Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 21

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA

911225-08-5349 1


KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIA
1.0 Pengenalan
Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang
menyebabkan berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun-tamadun ini
tentunya mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain.
Interaksi budaya yang berlaku iaitu bermula dengan proses pembudayaan yang
menggabungkan masyarakat berbilang etnik sebelum membentuk interaksi tamadun.
Proses interaksi ini membawa kepada perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan
keinsanan. Interaksi merupakan hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling
mempengaruhi antara satu sama lain. Agama, pegangan nilai, bahasa, budaya, adat
dan sistem sosial mempengaruhi interaksi pelbagai tamadun.
Terdapat pelbagai cara dan sebab berlakunya interaksi tamadun. Interaksi ini
kemudiannya akan melahirkan kebaikan atau keburukan kepada tamadun-tamadun
yang terlibat. Namun, interaksi antara tamadun sebenarnya dapat memperkayakan
tamadun daripada berbagai-bagai aspek dan mengelakkan tamadun itu menjadi jumud
yakni kaku dan kolot.
Manusia merupakan pembangun sesebuah tamadun, sesuai dengan hakikat
kejadiannya sebagai al-insan madaniyyun lil tabiyy. Oleh itu, tamadun mempunyai ciri-
ciri dan nilai-nilai sejagat sesuai dengan fitrah dan keperluan asas kehidupan manusia.
Manusia sudah difitrahkan hidup dengan mempunyai pegangan dan kepercayaan.
Namun kepercayaan antara kelompok manusia adalah berbeza. Perbezaan wujud pada
sudut fahaman dan anutan serta cara melahirkan ketundukan dan kepatuhan, kesan
dari latar belakang, persekitaran dan pengalaman hidup yang berbeza. Perbezaan ini
merangkumi persoalan falsafah dan konsep sesuatu pegangan dan kepercayaan.
Contoh persamaan yang jelas ialah kepercayaan dan pegangan keseluruhan Tamadun
Asia kepada kuasa ghaib. Kuasa ini memberi kesan kepada kehidupan manusia di alam
nyata seperti sihat, sakit, aman, malapetaka, miskin dan kaya. Namun antara setiap
tamadun mempunyai tafsiran dan kepercayaan masing-masing terhadap kuasa ghaib.

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA
911225-08-5349 2


Melalui perbezaan dan persamaan ini, negara-negara di Asia telah berjaya
mewujudkan interaksi antara pelbagai tamadun yang berjiran sejak beberapa dekad
silam dan terbukti dapat terjalin secara harmonis. Sebagai contohnya, interaksi antara
Tamadun Cina dan Islam terjalin melalui Laluan Sutera dan Tamadun India dengan
Alam Melayu melalui laluan lautan Hindi. Antara tamadun-tamadun ini tidak wujud satu
pertembungan yang bersifat konflik seperti yang diistilah oleh S. Huntington sebagai
Clash of civilization. Satu ciri sepunya yang dikongsi bersama dan berfungsi
membangun tamadun-tamadun besar Asia ialah kerana dasar pembinaannya berteras
kepada nilai keagamaan dan etika. Sebaliknya, pasti berlaku konflik lantaran perbezaan
nilai yang ketara antara dua tamadun seperti pertembungan tamadun moden yang jelas
didominasi oleh Tamadun Barat dengan Tamadun Timur yang berteras nilai tradisional.
Oleh itu, tidak hairanlah mengapa selepas kedatangan penjajah Barat ke beberapa
negara di Asia sejak abad ke 16 masihi telah mencetuskan rangkaian konflik hingga
masa kini.

2.0 Kebaikan Interaksi Antara Tamadun Di Asia
Interaksi Tamadun India dengan China telah membawa kesan positif seperti
penyebaran agama Buddha di negara China. Agama Buddha dibawa masuk ke China
pada kurun pertama Masihi. Ketika itu, maharaja China menghantar wakil ke India
untuk mendalami ajaran agama ini dan menyesuaikannya dengan budaya masyarakat
Cina seperti doktrin (prinsip) Daoisme dan Konfusianisme. Sami dari China menetap di
India untuk mempelajari kitab Buddha yang menggunakan bahasa Sanskrit dan Pali
sehingga berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi yang digelar Tripitaka.
Selain itu, pelbagai kemahiran juga diperkembangkan dalam sains dan teknologi
seperti teknologi membuat gula daripada tebu dan bidang astronomi diperkembangkan
oleh India kepada China. Karya perubatan India diterjemah ke dalam bahasa Cina
selain daripada 60 koleksi ilmu astronomi India turut melalui perkara yang sama.

