Anda di halaman 1dari 5

Soalan 1 (a) JENIS AKTIVITI MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan

karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti arca timbul, arca mobail, arca stabail, asemblaj, model, diorama, boneka, topeng dan origami
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: 1. Arca timbul 2. Asemblaj 3. Mobail 4. Stabail 5. Model 6. Diorama 7. Boneka 8. Topeng 9. Origami
ALAT DAN BAHAN

Arca Timbul Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj Arca Mobail Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca mobail adalah kimpalan, gam, skru dan lipatan Arca Stabail Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan Assemblaj Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru/paku atau gam Model Bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya model buah-buahan. Antara teknik yang digunakan adalah gam, kimpalan, skru dan acuan Boneka Model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan lainlain. Teknik untuk penghasilan boneka adalah jalitan, gam, kimpalan dan skru

Topeng

Mewatakkan semula imej manusia, binatang, atau unggas dalam konteks menampilkan semula kerangka yang boleh dipakai atau diserkup. Teknik yang digunakan adalah gam, cantuman atau kimpalan 1(b) Mobail i. Pemerhatian secara aktif ii.Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan iii.Apresiasi seni visual secara mudah iv.Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Soalan 2 (a)

CARA MEMBUAT TIKAR MENGKUANG

Pengenalan Mengkuang merupakan tumbuhan dalam keluarga yang sama dengan pandan. Ia tumbuh liar di kawasan lembab dan berpaya. Biasa kita lihat mengkuang tumbuh di tepi-tepi sawah padi, tali air, paya dan sungai. Daun mengkuang berbentuk tirus memanjang dan berduri tajam pada bahagian tepi daun.

Proses membuat tikar mengkuang 1. Memilih dan memotong daun mengkuang mentah. Panjang daun yang dikerat bergantung kepada saiz tikar yang ingin dibuat. Biasanya ianya dipotong dalam ukuran 3 kaki sehingga 8 kaki. 2. Selepas dipotong, duri tengah daun mengkuang tadi akan dibuang dengan menggunakan pisau kecil. Daun-daun yang dikerat berdasar anggaran tadi akan dikerat sekata sekali lagi berdasarkan saiz sebenar ukuran tikar yang akan dibuat 3. Kedua-dua belah duri tepi dibuang, daun mengkuang akan dibelah bergantung kepada saiz bilah yang ingin dihasilkan.Selepas itu,bilah-bilah mengkuang atau mengkuang yang telah dikecilkan saiznya akan direbus untuk membuang klorofil. 4. Mengkuang yang telah dinyah klorofil akan direndam ke dalam air selama 2 malam.Setelah direndam, bilah-bilah mengkuang akan dijemur sehingga kering selama satu atau dua hari. Bergantung kepada warna yang ingin dihasikan,bilahbilah mengkuang sekali lagi akan direndam di dalam cecair pewarna untuk menghasilkan bilah-bilah yang pelbagai warna. 5. Sekali lagi,bilah-bilah yang telah diwarnakan dijemur dan dikeringkan. 6. Seterusnya, tikar akan dianyam dalam pelbagai corak atau kelarai. Seorang tukang tikar yang mahir boleh menggabungkan 4 atau 5 kelarai dalam sebuah tikar. Tikar yang telah siap akan dikemaskan hujungnya dengan membuat cara Lepih atau Tulang Belut. (rujuk gambar-gambar tikar diatas).

Kaedah tunjuk cara ataupun demonstrasi adalah salah satu kaedah yang paling sesuai membawa pelajar kepada hidup berealiti. Kaedah Tunjuk cara ialah satu kaedah yang memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan pelajar akan sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama ataupun berbeza. ( Tengku Sarina & Yusmini 2006 )

Kaedah ini melihat kepada keupyaan pelajar untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri berbanding dengan apa yang mereka dengar atau lihat. Kaedah serampang dua mata ini memberi peluang kepada untuk belajar bukan sahaja secara teori sematamata, bahkan pelajar dapat melakukan apa yang dipelajari secara praktikal.

Terdapat empat ciri utama kaedah tunjuk cara atau demonstrasi (Abd. Ghafar 2003) :

1. Melihat kemahiran Guru akan memeperlihatkan sesuatu kemahiran kepada pelajarnya. Ini bermakna guru akan memberi penerangan atau penjelaskan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan cara ini, pelajar akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari kerana mereka tidah hanya mendengar sebaliknya mereka melalui iatau melihat sendiri apa yang berlaku seiring dengan apa yang mereka dengar. 2. Penglibatan pelajar Guru boleh melibatkan pelajar dalam aktiviti praktikal sesuatu pelajaran. Pelajar yang mempunyai kemahiran yang baik boleh dijadikan contoh kepada pelajar yang lain. Disamping mendedahkan pelajar dengan realiti sebenar, bakat pelajar juga boleh dikesan dan diasah melalui aktiviti seperti ini. 3. Peluang untuk mendengar atau melihat Guru perlulah memastikan setiap pelajarnya tidak tercicir daripada mendengar atau melihat tunjuk cara tersebut. Seandainya bilangan pelajar adalah ramai dalam satu-satu masa, guru boleh membahagikan pelajar mengikut kumpulan-kumpulan kecil. 4. Kaitan antara teori dan praktikal Kaedah ini berkesan kerana pelajar dapat mengaitkan apa yang dipelajari secara teori dan praktikal. Tunjuk cara jugak boleh mengelakkan pelajat tersalah faham dengan apa yang dipelajari. Langkah-kangkah yang perlu dilakukan oleh guru untuk melaksanakan kaedah tunjuk cara ini ialah pada peringkat awal, guru perlu menerangkan dan menunjukkan terlebih dahulu langkah, aktiviti atau peraturank kepada pelajar. Kemudian pelajar perlu memusatkan sepenuh perhatian mereka terhada apa yang guru perkatakan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru. Pemusatan tumpuan ini adalah bertujuan supaya pelajar tidak tertinggal langkah dan penjelasan yang dibuat oleh guru bagi

mengelakkan berlakunya kesilapan ketika giliran pelajar membuat aktiviti. Selepas pemerhatian dilakukan, guru boleh memintah beberapa orang pelajar atau setiap pelajar untuk menunjukkan semula cara yang sudah dilakukan oleh guru sebentar tadi. Guru boleh menegur serta-merta jika terdapat sebarang kesalahan pelajar dalam melakukan aktiviti sekali gus menjadi tunjuk ajar kepada pelajar yang lain untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Bagi aktiviti yang membolehkan kepelbagaian, murid boleh melakukan semula aktiviti sama ada seperti yang ditunjukkan oleh guru ataupun memilih untuk membuat sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar asalkan selari dengan objektif dan topik pengajaran. Hasil kajian yang bertajuk Preferan Pelajar Terhadap Teknik Pengajaran Guru yang dilakukan ke atas pelajar tingkatan 4 mendapati bahawa secara keseluruhan, sebanyak 81 peratusan daripada bilangan responden menyukai kaedah tunjuk cara ataupun demonstrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan hasil kajian ini, jelaslah bahawa minat pelajar terhadap kaedah pengajaran yang dibawa oleh guru boleh meningkatkan kecenderungan pelajar untuk memahami apa yang dipelajari. Secara kesimpulannya, kaedah tunjuk cara adalah salah satu kaedah pengajaran yang membawa pelajar kepada realiti sebenar untuk merasai dan melalui apa yang dipelajari. Dan apa yang dilalui ini akan menjadi pengalaman yang begitu mendidik pelajar supaya mampu diaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam kehidupan seharian dan dalam lapangan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai