Anda di halaman 1dari 2

Tajuk : Menahan Marah

Dari : Riwayat al-Bukhari


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang
lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.“ Berwasiatlah
kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah
engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang
itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi
s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi
seorang yang pemarah.”
Huraian :
1. Umat Islam dituntut supaya meminta nasihat
daripada orang yang alim untuk membentuk
peribadinya.
2. Islam menghendaki seseorang itu berusaha
memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa
agar iman dan ketaqwaannya kepada Allah
S.W.T semakin meningkat.
3. Hakikat marah menurut Islam ialah marah
yang terpuji dan marah yang tercela.
Kemarahan yang ditujukan untuk
mempertahankan diri, agama, kehormatan,
hak atau untuk menolong orang yang dizalimi
adalah marah yang dituntut. Sebaliknya yang
selain daripada itu adalah marah yang datang
daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh
Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah
menjauhinya.
4. Sesuatu persoalan atau wasiat yang
memerlukan jawapan daripada seseorang,
janganlah diminta secara mendesak atau
menunjukkan kemarahan, tetapi hendaklah
menggunakan tutur kata yang baik, bersopan
dan sabar.

Anda mungkin juga menyukai