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA
911225-08-5349 3


Manakala, Tamadun India melalui perkembangan teknologi membuat kertas, bahan
letupan, percetakan dan penggunaan kompas dari Tamadun China.
Dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kesenian, Tamadun China turut
menerima banyak keuntungan melalui interaksinya dengan India. Bidang fonetik di
China menggunakan teknik daripada ilmu fonetik Sanskrit yang dipelajari melalui ajaran
Buddhisme. Disebabkan itu, perbendaharaan kata bahasa Sanskrit dan Pali banyak
mempengaruhi kesusasteraan China. Malahan, alat muzik China seperti pipa dan
konghou juga berasal dari India. Interaksi di antara kedua-dua tamadun ini berlangsung
secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.

Rajah 1: Pipa Rajah 2 : Konghou
Tamadun India
1
turut melalui interaksi dengan Tamadun Islam apabila negeri
Sind dan selatan Punjab dikuasai oleh orang Muslim pada tahun 712 Masihi.
Penyebaran agama Islam
2
dilakukan oleh orang Turki. Walaupun berlakunya asimilasi
budaya, wujud satu budaya yang bersifat budaya komposit iaitu Indo-Muslim yang
merupakan hasil campuran budaya Hindu dan Islam. Identiti kedua-dua budaya tetap
dikekalkan.

1
Nama Tamadun India pada zaman klasik ialah dalam bahasa Sanskrit iaitu Bharata-Varsha atau
Bhrarata-Khanda yang diambil sempena nama pemerintah India, Bharata. Orang Greek menamakannya
sebagai Indu sehingga terbitnya nama India seperti sekarang.
2
Penganut agama Islam merupakan penduduk kedua teramai di India selepas penganut agama Hindu
dengan hampir 150 juta orang daripada hampir 1 billon penduduk India.

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA
911225-08-5349 4


Hasil daripada budaya komposit ini, berlaku perubahan pada unsur-unsur
budaya seperti bahasa. Satu bahasa yang dikenali sebagai Zaban-e-Hindawi iaitu Urdu
muncul. Bahasa Urdu mempunyai tatabahasa Prakrit dengan perbendaharaan kata
Parsi, Arab dan Turki. Bahasa ini ditulis dengan skrip Arab tetapi, diubah untuk
mewakili bunyi bukan Arab. Urdu di kawasan-kawasan lain disebut Urdu Dekani dan
Urdu Lucknowi, tetapi yang menjadi dominan ialah Urdu Kerajaan Moghul. Bahasa
ucapan disebut Hindustani dan contoh bagi perbendaharaan kata Urdu ialah wajib dan
munsyi. Dalam bahasa Urdu majalah dan surat khabar sangat banyak diterbitkan oleh
umat Islam di India. Antaranya ialah majalah al-Maarif yang diterbitkan oleh Darul
Mushannifin di kota Azamgarh yang diterbitkan sejak tahun 20an sehingga hari ini.
Seterusnya ialah majalah al-Hilal yang diterbitkan di Calcutta oleh Maulana Abu Kalam
Azad dan kawan-kawannya serta majalah Tamir Hayat yang diterbitkan oleh Nadwatul
Ulama Lucknow. Majalah ini memuatkan rencana ilmiah dan perkembangan yang
terjadi di dalam dunia Islam
Pendidikan juga turut dipengaruhi oleh budaya Indo-Muslim apabila dasar
pendidikan yang baru diperkenalkan oleh Akbar, pemerintah teragung zaman Mughul.
Orang Hindu berpeluang mempelajari bahasa Persia dan cemerlang di madrasah-
madrasah sehingga ada yang menjadi guru. Malahan, buku sains perubatan turut
ditulis dalam bahasa Persia oleh ahli-ahli fizik Hindu. Manakala, dalam bidang sejarah
pula Tarikh-i-Muzaftarim oleh Muhammad Ali Ansari, Ibrat-Nama oleh Khairuddin, Sair-
ul-Mutakherin oleh Ghulam Husain dan Imad-ur-Saadat oleh Ghulam Ali Naqvi adalah
antara karya-karya penting pada zaman pemerintahan Islam di India.
Ketika zaman pemerintahan Akbar juga, gaya lukisan Hindu telah mendominasi
gaya lukisan Parsi kerana kehadiran pelukis Hindu yang ramai di istananya. Kemudian,
Institut Lukisan Mughul diasaskan yang bertujuan mengabungkan gaya lukisan Islam
dan Hindu. Setelah kematian Akbar, lukisan Mughul terus dipengaruhi oleh elemen-
elemen Hindu dan pemerintah-pemerintah menggalakkan pelukis menggambarkan
kehidupan Akbar dalam seni lukis mereka. Institut Lukisan Moghul telah mencerminkan
aspirasi politik Akbar. Keadaan ini dapat dilihat melalui lukisan dinding yang

