Anda di halaman 1dari 23

ANCAMAN LIBERALISME DAN PLURALISME[1]

Oleh :
Hj Zamihan Hj Mat Zin al-Ghari
AJK Persatuan Ulamak Malaysia (PUM)
Cawangan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

1.0 LATARBELAKANG

Nabi SAW telah mengingatkan kita tentang kemunculan pelbagai fitnah


diakhir zaman. Hal ini terbukti apabila kita menelusuri kitab-kitab
hadis yang memuatkan pelbagai karenah fitnah samada bermula
sekecil-kecil fitnah sehinggalah menumpahkan darah. Walauapapun
fitnah yang melanda, pegangan yang bersumberkan kepada petunjuk
Al-Qur’an, al-Sunnah serta bimbingan ulamak ahli al-Bayt sentiasa
berdiri di atas kebenaran. Hal ini jelas sebagaimana jaminan
Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Ku tinggalkan
kepada kalian dua pusaka. Pertamanya Kitab Allah. Padanya terdapat
petunjuk dan cahaya. Ambillah dan berpeganglah dengannya. Dan
(keduanya) ialah sanak saudara keturunanku. Semoga Allah
mengingatkan kamu terhadap kaum keluargaku…(3x)”[2]

Selain itu, terdapat juga hadis lain menuntut kita supaya mengikuti
autoriti al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai sumber pegangan utama.
Bahkan kewujudan golongan yang membela agama juga sentiasa
mengatasi apa jua bentuk kesesatan, keadaan dan cabaran yang
mendatang. Lebih meyakinkan kita bahawa Allah sendiri memberi
jaminan bahawa agama Islam ini tetap teguh terpelihara walaupun
cuba diancam dan diserang oleh musuh-musuhnya. Firman Allah SWT
yang bermaksud : “Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah
dengan ucapan mereka. Dan allah tetap menyempurnakan cahayaNya
[

[
meskipun orang-orang kafir membencinya.”[3]

Walaupun kemunculan fahaman sesat sering berlaku setiap zaman,


namun kita perlu menyedari bahawa ancaman di zaman ini bukan
sekadar berhadapan dengan kesesatan aliran pemikiran tauhid dan
metafizik Yunani. Akan tetapi, kita sebenarnya berhadapan dengan
aliran pemikiran moden yang berjaya mensinonimkan Islam dengan
falsafah pemikiran barat. Tuntasnya, mereka mengaku beragama
Islam dan mengamalkan isi kandungannya akan tetapi menurut
perspektif barat. Sedarlah, firman Allah SWT : “Orang-orang kafir itu
merancang tipu daya. Dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan
Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.”[4]

2.0 PENGENALAN ISLAM LIBERAL DAN PLURALISME

Fahaman Islam Liberal merupakan satu fahaman yang berteraskan


prinsip kebebasan individu tanpa sempadan. Fahaman ini muncul pada
kurun ke-16 dan ke-17 ketika zaman Renaissance. Iaitu zaman
golongan intelektual menyerang penyelewengan pihak gereja.

Zaman itu, agama Kristian di kawal oleh Roman Katolik. Pihak gerja
berkuasa penuh dalam menafsirkan Injil. Manakala orang awam tidak
sesekali dibenarkan untuk menafsirkannya. Mereka yang didapati
menentang akan disiksa dengan pelbagai bentuk siksaan. Akibatnya,
muncul pelbagai mazhab dalam Kristian seperti Protestan, Anglican,
Prebisyterian, Lutheran dan lain-lain.

Pendapat ini mempunyai jurang perbezaan yang luas antara satu sama
lain sehingga menjelmakan kaedah “kebenaran itu tidak selamanya
benar dan perlu dinilai semula.” Tindakan ini benar-benar menjadikan
Injil sebagai unsur manusia. Iaitu masing-masing memahami injil
dengan bahasa dan tafsiran sendiri. Oleh itu pengolahan dan

[
penggubahan dalam memahaminya terus berlaku apabila dirasakan
intisarinya tidak releven lagi dengan keadaan semasa. Rentetan dari
idea di atas, muncul pula John Hick mempelopori pendapat bahawa
semua agama boleh diterima kerana tujuannya yang satu. Cuma cara
dan pendekatan sahaja yang berbeza. Maka lahirlah apa yang
dinamakan pluralisme.

Apabila menyedari serangan fizikal tidak mampu menggugat umat


Islam, maka timbulnya alternative baru untuk menyerang Islam dari
dalam. Iaitu menerusi serangan pemikiran. Maka pihak barat yang
diterajui Yahudi dan Kristian berusaha menggali ilmu Islam dan
mengkaji sumbernya serta mencari apa jua kelemahan umat Islam
yang boleh diserang. Akhirnya mereka menubuhkan bahagian
pengajian Islam di Universiti-universiti di Eropah dengan menggula-
gulakan beberapa ulamak sebagai pensyarah jemputan bagi menarik
minat umat Islam mendapat pendidikan di sana. Apa yang penting
bagi mereka ialah ‘racun’ pemikiran yang dihidangkan dapat ditelan
dengan sempurna.

Lantaran itu, tidak hairanlah kita dikejutkan dengan kemunculan


golongan Jamaah al-Qur’an Malaysia (JAM) yang dipelopori oleh
Kassim Ahmad dan Osman Ali satu waktu dahulu. Mereka begitu gigih
mengajak masyarakat kembali kepada Al-Qur’an dengan pengolahan
yang baru. Dalam masa yang sama mereka cuba menilai kembali
kedudukan al-Hadis. Mereka sebenarnya adalah anti hadis.

