Anda di halaman 1dari 1

Perjalanan dengan Kereta Api Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah menaiki kereta api.

Saya menaiki kereta api kerana hendak pegi ke butterworth. Pengalaman menaiki kereta api amat menyeronokkan. Pengalaman dengan kereta api banyak kelebihannya. Laluan kereta api tidak terlibat dengan kesesakan lalu lintas. Oleh itu, perjalanannya cepat dan selesa. Selain itu, tambang kereta api agak murah. Semasa menaiki kereta api, saya dapat mengisi masa lapang dengan membaca. Saya juga dapat melihat pemandangan yang indah di sepanjang kiri dan kanan jalan. Apabila lapar, saya pergi ke kantin unutk menjamu selera. Saya dapat melihat pelbagai ragam penupang semasa berjalan dari gerabak ke gerabak.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa maslah yang terpaksa saya alami. Kereta api akan berhenti di stesen yang tertentu sahaja. Kita terpaksa mencari kenderaan lain untuk pergi ke destinasi yang dituju. Ada masanya perjalanan dengan kereta api tergendala. Perkara ini belaku mungkin disebabkan kerja-kerja pembaikan landasan. Oleh itu, ada penumpang yang terpaksa menunggu sehingga kerja itu selesai.Saya berasa amat seronok menaiki kereta api. Hal ini demikian kerana saya berasa selamat kerana menaiki kereta api jarang-jarang terlibat dengan kemalangan.

Anda mungkin juga menyukai