Anda di halaman 1dari 21

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

1



Anatomi adalah satu bidang yang mengkaji dan mengenalpasti tubuh badan
seseorang iaitu tentang tulang-tulang,otot-otot dan organ-organ individu.Fisiologi
pula adalah satu bidang yang mengkaji tentang fungsi setiap tulang-tulang,otot-otot
dan organ-organ dalam tubuh badan. Oleh itu setiap gerakan dalam permainan atau
sukan yang dilakukan melibatkan otot, tulang dan sendi. Permainan atau olahraga
yang dipilih bagi Kerja Kursus Anatomi dan Fisiologi ini ialah badminton. Namun,
kajian lebih terperinci adalah tentang sejarah, kemahiran asas dalam badminton
difokuskan kepada gerakan servis tinggi. Di sini, saya dikehendaki mengkaji otot,
tulang dan sendi yang terlibat bagi menghasilkan pergerakan dalam servis tinggi.
Servis tinggi biasanya diamalkan dalam permainan perseorangan. Dengan
melakukan servis tinggi pihak lawan terpaksa bergerak ke bahagian belakang
gelanggang untuk membalas servis itu. Ini menyebabkan bahagian depan
gelangangnya terdedah. Servis tinggi ke belakang juga boleh menyukarkan pihak
lawan membuat smesy.
Dalam teknik ini, pemain memegang raket cara pepat (forehand). Bulu tangkis
dihantar setinggi yang boleh supaya ia jatuh tegak di garisan servis panjang dalam
permainan beregu dan di garisan belakang dalam permainan perseorangan.

OBJEKTIF
Mengenal asal-usul serta sejarah permainan badminton peringkat
antarabangsa dan juga negara.
Memahami kemahiran-kemahiran dalam permainan badminton.
Mengenalpasti mekanisma pergerakan dalam servis tinggi badminton dari segi
penglibatan otot-otot, tulang dan juga sendi.
Melabel dan melukis tulang, sendi dan otot yang terlibat dalam permainan
badminon yang difokuskan kepada kemahiran asas iaitu servis tinggi.


PENGENALAN
ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

2





1. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ANTARABANGSA
Permainan badminton telah dicipta sekian lama dan sering dimainkan oleh
orang Greek dan Mesik Kuno. Istilah badminton berasal daripada permainan kanak-
kanak yang dipanggil battledore dan shuttlecock yang mana ianya dimainkan oleh
dua orang pemain yang akan memukul bulu tangkis dengan menggunakan raket
yang kecil. Permainan ini dikatakan telah bermula sejak zaman Greek Kuno iaitu
lebih kurang 2000 tahun yang lalu. Permainan ini pada awalnya menular dari India,
kemudiannya ke Timur China dan Siam (Thailand) melalui Indo-Greek Kingdom.
Di India, permainan badminton ini dipanggil Poona(sempena nama sebuah
tempat iaitu, Pune ) semasa abad ke -18. Pegawai Tentera British yang bertugas di
Pune, India pada ketika itu telah memperkenalkan permainan ini kepada rakan-rakan
mereka pada tahun 1860-an. Para pegawai tentera British telah menambah jaring di
bahagian tengah gelanggang. Permainan ini sebenarnya telah dimainkan di lorong
jalan sekitar London pada tahun 1854 apabila majalah Punch telah menerbitkan
lukisan yang menggambarkan permainan itu. Badminton dikenali sebagai satu sukan
baru apabila dilancarkan oleh pemerintah Duke Beaufort pada tahun 1873 di
Gloucestershire. Oleh itu, askar-askarnya menggelar permainan ini sebagai
Badminton House, manakala penduduknya pula memanggil dengan nama The
Badminton Gamedan seterusnya ditukar kepada badminton yang merupakan
nama rasminya sehingga kini.
SEJARAH PERMAINAN BADMINTON
ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

