Anda di halaman 1dari 74

Kandungan

Prolog Bab 1 : Kehadiranmu Bab 2 : Niat Hati Ikhwan Bab 3 : Masa Lampau Ikhwan Bab 4 : Tutty Fruity Bab 5 : Rahsia Facebook Bab 6 : Perasaan Yang Tak Perasan Bab 7 : Perasaan Terungkap Bab 8 : Api Cemburu Husna Bab 9 : Panggilan IPT Bab 10 : Masih Adakah Ruang Untukku ? Bab 11 : Aku Yang Tersakiti Bab 12 : Partner Baru Bab 13 : Memori Iqa Bab 14 : Rahsia Sekeping Hati Bab 15 : Izinkanku Bersamamu Epilog

PROLOG

Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipinya. Sesekali rambutnya yang separas pinggan itu menutup pandangannya. Sengaja dibiarkan rambutnya itu dilepaskan dek kerana basah-basah lembab yang masih bersisa oleh air mandiannya sebentar tadi. Seusai sahaja mandi sedari tadi, dia asyik melemparkan pandangannya di birai koridor apartment yang didiaminya. Kadang-kadang terdengar rungutan darinya. Entah apa butir bicaranya, tiada siapa yang tahu. Rambutnya masih lagi ditiup bayu petang yang nyaman itu. Masih dibiarkan mengurai tidak berikat dan disikat. Tiba-tiba, rakan serumahnya, Hafiza atau Fiza muncul di muka pintu biliknya. Di tangannya terdapat sehelai kain tuala tanda dia igin membersihkan diri. Melihatkan dirinya masih merenung jauh di sliding door koridor apartment itu, Fiza menghampirinya. Iqa, kau kenapa ? Dari tadi aku tengok kau tak berganjak dari sini. Kau masih memikirkan hal itu lagi ke ? Iqa tersentak lalu menghala pandangannya ke arah Fiza. Fiza hanya tersenyum simpul. Ikhlas dan penuh simpati seorang rakan. Iqa membalas senyuman Fiza. Tawar. ************************************** Dia, Nurul Atiqa binti Zulkifli. Seorang pelajar jurusan Teknologi Maklumat dalam bidang Pengaturcaraan Komputer. Asalnya gadis sunti ini dari bumi Kadah Darul Aman. Oleh kerana result SPM miliknya dicapai dengan cemerlang sekali, Iqa mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar

negara. Iqa seorang yang tetap pendiriannya. Meski pun peluangnya cerah untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, Iqa menolaknya mentah-mentah. Alasannya, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik negara sendiri. Selain itu, Iqa berpendapat belajar di dalam negara lebih baik kerana dapat menjimatkan perbelanjaan di samping dapat mengurangkan risiko bahaya ke atas dirinya. Iqa semasa di sekolah menengahnya dahulu merupakan seorang pelajar aliran Sains Teknologi. Iqa juga seorang pelajar contoh di sekolahnya. Cermin mata yang menjadi teman setia ketika dia belajar dahulu menembahkan lagi labelnya sebagai seorang budak nerd. Ketika itu, buku dan kawan tidak boleh dipisahkan. Dalam masa belajar, Iqa mampu mengeratkan ikatannya bersama pelajar-pelajar yang lain. Caranya mudah, Iqa akan menjalankan aktiviti study group ! Namun, masih ada sesuatu yang sering menjadi igauannya. Muhd Ikhwan Azhari ! Jejaka yang sedari dahulu hingga kini menjadi mimpi ngerinya. Pun begitu, terdapat sesuatu yang aneh mengenai jejaka ini. ************************************** Arghh !!! Cerita lama dah tu ! Tak perlu diingat dan diungkit pun. Huh ! getus hati kecil Iqa. IkhwanAku tak tahu kau macam mana sekarang. Haruskah begitu jadinya ? 2 tahun aku dan kau mengenali antara satu sama lain. Rapat macam adik-beradik kembar. Lepas aku pergi, kau pun mendiamkan diri. Pasti kau bahagia bersama Amyera yang menjadi pengganti Zana, kan ? bisik Iqa sendiri sambil dilinangi air mata. Iqa sekarang bukan Iqa yang dahulu lagi. Iqa itu telah melayang di bawa angin sayu seperti mana angin petang yang menghembus lembut dirinya. Lenyap dalam memori.

Bab 1 Kehadiranmu

Wahhh..!! Smartlah budak lelaki tu. Siapa agakya ya ? Entahlah. Dengar cerita budak sains. Tak tahulah dia ambil sains apa.. Eh, aku dengar kan, girlsdia ambil sains teknologi. Bijaknya Hari ini Isnin, hari pertama kakinya menjejaki sekolah kluster bertaraf antarabangsa itu. Sekolah yang amat mewah dan diiktiraf 5 bintang. Sekolah Berasrama Penuh Sultan Salehuddin Alam Shah (SBPSSAS). Namun, seperti setiap kalinyanya dia memasuki sekolah baru, pelbagai pujian seperti itu akan sampai ke telinganya. Dia sudah lali. Bosan. Masuk kali ini sudah kali kelima dia bertukar sekolah kerana ayahnya sering bertukar tempat kerja. Muhd Ikhwan Azhari. Pelajar lelaki aliran Sains Teknologi yang baru berpindah ke SBPSSAS. Belum cukup 24 jam dia melewati kawasan sekolah sambil dipandu seorang pengawas perempuan, hampir kesemua pelajar mengenalinya. Pengawas perempuan tersebut amat dikenali di sekolah itu. Maka, tidak hairanlah jika dia berjalan bersamanya, dia mudah dikenali. Tetapi, satu perkara sahaja membuatkan Ikhwan mula rasa menyampah dengan pengawas tersebut. Pengawas itu seorang yang sangat berlagak. Mentang-mentanglah dia pelajar baru, suka-suka sahaja dia dibandingkan

dengan pelajar-pelajar di sini terutama dirinya. Maklumlah, the best student of SBPSSAS. Everybody knows, everybody likes. Ikhwan, lepas corridor ni, kau akan jumpa library. Aku suka lepak-lepak study kat situ. Biasalah, budak nerd memang situ tempatnya. Nerd-nerd aku pun cerdik, gila-gila. Hahaha. Berderai tawa pengawas tersebut. Wei, aku bosanlah. Kau ni suka sangat puji diri kau sendiri. Aku tahulah kau best student. Tak payahlah nak bangga diri sangat. Heh, Ikhwan melepaskan apa yang terbuku di benaknya sedari tadi. Well, actuallyaku bukan nak bangga. Cuma nak bagi kau tahu pencapaian aku kat sekolah ni. So, dont mess with me, okay ? bidas si pengawas sambil mengenyitkan matanya. By the way, kita dah sampai bilik guru. Kau jumpalah guru kelas kau. Daftar dan bayar yuran. Lepas tu, enjoy the air of SBPSSAS. Bye, jumpa lagi. Hihihi Wei, kau nak pergi mana ? Siapa guru kelas aku ? Mana kelas aku ? Arghh !! Aku benci kau, perempuan, ujar Ikhwan tetapi si pengawas sudah hilang di balik dinding. ************************************** Okey, kelas. Hari ini kita ada classmate baru. Dia ni dari selatan Semenanjung Malaysia. Okey, Ikhwan. Sila masuk dan perkenalkan diri kamu, Cikgu Azirah merangkap guru kelas 5ST berkata disusuli derap tapak kasut seseorang. Muncul Ikhwan di balik daun pintu kelas menuju ke hadapan tengah kelas. Kau ?! si pengawas tersentak. Ikhwan turut terkejut melihat sekujur tubuh si pengawas di kelasnya. Hurmm..Nampaknya kamu macam mengenali Ikhwan, Atiqa. Saudara kamukah ?Cikgu Azirah membuat telahan. Si pengawas, Atiqa. Atiqa bingkas bangun untuk menolak tafsiran guru tersebut, namun belum sempat dia melakukan apa-apa, Ikhwan menjawab bagi pihaknya. Maaf, cikgu. Saya dan Atiqa tak kenal antara satu sama lain. Mana mungkin dia saudara saya. Lagipun, saya tak ada saudara yang suka masuk bakul angkat sendiri dalam keturunan saya. Seisi kelas riuh dengan gelak

ketawa. Atiqa menarik muka empat belas. Rona wajahnya memerah tanda dia sedang menahan amarah. Cikgu Azirah tertawa kecil. Okay, cukup Ikhwan. Saya nak kamu perkenalkan diri kamu kepada kelas sekarang. Ismi Muhd Ikhwan Azhari. Ana min Johor wa ana askunu fil baitul talib. Heee Ikhwan tersenyum sinis. Sememangnya dia mempunyai sedikit kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab setelah dia memasuki sebuah sekolah yang menuntut Bahasa Arab sebagai mata pelajaran selektif yang wajib diambil. Hasilnya, dia mendapat keputusan bergred B dek kerana dia mempelajari subjek itu 5 bulan sebelum peperiksaan PMR. 5 bulan sebelumnya dia menuntut ilmu di sebuah sekolah menengah biasa dan setelah ayahnya berpindah tempat kerja, dia disekolahkan di sekolah agama tersebut. Namun, beberapa minggu lepas, setelah ayahnya mendapat panggilan ke tempat kerja baru di Perak, Ikhwan sekeluarga berpindah ke Kuala Kangsar. Apa yang kau sebut Ikhwan ? Kami tak fahamlah, ujar si mulut tempayan, Rosie. Oppsss, lupa. Korang bukan belajar Bahasa Arab pun. Lagipun, sini tak ada mata pelajaran Bahasa Arab sebagai subject selektif yang wajib diambil. Okay, aku translate apa yang aku cakap tadi. Nama saya Muhd Ikhwan Azhari, dari Johor. Saya tinggal di asrama. Itulah apa yang aku cakap tadi. Heh, Ikhwan berkata sambil matanya terus-terusan menatap Atiqa. Wajah comel yang dibenci akibat sikap Atiqa yang suka puji diri sendiri. Atiqa tidak mahu mengalah dengan panahan mata Ikhwan turut memandang dengan pandangan yang sungguh tajam. Iqa, kau apa hal dengan budak baru tu ? Aku tengok korang dah macam kenal antara satu sama lain, tapi rakan di sebelah Iqa, Husna menegur. Tapi apa ? Nampak macam musuh ? Yeah, kami memang musuh. Dia dah malukan aku kat dalam kelas, satu kelas ketawakan aku. Mana mungkin aku tak bencikan dia. Ciss.. nada Atiqa kedengaran berang. Kebetulan terdapat satu meja kosong di sebelah maja Iqa. Pasangan meja itu cuma milik Zuraidi atau Eddy. Pemisah meja Iqa dan meja itu cuma lorong untuk laluan pelajar dan guru bergerak di dalam kelas. Dan meja itulah bakal menjadi meja Ikhwan. Iqa mula tak senang duduk apabila Ikhwan menghampiri meja tersebut. Detak hatinya kini berbisik, lebih baik aku keluar dari kelas ni daripada duduk dengan budak sengal ni. Huh !

Ikhwan tersenyum sinis. Nampak gayanya perang dunia ketiga bakal meletus antara Ikhwan dan Atiqa. Dan Ikhwan sangat pasti akan hal itu. Alatan perangnya sudah disediakan, mulut berlaser dan akal berstrategi. Habis kau, perempuan ! Getus hati kecilnya. Hari itu seperti kebiasaannya pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Cuma kehadiran Ikhwan menjadi satu masalah baru buat Atiqa. Dia mendapat kawan baru dan seorang musuh ! Selama ini tiada orang ingin bermusuh dengannya. Biarpun dia seorang yang suka puji diri sendiri, namun sikapnya yang sporting dan suka membantu kawan-kawan dalam pelajaran menjadikan Atiqa disegani semua orang. Belum pernah ada seorang manusia memusuhinya namun kemunculan Ikhwanlah menyebabkan Iqa mempunyai musuh. Petang itu, ketika waktu prep petang, Atiqa dan beberapa orang pelajar perempuan membuat study group di perpustakaan. Atiqa lebih menggemari mengulang kaji di sekolah berbanding di asrama. Apabila tiba waktu malam barulah Atiqa akan study di asrama. Hal ini kerana bahaya akan menanti apabila study di sekolah pada waktu malam. Namun, apakan daya dah kalau dikatakan jodoh, pasti kelak tidak ke mana. Ikhwan dan Atiqa bertemu pula di perpustakaan sekolah. Atiqa kembali resah dan gelisah. Hatinya panas dan fikirannya bercelaru memandang jasad Ikhwan di hadapannya kini. Terasa dunia ini kecil sekali. Ikhwan memandangnya, sinis. Seraya tersenyum. Senyumannya amat menyakitkan hati Atiqa yang berkocak lava kemarahan. Hai, Iqa. Aku tak sangka boleh jumpa kau kat sini. Oh, maafkan aku. Aku baru tahu nama kau Iqa. So, Nurul Atiqa binti Zulkifli ialah kau. Aku tanya roomate aku tadi. Hehe.. Ikhwan membuka kalam bicara. Atiqa hanya memekakkan telinganya sahaja. Iqa Aku datang library ni pun bersebab. Aku tahu kau akan datang ke sini pada waktu petang untuk study. Firstly, aku nak minta maaf sebab ganggu masa kau petang ni, okay ? Kau maafkan aku tak ? Ikhwan menutur bait katakatanya satu per satu. Nadanya penuh pengharapan dan keikhlasan. Hmm balas Iqa, acuh tak acuh. Melihat itu Ikhwan menarik tangan Atiqa dan membawanya ke suatu sudut perpustakaan. Sudut privasi. Sudut

tersebut diwujudkan bagi tujuan privasi seperti perbincangan yang melibatkan dua orang atau istudy dan sebagainya. Apa tarik-tarik ni. Sakitlah ! Atiqa separuh menjerit. Air mukanya jelas ketidakselesaan. Tidak selesa dengan Ikhwan ! Iqadengar apa yang aku nak cakap ni. Aku serius ni. Bukan mainmain.. Ikhwan menyambung bicaranya sebentar tadi. Atiqa buat-buat tak faham. Namun, Ikhwan tidak mengalah. Dia berhutang dengan Atiqa. Hutang kemaafan. Dia harus melangsaikannya petang ini juga. Okey, even kau buat muka blur macam tu, aku tak kira. Apa yang harus aku lakukan, aku kena lakukan. Aku..err..aku tekaknya tersa pahit, tetapi Ikhwan tetap menggagahi dirinya, Aku nakaku nak minta maaf dengan kau pasal siang tadi. Aku tahu salah aku sebab cakap macam tu belum sempat Ikhwan menghabiskan kata-katanya, Atiqa memotong. Sudahlah, wei. Aku malaslah dengar semua ni. Aku boleh maafkan kau, tapi dengan satu syarat. Kau harus ku denda. Heh, seminggu kau kena bersusah payah membawa beg sekolah aku ke kelas kita. Itu baru aku maafkan kalau kau sanggup. Aku sanggup Iqa, aku sanggup ! Asalkan aku dapat kemaafan kau. Terima kasih banyak-banyak, muka Ikhwan kembali ceria, tetapi siapa tahu haati manusia. Ikhwan terasa terbeban di hatinya. Ah, demi kemaafan Iqa. Buat sahajalah, Iwan getus hatinya.

Bab 2 Niat Hati Ikhwan

Hampeh ! itu sahaja yang mampu diungkapkan Ikhwan. Wan, aku pelik betullah. Macam mana Iqa boleh buli kau sampai macam tu sekali. Teruk aku tengok kau bawa barang-barang dia, ujar Hafiz, roomate dan juga merupakan classmate Ikhwan yang paling rapat dengannya. Ikhwan memandang Hafiz. Wajahnya jelas kelihatan kepenatan. Kulitnya yang putih menambahkan lagi kezahiran rona-rona merah tanda dia keletihan. Fiz, aku tak tahu nak story macam mana kat kau. Penat aku dah 3 hari macam ni. Ada baki lagi 4 hari, Ikhwan menjelaskan kepada Hafiz. Hafiz mengangguk mengerti. Namun, dalam hatinya masih terselit satu tanya. Iqa tidak akan pernah melakukan perkara sebegini kerana dia tidak suka menyusahkan kawan-kawannya. Lagi pun, Iqa bukanlah jenis suka bawa barang banyak ke sekolah. Okey, Wan. Sorrylah, aku tak tahu nak tolong macam mana. Kalau aku ada 2 hari lepas, aku mungkin boleh membantu. Tapi, apakan daya. Adik aku terlibat dalam kemalangan. So, aku kena pulang sekejap jenguk dia. Mujur tak

ada apa-apa kecederaan serius. Hanya patah tangan dan luka-luka, hafiz menutur penjelasan yang lebih kepada alasan dia tiada pada beberapa hari lalu. Tak apalah, Fiz. Kalau aku tahu akan jadi macam ni, memang dah lama aku tak pergi jumpa dia dan minta maaf, ujar Ikhwan. Jauh di sudut hati Ikhwan, ada geram yang tersimpan. Bagaikan api dalam sekam. Bila-bila sahaja, amarahnya akan meletus. Jangan dicabar ego seorang lelaki ! Bahaya menanti. Ikhwan tersenyum. Dia telah mendapat satu idea. Kepalanya masih ligat mencipta helah. Telahannya beberapa hari lepas tepat betul. Perang dunia ketiga bakal meletus. Hafiz yang sedari tadi memerhati gerak laku Ikhwan hanya menggeleng dan ketawa kecil. Wan, aku sure kau dah plan nak balas dendam kat Iqa, kan ? Kau ni, macam budak-budaklah, hafiz berkata sambil ketawa. Tahu pun kau. Memang aku nak balas dendam kat Iqa tu pun ! Geram betul aku dengan dia. Tak semestinya dia pelajar terbaik, dia boleh buat apa saja yang dia suka kat new student macam aku. Aku just nak beri pengajaran pada dia, Ikhwan mengulas, penuh perasaan geram. Hey, Ikhwan. Cool down, okey ? Iqa je pun, whats the big deal ? nada Hafiz seakan menyebelahi Iqa. Aku peliklah dengan pelajar-pelajar sekolah ni. Everyone macam suka saja perangai riak Iqa tu. Kau orang ingat riak tu bagus sangat ke ? Kau tahu tak Fiz, riak ni salah satu tanda orang munafik. Even dia tu tak kedekut ilmu, but still membanggakan kejayaan sendiri sampai di merata tempat at sekolah ni, then why did she learns Pendidikan Islam but ignore it ? Tak gunalah, Fiz. Cuba kau bayangkan suatu hari nanti Allah tarik balik kelebihan yang ada pada dia, apa dia akan buat ? On that time, tak guna menyesal-menyesal ni. Everything is too late. Kau faham apa yang aku nak sampaikan ni ? Ikhwan berkata panjang lebar, ibarat ceramah Ustaz Azhar Idrus pula. Cuma Ikhwan tidak berjenaka sepertinya. Serius dan penuh pengisian. Hafiz terlopong, terkedu. Dia tidak tahu mahu membahaskan apa lagi mengenai Iqa. Dia tidak menyangka, Ikhwan yang berwajah tenang dan

sentiasa kemas itu boleh berbicara demikian. Cuma setahu dan sepanjang dia mengenali Ikhwan, Ikhwan seorang yang happy go lucky dan gila-gila even baru beberapa hari Ikhwan bersekolah di situ. Kenapa, Fiz ? Kau tak percaya aku macam ni ? Sometimes je aku macam ni. Tapi apa yang aku cakap tadi adalah fakta. Aku bukan apa, niat aku satu saja. Aku nak Iqa tu sedar sebelum terlambat, sambung Ikhwan lagi. Aku tak sangka kau macam ni. Gilalah kau. Baru seminggu kat sini kau berani nak cabar Iqa. Nobody pernah cabar dia sebelum ni. Tapi, aku respect niat kau tu. Tak sangka pula aku kau nak ubah perangai bangga diri dia tu. Kami kat sini yang dah lama kenal dia pun tak pernah terfikir nak buat macam yang kau nak buat tu. Lagipun, kami macam no feelings pasal perangai dia tu. Ikhwan sekadar tersenyum. Pasti suatu tugas yang mencabar. Bukan mudah untuk membuang sesuatu tabiat seseorang itu, lebih-lebih lagi perangai si Nurul Atiqa binti Zulkifli tu !

Bab 3 Masa Lampau Ikhwan

Iqa sapa Ikhwan suatu hari. Mesra sungguh nadanya. Kau kenapa ? Tiba-tiba buat suara manja dengan aku. Selalu kau kutukkutuk aku. Macam aku tak tahu je, balas Iqa. Lahh Aku baik salah, aku kutuk pun salah. Memang kutuk tu pun salah. Hahanevermind. Aku bahagia sangat hari ni kau tahu ? Ikhwan kelihatan girang. Perancangan yang telah dirangkanya akan dijalankan tidak lama lagi. Apa hal pula ? Pelik betul kau ni, Iqa mengerutkan keningnya tanda tidak mengerti. Sebab hari nii, hari last aku kena denda dengan kau ! Hooray !! Tak perlu aku bawa beg atau barang-barang kau lagi. Tak perlu aku tengok apa yang tak sepatutnya aku tengok, Ikhwan menutur bicaranya, penuh makna yang tersirat. Tengok apa yang tak sepatutnya kau tengok ?? Kau tengok apa barang aku ? Muka Iqa berona merah. Malu barangkali. Aku saja selongkar beg kau. Tak sangka pula aku jumpa tuttt !! Memang student perempuan perlu bawa ea ? Kalau tak bawa tak boleh ea ?

suara Ikhwan semakin galak. Bernada miang. Hatinya penuh kegembiraan. Perang dah bermula ! Errr. Hey ! Mestilah ! Kalau apa-apa terjadi, aku nak buat macam mana ? Teruklah kau ni.!! Eeee !! muka Iqa semakin merah. Telinganya semakin panas. Jelas kelihatan dia tak senang duduk. Melihatkan Iqa yang bagaikan kucing nak beranak, cacing kepanasan, Ikhwan semakin galak mengusik. Hahaha Kau ni kadang-kadang comel juga ea ? Merah gila muka kau.. Hahaha Ikhwan ketawa berdekah-dekah. Wei.. dah lah.. Malu aku Jatuhlah reputasi aku yang tengah top ni Ikhwan !! Iqa menjerit, bagaikan diserang histeria hinggakan Hani yang sedang lena tidur terjaga. Kebetulan waktu itu, guru-guru SBPSSAS sedang bermesyuarat. PnP mereka ditangguhkan seketika. Hani yang terjaga itu terus memandag mereka, lalu memanggil Iqa. Jelas kelihatan muka baru bangun tidur, muka innoncent. Iqa Kau senyap sikit.. Aku nak tidurlah.. Wan, kau pun sama. Dari tadi asyik dengar suara korang berdua saja. Agaknya kalau kamu berdua ni suami isteri, harus tunggang-langgang rumah tangga korang.. Errr. Hani meletakkan kepalanya dan terus dibuai mimpi. Ikhwan dan Iqa terdiam. Dalam fikiran mereka terbayangkan kehidupan berumah tangga. Ikhwan sebagai suami dan Iqa sebagai isteri. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Spontan mereka menggeleng, pantas. Aku tak nak jadi isteri kau ! Iqa kelihatan geli-geleman. Kau ingat aku nak sangat ke ? Eeee. Ikhwan membuat muka menyampah. Jelas kelihatan ketampanannya. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang sedang memerhati gerak laku mereka. Mata yang penuh api cemburu !

Iqa, apa perasaan kau ea kalau aku baca buku comel warna biru cover bulu-bulu ni ? Ikhwan berkata sambil mengangkat buku yang dimaksudkannya. Iwan !! Diari aku! Bagi balik, bagi balik ! Iqa sekali lagi diserang histeria. Hahaha !! 20 Julai 2013, hari ni ada seorang budak lelaki baru masuk sekolah aku. Harap je muka smart tapi perangai macam hantu ! Ikhwan sengaja membaca isi diari tersebut dengan kuat. Eddy yang sedang membuat revision di sebelah Ikhwan pula terganggu kosentrasinya. Rosie yang kepoh mulutnya sedari tadi asyik bergosip tentang artis-artis Malaysia terus berhenti dan menadah telinga untuk mendengar. Alya, Mika, Syarifah dan Aina yang turut bersama Rosie tadi juga ikut senyap. Monitor kelas, Amir sudah puas mengarahkan warga 5ST yang tak sudahsudah membuat bising. Husna yang berada di meja sebelah Iqa hanya buatbuat tak tahu dan sesekali matanya memandang ke arah Iqa dan Ikhwan sambil menggeleng dituruti ketawa kecil. Iwan !! Cukup tu.. Iqa semakin malu apabila hampir seluruh isi kelas memerhati mereka berdua. Coopp !! Kau panggil aku apa tadi ? Ikhwan yang sedang galak membaca isi diari tersebut berhenti mendadak. Aku panggil kau Iwan. Kenapanya ? rona-rona merah di wajah Iqa semakin reda disusuli pula wajah yang penuh tanda tanya. Ouh.. Ikhwan menutup diari tersebut dan terus keluar dari kelas. Iqa perasan wajah Ikhwan menjadi merah. Tak tahu punca dan alasannya. Sedangkan tadi pun dia ada menyebut Iwan tapi maybe dia tak perasan sebab terlalu galak menyakat dirinya. Kelas 5ST kembali riuh. Iqa, kenapa dengan Ikhwan tu ? Tiba-tiba saja, Husna bertanya kepadanya. Iqa menjongkitkan bahunya. Lahh Tadi aku rasa korang berperang. Kenapa tiba-tiba sunyi ? Husna terus bertanya.

Entah, peluru habis agaknya. Dia pergi refill kut Iqa membuat telahan. ********************************************** Ikhwan merenug langit lepas. Bukit di belakang sekolah memang menjadi tempat dia bersendirian. Melayan perasaan. Iwan !! Cukup tu.. kata-kata Iqa tadi menerjah ruang kepalanya. Bergema di telinganya sedang sudah beberapa minit berlalu. Arghh !! Tak ada siapa pun yang panggil aku Iwan kecuali...Zana, detak hati Ikhwan. Zana. Seorang gadis yang pernah mempunyai hubungan istimewa dengan Ikhwan. Mereka berkenalan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Namun, sayang mana pun Ikhwan terhadapnya, sayang lagi Allah kepada Zana. Hidup Zana tidak lama. Dia terlibat dalam satu kemalangan ngeri dalam perjalanan pulang dari sekolah. Waktu itu, mereka sedang berada di Tingkatan 3, beberapa bulan sebelum peperiksaan Penilaian Menengeh Rendah (PMR). Semasa kemalangan itu berlaku, Ikhwan tertinggal dompetnya di dalam kelas dan telah pergi mengambilnya. Tetapi sekembalinya dia dari kelas, orang ramai telah mengerumuni Zana. Melihatkan Zana yang berlumuran darah, Ikhwan terasa lemah. Kakinya tidak mampu untuk berdiri dan pandangannya menjadi gelap. Dia pengsan ! Kebetulan Afa dan Azrul, rakan-rakannya yang tinggal sejiran dengan Ikhwan berada di situ. Mereka memapah Ikhwan yang tidak sedarkan diri itu. Ibu Ikhwan berasa hairan apabila melihat Ikhwan dipapah Afa dan Azrul. Mereka menceritakan apa yang telah berlaku. Ibu Ikhwan, Puan Zahira mengalirkan air mata kerana terlalu sedih. Keluarga Zana bukanlah asing baginya kerana mereka sememangnya sangat rapat. Sejak kemalangan itu, Ikhwan menjadi seorang yang murung setelah seminggu mengalami demam panas.

Tiba-tiba, air mata bergenang di kelopak matanya. Meyedari keadaan itu, Ikhwan segera mengesatnya. Mana boleh dia menangis sekarang. Andai kata ada yang melihat, apa pula katanya. Sesungguhnya dia amat merindui Zana tika ini. Mana mungkin dia boleh melupakan nama gadis tersebut. Dia berjaya melupakan Zana setelah dia berpindah dari sekolah tersebut dan terus berpindah beberapa kali hinggalah di sekolah terakhirnya, SBPSSAS. Perkataan Iwan yang terpancul dari mulut Iqa menjadikannya gila bayang seperti sekarang setelah beberapa lama berusaha melupakan diri Zana.

Bab 4 Tutty Fruity

Wan, bangun ! Subuh dah ni, Hafiz mengejutkan Ikhwan. Sudah berapa dia berbuat demikian. Sememangnya Ikhwan memang seorang yang sukar bangun dari tidur. Urrmmm Errmmm Ikhwan kelihatan tidak memberi respon positif. Hafiz mulai bosan. Wan, Wan.. Iqa datanglah. Hafiz sengaja membisikkan nama Iqa kuat sedikit di telinganya. Ha ?! Mana ? Mana ? Kau nak benda pagi-pagi cari aku ? matanya tertutup tetapi kelihatan kelam-kabut. Buruk benar rupanya. Kalau boleh rakam dan siarkan di youtube, harus rating tinggi. Apabila Budak Smart Bangun Tidur. muahahahaha Hoi Bangunlah, Pak Cik Dah subuh ni, Hafiz menampar muka Ikhwan. Ha ? Yalah, nak Kejap lagi Pak Cik solat, Ikhwan masih seperti tadi. Matanya terpejam rapat tetapi mulut berkata entah bukan-bukan. Bahaya budak Ikhwan ni. Mana spray air bilik ni..? Tak bangun lagi lepas ni, aku tolak kau jatuh katil. Nasiblah.. Hafiz mengomel sambil mencari spray tersebut. Setelah dia menemuinya, Hafiz segera menadah air paip di

bilik air. Kemudian dia menghala spray tersebut tepat ke wajah Ikhwan yang sedang tidur dalam keadaan duduk. Target locked. Amekkaw ! Hafiz menembak Ikhwan. Sasaran Hafiz tepat mengenai Ikhwan. Ikhwan terus terbaring semula. Lahh Mamat sempoi ni. Serabut alam betullah, Hafiz sudah puas mengejut Ikhwan. Serius, inilah satu-satunya manusia yang paling susah nak bangun pagi kalau hari cuti, Hafiz menyambung. Ikhwan masih lena dibuai mimpi. Agaknya kalau diletakkan dinamite di sebelah pun tidak perasan. Aduhai Hafiz terus memanjat katil Ikhwan. Tenaganya dikerah dan dia menolak Ikhwan terus ke lantai. Bedebuk !! Bunyi Ikhwan jatuh ke lantai ibarat nangka yang busuk. Yes ! Strike ! Woohoo !! Yeah ! Hafiz melonjak gembira. Ikhwan yang terjatuh dari katil tersedar dari mimpi indahnya. Mukanya blur dan air liur basi masih menitik. Eww pengotor ! Ikhwan mengelap bibirnya dan memandang Hafiz yang terloncat-loncat di atas katilnya bagaikan beruk baru dapat pisang. Apa kau buat tu Ikhwan bertanya. Aku bahagia sebab baru dapat kejut kau. Dah dekat 30 minit aku cuba gerak kau bangun tapi tak berjaya. Last-last aku tolak kau jatuh katil, baru kau bangun. Aku happy !! Hafiz terus meloncat-loncat. Ohh Ha, lompatlah.. Lompat.. Katil aku roboh tak mengapa. Aku risau kat kau je. Kain pelikat kau tu nak terlucut dah. Chaw dulu Ikhwan terus bangun dan menghilang ke bilik air. Hafiz berhenti dari melompat. Sungguh kain pelikatnya memang nak terlucut. Tapi dia buat tak tahu saja. Sengaja dia melompat dan terus melompat hingga ikatan kain pelikat tersebut terlerai. Kain pelikat yang dipakainya terus menggelongsor dari badannya menayangkan short pants separas lutut yang dipakainya. Elehh, Wan ! Dah lucut pun ! Peduli apa aku ? Aku pakai short pants kat dalam Hahahaha, Hafiz melaung dari luar.

