Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Kelas Masa Bilangan murid Aspek Item Tajuk Lagu Kemahiran

: Pendidikan Muzik : 4 Cemerlang : 9.40 pagi 10.10 pagi : 18 orang : Permainan rekorder : Pengenalan rekorder : Mary Had A Little Lamb : 1) Memainkan rekorder dengan mempraktikkan teknik yang betul secara berpandu. 2) Mengenal penjarian rekorder not BAG

Hasil Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat meniup rekorder mengikut penjarian rekorder yang betul.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat rekorder Nilai Murni BBM : Kerjasama dan keyakinan : piano, papan putih dan sticker.

LANGKAH Set Induksi ( 2 minit )

ISI PELAJARAN Guru bersoal jawab dengan murid

AKTIVITI 1) Guru menanyakan kepada murid tentang lagu Mary Had A Little Lamb berdasarkan pengalaman lepas.

CATATAN 1) Murid menjawab pertanyaan guru

ABM - Papan putih Langkah 2 ( 3 minit ) Membuat ulang kaji tentang sistem penomboran pada jari. 1) Guru bersoal jawab dengan murid tentang sistem penomboran pada jari berdasarkan pelajaran yang lalu. 2) Murid menunjukkan sistem penomboran jari berdasarkan not yang disebut oleh guru, GAB . 3) Murid meniup not-not awal GAB dalam kiraan empat. Langkah 3 ( 10 minit ) Guru membunyikan pic lagu Mary Had A Little Lamb dengan menggunakan piano. Murid meniup keseluruhan lagu. 1) Guru membunyikan pic lagu dengan menggunakan piano bar demi bar. 2) Murid meniup rekorder bar demi bar dengan diiringi guru. 3) Murid meniup rekorder bar demi bar tanpa iringan piano oleh guru. 4) Murid meniup keseluruhan lagu dengan iringan guru. 5) Murid meniup keseluruhan lagu tanpa iringan guru. 1) Muridmurid mendengar dengan teliti. ABM - Rekorder - Papan putih

Langkah 4 ( 10 minit )

Meniup not-not yang bertanda secara berkumpulan.

1) Guru melekatkan sticker pada beberapa not. 2) Guru membunyikan not yang bertanda dengan menggunakan piano. 3) Murid meniup not yang bertanda dengan dan tanpa iringan guru. 4) Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 5) Kempulan A meniup not yang bertanda manakala kumpulan B meniup kaunter melodi secara berselang seli. 6) Murid ditunjukkan skor lagu Au Claire de La Lune 7) Murid meniup rekorder dengan iringan piano guru. 8) Murid meniup lagu Au Claire De La Lune tanpa iringan guru dengan rasa yakin.

ABM - sticker

Nilai : Disiplin Mengikut arahan

Penutup ( 5 minit )

Meniup kedua-dua lagu secara keseluruhan.

1) Murid meniup keduadua lagu tanpa iringan guru secara keseluruhan. 2) Guru meminta murid yang ingin meniup rekorder secara sukarela

Nilai : Berkeyakinan tinggi Berani

Anda mungkin juga menyukai