Anda di halaman 1dari 7

BIDANG TUGAS SEORANG GURU

Berdasarkan buku Karakter Guru oleh Mohd Sahandri Gani Hamzah, guru
ditafsirkan sebagai seseorang yang mengajar pelajar di sesebuah institusi
pendidikan atau menyediakan, mengeluarkan bahan pelajaran dan memeriksa
jawapan yang dikembalikan melalui pusat pendidikan jarak jauh termasuklah oleh
guru besar atau pengetua. Tafsiran ini diambil dalam Akta Pendidikan 1996, seksyen
2.
Guru mempunyai banyak peranan terutama kepada pelajar, ibubapa,
masyarakat dan negara serta rakan sejawat dan profesion keguruan. Peranan utama
guru ialah sebagai seorang pendidik. Guru bertanggungjawab untuk mendidik murid-
murid iaitu dengan memberi ilmu, memberi pendedahan dan pengalaman serta
mendidik murid-muridnya berahklak mulia. Di sekolah, guru mempunyai tugas-tugas
tertentu mengikut jawatan masing-masing.
Dalam sebuah sekolah, terdapat satu organisasi pentadbiran sekolah yang
diketuai oleh guru besar ataupun pengetua sekolah. Seterusnya, guru besar dibantu
oleh penolong kanan iaitu penolong kanan 1, penolong kanan HEM, penolong kanan
KO. Di sesebuah sekolah itu terdapat beberapa jawatan guru seperti guru kelas,
guru biasa, guru bertugas harian, ketua panitia mata pelajaran, guru disiplin, guru
perpustakaan, guru sumber, guru penasihat persatuan dan guru penasihat
permainan sukan.




BIDANG TUGAS GURU BESAR
Pengurusan Kurikulum Dan Ko Kurikulum
Pengurusan Kewangan, Kemudahan dan Sumber
Pengurusan Tenaga Pengajar Dan Kakitangan
Pengurusan Kebajikan Pelajar
Pengurusan Perhubungan Dalaman Dan Luaran

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 (PK 1)
Mengajar
Membantu Guru Besar Dalam Pengurusan Kurikulum
Membantu Guru Besar dalam Urusan Pentadbiran Harian
Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Staf
Membantu Guru Besar Dalam Pengusan Kemudahan Dan Sumber
Membantu Guru Besar Dalam Tugas-Tugas Lain

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN HEM
Mengajar
Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kebajikan Dan Disiplin
Pelajar
Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kemasukan dan
Pendaftaran Pelajar
Membantu Guru Besar dalam Perhubungan Awam
Membantu Guru |Besar dalam Tugas Tugas Lain


BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
Mengajar
Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kurikulum
Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kokurikulum
Membantu Guru Besar Dalam Perhubungan Awam
Membantu Guru Besar Dalam Pentadbiran Harian
Membantu Guru Besar Dalam Tugas-tugas Lain

BIDANG TUGAS GURU KELAS
Buku Daftar Kedatangan
Pengurusan Wang Rampai/Yuran Khas
Perkara-Perkara Akademik
Bantuan Kewangan Dan Biasiswa
Mengendalikan tugas-Tugas Lain

BIDANG TUGAS GURU BERTUGAS HARIAN
Persiapan Sebelum Memulakan Kerja
Mengawas Murid Menjalankan Kerja
Mengawas Murid Semasa Rehat
Mengawal Disiplin Murid





BIDANG TUGAS KETUA PANITIA MATA PELAJARAN
Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemaskini.
Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah
pengajaran atau pembelajaran terkini
Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran mingguan,
bulanan dan penggal
Menyalaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan
peperiksaan kertas-kertas jawapan
Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurangnya sepnggal sekali
atau lebih kerap lagi, jika perlu