Ikhwan keluar dari bilik air dan menapak ke ruang solat di bilik mereka. Sempat lagi dia memandang ke arah Hafiz. Aku ingat nak outing hari ni. Nak follow tak ? Ikhwan mengajak Hafiz. Aku on saja ! balas Hafiz sambil membuat isyarat thumbs up. ********************************** Husna Tutty Fruitylah Ermm Atiqa mulai terliur. Dia sangat menggemari ais krim terutamanya Tutty Fruity, Cornetto, Baskin Robbins dan lain-lain lagi asalkan namanya ais krim. Haha.. Aku tahu kau memang tak boleh jumpa kedai ais krim. Obses. Haha, Husna terus ketawa. Atiqa membuka pursenya. Setelah melihat wang yang masih ada, Atiqa menutupnya semula dan terus menyimpankannya ke dalam saku baju rasmi asramanya itu. Jomlah kita jalan. Tiba-tiba terasa macam tak nak makan ice cream pula, Atiqa mencipta alasan. Riak wajahnya terlihat garis-garis kecewa. Eh ? Kenapa pula ? Husna hairan. Jomlah. Aku rasa tak selesalah Atiqa menarik tangan Husna. Belum sempat dia melangkah, tiba-tiba sebekas kecil ais krim Tutty Fruity muncul di hadapannya. Atiqa terkejut dan terpana. Dia melihat di sebalik bekas ais krim tersebut. Ikhwan tersenyum simpul sahaja. Kau ? Kenapa kau ada kat sini ? Eh, Hafiz ? Kau pun ada sekali ? Atiqa bertanya bertalu-talu. Haah. Kami bosan kat hostel so kami pun outinglah. Tak snagka jumpa korang kat sini, Hafiz memberi penjelasan. Nah, untuk kau. Aku nampak kau tadi masa kat dalam kedai. Aku tengok kau macam beria nak. Aku pun belilah. Saja nak belanja kau, Ikhwan

menghulurkan bekas ais krim tersebut kepada Atiqa. Sharelah dengan Husna. Rezeki tak boleh tamak sorang-sorang, sambungnya lagi. Kau ni perangai macam hantu pun kadang-kadang baik juga ea ? Atiqa memuji Ikhwan. Aku nak cakap something private dengan kau boleh tak ? Ikhwan seakan berbisik dengan Iqa. Husna memandang mereka dan segera menjauhkan diri. Tidak mahu mendengar hal pribadi mereka barangkali. Boleh saja. Tak ada masalah pun. Eh, mana kau, Husna ? Iqa memandang sisinya dan mendapati Husna tiada di sampingnya. Aku kat sinilah. Tak nak dengar rahsia orang, Husna menyahut dan setelah Atiqa melihatnya, Husna mengenyitkan matanya. Dia tersenyum. Ha, apa halnya ? Atiqa segera bersoal jawab dengan Ikhwan. Boleh tak lepas ni jangan panggil aku Iwan. Aku tak sukalah, Ikhwan memandang ke arah lain sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluarnya. Terserlah wajah smart yang dimilikinya. Atiqa mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti. Hmm Actually ada something disebalik nama tu. Aku harap kau tak ulangi menyebut nama tu lagi. Someday engkau akan tahu juga, Ikhwan berkata penuh pengharapan. Tapi aku nak terus berperang dengan kau. Best gila. Hahaha, nada Ikhwan kembali ceria setelah sebelumnya kedengaran begitu serius. Gila punya budak ! Husna, jom kita pergi. Menyampah aku. By the way, thanks for the ice cream. Love it, Atiqa menarik Husna pergi. Ikhwan cuma memandang Atiqa sinis dan Atiqa tidak mempedulikannya. Gila punya budak !! kata Atiqa dalam hati. Mukanya merah padam. Husna kelihatan keliru. Hafiz memandang Atiqa dan menghampiri Ikhwan. Lahh Kau ni dengan perempuan pun kasar. Apalah ujarnya.

Ini adalah langkah pertama untuk aku buang sikap riak dia tu. Aku kena kenal dia dulu.. Ikhwan membalas. Tapi macam mana kau boleh tahu dia suka Tutty Fruity? Hafiz terusterusan bertanya. Baca diari dialah, bohh Ikhwan mengenyitkan matanya. Betul Iqa cakap. Gila punya budak ! Hahaha.. Jomlah, Hafiz melangkah pergi diikuti Ikhwan yang berjalan agak pantas untuk beriringan dengannya. Kedengaran derai ketawa antara mereka. Selak !

Bab 5 Rahsia Facebook

Nothing is much better than home. Home sweet home. Atiqa menghempaskan badannya ke atas katilnya. Rindu sangat lagaknya kepada katil tersebut. Sedar tak sedar, entah bila dia tertidur. Beberapa tika kemudian, kakaknya Alisa datang mengejutnya. IqaOoo, Iqa.. Bangun mandi. Pukul berapa dah ni. Bertuah punya budak mandi pun tak lagi, Alisa membebel. Kejaplah Kak Icha.. Iqa malas nak bangun lagi.. Penatlah.. Atiqa terus menekup mukanya dengan bantal. Alisa segera menarik bantal tersebut. Hoi.. lemaslah tekup muka dengan bantal. Bangun, nanti ibu bising, Alisa memberi amaran. Adui.. Yalah, yalah. Iqa bangun ni dengan malasnya Atiqa menarik tuala dan terus mauk ke dalam bilik air di biliknya itu.

Alisa mengemaskan katil adiknya itu dan terus keluar dari bilik tersebut sambil menarik tombol pintu lalu menutupnya. Usai mandi, Atiqa menguruskan dirinya dan membuka laptop miliknya. Tujuannya hanya satu, online her Facebook ! Atiqa pantas menaip link ke homepage Facebook, http://www.facebook.com/. Setelah memasukkan e-mail dan password, terpaparlah homepage Facebook miliknya. Atiqa mengerakkan mouse dan scroll ke bawah sambil membaca news feed yang disiarkan. Tiba-tiba, terpapar nama Ikhwan Azhari beserta statusnya. Atiqa berasa hairan. Sejak bila dia friends dengan Ikhwan ? Dia segera membuka wall Ikhwan. Di satu sudut terpapar maklumat yang tertulis friends with Nurul Atiqa Zulkifli since March 2013 and 5 more people. Dia terkedu. Maknanya, Ikhwan telah menjadi cyber friendnya 3 bulan lebih awal sebelum dia memasuki SBPSSAS. 3 bulan sebelum dia menjadi reality friendnya ! Alamak Atiqa menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Plup ! bunyi notification rasmi Facebook mengejutkan Iqa. <Ikhwan Azhari> Apa tengok-tengok fb aku ? Iqa terpana. Macam mana dia boleh tahu ni ? Ada pasang spy ke pada dirinya ? <Nurul Atiqa Zulkifli> Jangan nak perasan sangat boleh tak ? Bila masa aku tengok fb kau ?? <Ikhwan Azhari> Sembang lebat Aku tahulah. Mesti kau pelikkan, kau dan aku dah friends 3 bulan lebih awal sebelum kita face to face, kan ? <Nurul Atiqa Zulkifli> Haruslah aku pelik.. Eh, macam mana kau tahu aku open wall kau ? <Ikhwan Azhari> Kan betul aku cakap kau tengok fb aku.. Haha xD p/s : pernah dengar perkataan spyware dan ghost tak dalam istilah komputer ?

<Nurul Atiqa Zulkifli> Oii.. Pak Cik.. Mestilah pernah dengar. Hoi !! Kau guna software tu ke ?? Kunyit !! >.< <Ikhwan Azhari> Kunyit ? Why kunyit ? Nak memasak ke ? Hehe :P <Nurul Atiqa Zulkifli> Actually aku nak mencarut tapi lidah aku bukan macam tu. Thats why aku sebut kunyit. <Ikhwan Azhari> Ooo.. Kau mencarut aku ea.. Grrr >:( <Nurul Atiqa Zulkifli> Kau mula dulu :( Malas nak layan kau.. Kbaii Atiqa menukar setting chatbox kepada offline untuk semua user. Menyampah dengan Ikhwan ! Cursor digerakkan ke bawah dan matanya tertumpu kepada sebuah status yang ditulis Ikhwan. Hari ini ulang tahun pertama pemergiaannya. Dia bersama dengan aku hampir 5 tahun (dari kami darjah 6 lagi) tapi sayang hidup dia tak lama. Tuhan lebih sayangkan dia. 12 Februari 2011, tepat jam 2.50 petang (waktu sekolah tamat) dia ditimpa kemalangan ngeri. Saat itu, aku terasa seluruh urat saraf aku lumpuh. Aku tahu, aku tak akan menemuinya lagi. Saya rindukan awak Lailatul Suzana (Zana).. 18 Disember 1996 12 Februari 2011. Semoga rohmu dicucuri rahmat.. Al-Fatihah :) Di bawah status itu, disertakan sekali gambar Ikhwan dan seorang gadis dipercayai Zana yang dimaksudkan. Atiqa hanya terdiam. Tak sangka pula Ikhwan mempunyai sejarah silam yang pahit. Dia membuka ruang photos milik Ikhwan. Tertera satu album gambar bertajuk Iwan dan Zana. Di dalam album tersebut dikhaskan gambar Ikhwan, Zana dan keluarga nereka. Iqa mengangguk mengerti. Patutlah dia tidak mengambil peduli tentang pelajarpelajar perempuan selama ini. <Ikhwan Azhari> Kau belum log out lagi kan, Iqa ?

<Nurul Atiqa Zulkifli> Ikhwan Aku bersimpati pada kau. Maaf panggil kau Iwan Zana saja kan boleh panggil nama tu ? <Ikhwan Azhari> Ermm.. tak mengapa Iqa.. Kisah lama.. Aku meratap macam mana pun, Zana tak akan kembali. <Nurul Atiqa Zulkifli> Sorry ok ? Aku tak tahu.. Patut kau tak suka aku panggil kau Iwan dulu. <Ikhwan Azhari> Nevermind.. Lagipun, kebanyakkan kawan-kawan aku panggil aku Wan atau Ikhwan Tak ada yang sebut Iwan <Nurul Atiqa Zulkifli> Kau buat aku serba salah <Ikhwan Azhari> Tak mengapalah, Iqa. Long time story.. Kau nak panggil aku Iwan pun aku tak kisah.. Tapi kau seorang je lah.. Hehe :) Suara ibu Iqa dari ruang makan memanggilnya membantutkan perbuatannya tika ini. Atiqa segera menyahut dan pantas menaip reply kepada Ikhwan. <Nurul Atiqa Zulkifli> =.= Kau ni peliklah.. Aku log out dululah. Mak aku panggil.. Bye ! <Ikhwan Azhari> Ohh Ok.. Bye.. Iqa menekan icon exit pada Google Chrome. Lalu dia mengarahkan cursor kepada icon shutdown. Tidak lama kemudian, dekstop menjadi gelap dan laptopnya dalam mode shutdown. ******************************************

Malam itu, Atiqa tidak dapat melelapkan matanya. Terasa masih ada sebuah persoalan yang terbuku di benakknya. Dalam fikirannya hanya satu, Muhd Ikhwan Azhari ! Paling menjadi pokok persoalannya ialah kenapa dan bagaiman Ikhwan tiba-tiba berubah fikiran dan membenarkannya memanggil dirinya Iwan ? Iqa mengguling-gulingkan badannya ke kiri dan ke kanan. Namun, matanya masih gagal dipejamkan. Atiqa bangun dan mengambil handphonenya. Dia membuka folder games dan mula bermain game yang paling membosankan. Itulah satusatunya cara yang membolehkan dia melelapkan mata. Entah bila dia terlelap.

Bab 6 Perasaan Yang Tak Perasan

Kehilanganmu sungguh berat bagiku, Hampa hidupku terasa tanpa kamu, Genggam tanganku dan jangan kau lepaskan, Kerna ku tak sanggup hidup tanpa cintamu Ringtone rasmi call in notification handphone Iqa berdering suatu pagi. Waktu itu, Iqa masih dibuai mimpi. Jam pula sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Mendengarkan ringtone tersebut Iqa segera mengambil handphonenya dan menjawab panggilan. Matanya masih terpejam rapat. Hello suara serak Iqa kedengaran menjawab panggilan. Nurul Atiqa ke ni ? balas si pemanggil. Haah Siapa ni ? Iqa masih mamai. Mak aii Nama molek dah, tapi suara macam lelaki ! si pemanggil membalas. Ermm Peduli apa aku Baru bangun tidur ni Siapa kau ? Iqa masih seperti tadi.

Hoi Akulah ni, Ikhwan ! nyaring suara pemanggil kedengaran. Ha ?! Kau ?! Iqa tersedar dan terus mematikan panggilan. Lemah terasa jantungnya. Pagi-pagi buta dah ada yang mengusutkan kepalanya. Dasar hantu ! Iqa menaip mesej dan menghantar kepada unknown number tadi. Dia berasa hairan. Bagaimanakah Ikhwan boleh memperolehi nombor telefon bimbitnya. Iqa terlupa hakikat bahawa diarinya masih di dalam genggaman Ikhwan. ************************************* Ikhwan membaringkan dirinya ke atas sofa. Terasa puas baginya apabila dapat mengenakan Iqa. Baginya, melihat Iqa yang bengang sedikit sebanyak mengubat hatinya yang lara akibat kehilangan Zana. Terbayang masa lalunya bersama Zana. Puas Zana dikenakannya tetapi bagi Ikhwan, melihat wajah ceria Zana ibarat satu magis yang menjadi pendorongnya. Masih jelas diingatannya kata-kata terakhir Zana beberapa hari sebelum kemalangan ngeri itu. Iwan, nanti kalau Zana dah tak ada kat dunia ni, Zana tak nak Iwan sedih. Kalau Iwan sedih, Zana pun sedih Apa Zana cakap ni ? Iwan tak sukalah Iwan kena study hard tahu? Untuk ibu dan ayah Iwan dan untuk Zana juga.. Mestilah ! Bagi Iwan, Zana penguat semangat Iwan. Iwan nak kita sama-sama berjaya. Ya, Iwan. Kita usaha sama-sama ea ? Ok, Zana. Iwan janji. Iwan sayang Zana tahu, sebab tu Zana kena usaha sama macam Iwan.

Yup Zana pun sayangkan Iwan. Tapi ingat tahu, Zana tak nak Iwan sedih sebab Zana. Ikhwan termenung jauh. Agaknya tembus siling ruang tamu rumahnya itu. Mesej dari Iqa pun tidak dibalasnya. Ari sini kejap ! panggil ibunya dari dapur. Ya, mak ! Ikhwan terus menapak ke dapur. Tolong mak kejap. Tolong belikan barang-barang ni dan jemput Syasya dari sekolah, arah ibunya. Ikhwan mengangguk tanda faham. *********************************** Abang Ari Kenapa abang murung je ? ujar Syasya setelah melihat kelibat abangnya di hadapan pintu pagar sekolah. Ha ? Mana ada abang murung. Abang bosan tunggu Syasya kelas tambahan tamat lewat Ikhwan mengalih topik. Yakah ? Elehh biasalah tu, abang. Orang nak PMR mestilah kena semangat study ! balas Syasya petah. Entah benda-bendalah Syasya ni. Jom lekas balik. Panas tunggu atas motor ni. Ishh.. Ikhwan ingin segera pulang. Abang Ari, nak handphone. Nak main game, pinta Syasya. Ikhwan sekadar menghulur tanpa sepatah bicara. Eh, abang. Siapa Iqa ni ? Muka dia ada iras-iras arwah Kak Zanalah ! Syasya mendapati ada message pada handphone Ikhwan. Mana ada muka Iqa tu macam Zana. Abang curi kut nombor dia sebab dia tu serabut alam ! Hahaha.. Ikhwan selak ketawa. Aik ?? Curi nombor ? Abang suka Iqa ni ea Haaa Syasya sengaja mengusik. Wajah Ikhwan menjadi merah.

Eh ? Mana ada. Seriuslah. Abang suka Kak Zana je Ikhwan tetap pada pendiriannya. Abang, terimalah hakikat. Kak Zana dah pergi dan tak akan kembali lagi. Dah sampai masa abang buka pintu hati abang untuk terima kehadiaran wanita yang lain. Actually, abang dah terima kehadiran dia tapi abang ego dengan hati abang ! Syasya menutur bicara panjang lebar. Ikhwan hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Melihatkan itu, Syasya turut mendiamkan diri. ****************************************** Hai, Iqa Ikhwan kelihatan begitu bersemangat. Hatinya masih ingin mengusik Iqa. Kau ni memanglah ! Tak boleh bagi aku bahagia ke satu hari ? Hari-hari mengusik aku, Iqa kelihatan bosan. Suatu hari nanti aku akan bahagiakan kau, terpancul kata-kata itu dari bibir Ikhwan. Apa ?! Iqa seakan tidak percaya. Ikhwan memalingkan wajahnya dari Iqa. Telinganya menjadi merah. Bila kau buang sikap riak kau tu ! Kalau Tuhan tarik balik kelebihan yang kau miliki sekarang, apa kau nak kata ? Kau memang tak kedekut ilmu, aku tak nafikan. Tapi, cuba kau fikir, disebabkan sikap riak kau tu someday Allah akan tarik kelebihan kau tu, understand ? kata-kata Ikhwan membuatkan seisi kelas 5ST terdiam. Tak sangka Ikhwan berani mengatakan hal sedemikian kepada Iqa. Iqa terdiam. Hatinya terasa dihempap dengan batu. Kenapa dia merasakan hal tersebut tetapi hatinya tidak menyukai Ikhwan ? Atau, mungkinkah ? Air mata jernih mengalir dari kelopak matanya. Jujur boleh dikatakan, kata-kata Ikhwan amat menghiris hatinya. Tanpa membuang masa, Iqa terus mengemaskan begnya dan berlalu pulang meninggalkan Ikhwan begitu saja.

Bab 7 Perasaan Terungkap

Iqa Maafkan aku, okey ? Ikhwan menemui Iqa petang itu. Peduli apa aku ?! Iqa membuat muka bosan. Ermmm Sorrylah buat kau bengang dengan aku lagi. Sebenarnya, aku memang tak suka perangai bangga diri kau tu Ikhwan bernada sederhana. Apa masalah kau sebenarnya ? Suka hati akulah. Ada menyusahkan kau? ujar Iqa. Menyusahkan akulah ! Kau faham tak aku sebenarnya suka pada kau sebab tu aku cakap macam tu pada kau ! Sebab aku tak nak kehilangan orang yang aku suka lagi ! Ikhwan meninggikan suaranya. Husna yang menemani Iqa kelihatan merah mukanya. Hafiz yang menjadi teman setia Ikhwan hanya tersenyum. Iqa hanya menunduk dan mendiamkan dirinya. Kakinya lemah dan dia terduduk di atas tanah. Eh, Iqa. Kau kenapa ? Eh, jangan menangis lagi.. Ikhwan turut duduk di dan mengangkat wajah Iqa. Segera ditepis Iqa. Ikhwan terdiam namun dikeraskan hatinya dan memegang semula wajah Iqa dengan kedua-dua tangannya.

Dengar sini Iqa. Kau faham kan perasaan aku ? Aku tak nak kau pergi macam mana Zana meninggalkan aku. Tolong faham, okey ? Maafkan aku, ea? Ikhwan memegang tangan Iqa dengan harapan Iqa memaafkannya. Okey, Ikhwan Iqa hanya berkata perlahan. Ikhwan mengukir senyuman buat Iqa. Pertama kali senyuman tersebut membahagiakan Iqa. Selama ini apabila terpandangkan wajah Ikhwan beserta senyumannya, hati Iqa sentiasa panas akibat marah. Sebenarnya, aku pun sukakan kau, Ikhwan.. ujar Iqa perlahan. Mendengarkan hal itu, Ikhwan semakin ceria. Iqa panggil aku, Iwan, okey ? balas Ikhwan. Dan aku tak nak kita beraku-kau saya-awak okey ? sambungnya. Iqa tersenyum dan menundukkan muka. Terserlah rona-rona merah di wajahnya tanda dia terlalu malu. Husna yang semakin merah wajahnya, menapak pergi meninggalkan Iqa sendirian. Hafiz yang sedari tadi asyik memerhatikan Husna hanya tersenyum sinis. Pasti kau cemburu gila kan, Husna ? detak hati Hafiz. ***************************************** Perlukah Ikhwan memandang Iqa sedang aku lebih menarik dari Iqa ?! raung Husna dalam biliknya. Tidak dinafikan Husna memiliki rupa paras yang lebih menarik daripada Iqa. Paroklah kau ni. Tulah, syok sendiri sangat. Kau tak ungkapkan rasa hati kau pada Ikhwan awal-awal kenapa ? Dah melepas ke kawan sendiri, Mika yang sebilik dengan Husna mengeruhkan lagi keadaan. Arghh !! Iqa tu, selalu menghalang laluan aku ! Menyusahkan saaja ! api cemburu semakin membuak di hati Husna. Then, apa kau nak buat ? Mika membatu apikan Husna. After SPM, Ill get rid of that girl ! balas Husna lalu menumbuk-numbuk bantal sambil menjerit-jerit.

Bab 8 Api Cemburu Husna

Okey. Semua pelajar berhenti menulis. Masa sudah tamat. Letakkan pen dan tempatkan kertas jawapan di sudut atas kiri meja masing-masing kecuali yang berada di pintu. Arahan pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu menandakan tamatnya kertas terakhir yang dinilai. Nurul Atiqa tersenyum puas, ternyata usahanya selama ini tidak sia-sia. Apa yang diulang kajinya, semuanya appear dalam kertas-kertas soalan SPM. Dia berharap straight As menjadi miliknya. Keluar sahaja dari dewan peperiksaan, SBPSSAS menjadi gegak-gempita. Kedengaran riuh-rendah sorak-sorai SPM candidates yang baru tamat berjuang. Iqa berjalan ke hulu dan ke hilir mencari Husna. Terpandangkan sahaja sekujur tubuh Husna, Iqa melaung memanggilnya. Husna yang menyedari segera menghampiri. Okey tak jawab soalan tadi ? Iqa membuka topik. Eleh kacang je, Husna mengenyitkan matanya. Haha Biasalah tu. Budak SBPSSAS kan semua pandai-pandai belaka, Iqa membalas.

Tapi tak sebijak sayang saya.. Haha !! Ikhwan muncul secara tiba-tiba. Pastinya Hafiz sentiasa di sisi. Huh Untunglah Hafiz sengaja mengusik. Iqa hanya ketawa. Husna pula menarik muka. Ikhwan berlagak cool saja. Ermm Aku pergi dululah. Bye ! Husna melangkah pergi. Iqa terkejut dan mengikuti Husna. Kelihatan dia terkejar-kejarkan Husna yang melangkah agak pantas. Ikhwan memandang Hafiz. Hafiz cuma buat-buat tak tahu. Ikhwan menyiku Hafiz tanda ingin tahu. Hafiz terus mendiamkan diri. Melihat respon negatif Hafiz, Ikhwan melangkah pergi. Hafiz pula terkejar-kejarkannya. Cinta tiga segi, Ikhwan, itu sahaja yang diungkap Hafiz. Maksud kau, Husna sukakan aku ? Ikhwan berhenti melangkah. Hafiz pun mematikan langkah. Kau tak nampak ke ? Dari mula kau muncul kat sekolah ni, dia dah mula tergila-gilakan kau. Tapi, kau nampak Iqa dari dia, Hafiz memberi penjelasan. Tapi, aku tak tahulah apa akan jadi lepas ni. Aku dapat rasa ada yang tak kena pada Husna tu, sambungnya lagi. Hadoi Perlukah jadi begini ?? Ikhwan seakan mempersalahkan dirinya. ****************************** Kau perampas ! Aku benci kau ! keras suara Husna. Iqa terkedu. Dalam hatinya penuh tanda tanya. Kau rampas Ikhwan ! Setiap kali aku nak rapat dengan dia, kau mesti datang mencelah ! Husna terus melimpahkan lava kemarahannya. Tapi, Ikhwan yang datang kepada aku Aku tak pernah datang pada dia, Iqa mempertahankan dirinya.

Cukup tu ! Mulai sekarang, kau dan aku bukan kawan lagi ! Kalau kau nak selamatkan persahabatan kita, lepaskan Ikhwan Azhari kepada aku ! Husna seakan mengancam. Iqa tertekan. Dia kini dalam dilema. Tak sangka sungguh, Husna menyimpan perasaan hingga membakar diri. Sanggup dia mempetaruhkan persahabatan mereka demi seorang lelaki bernama Muhd Ikhwan Azhari. ********************************* Iqa, dengar sini. Aku nak beritahu kau something, ujar Hafiz. Iqa memandang dengan pandangan kosong. Matanya sembab kerana terlalu banyak menangis. Ikhwan hanya membatukan diri. Actually, dari dulu aku nak cakap macam ni. Tapi aku bukan jenis orang yang suka merosakkan hubungan baik orang. Jujur aku nak cakap yang Husna ni tak boleh pakai langsung, Hafiz menyusun butir bicara agar tidak mengguris hati Iqa. Apa maksud kau ? Aku tak faham ujar Iqa setelah lama membisu. Husna memang suka memporak-perandakan hidup orang. Lagipun, Ikhwan tak boleh bersama dia sebab dia playgirl ! Apabila dia menemui lelaki yang lebih menarik dari yang sedang bersamanya, dia tak akan ragu-ragu memutuskan hubungan antara mereka dan bersama dengan lelaki yang baru. Aku cakap macam ni sebab aku pernah jadi mangsa dia. Dia pernah menggadaikan kawan baik dia demi aku, sama macam keadaan kau dan Wan sekarang ! cerita Hafiz betul-betul memeranjatkan Iqa. Aku tak percaya semua ni.. Kalau betul, apa perlu aku buat ? Iqa semakin tertekan. Kalau aku jadi kau, aku terus putuskan persahabatan dengan dia, putus Hafiz. Betul, Iqa. Awak tinggalkan saja Husna. Ramai lagi yang nak kawan dengan awak. Tapi sayang, awak pilih orang yang salah. Mujur dia jenis menjalankan modus operandi secara senyap. Kalau terang-terangan, harus teruk awak kena dengan dia, kata Ikhwan yang dari tadi sunyi-sepi.

Dia buat macam tu sebab nak tunjuk baik depan kau. Kalau dia dari dulu macam tu, lagilah kau reject sedangkan dia diam macam tu pun kau memang tak nampak. Kira rejectlah tu ! sahut Hafiz. Hafiz Thanks cerita kat aku. Aku memang tak tahu pun. Yalah, kau pindah SBPSSAS pun waktu Form 4. Mana nak tahu cerita kau dulu, balas Iqa. Ermm Entah kebetulan tercampak ke sini dengan dia. Dua tahun sekelas pula tu ! Tahan je dua tahun ni, ulas Hafiz. Tapi, aku nak kawan dengan siapa ? Iqa merenung lantai. Kawan dengan kami dulu. Nanti, orang baru akan datang, cadang Ikhwan. Iqa tersenyum. Tawar. Tawarnya senyum. Jom, Iqa. Ikhwan kata nak belanja kau ais krim, pujuk Hafiz sambil mengenyit mata pada Ikhwan. Yakah ? Jom, jom !! Iqa kembali ceria. Dahsyatnya budak ni. Bagi ais krim ceria selalu getus Ikhwan.

Bab 9 Panggilan IPT

Beberapa bulan berlalu setelah keputusan SPM diumumkan, Iqa masih menanti panggilan IPT yang dimohonnya. Ketika ini, dia bekerja sambilan di sebuah pasaraya berhampiran rumahnya. Kadang-kadang dia akan mengemas stor dan menyusun barang di rak-rak pasaraya. Ada ketika dia akan diarah mengira stok yang masih berbaki oleh supervisor. Dan pernah juga dia diberi kepercayaan menjaga kaunter pasaraya itu. Tweet, tweet bunyi handphonenya menandakan ada mesej yang masuk. <Iwan> Hai, awak. Ermm.. rindulah kat awak. Mesti awak bosan kan kerja ? :P Iqa tersenyum simpul dan membalas. <Iqa> Hai Bosan ? Tak lah. Seronok kerja. Serius ! Awak tiba-tiba text ni mesti ada apa-apa kan ? <Iwan> Yup. Saya dah dapat panggilan IPT ! Saya dapat UiTM Melaka. Happy sesangat. Finally, dapat teruskan pembelajaran.