Mutakhir ini, muncul pula Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia


yang dipimpin oleh Ulil Absar Abdullah. Kerancakkan pemikiran ini
seterusnya merebak ke negara kita setelah pengharaman fahaman ini
di buat oleh Majlis Ulamak Islam Indonesia (MUI). Maka lahirlah
fahaman-fahaman yang senada dan seirama dengan pemikiran Ulil
Absar oleh beberapa individu seperti Farish A. Noor[5], Akbar Ali[6],

[
Zainah Anwar[7] yang menunjangi Sister In Islam (SIS). Walaupun
tidak segagah gelora kemunculan Islam Liberal di Indonesia (JIL),
namun dalam beberapa hal mereka dilihat begitu agresif mengkritik
dan mencabar kedudukan agama Islam itu sendiri dengan pelbagai
gaya dan ruang. Maka perhatilah dengan sebaik-baiknya.

3.0 DEFINISI ISLAM LIBERAL

Sebelum metodologi Islam Liberal dibongkar dengan lebih mendalam,


sayugianya definisi terhadap Islam Liberal perlu diambil kira supaya
semua pihak jelas dengan maksud tersurat dan tersirat di sebalik
penjenamaannya. Dalam kes ini, penulis cuba memecahkan definisi
kepada dua komponen utama. Iaitu :

3.1 Lafaz Islam Liberal :

Perkataan Islam Liberal sebenarnya terdiri dari dua cantuman lafaz


yang berbeza. Iaitu antara lafaz Islam dan lafaz Liberal. Islam dari
sudut bahasa bermaksud taat dan patuh, menyerah diri dan selamat.
Manakala dari sudut istilahnya pula Islam merujuk kepada satu cara
hidup yang perkenankan oleh Allah melalui syariatNya yang dibawakan
oleh Nabi Muhammad SAW untuk seluruh manusia dan Jin. Ternyata
lafaz Islam begitu harmoni dengan kehidupan insani.

Menurut kamus Dewan, Liberal bermaksud condong kepada kebebasan


dan fahaman yang demokratik atau berfahaman bebas. Ia juga
dimaksudkan dengan bersifat atau berpandangan bebas,
berpandangan terbuka Iaitu tidak terkongkong kepada sesuatu aliran
pemikiran dan sebagainya[8]. Lafaz ini membuka seluas-luasnya ruang
kepada akal dan nafsu untuk menerawang kebebasan mutlak. Ternyata
cantuman lafaz dan pengertiannya terlalu sembrono.

[
4.2 Maksud Islam Liberal :
Apabila kita mengakses laman web Jaringan Islam Liberal didapati
mereka menafsirkan maksud liberal seperti berikut : “Nama "Islam
liberal" menggambarkan prinsip-prinsip yang kami anut, yaitu Islam
yang menekankan kebebasan pribadi dan pembebasan dari struktur
sosial-politik yang menindas. "Liberal" di sini bermakna dua:
kebebasan dan pembebasan. Kami percaya bahwa Islam selalu dilekati
kata sifat, sebab pada kenyataannya Islam ditafsirkan secara berbeda-
beda sesuai dengan kebutuhan penafsirnya. Kami memilih satu jenis
tafsir, dan dengan demikian satu kata sifat terhadap Islam, yaitu
"liberal". Untuk mewujudkan Islam Liberal, kami membentuk Jaringan
Islam Liberal (JIL)[9].” Demikian tafsiran dan alasan mereka.
Berdasarkan kepada tafsiran ini dapatlah disimpulkan bahawa Islam
Liberal bermaksud sekumpulan golongan[10] yang memperjuangkan
prinsip kebebasan dan rasional yang bersifat menyeluruh tanpa
sebarang had.

Sebenarnya, mereka mencipta istilah ini bagi membuktikan bahawa


kononnya golongan merekalah yang memperjuangkan keterbukaan
dan kebebasan yang sebenar. Sedangkan mereka menuntut satu
kebebasan yang melampaui batasan syariat Islam itu sendiri. Iaitu
kebebasan dalam memberikan pandangan secara terbuka yang tidak
terikat kepada pemikiran Islam bahkan melebihi had ajaran Islam itu
sendiri. Sedangkan Islam mempunyai prinsip al-Hurriyyah yang
tersendiri berasaskan wahyu.

Apa yang dituntut oleh golongan Islam Liberal ialah al-Hurriyyah al-
Fikriyyah wa al-I’tiqadiyyah. Iaitu satu konsep kepercayaan yang
mengatakan tiap-tiap individu mesti diberi kebebasan (supreme
importance) dalam kehidupan social. Suara dan hak kebebasan ini
cuba diperoleh mereka melalui prinsip peluang sama rata (equality of
opportunity). Mereka berpendapat semua orang memiliki hak mutlak
untuk memerintah, mencari harta, bercakap dan mengemukakan

[
kepentingan masing-masing.

Kita melihat, apabila kedua lafaz yang berbeza ini (Islam – Liberal)
cuba disatukan maka ia membawa cantuman yang songsang. Bahkan
saling bertentangan antara kedua lafaz tersebut. Justeru di dapati
bahawa lafaz sebegini tidak pernah digunakan dalam bahasa arab.
Malah penggunaan tidak berpijak kepada sebarang dalil bahasa.
Bahkan pertentangan maksud antara kedua lafaz ini memberikan kita
satu petunjuk bahawa lafaz ini sengaja direka bagi membebaskan
Islam dari keterikatan sumbernya. Situasi ini dilihat cuba menjatuhkan
imej Islam itu sendiri. Maka sebarang rekaan yang tidak berpaksikan
kepada dalil agama bahkan bertentangan dengan dalil-dalilnya
merupakan satu bid’ah yang sesat lagi menyesatkan.

Jelas kepada kita bahawa istilah Islam Liberal merupakan istilah


rekaan yang menyimpang dari landasan Islam. kedudukan istilah bagi
melambangkan kebebasan yang mutlak sebenarnya bertentangan
dengan Islam yang menghadkan kebebasan berasaskan prinsip-
prinsipnya yang tertentu. Berdasarkan kepada tafsiran dan alasan
mereka juga dapatlah dirumuskan bahawa sandaran liberal kepada
Islam merupakan sandaran kosmetik belaka. Hakikatnya perjuangan
mereka mempunyai racun yang berbisa.

3.2 Klasifikasi Islam Liberal :

Secara umumnya, terdapat dua jenis liberal. Iaitu liberal yang


bercorak klasik dan modern. Liberal klasik lebih menekankan hak asasi
dan undang-undang semulajadi merangkumi moral, politik, ekonomi
dan sosial. Manakala liberal moden lebih menekankan dasar-dasar
awam melalui pengalaman, penelitian dan praktis. System liberal
moden selalu menumpang dalam corak pemerintahan demokrasi.
Manakala liberal klasik pula lebih bersikap koservatif yang membantak
pengawalan kerajaan dalam aktiviti ekonomi.

Paling tuntas, status Islam liberal semuanya menyeleweng samada


liberal klasik mahupun moden kerana ideology yang diperjuangkan
bertentangan dengan prinsip islam itu sendiri. Iaitu idea
memperjuangkan kebebasan melebihi batasan syariat Allah. Justeru,
penisbahan ini tidak sepatutnya dibiarkan.

4.0 FENOMENA KEMUNCULAN

Terdapat beberapa factor utama yang menunjangi kemunculan


golongan Islam Liberal. Antaranya ialah :

4.1 Cabaran Terhadap Umat Islam Sendiri.

Situasi ini telah dibuktikan oleh Rasulullah SAW sendiri yang


mengingatkan kita tentang fitnah yang berlaku di akhir zaman.
Antaranya berdasarkan kepada riwayat al-Syaikhan dari Huzaifah bin
Yaman yang bermaksud: “Aku (Huzaifah) bertanya, ‘Ya Rasulullah,
sesungguhnya kami dahulunya berada dalam jahiliah dan kejahatan
maka Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Apakah selepas
ini akan ada kejahatan?’ Nabi menjawab, ‘Ya’. Aku bertanya lagi,
‘Apakah selepas kejahatan itu akan datang pula kebaikan?’ Nabi
menjawab, ‘Ya, tetapi akan ada bersamanya dakhnun (asap).’ Aku
bertanya lagi, ‘Apakah asap itu ya Rasulullah?’ Baginda bersabda,
‘Golongan yang tidak lagi mengikut landasan sunnahku dan mereka
tidak menggunakan petunjuk yang aku bawa. Kamu akan mengenali
dan mengingkari mereka’. Aku seterusnya bertanya, ‘Apakah selepas
kebaikan ini akan ada pula kejahatan?’ Nabi bersabda, ‘Ya, akan
datang pendakwah-pendakwah di pintu neraka. Sesiapa yang
mengikut mereka akan dicampakkan ke dalamnya.”

Al-`Allamah Syeikh Said Hawa mengaitkan hadis ini dengan zaman


kita sekarang. Beliau berkata, “Marhalah dakhnun atau ‘asap’
berterusan hingga ke zaman kita hari ini dan era kita sekarang ialah
era lahirnya penyeru-penyeru ke pintu neraka.”[11]

Berdasarkan kepada hadis di atas dan selainnya membuktikan kepada


kita bahawa Islam dan umatnya sentiasa dicabar oleh musuh-
musuhnya. Ia bukan bermaksud Allah sengaja ingin menyusahkan
umat Islam itu sendiri. Sebaliknya, kewujudan musuh membuatkan
kita sentiasa berwaspada dalam mengatur langkah agar tidak
terperangkap dalam jerangkap mereka. Malahan memberi kesedaran
kepada para ulamak supaya lebik proaktif dalam memainkan peranan
mereka.

Di samping itu, kewujudan cabaran dilihat mempunyai hikmahnya


yang tersendiri. Cabaran sebenarnya penting bagi umat ini kembali
merenung kekuatan dan kelemahan mereka. Tanpa cabaran tentunya
kita tidak menyedari di mana kedudukan kita yang sebenarnya. Apatah
lagi untuk memainkan peranan dan tanggungjawab yang lebih aktif
dalam memacu kekuatan dan menerajui pembangunan manusia.

Selain itu, khabar di atas juga menggambarkan kepada kita betapa


pandangan Rasulullah SAW merentasi masa, tempat dan keadaan.
Maka situasi ini menuntut kita untuk berpegang teguh dengan sunnah
Baginda SAW yang terpancar daripada hidayah Allah.

4.2 Usaha Pembaratan Terhadap Umat Islam Melalui Pengaruh


Orientalis.

Sebenarnya usaha pembaratan bermula semenjak Perang Salib lagi.


Mereka mendapati bahawa Umat Islam tidak dapat dikalahkan secara
berhadapan selagi mereka berpegang dengan al-Kitab dan al-Sunnah.
Akhirnya satu strategi dilaksanakan bagi memesongkan perhatian
umat ini terhadap intisari al-Qur’an. Lantaran itu mereka mencipta
pelbagai terminology bagi mengelirukan umat Islam. Maka muncullah

[
istilah seperti Islam Tradisional–Modern, Islam Moderate–
Fundamentalis, Islam Legalistik, Islam formalistic Subtantif, Islam
Cultural, Islam Inklusif-Eksklusif dan lain-lain lagi.

Selain itu, mereka juga memperkenalkan pemikiran nasionalisme,


demokrasi, pluralisme politik, hak asasi manusia, feminisme,
kebebasan, globalisasi dan muncul pula Islam Liberal.

Sebenarnya pemikiran liberal di barat berasal dari tradisi pemikiran


Yahudi. Buktinya Leonard Binder[12] telah memperincikan beberapa
agenda penting dalam bukunya Islamic Liberalisme : A Critique of
Development Ideologies. Dalam buku ini beliau menjelaskan bahawa
pergerakan Islam liberal perlu didukung dan disebarluaskan
berasaskan kepada rational discouse. Gerakan ini digunakan sebagai
alat untuk mencapai tujuan politik. Iaitu menjelmakan satu
pemerintahan ala barat bagi sesuah Negara sebagai penyambung lidah
Yahudi. Buktinya Leonard menjelaskan : “Liberal government is the
product of a continuous process of rational discourse. Political
Liberalism in this sense, is indivisible. It will either prevail worldwide,
or it will have to be defended by nondiscursive action.”[13]

Selain Leonard, muncul pula Charles Kurzman[14] memperkenalkan


istilah dan gerakan baru kepada dunia Islam di dalam bukunya yang
berjudul Liberal Islam : A Sourcebook.[15] Buku ini menghimpunkan
karya 32 orang penulis dari 19 negara termasuk artikel Nurkholis
Madjid yang berjudul Penyegaran Kembali Pemahaman Keagamaan di
Kalangan Umat Islam Indonesia.[16] Walaupun ditulis dengan gaya
pemkiran falsafah moden dan terbuka ia sedikit sebanyak mampu
menerapkan liberalisasi pemikiran dikalangan masyarakat.
[

[
Di dalam buku ini juga, Charles secara jelas mengatakan bahawa para
penulis buku ini kesemuanya berorientasikan fahaman liberal. Di mana
secara khususnya mereka menentang kebangkitan Islam secara
halus.[17]

4.3 Kelemahan pemimpin Islam, kejumudan ulamak dan kejahilan


masyarakat.

Dalam mengupas factor ini, penulis mendatangkan contoh Khilafah


Uthmaniyyah sebagai bahan renungan dan tauladan buat semua.
Sebagai contoh, dasar pembangunan kerajaan Uthmaniyyah pada
abad ke-16 yang lebih berorientasikan pembangunan fizikal dan
ketenteraan menyebabkan pegembangan bahasa arab terabai.
Pengabaian ini menyebabkan usaha memahami dan mengkaji Islam
secara mendalam terbantut. Banyak ruang pemikiran dan pelaksanaan
agenda pembangunan Islam tertutup. Ramai dari pemimpin umat
islam hidup dibuai mimpi indah.

Manakala para alim ulamak pula kebanyakkannya memfokuskan


kepada permasalahan tekstual yang lebih bersifat feqhiyyah. Malah
terdapat sebilangan dari mereka yang selesai dengan kehidupannya
tanpa mengambil berat permasalahan ummat. Apatah lagi untuk
melahirkan idea-idea yang bernas yang dapat disumbangkan bagi
pembangunan Negara.

Kemajuan tamadun Eropah juga memperlihatkan kemajuan antara


abad ke-16 hingga ke 18M turut menjadi factor. Situasi ini
menyebabkan dunia Islam terpencil. Kerajaan Uthmaniyyah mula
tertarik dengan kejelitaan Eropah. Manakala umat Islam pula
merasakan ilmu pengetahuan di eropah perlu diintegrasikan supaya
Uthmaniyyah mendapat standard yang sama. Maka selaras dengan
revolusi di Perancis, pada tahun 1816 didapati bahawa sekolah-sekolah
di mesir sudah menerima pakai pemikiran-pemikiran Voltaire, Rostow,

[
Montesquieu dan lain-lain. Maka bermulalah pergeseran tamadun
civilisasi dengan Islam. Dan akhirnya memunculkan fahaman
nasionalisme yang menggalakkan pembebasan wilayah Uthmaniyyah
mengikut identity bangsa masing-masing.

Imperialis barat pula berhasil meletakkan penguasa-penguasa


tempatan bagi mengukuhkan cengkaman mereka dalam mengukuhkan
penjajahan bentuk moden. Dan inilah hakikat yang berlaku dan
terpaksa diterima walau amat pahit untuk ditelan.

Kini, isu kelemahan pemimpin Islam, kejumudan para alim ulamak dan
kejahilan masyarakat kembali menghantui kita. Ya, ketidakpekaan
pemimpin terhadap isu-isu sensitive umat Islam menyebabkan
kemasukan idea liberal dan pluralisme dipandang sepi. Kelembapan
para ulamak untuk bersuara, berhujah dan menjadi penggerak ilmu
masyarakat mengakibatkan umat ini berada dalam kegelapan dan
ketandusan idea. Apatah lagi untuk mengenal sesuatu aliran pemikiran
yang ada. Umat yang lemah hanya menyaring sahaja apa jua
pemikiran yang mendatang asalkan dilihat rasional dengan gaya dan
keperluan hidup mereka. Justeru, semua pihak harus menyedari
hakikat ini. Bahkan meningkatkan keprihatinan dan tanggungjawab
yang tinggi dalam mendokong pegangan dan pemahaman yang benar.

