Anda di halaman 1dari 12

Sains Malaysiana 38(1)(2009): 920

Ostrakod Baharu di Dalam Sedimen Luar Pantai di Sekitar Pulau Tioman, Pahang
(Recent Ostracoda within Offshore Sediment around Pulau Tioman, Pahang) NORASWANA NOR FAIZ & RAMLAN OMAR*

ABSTRAK

Suatu kajian mengenai kehadiran ostrakod baharu di dalam sedimen luar pantai telah dijalankan di sekitar Pulau Tioman, Pahang. Sebanyak 12 sampel sedimen telah diambil bagi tujuan ini. Hasilnya, sebanyak 34 spesies, 28 genus dan 14 famili daripada sejumlah 1,985 spesimen ostrakod telah berjaya dikenal pasti. Stesen ST4 mencatatkan jumlah kehadiran ostrakod paling tinggi iaitu sebanyak 442 spesimen diikuti dengan stesen ST5 iaitu 322 spesimen. Stesen ST12 pula mencatatkan jumlah kehadiran ostrakod paling rendah dengan hanya 29 spesies sahaja. Daripada 34 spesies yang diperolehi, Loxoconcha paiki adalah spesies yang paling dominan dengan jumlah individu sebanyak 198, diikuti oleh spesies Pistocythereis bradyi (192 individu) dan Venericythere papuensis (188 individu). Bagi famili pula, Trachyleberididae merupakan famili paling dominan dengan mencatatkan jumlah spesimen tertinggi iaitu 478 (mewakili 24.8% daripada keseluruhan spesimen). Kata kunci: Ostrakod baharu; sedimen luar pantai; Pulau Tioman
ABSTRACT

A study on the presence of recent ostracoda in the offshore sediment had been done at Pulau Tioman, Pahang. A total of 12 sediment samples were taken for this study. 34 species, 28 genera and 14 families had been identified from a total of 1,985 ostracoda specimens. Station ST4 recorded the highest abundance of ostracoda with 442 specimens and followed by station ST5 with 322 specimens while station ST12 recoded the lowest abundance with only 29 species. From the 34 species discovered, Loxoconcha paiki was the most dominant species with 198 individuals, followed by Pistocythereis bradyi with 192 individuals and Venericythere papuensis with 188 individuals. As for the family, Trachyleberididae is the most dominant family with a total of 478 specimens (representing 24.08% of the total specimens). Keywords: Recent Ostracoda; offshore sediment; Pulau Tioman PENGENALAN Ostrakod termasuk di dalam superfilum Arthropoda dan filum Crustacea. Ostrakod dicatatkan sebagai mikrofauna tertua yang pernah diketahui di bumi (Delorme 1991). Kebanyakan spesies adalah bersaiz mikroskopik iaitu di antara 0.4 - 1.5 mm, sementara spesies air tawar boleh mempunyai saiz sehingga 5 mm. Spesies yang hidup di habitat marin dan berenang pula boleh mencapai saiz sehingga 30 mm (Moore 1961). Ostrakod boleh ditemui di pelbagai sekitaran akuatik seperti air tawar, air payau, air masin dan lampau masin serta sekitaran lembap. Beberapa spesies ostrakod boleh hidup di habitat semiterestrial (berlumut) dan terestrial (antara cebisan-cebisan daun di dalam hutan). Ostrakod mempunyai taburan yang banyak di dalam sedimen pada era Ordovicion (lebih kurang 500 ribu tahun dahulu) sehingga sekarang (Athersuch et al. 1989). Fosil Ostrakod penting sebagai penunjuk stratigrafi dan sekitaran. Selain itu, ia juga memainkan peranan penting dalam pencarian minyak dan gas serta berguna dalam kajian evolusi. Ostrakod biasanya

memakan alga dan detritus organik yang terdapat di sekitarannya. Organisma seperti ini dipanggil herbivor dan detritivor primer, tetapi kebanyakannya cenderung menjadi karnivor. Ada juga Ostrakod yang hidup sebagai parasit, pemakan-penyaring atau pemakan bangkai. Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada spesies ostrakod yang banyak ditemui di sekitar Pulau Tioman, Pahang. Ostrakod boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian lembut dan keras. Bahagian lembut terdiri daripada kepala, toraks dan organ dalaman. Kepala atau cephalon mempunyai tiga bahagian yang penting, iaitu bahagian dahi, bibir atas dan hipostom. Tiga bahagian penting ini berkaitan dengan penyusunan dan fungsi anggota. Menurut Morkhoven (1962), toraks mengandungi paling banyak organ dalaman dan memberikan tapak perlekatan bagi tiga pasang anggota toraks. Sistem penghadaman mengandungi atrium, esofagus, perut, intestin dan dubur. Hati yang terletak di setiap cengkerang akan mengeluarkan rembesan sebagai cecair penghadaman. Pusat sistem saraf ostrakod mengandungi

10

otak dan gabungan sel saraf di sekitar esofagus dan bahagian ventral. Organ persenyawaan jantan berada di antara pasangan anggota toraks ketiga. Ostrakod betina mempunyai sepasang ovari dan receptakula seminal. Bahagian keras pula terdiri daripada karapas, engsel, hiasan, parut otot dan saluran liang. Karapas mempunyai dua katup kiri dan kanan yang disambung oleh otot aduktor dan ianya berfungsi sebagai pelindung bahagian badan lembut ostrakod. Organisma ini juga mempunyai dua lapisan lamela iaitu lamela dalam dan lamela luar. Karapas

ostrakod selalunya diterangkan sebagai bentuk cengkerang kepah atau bentuk biji benih; mempunyai pelbagai bentuk dan hiasan. Karapas mungkin berbentuk seperti sfera, memanjang, kembung atau mampat (secara sisi atau melintang). Pandangan sisi, mungkin berbentuk bujur, segi tiga, bentuk kacang atau ginjal atau mungkin memiliki penyambungan posterior dipanggil proses kaudal (Horne et al. 2002). Engsel merupakan suatu struktur elastik yang mencantumkan kedua-dua cengkerang ostrakod. Hiasan karapas terdiri daripada proses punktuasi, pit, duri,

RAJAH

1. Sebahagian daripada spesies ostrakod yang banyak ditemui di sekitar Pulau Tioman, Pahang (Skala palang = 200m)

Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 Gambar 4 Gambar 5 Gambar 6 Gambar 7 Gambar 8 Gambar 9 Gambar 10 Gambar 11 Gambar 12 Gambar 13 Gambar 14 Gambar 15

Neomonoceratina iniqua (Brady, 1886); sampel ST 4, pandangan luar katup kiri. Spinoceratina spinosa (Zhao & Whatley, 1988); sampel ST 12, pandangan luar katup kiri. Spinoceratina spinosa (Zhao & Whatley, 1988); sampel ST 12, pandangan dorsal katup kiri. Loxoconcha tumulosa (Hu, 1979); sampel ST 8, pandangan luar katup kiri. Paracytheridea tschoppi Van den Bold, 1946; sampel ST 4, pandangan luar katup kiri. Loxocorniculum triconicula Zhao & Whatley, 1989; sampel ST 6 pandangan luar katup kiri. Triebelina sertata Triebel, 1948; sampel ST 5, pandangan luar katup kanan. Triebelina sertata Triebel, 1948; sampel ST 5, pandangan dalam katup kanan. Bythoceratina paiki Whatley & Zhao, 1987; sampel ST 11, pandangan dorsal katup kiri. Loxoconcha paiki Whatley & Zhao, 1987; sampel ST 5, pandangan luar katup kiri. Neocytheretta murilineata Zhao & Whatley 1989; sampel ST 11, pandangan luar katup kiri. Bosquetina sp.; sampel ST 4, pandangan luar katup kiri. Hemicytheridea reticulata Kingma, 1948; sampel ST 4, pandangan luar katup kanan. Hemicytheridea reticulata Kingma, 1948; sampel ST 4, pandangan dalam katup kanan. Javanella kendengensis Kingma, 1948; sampel ST 4, pandangan luar katup kiri.