Iqa tersenyum. Hatinya sangat gembira kerana Ikhwan dapat melanjutkan pelajaran. Dirinya ? Entah bila Baru sahaja dia ingin membalas mesej Ikhwan, ibunya menelefonya. Kenapa ibu ? sapa Iqa. Iqa ibu gembira ! Iqa dapat banyak panggilan Kat tangan ibu, banyak surat tawaran. Dari United States, Switzerland, Oxford University, UiTM Melaka, Politeknik Primier Ungku Omar, Universiti Sains Malaysia Ya Allah ! Banyak sangat, sayangku ! Ibu bangga sangat dengan Iqa ! kedengaran tawa gembira ibunya di hujung talian. Yakah ?! Ya Allah, syukur alhamdulillah ! Iqa balik sekarang ea ? ujar Iqa sebelum mematikan talian. Setelah mendapat izin supervisornya, Iqa melangkah keluar untuk pulang. Sebelum itu, sempat lagi dia membalas mesej Ikhwan yang tergendala tadi. <Iqa> Awak Tadi ibu saya call. Dia kata saya dapat banyak tawaran. Saya on the way pulang ni. Tak sabar nak tengok :D <Iwan> Waaa Untungnya dia. Saya baru dapat panggilan UiTM Melaka. Bila nak dapat macam awak Ermm.. :( <Iqa> Lepaklah Nanti sampailah tu <Iwan> Haah Masin betul mulut awak. Tadi posman datang lagi. Ada lagi surat tawaran. Saya buka e-mail pun kat sini ada se lagi panggilan ;) <Iqa> Agak dah.. hehe.. Awak, nak balik ni. Macam mana nak bawa motor kalau awak terus mesej saya ? Hehe Bye! LYSM ! <Iwan> Ouh..ok,ok Sorry, sayang >.< LYSM too !!

Iqa menghidupkan enjin motor dan segera bergerak pulang. Meter motor naik hingga ke tahap 80 km/j. Cukup laju untuk seorang wanita memandu di atas jalan ! ************************************* Iqa sedang sibuk mengemas barang-barangnya. Segalanya perlu disiapkan dan dibereskan pada hari ini kerana esok dia akan memulakan kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Tweet, tweet Bunyi handphone menandakan ada SMS yang masuk. Tertera nama Ameyra. <Ameyra> Hai, newbie (macam aku tak je) serius kau akan masuk UiTM Melaka ni ? Nanti aku pergi kau tak ada pula.. :( Iqa tersenyum dan segera menaip balasan. <Iqa> Hai Hahaha Serius ni, aku tengah mengemas barang-barang aku ni.. Esok daftar kau mesti nampak muka aku ni :P Butang sent ditekan dan mesej pun dihantar. Iqa merenung barangbarangnya. Hmm Apa lagi yang tak ada ya ? bisik Iqa pada dirinya. Setelah puas memikirkan hal tersebut yang tiada jawapannya, Iqa merebahkan dirinya ke atas katil. Fikirannya melayang kepada hari dia berkenalan dengan Ameyra di Facebook. ********************************* Page : UiTM Melaka Official <Ameyra Zahira> Hai, bakal-bakal penuntut UiTM Melaka... Aku Ameyra Zahira, aku ambil jurusan sains teknologi dalam bidang pengaturcaraan komputer. Anybody with me ? Kita kawan awal-awal, nanti kat sana tak susah-susah nak cari kawan kan ? ;) Comments :

<Nurul Atiqa Zulkifli> Hai Aku sama macam kau.. Nama aku (tengok kat atas tu) panggil Iqa. Selamat berkenalan <Ameyra Zahira> Hai !! baguslah Aku dah dapat geng :) phone numbermay I ? <Nurul Atiqa Zulkifli> PM aku.. :) (personal message) <Ameyra Zahira> Orait, orait ^_^ ********************************* Selamat tinggal, ibu, ayah, Kak Icha ! Terima kasih teman Iqa sampai sini Nanti cuti Iqa bagi tahu.. lambai Iqa kepada keluarganya yang bersiap sedia untuk pulang semula ke Kedah. Keluarga Iqa melambai semula kepadanya dan mengucapkan selamat tinggal dan kata-kata penguat semangat. Setelah kereta BMW milik ayahnya meluncur laju hingga hilang dari pandangan, Iqa melepaskan keluhan berat. Dia memandang ke arah rumah sewa yang menjadi tempat tinggalnya. Kini, dia sudah bergelar mahasiswa. Mahasiswa semester satu UiTM Melaka. Jauh sekali dia tercampak ke sini. Dari Kedah turun ke Melaka. Hmm Even dia orang Kedah, sekali pun loghat utara tetap tidak pernah menjadi dialeknya sehari-hari. Kadang-kadang Iqa pun terfikir, apakah sebab munasabahnya tetapi hampa. Lamunan Iqa terhenti apabila panggilan dari Ikhwan masuk ke handphonenya. Iqa sekadar menggeleng. Dari mula-mula sampai kini, Ikhwan tidak henti-henti mengganggunya. Ibarat perang yang mereka cipta tiada penghujungnya. Walaupun begitu, hubungan istimewa antara mereka mengubah corak perang mereka kepada gencatan senjata. Kalau dulu katakata yang menyakitkan hati sering menjadi senjata utama, kini sebaliknya yang berlaku. Ikhwan pasti tidak boleh mengubah perangainya itu kut.. Ermm Sekurang-kurangnya Ikhwan seorang lelaki yang setia.

Ikhwan seorang yang setia ? Mestilah, dia tidak mencari pengganti Zana hingga dia berjumpa dengan aku. Tapi.. pasti aku tak mampu menggantikan tempat Zana di hatinya Aku Iqa, bukan Zana.. perbezaan bisik hati kecil Iqa. Handphone di tanganya masih bordering. Pada mulanya Iqa tidak mahu menjawab panggilan tersebut, tetapi digagahinya juga. Hatinya sedih apabila terfikirkan Ikhwan. Mungkin Ikhwan akan menemui pengganti Zana, atau spesifiknya pelanduk dua serupa Zana di sini. Hello perlahan suara Iqa. Hello, Iqa. Awak, saya dah ada kat Melaka ni. Saya tengah punggah barang-barang saya kat rumah sewa saya. Kolej kediaman penuh. Adoii.. gembira benar nada tutur kata Ikhwan. Ouh, sama macam saya. Saya pun tak dapat kolej kediaman sebab full sangat. Rumah awak kat mana ? balas Iqa. Taman Bunga Raya. Nombor 23. Awak mana ? tanya Ikhwan pula. Nombor 18. Taman sama.. jawab Iqa. 18 ? Ouh Ermm Adoi, kejaplah Fiz !! Kecohlah kau ni ! Hish marah Ikhwan. Iqa terkejut dan menjauhkan handphone dari telinganya. Belum Iqa sempat membuka mulut, Awak, kejap lagi saya call ya? Fiz bisinglah.. Sorrylah kata Ikhwan tergopoh-gapah. Talian dimatikan begitu sahaja. Iqa hanya mendiamkan diri dan handphonenya dimasukkan semula ke dalam poket seluar jeansnya. Muka tudung yang rosak itu dibaikinya agar kelihatan kemas semula. Ameyra sedang sibuk memunggah barang di dalam rumah yang mereka kongsi itu. Dia tidak mempedulikan Iqa di luar kerana dia mendengar MP3 player sambil memakai earphone. Oleh itu, dia tidak menyedari apa yang berlaku. Iqa masih statik. Macam mana kalau Ikhwan menemui Ameyra ? Ameyra inilah pelanduk dua serupa Zana. Mukanya tak tumpah seperti Zana, 100% serupa ! Iqa semakin resah. Dia taakut kehilangan Ikhwan. Hatinya kini

dipupuk perasaan sayang kepada Ikhwan kerana Ikhwan adalah cinta pertamanya. Dan dia tak sanggup andai Ikhwan pergi dari hidupnya. Iqa buntu.

Bab 10 Masih Adakah Ruang Untukku ?

Ikhwan terlopong. Hafiz memandang tanpa berkedip. Seakan kehadiran Ameyra bersama Iqa menjadi suatu permulaan buat mereka. Iqa pasti ini akan berlaku. Pasti Ikhwan akan mengabaikannya kemudian hari apabila Ameyra muncul dalam hidupnya. Hafiz memandang Iqa pula. Dari raut wajah Iqa, Hafiz nampak garis-garis kerisauan dan kekeliruan. Zana ? Awak ke tu ? Ikhwan memecahkan kesunyian antara mereka. Zana ? Siapa tu ? Nama aku Ameyra Zahiralah Ameyra memberi jawapan negatif. Raut wajah Ikhwan bertukar kecewa. Oh.. Aku ingat kau Zana. Sorry Ikhwan berkata perlahan sambil memandang lantai dan mengusap-usap tengkuknya. Perbuatan Ikhwan tersebut mempersonakan Ameyra. Ameyra sangat teruja bertemu dengan lelaki seperti Ikhwan. Iqa kelihatan sedih. Aku dah agak. Dalam hati Iwan masih ada Zana. Tak mungkin dia boleh kikis cinta pertamanya ! detik hati Iqa sayu. Hafiz yang

sememangnya seorang sahabat yang memahami hanya mendiamkan diri. Tetapi, jauh di sudut hatinya dia amat memahami apa yang tersirat disebalik wajah sedih Iqa. Iqa Awak okey ke tak ? Kenapa muka awak macam tu ? Hmm, sayang? Ikhwan mengalihkan padangan kepada Iqa. Iqa hanya mengangguk dan melemparkan senyuman buat Ikhwan. Plastik betul kau ni, Iqa ! marah Iqa pada dirinya. Perkataan sayang yang muncul dari mulut Ikhwan mengecewakan Ameyra. Kini tahulah dia bahawa Iqa bersama dengan Ikhwan. Tetapi, dia masih keliru. Siapakah Zana pada Ikhwan ? Iqa Kenapa diam ? Tak naklah macam ni.. Saya belanja Baskin Robbins, nak ? Jomlah Ikhwan menarik tangan Iqa dan membawanya pergi meninggalkan Ameyra terpinga-pinga bersama Hafiz yang berlagak cool sahaja. ********************************* Awak Kenapa ni Saya tak sukalah awak macam ni Cuba beritahu saya.. Ikhwan cuba memujuk Iqa. Iqa membatu. Dia tidak menghiraukan pujukan Ikhwan. Ais krim yang sentiasa menjadi candunya tidak menarik minatnya langsung. Pada mulanya Iqa merenung ais krim yang kian mencair, kemudian pandangannya dibuang keluar tingkap. Tangannya ditongkatkan ke dagu. Ikhwan melepaskan keluhan berat. Okey, fine. Saya bosanlah macam ni. Macam cakap dengan batu ! Ikhwan mula meninggikan suara. Oh, awak kata saya batu ?! Iqa turut membalas. Nadanya juga kedengaran keras. Memang ! Awak tu ! Saya tanya kenapa, awak diam ! Mana saya nak tahu apa dalam hati awak ! Ikhwan tidak mahu mengalah. Fahamlah sendiri ! Bukan awak tak tahu saya macam mana ! Iqa menjeling Ikhwan, tajam sekali. Bagaikan panah arjuna.

Masalahnya awak tak cakap ! Saya nak faham apa jadahnya ! Bosanlah ! Saya balik dululah ! Nah, ambil duit ni dan pulang dengan teksi ! Saya pergi dulu Ikhwan menghempas meja dengan tangannya terselit RM20. Kemudian, Ikhwan pergi meninggalkan Iqa tanpa menoleh kebelakang. Iqa terdiam seribu bahasa. Benar kata Ikhwan, bagaimana dia hendak tahu isi hati Iqa andai Iqa sendiri tidak meluahkannya ? Iqa menyalahkan dirinya sendiri kerana ego. Iqa juga mengakui dia terlalu risau dan cemburu akan Ameyra yang memiliki rupa paras 100% seperti Zana. Risau dan cemburu menyebabkan Ikhwan melarikan diri darinya. ************************************ Ameyra tiba awal di kampus bersama Iqa hari ini. Iqa hanya memaniskan muka apabila Ameyra berkongsi pelbagai sketsa bersamanya. Sedangkan hatinya gundah-gulana memandangkan Ikhwan langsung tidak membalas SMSnya sejak semalam. Ameyra sememangnya seorang yang peramah. Walaupun bertemu dengan orang yang tidak dikenali, ringan sahaja mulutnya menegur dan memberi salam. Sedang asyik mereka melewati kawasan kampus, mereka bertembung dengan Ikhwan dan Hafiz. Ameyra mesra menyapa mereka tetapi Iqa hanya menghadiahkan senyuman. Apabila terpandangkan wajah Ikhwan, Iqa melarikan pandangannya ke arah lain. Ikhwan turut melakukan yang sama. Hafiz merasakan bahawa antara Ikhwan dan Iqa pasti ada sesuatu yang telah berlaku. Ikhwan hanya memberi jawapan positif apabila ditanyakan mengenai Iqa semalam. Pada mulanya, Hafiz mempercayai kata-kata Ikhwan tetapi setelah melihat reaksi antara mereka berdua Hafiz percaya Ikhwan telah berbohong kepadanya. Fiz, kau nak ikut sekali tak ? Aku, Iqa dengan Ikhwan nak pergi cafeteria sekejap. On tak ? pelawa Ameyra kepada Hafiz. Ha ? Urm.. Aku on je. Mana ada Ikhwan di situlah aku ada. Hehe Iqa, follow okey ? Hafiz memandang Iqa.

Ermm Sorrylah. Aku ada hal sikit. Aku pergi dululah. Jumpa lagi ! balas Iqa lalu melangkah pergi. Hafiz menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Eh ! Aku lupa ! Tadi Ah Meng mesej aku suruh jumpa dia. Korang pergilah berdua, Hafiz mencipta alasan demi mengejar Iqa untuk mendapatkan penjelasan. Okey.. balas Ikhwan dan Ameyra serentak seraya memandang antara satu sama lain. Ketawa berderai antara meraka berdua. Hafiz terus melangkah pergi mengikut jejak Iqa. Setelah agak jauh dari Ikhwan dan Ameyra, Hafiz segera mencari kelibat Iqa. Pada ketika itu, Iqa sedang bersendirian di dalam dewan kuliah sambil manatap gambar Ikhwan bersamanya yang tersimpan dalam handphonenya. Hafiz mencari di serata tempat. Setelah dia keletihan, dia memasuki dewan kuliah kerana 15 minit lagi kelas akan bermula. Setibanya di sana, Hafiz mendapati Iqa berada di situ bersendirian sambil menangis. Iqa ! Hafiz melaung. Iqa yang tersedar dari lamunannya segera mengesatkan matanya. Apa kau buat kat sini ? Bukan ke kau follow diaorang ? Iqa berlagak tenang. Dah, tak payah nak cover-cover dengan aku. Sekarang cerita, apa yang berlaku antara kau dan Wan semalam. Aku tahu Wan tipu aku dan sekarang aku nak penjelasan dari kau, Hafiz seperti mendesak Iqa. Aku err Iwan emm Iqa bersuara perlahan. Dia sebenarnya tidak mahu menceritakan hal yang sebanar kepada Hafiz. Belum Iqa menyambung kata-kata, Ikhwan bersama Ameyra beriringan masuk ke dewan kuliah sambil bergelak ketawa. Pertama kali Iwan bermesraan dengan seorang perempuan ! Bahkan dirinya pada awal perkenalan dengan Ikhwan sering kali bertelagah. Hatinya hancur luluh, kecewa dengan sikap Ikhwan sedang dia sudah memberi penjelasan tentang isi hatinya melalui mesej kepada Ikhwan.

Hafiz terkebil-kebil melihat insiden itu. Dia kelihatan berang. Belum sempat dia melakukan apa-apa, Iqa terlebih dahulu mendahuluinya menemui Ikhwan. Iqa menyerahkan duit yang diberikan Ikhwan semalam tanpa berkata apa-apa. Ikhwan turut mendiamkan diri malah tidak sekali pun bibirnya mengucapkan sepatah kata. Iqa berlalu kecewa dan menjauhi mereka. Ameyra kelihatan hairan dengan sikap Ikhwan terhadap Iqa. Ameyra ingin mengetahui kisah selanjutnya tetapi Ikhwan bijak mengalih topik. Kedengaran sekali lagi tawa antara mereka. Hafiz sekadar menggeleng tanpa kata. ***************************** Iqa mengurungkan dirinya sepanjang malam di dalam bilik. Ameyra sudah puas mengajaknya makan malam. Beberapa minit lepas, kedengaran ketukan pintu dari luar oleh Ameyra. Namun kini, Ameyra tidak mengetuknya lagi. Iqa tidak peduli. Iqa terasa amat berat untuk menghadap Ameyra. Hatinya terasa begitu sakit. Hafiz bertalu-talu menghantar mesej kepadanya. Iqa berasa sangat rimas dan akhirnya terpaksa menceritakan juga apa yang telah berlaku. Kemudian, Hafiz tidak lagi menghantar balasan kepadanya. Tweet, tweet bunyi mesej masuk. Mesej tersebut dari Ikhwan. Mesej ini betul-betul menghancurkan hati Iqa. <Iwan> Yang awak pergi cerita kat Hafiz tu buat apa ?! Masalah kita biarlah kita sendiri selesaikan. Bukan saya tak terima isi hati awak, tapi berilah saya masa ! Cukuplah, saya rasa kita sampai di sini saja. Kita kawan sajalah. Maknanya, kita berpisah. Saya penat. Setelah membaca isi kandungan SMS tersebut, Iqa menangis semahumahunya. Mimpi yang menjadi igauan ngerinya kini sudah menjadi realiti. Ikhwan pergi dari hidupnya. Iqa menangis hingga kepenatan. Entah pukul berapa dia tertidur.

Bab 11 Aku Yang Tersakiti

Pernahkah kau merasa, Jarak antara kita, Kini semakin terasa, Setelah kau kenal dia, Aku tiada percaya, Tegaknya kau putuskan, Indahnya cinta kita, Yang tak ingin ku akhiri, Kau pergi, Tinggalkanku Tak pernahkah kau sedari, Akulah yang kau sakiti, Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari, Oh Tuhan tolonglah aku, Hapuskan rasa cintaku, Aku pun ingin bahagia, Walau tak bersama dia Memang tak kan mudah, Bagiku tuk lupakan segalanya, Aku pergi untuk dia

Lagu Aku Yang Tersakiti dari Judika kini mengisi hati kosong Iqa. Pembelajarannya merosot kerana tidak boleh fokus dalam kelas. Sikapnya juga berubah menjadi seorang yang pendiam dan sering termenung. Dia juga selalu bersendirian. Ameyra ingin menghampirinya tetapi setiap kali Ameyra berbuat begitu, Iqa pasti menjauhkan diri. Ameyra terasa dirinya tidak dipedulikan Iqa, lalu kini dia mendampingi Ikhwan. Sering kali Iqa terserempak Ikhwan outing bersama Ameyra. Iqa hanya memandang kosong. Ikhwan pula buat-buat tak kenal siapa Iqa. Ameyra hanya mengunci mulut apabila terserempak Iqa. Terdetik di hati Ameyra untuk menyatukan mereka berdua semula, tetapi melihat kepada reaksi Iqa terhadapnya, Ameyra patah semangat. ***************************************** Nama saya Nurul Atiqa binti Zulkifli. Saya dari UiTM Melaka tetapi terpaksa berpindah ke PUO ni sebab ada hal-hal yang tak dapat dielakkan. Selamat berkenalan. Sebelum tu, panggil saya Iqa saja, sedikit ucapan perkenalan daripada Iqa buat kawan-kawan barunya di PUO (Politeknik Primier Ungku Omar). Iqa berpindah IPT (Institut Pengajian Tinggi) setelah kecewa dengan sikap Ikhwan. Dia mengemas barang-barang dan menanda tangani borang daftar keluar/pindah pelajar dari Canselor secara senyap-senyap. Waktu Ameyra ke kelas, Iqa keluar dari rumah sewanya dan menyerahkan kunci kepada tuan rumah. Pastinya Ameyra akan tergopoh-gapah mencari dirinya kerana tiba-tiba dia menghilangkan diri. Aahh Peduli apa aku Ameyra ! bentak hati kecil Ameyra. ***************************************** Fiz, aku ajak kau datang sini bersebab. Aku harap kau dapat tolong aku, bicara Ikhwan setibanya Hafiz ditempat yang dijanjikan. Kawasan tersebut agak lapang kerana ia bukanlah tempat tumpuan masyarakat setempat. Kenapanya ? Nak aku tolong apa ? balas Hafiz spontan.

Hmm Jujur aku cakap, aku still sayangkan Iqa. Aku rasa bersalah sebab buat keputusan melulu dulu sedang perkara ni boleh selesai secara aman, perit terasa di tekak Ikhwan. Wajah Hafiz berubah merah padam. Ohh Baru kau menyesal sekarang. Hoi, bukan ke kau dah ada Ameyra yang sebiji mukanya macam Zana kau tu ? Buat apa cari Iqa lagi ?! Hafiz menjawab acuh tak acuh. Fiz, tolong Beritahu aku, mana Iqa ? Aku tak nampak dia seminggu ni.. Dia pergi mana ? Aku nak jumpa dia Aku rindukan dia, Ikhwan seakan merayu. Hafiz naik berang dan menumbuk Ikhwan. Ikhwan terdorong ke belakang lalu terjatuh ke tanah. Dia memegang bibirnya. Berdarah. Dia memandang Hafiz penuh tanda tanya. Ni untuk segala kesakitan yang Iqa rasa. Kau terlalu ego dan terlalu mengikut perasaan ! Iqa dah menjelaskan perkara sebenar, perlu ke kau ego ? Kau berjalan bersama Ameyra. Aku tahu Ameyra dapat menggantikan Zana, tapi mampu ke Ameyra memenuhi sifat-sifat Zana ?! Setakat muka, ramai lagilah yang pelanduk dua serupa ni ! Muka Zana dan Ameyra ni ada lagi 5 yang sama. Tak kan kau fikir kalau kau jumpa kelima-lima individu ni semua tu Zana ?! Hoi, fikirlah. Ingat Iqa tu patung ke ? Tak ada perasaan ? Dia hanya boleh berdiri belakang orang yang dia sayang, tetapi orang yang dia sayang pentingkan diri dan ego ! Aku tak kenal dah lah siapa kau, Wan. Kau abaikan dia, Wan. Kau terlambat, dia dah pergi. Keluar dai UiTM ni ! jelas Hafiz panjang lebar membuatkan Ikhwan melonggo. Dia pergi mana ? Aku nak cari dia Ikhwan kelam-kabut. Carilah sendiri ! Aku sendiri pun tak tahu. Dia tak jawab call aku. PM aku dia tak reply ! Semua ni salah kaulah ! Hafiz melepaskan segala kemarahan yang terpendam di hatinya. Ikhwan mati kata-kata. Benar kata Hafiz, semua salah dia kerana ego dan pentingkan diri. Salah dia kerana menghilangkan orang yang setia menyayangi dirinya.

Iqa !! Iwan cinta Iqa !!! Ikhwan meraung sekuat hatinya. Hafiz terduduk kepuasan kerana segala yang terpendam di hatinya dilepaskan dengan satu tumbukan padu di wajah Ikhwan.

Bab 12 Partner Baru

8 tahun kemudian Jarinya pantas menaip kod-kod bagi menyiapkan software yang sedang dibina oleh syarikatnya. Seketika kemudian, mouse digerakkan dan pelbagai folder dipindahkan ke master folder bernama Orange Core Linux. Software ini dibangunkan bagi membantu hacker memecahkan kod dan password Wi-Fi. Namun, software seperti ini kebanyakkannya dibagunkan secara senyapsenyap. Selepas projek ini, syarikatnya merancang untuk membangunkan software permainan bernama GTA : Malaysia. Cik Iqa.. nanti tolong hantarkan bungkusan ni ke pejabat post time you lunch nanti ya ? Alamat ada I attach kat atas bungkusan ni, pinta Zafri, teman sekerja Iqa. Orait, orait Encik Zafri. Nanti I hantarkan, Iqa menjawab sambil melemparkan senyuman yang manis. You memang cute ya kalau senyum ? Tapi I peliklah, why you tak get married or at least ada teman lelaki ? pertanyaan Zafri membuatkan Iqa ketawa kecil. Hahaha I tak fikir ke situ lagilah. Tak penting lagi buat masa ni. Lagipun, I tengah waiting for somebody, jawapan Iqa ringkas sahaja tetapi

Zafri ketawa berdekah-dekah. Perbuatannya mengganggu kosentrasi pekerja lain lalu dia memohon maaf. Why you laughing at me ? I cakap betul ni, Iqa tetap pada pendiriannya. Sejujurnya dia masih menyayangi Ikhwan dan menanti peluang untuk menemui Ikhwan. Tapi, masih adakah ruang dan peluang buatnya dan Ikhwan bersama untuk kali kedua ?? Iqa pun tak pasti. Dia cuma mampu berharap dan menanti. *********************************** Hang ni pasai pa ? Duk langgaq-langgaq aku ? Jalan tak pakai mata ka ? rengus Azwan. Iqa memohon maaf berkali-kali hingga Azwan melangkah pergi. So rude ! Iqa memandang Azwan hingga dia berlalu pergi. Apa punya manusia. Kurang ajar betullah ! desis Iqa. Dia berjalan ke parkir kereta dan mendapatkan keretanya. Setelah menghjidupkan enjin keretanya, Iqa memandu ke tempat kerjanya semula kerana masa kerja akan bemula sebentar lagi. Setibanya di tempat kerjanya, Iqa mendapatkan Zafri dan memulangkan bakinya. Zafri menerimanya dan berlalu pergi. Sebentar kemudian dia datang kembali dan membawa berita yang menggembirakan Iqa. Cik Iqa, Cik Iqa ! You dah dapat partner. Tadi I nampak dia jumpa bos. Bos cakap dia akan kerja dalam bidang yang sama dengan you. Dia akan tolong you. And you know what, hes quite good looking too.. Zafri berkata dengan bersungguh-sungguh. Oh, really ? I tak sabar nak jumpa dialah. Harap dia tak perangai macam sampah like you. Bersepah kat tempat worker lain. Pergi sambung kerjalah, Encik Zafri. Nanti isteri you nak makan apa kalau you kena potong gaji cuz curi tulang ? Hehe, gurau Iqa menyebabkan Zafri terkekeh ketawa. Dia berlalu dan menyambung kerjanya yang tergendala. Tidak lama kemudian, Tuan Syazril, bos syarikat tersebut menghampiri Iqa. Iqa menghentikan kerjanya dan bangun tanda hormat kepada ketuanya. Di sisi Tuan Syazril, berdiri seorang lelaki yang agak familiar baginya.

Kau ? serentak Iqa dan Azwan berkata. Hai, nampaknya kamu macam mengenali antara satu sama lain, ujar Tuan Syazril. Ha ? Dok aihh, Tuan. Kami berlanggaq masa tengah hari tadi. Dia ni lah duk main langgaq ja kami tadi. Jalan tak pakai mata ! balas Azwan. Ewah Kau, mulut macam longkang. Aku dah minta maaf, kan ? Asal nak ungkit ? Eeee !! balas Iqa tidak mahu mengalah. Aku saja ja nak ingat peristiwa ni. Nak khabaq kat bos je.. Huh ! Azwan membuat muka bosan. Persis Ikhwan semasa pertama kali mereka berkenalan. Hish, Iqa. Dia ni bukan Ikhwanlah ! bisik hati kecil Iqa. Okey, okey.. Enough, alright ? Saya tak nak awak berdua berterusan macam ni. Bankrup bussiness saya nanti. You two are partners, am I right ? So, please kerjasama sikit arah Tuan Syazril. By the way, this is Azwan. He is from Kuala Kangsar, right ? sambungnya lagi. Yeah Hai, Iqa. Im Azwan, your new co-worker, I mean, partner. Nice to be with you, ucap Azwan sambil menghulurkan tangan. Iqa menyambutnya seraya berkata, Hai, Azwan. Im Atiqa. Call me, Iqa. Nice to be with you, too. Dan aku harap kau boleh beri kerjasama pada aku Ketika menyambut tangan Azwan, Iqa dapat rasakan sesuatu yang amat pelik. Seperti dia amat mengenali Azwan ini, tetapi mustahillah, sedangkan dia baru pertama kali bertemu dengannya. Azwan mengerutkan dahinya. Raut wajahnya menampakkan bahawa dia hairan akan tindakan Iqa. Aku tengok, Iqa ni, macam Iqa aku je.. Tapi Iqa aku bukan macam dia ni. Lain benar rupanya. 8 tahun berlalu, harus wajahnya tidak terlalu sukar untuk aku mengenalinya. Apakah ? Arghh, mengarut ! kata Azwan kepada dirinya. Ermm Azwan ? Aku rasa kau boleh lepaskan tangan aku dah kan ? teguran Iqa menyedarkan Azwan ke dunia realiti. Eh, sorry.. Aku teringat kat buah hati aku dulu. Nama dia pun Iqa. Aku ingat hang tu dia, tapi rupanya dok. Rupa dia lain dari hang. Maaf na tanpa

segan silu Azwan menceritakan kisahnya kepada Iqa. Iqa sekadar mengangguk tanda mengerti. Tangannya dilepaskan dari pegangan Azwan.

Bab 13 Memori Iqa

Husna ! Sampainya hati kau ! tegur Iqa kepada Husna. What ?! Betul apa aku cakap, kan ? Serahkan Ikhwan or kau akan meruntuhkan persahabatan kita ? bidas Husna. Aku tak akan serahkan Ikhwan. And hello ? Siapa sekarang meruntuhkan persahabatan kita ?! Aku ke kau ? Iqa memberi dulang paku serpih. Haruskah aku ?! Kaulah ! Ikhwan milik aku, okey ? Husna tidak mahu mengaku kalah. Ewah Ikhwan pilih siapa ? Aku ke kau ? Jangan nak syok sendirilah. Harap je muka cantik, tapi perangai buruk. Tak sangka aku ya ? Kalau aku serahkan Ikhwan, harus kau kecewakan dia ! Bila kau jumpa yang lebih baik dari dia kau tinggalkan dia ! Sama macam kau buat kat Hafiz dulu ! Iqa meninggikan suaranya. Who cares ? Janji aku dapat dia ! Lepas tu, aku clash je kalau dapat yang baru. Dia tu sebagai peneman aku untuk mendapat porpulariti je, jawab Husna, sedikit menengking Iqa.

Ooo Rupanya, ni niat kau ya ? Maaflah, aku reject kau, Husna. Aku tak nak bersama dengan orang yang suka mempermainkan perasaan orang seperti kau ! muncul Ikhwan di sebalik dinding bersama Hafiz di sisi. Eh, mana ada ! Aku jujur suka kat kau, Ikhwan ! Serius, serius ! Husna kelam-kabut kerana tidak menyangka Ikhwan akan muncul di situ. Sorry Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa ! ujar Ikhwan sambil menarik tangan Iqa meninggalkan Husna yang terpingapinga. Seminggu kemudian, mereka mendapati Husna bersama seorang lelaki yang tampan. Kelihatan mesra sekali. Waktu itu, mereka bertiga sedang outing ke bandar setelah berjanji untuk keluar bersama di Ipoh. Mereka hanya menggeleng, kecewa dengan perangai Husna yang buruk itu. ****************************************** Iqa membaringkan dirinya ke atas katil. Tangan diletakkan di atas kepalanya. Seraya fikirannya melayang pada kenangannya di UiTM Melaka dulu. ****************************************** Iqa, kenapa kau lari dari Ikhwan ? Kau kan teman wanita dia, ujar Ameyra. Hoi Aku dah putus dengan dia ! Kau kan lebih layak mendampingi dia dari aku. Muka kau persis Zana ! Cinta pertama Ikhwan... Iqa menjawab acuh tak acuh. Tapi, aku tak suka Ikhwanlah, jelas Ameyra. Ahh, kau penipu. Masakan kau tak suka orang smart macam dia ? Aku tengok korang berdua terlalu mesra. Tak kan tak ada hubungan istimewa kut?! balas Iqa. Masalahnya, aku dan dia hanya kawan ! Aku tak suka Ikhwan dan Ikhwan tak suka aku, faham tak ? Adoi jawab Ameyra.

Kau penipu ! Kau penipu ! Aku benci kau ! Benci ! Benci !! Arghh !! Iqa menjerit-jerit bagaikan diserang histeria. Ameyra hanya mendiamkan diri melihatkan Iqa yang hilang kawalan itu. ********************************* Iqa memicit kepalanya. Perit terasa mengingati peristiwa malam terakhirnya di Melaka sebelum meninggalkan bumi tersebut. Entah kenapa fikirannya melayang ke memori-memori lamanya yang pahit. Sambil memicitmicit kepalanya, dia terbayangkan wajah Ikhwan. Seraya dia menggeleng dengan harapan bayangan Ikhwan lari dari pemikirannya. Tiba-tiba matanya terbayangkan lori yang merempuh kenderaannya 3 tahun yang lalu yang menyebabkannya koma selama 2 bulan. Mukanya hancur kerana hentakan yang kuat. Disebabkan bayangan yang mengerikan itu, Iqa meraung-raung ketakutan. Fiza berlari mendapatkannya dan menenangkannya. Iqa masih meraung-raung ketakutan. Fiza !! Arghh!! Muka aku!! Iqa meracau-racau. Dia berpaut pada Fiza dengan sangat kuat hingga Fiza terasa lenguh satu badan. Iqa.. Cukup tu.. Dah lama kan benda tu berlaku. Jangan macam ni.. dah, dah Shhh, shhh Fiza tenang sahaja memujuk Iqa. Iqa menangis teresakesak. Berpeluh-peluh badannya kerana terlalu takut. Pastinya peristiwa itu meninggalkan kesan yang besar kerana Iqa kehilangan wajah asalnya. Fiza amat kasihankan sahabatnya itu. Kau bayangkan Ikhwan ke sampai kau jadi macam ni ? Kan aku dah cakap jangan ingat lelaki tak guna tu ! Degil juga kau ni, bebel Fiza. Dia memang tahu, Iqa hanya akan jadi begini kalau dia terbayangkan Ikhwan. Terdetik di hatinya untuk mencari siapakah Ikhwan yang telah memporakperandakan hidup Iqa. Dan bila dah jumpa, memang lumat Ikhwan kena macam bawang ditumbuk dalam lesung batu. Iqa hanya mengangguk lemah. Air mata masih mengalir deras dari kelopak matanya. Jauh di sudut hatinya, masih tersimpan perasaan cinta buat Ikhwan. Dia masih menantikan kepulangan Ikhwan. Tapi mampukah masa itu dia berhadapan dengan Ikhwan buat kali kedua ? Iqa menyentuh mukanya yang jauh berbeza dari wajahnya yang dulu. Wajahnya selepas membuat pembedahan plastik.

Bab 14 Rahsia Sekeping Hati

Wui, Iqa. Hang buleh tolong aku dok ? Cuba hang tengok sat apa yang aku buat ni. Macam ada yang tak kena ja, pinta Azwan lewat satu petang. Kejap Ermm Apa yang salahnya ? Aku tengok betul je. Cuba kau cuci mata kau tu, adoyai balas Iqa membuatkan Azwan sedikit terasa hati. Lorhhh Aku tanya ja kut. Hang ni tak sporting betuilah, jawab Azwan. Sorrylah. Aku dah terbiasa macam ni. Mana tak nya, Encik Zafri selalu menyemak kat meja aku dulu sebelum kau datang kerja sini, jelas Iqa. Azwan mengangguk mengerti. Haha.. Biasa ja lah. Lagipun, aku kan lelaki. Tak kan senang touching macam perempuan. Tak tough lalu ! Azwan berlawak. Iqa melepaskan tawa. Kau ni funny juga ya ? Tak lah aku sunyi macam dulu. Ada joker kat sebelah. Hehe, ketawa Iqa lagi. Hmm Tapi dah besaq-besaq lagu ni, tak kan nak buat lawak lagi kut ? Hang tau, dulu time aku sekolah menengah, Iqa aku tu directlah kena tibai dengan aku ja. Dah tua-tua tak kan nak buat lagu tu Hehe cerita Azwan spontan. Iqa terkesima. Ceritanya seperti kehidupannya bersama Ikhwan dahulu. Iqa menggeleng.

Eh, hang pasai pa duk geleng-geleng kepala ? tanya Azwan yang menyedari perbuatan Iqa itu. Urm.. tak ada apa-apalah, jawab Iqa sambil mengawal perasaannya ketika itu. Kenapalah kau susah sangat nak hilang dari hidup aku, Iwan ? Macam kau dekat sangat dengan aku sayu bisikan Iqa pada dirinya. Iqa melirikkan matanya ke arah jam dinding pejabat. Tepat pukul 5 petang. Maknanya masa kerja sudah tamat. Iqa mengemaskan barangbarangnya untuk pulang. Dalam kelam-kabut itu, Iqa tertinggal beg laptopnya. Sedang Azwan menyimpan buku catatannya, dia terpandangkan beg tersebut di kerusi Iqa. Tetapi Iqa sudah pulang terlebih dahulu. Azwan tidak tahu hendak berbuat apa hanya termenung kosong memandang beg tersebut. Hendak menelefon Iqa, sejak dia bekerja di situ Iqa tak pernah memberikannya nombor telefon. Setiap kali dipinta, beribu-ribu alasan yang diberikan Iqa. Oppa gangnam style gangnam style nada dering handphone Azwan berdering. Tertera nombor telefon yang tidak dikenalinya. Azwan menekan butang answer tanpa berfikir panjang. Azwan ! Lappy aku tertinggallah. Ada kat situ tak ? nyaring suara Iqa di hujung talian. Uii.. Kut ya pun tok sah lah menjerit tang telinga aku. Ada ni ha.. Nak aku hantarkan ka ? balas Azwan. Ha tak apalah. Kau pegangkan dulu lappy aku tu. Esok bawa office, okey ? Aku tak ada kerja buat masa ni, so tak penting sangat. Simpankan tahu! pinta Iqa. Orait, orait.. Sat, mana hang dapat nomboq aku ? Mushkil ni.. Azwan memancing Iqa. Sungguh, dia hairan mana Iqa kaut nombor telefon bimbitnya itu. Tak kan tikam pula ? Tuan Syazril bagi tadi. Aku minta. Dah lah, aku tengah drive ni. Kau bawa esok ya ? Terima kasih, talian diputuskan. Azwan mengambil beg laptop Iqa dan membawanya pulang. Azwan memakirkan keretanya agak jauh dari pejabatnya kerana tengah hari tadi

ruang parkir yang berhampiran terlampau penuh. Dia memandu dengan berhati-hati setelah menghidupkan enjin Proton Saganya itu. *********************************** Azwan termanggu-manggu keseorangan. Kalau dulu kawan baiknya akan ada untuk menceriakan suasana tetapi kawan baiknya pun turut menghilangkan diri seperti kekasihnya. Tiada lagi tawa ria jejaka tersebut mengusiknya dengan buah hatinya itu. Sementara menanti housematenya, Lukman pulang, Azwan melabuhkan punggungnya ke atas sofa. Dalam pada dia memandan-mandang ruang tamu rumah sewa yang kecil itu, matanya tertancap pada beg laptop Iqa. Terdetik di hati Azwan untuk membukanya. Azwan bangun lalu mencapai beg tersebut. Kemudian, dia duduk semula di atas sofa tadi. Azwan membawa keluar laptop tersebut. Baru sahaja dia hendak membukanya, hatinya berdetik, Eh, ni barang orang. Mana boleh suka-suka hati kau nak buka je, Wan. Tetapi, hasutan lain pula menerpa, Buka je. Bukan apa pun. Nanti bagi tahulah Iqa. Azwan terus membuka laptop tersebut dan menekan boot up button. Mujurlah Iqa tidak memasang password pada laptopnya. Azwan menanti dengan sabar laptop itu memaparkan dekstop utama. Beberapa tika kemudian, terpamerlah dekstop utama laptop Iqa. Azwan menggerakkan cursor dan menyemak fail-fail kerja Iqa. Sesungguhnya beratus-ratus fail yang terdapat dalam laptop tersebut. Pelbagai rangka projek disusun mengikut dateline. Pasti Iqa seorang pekerja yang punctual dan bertanggungjawab, bisik Azwan. Azwan membuka pula folder Photos. Di situ ditempatkan gambar-gambar kenangan Iqa. Azwan berhenti scroll ke bawah apabila matanya tertarik kepada folder gambar bernama Iqa dan Iwan. Azwan berdebar-debar. Dalam banyakbanyak folder gambar, inilah folder pertama yang akan dibukanya. Selepas dua kali klik, folder terbuka menayangkan gambar Iqa semasa zaman pengajiannya dulu. Di dalam folder itu juga terselit folder luahan hatiku buat Iwan. Azwan membuka folder tersebut dan mendapati beratus-ratus document Microsoft Word di dalamnya.

Dalam beratus-ratus document itu, Azwan tertarik untuk membaca document yang bertajuk Iqa yang baru. Lalu spontan jarinya menekan kiri mouse dan terpaparlah isi perut document tersebut. 13 Februari 2019 Hai Iwan :) awak tahu.. saya rindu sangat kat awak. Hmm.. hari ni baru saya berkemampuan menatap folder istimewa ni tahu.. sebab, saya dua bulan koma cuz accident dengan lori. Time tu, saya on the way balik rumah sewa saya kat Johor ni. Terpaksalah bermalam kat hospital. Kesian housemate saya, Fiza. Fiza cakap, waktu saya koma, saya ada meracau-racau. Panggil nama awak. Hmm :( itu satu. Satu lagi, saya kehilangan wajah asal saya. Saya tak jadi Iqa yang dulu dah. Mesti nanti satu hari kalau kita jumpa, awak tak kenal saya, kan ? Saya pun tak ingat dah wajah awak setelah saya keluar dari UiTM Melaka dulu. Elok pula koma, memang tak boleh nak cam. If saya teringatkan wajah smart awak, tragedi kemalangan tu akan menerpa dalam fikiran saya. Saya jadi takut. And fakta ya, gambar-gambar awak dalam ni jarang sekali saya tatap. Saya tak nak ingat peristiwa pahit tu. Mesti awak happy dengan Ameyra sekarang, kan ? Tak apalah, dia lagi layak cuz dia 100% macam Lailatul Suzana. Awak dah pun putuskan saya, maknanya awak dah bebas untuk pilih siapa pun selain saya, maknanya awak dah bebas untuk pilih siapa pun selain saya. Tak malu betul saya ni, kan ? Terkejar-kejar bayangan awak tapi hakikatnya awak tak pandang belakang pun. Hmm saya still lagi berusaha untuk lupakan awak, tapi.. sangat susah tahu sebab awak CINTA PERTAMA saya. Sebab awak, saya belajar erti merendah diri dan bersederhana, dan sebab awak juga, saya kenal apa itu perasaan hati thanks awak, gembirakan saya walaupun seketika [heart broken :( ] Azwan melepaskan keluhan berat. Kau kat sini rupanya, Iqa. Bertahuntahun aku cari kau, rupanya kita dah bertemu bisik Azwan. Muhd Ikhwan Azhari a.k.a Azwan ! Buka pintu ni ! Berapa kali nak aku raung malam-malam ni ? laung Lukman dari pintu hadapan. Azwan tersedar dari fantasinya. Segera dia menutup laptop Iqa dan membuka pintu buat Lukman yang telah lama menunggu. Amboi Susah betul kau nak open pintu ni. Penat tahu menjerit kat luar ni. Macam kena halau bini. Eh, Wan ? Kenapa mata kau berair ? Sakit ke? prihatin sekali nada Lukman.

Man ! Aku dah jumpa dia. Aku dah jumpa Iqa aku ! Aku dah jumpa dia ujar Azwan atau sebenarnya Ikhwan sambil menggenggam lengan Lukman begitu kuat sekali. Lukman hanya terpana dan membiarkan Ikhwan melepaskan segala rasa hatinya mengenai Nurul Atiqa Zulkifli.

Bab 15 Izinkanku Bersamamu

Iqa, jom lunch dengan aku ? pelawa Azwan kepadanya. Hmm Sorrylah. Aku kena jumpa somebodylah hari ni. Kawan lama aku. Rindu juga sebab dah lama tak jumpa dia, jawapan Iqa sedikit mengecewakan Azwan. Tak apa, Wan. Masih awal lagi nak menyerah. Kita akan mula semula, sayang. Tak, kita dah mula pun kata hati kecil Azwan. Iqa mengemaskan mejanya yang agak berselerak dengan kertas-kertas projek yang masih tergendala. Kebelakangan ini, sibuk benar dia. Sekejapsekejap ada permintaan projek baru dari client. Azwan yang bertindak sebagai pembantunya turut menjadi mangsa keadaan. Setelah berpuas hati, Iqa keluar dari pejabat meninggalkan Azwan sendirian. Dia memandu ke sebuah restoran yang sangat eksklusif, tempat dia telah berjanji dengan sahabat lamanya untuk bertemu. Ya, Iqa ni. Kau kat mana, Fiz ? Meja 20 ? Tingkat atas ? Ohh Okey, okey. Aku tengah naik tangga ni. Tak nampak lagi maje, hehe.. jawab Iqa setelah panggilan dari sahabat lamanya, Hafiz menerpa ke telinganya. Setibanya di tingkat atas, Iqa memandang sekeliling. Hafiz melambailambaikan tangannya supaya mudah untuk Iqa mengesannya. Setelah Iqa ternampak isyarat Hafiz itu, segera dia menghampirinya. Hai, Hafiz. Long time no see, eh ? sapa Iqa setibanya di meja 20.

Hai Kau pun. Wah, dah besar panjang kawan baik aku ni. Makin cantik tapi sayang, still single. Haha, Hafiz masih seperti dahulu, sering menunujukan sikap yang menyenangkan hati. Haha Kau ni, tak habis-habis mengata aku. Eh, siapa ni, Fiz ? Cun gila, puji Iqa setelah terpandangkan sekujur tubuh seorang wanita di sebelah Hafiz. Ayu dan sopan sekali rupanya. Ha, ni aku nak perkenalkan kat kau. Nilah Safirah, my wife. Fira, nilah kawan baik abang yang abang story kat Fira dulu. Dia ni best student kat sekolah abang tahu, jelas Hafiz kepada isterinya. What ? Kau dah kahwin ? Why kau tak invite aku ? Kejam betul kau ni, kata Iqa. Kak Iqa, Abang Hafiz dah lama try contact akak tahu. Saya pun ada try juga tapi fail, cerita Safirah. Iqa mengangguk dan tersenyum. Sorrylah, sebab nak lari dari orang lain kau pula jadi mangsa sekali. Maaflah, Hafiz, Fira. By the way, may be bless by Allah. Semoga kekal hingga akhir hayat, kata Iqa lagi. Nada suaranya bercampur sedih sedikit. Hafiz dan Safirah tersenyum malu. Thanks, Iqa. Kau sudi jumpa kami pun dah cukup buat kami. Kau kan tak datang kenduri kami, tak apalah tu. Janji dah jumpa kau sekarang, balas Hafiz. Time aku nikah hari tu, Ikhwan ada kau tahu ? Dia semangat nak jadi pengapit aku. Aku on saja, tambahnya lagi. Iqa tersentak. Ikhwan ada ? Ohh balasnya pendek. Aku tahu kau tengah tunggu dia, kan ? Dahsyat betul korang ni. Even dah 8 tahun tak jumpa, korang stay lagi mengharap antara satu sama lain, kata Hafiz. Iqa mengerutkan dahinya. Apa maksud kau ? Aku tak faham.. Mengharap antara satu sama lain? Iqa kelihatan keliru. Dia tak pernah buat relationship istimewa pun dengan Ameyra. They just friends, kau tahu ? Lepas tamat study kat UiTM Melaka, Ameyra terus

continue her studies kat UK. Ikhwan dah tak jumpa dia dah lepas hari dia berlepas ke sana, cerita Hafiz lagi. Kak Iqa. Cubalah akak tengok gambar ni. Nilah gambar time kami nikah hari tu. Ikhwan ada kat dalam gambar ni, sebelah kanan Abang Hafiz, Fira menghulurkan Samsung S4nya kepada Iqa. Iqa mengambilnya dan gambar tersebut dizoomnya kerana tak nampak wajah orang yang ada di dalamnya. Alangkah terkejutnya Iqa apabila mendapati Ikhwan yang berada di samping Hafiz itu tak tumpah seperti Azwan. Iqa memandang Hafiz dan Safirah serentak. Seakan tidak percaya. Ikhwan ke ni ? Muka dia macam partner aku, Azwan, Iqa meluahkan kekeliruan di wajahnya. Hafiz sekadar tersenyum. Senyuman simpati seorang sahabat. Namun, Iqa tidak dapat menafsirkan apa yang ingin disampaikan oleh Hafiz. Maybe memori kau banyak lagi tak berapa nak pulih. Ikhwan tu pun dah banyak berubahnya. Since kau lari dari dia, ramai wanita cuba nak mendamping dengan dia tapi dia buat tak layan je. Ameyra yang always follow dia tu pun kadang-kadang fed up sebab Ikhwan tersalah panggil nama dia. Terpanggil nama kau. Dan satu lagi perlu kau tahu, Azwan is Ikhwan Azhari ! Az stands for Azhari and Wan stands for Ikhwan. Dia sengaja cipta nama tu sebab tak nak jadi macam Ikhwan yang dulu, penjelasan Hafiz betul-betul buat Iqa rasa ingin terjun bangunan Menara Kuala Lumpur. Rasa macam terkapai-kapai lemas dalam angan-angan sedang Ikhwan sentiasa bersamanya pada setiap hari ! Aku aku macam tak percaya. Waktu tu, aku nampak sendiri dia begitu mesra dengan Ameyra. Aku dipinggirkan, tapi setelah dia putuskan aku, aku kecewa sangat, Fiz. Kau bayangkanlah apa aku rasa waktu tu. Ibarat lumpuh sebelah badan aku, tahu ? Iqa melepaskan keluhan berat. Kak Iqa Kalau saya jadi akak pun, mesti saya rasa macam tu. Kak Iqa calm down, ya ? Dont worry, Abang Hafiz dengan saya ada untuk akak, Fira cuba menyelami perasaan Iqa. Terasa sedikit kekok kerana dia masih baru mengenali Iqa. Thanks, Fira. Akak hargai tawaran awak tu. Hmm Serius, aku tak percaya. Betul ke Azwan tu Ikhwan ? soal Iqa sekali lagi, penuh perasaan clueless dan keliru.

Betul, Iqa. Azwan is Ikhwan Azhari, entah bila masa Muhd Ikhwan Azhari muncul di belakang Iqa. Iqa pusing ke belakang dan mendapati Azwan atau yang sebenarnya Ikhwan. Sungguh, saat itu dia terasa bagai daun kering ditiup angin kerana terlalu terkejut. Segalanya berlaku tanpa disangka. Kau, Azwan ? terpancul soalan tersebut dari bibir Iqa secara tiba-tiba. Please, call me, Iwan. Iqa, could you give me one more chance to expiate all my mistakes on you, please Ikhwan merayu penuh pengharapan agar Iqa dapat menerima dirinya semula. Iqa masih begitu, terkedu. Pasti dirinya sangat terkejut mendapati partner yang selama ini Azwan adalah Ikhwan. Macam mana awak boleh tahu saya Iqa ? Dan betul ke ni, Muhd Ikhwan Azhari? bertalu soalan Iqa buat Ikhwan. Ikhwan tersenyum kerana Iqa memberi respon positif kepadanya setelah 8 tahun kehilangannya. Dari lappy awak. Saya open lappy awak hari tu and jumpa segalagalanya, apa yang saya hilang selama 8 tahun ni. Wajah awak berubah kerana kemalangan. Saya bersyukur sebab awak kemalangan, tapi awak tak pergi macam Zana. Saya masih ada peluang untuk melihat awak lagi, orang yang paling istimewa dalam hidup saya walaupun bukan pada wajah asalnya. Tapi, saya still lagi boleh lihat Iqa saya yang dulu disebalik wajah baru ni, kata-kata Ikhwan penuh makna. Iqa tak mampu menahan sebak di dada. Air mata bahagia mengalir di pipinya. Segera dikesat Ikhwan. Dah, saya tak nak tengok awak menangis lagi. Saya rasa bersalah sebab buat awak terseksa selama ni. Sekarang, saya tak nak awak sedih lagi. Saya nak bahagiakan awak sekali lagi sambung Ikhwan. Iqa terkesima. Terasa dirinya masih dihargai. Ternyata betul kata-kata Hafiz. Ikhwan masih menanti dirinya. Terngiang-ngiang ucapan Ikhwan yang berniat ingin bahagiakannya suatu hari nanti ketika sekolah menengah dahulu. Tanpa disedari, dia memeluk Ikhwan seerat-eratnya. Pertama kali selama dia mengenali diri Ikhwan. Thanks, Iwan sebab still tunggu saya. Saya sayangkan awak sangatsangat, ucap Iqa perlahan namun masih boleh didengari Ikhwan.

Iqa Ikhwan melepaskan pelukan Iqa. Tangannya diseluk ke dalam poket seluar slacknya dan mengeluarkan sebuah kotak kecil. Lalu, kotak tersebut dibukanya. Iqa berdebar menanti takdir. Will you be mine forever ? ucapan ikhlas penuh kejujuran dari Ikhwan menyebabkan Iqa hilang kata-kata. Air mata deras mengalir ke pipinya. Lambat-lambat dia mengangguk tanda dia menerima lamaran Ikhwan. Ikhwan tersenyum gembira sambil memandang Hafiz dan Safirah. Terima kasih, Fiz. Kaulah kawan aku paling best ! bisik hatinya namun Hafiz seakan mendengar kata hatinya itu.

Epilog

Hey, Iwan. Awak ingat tak masa Hani kata kat kita masa kita gaduh dalam kelas pasal awak curi diari saya ? soal Iqa pada Ikhwan. Ketika itu, mereka sedang berada di jeti bot nelayan sambil menikmati pemandangan ketika matahari terbenam. Hmm ha ! Ingat, ingat. Waktu tu kita sangat benci antara satu sama lain hingga tak boleh bayangkan kalau kita suami isteri. Waktu tu rasa itu adalah perkara paling mustahil akan berlaku dalam hidup kita, kan ? ujar Ikhwan ceria. Mana tak nya, peristiwa itu meninggalkan kesan yang sangat dalam kepada dirinya dan Iqa. Tapi, perkara mustahil itulah realitinya sekarang. Awak suami saya. Tak sangka betul. Time kenduri tu, tengok semua kawan-kawan sekelas kita, semua terkejut awak adalah pasangan saya, imbas Iqa ke hari majlis perkahwinan mereka diadakan. Yang saya tak tahan kan, Rosie memang tak berubah dari dulu. Gosip saja kerjanya. Jumpa, jumpa saya terus imbas kembali cerita waktu kita sekolah dulu. Hampeh.. cerita Ikhwan. Iqa ketawa girang. Tetapi raut wajahnya kelihatan muram. Saya nak nangis ni awak kata Iqa. Nadanya kelihatan sungguh sedih. Ikhwan mula kelam-kabut.

Kenapa ni, sayang ? Awak sedih sebab apa ? Ikhwan berlagak tenang sahaja sambil mengulit jari-jejari Iqa. Padahal hatinya mula tak tenteram. Ameyra kan datang kenduri kita. Dia datang pun sebab saya yang jemput. Dia cakap, dia happy sebab akhirnya kita bersatu juga akhirnya. Dan paling saya happy segala perancangan pertemuan antara Hafiz dan saya hari tu plan dia. Kalau tak jumpa Hafiz, saya tak tahu awak tu Azwan, luah Iqa diselami sedu gembira. Actually, saya nak bagi tahu awak hari esoknya yang saya ni Ikhwan Azhari tapi awak pula rush nak jumpa Hafiz. Kan hari tu saya ajak awak lunch tapi awak tolak sebab dah janji dengan Hafiz. Tak lama lepas awak pergi, Hafiz call saya suruh datang restoran tu. Nama restoran tu pun sampai sekarang saya tak tahu. Tak ingat juga kat mana ? Haha, Ikhwan menceritakan apa yang masih menjadi rahsia antaranya dan Iqa. Why awak tak bagi tahu saya awal-awal ? Jahatlah awak ni, sahut Iqa, manja. Kalau saya cerita awal-awal honeymoon kita sunyi lah, semua cerita awak dah tahu, bijak Ikhwan memberi alasan. Haha.. ya tak ya juga. Hmm.. ingat tak Fiza pernah try nak pukul awak atas apa yang awak dah buat atas saya ? tambah Iqa lagi. Perghh.. Waktu tu saya rasa macam nak lari je. Pelik pula pengatin lari. Kikiki Fiza tu garang juga ya ? kutuk Ikhwan. Ikhwan aku dengar apa yang kau cakap. Jangan sampai aku tetak kau bila kita berjumpa suara Fiza di hujung talian mematikan kata-kata Ikhwan. Ikhwan terkejut dan memandang Iqa. Iqa mengenyitkan matanya nakal. Amboi Kalau kenakan orang hanglah jaguhnya ha.. Ikhwan geram akan tindakan Iqa. Iqa mematikan talian telefon dan cuba melarikan diri dari Ikhwan. Ikhwan pantas menarik tangan Iqa. Iqa tak sempat melarikan dirinya dan terjatuh di atas Ikhwan. Ikhwan selak ketawa kerana berjaya membalas dendam. Iqa turut selak ketawa bersama Ikhwan. Trick tak jadilah pula.. kata Iqa dalam hati.

Sudah, sudahlah loghat utaranya Iwan oii.. Iqa tak reti nak cakap dalam loghat tu, jawab Iqa. Alahai.. benda tu Saiful Apek boleh tutur. Oh, ya. Saya nak terlupa dah belum sempat Ikhwan menghabiskan kata-katanya, Iqa memotong, Kenapanya ya? Saya nak bagi awak something. Maksud saya nak pulangkan balik barang awak yang saya pinjam.. sambung Ikhwan. Ikhwan menyeluk tangan ke dalam saku dalam jaketnya. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu berbentuk segi empat sama sisi berwarna biru dan mempunyai cover bulu-bulu. Iqa membulatkan biji matanya. Diarinya ! Sorry sebab lama sangat simpan milik awak ni. Dont worry, saya dah khatam semuanya. Hehe.. mengekeh ketawa Ikhwan. Muka Iqa merah padam. Tangannya pantas merampas diari tersebut dan menyemaknya. Di satu muka surat tertulis perkataan K. O. P. I.. Iqa menjadi hairan dan memandang Ikhwan seraya bertanya, K. O. P. I. tu apa ? jelas dia tidak mempunyai idea apakah maksud perkataan itu. Itu adalah akronim Kau Orang Paling Istimewa. Saya nak awak tahu, awak adalah orang paling istimewa saya, ucap Ikhwan penuh tulus sambil mengucup tangan isterinya. Ohh Kalau macam tu awak pun K. O. P. I. saya juga, balas Iqa gembira. Iqa dipeluk bahunya oleh Ikhwan sambil memandang matahari yang kini memancarkan sinar merah di kaki langit. Dia tahu Ikhwan tak akan mengkhianatinya lagi kerana dia adalah K. O. P. I Ikhwan. Air mata bahagia mengali di pipinya. Dia bahagia kerana kini Ikhwan berada di sisinya kembali. <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<TAMAT>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Tinta Penulis
terima kasih kerana sudi membaca karya pertama zatty ya semua. Zatty perlukan komen dari semua yang telah membaca karya ini bagi meneruskan karya zatty yang seterusnya : persahabatan tiga segi (antara 3 pasti ada yang terluka). Untuk pengeatahuan semua epilog karya ni zatty dah ubah suai 100% sebab ending asal bila zatty combine tak sesuai langsung dengan cerita. Okey, korang boleh tinggalkan komen di ruang komen dalam blog zatty di : http://luminous96bluesapphire.blogspot.com. Okey, korang still tak kenal lagi kan siapa zatty zana kan? Okey, zatty adalah nama panggilan zattylah. Zana tu nama gabungan zatty dengan mak ayah zatty. [za : zatty] dan [na : norazizah & abd shukor]. Hmm.. zatty rasa sampai sini saja untuk masa ni. Nanti zatty akan cuba cipta karya yang terbaru di masa akan datang. Terus support zatty okey ? terima kasih :)

zatty zana

Anda mungkin juga menyukai