Anda di halaman 1dari 1

PENUTUP

Dalam kerja khusus ini, saya telah menyediakan kertas cadangan lawatan ilmiah, soal selidik untuk lawatan, melaksanakan lawatan, menganalisis data dan maklumat dan akhirnya menulis laporan. Semua ini bukanlah usaha diri saya seorang sahaja tetapi ia adalah usaha semua orang yang terdiri daripada 48 orang guru pelatih sama ada dari kelas BC 1 atau BC 2. Melalui kerja khusus ini, saya telah membelajari tentang cara melaksanakan pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan dengan berkesan melalui program lawatan ilmiah. Sebelum kami melaksanakan lawatan ilmiah, kami

menghasilkan kertas cadangan dahulu. Kami telah berbincang bersama tentang semua aspek yang perlu dibincang. Selepas itu, kertas kerja barulah dapat dihasilkan. Sebelum lawatan dilaksanakan, kamu juga menghasilkan borang soal selidik bersama. Selepas lawatan , saya perlu mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan pengurusan dan pentadbiran agensi berkaitan. Saya juga mengkaji teori pembelajaran yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan semasa bagi menyediakan laporan lawatan. Selepas membuat kerja khusus ini, saya menyesari betapa pentingnya sifat bekerjasama dan berinteraksi dalam pelbagai situasi. Ini sama penting tidak kira dalam keadaan semasa mengemukakan soalan dan pemerhatian dengan agensi kebangsaan atau sekolah ataupun perbincangan dalam kelas kami.

Anda mungkin juga menyukai