Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENGENALAN

1
Bilateral keratoconus adalah berasal daripada dua suku perkataan Greek yang

(kerato-tanduk,kornea dan konos-kon). Bilateral pula bermaksud kedua-dua belah mata.

Keratoconus merupakan penyakit yang berkaitan dengan usia pada mata yang

menyebabkan perubahan struktur pada kornea. Perubahan ini termasuklah penipisan pada

lapisan tengah kornea yang cenderung untuk membentuk bentuk kon pada bahagian

tengah dan ini menyebabkan kornea pesakit tersebut menjadi melengkung berbanding

bentuk kornea normal. Gambarajah di bawah menunjukkan perbezaan antara bentuk

kornea yang normal dan keratoconus.

Kornea pada mata yang normal adalah lebih


berbentuk rata pada limbus

Kornea pada pesakit keratonocus adalah lebih


melengkung dan lebih curam pada limbus

Gambarajah 1.10 Perbezaan bentuk kornea.

Keratoconus akan menyebabkan pesakit itu mengalami masalah gangguan

penglihatan atau simptom seperti:

2
• kecacatan imej yang dilihat

• imej yang dilihat adalah berganda

• masalah silau dan sensitif pada cahaya

• kekurangan daya penglihatan yang menyebabkan pesakit susah memandu

dan menbaca pada saiz huruf yang normal terutama apabila pesakit

menghadapi Keratoconus pada kedua-dua belah mata.

Gambarajah 1.20 Contoh penghidap keratoconus.

Keratoconus merupakan penyakit distrofi pada kornea yang biasa dihidapi oleh

pesakit pada 1:1000 dalam suatu populasi. Sebab sebenar berlakunya penyakit ini adalah

belum dikenalpasti. Tetapi penyakit ini sering dikaitkan dengan kekurangan aktiviti

sesetengah enzim dalam kornea. Ini merupakan penyakit pewarisan genetik dan amat

ketara menular dalam sesuatu etnik dan paling berkait dengan pesakit yang ada sindrom

tertentu seperti Sindrom Down.

2.0 ASPEK KLINIKAL

3
Keratoconus, merupakan penyakit yang dapat diklasifikasikan sebagai penyakit

gangguan pada saiz dan bentuk kornea. Menurut buku Ophmathology in Focus,

Keratoconus merupakan gejala apabila kornea berbentuk kon dan terdapat bonjolan pada

tengah kornea yang biasanya dijumpai terutama pada pesakit yang mencecah lebih dua

atau tiga dekad. Proses ini biasanya diikuti oleh perubahan mendadak pada pesakit yang

melibatkan tahap penglihatan daripada tahap astigmatisma tidak sekata.

Gambarajah 2.10 perbezaan bentuk kornea akibat penipisan lapisan tengah pada kornea.

Penyakit ini biasanya dapat akan dihadapi pada kedua-dua belah mata dan jarang

sekali kes pada sebelah mata. Namun, pada pasakit Keratoconus ini juga dapat

diklasifikasikan mengikut beberapa kelas tanda-tanda atau gejala antaranya tanda-tanda

awal, tanda-tanda lewat dan hubungan secara sistemik. Jadual di bawah merujuk kepada

kelas gejala pada pesakit dan tanda-tandanya.

Bil. Gejala Tanda-tanda


1. Peringkat awal • Refleks oftalmoskop yang abnormal

4
• Refleks gunting oftalmoskop yang tidak sekata

• Garis vertical yang sangat kecil pada stroma

terbentuk
2. Peringkat lewat • Adanya cecincin Fleischer daripada hasil mendapan

besi pada tapak kon pada kornea

• Tanda Munson iaitu terdapat bonjolan pada kelopak

bawah mata

• Adanya parut pada kornea

• Berlakunya hidrops teruk iaitu pembengkakan pada

bahagian tengah kornea.


3. Hubungan secara Melibatkan penyakit yang berkaitan termasuklah :

sistemik • Atopic dermatitis di kalangan kanak-kanak

• Osteogenesis imperfecta

• Sindrom seperti sindrom Down, sindrom Turner,

sindrom Ehlers-Darlos, sindrom Marfan.

Jadual 2.10 menunjukkan tentang kelas gejala pada pesakit dan tanda-tandanya.

Ini adalah contoh imej yang dilihat oleh pesakit yang mempunyai keratoconus.

5
Terdapat bayang-bayang ataupun imej berganda

Terdapat bayangan kabur pada imej.

Mempunyai masalah untuk melihat tulisan pada saiz kecil.

