sebagai: prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai pendekatan yang rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan Secara keseluruhannya falsafah ialah suatu pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Konsep Pendidikan
Sharifah Alwiah Alsagoff menghuraikan pengertian pendidikan seperti berikut: proses persekolahan formal proses latihan proses indoktrinasi proses yang berterusan suatu disiplin seni dan sains

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Konsep Falsafah Pendidikan Oleh itu, falsafah pendidikan ialah pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara yang berkaitan dengan pendidikan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Falsafah Pendidikan Islam

Falsafah Pendidikan Islam


Falsafah Islam:
Falsafah Islam adalah berdasarkan ajaran Islam, bersumber daripada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Ibn Rushd, yang juga terkenal di Barat sebagai Averroes, ialah ahli pemikir Muslim agung dan terkenal sebagai ahli sains yang ternama, serta seorang doktor yang ulung dan Hakim Besar (Kadi Agung) di Sepanyol Muslim semasa abad ke-12.

Beliau mempunyai pengaruh besar terhadap pemikiran Barat. Beliau berpendapat bahawa agama dan falsafah adalah saling bersetuju. (Raslan, 1997; Ead, 1998).

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Peranan Falsafah Islam adalah untuk menerangkan hubungan antara manusia dan Penciptanya (Allah), antara manusia dan manusia, dan antara manusia dengan alam sekitarnya (BPG, 2002). Menurut Ibn Rushd, manusia tidak menguasai penuh takdirnya atau tersedia ditentukan baginya. (Ead, 1998). Untuk kefahaman yang lebih lanjut, kita perlu meneliti perihal Pendidikan Islam, matlamatnya, serta falsafahnya.
Terdapat ahli pemikir Muslim lain yang membentuk pandangan mengenai falsafah. Akses maklumat lanjut melalui laman web yang berikut: http://www.muslimphilosophy.com/ip/intro.htm http://www.trincoll.edu/depts/phil/philo/philosophers.html

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Pendidikan Islam

Ibn Rushd menyatakan bahawa Islam menghasratkan pengetahuan sebenar yang didefinsikan sebagai pengetahuan tentang Tuhan dan ciptaan-Nya. Ia juga termasuk hal mengetahui cara mencapai kepuasan di dunia dan juga cara mengelakkan kesengsaraan di Akhirat (Ead, 1998).

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Pendidikan Islam ialah proses yang mendidik dan melatih minda, tubuh, roh, dan emosi manusia, dan membimbing pendidik untuk membentuk pelajar berdasarkan ajaran Islam. Hal ini tercapai berdasarkan ilmu wahyu (Al-Quran), amal (amalan) Nabi Muhammad s.a.w. (Sunnah) dan sahabat-sahabatnya, dan melalui pengalaman Salaf al-Salih dan tokoh-tokoh pendidikan ulung yang lain.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa Pendidikan Islam ialah usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran, dan amalan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Ini akan menyediakan manusia dengan pengalaman dan pengetahuan yang mencukupi supaya dia tahu siapa dia, peranannya, dan tanggungjawabnya sebagai hamba Tuhan serta menjadi seorang pemimpin yang baik.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Sayyid Muhammad Qutb:


Pend.- Satu proses utk membina manusia secara menyeluruh (jasad, intelek dan rohnya, kehidupan kebendaan dan rohaninya serta setiap aktiviti hidupnya. Ianya bersifat menyeluruh dan bersepadu, juga cenderung ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal , intelektual dan kerohanian manusia.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Amar al-Shaibani:
Pend. Persiapan utk kehidupan dunia dan akhirat. Bagi agama Islam, pendidikan menggabungkan antara akidah dgn syariah, antara jasmani dengan rohani, antara dunia dengan akhirat. Tidak menggalakkan seseorg memencilkan diri dlm masyarakat, mengajak manusia utk bekerja serta menganggap manusia semulia dgn kerjanya.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Al-Ghazali:
Pend.- Proses bermula sejak lahir . Selain intelek, pendidikan hendaklah merangkumi latihan jasmani dan sukan supaya dpt menguatkan tubuh badan serta menambahkan kecergasannya, juga merangkumi pemupukan budi pekerti yg mulia, sifat berani, sabar dan menghormati org lain.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Hassan Langgulung (1979), perkara yang menjadi dasar Pendidikan Islam ialah: keesaan Tuhan manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohanian kehidupan dunia dan akhirat persaudaraan sejagat di antara semua umat Islam

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Menurut pandangan tokoh Islam, proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah Al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Pendidikan boleh memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Matlamat dan Tujuan Pendidikan Islam


Sebenarnya, matlamat Pendidikan Islam adalah untuk mengembangkan insan manusia untuk menjadi manusia yang mencintai Allah dan Pesuruh-Nya, dan berupaya untuk menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai Khalifah dunia ini. Orang seumpama itu ialah seorang Muslim yang mempercayai Allah, berilmu, berkelakuan dan berpekerti baik, serta yang beramal. Dia berusaha berterusan untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu, menjadi hamba Allah yang bertanggungjawab serta pemimpin salih.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Sementara itu, matlamat pendidikan Islam adalah untuk mendidik pelajar untuk: Berkelakuan baik Mencapai kesempurnaan rohnya Melakukan amal baik dan mulia Mengamalkan budaya yang halus; dan Memelihara kebersihan, keikhlasan dan amalan baik (BPG, 2002)

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Sejarah Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Bermula dengan sekolah agama dan sekolah pondok. Pada zaman pemerintahan British, dasar pecah dan perintah telah digunakan; sekolah vernakular diwujudkan. 4 jenis sekolah vernakular iaitu; sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Inggeris. Bahasa ibunda digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Sistem persekolahan vernakular mengakibatkan masalah dari sesi sosioekonomi. Beberapa langkah telah diambil untuk membina semula sistem pendidikan negara.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Penyata Barnes Penubuhan 2 jenis sekolah sahaja iaitu (1951) sekolah Melayu dan sekolah Inggeris. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil diajar sebagai mata pelajaran pilihan sahaja Penyata Razak 2 jenis sekolah iaitu Sekolah Umum dengan (1956) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Jenis Umum meliputi sekolah Inggeris, sekolah Tamil dan sekolah Tamil yang menggunakan bahasa pengantar mereka masing-masing. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran wajib bagi semua sekolah.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Menawarkan kursus vokasional selama 3 Talib tahun bagi murid yang gagal memasuki sekolah akademik. Bagi sekolah menengah, semua peperiksaan awam hendaklah dijalankan dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris. Bayaran yuran sekolah rendah dimansuhkan. Akta Pelajaran Bahasa Kebangsaan adalah bahasa (1961) pengantar utama Berasaskan kepada Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib. Penyata Rahman (1960)

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Laporan Kabinet Struktur masa persekolahan dan 1979 penjurusan. Peperiksaan yang sama Pengurusan dan pentadbiran secara pusat Sukatan pelajaran yang sama Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan. Pendidikan Sivik Pendidikan Agama dan Moral Kegiatan Kokurikulum. Ekoran daripada laporan ini, KBSR dilancarkan pada tahun 1982.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Latar Belakang FPK


Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibentuk berdasarkan ideologi dan falsafah yang termaktub dalam Laporan Pendidikan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara, serta ideologi dan budaya masyarakat Malaysia.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)


Matlamat FPK ialah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna. Falsafah Pendidikan Kebangsaan diumumkan secara rasminya pada tahun 1988 dan awalnya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang berbunyi seperti yang berikut:

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

ANALISIS FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Cabang Falsafah
Metafizik

Ciri-ciri FPK
holistik dan bersepadu (berkaitan dengan punca dan perhubungan) Usaha berterusan (membayangkan bahawa pengetahuan sentiasa berubah))

Analisis
Potensi dan kemampuan untuk menyubur secara bersepadu. Manusia perlu menyesuaikan diri kepada pelbagai perubahan seperti kemajuan k-ekonomi dan ICT; Perubahan menggalakkan pengurusan pengetahuan dengan memberi penekanan kepada kemahiran dan pengetahuan terkini; Membayangkan pendidikan sepanjang hayat. Hubungan kait kendiri, persekitaran dan Tuhan; Penerimaan Tuhan sebagai pencipta.

Epistemologi

Aksiologi

Kepercayaan teguh kepada Tuhan

Logik

Keterampilan Kecekapan kerana pengetahuan dan kelulusan; (prosedur yang digunakan Memahami prosedur kerja. untuk membezakan penaakulan sah dan tak Nordin Tahir, JIP sah)

Huraian FPK dan Implikasi terhadap Sistem Pendidikan Negara

Pendidikan suatu Pendidikan sepanjang hayat usaha berterusan Memperkembang Menguasai kemahiran asas 3M. potensi individu Berfikir secara kritis dan kreatif. (JERI) Menggunakan bakat dengan cekap. Memiliki perasaan kasih sayang. Memiliki semangat kekitaan, muhibbah dan kerjasama. Menilai dan menghargai keindahan dan kesenian. Membentuk akhlak yang mulia Memupuk dan membina disiplin kendiri

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Menyeluruh dan Perkembangan potensi individu tidak bersepadu boleh dilakukan secara berasingan. Ia harus dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu. Kepercayaan dan Mengakui wujudnya Tuhan kepatuhan Melakukan kebaikan dan menjauhi kepada Tuhan kejahatan. Mengikuti dan mengamalkan ajaran agama Menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan sendiri.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Rakyat yang Mencintai ilmu. beilmu Gemar membaca pengetahuan Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan. Memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain. Rakyat yang Berilmu pengetahuan dan berkelayakan berketrampilan Mempunyai kemahiran yang sesuai Dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Rakyat yang Sentiasa berusaha meningkatkan daya bertanggungjawab pengeluaran. Sentiasa mematuhi undang-undang Sentiasa berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Melakukan tugas dengan sempurna Rakyat yang Daya ketahanan diri yang kuat untuk menikmati menangani cabaran kesejahteraan diri Berfikiran waras Berkemahiran mewujudkan perhubungan yang baik.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Rakyat yang Memupuk keharmonian keluarga boleh memberi Memupuk semangat kerjasama dan sumbangan perpaduan Menguasai kemahiran sains dan teknologi untuk perkembangan dan kemajuan negara. Mengekalkan kestabilan negara Menghayati dan mengamalkan prinsip Rukunegara. Bersemangat patriotik dan cintakan negara.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Implikasi FPK Terhadap Kurikulum


Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan program bersepadu Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai murni Perubahan program pendidikan yang berorientasikan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis Perubahan sukatan pelajaran yang bersesuaian dengan bidang vokasional dan teknologi.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Implikasi FPK Terhadap Guru


Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya. Perubahan sikap dan nilai guru

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Implikasi FPK Terhadap Institusi Pendidikan


Perubahan kemudahan untuk keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perubahan aktiviti budaya sekolah bagi memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Sebagai seorang guru, cadangkan bagaimana anda boleh menyelitkan elemenelemen FPK ketika melaksanakan pengajaran harian anda.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Anda mungkin juga menyukai