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA
911225-08-5349 5


berkembang maju di ibu kota Akbar iaitu Fathpur Sikri (1570-85). Pelukis handalan
Hindu yang terlibat ialah Basavan, Lal dan Dasvanth. Terdapat juga lukisan dalam
Razm-Nama iaitu terjemahan Mahabharata dalam bahasa Parsi.
Seterusnya, persajakan juga merupakan unsur-unsur budaya komposit Indo-
Muslim. Dalam bidang persajakan dan sastera, karyawan terulung ialah Amir Khusraw
(1253-1325) seorang Indo-Muslim. Nuh Siphr (The Nine Skies), ialah karya beliau yang
memberi corak kehidupan masyarakat India, iklim, bunga-bungaan, binatang, agama
serta bahasa-bahasa di India. Khawaja Najm-ud-din Hasan yang turut dikenali sebagai
Mir Hasan Dihlvi merupakan penyajak Hindi yang terkenal. Ghazal Persia beliau amat
menarik dan mudah difahami yang banyak membuatkannya terkenal. Sementara itu,
Ghalib pula seorang penyair Urdu yang cemerlang. Sehingga kini, ghazal ciptaan
beliau masih popular.
Seni bina merupakan unsur budaya komposit terakhir daripada interaksi
Tamadun India dan Tamadun Islam. Bidang seni bina mengalami perkembangan yang
pesat pada zaman Mughul dengan pembinaan bangunan Kabuli Bagh di Panipat, Jami
Masjid di Sambal dan sebuah masjid di Agra. Salah satu daripada tujuh keajaiban di
dunia iaitu Taj Mahal dibina oleh Shah Jahan
3
adalah berdasarkan konsep dan gaya
Islam. Namun demikian, penggunaan bahan, kerja-kerja ukiran dan motif-motif bunga-
bungaan lebih bercirikan seni bina Hindu.






3
Shah Jahan merupakan salah seorang pemerintah Islam di India pada tahun 1627-1658.

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA
911225-08-5349 6


Rajah 4: Masjid Jami
Rajah 3: Masjid Kabuli Bagh

Interaksi di antara Tamadun India dengan Tamadun Barat bermula dengan
Portugal yang merupakan kuasa Eropah pertama yang datang ke India. Pada tahun
1498, Vasco da Gama sampai ke Calicut di Kerala yang menggunakan bahasa Portugis
sebagai bahasa perdagangan di situ. Tujuan Barat ke India ialah untuk memperoleh
rempah dan meyebarkan agama Kristian. Pada tahun 1810-1820-an, sekolah-sekolah
Inggeris, mubaligh-mubaligh Kristian dan buku-buku Inggeris memonopoli sistem
pendidikan di India. Menurut Thomas B. Macauay, tujuan pendidikan di India ialah
mewujudkan satu kelas India dalam darah dan warna; manakala Inggeris melalui rasa,
pandangan, moral dan intelek.
Interaksi kedua-dua tamadun ini mempengaruhi sastera di India apabila pada
akhir abad ke-19, sastera India telah dipengaruhi oleh pendidikan Inggeris. Dalam
pada itu, orang India sendiri mula hilang minat kepada sastera mereka sendiri kerana
tidak bersesuaian dengan perubahan zaman. Genre sastera tradisional India seperti
kavya, campu dan drama lebih sesuai untuk kisah-kisah seperti epik, agama dan
dharma. Sudah tentulah ini tidak sesuai dengan kehendak sosial dan politik yang
membawa nafas baru sehingga turut munculnya sajak-sajak romantik.
Interaksi Tamadun India dan Tamadun Barat mempengaruhi hubungan sosial
dan budaya di antara bandar dan kampung. Perhubungan di antara penghuni bandar
yang kebanyakkan berhijrah dari kampung masih erat dengan kaum keluarga mereka
yang berada di kampung. Selain itu, media elektronik seperti panggung wayang, radio
dan televisyen mula menggantikan alat komunikasi tradisional seperti wayang kulit dan
drama. Bandar menjadi pusat reformasi dalam aspek agama dan tradisi di kampung.
Sekolah-sekolah, buku-buku, kuil-kuil, upacara umum agama dan media massa

