Anda di halaman 1dari 4

CARA-CARA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA

a. memperbanyak tempat pelancongan yang baru / mengenal pasti tempattempat menarik


yang baru b. memajukan kemudahan pengangkutan c. menyediakan kemudahan asas untuk
para pelancong d. mengekalkan keamanan negara ( rakyat Malaysia mesti mengamalkan
nilai-nilai murni: jujur, bersopan santun mesra ) e. menjalankan promosi secara
besar-besaran untuk memperkenalkan negara Malaysia kepada dunia luar Karangan:
Malaysia merupakan sesuatu negara tropika yang indah, aman dan sedang bergerak ke
arah mencapai status negara perindustrian yang maju. Lantaran itu, tidak hairanlah
jika negara ini menjadi tumpuan para pelancong dari seluruh pelosok dunia /
seantero dunia sejak belakangan ini. Di Malaysia, industri pelancongan menjadi
suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri
berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan
mega Malaysia menuju negara maju dalam abad. Memandangkan Malaysia mempunyai
potensi yang besar dalam bidang pelancongan, inisiatif yang efisien perlulah
diambil untuk memajukan industri pelancongan di tanah air kita. Langkah yang
primer ialah pihak kerajaan perlulah memperbanyak tempat pelancongan di negara ini
untuk menggalakkan lebih banyak pelancong antarabangsa datang ke negara kita.
Kerajaan Malaysia juga perlulah mengenal pasti tempat-tempat pelancongan yang baru
dan menarik di negara ini dan berusaha utk memajukannya. Dalam kondisi ini, para
pelancong akan mempunyai banyak alternatif tempattempat untuk dilawati. Oleh itu ,
mereka tidak akan berasa bosan kerana melawat tempat yang berlainan. Sebaliknya,
para pelancong akan lebih meluaskan ilmu pengetahuan seseorang pelancong itu.
Contohnya, bangunan bersejarah di Malaysia, Kota A Famosa tugu-tugu lama
peninggalan penjajah, Muzium Negara dan lain-lain perlulah dijaga dan akan menjadi
tarikan pelancong dari negara asing. Bangunan itu telah membuktikan peristiwa
bersejarah bahawa negara kita pernah dijajah oleh negara asing. Dengan ini, dapat
memajukan industri pelancangon di Malaysia. Sistem pengangkutan perlu dimajukan
juga merupakan salah satu langkah yang efektif untuk memajukan industri
pelancongan di ibu pertiwi ini. Dengan ini, sistem pengankutan yang sistematik
akan
memudahkan pelancong asing pergi dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain.
Dengan adanya sistem pengangkutan yg mengenakan tambang pada harga yang
berpatutan, selamat, selesa, cekap dan mengikut jadual yang ditetapkan, para
pelancong mudah pergi ke sesebuah tempat tanpa perlu menghadapi banyak masalah.
Antara contoh pengangkutan moden yang terdapat di Malaysia ialah monorel, komuter,
kapal laut, bas, teksi dan sebagainya. Mereka tidak lagi berhadapan dengan masalah
pengangkutan untuk pergi ke kawasan pulau dan tanah tinggi. Sebagai contoh, para
pelancong boleh menggunakan perkhidmatan feri atau kapal terbang untuk pergi ke
Pulau Langkawi. Terbukti bahawa pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam
memajukan ekonomi di Malaysia. Di samping itu, industri pelancongan akan dapat
berkembang dengan cepat dan dimajukan sekiranya terdpt kemudahan-kemudahan asas.
Kemudahan-kemudahan asas yang penting seperti kemudahan jalan raya, sistem
pengangkutan, tempat-tempat penginapan yg mencukupi ( chalet dan hotel ) , tempat
makan, tandas awam dan sebagainya perlu disediakan kepada para pelancong.
Contohnya, pihak kerajaan boleh mengurangkan kadar cukai membina chalet atau hotel
kepada syarikat yang berkaitan. Dengan ini, chalet yang sewanya rendah dapat
menarik para pelancong. Selain itu, tempat-tempat pelancongan yang sedia ada
perlulah dijaga dengan sempurna agar bersih dan selamat. Kebersihan patutlah
diberi keutamaan kerana kondisi ini juga merupakan suatu daya tarikan kepada para
pelancong. Seterusnya, tidak dapat dinafikan bahawa sesebuah tempat atau negara
itu akan mudah dikenali sekiranya kita berusaha untuk mempromosikannya. Pihak
kerajaan melalui agensi iaitu Kementerian Kesenian dan Pelancongan mestilah
menjalankan promosi secara besarbesaran untuk memperkenalkan nagara Malaysia
kepada dunia luar. Promosi ini dapat dilakukan melalui media massa di dalam negara
dan di luar negara. Pameran-pameran, kempen dan besta kebudayaan juga perlu
sentiasa diadakan di negara ini untuk memperkenalkan cara-cara hidup, pemakanan,
adat resam berbilang kaum di Malaysia. Kini, perkembangan teknologi maklumat yang
luas dan tiada batasnya. Oleh itu, kita boleh mengaplikasikan kemudahan ini untuk
memperkenalkan negara kita ke seluruh dunia. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh
menganjurkan pelbagai program seperti Tahun Melawat Malaysia, Pesta Flora
Malaysia, program Cinta Warna dan sebagainya untuk menarik lebih banyak pelancong
melawat tanah air kita. Seperkara lagi, pihak kerajaan perlulah menguatkusakan
undangundang untuk menjamin masyarakat sering berada dalam keadaan yang aman dan
harmoni. Hal ini demikian, dalam era globalisasi ini, sikap pemandu kenderaan-
kenderaan awam dan para pengusaha di negara ini yang mementingkan diri sendiri dan
sikap tidak mempedulikan orang lain
semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Insiden-insiden para pelancong ditipu
oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, pencemaran sungai dan kawasan
rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya telah menjejaskan imej negara
Malaysia dalam jiwa para pelancong. Oleh itu, pihak kerajaan haruslah mengenakan
hukuman yang berat kepada pemandu atau para pengusaha yang melanggarkan peraturan-
peraturan yang ditetapkan. Contohnya, pesalahpesalah akan dikenakan denda atau
dipenjarakan. Dengan ini, dapat mengekalkan keamanan negara dan juga memajukan
industri pelancongan. Malaysia mampu menjadi sebuah negara destinasi pelancongan
tropika indah yang popular ( tersohor ) dan berpotensi di rantau Asia ini dan di
dunia dengan keistimewaan yg dimiliki oleh negara ini. Pepatah Melayu juga ada
mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Oleh itu,
semua pihak perlu berkotmitmen untuk memajukan indusri pelancongan di negara kita
kerana industri ini membawa pulangan yang lumayan kepada masyarakat dan negara.
Oleh itu, rakyat Malaysia harus memberikan sokongan kepada kerajaan dan pihak
swasta dalam usaha memajukan industri pelancongan agar negara dapat “duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara maju. Tindakan ini penting
bagi membantu negara mencapai tahap negara maju pada tahun 2020.

Anda mungkin juga menyukai