11

penonjolan yang besar, stria, permatang/kosta dan retikulasi. Parut otot hadir pada permukaan dalaman cengkerang sebagai titik kecil, ianya terdiri daripada otot penutup, mandibel dan antenna. Menurut Morkhoven (1962), ostrakod mempunyai saluran liang yang menembusi cengkerang dan dapat dilihat. Kedudukan dan penyusunan corak parut otot merupakan ciri penting dalam pengelasan ostrakod sehingga peringkat taksonomi yang rendah (Brasier 1981). Pengelasan dilakukan berdasarkan pada morfologi bahagian badan yang lembut terutama di bahagian anggota. Namun begitu, ia juga boleh dikelaskan berdasarkan bentuk dan tempat letaknya gonad atau mengikut kehadiran mata dan jantung. Pengelasan pada peringkat famili memerlukan pemerhatian ke atas zon-zon pinggiran dan saluran liang (Pokorny 1980). Kehadiran tuberkel mata dan saluran liang pinggiran juga diperhatikan (Morkhoven 1962). Pokorny (1980) menyatakan bahawa bentuk, hiasan dan strukur engsel pada karapas, parut otot, bilangan, jenis dan taburan saluran liang serta kelebaran dan struktur zon pinggiran merupakan struktur karapas yang paling kerap digunakan dalam pengelasan peringkat genus.

Secara amnya, pengelasan pada peringkat spesies memerlukan pemerhatian yang lebih teliti ke atas sifatsifat karapas tadi. BAHAN DAN KAEDAH
KAWASAN PENSAMPELAN

Kajian ini dilakukan di sekitar Pulau Tioman di antara latitud 024526"U hingga 025445"U dan longitud 1040608"T hingga 1040932"T (Rajah 2). Sebanyak 12 sampel sedimen daripada 12 stesen pensampelan yang telah ditentukan kedudukannya diambil (Jadual 1). Pulau Tioman merupakan pulau terbesar di dalam kumpulan pulau volkanik termasuk Pulau Seri Buat, Pulau Tulai, Pulau Renggis, Chebeh, Pulau Labis dan Pulau Serbian. Ianya mempunyai keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Tanjung Gemuk atau Mersing menyediakan jeti untuk ke Pulau Tioman dan perjalanan menaiki bot mengambil masa kira-kira tiga hingga empat jam. Pulau Tioman merupakan antara pulau tercantik di dunia dan mempunyai flora dan fauna yang pelbagai dan sangat menarik. Pulau ini berbentuk seperti naga.

RAJAH

2. Lokasi stesen-stesen pensampelan di Pulau Tioman, Pahang

12
JADUAL

1. Lokasi kedudukan bagi setiap stesen pensampelan di Pulau Tioman, Pahang Lokasi kedudukan 025028"U, 1040928"T 025008"U, 1040932"T 025054"U, 1040900"T 025148"U, 1040902"T 025246"U, 1040907"T 025248"U, 1040909"T Stesen ST 7 ST 8 ST 9 ST 10 ST 11 ST 12 Lokasi kedudukan 025236"U, 1040908"T 025445"U, 1040608"T 025410"U, 1040614"T 024651"U, 1040700"T 024636"U, 1040655"T 024526"U, 1040705"T

Stesen ST 1 ST 2 ST 3 ST 4 ST 5 ST 6

KAEDAH LAPANGAN

PENGELASAN OSTRAKOD

Pengambilan sampel dilakukan dengan menggunakan alat pencakup untuk mencakup sedimen di bahagian dasar. Sedimen yang berjaya dicakup dimasukkan ke dalam beg plastik dan dilabelkan. Sampel sedimen diproses menggunakan kaedah ayak basah dengan siri ayak Retsch yang bersaiz 2 mm dan 63 m dengan bantuan aliran paip sederhana kuat. Proses ini dilakukan untuk menyingkirkan kandungan lempung, lodak dan sisa-sisa yang ada dalam sampel sedimen. Kemudian sedimen yang terperangkap di antara dua ayak tersebut dimasukkan dalam botol plastik. Larutan formalin 4% dimasukkan sedikit ke dalam sampel tersebut untuk tujuan pengawetan. Setiap botol dilabelkan mengikut stesen masing-masing.
KAEDAH MAKMAL

Pengelasan spesimen ke peringkat famili dijalankan melalui pengambilan gambar dengan menggunakan mikroskop pantulan cahaya. Bagi peringkat genus dan spesies pula ditentukan melalui pengambilan gambar oleh Mikroskop Elektron Imbasan (SEM) model Philip XL 30 di Unit Mikroskopi Elektron, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya menerusi gambar yang diambil, pengecaman ostrakod dilakukan dengan membuat perbandingan terhadap ciri-ciri morfologi antara ostrakod yang dikaji dengan spesies ostrakod yang telah dikenalpasti pengkaji-pengkaji terdahulu.
ANALISIS DATA

Sampel sedimen yang telah diawet tadi diambil dan diproses sekali lagi menggunakan kaedah ayak basah dengan siri ayak Retsch bersaiz 500, 150 dan 63 m. Sampel diayak di bawah aliran air paip sederhana kuat. Subsampel yang telah diayak dan dicuci dimasukkan dalam piring petri, selepas itu beberapa titis rose bengal ditambahkan dan dibiarkan selama 24 jam. Tujuan penambahan rose bengal adalah untuk mengetahui jumlah ostrakod hidup dan seterusnya nisbah ostrakod hidup dan mati ditentukan. Ini kerana bahagian lembut ostrakod akan menyerap rose bengal tersebut dan mengakibatkannya berwarna merah jambu, maka ostrakod ini dikira sebagai hidup manakala cengkerang yang tidak berwarna menunjukkan bahagian lembutnya tiada dan dikira sebagai mati (Stepanova et al. 2003). Seterusnya sampel tersebut dikeringkan dalam oven pada suhu 50C hingga 70C. Setelah kering, subsampel tersebut ditimbang sebanyak 5g dan dimasukkan ke dalam botol penyimpanan serta dilabelkan. Hasil ayakan di atas akan ditaburkan di atas sekeping kad hitam tebal yang mempunyai petak-petak kecil berukuran 1 cm2. Sampel diteliti dan dikenal pasti di bawah mikroskop pantulan cahaya model Nikon untuk mengasingkan spesies-spesies ostrakod daripada butiranbutiran sampel. Spesimen yang dikenal pasti dikutip dengan menggunakan berus kecil separa basah. Kemudian spesimen itu disimpan dalam slaid satu lubang dan ditutup dengan slaid kaca untuk mengelakkan spesimen yang ditemui tercicir. Pengiraan spesimen yang dijumpai turut dilakukan semasa kerja pengasingan dijalankan.

