Anda di halaman 1dari 3

TEKS PERHIMPUNAN HARI ISNIN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Yang Berusaha Tuan Pengetua, Tn Haji Hussin bin Hamid, Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Maizarina bt Awang Zakaria, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tn. Mohd Redhuan bin Mokhti, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Tn. Hj. Arselan Hakim b Salleh, Guru Penolong Kanan Rendah, Encik Kamaruzaman b Zainal Abidin, Ketua-ketua Bidang, Guruguru Cemerlang, guru-guru dan pelajar sekalian.

DOA
Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Dipersilakan saudara ______________ untuk membacakan doa. Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara ______________ atas bacaan doa sebentar tadi.

NYANYIAN
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang dan lagu sekolah. Semua pelajar diminta bersedia untuk menyanyi bersama iringan muzik/tanpa iringan muzik.

IKRAR
Majlis mempersilakan saudara ______________ untuk melafazkan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Pelajar. Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara ______________ di atas lafaz ikrar sebentar tadi.

UCAPAN
GURU BERTUGAS
Dengan segala hormatnya dipersilakan guru bertugas ______________ untuk menyampaikan laporan mingguan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru bertugas. PENGETUA/GPK/GURU Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan Tuan Pengetua/GPK/guru untuk menyampaikan ucapan. Terima kasih atas ucapan Tuan Pengetua/GPK/guru. Diharap para pelajar mengambil perhatian di atas teguran dan nasihat yang telah diberikan.

SLOT PELAJAR
Majlis diteruskan dengan Slot Pelajar. Dipersilakan saudara/saudari ______________ untuk memenuhi slot ini.

PENUTUP
Majlis diakhiri dengan bacaan Surah al-Asr dan tasbih kifarah. Sekian, terima kasih.

Teks perhimpunan ini boleh dimuat turun di scribd.com/fox94

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN


Al-Fatihah

Ya Allah, ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya kepadamu kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu. Bersempena dengan perhimpunan ini, kami memohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima pengetahuan serta bimbingan para guru yang kami kasihi.

Kami memohon dengan kudrat dan iradatMu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan menimba dan mencari ilmu pengetahuan. Anugerahkanlah kejaya an dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.

Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan. Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami, terus beristiqamah berkhidmat, menabur bakti membangunkan umat, masyarakat, bangsa dan agama. Ya Allah ya tuhan kami, jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

Teks perhimpunan ini boleh dimuat turun di scribd.com/fox94

IKRAR
IKRAR RUKUNEGARA
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada tuhan Kesetiaan kepada raja dan negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan

IKRAR PELAJAR
Bahawasanya kami putera puteri SMK Seri Tualang dengan ini berikrar dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh tekun dan sabar mengikuti pelajaran di sekolah ini bagi menjadi pelajar cemerlang, berwibawa, amanah dan dedikasi. Kami juga berjanji akan menjaga dan mempertahankan nama baik, maruah dan mencintai sekolah sepanjang masa. Kami berikrar akan mengamalkan ajaran agama dan mematuhi semua peraturan sekolah serta menghormati guru.

Teks perhimpunan ini boleh dimuat turun di scribd.com/fox94

Anda mungkin juga menyukai