Anda di halaman 1dari 29

MASALAH DISIPLIN DAN

TINGKAH LAKU
BERMASALAH DALAM
BILIK DARJAH
1
SKOP PEMBENTANGAN
Masalah Disiplin
Dan Tingkah Laku
Bermasalah Dalam
Bilik Darjah
Jenis-jenis Masalah
Disiplin
Tingkah Laku
Bermasalah di
dalam Bilik Darjah
Sebab-sebab
Berlaku Masalah
Disiplin & Tingkah
Laku Bermasalah
Pengenalan
2
PENGENALAN
Masalah disiplin dan tingkah laku murid di
dalam bilik darjah sudah lama menjadi perhatian.
Hal ini merupakan satu realiti yang menganggu P&P,
menjelaskan suasana sosioemosi di dalam bilik
darjah serta menimbulkan tekanan kepada guru.
Situasi ini kadangkala menyebabkan guru hilang
harapan dan putus asa terhadap prestasi anak
muridnya.

3
Hukuman bersifat
NEGATIF dan
mengajar kanak-
kanak perkara
yang tidak harus
dilakukan oleh
mereka
TAKRIF DISIPLIN
4
Disiplin berkaitan dengan tingkah laku seseorang.
Sedia maklum
Boleh ditafsirkan sebagai latihan yang bertujuan membentuk
tingkah laku yang dikehendaki.
Takrif Disiplin
Disiplin juga boleh dijelaskan sebagai:-
a. Latihan
b. Kepatuhan
c. kawalan
Disiplin tidak boleh
ditafsirkan sebagai
hukuman
PENTING !!
TAKRIF DISIPLIN
Disiplin mengajar cara hidup yang selamat dan harmoni dalam
masyarakat.
Disiplin mengajar kita berkongsi, berkerjasama, mengawal diri
dan emosi.
Disiplin melibatkan peneguhan positif, pujian serta ajaran tentang
perlakuan yang diterima dan cara mengawal tingkah laku.
Disiplin juga suatu yang berterusan.
5
Sekolah-sekolah di Malaysia
KONSEP DISIPLIN
Konsep disiplin memberikan penekanan kepada cara-
cara mencegah masalah disiplin dan tingkah laku
daripada berlaku di dalam bilik darjah agar P&P dapat
dilaksanakan dengan lancar.
6
Cara-cara mencegah:
Dimaklumkan ketika mendaftar
Buku peraturan
Peringatan ketika perhimpunan
Peraturan dalam bilik darjah
JENIS DISIPLIN
DI DALAM BILIK
DARJAH
Disiplin
Arahan Guru
Disiplin
Arahan
Kerja
Disiplin
Arahan
Kumpulan
Disiplin
Arahan Diri
Disiplin Arahan Guru
Disiplin arahan guru adalah cara dan tugas guru
menentukan arahan dan peraturan, mengawal dan
memastikan setiap pelajar mematuhinya.
Tindakan akan diambil kepada pelajar yang melanggar
sebarang peraturan yang telah ditetapkan.
Sebagai pengurus bilik darjah, guru bertanggungjawab
dalam merancang, mengelola, mengarah dan mengawal
hal-hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar.
Disiplin Arahan Guru
Guru mungkin bersikap autokratik dalam mengawal
disiplin pelajar. Namun guru perlu membuat pertimbangan
sebaik mungkin dalam hal berkaitan disiplin supaya ia
tidak menjejaskan hubungan antara guru dan pelajar atau
menyebabkan mereka takut untuk mencuba sesuatu yang
baru atau bertindak memberontak.
Motivasi kendiri berkaitan disiplin sangat perlu
digalakkan.
Disiplin Arahan Kerja
Disiplin arahan kerja wujud apabila sesuatu tugasan yang diberikan
diberikan oleh guru kepada murid dan perlu diselesaikan dalam
tempoh yang ditetapkan.

Disiplin ini dibentuk berdasarkan kesedaran keperluan dan
tanggungjawab dan mempunyai kebaikan kepada pelajar-pelajar yang
mematuhi arahan dan dapat menyiapkan tugasan mengikut jadual yang
ditetapkan.

Disiplin Arahan Kerja
Disiplin ini mempunyai ciri motivasi yang positif. Hal ini kerana ia
menggalakkan pelajar menyelesaikan tugasan demi kebaikan dan
kepentingan sendiri. Namun,tidak semua pelajar dapat mnyelesaikan
tugasan seperti yang dijadualkan.
Disiplin arahan kerja ini dapat diwujudkan apabila tugasan yang
diberikan itu menarik, bermakna, sesuai dengan umur dan keupayaan
pelajar dan dapat disiapkan dalam tempoh yang diberikan.
Disiplin Arahan Kumpulan
Disiplin arahan kumpulan merujuk kepada disiplin yang
dihasilkan daripada kawalan rakan-rakan dalam kumpulan
yang sedia ada atau kumpulan yang dibentuk untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran.
Pembentukan biasanya berasaskan kepada nilai,
kepercayaan dan norma yang sama antara ahli kumpulan.
Mana-mana ahli kumpulan yang tidak dapat mematuhi
nilai kumpulan akan disingkirkan.