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA
911225-08-5349 7


memperkenalkan tafsiran yang baru dalam masyarakat kampung sehingga berlaku
desakan agar pembentukan keseragaman dalam amalan budaya dan agama dilakukan.
Bahasa Inggeris turut diakui oleh Perlembagaan India yang digunakan untuk
tujuan rasmi selama 15 tahun. Malah, dua pertiga daripada rakyat India tidak
menggunakan bahasa Hindi dalam komunikasi mereka. Namun demikian, terdapat
juga negeri di India yang mengenakan syarat supaya menggunakan bahasa Hindi
dalam pentadbiran seperti di Rajasthan, Uttar Pradesh, Bihar dan Haryana. Manakala,
kawasan seperti Punjab, Kerala, Tamil Nadu, Gujarat dan Bengal Barat menggunakan
bahasa Inggeris.
Interaksi tamadun seterusnya ialah di antara Tamadun Islam dengan Yahudi
dan Kristian yang berlaku semasa zaman kemunculan Islam di Tanah Arab yang telah
membawa beberapa kesan positif. Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah)
yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah, hak-hak orang Kristian dan
Yahudi serta penganut-penganut agama lain telah diberikan perlindungan. Hak ini
adalah berkaitan dengan kebebasan mengamalkan tuntutan agama mereka tanpa
gangguan oleh umat Islam yang lain termasuklah Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Hal
ini terus diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam ketika zaman Khulafa al-Rasyidin,
Bani Umaiyah, Abbasiyah, Uthamaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di India.
Penganut-penganut Kristian dan orang Yahudi turut mendapat kedudukan yang tinggi
dalam pentadbiran beberapa buah kerajaan Islam. Misalnya, ketika zaman
pemerintahan Abbasiyah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan
sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab.
Di Andalusia, Sepanyol juga ramai penulis dan ahli intelektual dari kalangan individu-
individu Yahudi dan Kristian.
Tamadun Islam juga turut berinteraksi dengan Tamadun China yang berlaku
secara aman melalui perdagangan, perkahwinan, politik dan sifat pendakwah agama
Islam. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi banyak memainkan peranan dalam proses
interaksi ini. Disebabkan terdapat komuniti Arab Islam yang menetap di situ,

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA
911225-08-5349 8


berlakulah perkahwinan campur antara pedagang dengan wanita tempatan. Hasilnya,
penyebaran agama Islam kemudiannya mewujudkan komuniti Islam tempatan China.
Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming,
muncul beberapa tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran.
Kemudian, muncul pula cendikiawan-cendikiawan Islam tempatan yang mashyur
seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Mereka mencari keselarian ajaran-ajaran dan nilai Islam
dengan Konfusianisme. Agama Islam diperkenalkan kepada masyarakat China
4