Gambarajah 2.20 adalah gambaran imej yang dilihat oleh pesakit keratonocus.

6
3.0 PERUBAHAN ANATOMI PADA MATA

7
Pada tahap awal penyakit ini, pesakit cuma berasa tidak selasa kerana kehadiran

imej berganda dan terdapat astigmatisma. Namun, apa yang menjadi masalah adalah bagi

pesakit yang kompleks yang ada kesan hidrops pada kornea.

Pada pesakit ini, mereka mengalami pembengkakan pada kornea yang disebabkan

oleh adanya pemecahan pada lapisan membrane Decement. Membrane ini merupakan

membrane yang yterdapat pada lapisan paling luar pada kornea. Sementara itu, akueus

humor daripada anterior chamber akan mengalir keluar melalui luka itu tadi sementara

sembuh. Ini akan menyebabkan pesakit ini mengadu sakit untuk sementara waktu dan

selepas itu mempunyai penglihatan yang kabur.

Pada tahap ini, pesakit akan mengalami apa yang dinamakan hidrops pada kornea

kerana pengaliran cecair lut cahaya keputih-putihan yang meliputi kornea. Keadaan ini

akan membawa kornea akan kelihatan kabut. Namun selepas enam hingga ke lapan

minggu, kornea akan kembali lut sinar seperti biasa.

Gambarajah 3.10 menunjukkan kornea dengan hidrops yang teruk.

8
4.0 PENGURUSAN PESAKIT DENGAN KERATOCONUS

9
Menurut buku Ophmathology in Focus, terdapat beberapa cara pembetulan untuk

pesakit yang menghidapi keratoconus ini. Antaranya penggunaan kaca mata yang

bersesuaian, manakala bagi pesakit yang sudah tidak sesuai dengan kaca mata, pesakit

dinasihatkan bertukar kepada kanta sentuh. Pada tahap yang lebih teruk, pesakit akan

dilakukan teknik graf pada kornea dan bagi pesakit yang ada kaitan dengan hidrops yang

teruk, maka rawatan sokongan akan terpaksa dijalankan.

Gambarajah 4.10 contoh hidrops pada kornea

Namun terdapat banyak lagi cara yang lebih fleksible dan lebih berkesan untuk

merawat serta menguruskan pesakit keratoconus ini termasuklah samada ialah berbentuk

pembedahan atau bukan pembedahan bergantung pada tahap keseriusan masalah

penglihatan ini. Cara-cara ini diringkaskan 3.10 dalam gambarajah dibawah ini. Pada

kotak carta warna biru adalah merupakan cara-cara yang dilakukan oleh optometri.

10
Pengurusan
Keratoconus

Tanpa
Dengan
pembedahan
pembedahan

Riboflavin pada
ikatan silangan di
Kaca mata Kanta sentuh
kornea

Intaks atau cecincin


Kanta sentuh biasa pada kornea

Mini ARK/ keratonomi


Kanta sentuh telap
radial/ pembedahan
udara
refraktif

Kanta sentuh hybrid Graft ataupun


(campuran kanta transplant pada
sentuh biasa dank eras) cornea

Kanta sentuh Transplant


Piggy-back DALK

Kanta sentuh
skleral Epikeratophakia

Gambarajah 4.20 cara-cara menangani masalah mata keratoconus..

11
a) KAEDAH BUKAN PEMBEDAHAN

i) PENGGUNAAN KACA MATA

Pada permulaaan gejala penyakit ini, pesakit cuma mengalami masalah

penglihatan yang biasa seperti rabun dekat(hiperopia) dan astigmatisma. Ini dapat

dibetulkan dengan kanta sfera positif dan kanta silinder yang biasa.

Gambarajah 4.30 menunjukkan mata pesakit keratonocus dengan pembetulan biasa.

Namun pada pesakit yang mempunyai keratonocus, mereka biasanya akan

mempunyai peningkatan tahap pengurangan daya penglihatan. Dan ini akan dibetulkan

dengan kanta yang dipertingkatkan kebolehan seperti kaca mata yang mempunyai kaca

tambahan berbentuk D di sisi seperti gambarajah di bawah.

Gambarajah 4.40 menunjukkan kaca mata dengan tambahan kaca D di sisi.