Disiplin Arahan Kumpulan
Kumpulan sebegini boleh digunakan oleh guru untuk
membantunya mengawal disiplin bilik darjah. Ketua
kumpulan yang dilantik berperanan dalam mengawal
disiplin kerja ahli kumpulannya yang lain.
Disiplin Arahan Diri
Disiplin arahan diri berlaku apabila pelajar dapat
mematuhi peraturan sekolah secara sukarela.
Disiplin ini diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi
peratuan-peraturan sekolah adalah untuk kebaikan pelajar
sendiri.
Ia wujud secara tidak sedar apabila pelajar telah mencapai
tahap kematangan iaitu boleh berfikir secara rasional.

Disiplin Arahan Diri
Nilai disiplin jenis ini juga dapat dibentuk oleh guru
melalui latihan dan bimbingan seperti menerangkan
kebaikan mematuhi peraturan yang ditetapkan,
menerapkan nilai-nilai murni seperti adil,saling hormat-
menghormati, bertimbang rasa, toleransi dalam sebarang
aktiviti samada aktiviti pengajaran dan pembelajaran
atau aktiviti kokurikulum.
Disiplin arahan diri ini adalah yang paling berkesan
dalam pengurusan bilik darjah. Masalah disiplin di
sekolah dapat diturunkan ke paras minimum apabila
mereka sedar kepentingan mematuhi disiplin.
TAKRIF MASALAH DISIPLIN
16
Boleh dilihat sebagai keadaan atau tingkah laku yang
menunjukkan ketidakpatuhan kepada peraturan atau nilai yang
diterima masyarakat.
Sebagai keadaan yang tidak terkawal misalnya, keadaan bising
dan tidak terurus di dalam BD yang menunjukkan berlakunya
masalah disiplin.
MASALAH DISIPLIN
17
Bersifat Destruktif Bersifat Disruptif
Menghancur atau
memusnahkan
Maksud
Suatu tindakan yang
mengganggu, mengacau
atau menggendalakan
aktiviti atau
pelaksanaan P&P.
Maksud
JENIS-JENIS MASALAH
DISIPLIN DESTRUKTIF
Melawan
Memukul
Mencederakan
Mengedar dadah /pil
ekstasi / gambar lucah
Mengambil
dadah/menghidu gam
Merosakkan harta benda
(vandalisme)
Mencuri
Mengugut rakan sebaya /
guru
Menggunakan perkataan
lucah
Ponteng kelas / sekolah
18
19
20
21
22
JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN
DISRUPTIF
Tidak memberikan perhatian, iaitu mengganggu rakan, bercakap,
makan atau tidur di dalam kelas.
Keluar dari BD tanpa kebenaran
Kerap lewat masuk ke kelas.
Kerap tidak membawa buku latihan / buku teks
Tidak menyiapkan tugasan dan sering perlu ditegur.
Mengganggu pelaksanaan P&P
JENIS-JENIS MASALAH
DISIPLIN DISRUPTIF
Menunjukkan sikap biadap terhadap guru
Melepak, berlari dan menjerit di koridor bilik darjah semasa
P&P.
Membuli rakan sedarjah, misalnya mengambil bahan
kepunyaan rakan atau menconteng buku latihan rakan.
23
Mengganggu pelaksanaan P&P
JENIS-JENIS MASALAH
DISIPLIN DISRUPTIF
Tidak memakai lencana sekolah / tanda nama / stoking.
Murid perempuan tidak menggunakan kancing butang pada baju
kurung. Ada yang tidak menggunakan anak baju apabila memakai
baju kurung yang agak transparen.
Kuku panjang dan kadangkal diwarnakan
Pelajar lelaki dengan rambut panjang atau skinhead.
Mewarnakan rambut.
Bbaju, seluar, kasut sekolah dan pakaian untuk PJ tidak mengikuti
spesifikasi.
24
Masalah Kekemasan Diri
KESIMPULAN
Bukan semua murid menimbulkan masalah disiplin di
dalam bilik darjah. Dalam pada itu, bukan semua
masalah disiplin berpunca daripada murid. Oleh itu,
para guru dan sekolah memainkan peranan penting
dalam mewujudkan suasana harmoni dalam bilik darjah
agar pelaksanaan P&P berjalan dengan lancar.
25
SOALAN KUIZ
1. Mengapakah disiplin tidak boleh ditafsirkan sebagai
hukuman?
2. Berikan 4 jenis disiplin di dalam bilik darjah?
3. Apakah maksud destruktif dan disruptif?
4. Berikan contoh masalah disiplin destruftif dan
disruptif?

26
TINGKAH LAKU BERMASALAH DI
DALAM BILIK DARJAH
kurang memberikan perhatian
hiperaktif
pendiam
sensitif
apati (tidak kisah kepada arahan guru)
sikap melengahkan dan sambil lewa
gemar bercakap
menganggu rakan
membuli
berbohong
menipu
menimbulkan kekecohan dalam bilik darjah
kurang sopan
mencuri
merosakkan harta benda
mudah marah dan agresif
SEBAB-SEBAB BERLAKU MASALAH
DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU
BERMASALAH

diri murid
guru
sekolah
latar belakang murid
Peranan guru dalam mengurangkan
masalah disiplin dan tingkah laku
bermasalah di dalam bilik darjah

merancang aktiviti yang menyeronokkan
gunakan pelbagai kaedah dan teknik
yakin
berminat dan mengambil berat terhadap murid
rol model
adil
komunikasi yang jelas
memberikan bimbingan dan maklum balas
tenang dalam menangani masalah di dalam bilik darjah

Anda mungkin juga menyukai