Analisis data melibatkan pengiraan kekerapan relatif (F) dan dominan (D). Kekerapan relatif dikira dalam peratus menggunakan formula F = p x 100/P, yang mana p = bilangan sampel di mana spesies hadir dan P = jumlah bilangan sampel yang dianalisis. Dominan dikira menggunakan formula D = t x 100/T, yang mana t = jumlah bilangan spesimen bagi setiap spesies dan T = jumlah bilangan spesimen. Kelimpahan spesies ditentukan dengan menggunakan indeks kepelbagaian Shannon-Wiener (Shannon & Weaver 1949). Persamaan yang digunakan untuk menentukan kepelbagaian spesies bagi indeks kepelbagaian Shannon-Wiener adalah kaedah logaritma (ln) biasa yang mana asas persamaannya adalah seperti berikut: H = ! ( Pi In Pi)
i=1

dengan H ialah Indeks kepelbagaian Shanon-Wiener, Pi ialah parameter populasi dan s ialah spesies. HASIL DAN PERBINCANGAN
KELIMPAHAN OSTRAKOD

Sebanyak 550 ostrakod hidup dan 1455 ostrakod mati telah dijumpai di kawasan kajian. Nisbah ostrakod hidup dan mati yang paling tinggi dicatatkan oleh stesen 12 iaitu 0.82. Secara keseluruhannya, sebanyak 1985 spesimen daripada 14 famili, 28 genus dan 34 spesies telah berjaya dijumpai di dalam sedimen luar pantai Pulau Tioman, Pahang. 14 famili ostrakod telah dijumpai di kawasan kajian ialah Bairdiidae, Cytherellidae, Paracyprididae,

13

Pontocyprididae, Schizocytheridae, Xestoleberididae, Loxoconchidae, Cytherideidae, Paracytheridae, Hemicytheridae, Trachyleberididae, Brachycytheridae, Bythocytheridae dan Paradoxostomatidae. Daripada 14 famili ini, Trachyleberididae merupakan famili yang dominan dengan 478 spesimen (24.08%) diikuti Loxoconchidae dengan 400 spesimen (20.15%). Paracytherideidae merupakan famili yang mencatatkan jumlah individu paling rendah iaitu dengan hanya 4 spesimen (0.20%). Julat kepelbagaian spesies mengikut stesen ialah di antara 8 hingga 26 (Jadual 2). Stesen ST 3 mencatatkan indeks kepelbagaiaan spesies tertinggi iaitu sebanyak H(s)=2.92 manakala stesen ST 12 mencatatkan indeks kepelbagaian spesies terendah iaitu sebanyak H(s)=1.72. Loxoconcha paiki merupakan spesies paling dominan yang dijumpai di kawasan kajian iaitu sebanyak 198 spesimen (D=9.97), Pistocythereis bradyi (D=9.67) dan Venericythere papuensis (D=9.47) manakala spesies yang paling sedikit dijumpai ialah Propontocypris sp. iaitu sebanyak 3 spesimen sahaja. Kekerapan relatif yang paling tinggi daripada semua sampel dicatatkan oleh Hemicytheridea reticulata (F=83.33%), Bradleya pitalia (F=83.33%), Pistocythereis bradyi (F=75.00%) dan Loxoconcha paiki (F=75.00%). Kelimpahan ostrakod yang paling tinggi dicatatkan di stesen ST 4 iaitu sebanyak 442 spesimen manakala yang paling rendah adalah di stesen ST 12 iaitu hanya 29 spesimen yang telah dijumpai. Menurut kajian yang telah dilakukan sebelum ini, terma melimpah, biasa dan jarang telah digunakan bagi menerangkan kehadiran sesuatu spesies di kawasan yang dikaji (Whatley & Zhao 1987). Terma melimpah digunakan pada sesuatu spesies yang menunjukkan peratusan lebih daripada 10% daripada jumlah spesimen yang ditemui, biasa bagi sesuatu spesies yang mempunyai peratusan 5 hingga 10% dan jarang bagi spesies yang peratusannya kurang daripada 5%. Daripada 34 spesies yang telah

berjaya dikenalpasti, hanya 7 spesies sahaja menunjukkan aras populasi 5 hingga 10% iaitu dikategorikan sebagai biasa. Spesies-spesies tersebut ialah Loxoconcha paiki (9.97%), Pistocythereis bradyi (9.67%), Venericythere papuensis (9.47%), Hemicytheridea reticulata (9.27%), Loxocorniculum triconicula (8.11%), Neomonoceratina iniqua (8.01%) dan Orionina sp. (5.89%). Sebanyak 20 spesies menunjukkan aras populasi 1 hingga 5% (spesies jarang) dan 7 spesies selebihnya menunjukkan aras populasi kurang daripada 1% (sangat jarang).
TAKSONOMI SISTEMATIK OSTRAKOD

Filum CRUSTACEA Pennant, 1777 Kelas OSTRAKOD Latreilla, 1806 Order PODOCOPIDA Muller, 1894 Suborder PLATYCOPINA Sars, 1866 Famili CYTHERELLIDAE Sars, 1866 Genus Cytherella Jones, 1849 Cytherella sp. Diagnosis: Katup berbentuk lonjong ke subkuadrat pada pandangan sisi. Hujung posterior dan anterior membulat. Mempunyai hiasan punktat para permukaannya dan tiada tuberkel mata. Bersaiz 0.56 mm. Kehadiran: Jarang dijumpai iaitu dijumpai di ST 2, 4, 5, 8 dan 12. Genus Cytherelloidea Alexander, 1929 Cytherelloidea leroyi Keij, 1964 1985 Cytherelloidea leroyi Keij; Zhao et al., pl. 19, rjh. 1 1987 Cytherelloidea leroyi Keij; Whatley & Zhao, ms. 58, pl. 1, rjh. 15-18

JADUAL 2.

