Anda di halaman 1dari 7

AMALI SAINS 1 SEMESTER 2 EKSPERIMEN 1 Topik : Penyulingan berperingkat minyak mentah Tujuan : Untuk mengkaji penyulingan berperingkat petroleum

Teori : Petroleum atau minyak mentah adalah merupakan campuran cecair organik yang kompleks, ianya terbentuk berjuta tahun lampau secara semula jadi dan terperangkap di bawah batuan di perut bumi. Petroleum mengandungi tiga kumpulan utama sebatian hidrokarbon iaitu Paraffin, Naphthene dan Aromatik. Paraffin terdiri dari struktur hidrokarbon berantai lurus dan bercabang, molekul yang mempunyai C1 C4 berupa gas pada suhu bilik. Naphtene mengandungi cincin-cincin paraffin. ( Contoh : Cyclohexane dan dimethyl cyclopentane). Aromatik adalah sebatian hidrokarbon yang mengandungi satu cincin terdiri dari enam atom karbon dengan ikatan ganda dua antara C=C berselang seli dengan ikatan tunggal C-C, struktur ini dinamakan cincin benzene. (Contoh : Benzene C6H6, Tolune / metil benzene C7H8, Xylene / dimetil benzene C8H10 ). Bilangan atom karbon dan struktur molekul yang berbeza menyebabkan campuran sebatian hidrokarbon dalam petroleum mempunyai suhu didih yang berbeza. Asas ini digunakan untuk mengasingkan campuran petroleum kepada beberapa pecahan pada julat suhu yang berbeza untuk kegunaan yang berbeza.

Alat /Radas 1. Kelalang tapak bulat berlengan 2. Termometer (0-360 0C) 3. Kaki retort 4. Tungku kaki tiga 5. Penunu Bunsen 6. Corong Turas 7. Rak tabung uji dan 5 tabung uji tertutup 8. Alas asbestos 9. Mangkuk pijar 10. Kasa dawai / segi tiga posulen 11. Pemetik api 12. Bikar (150 ml) 13. Kapas 14. Kapas kaca 15. Kertas turas 16. Botol air suling Bahan kimia 1. Minyak mentah 2. Larutan Kalium Manganat (VII)

berasid ( 0.01 M ) di dalam botol penitis

Prosedur : 1. Kelalang tapak bulat dipasang pada kaki retot. 2. Dengan menggunakan forsep, kapas kaca dimasukkan ke dalam kelalang tapak bulat. 3. Minyak mentah dimasukkan ke dalam kelalang tapak bulat dengan

menggunakan corong turas. 4. Kelalang tapak bulat ditutup dengan menggunakan penutup gabus yang dipasang dengan termometer. 5. Alat/radas dilengkapkan seperti yang tertera pada Rajah 1. 6. Air dialirkan melalui condenser liebej. 7. Kelalang tapak bulat yang berisi minyak mentah dipanaskan
0 0

dengan

menggunakan penunu Bunsen pada julat suhu 25 C hingga 70 C, hasil sulingan yang keluar dari condenser libej dikumpulkan ke dalam tabung uji dan telah dilabelkan sebagai pecahan I. 8. Prosedur nombor 7 diulang bagi pecahan-pecahan II, III, IV, V dan VI pada julatjulat suhu yang berbeza speperti jadual berikut dan warna cecair yang terkumpul telah dicatatkan : Pecahan I. II. III. IV. V. VI. Julat suhu didih 250C hingga 900 C 910C hingga 1500C 1510C hingga 1900C 1910C hingga 2500C 2510C hingga 3000C 3010C hingga 3400C Warna cecair

9. Ujian-ujian berikut talah dijalankan ke atas hasil-hasil pecahan I hingga VI untuk membandingkan sifat-sifat fizik dan kimia pecahan petroleum.

I.

Kelikatan Sedikit pecahan telah dituangkan ke dalam mangkuk pijar yang berbeza, pengaliran pecahan cecair-cecair ke dalam mangkuk pijar telah diperhatikan dan dengan menggunakan hujung jari setiap cecair pecahan telah disentuh dan kemudiaan digosok pada ibu jari.

II.

Kebolehbakaran Setiap pecahan dari (i) dalam mangkuk pijar telah dinyalakan dengan menggunakan pemetik api. Bagi pecahan yang sukar terbakar. Kapas telah digunakan sebagai sumbu. Warna nyalaan dan jelaga yang terbentuk dibandingkan.

III.

Keterlarutan dalam air Sedikit air dimasukkan ke dalam tabung uji kemudian hasil pecahan I ditambah, ditutp dan campuran tersebut digoncangkan. Eksperimen ini diulang bagi pecahan II hingga VI.

IV.

Tindak balas dengan agen pengoksidaan Sedikit pecahan I dimasukkan ke dalam tabung uji, bebrapa titis larutan kalium manganat (VII) berasid ditambahkan, tabung uji kemudian digoncang dan ditutup dan perubahan warna pada larutan kalium manganat (VII) berasid diperhatikan.

Perbincangan : 1. Kapas kaca dalam eksperimen ini berfungsi sebagai pencegah hentakan dalam kelalang penyulingan bagi mengelakkan petroleum daripada melompat masuk ke dalam salur pengantar apabila dididihkan. Kapas kaca juga berfungsi untuk memecahkan gelembung udara yang terhasil. 2. Proses yang berlaku dalam kondenser libej ialah kondensasi yang menukarkan wap air yang panas kepada cecair. Air yang telah dialirkan secara berterusan dapat menyejukkan wap air yang panas dan kemudiannya menukarkan wap air tersebut kepada cecair. Perubahan keadaan yang berlaku ditunjukkan seperti berikut : Wap air Cecair

3. Dua faktor yang mempengaruhi perbezaan takat suhu didih molekul-molekul dalam campuran petroleum ialah : Bilangan atom karbon Bagi pecahan yang mempunyai bilangan karbon yang banyak mempunyai takat didih yang tinggi kerana memerlukan tenaga yang tinggi bagi memecahkan daya ikatan molekul yang sangat kuat. Bagi pecahan yang mengandungi bilangan karbon yang sedikit mempunyai takat didih yang rendah kerana ia tidak memerlukan tenaga yang tinggi untuk memecahkan ikatan. Struktur molekul yang berbeza 4. Takat suhu didih pentana ialah (C5H12) adalah 36.10C. i. Kebanyakkan alkana adalah gas atau cecair yang mudah meruap pada suhu bilik. ii. Peratus karbon yang terdapat dalam molekul pentana ialah :

Kesimpulan : 1. Kelikatan setiap pecahan adalah semakin meningkat apabila suhu meningkat. Hal ini disebabkan oleh, saiz molekul bertambah dan menyebabkan daya tarikan antara molekul juga semakin bertambah. Daya ikatan yang kuat akan menyebabkan molekul sukar untuk menggelongsor antara satu sama lain. Pecahan I mempunyai saiz molekul yang kecil berbanding pecahan IV dan kelikatannya adalah kurang berbanding daripada pecahan IV kerana susunan molekul dalam pecahan tersebut mudah menggelongsor. 2. Kebolehbakaran semakin menurun kerana setiap cecair pecahan mempunyai peningkatan dalam peratusan kandungan karbon per molekul iaitu semakin meningkat. Ini dapat dibuktikan dengan kejelagaan yang terhasil. Semakin meningkat bilangan peratus karbon per molekul, semakin bertambah kejelagaan nyalaan. Hal ini disebabkan banyak tenaga haba yang tinggi diperlukan untuk memecahkannya. Jadi, kebolehbakaran semakin menurun apabila bilangan peratus karbon semakin meningkat. 3. Setiap cecair pecahan tidak larut di dalam air adalah disebabkan setiap molekul hidrokarbon dalam setiap pecahan adalah molekul kovalen tidak berkutub yang mana air bersifat berkutub. Ini menyebabkan ikatan hidrokarbon tidak dapat dibentuk. 4. Setiap pecahan apabila ditambahkan dengan beberapa titis larutan kalium manganat (VII) berasid akan menukarkan warna kalium manganat tersebut iaitu unggu kepada tidak berwarna. Hai ini disebabkan proses penurunan telah berlaku dan juga setiap cecair pecahan mengandungi iakatan ganda dua. 5. Warna pecahan menjadi semakin gelap dengan peningkatan suhu didih. Faktor yang menyebabkan warna yang terhasil adalah bergantung pada saiz molekul. Jika saiz molekul besar, maka warna petroleum menjadi semakin gelap iaitu daripada tidak berwarna kepada warna kuning muda, kuning, kuning tua, perang dan perang tua. 6. Kesimpulannya, semakin meningkat julat suhu takat didih pecahan : Kelikatannya semakin bertambah iaitu daripada cair kepada pekat

Kebolehbakaran semakin berkurang iaitu nyalaan makin terang dan semakian banyak menghasilkan jelaga Semua pecahan tidak larut dalam air dan hanya larut dalam cecair organik Setiap pecahan bertindak balas dengan agen pengoksidaan iaitu dengan menurunkan warna kalium manganat (VII) berasid kepada tidak berwarna Warna pecahan akan menjadi semakin gelap

Anda mungkin juga menyukai