5.0 DASAR-DASAR PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL

Sebelum kita menerokai dasar-dasar pemikiran Liberal, maka asas


umum yang menjadi momentum kepada ideanya perlu di ambil kira.
Antara gagasan pemikiran Islam Liberal sebagaimana yang
dikemukakan Charles Kurzman adalah seperti berikut :

a) Syariat liberal, “liberal shari’a” argues that the revelations of the


Quran and the practices of the Prophet command Muslims to follow
liberal positions;
b) Syariat diam, the “silent shari`a,"holds that coexistence is not
required by the shari`a, but is allowed. This trope argues that the
shari`a is silent on certain topics-not because divine revelation was
incomplete or faulty, but because the revelation intentionally left
certain issues for humans to choose;

c) Penafsiran syariat (interpreted shari’a), this third trope suggests


that religious diversity is inevitable, not just among religious
communities but within Islam itself

Secara ringkas, idea-idea ini dijadikan bahan anjakkan dalam


melahirkan beberapa dasar pemikiran Islam Liberal. Antara dasar-
dasar pemikiran Islam Liberal adalah seperti berikut :

5.1 Pluralisme Agama (Kesatuan Agama)

Golongan Islam Liberal berpendapat Islam bukan satu-satunya agama


yang benar. Bahkan semua agama di dunia ini adalah sama dan benar
berdasarkan kepada konsep keseluruhan. Iaitu semua agama memiliki
Tuhan dan menganjurkan kebaikan. Justeru, mereka menganggap
masyarakat beragama Islam perlu menerima teologi pluralis dan
kefahaman yang menghubungkan semua agama (Lintas agama).

Sebagai contoh, Nurkholis Majid berpendapat bahawa pluralisme


sesungguhnya adalah sebuah aturan tuhan (sunnatullah) yang tidak
akan berubah, sehingga juga tidak mungkin ditentang dan diingkari.
Beliau mengibaratkan pluralisme seperti roda, pusat roda itu adalah
tuhan dan jarring-jaring adalah simbolik dari perbagai agama. [18]
Demikian juga pendapat yang dikemukan oleh Alwi Shihab di dalam
bukunya Islam Inklusif : Menuju Sikap Terbuka Dalam Beragama.
Beliau berpendapat bahawa ayat 62 surah al-Baqarah dan ayat 69
surah al-Ma’idah itu bersifat inklusif bukannya eksklusif untuk umat
Islam sahaja. Pendapat ini disokong oleh Abd Rahman Wahid, Djohan
Effendi, Arief Budiman dan ramai lagi.

[
Ulil absar Abdalla pula mengatakan : “Semua agama sama. Semuanya
menuju kebenaran. Jadi Islam bukanlah yang paling benar.”[19]

Bertitik tolak dari fahaman ini, mereka menyimpulkan bahawa semua


agama adalah sama. Dengan itu mereka begitu mudah menghalalkan
perkahwinan antara penganut yang berbeza agamanya. Mereka
mendakwa inilah sebahagian dari hasil ijtihad dan pembaharuan
hukum pada dimensi Islam. Paling tuntas, dasar inklusif-pluralis ini
sebenarnya menyimpang dari kebenaran. Bahkan mengutamakan
kehendak akal dan nafsu semata-mata.

5.2 Al-Qur’an sebagai produk budaya.

Penganut Islam Liberal enggan menyebutkan “Allah berfirman”


disebabkan mereka mendakwa al-Qur’an merupakan susunan kata-
kata Muhammad atau merupakan karya bersama. Mereka berhujah
bhawa teks al-Qur’an dalam bentuk apapun pada hakikatnya adalah
produk budaya. Sebagai contoh, Nasr Hamid Abu Zayd menganggap
hukum-hakam di dalam al-Qur’an hanyalah sesuai dengan sosio-
budaya, ekonomi dan politik masyarakat arab abad ke-7 sahaja. Oleh
itu, adalah tidak sesuai jika ia hendak dipraktikkan tanpa sebarang
kajian dan menilai hikmah disebalik penurunan ayat tersebut.[20]

Tidak cukup dengan teori logic di atas, Nasr Hamid Abu Zayd dengan
keras mengkritik metodologi ulamak tafsir Ahli Sunnah wal Jamaah.
Beliau mendakwa autoriti tafsir bukannya dimiliki oleh mufassirin
terdahulu. Bahkan beliau berpendapat bahawa para mufassir telah
melakukan satu kesilapan besar kerana menafsirkan sesuatu ayat
dengan unsur kenabian dan penurunan wahyu.

Selain itu, muncul pula Hassan Hanafi[21] dari Mesir yang


[

[
mempelopori pemikiran Islam Berhaluan Kiri. Beliau berpendapat
bahawa nas al-Qur’an adalah dilalah dzanniyyah. Manakala akal
merupakan pemutus (al-Qat’iyyah) terhadap perkara-perkara yang
berkaitan dengan Ketuhanan, Kenabian dan Hari akhirat.[22]

Manakala Muhammad Arkoun[23] menggunakan pendekatan sejarah


dalam menafsirkan al-Qur’an. Dan beliau berkeyakinan bahawa
sebarang kajian kritis sejarah terhadap al-qur’an merupakan satu
bentuk ijtihad zaman kini. Lantaran itu, dia telah mengintegrasikan
bahan sejarah dari pelbagai agama seperti Hindu, Budhha, injil
Perjanjian Lama dan Injil Perjanjian Baru. Beliau juga berpendapat
bahawa al-Qur’an itu lebih suci ketika berada di peringkat pertama jika
dibandingkan dalam bentuk bertulis.[24]

5.3 Kritikan dan Penghinaan terhadap Rasulullah SAW

Golongan Islam Liberal menganggap bahawa kenabian Rasulullah SAW


hanyalah menggambarkan kemampuan seseorang manusia yang
memimpin kelompok tertentu. Sesiapa sahaja mampu mengambil alih
sifat Nubuwwah apabila memimpin manusia ke arah kebaikan.[25]

Di samping itu mereka juga menganggap bahawa Rasulullah SAW


sebagai manusia yang biasa yang tidak terlepas dari melakukan
kesilapan. Dan umat ini pula dituduh berpura-pura kerana
mempercayai kesempurnaan yang ada pada Baginda SAW. Bahkan
apabila kita mengikuti teks al-Qur’an dan al-Sunnah dianggap sebagai
menyembah teks berkenaan dan melupuskan fungsi akal.

