Anda di halaman 1dari 1

3.

0 Teori Ethologi Lorenz


Teori ini telah mengkaji tingkah laku manusia dan binatang dalam keadaan semula jadi. Mengikut kajian Lorenz (1965), beliau telah memerhati tingkah laku sekumpulan anak angsa. Seterusnya, evolusi dan faktor biologi berperanan penting dalam perkembangan manusia dan pengalaman awal individu adalah penting. John Bowlby (1969,1989) telah mengaplikasikan teori ethologik dalam teori perapatan yang telah menyatakan semua haiwan termasuk manusia dilahirkan dengan program biologi yang boleh menghasilkan isyarat yang membawa kepada perkembangan tingkah laku sosial seperti perapatan. Apa yang dimaksudkan dengan perapatan? Maksud kepada perapatan ialah kasih sayang yang kuat yang mengikat seseorang kepada seseorang yang lain. Oleh itu, perapatan yang kuat mestilah dididik semasa kecil dan ia juga akan membawa kesan yang sepanjang kehidupan individu. Kesimpulannya, kita tidak akan memahami perkembangan kanak-kanak sekiranya kita tidak memerhatikan tingkah laku dalam persekitaran semula jadi mereka. http://psikologimuzik.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-kanak-kanak .html Rumusan daripada pensyarah : Teori Ethologi Lorenz adalah satu teori yang berkaitan tentang emosi. Contohnya, emosi kanak-kanak akan menggangu mereka semasa P&P dijalankan. Jika emosi kanak-kanak adalah stabil, maka proses P&P dapat dijalankan dengan lancar dan dapat mencapai hasil pembelajaran. Teori ini lebih menekankan perapatan dimana kasih sayang dapat diberikan oleh kanak-kanak dengan selalu memeluh mereka supaya mereka dapat merasa kasih sayang itu. Maka, kanak-kanak tersebut akan rasa dirinya diambil berat oleh orang di kalangnya. Namun, emosi mereka akan stabil. Selain itu, emosi yang stabil juga akan membentuk kognitif remaja.

Anda mungkin juga menyukai