3

Kelab Badminton Bath yang pertama di dunia telah ditubuhkan pada tahun
1877. Namun begitu, autoriti Kelab Badminton Bath telah diambilalih oleh Persatuan
Badminton England dengan membuat peraturan yang agak sama seperti sekarang.
Persatuan ini juga telah merasmikan permainan badminton di sebuah rumah yang
dikenali sebagai Dunbar yang terletak di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England
pada 13 September tahun 1893. Kejohanan badminton pertama dunia berlangsung
pada tahun 1899.
Permainan badminton dengan pantasnya tersebar dari England ke Amerika
Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand serta negara-negara Eropah lain.
Meskipun lelaki adalah pemain pertama yang memainkannya, namun ia juga berjaya
menarik minat kaum wanita. Sehubungan dengan itu, Kejohanan Badminton Terbuka
Seluruh England diadakan dan perintis kejohanan badminton bagi wanita mula diatur
tetapi masih diklasifikasikan sebagai tidak rasmi sehinggalah pada tahun 1904.
Perkembangan populariti badminton di Kepulauan British terbukti dengan penubuhan
300 kelab badminton di England pada 1920 dan meningkat kepada 500 buah kelab
pada tahun 1930 dan selepas Perang Dunia Kedua memiliki lebih daripada 9,000
buah kelab.
Pada tahun 1934, Persatuan Badminon Antarabangsa telah ditubuhkan
dengan keahlian beberapa buah negara seperti Kanada, Denmark, Perancis,
Belanda, Ireland, NewZealand, Scotland dan Wales. Negara India mula
menyertainya pada 1936 dan keahlian semakin meningkat menjadikan persatuan
badminton satu-satunya badan antarabangsa pada tahun 1981. IBF mula
mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa pada bulan Mac 1939 yang
diketuai oleh presidennya iaitu Sir George A.Thomas, Baronet dengan menawarkan
trofi bagi kumpulan yang berjaya memenangi kejohanan tersebut.
Idea pertandingan badminton wanita yang seiring dengan Piala Thomas telah
bermula pada tahun 1950. Tetapi ia tidak dilaksanakan kerana masalah kewangan.
Perkara tersebut terus dibincangkan dan akhirnya keputusan dicapai untuk
mengadakan kejohanan badminton tiga tahun sekali. Mrs. H. S Uber di England telah
mendermakan trofi bagi kejohanan tersebut yang dikenali sebagai Piala Uber
(kejohanan wanita). Kejohanan Piala Uber yang pertama telah diadakan pada musim
1956/1957. Sejak itu, bilangan kejohanan badminton telah meningkat daripada dua
ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

4

kepada tujuh kejohanan, dengan tambahan Kejohanan Dunia, Piala Sudirman (piala
campuran), Kejohanan Remaja Dunia, Pertandingan Akhir Grand Prix Dunia dan
juga Piala Dunia. Pada tahun 1992, badminton mula disenaraikan di dalam Sukan
Olimpik di Barcelona, Sepanyol.

1.1 Sejarah Badminton di Malaysia
Pada awal tahun 1900, permainan Poona dibawa ke Pulau Pinang oleh
pegawai-pegawai Kompeni Hindia Timur. Permainan Poona dimainkan di Suffolk
House, rumah kediaman Kapten Francis Light di Pulau Pinang. Pada tahun 1925,
Persatuan Badminton Pulau Pinang ditubuhkan, dan seterusnya Persatuan
Badminton Perak pula ditubuhkan. Minat mendalam yang ditunjukkan oleh pemain
negeri-negeri Malaya menyebabkan Persatuan Badminton Malaya ditubuhkan pada
tahun 1934, apabila J.I.Woods dari Perak sebagai Presiden yang pertama. Pada
tahun 1937 Persatuan Badminton Malaya bergabung dengan Persekutuan
Badminton Antarabangsa. Sejak itu, imej negara dalam permainan badminton telah
dipertingkatkan dengan memenangi kejohanan berprestij seperti Piala Thomas dan
Kejohanan Seluruh England.
Pada tahun 1960, Persatuan Badminton Malaya (BAM) telah ditubuhkan,
dengan Tan Sri Mohd.Khir Johari iaitu selaku Menteri Kabinet sebagai presidennya
yang pertama. Pada era kepimpinannya, Malaysia pada tahun 1967 telah
memenangi semula Piala Thomas. Beliau memimpin BAM selama 25 tahun, iaitu
dari tahun 1960-85. Pada tahun 1985 hingga 1993, Datuk Bandar Kuala Lumpur,
Tan Sri Elyas Omar dilantik sebagai Presiden BAM yang kedua. Tugas utama BAM
ialah memajukan permainan badminton negara, melalui pelbagai perancangan dan
aktiviti seperti menganjurkan:
Kejohanan Badminton Asia
Kejohanan Terbuka Malaysia
Kejohanan Peringkat Remaja
Sirkit Grand Prix Kebangsaan dan Dunia
Kejohanan Piala Thomas/Uber dan sebagainya


ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

5



Permainan ini berasaskan kemahiran memukul dan menerima, atau
membalas pukulan. Selain itu, pemain perlu menggunakan kepintaran dan
kebolehan untuk melakukan serangan balas yang biasanya serangan ini dibuat
dengan pukulan yang kencang. Gerakan bulu tangkis adalah laju, tajam serta
mengelirukan. Untuk mengawalnya pemain memerlukan ketangkasan dan stamina
yang tinggi. Oleh itu, koordinasi badan yang baik amat penting ketika membuat
pukulan. Kemahiran ini membolehkan pemain membuat pukulan dengan tepat ke
ruang kosong gelanggang lawan dan menyukarkan pemain lawan membalas
pukulan tersebut.
Pemain juga perlu mempunyai kemahiran untuk menerima dan membalas
pukulan lawan sambil bergerak dengan cepat. Kemahiran ini memerlukan imbangan
badan yang baik untuk mengelakkan daripada terjatuh. Imbangan badan dapat
membantu pemain bergerak dan juga bersedia untuk menerima dan membalas
setiap pukulan lawan. Biasanya permainan ini memerlukan ketahanan fizikal yang
tinggi agar pemain-pemain dapat melakukan kemahiran secara berterusan dan tidak
berasa letih.
a) Memegang Raket
Adalah amat penting bagi seseorang pemain itu mengetahui cara
memegang raket dengan betul, rasionalnya permainan seseorang pemain itu
bergantung kepada cara pegangan raket badminton. Cara pegangan raket
yang salah akan menimbulkan kesan yang tidak baik kepada pemain seperti
kecederaan pada pergelangan tangan.
Terdapat 3 cara pegangan asas iaitu:
i. Pegangan depan (forehead grip)
ii. Pegangan kilas (backhand grip)
iii. Pegangan rata (flatgrip)
KEMAHIRAN ASAS BADMINTON

BAGAIMANA BOLA TAMPAR DIMAINKAN

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

6


Rajah 1 dan 2: Menunjukkan cara memegang raket secara pegangan depan dan
pegangan kilas.

Rajah 3 : Pegangan kilas
b) Membuat servis
Servis adalah kemahiran yang utama dalam permainan badminton. Servis
digunakan untuk mendapatkan mata. Sebelum mempelajari kemahiran ini pemain
perlu tahu peraturan-peraturan servis. Peraturan-peraturan ini perlu dipatuhi sama
ada dalam permainan perseorangan atau bergui iaitu :
i. Pemain perlu berada di dalam petak yang betul ketika servis.
ii. Servis dilakukan apabila pemain lawan sudah bersedia.
iii. Pemain tidak boleh memijak mana-mana garisan di kawasan gelanggang
sehingga servis dilakukan.
iv. Sebelah kaki tidak boleh diangkat ketika pemain lakukan servis.
v. Perlu memukul bulu tangkis dengan raket.
vi. Tidak boleh menghentikan pergerakan raket ketika pukul bola servis.
ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

7

vii. Permukaan raket berada bawah tangan ketika servis.
viii. Bulu tangkis dipukul berada di bawah paras pinggang.
ix. Bulu tangkis perlu melepasi jaring ketika servis.
x. Tidak dibenarkan membuat muslihat atau niat mengelirukan lawan.
Terdapat 2 jenis servis iaitu servis rendah dan servis tinggi.
i. Servis rendah depan
Cara melakukan servis rendah depan ialah dengan menolak bulu tangkis melepasi
jaring serendah dan serapat yang boleh.

Rajah 4 : Menunjukkan servis rendah
ii. Servis rendah kilas
Objektif servis rendah kilas ini sama dengan servis rendah depan. Cara
melakukannya adalah dengan berdiri berhampiran dengan garis depan petak
servisnya. Badan dan kedudukan adalah hampir dengan mengiring jaring. Bahagian
pemegang raket perlu mengarah ke atas jari pada belakang pemegang raket seperti
rajah di bawah.
ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

8


Rajah 5 : Servis rendah kilas
iii. Servis tinggi
Pemain akan menghantar bulu tangkis ke hujung gelanggang lawan. Bulu tangkis
akan melulu jauh dan tinggi melepasi lawan dan jatuh menjunam. Servis ini
sesuai untuk acara perseorangan dan juga beregu.

Rajah 6 : Servis tinggi
c) Membuat pukulan
Bulu tangkis boleh dipukul dengan berbagai-bagai cara seperti :
Lob
Smesy

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

9


Otot-otot yang terlibat dalam permainan badminton
Dalam permainan badminton, terdapat pelbagai jenis otot yang digunakan
terutamanya melibatkan bahagian bawah dan bahagian atas anggota badan.
Meskipun begitu, otot yang paling penting dalam permainan ini ialah trisep,
bisep,deltoid dan trapezius. Otot-otot lain seperti pektoralis major dan juga
latissimus dorsi merupakan otot yang banyak membantu dalam pergerakan
tangan bagi melakukan servis tinggi dalam permainan badminton.


MEKANISME PERGERAKAN : SERVIS TINGGI

BAGAIMANA BOLA TAMPAR DIMAINKAN

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

10

Otot yang digunakan dalam kemahiran asas Servis Tinggi ialah :
Trapezius
Trisep
Deltoid
Latissimus dorsi
Bisep
Pektoralis major
Flexor carpi radialis














Semasa memegang raket badminton, otot yang terlibat adalah flexor carpi
radialis .Otot ini berfungsi bagi membolehkan tangan menggenggam raket tersebut.

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

11

FASA LAKUAN JENIS PERGERAKAN OTOT

1. Persediaan


Memegang raket




a)Pergerakan ekstensi dan fleksi pada
otot tangan dan jari.

OTOT TANGAN

OTOT JARI

Tangan Humerus, radius, ulna,
karpal, metakarpal dan falang (tulang
jari).

Otot metakarpal dan falang bertindak
meregang untuk membolehkan
tangan menggenggam raket dalam
posisi yang baik.
ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

12

Dalam fasa persediaan ini juga iaitu sebelum melakukan servis, permain
perlulah berada dalam keadaan bersedia dan raket dihayunkan ke belakang dan hal
ini melibatkan otot-otot seperti trapezius, latisimus dorsi, dan pektoralis major
memainkan peranan. Otot-otot tersebut akan mengendur atau ekstensi bagi
membolehkan lengan dihalakan ke arah belakang. Otot deltoid pula akan
merenggang atau abduksi untuk mengangkat lengan ke arah luar dari sisi badan.











Selain itu, otot bisep akan menguncup manakala otot trisep pula akan
mengendur supaya lengan boleh dibengkokkan. Ketika aksi servis dimulakan
bahagian pinggang akan dipusingkan sedikit untuk persediaan membuat pukulan.
Otot-otot yang menggerakkan bahagian pinggang ini adalah seperti:
Otot Gluteus Maksimus dan otot Gluteus Medius yang terdapat pada bahagian
belakang iaitu tulang punggung.

Latisimus Dorsi
Trapezius
ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

13

FASA LAKUAN JENIS PERGERAKAN OTOT

Perlaksanaan


Servis


Buku tangkis dilepaskan
kemudian raket dihayunkan dan
dipukul dari arah bawah ke
hadapan menuju ke arah atas
dengan hanyunan yang kuat.

a)Pergerakan fleksi semasa
menghayunkan raket dengan kuat.


Otot Bahu


Tangan trapezius,lasitimus
dorsi,pektolaralis major ,deltoid,
triceps, bisep

*Otot trapezius, lasitimus
dorsidan pektoralis major
menguncup (fleksi) bagi
membolehkan lengan dihalakan
ke arah hadapan untuk tujuan
memukul bulu tangkis.
* Otot deltoid akan merapat atau
aduksi supaya lengan dapat
diturunkan ke sisi badan.
*Otot bisep akan mengendur
manakala otot trisep akan
menguncup bertujuan
meluruskan lengan semasa
memukul bulu tangkis.
ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

14

FASA LAKUAN JENIS PERGERAKAN OTOT

Selepas servis


Pukulan lajak


Pemain perlu ikut lajak bagi
memastikan bulu tangkis tepat ke
sasaran. Raket terus dihayunkan
ke atas mengikut arah
pergerakan bulu tangkis.





a)Pengenduran dan penguncupan otot



Tangan triceps, bisep

*Otot bisep akan mengendur
manakala otot trisep menguncup
supaya lengan boleh
dibengkokkan.


ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

15

FASA JENIS SENDI
a) Permulaan Sendi Kondil Sendi pelana


b) Perlaksanaan dan
selepas
Sendi siku Sendi engsel

Sendi lain: sendi bahu dan sendi lesung
*Sendi bahu dan sendi lesung berperanan
membolehkan tangan dibengkokkan ke arah tapak
tangan, belakang tangan dan kedua-dua sisi. Sendi
amatpenting dalam permainan badminton
terutamanya untuk memukul bulu tangkis.
c) Selepas servis
-sendi lesung
-sendi engsel

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

16

GAMBARAJAH SENDI DAN TULANG-TULANG YANG TERLIBAT

Sendi yang terlibat
Sendi lesung
Sendi engsel

Tulang yang terlibat
Humerus
Skapula
Radius
Ulna
Tulang karpus

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

17


Tulang atas terdiri daripada tulang lengan atas, tulang lengan bawah dan tulang
bahu. Tulang bahu terdiri daripada tulang selangka atau kalvikula dan tulang
belikat (skapula).

Gambar rajah: Tulang bahu
Tulang bawah pula terdiri daripada tulang kaki atau paha. Tulang paha atau femur
memainkan peranan penting sebagai penyokong struktur postur.
Tulang paha terdiri dari bagian kepala dan leher pada bahagian proksimal dan dua
condylus pada bahagian distal. Kepala tulang paha akan membentuk sendi pada
pinggul. Bahagian proksimal lainnya iaitu trochanter major dan trochanter minor
menjadi tempat perlekatan otot. Pada bahagian proksimal posterior terdapat
tuberositas glutea yakni permukaan kasar tempat melekatnya otot gluteus maximus.
Di dekatnya terdapat linea aspera, tempat melekatnya otot biceps femoris.
ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

18

Satah Pergerakan
Kemahiran asas dalam badminton yang melibatkan pukulan servis tinggi
terbahagi kepada 2 fasa iaitu sebelum servis, semasa servis dan selepas servis.
Kebanyakan aksi pergerakan adalah berlaku pada satah sagital.








Satah Sagital membahagikan badan kepada 2 bahagian iaitu sebelah kiri dan
kanan. Pergerakan tangan dalam satah ini ialah fleksi (flexion) dan ekstensi
(extension).











ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

19

RUMUSAN
Melalui tugasan yang dilakukan dapatlah disimpulkan bahawa, setiap
pergerakan atau aktiviti dalam sukan mahupun permainan banyak disokong oleh
tulang, otot dan sendi tertentu untuk menghasilkan gerakan yang diperlukan. Tulang,
sendi dan otot saling berkait di antara satu sama lain dalam membantu kita
menggerak bahagian-bahagian utama badan. Tanpa salah satu daripadanya akan
menyebabkan pergerakan tidak dapat dilakukan. Tanpa sokongan fungsi sistem
tulang, sendi dan otot yang cekap dan sempurna pasti kita tidak mampu untuk
menggerakkan badan kita. Tulang amat penting kerana fungsinya sebagai sokongan
anggota badan, memberikan bentuk badan, menyediakan permukaan untuk
melekatkan otot, sistem tuas sendi yang dapat memudahkan pergerakan serta
membantu melindungi organ-organ penting dalam tubuh badan manusia. Pergerakan
seluruh badan dihasilkan daripada gerakan badan yang selaras dengan
pengenduran dan pengecutan otot-otot secara berselang-seli. Dengan adanya sendi
pula gerakan tulang menjadi lebih mudah dan dapat mengurangkan geseran antara
tulang. Maka pergerakan dapat dilakukan dengan mudah.












ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

20

REFLEKSI
Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, banyak masalah yang dihadapi.
Antaranya ialah penggunaan istilah dan penerangan terutamanya tentang tulang
,otot dan juga sendi. Memang banyak gambar yang boleh dijadikan rujukan melalui
internet namun kebanyakkan sumber rujukan maklumat yang diperolehi dalam
Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun memandangkan bahasa pengantar untuk
subjek ini ialah dalam Bahasa Melayu, jadi saya terpaksa menterjemahkan semula
apa yang ditulis dalam Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Ini agak sukar
kerana saya bimbang maksudnya akan berlainan daripad maksud asal. Oleh itu,
saya berusaha mencari semula maklumat- maklumat yang dikehendaki dalam
Bahasa Melayu bagi memudahkan saya menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, tugasan ini juga adalah sesuatu yang baru bagi saya. Dalam
tugasan ini kami dikehendaki mengenalpasti tulang, otot dan sendi yang terlibat
dalam pergerakan yang dipilih. Pada mulanya saya tidak faham bagaimana untuk
menyelesaikan tugasan ini kerana amat sukar bagi saya untuk mengenalpasti
bahagian- bahagian tersebut. Paling sukar adalah ketika membuat penerangan
bahagian otot dalam kemahiran yang dipilih . Untuk membolehkan saya menjelaskan
fungsi yang terlibat maka saya membuat rujukan daripada internet dan membuat
bacaan melalui buku-buku yang ada kaitan. Barulah saya berjaya memahami
beberapa istilah seperti fleksi dan aduksi. Walaubagaimanapun, setelah mendapat
tunjuk ajar daripada pensyarah, dan bimbingan rakan-rakan saya akhirnya berjaya
menyiapkan tugasan ini seperti yang dikehendaki.
Meskipun masa yang diberikan agak lama tetapi atas kesibukan kerjaya dan
tanggungjawab sebagai pelajar dalam memenuhi tugasan yang lain menjadikan saya
agak stress. Oleh itu, saya belajar menyiapkan setiap tugasan yang diberi secara
sedikit demi sedikit agar tidak terlalu membebankan saya. Memang saya akui
bahawa subjek anatomi dan fisiologi ini benar-benar menguji kefahaman dan daya
ingatan kita . Masih banyak yang masih perlu saya pelajari untuk memahami dengan
lebih baik.
Tugasan ini sebenarnya banyak membantu saya dalam memahami tajuk
anatomi dan fisiologi. Saya lebih memahami fungsi otot, tulang dan sendi dan
peranannya dalam menghasilkan pergerakan. Saya juga menyedari bahawa setiap
ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM3106

21

otot, tulang dan sendi bekerjasama antara satu sama lain bagi menghasilkan
sesuatu pergerakan terutamanya dalam permainan dan kemahiran bersukan.
Sekiranya salah satu tidak berfungsi maka pergerakan yang dilakukan akan menjadi
tidak sempurna.
Melalui tugasan ini juga saya lebih menghargai tubuh badan saya. Setiap
anggota tubuh badan adalah tidak ternilai harganya begitu juga dengan otot- otot,
tulang- tulang dan sendi- sendi yang memainkan peranan penting bukan sahaja
untuk menghasilkan pergerakan bahkan untuk melindungi organ dalaman,
menyokong dan yang paling penting membolehkan kita melakukan aktiviti- aktiviti
yang kita gemari tanpa sebarang masalah.

Anda mungkin juga menyukai