Maka tidak hairanlah jika terdapat tokoh-tokoh tertentu di Negara kita


yang lantang melemparkan kritikan dan penghinaan kepada Baginda

[
SAW. Antaranya mereka menuduh Baginda tidak mencukur janggut
kerana dahulunya tida ada pisau cukur. Baginda memakai serban
kerana bentuk muka bumi Makkah dan Madinah berpasir. Lebih sadis
lagi mereka menuduh Baginda sebagai bernafsu seks yang kuat
dengan memiliki ramai gundik. Malah sebahagian mereka menganggap
kepimpinan Baginda hanyalah sekadar Pegawai Daerah sahaja. Maka
perhatikanlah alangkah hitamnya hati dan betapa busuknya pula
mulut-mulut jahat mereka.

5.4 Penafsiran semula Agama Islam.

Tajdid dan Ijtihad merupakan dua perkara yang saling berkait antara
satu sama lain. Sayangnya, ia disalah tafsir oleh golongan Islam
Liberal. Hal ini terbukti apabila mereka menganggap bahawa ilmu-ilmu
Usul Tafsir, Usul al-Hadis, al-Jarh wa Ta’dil adalah ilmu buatan manusia
yang tidak terlepas dari kesilapan dan kecacatan. Oleh itu, mereka
sesekali tidak menggunakan ilmu ini. Bahkan penggunaannya dilihat
mampu mengekang tafsiran bebas mereka terhadap Islam.

Golongan ini juga tidak menghormati para ulamak Islam. bagi mereka
ulamak hanyalah manusia biasa yang terikat kepada pentafsiran
jumud ulamak sebelumnya. Para ulamak dianggap menyembah teks.
Apabila pendapat mereka dilihat bercanggah dengan para ulamak,
mereka mengatakan bahawa pendapat ulamak boleh diterima dan
ditolak. Demikianlah seni putar belit yang hebat yang ditunjukkan oleh
penyeleweng zaman moden. Maka berhati-hatilah.

5.5 Mentafsir Al-Qur’an secara Hermeunatika.

Kaedah pentafsiran al-Qur’an secara hermeunatika seringkali diwar-


warkan orientalis dan pemikir Muslim modern seperti Aminah Wadud,
farid esack, Asghar ali Engineer, Hassan Hanafi, nasr hamid Abu Zayd
dan lain-lain.

Sebenarnya, hermeunatika merupakan satu kaedah pengkajian prinsip


umum yang terdapat dalam Bible. Golongan ini cuba memperkenalkan
hermeunatika sebagai kaedah baru bagi merungkai penyembahan teks
sekaligus membuka ruang penafsiran yang lebih luas dan bebas
mengikut citaras mereka. Timbul persoalan, apakah umat Islam
memerlukan bantuan hermeunatika dalam memahami tuntutan
sebenar al-Qur’an.

Ternyata, tidak sesekali. Ini kerana metodologi penafsiran al-Qur’an


sebenarnya jelas berdasarkan beberapa factor seperti kaedah bacaan,
sebab-sebab turun ayat, I’rab al-Qur’an, Gharib al-Qur’an, mufradaat,
I’jaz al-Qur’an, kelebihan al-Qur’an dan lain-lain yang berkenaan.
Sedangkan kaedah hermeunatika diasaskan kepada tafsiran relative,
disulami sangkaan, keraguan dan pengalaman kehidupan semata-
mata. Justeru, bagaimana sesuatu yang kukuh hendak digantikan
dengan sesuatu yang lumpuh. Perhatikanlah.

5.6 Menilai semua hadis-hadis Rasulullah SAW.

Golongan ini menganggap bahawa hadis-hadis Rasulullah SAW perlu


dinilai semula sekalipun ianya tercamtum di dalam kitab-kitab sahih.
Mereka tanpa segan silu mengatakan bahawa sebahagian besar hadis
bukan dari Nabi SAW. Sebaliknya hanya ciptaan individu tertentu yang
jelas mempunyai kepentingan.

Hadis-hadis mutawattir hanyalah melambangkan sejarah peradaban


zaman awal Islam sahaja. Ia tidak sesuai lagi untuk diamalkan di
zaman ini. Masya Allah.

Selanjutnya, hadis-hadis yang berkaitan dengan al-Sam’iyyat dan al-


Ghaibiyyat dianggap sebagai bahan rekaan perawi hadis. Bahkan
perkhabaran ini dianggap sebagai cerita-cerita rekaan berunsur tahyul
dan mistik belaka.[26]

[
5.7 Menilai semula hukum feqah

Aliran ini mempunyai kaedah yang tersendiri dalam menilai hukum


feqah. Iaitu apa yang diambil adalah tujuan hukum iaitu maslahat
bukannya bentuk hukum berkenaan. Justeru, ketentuan hukum boleh
diubah berdasarkan maslahat manusia.

Sebagai contoh, pembahagian harta fara’idh boleh diubahsuai


mengikut keadilan ahli waris, hak suami menjatuhkan talak boleh
dilupuskan dan kes-kes perceraian hanya boleh diputuskan hakim
mahkamah biasa, poligami dilarang, wanita diberikan hak samarata
dalam persaksian jenayah, kes hudud boleh diubahsuai mengikut
peradaban zaman, arak tidak haram jika tidak memabukkan, masa
ibadat seperti solat, haji dan puasa boleh diubahsuai mengikut
keperluan individu dan menutup aurat hanyalah peradaban di zaman
awal islam sahaja.

Selain isu-isu yang difokus di atas, golongan ini juga turut


memperjuangkan isu kesetaraan gender dan feminisme. Sebenarnya
banyak lagi isu-isu agama yang telah, sedang dan akan diketengahkan
mereka. Dan kita melihat 11 tuntutan yang yang dikemukakan oleh
IFC sebenarnya didalangi oleh golongan Islam Liberal. Dan sebahagian
dari pemimpin kita memberi sokongan kepada perjuangan mereka.
Situasi ini sebenarnya amat melukai hati kita. Maka sedar dan
bangkitlah wahai pencinta agama Allah!

Justeru, kita perlu melipatgandakan usaha untuk menangkis idea-idea


yang gila ini dari mempengaruhi masyarakat dan anak-anak cucu kita.
Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada kita untuk
membongkar setiap inci penyelewengan mereka.

6.0 KESIMPULAN

Setelah kita memahami dan menhayati dasar-dasar pemikiran


golongan ini, maka jelaslah kepada kita bahawa aliran ini memberi
ancaman yang besar terhadap ketulinan agama islam itu sendiri.
Antaranya ialah :

6.1 Aliran pemikiran Islam Liberal merupakan produk barat yang jelas
bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan
boleh menjadikan seseorang itu sesat, dan terkeluar dari agama
Islam. Maka tidak hairanlah jika Panel Kajian Syariah JAKIM dan
Muzakarah Ulamak Ipoh 2006 mengklasifikasikan fahaman ini sebagai
sesat dan menyesatkan.

6.2 Pemikiran Liberal ternyata menyumbang kepada perpecahan umat


Islam sesebuah Negara. Bahkan meragut kesucian akidah umat Islam
sedikit demi sedikit sebagaimana yang berlaku di Indonesia. Lantaran
itu Majlis Ulamak Islam (MUI) telah memfatwakan pengharaman
pemikiran Islam Liberal pada 25 Julai 2005.

6.3 Kehadiran Muslim Liberal memberi ruang dan peluang kepada


musuh-musuh Islam bagi menyuntik perancangan jahat mereka untuk
melemahkan umat Islam supaya umatnya drop-out dari arus perdana.
Dan tidak syak lagi bahawa kemunculan IFC yang mempertikai
keistimewaan Islam sebagai agama rasmi adalah hasil anjakan
pemikiran Liberalisme.

6.4 Kehadiran Muslim Liberal juga sebenarnya satu usaha


menghidupkan watak-watak munafiq zaman awal islam untuk
disesuaikan dengan peradaban zaman kini. Maka berwaspadalah
dengan tokoh-tokoh munafiq moden ini.

6.5 Pihak berwajib seperti JAKIM, Kerajaan Negeri, JAIN, Jabatan


Mufti, Mahkamah Syariah, NGO Islam, cendikiawan Islam dan
masyarakat perlu bergabung tenaga dalam usaha menangkis dan
membongkar penyelewengan golongan Islam Liberal. Bahkan tindakan
bersepadu dan menyeluruh perlu diambil bagi menyekat penularannya.
[
1] Kertas kerja ini dibentang pada seminar Wacana Ilmu Ahli Sunnah
Wal Jamaah, anjuran Jabatan Agama Islam Pahang yang diadakan di
Dewan Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang, pada 21 hb Jun 2006,
jam 9.00 pagi – 11.00 pagi. Dan dibentang pula di Dewan JAIP,
Kuantan pada 22hb Jun 2006. Kini ia dibentang di Surau al-
Najjahiyyah, Seksyen 19, Shah Alam, pada 17hb Ogos 2006, jam 8 -
9:30 mlm
[
2] hadis riwayat Muslim, jld 3, hlm 1873 no: 2408. Selain itu hadis ini
juga wujud di dalam Sunan al-Tirmidzi dengan lafaz yang sedikit
berbeza. Tetapi apa yang lebih jelas berdasarkan Firman Allah pada
surah al-Ahzab ayat 33 yang menuntut kita mengasihi keturunan
Baginda SAW. Ini tidak beerti kita condong kepada fahaman Syiah
sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pelampau agama.
[
3] Surah al-Shaff ayat 8
[
4] surah al-Imran ayat 54
[
5] Beliau ialah seorang ahli akademik yang berlatarbelakangkan
pendidikan sains politik dan falsafah. Dan bertugas sebagai
penganalisa akademik di Zentrum Moderner Orient, Berlin, Jerman.
Beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Nabi SAW telah
mengadakan hubungan seks dengan 15 orang wanita termasuk
seorang bukan Islam yang bernama Rayhana sehingga ke akhir
hayatnya. (Farish A. Noor, Let Islam lead way with progressive view on
sexuality : New Straits Times, 4 Nov 2000)
[
6] Beliau pernah mengeluarkan kenyataan menghina Ulamak :
“Mungkin serban-serban Mufti terlalu ketat dan sebab itu tidak cukup
oksigen masuk ke dalam otak mereka. Mereka tidak berfikiran waras
dari semasa ke semasa, ulamak selalu mengeluarkan pengumuman

[
yang tidak masuk akal dan bodoh.” (Akbar Ali, Now the Mufti Blame
Hindi Film : The Sun, 21 Februari 2000). Akbar Ali juga mendakwa al-
Qur’an membenarkan murtad sebanyak 2 kali dalam rencananya yang
berjudul Many Side To Tudung Issue : The Sun, 12April 2000.
[
7] Beliau merupakan Pengarah Eksekutif kepada Sister In Islam
(SIS). Beliau pernah menulis : “…Sebarang penafsiran terhadap
sumber-sumber Islam seperti al-Qur’an bukanlah milik para ulamak
semata-mata. (utusan malaysia, 26 september 2000)
[
8] Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka (Kementerian Pelajaran
Malaysia) boleh dicapai melalui www.karyanet.com.my
[
9] www.islamlib.com/id/tentangkami.php
[
10] samada muslim dan bukan muslim.
[
11] Syeikh Sa`id Hawa, Al-Madkhâl Ila Dakwah Al-Ikhwân Al-
Muslimin, ( Kaherah : Maktabah Wahbah, 1996)
[
12] Beliau merupakan salah seorang sarjana barat berketurunan
Yahudi yang bertanggungjawab mencetuskan pergerakan Islam Liberal
pada era 80-an.
[
13] Leonard Binder, Islam Liberal, (Yogyakarta : Pustaka Pelajar,
2001) hlm 5

[
14] salah seorang profesor Sosiologi Agama di Universiti North
Carolina, Amerika
[
15] diterjemahkan oleh Bahrul Ulum dan Heri Junaidi dengan tajuk

[
Wacana Islam Liberal: Pemikiran Islam Terkini (Contemporary) tentang
Isu-isuGlobal dan diterbitkan oleh Paramadina-Jakarta, 2001.
[
16] Dalam buku ini NurKholis Madjid berusaha mentakrifkan ad-Din
itu sebagai keseluruhan agama yang ada. Malah perbuatan syirik kaum
musyrikin Mekah juga dianggap sebagi agama oleh beliau. Buktinya,
beliau mengatakan : “Di situ terjadi inkonsistensi yang nyata, iaitu
perkataan ad-din dipakai juga untuk menyatakan agama-agama yang
lain, termasuk agama syirik orang-orang Quraisy Mekah. Jadi, erti kata
itu memang agama, kerana itu, Islam adalah Agama.” (Charles
Kurzman, (ed.) Wacana Islam Liberal: Pemikiran Islam Terkini
(Contemporary) tentang Isu-isuGlobal, (Jakarta : Paramadina, 2001),
hlm. 502). Sebenarnya, ini adalah manifestasi penyelewengan
Nurkholis yang amat jelas. Kenyataannya yang menganggap agama-
agama lain dan perbuatan syirik dikenali sebagai al-Din jelas
bertentangan dengan Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya al-Din (agama) yang diterima di sisi Allah ialah Islam.”
Ayat lain juga turut menjadi saksi bahawa barangsiapa yang mencari
agama selain dari Islam maka ia tidak akan diterima. Kelak di akhirat
nanti dia termasuk dari kalangan orang-orang yang rugi.” Dalam
memutuskan kes ini, Nurkholis harus ingat bahawa dia tidak patut
memeraskan akalnya dalam usaha mencari takrif agama. Ini kerana
takrifan al-Din itu sendiri telah dimuktamadkan oleh Allah SWT.
Akhirnya, pemerasan akalnya itu membuktikan betapa singkatnya
pemikiran beliau sendiri. Beliau mengajak kita bersikap rasional
ternyata beliau juga tidak menerima rasional tersebut. Rasionalisme
beliau gagal menyelami realti Islam itu sendiri. Jika ditinjau secara
mendalam, Islam merupakan satu-satunya agama yang mengatur
urusan kehidupan secara holistik samada merangkumi ilmu mengurus
diri (‘Aini) mahupun ilmu mengurus sistem (Kifayah). Manakala
agama-agama lain seperti Kristian, Yahudi, Hindu, Budhha dan lain-
lain tidak menawarkan solusi kehidupan yang sempurna sebagaimana
Islam. Maka ketidaksempurnaan itu menyebabkan agama tersebut
tidak selari dengan sistem cara hidup manusia. Apatah lagi untuk
dianggap sebagai al-Din. Justeru, apakah nilai sebuah rasional yang

[
diperkenalkan mereka. Ternyata nilai itu hanya selari dengan
tunggangan hawa nafsu mereka sahaja.

[
17] Adian Husaini, MA, Islam Liberal : Sejarah, Konsepsi,
Penyimpangan dan Jawabannya, ( Jakarta : Gema Insani Press, 2002,
hlm. 9.

[
18] Nurkholis Majid, Islam : Doktrin dan Peradaban, (Jakarta :
Paramadina, 1995), h. xxvii

[
19] Majalah Gatra, 21 Disember 2002
[
20] Nirwan Syafrin, Syariat Islam : Antara Ketetapan Nas dan
Maqasid al-Syariah, Jakarta : Islamiyah Kahirul Bayan, 2004 hlm 86
[
21] Beliau ialah seorang pensyarah falsafah di Universiti ‘Ain Syam,
Kaherah, Mesir
[
22] Al-Muslimun, London, 1 Ogos 1991, hlm 3
[
23] Beliau merupakan seorang professor Pemikiran Islam di Universiti
Sorbone, Perancis
[
24] Muhammad Arkoun, Rethinking Islam today, t.thn, tpt, hlm 24
[
25] Ahmad Akhyari Ismail, Membongkar Kesesatan Islam Liberal :
Sarjana Siasah Syar’iyyah UIN, Syarif Hidayatullah, Jakarta, Okt 2005
[

[
[
26] Ulil Absar Abdallah, dlm Debat Islam & Liberal, 16 April 2005
Masjid UIN, Syarif Hidayatullah, Jakarta
Posted by Zamihan Mat Zin AL-GHARI

Anda mungkin juga menyukai