Bilangan spesies (S), jumlah spesimen, indeks Kepelbagaian Shannon-Wiener (H(s)), kelimpahan ostrakod hidup dan mati serta nisbah ostrakod hidup dan mati Bilangan Spesies (S) Jumlah spesimen Shannon-Wiener, H(s) Kelimpahan Ostrakod Hidup 61 80 97 442 322 205 157 102 71 145 272 31 2.42 2.02 2.92 2.89 2.85 2.48 2.36 2.30 1.73 1.88 2.29 1.72 20 24 38 141 50 49 36 40 17 36 85 14 Mati 41 56 59 301 272 156 121 62 54 109 187 17

Stesen

Nisbah ostrakod hidup dan mati 0.49 0.43 0.64 0.47 0.18 0.31 0.30 0.65 0.31 0.33 0.45 0.82

ST 1 ST 2 ST 3 ST 4 ST 5 ST 6 ST 7 ST 8 ST 9 ST 10 ST 11 ST 12

15 12 23 26 23 20 18 13 9 12 16 8

14

1992 Cytherelloidea leroyi Keij; Mostafawi, ms. 334, pl. 1, rjh. 12 1997 Cytherelloidea leroyi Keij; Dewi, ms. 55, rjh. 15 Diagnosis: Spesies Cytherelloidea yang digambarkan oleh permatang yang jelas, menonjol serta berlekuk dan pit yang kasar. Karapas berbentuk bujur pada pandangan sisi. Mempunyai saiz kira-kira 0.42 mm. Taburan: Taburannya melimpah di Laut China Selatan (Zhao et al. 1985), Selat Melaka (Whatley & Zhao 1987), Teluk Jason (tenggara Semenanjung Malaysia) (Zhao & Whatley 1989), Singapura (Mostafawi 1992) dan Laut Jawa (Dewi 1997). Kehadiran: Jarang dijumpai iaitu dicatatkan di ST 3-5, 7, 11 dan 12. Suborder PODOCOPINA Sars, 1866 Superfamili BAIRDIACEA Sars, 1888 Famili BAIRDIIDAE Sars, 1866 Subfamili BAIRDIINAE Sars, 1888 Genus Bairdoppilata Coryell, Sample & Jennings, 1935 Bairdoppilata paraacratericola Titterton & Whatley, 1988 1988 Bairdoppilata paraacratericola Titterton & Whatley, ms. 114, pl. 1, rjh. 9-16 1997 Bairdoppilata paraacratericola Titterton & Whatley, Dewi, ms. 56, rjh. 5 & 6 Diagnosis: Karapas nipis dan berbentuk membulat ke subheksagonal pada pandangan sisi. Bersaiz besar, mempunyai permukaan katup yang dihiasi punktat dan proses kaudal yang jelas. Bersaiz 0.84 mm. Taburan: Dijumpai di Pulau Solomon (Titterton & Whatley 1988) dan Laut Jawa (Dewi 1997). Kehadiran: Jarang dijumpai di kawasan kajian iaitu ST 1, 3, 5, 6, 9 dan 12. Bairdoppilata paraalcyonicola Titterton & Whatley, 1988 1988 Bairdoppilata paraalcyonicola Titterton & Whatley; ms. 133, pl. 1, rjh. 1-8 1990 Bairdoppilata paraalcyonicola Titterton & Whatley; Gou, ms. 24, pl. 1, rjh. 13 & 14 1997 Bairdoppilata paraalcyonicola Titterton & Whatley; Dewi, ms. 56, rjh. 24 & 25 Diagnosis: Karapas berbentuk bulat ke subheksagonal pada pandangan sisi. Karapas nipis. Permukaan katup adalah licin dengan pit yang terlalu kecil dan banyak. Terdapat proses kaudal yang jelas pada posterior. Bersaiz 0.9 mm.

Taburan: Pertama kali dicatatkan di Pulau Solomon (Titterton & Whatley 1988). Kemudian dijumpai pula di Pulau Hainan, Laut China Selatan (Gou 1990) dan juga di Pulau Bawean, Laut Jawa (Dewi 1997). Kehadiran: Jarang dijumpai. Dijumpai di ST 1, 3, 5 dan 6. Genus Paranesidea Maddocks, 1969 Paranesidea sp. Diagnosis: Karapas berbentuk subheksagonal. Bersaiz besar iaitu 0.82 mm. Hujung anterior membulat dan hujung posterior tajam. Permukaan katup dihiasi punktat. Kehadiran: Jarang dijumpai iaitu hanya di ST 2-6, 8 dan 11. Genus Triebelina Van den Bold, 1946 Triebelina sertata Triebel, 1948 1990 Triebelina sertata Triebel; Gou, ms. 33, pl. 2, rjh. 16 2005 Triebelina sertata Triebel; Mostafawi et al., ms. 126, pl. 1, rjh. 7 Diagnosis: Permukaannya terdapat tiga rib membujur dan satu rib di bahagian dalam yang menusuk sedikit ke dalam. Terdapat lekuk di bahagian pinggiran anterior dan posterior. Bahagian kiri katup berbentuk subtrapezoid. Mempunyai saiz kira-kira 0.51 mm. Taburan: Mempunyai taburan yang amat meluas di seluruh bahagian Lautan Pasifik kecuali di Lautan Pasifik Timur (Gou 1990; Mostafawi et al. 2005). Kehadiran: Jarang dijumpai. Dijumpai di ST 1, 3, 4, 5, 7, 8 dan 9. Family PARACYPRIDIDAE Sars, 1923 Genus Phlyctenophora Brady, 1880 Phlyctenophora orientalis Brady, 1868 1987 Phlyctenophora orientalis (Brady); Whatley & Zhao, ms. 356, pl. 2, rjh. 3, 4 1992 Phlyctenophora orientalis (Brady); Mostafawi, ms.163, pl. 8, rjh. 175 1997 Phlyctenophora orientalis (Brady); Dewi, ms.57, rjh. 31 & 32 Diagnosis: Bersaiz besar iaitu 1.01 mm, karapas memanjang, licin dan berkilau. Hujung anterior membulat, ventral subangular. Tiada tuberkel mata. Taburan: Spesies ini dijumpai di Selat Melaka (Whatley & Zhao 1987), Singapura (Mostafawi 1992) dan Laut Jawa (Dewi 1997).

15

Kehadiran: Jarang dijumpai di sekitar Pulau Tioman iaitu di ST 4, 6, 10 dan 11. Famili PONTOCYPRIDIDAE Muller, 1894 Genus Argilloecia Sars, 1866 Argilloecia sp. Diagnosis: Karapas berbentuk bujur pada pandangan sisi. Permukaan karapas licin dan tiada tuberkel mata. Bersaiz kecil iaitu 0.49 mm. Kehadiran: Jarang dijumpai iaitu sekitar ST 1, 5, 6, 7 dan 8. Genus Propontocypris Sylvester-Bradley, 1947 Propontocypris sp. Diagnosis: Karapas memanjang. Permukaan licin. Hujung anterior membulat dan hujung posterior meruncing. Pinggir dorsal melengkung dan pinggir ventral lurus. Bersaiz kirakira 0.63 mm. Kehadiran: Sangat sedikit dijumpai iaitu hanya di ST 5, 6 dan 7. Famili SCHIZOCYTHERIDAE Howe, 1961 Subfamili SCHIZOCYTHERINAE Mandelstam, 1960 Genus Neomonoceratina Kingma, 1948 Neomonoceratina bataviana Brady, 1868 1987 Neomonoceratina bataviana (Brady); Whatley & Zhao, ms. 338, pl.2, rjh. 20 1992 Neomonoceratina bataviana (Brady); Mostafawi, ms. 138, pl.1, rjh.19 & 20 1997 Neomonoceratina bataviana (Brady); Dewi, ms. 59, rjh. 44-46 Diagnosis: Bersaiz sederhana. Karapas berbentuk seperti subrombus pada pandangan sisi. Mempunyai dua set permatang membujur pada tiap katup. Mempunyai duri yang tebal dan menonjol serta kompleks pada posteroventral. Hujung posterior dengan proses kaudal yang jelas. Bersaiz 0.5 mm. Taburan: Dijumpai di Selat Melaka (Whatley & Zhao 1987), Laut Jawa (Dewi 1997), Teluk Jason (Zhao & Whatley 1989). Kehadiran: Jarang dijumpai iaitu hanya dijumpai di ST 1, 2, 3, 6, 7 dan 11. Neomonoceratina iniqua (Brady, 1886) Pl. 3, rjh. 1 1983 Neomonoceratina delicata Ishizaki & Kato; Gou et al., ms. 76, pl. 20, rjh. 1-8 1987 Neomonoceratina iniqua (Brady); Whatley & Zhao, ms. 356, pl. 2, rjh. 21 1992 Neomonoceratina iniqua (Brady); Mostafawi, ms. 76, pl. 20, rjh. 1-8

