Anda di halaman 1dari 15

Menurut Kamus Dewan Bahasa Surah, membawa maksud bab atau fasal (yang mengesahkan sesuatu) dari al-Quran.

Surah juga dimaksudkan sebagai sejumlah atau sekumpulan ayat al-Quran yang terbentuk secara tersendiri dengan mempunyai permulaan dan akhiran.

Berkaitan dengan tertib dan susunan surah al-Quran, ulama berselisih pendapat. Pendapat tersebut dapat dibahagikan kepada tiga pendapat.

Pendapat ini didokong oleh Abu Jafar al-Nahhas dan Abu Bakar al-Anbari. Mereka berpendapat bahawa tertib surah dalam al-Quran adalah melalui penetapan dan taufiqi daripada Rasulullah sama seperti tertib ayat. Di mana baginda pula diberitahu melalui malaikat Jibril di atas perintah daripada Allah. Justeru itulah, al-Quran semenjak zaman nabi telah tersusun surah-surahnya sampai kini.

3.1.1 Pengumpulan dan Mashaf Uthmani disusun secara tertib mengikut zaman nabi dan tidak ada seorang sahabat pun yang berselisih tentangnya dari situ jelaslah ia adalah merupakan suatu ijma.

3.1.2 Rasululullah juga membaca beberapa surah secara tertib di dalam sembahyang baginda. Hal itu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abi Ibn Syaibah yang bermaksud : Nabi pernah membaca beberapa surah Mufassal (surah pendek) dalam satu rakaat.

3.1.3 Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn masud yang berkata maksudnya : Surah Bani Israil , al-Kahfi, al-Mariam, Taha dan alAnbiya:Surah-surah itu termasuk kategori surah yan diturunkan di Mekah dan yang mula-mula aku pelajari. Selepas itu Ibn Masud menyatakan surah-surah itu secara berurutan sebagaimana tertibnya susunan yang ada dalam mashaf sekarang. 3.1.4 Ulama telah sepakat mengatakan wajib menghormai tertib surah-surah al-Quran yang telah tersusun al-Quran yang telah tersusun dalam Mashaf

Pendapat ini mengatakan tertib surah adalah dengan berpandukan kepada ijtihad para sahabat berpandukan ingatan dan perbezaan tertib yang ada di dalam mashaf-mashaf milik mereka. Pendapat ini disokong oleh Imam Malik dan Qadhi Abu Bakar.

Para sahabat berbeza di antara mereka sebelum khalifah Uthman Ibn Affan memerintahkan supaya ditulis secara seragam. Sekiranya tertib surah itu berdasarkan taufiqi, tentu tidak ada perselisihan atau perbezaan mashaf di kalangan para sahabat. 3.2.1.1Mashaf para sahabat berbeza di antara mereka sebelu khalifah Uthman Ibn Affan memerintahkan supaya ditulis secara seragam. Sekiranya tertib surah itu berdasarkan taufiqi, tentu tidak ada perselisihan atau perbezaan mashaf di kalangan para sahabat. Bukti pernyataan tersebut ialah seperti berikut :-

b) Mashaf milik Ibn Masud yang pertama ditulis adalah surah al-Baqarah, al-Nisa kemudian Ali Imran. c) Dalam Mashaf Ubai Ibn Kaab yang pertama ditulis ialah al-Fatihah, al-Baqarah, al-Nisa dan kemudian Ali Imran.

3.2.1.2 Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Asytah daripada Ismail Ibn Abbas daripada Hibban Ibn yahya daripada Abu Muhammad al-Qurasyiy beliau berkata : Uthman telah memerintahkan kepada para sahabat supaya menyusun atau mentertib surah-surah yang panjang-panjang. Kemudian ia menjadikan Surah alAnfal dan surah al-Taubah di dalam kumpulan Tujuh dan surah yang ke tujuh. Dan ia tidak memisahkan di antara surah al-Anfal dengan surah al-Taubah dengan Basmalah.

Pendapat ini mengatakan bahawa sebahagian daripada surah itu tertibnya secara taufiqi atau penetapan nabi, manakala sebahagian yang lain pula berdasarkan ijtihad para sahabat. Pendapat ini sebagaiana yang dinyatakan oleh Ibn hajar : Tertib sebahagian besar surah adalah bersifat taufiqi. Sebagaimana hadis daripada Huzaifah al-Thaqafi , terjemahannya : Rasulullah berkata kepada kami :Telah datang kepadaku waktu untuk membaca bahagian ( hizb) daripada al-Quran, maka aku tidak mahu keluar sebelum selesai membacanya. Lalu kami tanyakan kepada para sahabat Rasulullah :Bagaimanakah kamu semua membuat pembahagian al-Quran?. Mereka menjawab Kami membahagikannya kepada tiga surah, lima surah, tujuh

Berpandukan dalil tersebut, Ibn hajar berpendapat bahawa ia menunjukkan tertib surah seperti yang terdapat dalam mashaf sekarang adalah tertib surah semenjak zaman nabi, namun begitu berdasarkan dalil tersebut, kemungkinan tertib surah pada masa itu hanya bahagian mufassal sahaja.

Sebagai rumusannya, pendapat pertama adalah pendapat yang rajih dan lebih tepat iaitu tertibnya berdasarkan taufiqi sama dengan tertib ayat-ayat. Hal ini telah disokong dan dinyatakan oleh Abu Bakar Ibn al-Anbari : Allah telah menurunkan al-Quran seluruhnya ke langit Dunia. Kemudian ia menurunkan secara beransuransur. Sesebuah surah itu turunnya kerana sesuatu peristiwa yang berlaku dan ayat turun sebagai jawapan orang yang bertanya. Dalam hal itu pula , Jibril sentiasa memberitahu nabi dimanakah sesebuah surah dan ayat itu seharusnya diletakkan. Justeru itu, semua susunan surah dan ayat adakah menurut penetapan nabi.

Antara lain, pendapat kedua dan ketiga boleh disangkal kerana pendapat pertama berdasarkan ijma dan dalil bahawa ada taufiqi daripada nabi sebagaimana yang dikemukakan oleh pendapat pertama dengan menemukakan hadis riwayat al-Bukhari yang merupakan hadis sahih dan tidak dapat dipertikaikan jika dibandingkan dengan riwayat lain. Antara lain juga , hadis yang dijadikan sandaran oleh pihak ketiga bukanlah hadis marfu kepada nabi. Seterusnya untuk menyangkal persoalan yang berkaitan dengan berlaku perbezaan itu sebelum para sahabat tahu

Dengan penerangan itu dapatlah dinyatakan bahawa terdapat tiga pendapat tentang tertib dan susunan surahsurah al-Quran. Pendapat pertama didokong oleh Abu Jaafar al-Nahhas dan Abu Bakar al-Anbari, iaitu melalui penetapan taufiqi daripada nabi. Pendapat kedua didokong oleh Imam Malik dan Qadhi Abu bakar iaitu pendapat mereka , berpandukan ijtihad para sahabat , manakala pendapat ketiga didokong oleh Ibn hajar iaitu sebahagian taufiqi daripada nabi dan sebahagian lain adalah ijtihad para sahabat. Maka rumusannya ialah pendapat yang pertama adalah lebih rajih iaitu tertib dan susunan surah-surah al-Quran melalui penetapan taufiqi.

Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002 , Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Zulkifli bin Hj. Mohd. Yusoff, Kunci Mengenal alQuran, 1996, Berita Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Rosmawati binti Ali , Pengantar Ulum al-Quran , 1997 , Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai