Anda di halaman 1dari 23

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

TAJUK 8

RANCANGAN PENGAJARAN

SINOPSIS

Topik

ini

memberi

pendedahan

kepada

pelajar

tantang

rancangan

pengajaran harian, rancangan pengajaran individu dan format penulisan rancangan pengajaran harian.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyediakan rancangan mengajar harian 2. Menyediakan rancangan mengajar individu 3. Membincangkan format rancangan pengajaran harian

KERANGKA TAJUK

Rancangan Pengajaran

Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Individu

Rajah 8.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan

97

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

KANDUNGAN ISI

8.1

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Kamarudin Hj.Husin (1989) menjelaskan maksud persediaan mengajar sebagai suatu perencanaan atau perancangan yang terdiri daripada langkahlangkah pengajaran yang bakal dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. RPH ini mengandungi unsur-unsur seperti butiran am, tajuk pelajaran, objektif, set induksi, perkembangan, penilaian, penutup, dan sebagainya.

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) penting untuk mencatatkan semua perancangan mengajar dari awal hinggalah akhir pengajaran yang melibatkan aktiviti pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar. Dengan adanya RPH, guru akan lebih yakin untuk mengajar dan berhadapan dengan pelajarnya di dalam kelas dan akan membantu guru membuat jangkaan tentang masalah, kekuatan, dan kelemahan pengajarannya dan membuat persediaan untuk mengatasi sekiranya terdapat masalah yang timbul. Di samping itu, ia juga membantu menentukan objektif pengajaran dan merancang aktiviti yang dapat mencapai objektif pengajaran tersebut.

Rancangan Pengajaran Harian ditulis mengikut format tertentu yang telah dipersetujui dan dipakai oleh sesebuah sekolah, peringkat daerah ataupun di peringkat negeri.

Terdapat tiga komponen utama dalam sebuah RPH, iaitu persediaan, penyampaian, dan penutup. a. Komponen Persediaan Maklumat Am Kemahiran Penggabungjalinan isi kandungan Hasil Pembelajaran 98

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Pengetahuan sedia ada Perentasan kurikulum Penerapan nilai Unsur terapi Bahan bantu mengajar/belajar

b.

KomponenPenyampaian Induksi set Perkembangan pelajaran

c.

Penutup Kesimpulan Penilaian Aktiviti susulan/tugasan

8.2

Komponen Dalam Rancangan Pengajaran Harian

Komponen dalam Rancangan Pengajaran Harian meliputi format RPH, hasil pembelajaran atau objektif pengajaran, aktiviti, alat bantu mengajar dan refleksi.

8.2.1 Format

Format satu rancangan pengajaran harian boleh dalam bentuk menegak (Portrait) atau mendatar (Landscape). Butir-butir yang perlu diliputi dalam rancangan pengajaran harian adalah: Tarikh Masa Tajuk yang yang diajar Hasil pembelajaran

99

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Pengetahuan sedia ada Bahan bantu mengajar Penerapan nilai Kemahiran berfikir Set induksi Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Penutup Refleksi

8.2.2 Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran mestilah merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran. terlebih dahulu, guru perlu memastikan murid telah menguasai pelajaran lepas. Sekiranya terdapat murid yang belum menguasai pelajaran lepas, hasil pembelajaran perlu diulang semula.

8.2.3 Aktiviti

Dalam aktiviti rancangan pengajaran harian meliputi butir-butir berikut: Aktiviti Pengajaran Guru akan menerang atau mengajar objektif yang telah ditetapkan. Aktiviti Kumpulan Murid akan menjalankan aktiviti secara individu atau berpasangan atau berkumpulan mengenai pengajaran yang telah diajar oleh guru. Aktiviti Penilaian Lembaran kerja akan diedarkan kepada murid secara individu untuk menilai kefahaman murid terhadap pengajaran yang disampaikan.

100

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

8.2.4 Alat Bantu Mengajar

Menyediakan atau memilih alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan hasil pembelajaran atau objektif yang hendak dicapai.

8.2.5 Refleksi

Perbincangan tentang kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Rujuk Lampiran 8.1 untuk satu contoh RPH bagi pemulihan (Matematik) yang lengkap.

8.3

Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu program yang berkaitan dengan pendidikan khas dan perkhidmatan yang dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid dengan keperluan khas. Program ini dibentuk dalam beberapa siri mesyuarat dan hasil perbincangan dinyatakan secara bertulis dalam bentuk rancangan pendidikan bagi setiap murid. RPI juga merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza dan keperluan pengajaran yang sepatutnya untuk membantu murid berkeperluan khas mencapai objektif yang telah dikenalpasti.

Kepentingan RPI adalah ia dapat menyimpan rekod jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas kurikulum asal, dapat menyimpan rekod tentang perkara yang perlu dipelajari oleh setiap individu murid kurang upaya, dapat merekod jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu digunakan untuk mengajar individu kurang upaya serta dapat merekod penilaian pencapaian kemahiran setiap individu murid kurang upaya.

101

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

8.4

Persediaan RPI Mengikut Masalah

Penghasilan RPI merupakan proses penting dalam usaha menyediakan program pendidikan yang berkesan dan bertepatan dengan berkeperluan khas murid yang berkenaan. Murid berkeperluan khas mempunyai keperluan yang berbeza untuk berdikiri atau/dan untuk mencapai kejayaan searas dengan murid biasa. Matlamat utama pendidikan bagi murid berkeperluan khas adalah untuk menyediakan mereka agar dapat hidup dalam komuniti setempat. Justeru, pihak sekolah perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kandungan kurikulum yang berkesan serta berkait rapat dengan keperluan setempat. Untuk menghasilkan RPI yang berkesan perkara-perkara berikut perlu diambil kira. Jawatankuasa RPI hendaklah dianggotai oleh, (i) pengetua atau guru besar, (ii) guru penolong kanan pendidikan khas atau penyelaras program pendidikan khas, (iii) semua guru pendidikan khas, (iv) semua ibu bapa atau wakil (v) kumpulan multi-disciplinary mengikut keperluan dan (vi) murid

Elemen yang perlu diberikan perhatian semasa penyediaan RPI mengikut masalah secara umum: Sasaran jangka pendek yang ditentukan untuk atau oleh murid Strategi pengajaran yang akan digunakan Kemudahan atau perkhidmatan sokongan yang perlu ada Penyemakan semula perancangan Hasil pencapaian yang akan direkodkan semasa penyemakan semula rancangan pendidikan individu (dokumentasi) Kerjasama melalui perkongsian maklumat, keputusan bersama, kebolehpercayaan bagi objektif pengajaran dan pembelajaran serta prosedur penilaian Meletakkan terlalu banyak sasaran pada masa adalah amat tidak sesuai.

102

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Fokus kepada 3 atau 4 sasaran utama dipilih daripada komponen yang berkaitan dengan bidang utama komunikasi, literasi, matematik, tingkah laku dan kemahiran sosial yang sesuai dengan keperluan murid.

Pembinaan RPI bagi murid berkeperluan khas adalah penting bagi memaksimumkan keberkesanan dan impak pelaksanaan aktiviti pembelajaran. Tahap keberkesanan aktiviti ini pula bergantung pada ketelitian dan ketepatan RPI yang dihasilkan. Berikut adalah langkah-langkah yang disarankan dalam proses pembinaan RPI

Langkah
Ujian Diagnostik

Tugasan Menyediakan ujian diagnostik Menjalankan ujian diagnostik Menganalisis dan merekod keputusan ujian diagnostik

Tindakan o Menubuhkan Jawatankuasa penyediaan ujian diagnostik o Guru menjalankan ujian diagnostik secara pemerhatian, temubual, ujian lisan, ujian bertulis o Lantikan rasmi dibuat. o Menyediakan laporan baseline setiap murid. o Mendapatkan persetujuan AJK bagi menentukan baseline setiap murid.

Pembentukan Ahli Jawatankuasa

Kenal pasti serta hubungi ahli jawatankuasa. Mengeluarkan surat Menetapkan tarikh, tempat, masa dan kekerapan mesyuarat yang akan diadakan. Agenda mesyuarat (Melapor baseline RPI yang telah dikenalpasti, mengesahkan cadangan). Fokus adalah hanya satu RPI bagi seorang murid dalam satu masa. Cerakinkan matlamat jangka panjang kepada sasaran 103

Pembinaan RPI

o Rekod ujian psychometric yang

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

jangka pendek. Kenal pasti sumber yang diperlukan untuk mencapai sasaran. Membahagikan tanggung jawab bagi mencapai sasaran kepada setiap ahli. Hasilkan dokumen RPI secara bertulis. Menyediakan senarai objektif untuk satu RPI dalam tempoh masa yang sesuai.

pernah dibuat ke atas murid. o Sebarang maklumat yang boleh membantu ahli membina RPI yang bertepatan dengan keperluan murid.

Peningkatan RPI sedia ada. Semak prestasi pencapaian murid. Dapatkan baseline terkini. Senaraikan matlamat baru jangka panjang. Susun matlamat baru jangka panjang mengikut keutamaan. Cerakinkan matlamat baru jangka panjang kepada sasaran jangka pendek baru. Kenal pasti sumber tambahan yang diperlukan untuk mencapai sasaran baru. Membahagikan tanggung jawab untuk mencapai sasaran baru kepada setiap ahli. Hasilkan dokumen RPI secara bertulis.
Penghasilan program pembelajaran dan pelaksanaan

Terjemahan sasaran kepada objektif tingkah laku pembelajaran & pengajaran. Pilih strategi pengajaran dan kaedah penilaian untuk mengukur pencapaian objektif. 104

Dapatkan: o Butiran Perancangan.

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Mendapatkan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dikenal pasti. Melaksana dan memantau program yang dirancang di peringkat sekolah dan rumah. Tetapkan tarikh mengkaji semula RPI.
Kaji semula RPI

Kumpul dan bandingkan data. Meneliti perkembangan dan pencapaian murid. Pinda matlamat jangka panjang dan sasaran jangka pendek mengikut keperluan. Runding semula peranan ahli jawatankuasa dalam usaha mencapai sasaran. Hasilkan dokumen baru RPI yang telah dibuat perubahan mengikut persetujuan secara bertulis. Tetapkan tarikh kaji semula yang berikutnya,

Dapatkan: o RPI sedia ada o Laporan pencapaian terkini di peringkat sekolah dan rumah.

Penghasilan dokumen RPI perlu dibincangkan bersama oleh ahli jawatankuasa yang dilantik khas dan mempunyai kepentingan terhadap perkembangan pendidikan murid berkeperluan khas. Penulisan dokumen ini adalah tanggungjawab guru yang ditugaskan untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid berkenaan. Walau bagaimana pun bantuan daripada ahli jawatankuasa lain untuk menghasilkan dokumen bertulis terbut bolehlah dirundingkan. Yang pentingnya setiap murid berkeperluan khas mempunyai dokumen RPI yang lengkap.

105

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Komponen dalam Rancangan Pengajaran Individu meliputi format RPI, maklumat terperinci murid, tarikh RPI mula, tahap pencapaian sedia ada, matlmat, objektif, strategi, penilaian/aktiviti dan catatan. Rujuk Lampiran 8.2 untuk satu contoh RPI yang lengkap bersertakan borang dan contoh rekod perkembangan murid yang terlibat.

Kita dapat menggunakan teori pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran serta pembelajaran muridnya, lalu membaiki dan mengubahsuai rancangan, kaedah dan teknik mengajar ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Latihan

Rancang satu RPI untuk murid yang tidak dapat melaksanakan operasi tambah melibatkan fakta asas.

Perbincangan

Rancang dan hasilkan satu RPH dan RPI yang lengkap dalam kumpulan.

106

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

107

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Lampiran 8.1 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Nama Guru Sekolah Kelas Tarikh Hari Masa Mata Pelajaran Nama murid:

: : : : : : :

Suzie anak Atin SK Agama (MIS) Miri 3 Cemerlang 19.09.2012 Rabu 11.00 pagi 12.00 tengah hari Pemulihan (Matematik)

Muhammad Rezza Haiqal bin Reduan Eshan bin Edwin Alissa Qaisarah binti Mamat Nur Raudhah binti Ibrahim Tajuk: Mari kenal jam Hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat i. Melukis jarum jam dan jarum minit dengan tepat berdasarkan kepada jam yang telah ditetapkan setelah guru menunjukkan kepada murid nama jarum yang terdapat pada jam dan contoh kedudukan jarun jam berdasarkan

108

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

sesuatu masa. ii. Menjawab 6 daripada 7 soalan dengan tepat setelah guru memberikan penerangan dan contoh berkaitan dengan cara kedudukan jarum jam berdasarkan sesuatu masa. Pengetahuan sedia ada: Murid pernah melihat jam di dalam kehidupan mereka misalnya jam tangan, jam dinding dan sebagainya. Bahan bantu mengajar: Video masa dan waktu, jam sebenar, jam buatan, ikan buatan, alat pemancing, kain penutup mata, kad soalan, kad pantun. Penerapan nilai: Kejujuran, keyakinan dan kerajinan. Kemahiran berfikir: menyusun atur, menyelesaikan masalah, menginterpretasi, menganalisis, menghubungkaitkan Aktiviti Guru Langkah: Set induksi (5 minit) Tayangan video masa dan waktu yang bertajuk masa dan waktu kepada murid. 2. Guru bertanya kepada murid kaitan antara tayangan video tersebut Aktiviti Murid Tayangan video masa dan waktu yang bertajuk masa dan waktu 2. Murid menjawab soalan Catatan Nilai: Keyakinan

1. Guru menunjukkan tayangan video 1. Murid menonton tayangan video KBT: Kemahiran yang berfikir menyusun atur

dikemukakan oleh guru. Jangkaan jawapan murid:

dengan kandungan pengajaran dan

Kita akan belajar mengira jam dan BBM: Video masa

109

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

pembelajaran pada hari ini: Soalan guru: Apakah yang akan kita belajar pada hari ini? 3. Guru mengaitkan kandungan video tersebut dengan isi pelajaran pada hari ini. Pada hari ini kita akan belajar mengira minit dan jam. Kita akan melukis jarum jam dan minit berdasarkan jam yang

minit. 3. Murid mendengar dengan teliti penerangan guru. yang dibuat oleh

dan waktu

ditetapkan. Langkah 1: Pengajaran. 15 minit 1. Guru mengajar murid menyebut 1. Murid mendengar penerangan Nilai: Kerajinan.

waktu dalam perkataan secara lisan

dariapad guru. Kemahiran

dan melukiskan jarum jam dengan 2. Murid menjawab soalan daripada KBT: tepat. Misalnya: Pukul 2:05 Pukul dua lima minit Pukul 5:15 guru, misalnya: Soalan guru: berfikir

menganalisis,

Sila lukiskan jarum jam yang menginterpretasi. menunjukkan pukul 7:45. Sila lukiskan jarum jam yang BBM: jam sebanar,

110

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Pukul lima lima belas minit

menunjukkan pukul 1:30.

jam buatan.

2. Guru bertanya kepada murid jika 3. Murid akan bertanya kepada guru terdapat soalan. Langkah 2: 15 minit jika terdapat sebarag soalan.

1. Guru memberikan arahan kepada 1. Murid perlu menutup mata dengan Nilai: Keyakinan. murid: kain yang disediakan oleh guru. Kemahiran

Murid perlu menutup mata dengan 2. Murid perlu memancing ikan yang KBT: kain yang disediakan oleh guru. terdapat di dalam baldi ini. berfikir

Murid perlu memancing ikan yang 3. Kemudian, murid akan menjawab menyelesaikan terdapat di dalam baldi ini. Kemudian, murid akan menjawab soalan berdasarkan kepada warna kad soalan yang sama dengan warna ikan yang dipancingnya tadi. 2. Murid yang dapat menjawab satu soalan dengan tepat akan diberikan satu bintang sebagai ganjaran. Langkah 3: (20 miit) Lembaran kerja soalan berdasarkan kepada warna masalah. kad soalan yang sama dengan BBM: kain penutup warna ikan yang dipancingnya mata, ikan mainan, tadi. alat pemancing, kad

4. Murid yang dapat menjawab satu soalan. soalan dengan tepat akan

diberikan satu bintang sebagai ganjaran. Lembaran kerja Nilai: Kerajinan.

1. Guru mengedarkan lembaran kerja 1. Murid menerima lembaran kerja kepada murid. daripada guru. KBT: kemahiran

2. Guru menerangkan kepada murid 2. Seorang murid membaca dengan berfikir

111

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

terlebih

dahulu

yang

perlu

nyaring arahan soalan. menjawab soalan yang

menghubungkaitkan.

dilaksanakan oleh murid di dalam 3. Murid lembaran kerja tersebut. Arahan soalan: Lukiskan jarum jam dan jarum minit berdasarkan masa yang betul.

terdapat dalam lembaran kerja BBM: tersebut. kerja

Lemabaran

Penutup (5 minit)

Penutup sosial: Dibawa belayar si anak angsa, Berwajah manja tersenyum ria, Mari belajar mengira masa, Diingati sentiasa di mana juga. Penutup keseluruhan:

Nilai: Kejujuran.

KBT: berfikir

kemahiran

menghubungkait.

1. Guru menyimpulkan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut dengan BBM: Kad pantun. menanyakan semula kepada murid apa yang telah mereka pelajari. 2. Guru menulis satu soalan dan seorang murid akan dipilih secara rawak menyelesaikan dengan jawapan yang betul. Soalan adalah berdasarkan kepada latihan yang diberikan oleh guru.

112

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Tujuan pengukuhan: Guru memantapkan lagi kefahaman murid berkenaan dengan isis pelajaran pada hari tersebut.

Refleksi :

113

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Lampiran 8.2

Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

Nama Pelajar Mata Pelajaran Kelas Tahun Tarikh Lahir Umur Nama Guru Tarikh RPI Dimulakan

: : : : : : : :

Eshan bin Edwin Pemulihan (Matematik) 3 Cemerlang 2012 09.05.2003 9 tahun Suzie anak Atin 07.09.2012

Tahap Pencapaian Sedia Ada

Eshah pernah melihat kalendar di rumah dan pernah mendengar istilah yang berkaitan dengan hari misalnya minggu, bulan dan tahun

Matlamat

Eshah dapat mengenal hari dan minggu, serta membaca dan mengenal kalender.

114

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Objektif

1. Eshah dapat menyatakan 1 minggu bersamaan 7 hari. 2. Eshah dapat menyatakan 1 bulan bersamaan dengan 28, 29, 30 atau 31 hari. 3. Eshah dapat menyatakan 1 tahun bersamaan dengan 12 bulan. 4. Eshah dapat menukarkan minggu kepada hari dengan tepat berdasarkan sifir 7. 5. Eshah dapat menukarkan hari kepada minggu dengan tepat berdasarkan sifir 7. 6. Eshah dapat menukarkan bulan kepada hari dengan tepat. 7. Eshah dapat menukarkan hari kepada bulan dengan tepat. 8. Eshah dapat menukarkan tahun kepada bulan dengan tepat berdasarkan sifir 12. 9. Eshah dapat menukarkan bulan kepada tahun dengan tepat berdasarkan sifir 12.

115

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Objektif Eshah dapat menukarkan minggu kepada hari dengan tepat berdasarkan sifir 7. Contoh: 2 minggu = .......... hari 6 minggu = .......... hari 8 minggu = .......... hari 10 minggu = .......... hari 14 minggu = ........... hari 19 minggu = .......... hari 23 minggu = .......... hari 36 minggu = .......... hari

Strategi Menyatakan bersamaan hari. Membuat sifir 7. Menukarkan kepada hari. Membuat lembaran disediakan. Latih tubi menukarkan latihan kerja di yang minggu pendaraban 1

Penilaian / Aktiviti minggu Tarikh: 07.09.2012 7 Jangkamasa : 3 hari Eshah

Catatan dianggap sudah

dengan

berjaya kerana telah berjaya

Latihan pendaraban sifir menjawab 100% betul dari 7. Latihan menukarkan Teruskan dengan objektif berikutnya. latihan yang guru berikan.

minggu kepada hari.

minggu kepada hari.

116

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Objektif Eshah dapat menukarkan hari kepada minggu dengan tepat berdasarkan sifir 7. Contoh: 14 hari = .......... minggu 28 hari = ........... minggu 49 hari = ........... minggu 84 hari = .......... minggu 98 hari = .......... minggu 126 hari = .......... minggu 140 hari = .......... minggu 238 hari = .......... minggu

Strategi Menyatakan bersamaan minggu. Membuat sifir 7. Menukarkan kepada hari. Membuat lembaran disediakan. Latih tubi menukarkan latihan kerja di yang minggu pembahagian 7 dengan

Penilaian / Aktiviti hari Tarikh: 12.09.2012 1 Jangkamasa : 3 hari Latihan sifir 7. Latihan menukarkan hari kepada minggu. Eshah

Catatan dianggap sudah

berjaya kerana telah berjaya

pembahagian menjawab 100% betul dari latihan yang guru berikan.

Teruskan dengan objektif berikutnya.

minggu kepada hari.

117

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Borang Rekod Perkembangan Individu Nama: Kelas: Matlamat: Kemahiran:

Bil

Tarikh

Cubaan 1 2 3 4 5 6 7 8

Catatan

118

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

6 Contoh Rekod Perkembangan Individu Nama: Eshan bin Edwin Kelas: 3 Cemerlang Matlamat: Mengenal hari dan minggu Kemahiran: Menukar minggu kepada hari dengan tepat berdasarkan kepada sifir 7.

Bil

Tarikh

Cubaan 1 2 3 4 5 6 7 8

Catatan Tidak dapat menukarkan minggu kepada hari

07.09.12

dengan tepat berdasarkan kepada sifir 7. 4/8. Eshah dapat menukarkan minggu kepada hari

10.09.12

dengan pendaraban 7 yang mudah. Berupaya menukarkan minggu kepada hari dengan

3 4 5 6

11.09.12

sifir 7. Mula kemahiran baru.

119

Anda mungkin juga menyukai