melalui konsep hubungan kekeluargaan, ketaatan kepada ibu bapa dan raja serta nilai-
nilai moral yang terdapat dalam ajaran Konfusianisme. Hal inilah yang meyebabkan
ajaran Islam tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahli Konfusianisme seperti yang
telah dihadapi oleh agama Buddha. Melalui interaksi ini juga, berlakunya
pertembungan seni bina Arab-Islam dengan seni bina China yang dapat dilihat
menerusi masjid-masjid di China hari ini.
Dinasti Tang, Dinasti Sung dan terutamanya Dinasti Yuan melahirkan ramai
tokoh Islam terkenal yang mengamalkan budaya China dan kesetiaan terhadap negeri
China tanpa berbelah bahagi. Antaranya ialahh Prof. Muhammad Pai Shao Yi yang
menyebabkan Islam di negeri China memperolehi kekuatan di peringkat akar umbi.
Masyarakat Islam berjaya menubuhkan institusi pengajian agama di masjid-masjid dan
akhirnya pendidikan agama dilakukan di sekolah-sekolah.
Ketika interaksi kedua-dua tamadun ini berlaku, terdapat juga penerbitan media
massa dalam kalangan masyarakat Islam di negeri China. Lebih daripada 70 Review
Islam telah diterbitkan dan Review Bulanan Islam di Yunan dalam tahun 1915 adalah
yang terawal diterbitkan. Review yang paling lama bertahan ialah The Crescent-Bulan
Sabit dan The Light Of The Crescent-Cahaya Bulan Sabit (Yueh Hwa) di Bei Jing dan
juga Islamic Review di Shang Hai. Antara penulis yang terkenal dalam bidang
penerbitan ialah Elias Wang Ching Chai dan Muhammad Yang Chong Ming. Mereka ini

4
Penganut agama Islam berbangsa Cina dikenali sebagai Hui.

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA
911225-08-5349 9


juga merupakan penterjemah al-Quran ke dalam bahasa Mandarin dan kamus Arab-
China
Dalam bidang kesusasteraan, terdapat juga masyarakat Cina Islam yang aktif
seperti Lee Yen Shen yang terkenal pada zaman Dinasti Tang. Lee Hsiun dan Lee
Shun Hsuan pula merupakan penyair-penyair besar manakala Mi Fei seorang penyair
dan penulis kaligrafi yang terkenal dalam dunia penulisan Cina . Kaligrafinya yang
berbentuk bulat pada hujung tulisan masih digunakan sebagai model oleh orang-orang
Cina, Korea dan juga Jepun.
Ketika zaman Dinasti Manchu pula, terdapat ahli falsafah Islam yang terkenal
seperti Ma Ming Loong, Sheikh Wang Tai Yu dan dan Pu Sung Ling. Pu Sung Ling
telah menulis cerita Liao Chai yang bermaksud rumah yang tidak dikehendaki atau
rumah perbualan. Cerita Liao Chai dianggap setaraf dengan cerita Arab, Seribu
Satu Malam. Pu Sung Ling dianggap sebagai salah seorang penulis besar China. Dari
aspek kesenian pula, Syed Omar Shamsuddin, putera Hsien Yang Dinasti Yuan
merupakan orang yang membuat lukisan Yin dan Yang.
Interaksi tamadun ini juga telah melahirkan ramai negarawan Cina dan tentera
Cina adalah beragama Islam. Antaranya ialah Takutur Khan, iaitu cucu kepada Jenghis
Khan dan Laksamana Cheng Ho yang nama asalnya ialah Muhammad Ma Ho
dilahirkan di Yunan. Jeneral Muhammad Tso Pao Kwei pula merupakan seorang
jeneral yang terlibat dalam peperangan antara tentera China dan Jepun pada tahun
1894. Jeneral Omar Pai Chung-His merupakan Marshal tentera empat bintang yang
meninggal dunia di Taipei pada 2 Disember 1966 dan Jeneral Muhammad Ma Chi
Yuan, orang yang menumpaskan tentera Komunis di wilayah Kansu pada tahun 1948.
Tamadun Islam turut berinteraksi dengan Tamadun Melayu yang juga berlaku
secara aman menerusi perdagangan. Dikatakan bahawa pengaruh Islam di Asia
Tenggara khususnya Kepulauan Melayu datang dari tiga kawasan berbeza iaitu dari
Arab dan Parsi, dari India serta dari China. Namun kesan positif iaitu dengan
tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu adalah kesan yang paling menonjol.