1997 Neomonoceratina iniqua (Brady); Dewi, ms. 60, rjh. 54 & 55 Diagnosis: Karapas berbentuk subrombus pada pandangan sisi. Mempunyai duri yang lebih kecil dan mudah pada bahagian postero-ventral. Permatang membujur tidak sampai pada pinggir anterior. Bersaiz 0.45 mm. Kehadiran: Biasa dijumpai (8.02%) di Pulau Tioman iaitu di ST 1, 2, 3, 4, 5, 6, 9 dan 11. Taburan: Dijumpai di Laut China Selatan (Gou et al. 1983), Selat Melaka (Whatley & Zhao 1987), Singapura (Mostafawi 1992) dan Laut Jawa (Dewi 1997). Genus Spinoceratina Mostafawi, 1992 Spinoceratina spinosa (Zhao & Whatley 1988) 1988 Neomonoceratina spinosa Zhao & Whatley; ms. 373, pl. 2, rjh. 14 & 15 1992 Spinoceratina spinosa Zhao & Whatley; Mostafawi, ms. 139, pl. 2, rjh. 30-32 1997 Spinoceratina spinosa Zhao & Whatley; Dewi, ms. 60, rjh. 60 & 61 Diagnosis: Karapas berbentuk seperti subrombus pada pandangan sisi. Hujung posterior dengan proses kaudal yang jelas. Spesies ini mempunyai banyak duri yang menonjol pada katup dan juga tuberkel. Bersaiz 0.47 mm. Taburan: Pernah direkodkan di Teluk Jason (tenggara Semenanjung Malaysia) (Zhao & Whatley 1989), Singapura (Mostafawi 1992) dan Laut Jawa (Dewi 1997). Kehadiran: Sangat sedikit dijumpai iaitu di ST 4, 9 dan 12. Famili XESTOLEBERIDIDAE Sars, 1928 Genus Xestoleberis Sars, 1866 Xestoleberis malaysiana Zhao & Whatley, 1989 1989 Xestoleberis malaysiana Zhao & Whatley; ms. 177, pl. 2, rjh. 15-19 1992 Xestoleberis malaysiana Zhao & Whatley; Mostafawi, ms. 155, pl. 6, rjh. 134 1997 Xestoleberis malaysiana Zhao & Whatley; Dewi, ms. 75, rjh. 222, 223 Diagnosis: Merupakan spesies Xestoleberis yang digambarkan oleh pinggir dorsalnya yang mempunyai lengkungan, pinggir anterior membulat yang sempit dan serong, pinggir posterior membulat jelas. Liang biasa sangat dalam. Bersaiz 0.48 mm. Taburan: Spesies pernah direkodkan sebelum ini pada ostrakod resen di Sungai Sedili, tenggara Semenanjung Malaysia (Zhao & Whatley 1989), Singapura (Mostafawi 1992) dan Laut Jawa (Dewi 1997).

16

Kehadiran: Jarang dijumpai. Dijumpai di ST 1, 3, 4, 5 dan 9. Famili LOXOCONCHIDAE Sars, 1925 Genus Loxoconcha Sars, 1866 Loxoconcha malayensis Zhao & Whatley, 1989 1989 Loxoconcha malayensis Zhao & Whatley; ms. 174, pl. 1, rjh. 15-18, pl. 2, rjh. 1 Diagnosis: Bersaiz kecil, berbentuk subbujur ke subrombus pada pandangan sisi. Cembung yang kuat secara sisi. Permukaan retikulat. Fossae dalam, bulat ke subheksagonal. Mempunyai liang besar pada mural penghubung. Tuberkel mata menonjol. Bersaiz 0.42 mm. Taburan: Dicatatkan oleh Zhao & Whatley (1989) pada ostrakod podokopid resen di Sungai Sedili dan Teluk Jason, tenggara Semenanjung Malaysia. Kehadiran: Jarang dijumpai iaitu di ST 1, 2, 3, 4, 6 dan 7. Loxoconcha paiki Whatley & Zhao, 1987 1987 Loxoconcha paiki Whatley & Zhao; ms. 35, pl. 5, rjh. 14-16 1990 Loxoconcha cf. paiki Whatley & Zhao; Gou, ms. 25, pl. 3, rjh. 39 1992 Loxoconcha paiki Whatley & Zhao; Mostafawi, ms. 151, pl. 5, rjh. 105 1997 Loxoconcha paiki Whatley & Zhao; Dewi, ms. 64, rjh. 116 & 117 Diagnosis: Berbentuk subrombus pada pandangan sisi. Spesies Loxoconcha yang kecil dan kembung dikenal pasti oleh tiga rib yang menonjol secara ventral dan hiasan punktat di mana menjadi lebih kecil menghala ke pinggir dorsal. Tuberkel mata kecil tetapi jelas. Bersaiz 0.39 mm. Taburan: Direkodkan di Selat Melaka (Whatley & Zhao 1987), Laut China Selatan (Gou 1990), Laut Jawa (Dewi 1997) dan Singapura (Mostafawi 1992). Kehadiran: Taburannya paling tinggi (9.98%) iaitu biasa dijumpai di ST 2, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 dan 12. Loxoconcha tumulosa (Hu, 1979) 1984 Loxoconcha tumulosa (Hu); Hu, pl. 4, rjh. 17, 18, 20 1987 Loxoconcha heronislandensis (Hartmann);Whatley & Zhao, ms. 350, pl. 5, rjh. 12 1990 Loxoconcha tumulosa (Hu); Gou, ms. 35, pl. 3, rjh. 45-47 Diagnosis: Karapas berbentuk rombus. Katup agak kembung Spesies Loxoconcha yang digambarkan melalui