12
ii) PENGGUNAAN KANTA SENTUH

Bagi mata yang mempunyai tahap keratokonus yang lebih teruk sehingga tidak

dapat dibetulkan dengan kanta kaca mata, mata optometris biasanya akan mengesyorkan

pesakit supaya memakai kanta sentuh. Kanta sentu ini terdiri daripada beberapa jenis

termasuklah :

• kanta sentuh biasa

• kanta sentu telap udara

• kanta sentuh hibrid

• kanta sentuh ‘piggy-back’

• kanta sentuh skleral

(1) KANTA SENTUH BIASA

Penggunaan kanta sentuh ini adalah terhad. Ini kerana bentuk kanta sentuh tidak

meliputi kornea yang tidak rata dan menyebabkan kanta biasa ini tidak melekap pada

kornea dengan betul.

Gambarajah 4.50 penggunaan kanta sentuh biasa.

Dengan inovasi baru, kini ada sejenis kanta biasa yang amat sesuai untuk

pembetulan presbiopia, hiperopia dan astigmatisma seperti kanta sentuh torik. Imej yang

dihasilkan juga adalah sebaik imej yang dihasilkan oleh kanta sentuh telap udara.

13
Biasanya optometri akan mengesyorkan pesakit memakai kanta sentuh ini apabila pesakit

keratoconus ini mempunyai alergik pada kanta sentuh telap udara.

(2) KANTA SENTUH TELAP UDARA

Kanta sentuh telap udara ini lebih dikenali sebagai RGP corneal contact lenses.

Kanta ini merupakan kanta yang paling sesuai digunakan untuk pembetulan kesalahan

refraksi yang diakibatkan oleh penyakit yang berkaitan kornea tidak rata ini termasuklah

keratoconus ini. Meknisme bagi kanta sentuh ini berfungsi adalah seperti rahjah di bawah.

Gambarajah 4.60 alur cahaya yang melalui kanta sentuh telap cahaya.

Gambarajah di atas ini menerangkan tentang permukaan tegap yang dipunyai oleh

ini yang membolehkan kanta ini bertindak sebagai permukaan baru bagi kornea. Setiap

kali pesakit ini berkelip pula, ruang antara antara kanta ini dan kornea akan diisi dengan

air mata. Ini juga membantu dalam proses pembiasan pada permukaan baru ini. Tetapi,

bagi kanta ini pesakit mempunyai masalah yang besar iaitu pesakit terpaksa mengambil

masa yang lama untuk proses adaptasi akibat daripada tindakan sensasi pada kelopak

mata pada pesakit.

14
Gambarajah 4.70 pesakit perlu masa yang lama untuk proses adaptasi.

(3) KANTA SENTUH HIBRID

Kanta sentuh ini merupakan kombinasi antara kanta sentuh biasa dank anta sentuh

telap udara. Kanta ini bisanya digunakan untuk mengatasi masalah ketidakselesaan bagi

penggunaan kanta telap udara sahaja. Tetapi bagi penggunaan dalam satu jangkamasa

yang panjang adalah tidak digalakkan. Ini kerana kanat jenis ini tidak begitu effektif

dalam menyrap oksigen dari persekitaran ke dalam mata.

(4) KANTA SENTUH PIGGY-BACK

Bagi kanta jenis ini, konsepnya adalah berkaitan pemakaian dua jenis kanta

serentak pada masa dan mata yang sama. Ini melibatkan kanta telap udara yang sangat

selesa dipakai oleh pesakit keratoconus. Tambahan pula, pada kanta ini kantabiasa pula

bertindak sebagai kusyen yang lebih lekap pada permukaan kornea. Ini amat sesuai dan

tidak mengakibatkan ketidakselesaan.

(a)

15
(b)

Gambarajah 4.80 (a) dan (b) menunjukkan bagaimana penggunaan kanta ‘piggy back’.

Bagi pengguna kanta ini, mereka perlulah lebih teliti untuk mencuci kedua-dua

jenis kanta sentuh ini. Ini perlulah diikuti dengan pemeriksaan mata yang berkala untuk

mengelakkan mata mengalami kekurangan oksigen.

(5) KANTA SENTUH SKLERAL

Kanta ini merupakan kanta sentuh yang mempunyai diameter yang lebih besar

iaitu meliputi kawasan putih mata, sklera. Terdapat banyak kebaikan pemakaian kanta ini

termasuklah tetap dan tidak mudah jatuh,dan bendasing tidak mudah masuk ke dalam

mata. Kelebihan kanta ini adalah menghasilkan keselesaan yang maksima apabila mata

pesakit seolah-olah tidak merasai kehadiran kanta sentuh kerana kanta berada di luar

kawasa margin penglihatan kornea.

Gambarajah 4.80 kanta sentuh sklera.

16
17

Anda mungkin juga menyukai