BIDANG TUGAS GURU DISIPLIN
Sebagai Setiausaha kepada Lembaga Disiplin Sekolah
Menjadi Penasihat kepada Lembaga Pengawas Sekolah
Membantu Guru Besar dalam menentukan supaya peraturan-peraturan
sekolah dipatuhi sepenuhnya
Menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat diatasi oleh
Lembaga Pengawas Sekolah serta merujukkannya kepada Guru Besar,
jika perlu
Mencadangkan perlantikan pengawas-pengawas sekolah





BIDANG TUGAS GURU PERPUSTAKAAN
Menyediakan peraturan
Membuat Anggaran Perbelanjaan
Membuat Pesanan Buku
Memproses Buku
Menyediakan Kad-Kad
Rekod Penggunaan
Rawatan Buku
Penyemakan dan Hapus kira Buku Stok

BIDANG TUGAS GURU MATA PELAJARAN MATEMATIK

Seterusnya, antara tugas bagi guru mata pelajaran matematik ialah guru perlulah
mengajar, memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan
Sukatan Pelajaran yang telah ditentukan oleh panitia Matematik. Guru perlu
mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan. Selain itu,
guru juga harus membimbing pelajar memperolehi ilmu, kemahiran dan
mengamalkan sikap positif dalam menjalani kehidupan seharian. Seterusnya,
penilaian haruslah dibuat dan tindakan susulan perlu diadakan jika perlu terhadap
pelajar yang berkenaan. Penerangan demi penerangan perlu dibuat sehinggalah
seseorang pelajar itu faham topik yang diajarkan. Guru jua perlu mencari kaedah
pengajaran yang paling mudah difahami dan senang untuk disampaikan terutama
sekali bahagian yang memerlukan pengiraan yang rumit.

Bagi tugas guru matematik juga, antaranya ialah membuat perancangan
Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) mengikut sukatan pelajaran anjuran
Kementerian Pendidikan dan telah di bincangkan dalam mesyuarat Panitia
Matematik. Guru juga perlu menyediakan rancangan pelajaran penggal, mingguan
dan harian. Setiap latihan, kerja dan tutorial yang diberikan kepada murid hendaklah
direkodkan dalam buku panduan mengajar. Selain itu, guru juga harus merancang
ujian Matematik berdasarkan sukatan pelajaran yang diajarkan, merancang tindakan-
tindakan susulan terhadap penilaian atau keputusan ujian berkenaan untuk
meningkatkan prestasi akademik pelajar . Topik-topik pengiraan yang banyak
menggunakan kaedah implikasi perlu diberikan lebih perhatian.
Guru perlu melaksanakan pelbagai tugas khas seperti menghadiri kursus
kemahiran anjuran Pusat Kegiatan Guru berkaitan dengan subjek Matematik dan
mengendalikan kursus-kursus dalaman kepada ahli-ahli staf yang lain. Guru juga
perlu menjadi ahli pelbagai jawatan kuasa dalaman yang ditubuhkan oleh guru besar
serta mengendalikan kelas-kelas tambahan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum apabila
dirancangkan oleh guru besar dan penolong kanan. Guru matematik perlu bersedia
dengan setiap arahan guru besar berkaitan dengan subjek Matematik. Guru juga
perlu menghadiri seminar Matematik sebagai wakil panitia Matematik dan mengambil
maklumat penting yang disampaikan untuk meningkatkan lagi prestasi subjek
Metematik di sekolah.




Guru matematik juga perlu mentadbir dan menguruskan bilik darjah dengan
mengutamakan disiplin disamping mengajar ketika di dalam kelas. Pelajar yang
kurang fokus di dalam kelas perlu diberi perhatian. Guru juga perlu mewujudkan
suasana ceria dan kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar. Subjek Matematik adalah satu subjek yang sukar dan memerlukan
pemahaman yang baik untuk menguasainya, oleh itu, guru matematik perlu bertindak
bijak dengan tidak memberikan tekanan kepada pelajar. Guru juga perlu bersikap
tegas dengan mengambil tindakan segera terhadap pelajar-pelajar yang ponteng dan
perlu mengendalikan pelbagai tugas rasmi yang lain.

Anda mungkin juga menyukai