corak hiasan retikulatnya terutama di bahagian posterodorsal di mana permatang retikulat melengkung ke atas. Bersaiz 0.5 mm. Taburan: Ianya pernah dicatatkan di Taiwan (Hu 1984), Laut China Selatan (Gou 1990) dan Selat Melaka (Whatley & Zhao 1987). Kehadiran: Sangat sedikit dijumpai iaitu hanya di ST 2 dan 8 sahaja. Loxocorniculum triconicula Zhao & Whatley, 1989 1989 Loxocorniculum triconicula Zhao & Whatley; ms. 174, pl. 2, rjh. 2-6 Diagnosis: Merupakan spesies Loxocorniculum yang berbentuk subsegiempat tepat kepada subkuadrat dan mempunyai tiga tuberkel yang menonjol di bahagian posterior. Karapas sederhana kembung. Hiasannya ialah punktat yang bujur hingga bulat. Mempunyai saiz 0.41 mm. Taburan: Spesies pernah direkodkan sebelum ini pada ostrakod resen di Sungai Sedili, tenggara Semenanjung Malaysia (Zhao & Whatley 1989). Kehadiran: Biasa dijumpai (8.12%) di kawasan kajian iaitu ST 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan 8. Famili CYTHERIDEIDAE Sars, 1925 Genus Miocyprideis Kollmann, 1960 Miocyprideis spinulosa (Brady, 1868) 1975 Miocyprideis atjehensis Gramann; ms. 25, pl. 2, rjh. 9 & 10 1989 Bishopina spinulosa (Brady); Howe & McKenzie, ms. 16, rjh. 63 1997 Miocyprideis spinulosa (Brady); Mostafawi et al., ms. 128, pl. 2, rjh. 3 Catatan: Wouters (1981) telah membincangkan hubungan di antara genus Miocyprideis dan Bishopina. Dia telah mencatatkan yang spesies Bishopina adalah lebih kecil, mempunyai bentuk subsegi empat tepat dan luas, submemendek yang jelas pada posterior, lebih ketara oleh permatang melintang di posterior yang mengandungi ketebalan yang tidak sama. Menurut Mostafawi et al. (2005), ianya turut berbeza dari segi bar median engsel. Bersaiz 0.62 mm. Taburan: Dijumpai di Burma (Gramann 1975), Australia (Howe & McKenzie 1989) dan Mostafawi et al. (2005). Kehadiran: Sangat sedikit ditemui di Pulau Tioman (ST 3 dan 11). Famili PARACYTHERIDEIDAE Puri, 1957 Genus Paracytheridea Muller, 1894 Paracytheridea tschoppi Van den Bold, 1946

17

1992 Paracytheridea cf. reunionensis Whatley & Keeler; Mostafawi, ms. 152, pl. 5, rjh. 111 1993 Paracytheridea tschoppi Van den Bold; Witte, ms. 66, pl. 8, rjh. 18 & 19 Diagnosis: Bersaiz 0.48 mm, karapas memanjang, alae sederhana kuat dan berbentuk seperti kepala anak panah. Mempunyai proses kaudal yang jelas dan hiasan retikulat di kawasan interkosta. Tuberkel mata terbentuk baik tetapi dikaburi oleh perhiasan permukaan. Taburan: Pernah direkodkan di Singapura (Mostafawi 1992) dan Afrika barat (Witte 1993). Kehadiran: Biasa dijumpai di Pulau Tioman (ST 1, 2, 3, 4, 5, 7 dan 8). Famili HEMICYTHERIDAE Puri, 1953 Genus Hemicytheridea Kingma, 1948 Hemicytheridea reticulata Kingma, 1948 1948 Hemicytheridea reticulata Kingma; ms. 71, pl. 7, rjh. 7a-e 1997 Hemicytheridea reticulata Kingma; Dewi, ms. 14, rjh. 15 Diagnosis: Spesies ini berbentuk memanjang ke subreniform pada pandangan sisi, bersaiz sederhana, cengkerang yang tebal serta mempunyai hiasan retikulat yang kuat dan tuberkel mata yang jelas. 0.63 mm. Taburan: Spesies ini mula diperkenalkan daripada Pliosen Indonesia (Kingma 1948). Ianya mempunyai taburan yang meluas di kawasan Indo-pasifik (Dewi 1997). Kehadiran: Biasa dijumpai (9.28%). Dicatatkan di stesen ST1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 8, 10 dan 11. Genus Neohornibrookella Jellinek, 1993 Neohornibrookella deltoides (Brady, 1890) 1990 Hermanites deltoides (Brady); Gou, ms. 33, pl. 2, rjh. 17 & 18 2005 Neohornibrookella deltoides (Brady); Mostafawi et al., ms. 133, pl.2, rjh. 10 & 11 Diagnosis: Karapas berbentuk subkuadrat, berbentuk anak panah pada pandangan sisi. Spesies Hermanites yang mempunyai hiasan tidak sekata di mana retikulat pit posterior dan pit di anterior. 0.57 mm. Taburan: Spesies ini pernah direkodkan di sedimen resen Pulau Hainan, Laut China Selatan (Gou 1990) dan Bali, Indonesia (Mostafawi et al. 2005). Kehadiran: Jarang dijumpai. Dijumpai di ST 1, 3, 4, 5, 10 dan 11.

Genus Orionina Puri, 1954 Orionina sp. Diagnosis: Permukaan katup dihiasi retikulat dan adanya permatang. Hujung anterior membulat dan hujung posterior tajam. Tuberkel mata jelas. Bersaiz 0.43 mm. Kehadiran: Biasa dijumpai (5.90%) iaitu di stesen ST 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 dan 11. Famili TRACHYLEBERIDIDAE Sylvester-Bradley, 1948 Subfamili TRACHYLEBERIDINAE Sylvester-Bradley, 1948 Genus Bradleya Hornibrook, 1952 Bradleya pitalia (Hu, 1981) 1990 Jugoscythereis cf. elongata (Hu); Tabuki & Nohara, ms. 374, pl. 1, rjh. 14 1990 Bradleya pitalia (Hu); Gou, ms. 28, pl. 2, rjh. 24 1995 Bradleya pitalia (Hu); Zhou, ms. 75, pl. 3, rjh. 15 Diagnosis: Karapas berbentuk subkuadrat dan memanjang. Karapas dihiasi dengan tiga permatang melintang, permukaan antara permatang melintang adalah retikulat. Bersaiz 0.7 mm. Taburan: Spesies ini dijumpai di Jepun (Tabuki & Nohara 1990), Laut China Selatan (Gou 1990) serta Pasifik, tenggara Jepun (Zhou 1995). Kehadiran: Jarang dijumpai. Dicatatkan hampir di kesemua stesen persampelan kecuali ST3 dan ST12 sahaja. Subfamili PTERYGOCYTHERINAE Puri, 1957 Genus Pistocythereis Gou, 1983 Pistocythereis bradyi (Ishizaki, 1968) 1988 Pistocythereis bradyi (Ishizaki); Whatley & Zhao, ms. 19, pl. 9, rjh. 3-5 1992 Pistocythereis bradyi (Ishizaki); Mostafawi, ms. 146, pl. 4, rjh. 75 1997 Pistocythereis bradyi (Ishizaki); Dewi, ms. 71, rjh. 186 Diagnosis: Spesies Pistocythereis yang bersaiz besar, berbentuk subbujur pada pandangan sisi dan permukaan katupnya ditutupi retikulat yang kuat Katup berkalsit kuat. Tuberkel mata jelas. 0.68 mm. Taburan: Pernah direkodkan di Selat Melaka (Whatley & Zhao 1988), Singapura (Mostafawi 1992) dan Laut Jawa (Dewi 1997). Kehadiran. Taburannya agak tinggi iaitu biasa dijumpai (9.68%). Dijumpai di stesen ST 2, 3, 4, 5, 6, 7, 10, 11 dan 12.

