Anda di halaman 1dari 12

Pengajian Perniagaan

Bab 1: Pengurusan Penggal 2 2014

Pendekatan Pemikiran Pengurusan


Pendekatan Klasikal

Pendekatan Sains

Pendekatan Pemikiran Pengurusan

Pendekatan Kemanusiaan / Gelagat

Pendekatan Moden

Pendekatan Klasikal
(1. Pengurusan Saintifik)
Pengurusan Saintifik (1880-1930) Frederick Winston Taylor (1856-1917) Pendapat Taylor: Bidang pengurusan perlu dilihat sebagai satu bidang sains yang mempunyai sistem organisasi yang baik dan prinsip pengurusan yang jelas, bukan sekadar bergantung pada pengamalan idea-idea yang kurang mantap. Idea Taylor: a) Objektif utama pengurusan adalah untuk maksimum kekayaan majikan bagi meningkatkan taraf hidup pekerja. b) Sekiranya pengeluaran dapat ditingkatkan, pekerja harus diberi ganjaran lebih. (kadar-keluaran) c) Pengurusan saintifik menekankankepentingan dua pihak, iaitu majikan dan pekerja.

Pendekatan Klasikal
(1. Pengurusan Saintifik)
Henry Gantt (1861-1991) a) Memperkenalkan sistem pembayaran upah yang membolehkan pekerja menerima upah harian jika mereka dapat menghasilkan jumlah keluaran minimum yang telah ditetapkan. (pekerja yang menghasilkan lebih daripada jumlah minimum, barulah layak terima bonus). b) Memperkenalkan Carta Gantt (jumlah masa yang dirancang dengan jumlah masa sebenar untuk sempurnakan tugas/aktiviti)

Pendekatan Klasikal
(1. Pengurusan Saintifik)
Frank dan Lilian Gilbreth (1868-1924) a) Idea hampir sama dengan Taylor b) Kerja yang sedia ada dibahagikan kepada beberapa elemen yang penting. Setiap pekerja akan diminta untuk mengkhusus atau memfokuskan pada satu elemen kerja yang penting. c) Kerja akan lebih cepat dan pantas dan meningkatkan kemahiran, kurangkan pergerakan semasa bekerja, dan meningkatkan produktiviti para pekerja.

Pendekatan Klasikal
(2. Teori Pentadbiran)
Henri Fayol (1841-1925) Dikenali Bapa Teori Pengurusan Moden menggariskan 14 prinsip pengurusan dalam organisasi, iaitu: 1. Pembahagian kerja 2. Autoriti 3. Disiplin 4. Kesatuan dalam arahan/arahan uniti 5. Kesatuan dalam hala tuju/arahan uniti 6. Kepentingan bersama

7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

Faedah dan ganjaran Rantaian arahan Tersusun Sama rata Pusing ganti pekerja Pemusatan Inisiatif Esprit de Corps

Pendekatan Klasikal
(3. Model Birokrasi)
Max Weber (1864-1920) Sesebuah organisasi yang birokrasi harus mendukung prinsip pengurusan yang berikut:

a) Mempunyai maklumat yang jelas berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab setiap pekerjanya b) Mengamalkan struktur organisasi yang menunjukkan kedudukan setiap pekerja dalam organisasi c) Mengamalkan sistem peraturan dan tatacara melaksanakan tugas yang terperinci d) Menilai pekerja berdasarkan sistem merit e) Setiap pekerja harus mengetepikan kepentingan diri sendiri apabila menjalankan tugas organisasi Walau bagaimanapun, konsep ini tidak begitu mendapat sambutan kerana model birokrasi sesuai pada organisasi tertentu sahaja.

Pendekatan Kemanusiaan/Gelagat
Mengambil kira faktor manusia dalam membuat keputusan berkaitan dengan pengurusan. Boleh dilihat daripada aspek hubungan manusia dan gelagat seseorang pekerja. 1. Pendekatan hubungan Kemanusiaan, Prof Elton Mayo: Pekerja sebagai manusia sosial. Ciri-ciri: a) Manusia dimotivasi melalui keperluan sosial dan mendapat kepuasan apabila berhubung sosial dengan orang lain. b) Kesan Revolusi Perindustrian, segarla kerja perlu distrukturkan semula dan pekerja dikehendaki bekerja secara berkumpulan. c) Manusia akan menjadi lebih peka dan dapat bertindak balas dengan lebih baik apabila wujud tekanan dari segi sosial. Tekanan yang diberikan oleh pengurus hanya akan membawa kesan negatif d) Manusia akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak pengurusan hanya apabila keperluan sosial mereka dipenuhi.

Pendekatan Kemanusiaan/Gelagat
Hasil daripada idea Prof Elton Mayo, pihak pengurusan organisasi telah digalakkan memberi penekanan terhadap aspek: Keperluan pekerja bukan hanya kerja Kepuasan melalui keanggotaan Pasukan Kerja Berkumpulan Menjadi orang tengah, fasilitator, menjadi sokongan kepada ahli kumpulan. (supportive)

a) b) c) d)

Pendekatan Kemanusiaan/Gelagat
2. Pendekatan Gelagat Dikenali sebagai pendekatan psikososiologikal. Memberi penekanan aspek: a) Tumpuan pada sistem organisasi (struktur, tugas, dan rantai arahan) b) Kepercayaan bahawa manusia mempunyai keperluan lain yang wajar dipenuhi selain kerjaya seperti kewangan, keselamatan, perhubungan, dan keperluan sosial.

Pendekatan Kemanusiaan/Gelagat

Pendekatan Kemanusiaan/Gelagat
Pendekatan gelagat mengandaikan manusia akan memperbaiki kemampuan mereka dengan melakukan kerja tertentu. Pekerja perlu diberi kebebasan, kuasa , serta latihan dan pembangunan dapat melakukan kerja dengan lebih cekap. Perbezaan Pendekatan Gelagat dan Hubungan Manusia P. Hubungan Manusia Hubungan pengurus dengan pekerja P. Gelagat Faktor Ganjaran oleh pengurus untuk kepuasan pekerja

Anda mungkin juga menyukai