Anda di halaman 1dari 5

Paper Mache

Paper mache berasal dari Bahasa Perancis lama yang bermaksud kertas yang dikunyah, menggambarkan bahan yang digunakan untuk kraf ini iaitu kertas yang telah dihancurkan sehingga lumat.

Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat paper mache? sebaik-baiknya kertas suratkhabar yang dikoyak

1. Kertas, rak telur, tisu dengan tangan 2. Gam pelekat 3. Berus cat 4. Cat warna

5. Peralatan yang dikhususkan untuk papier mache dan tidak dijadikan untuk menyediakan makanan bagi mengelak keracunan seperti mangkuk plastik dan blender

Persiapan sebelum memulakan projek

1. Sediakan bahan-bahan kertas untuk digunakan sama ada tanah liat kertas atau kertas surat khabar yang telah dicarik-carik menjadi jaluran kertas. 2. Lindungi permukaan kerja dengan alas surat khabar atau plastic. 3. Sediakan sebuah baldi air sabun dan berus untuk membersihkan tangan atau minum air. 4. Bersihkan peralatan dan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat paper mache semasa masih basah atau lembab kerana apabila ia kering kerja-kerja akan menjadi agak sukar.

Jenis kertas untuk digunakan

Kertas yang berlainan memberikan tekstur dan ketahanan yang berbeza. Pelbagai kertas boleh digunakan termasuk kertas surat khabar, beg kertas dari kedai runcit, kertas majalah, kertas tisu dan kertas napkin. Membuat papier mache dengan tampalan jaluran kertas adalah lebih kemas jika kertas dikoyakkan dengan tangan berbanding dengan menggunakan gunting atau pisau. Lebar jaluran kertas yang digunakan untuk papier mache berganting kepada saiz projek yang dibuat.

Membentuk kraf paper mache

Bahan-bahan untuk membentuk rupa asas

Pelbagai medium boleh digunakan sebagai bentuk asas seperti belon, beg plastik yang disumbat kertas, kotak, jaringan dawai yang dibentuk, botol plastik dan gabus putih styrofoam. Kita hanya perlu menyambungkan bentuk yang pelbagai menggunakan masking tape untuk mendapat bentuk akhir yang anda inginkan sebagai bentuk asas paper mache. Pilihan medium adalah bergantung kepada bentuk dan kesesuaiannya untuk paper mache. Antara medium yang boleh digunakan sebagai bentuk asas paper mache adalah:

1. Belon

Belon adalam murah dan sesuai digunakan sebagai acuan kerana ia tidak memerlukan bahan pencegah lekat untuk menanggalkan bentuk paper mache tadi kerana ia hanya diletupkan Ia sesuai sekiranya ingin membuat bentuk bulat atau bujur kepada paper mache.

2. Kotak kadbod

Ianya boleh dipotong untuk digunakan sebagai bentuk tanbahan kepada bentuk asas, contohnya sebagai telinga atau hidung kepada bentuk muka yang ingin dihasilkan. Atau juga sebagai tangkai kepada bentuk cawan yang ingin anda hasilkan. Sekiranya kita ingin menjadikan kotak sebagai bentuk asas, kita perlu ambil kira kemungkinan kotak akan menjadi lembik dan rebah sekiranya lapisan paper mache yang basah ditampal ke atas kotak kadbod tadi, anda boleh mengukuhan dahulu bentuk kotah tadi, menggunakan kertas yang disumbat kedalamnya atau menambah struktur kayu atau besi di dalamnya sebagai rangka.

3. Gabus polisterin

Disebabkan ianya ringan dan tidak terpengaruh dengan air, gabus polisterin amat sesuai dijadikan bentuk asas. Di samping itu kita boleh ukir bongkah gabus untuk mendapatkan bentuk yang anda ingini.

4. Jaringan besi

Ia terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz, dan kita boleh memilih yang bersesuaian untuk projek kita. Kita juga boleh bentukkan bentuk asas menggunakan kertas atau gabus polisterin dan kemudian membalutkannya dengan jaringan besi (dapatkan jenis yang mudah dilentur) sebelum menampalkan lapisan paper mache untuk mendapatkan struktur yang lebih kuat.

5. Mangkuk dan pinggan

Sekiranya kita ingin menghasilkan pinggan atau mangkuk paper mache, adalah mudah untuk menggunakan bentuk sebenar pinggan atau mangkuk, tetapi kita perlu

gunakan bahan pencegah lekat untuk menanggalkan dengan mudah bentuk paper mache kita daripada mangkuk atau pinggan tadi.

Teknik Paper Mache

1. Teknik papier mache tampalan

Cara-cara membuatnya:

Sapukan gam pada kedua-dua permukaan jaluran kertas dengan berus Tampalkan jaluran kertas pada objek yang digunakan sebagai bentuk (atau acuan) satu demi satu. Urut dengan jari untuk membuang gelembung udara yang

terperangkap di dalam lapisan kertas tadi Susunkan lapisan jaluran kertas dengan bersilang-silang untuk mendapatkan bentuk yang lebih kukuh Buat 2 atau 3 lapisan sahaja dan biarkan kering kerana lapisan yang terlalu tebal akan melambatkan proses pengeringan. Apabila telah kering, tambah lapisan lagi dengan cara yang sama sehingga mendapat ketebalan lapisan kertas yang anda inginkan

Sekiranya kita ingin membuat bentuk tambahan pada objek utama seperti tangkai dan pemegang, anda boleh buatkan bentuk asas dapipada kadbod dan ditampal kepada objek utama menggunakan masking tape. Kemudian tampalkan lapisan jaluran kertas sehingga mendapat bentuk yang kita inginkan. Setelah kering, sapukan 2 lapisan cat emulsion untuk menjadikan paper mache kita kalis air dan mengelakkankan dari kertas suratkhabar kelihatan. Kita boleh gunakan cat primer untuk lapisan asas yang lebih keras sebelum mengecat dengan cat warna pilihan kita.

2. Teknik paper mache tanah liat

a. Rendam kertas suratkhabar yang telah disiat-siatkan ke dalam bekas air semalaman. b. Toskan dan masukkan dalam air yang sedang mendidih selama lebih kurang 30 minit supaya kertas hancur menjadi fiber. c. Toskan kertas dan buangkan air tadi. d. Hancurkan kertas dengan menumbuk atau mengacau supaya pulpa kertas hancur menjadi fiber kertas. e. Tambahkan gam sehingga menjadi seperti tanah liat.

Pelbagai bahan boleh ditambah untuk mendapatkan tanah liat kertas yang lebih baik seperti kapur, cat latex, habuk kayu atau drywall joint compound untuk menjadi sebagai binder dan stabiliser.

3.

Mewarnakan paper mache

Cara yang paling popular untuk mewarnakan papier mache adalah cat acrylic kerana impak warna dan ketahanannya. Sekiranya kita menggunakan cat air seperti cat poster, anda perlu gunakan varnish yang tidak berasaskan air kerana cat akan menjadi comot. Sebelum menggunakan cat kita perlu sapu lapisan pelindung (seal) pada paper mache bagi mengelakkan cat meresap ke dalam lapisan paper mache. Jika kita menggunakan kertas surat khabar, adalah baik untuk menggunakan kertas putih sebahai lapisan akhir paper mache atau sapukan primer putih sebelum mula mengecat paper mache.

Anda mungkin juga menyukai