18

Pistocythereis sp. Diagnosis: Karapas berbentuk subbujurt pada pandangan sisi. Permukaan katup dihiasi rekulat, fossae yang teratur dan terdapt duri pada postero-ventral. Tuberkel mata jelas kelihatan. Bersaiz 0.67 mm. Kehadiran: Jarang dijumpai iaitu dicatatkan di ST 2, 3, 4, 5, 6, 8 dan 12. Genus Venericythere Mostafawi, 1992 Venericythere papuensis (Brady, 1880) 1988 Keijella papuensis (Brady); Whatley & Zhao, ms. 13, pl. 18, rjh. 1 & 2 1992 Venericythere papuensis (Brady); Mostafawi, ms. 146, pl. 4, rjh. 71 & 72 1997 Venericythere papuensis (Brady); Dewi, ms. 70, rjh. 170 & 171 Diagnosis: Karapas kembung, berbentuk subsegi empat tepat pada pandangan sisi. Karapas dihiasi retikulat, mempunyai duri pada postero-ventral dan tuberkel mata jelas. Bersaiz 0.56 mm. Taburan: Spesies ini dijumpai di Selat Melaka (Whatley & Zhao 1988), Singapura (Mostafawi 1992) dan Laut Jawa (Dewi 1997). Kehadiran: Biasa dijumpai (9.48%). Dicatatkan di stesen ST 3, 4, 5, 6, 7, 8, 10 dan 11. Superfamili CYTHERACEA Baird, 1850 Famili BRACHYCYTHERIDAE Puri, 1954 Subfamili CYTHERETTINAE Triebel, 1952 Genus Alocopocythere Siddiqui, 1971 Alocopocythere goujoni (Brady, 1868) 1983 Alocopocythere goujoni (Brady); Gou et al., ms. 89, 90, pl. 17, rjh. 1, 2, 7 & 8 1988 Alocopocythere goujoni (Brady); Whatley & Zhao, ms. 35, pl. 9, rjh. 11 & 12 1997 Alocopocythere goujoni (Brady); Dewi, ms. 73, rjh. 196 & 197 Diagnosis: Karapas berbentuk memanjang ke bujur. Mempunyai hiasan retikulat yang jelas dengan fossae yang berbentuk segi empat tepat. Tuberkel mata menonjol. 0.53mm. Taburan: Dijumpai di sedimen Resen Laut China Selatan (Gou et al. 1983), Selat Melaka (1988) dan Laut Jawa (1997). Kehadiran: Jarang dijumpai iaitu dijumpai hanya di ST 1, 2, 3, 4, 5, 7, 9 dan 10.

Genus Neocytheretta Van Morkhoven 1963 Neocytheretta murilineata Zhao & Whatley 1989 1989 Neocytheretta murilineata Zhao & Whatley; ms. 179, pl. 3, rjh. 11-15 1992 Neocytheretta murilineata Zhao & Whatley; Mostafawi, ms. 150, pl. 5, rjh. 98 1997 Neocytheretta murilineata Zhao & Whatley; Dewi, ms. 74, rjh. 206, 213 & 214 Diagnosis: Bersaiz sederhana iaitu 0.52 mm, pada pandangan sisi berbentuk segi empat tepat. Karapas sederhana kembung di postero-median dan mampat. Spesies Neocytheretta yang digambarkan dengan hiasannya yang retikulat dengan muri disusun secara serong dan licin serta mempunyai posterior yang sempurna. Taburan: Spesies pernah direkodkan sebelum ini pada ostrakod resen di Sungai Sedili, tenggara Semenanjung Malaysia (Zhao & Whatley 1989), Singapura (Mostafawi 1992) dan Laut Jawa (Dewi 1997). Kehadiran: Jarang dijumpai iaitu dijumpai di ST 1, 3, 4, 10, 11 dan 12. Subfamili ARCULACYTHERINAE Hartmann, 1981 Genus Bosquetina Keij, 1857 Bosquetina sp. Diagnosis: Karapas berbentuk subsegiempat pada pada pandangan sisi. Permukaan licin dan retikulat lemah di bahagian tengah ventral. Hujung anterior membulat dan serong. Hujung posterior sedikit bersudut. Terdapat dentikel di pinggir anterior dan posterior. Bersaiz 0.5 mm. Kehadiran: Sangat sedikit dijumpai iaitu dicatatkan di ST 4, 7 dan 10. Genus Hemikrithe Van den Bold, 1950 Hemikrithe sp. Diagnosis: Katup memanjang dan berbentuk seperti kacang. Hiasan permukaan adalah retikulat. Hujung anterior dan posterior membulat. Tuberkel mata jelas. Bersaiz 0.62 mm. Kehadiran: Sangat sedikit dijumpai iaitu hanya dijumpai di ST 4 dan 7 sahaja. Famili BYTHOCYTHERIDAE Sars, 1926 Genus Bythoceratina Hornibrook, 1953 Bythoceratina paiki Whatley & Zhao, 1987 1987 Bythoceratina paiki Whatley & Zhao; ms. 342, pl. 3, rjh. 11-15 1997 Bythoceratina paiki Whatley & Zhao; Dewi, ms. 31, rjh. 72 & 73

19

Diagnosis: Permukaan dihiasi dengan rib antero-dorsal yang menaik di mana bentuknya sedikit melengkung pada garis kasar antero-dorsal mengikut pandangan sisi. Rib postero-dorsal menonjol, rib submenegak yang lemah pada lob anterior dan posterior di mana retikulat lemah secara dorsal dan alae berbentuk segi tiga yang besar dengan duri yang pendek. Bersaiz 0.57 mm. Taburan: Pernah dijumpai di Selat Melaka (Whatley & Zhao 1987) dan Laut Jawa (Dewi 1997). Kehadiran: Sangat sedikit dijumpai iaitu hanya di ST 2, 3, 4 dan 11. Bythoceratina sp. Diagnosis: Karapak memanjang dan bersaiz 0.62 mm. Pinggir dorsal lurus. Adanya sulkus median dari pinggir dorsal ke bahagian tengah katup dan juga alae di pertengahan ventral. Kehadiran: Jarang dijumpai di kawasan kajian. Dicatatkam di ST 2, 4, 5 dan 6. Genus Bythocytheropteron Whatley dan Zhao, 1987 Bythocytheropteron alatum Whatley dan Zhao, 1987 1987 Bythocytheropteron alatum Whatley & Zhao; ms. 359, pl. 3, rjh. 23-28 1992 Bythocytheropteron alatum Whatley & Zhao; Mostafawi, ms. 160, pl. 7, rjh. 161 1997 Bythocytheropteron alatum Whatley & Zhao; Dewi, ms. 61, rjh. 75-79 Diagnosis: Bersaiz sederhana iaitu 0.58 mm. Dikenal pasti oleh pinggir dorsal yang cembung ke atas pada katup kanan, alae segi tiga yang kuat, sulkus yang tidak jelas dan elemen engsel median yang licin. Mempunyai duri yang pendek dan kuat. Taburan: Dijumpai di Selat Melaka buat pertama kali oleh Whatley dan Zhao (1987) seterusnya di Singapura (Mostafawi 1992) dan Laut Jawa (Dewi 1997). Kehadiran: Jarang dijumpai iaitu hanya di ST 1, 2, 6, 10 dan 12 sahaja. Famili PARADOXOSTOMATIDAE Brady & Norman, 1889 Genus Javanella Kingma, 1948 Javanella kendengensis Kingma, 1948 1948 Javanella kendengensis Kingma; ms. 89 & 90 Diagnosis: Bersaiz sederhana, karapas berbentuk subbujur pada pandangan sisi. Katup sederhana cembung. Spesies digambarkan oleh permukaan katup yang licin dan proses kaudal yang jelas di hujung posterior. Bersaiz 0.52 mm.

Taburan: Dijumpai di Jawa Timur (Kingma 1948). Kehadiran: Jarang dijumpai di kawasan kajian. Dicatatkam di ST 4, 6 dan 7. KESIMPULAN Hasil kajian yang telah dijalankan di sekitar Pulau Tioman menunjukkan bahawa ostrakod di sini adalah melimpah dan terdiri daripada pelbagai spesies. Terdapat sebanyak 1,983 spesimen ostrakod iaitu 550 ostrakod hidup dan 1,455 ostrakod mati telah ditemui. Daripada jumlah ini, ostrakod ini dikategorikan kepada 14 famili, 28 genus dan 34 spesies. Indeks kepelbagaian spesies, H(s) yang dicatatkan adalah di antara 1.72 hingga 2.92. Sebanyak Famili yang paling dominan adalah Trachyleberididae yang mencatatkan 478 spesimen. Spesies yang paling dominan di kawasan kajian ini ialah Loxoconcha paiki dengan jumlah sebanyak 198 individu (D=9.97%). Kekerapan relatif (F) yang paling tinggi iaitu 83.33% dicatatkan oleh Hemicytheridea reticulata dan Bradleya pitalia. Daripada 34 spesies yang telah berjaya dikenal pasti, hanya 7 spesies sahaja menunjukkan aras populasi 10 hingga 5% (biasa). 20 spesies mempunyai 1 hingga 5% aras populasi. Spesiesspesies yang selebihnya menunjukkan aras populasi kurang daripada 1%.
RUJUKAN

Athersuch, J., Horne D.J. & Whittaker, J.E. 1989. Marine and brackish water ostracods. Synopsis of the British Fauna (New Series) 43: 343. Brasier, M.D. 1981. Microfossils. London: George Allen & Unwin. Delorme, D.L. 1991. Ostrakod. Dlm. Ecology and classification of North American freshwater invertebrates, Thorp, J.H. & Covich, A.P. (pnyt.). 691-722. New York: New York Academic Press. Dewi, K.T. 1997. Ostrakod from the Java Sea, west of Bawean Island, Indonesia . Australia: Department of Geology, University of Wollongong. Gou, Y., Zheng, S. & Huang, B. 1983. Pliocene ostracode fauna of Leizhou Peninsula and northern Hainan Island, Guangdong Province. Paleontologica Sinica 18: 1-134. Gou, Y. 1990. Recent ostracoda from Hainan Island, South China Sea. Courier Forschungsintitut Senckenberg 123: 19-36. Gramann, F. 1975. Ostracoda from tertiery sediments of Burma with reference to living species. Geologisches Jahrbuch 14: 1-46. Horne, D.J., Cohen, A. & Martens, K. 2002. Taxonomy, morphology and biology of quaternary and living ostracoda. American Geophysics Monograph 131: 5-36. Howe, H.V. & McKenzie, K.G. 1989. Recent marine ostracoda (Crustacea) from Darwin and North-Western Australia. Monograph Series Northern Territory Museum of Arts and Sciences 3: 1-50. Hu, C.H. 1984. New fossil ostracod faunas from Hengchun peninsula, southern Taiwan. Journal of the Taiwan Museum 37(1): 65-129.

20

Kingma, J.T. 1948. Contribution to the knowledge of the Young Cenozoic ostracoda from the Malayan region. Tesis Ph.D. Netherlands: University of Utrecht. Moore, R.C. 1961. Treatise on invertebrate paleontology. Part Q. Arthropoda 3.Crustacea. Lawrence: Geological Society of America and University of Kansas Press. Morkhoven, V. 1962. Post-paleozoic Ostracoda : Their morphology, taxonomy and economic use . Volume I. Amsterdam: Elsevier Publishing Company. Mostafawi, N. 1992. Rezente ostracoden aus dem mittleren Sunda-schelf, zwischen der Malaiishen Halbinsel und Borneo. Senckenbergiana ethea 72: 129-168. Mostafawi, N., Colin, J.-P. & Babinot, J.F. 2005. An account on the taxonomy of ostracodes from recent reefal flat deposit in Bali, Indonesia. Revue de Micropaleontologie 48: 123-140. Pokorny, V. 1980. Principles of zoological micropaleontology. Oxford: Pergamon Press. Shannon, C. & Weaver, W. 1949. The mathematical theory of communication. Urbana: University of Illionis Press. Stepanova, A., Taldenkova, E. & Bauch, H.A. 2003. Recent Ostracoda from the Laptev Sea (Arctic Siberia): species assemblages and some environmental relationships. Marine Micropaleontology 48: 23-48. Titterton, R. & Whatley, R.C. 1988. Recent Bairdiinae (Crustacea, Ostracoda) from the Solomon Islands. Journal of Micropaleontology 7: 111-142. Whatley, R.C. & Zhao, Q. 1987. The recent Ostracoda of Malacca Straits (Part I). Revista Espanola de Micropaleontologia 19 (3): 327-366. Whatley, R.C. & Zhao, Q. 1988. The recent ostracoda of Malacca Straits (Part II). Revista Espanola de Micropaleontologia 20 (1): 5-37.

Witte, L. 1993. Taxonomy and biogeography of West African Beach ostracods. Netherlands: Geological Survey of the Netherlands. Wouters, K. 1981. Two marine podocopid species from Hansa Bay, Papua New Guinea (Crustacea: Ostracoda). Bull. K. Belg. Inst. Nat. Wet. 53(16): 1-15. Zhao, Q., Wang, P. & Zhang, Q. 1985. Ostracoda in bottom sediments of the South China Sea off Guangdong Province, China: their taxonomy and distribution. Dlm. Marine Micropaleontology of China. Wang, P. (pnyt.). hlm. 196-217. Beijing: China Ocean Press. Zhao, Q. & Whatley, R.C. 1989. Recent podocopid Ostracoda of the Sedili River and Jason Bay, southeastern Malay Peninsula. Micropaleontology 35: 168-187. Zhou, B. 1995. Recent ostracode fauna in the Pacific off Southwest Japan. Series of Geology & Mineralogy LVII(2): 21-98.

Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor D.E. Malaysia Diserahkan : Diterima : 24 Mac 2008 3 Jun 2008

Anda mungkin juga menyukai