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA
911225-08-5349 10


Lalu, muncul pula kerajaan Islam tempatan seperti Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau,
Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan banyak lagi. Interaksi ini
juga turut membawa tulisan jawi yang banyak mempengaruhi perkembangan ilmu
pengetahuan di Kepulauan Melayu. Kesan positif yang dapat dilihat termasuklah
pengaruh dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebudayaan berupa
pakaian dan makanan serta penggunaan istilah-istilah Arab dalam bahasa Melayu.
Rekod rasmi China yang menyatakan Kedah pernah menjalinkan hubungan
diplomatik dengan China dan kehadiran pedagang Kedah ke China yang bertarikh
638M menunjukkan interaksi di antara Tamadun Melayu dan Tamadun China. Kesan
daripada interaksi ini, penyebaran agama Islam di Tanah Melayu di peringkat awal
dikatakan datang dari Tanah Besar China ekoran daripada hubungan perdagangan
kedua-dua belah pihak. Hal ini terbukti dengan penemuan batu bersurat di Campa
bertarikh 1039, di Brunei (1048) dan di Laren, Jawa (1082) yang mengatakan Islam
datang dari Canton dan Hainan pada kurun ke-9.
Selain itu, Tamadun Melayu juga mewarisi Cina Peranakan yang dikenali
sebagai Baba dan Nyonya. Kebudayaan Baba dan Nyonya mempunyai unsur-unsur
kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu Baba pula banyak dipengaruhi oleh perkataan
Hokkien, salah satu cabang dalam bahasa Cina. Cina Peranakan juga turut
dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan mereka juga biasa makan menggunakan
tangan. Malahan, golongan ini menggunakan kebaya dan kain sarong sebagai pakaian
mereka seharian.
Dalam interaksi kedua-dua tamadun ini, unsur kebudayaan juga dipengaruhi oleh
kebudayaan masing-masing. Disebabkan oleh pertukaran barang yang dijadikan
sebagai hadiah, Tamadun Melayu telah diperkenalkan dengan pelbagai jenis tekstil
seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam serta
makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. Malahan, adat memberi ang pau yang
bermaksud sampul merah ketika perayaan Tahun Baru Cina juga diperkenalkan.

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA
911225-08-5349 11


Tamadun Melayu turut memperoleh keuntungan dari aspek perubatan dan
teknologi yang dibawa oleh Tamadun China. Seperti yang kita ketahui, rawatan
akupuntur dan herba adalah sangat mujarab dan bertujuan menyeimbangkan yin dan
yang mengikut kepercayaan masyarakat Cina. Perubatan herba Cina menggunakan
lebih seribu jenis herba juga dapat mengubati penyakit seperti asma, anemia dan
kanser. Teh Cina iaitu teh hijau juga mempunyai banyak khasiat kepada tubuh badan.
Dalam bidang teknologi, Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari tebu
ke Kepulauan Melayu seperti di Jawa selain daripada penghasilan barangan lain seperti
kertas, kain, bahan letupan dan lilin.
Seterusnya ialah interaksi di antara Tamadun Melayu dengan Tamadun India.
Interaksi kedua-dua tamadun ini telah bermula sedari abad ke-3 SM. Buktinya, bahan
bertulis dari India ada menyebut tentang Malayadvipa yang bermaksud Semenanjung
Melayu. Para pedagang dari India ke Tanah Melayu bagi mendapatkan emas
sementelah mereka menggelarkan Tanah Melayu Suvarnabhumi yang bermaksud
tanah emas. Hasil daripada interaksi ini, agama Hindu dan Buddha telah disebarkan
dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya memegang kepercayaan
animisme. Antara tinggalan pengaruh ajaran Hindu ialah Candi Bukit Batu Pahat di
Lembah Bujang ketika kerajaan Chola menguasai Kedah.
Sistem pemerintahan kita pada hari ini juga mempunyai unsur-unsur konsep
ketuhanan agama Hindu. Keadaan ini berdasarkan konsep Dewaraja
5
. Warisan yang
masih dikekalkan berdasarkan konsep ini ialah membesarkan keagungan dan
kedudukan Raja dalam upacara pertabalan baginda.
Struktur masyarakat dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh sistem
kasta. Sistem ini ialah susun lapis dalam masyarakat di mana terdapat pemisahan
yang jelas di antara golongan atasan atau bangsawan dengan rakyat biasa. Keadaan
ini membawa kepada kemunculan masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat
Melayu.

5
Dewaraja ialah bahasa Sanskrit yang bermaksud God King.

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA
911225-08-5349 12


Adat resam dan budaya masyarakat Melayu juga turut menerima pengaruh
daripada agama Hindu iaitu amalan jampi dan mantera. Ini dapat dilihat daripada
golongan bomoh atau dukun ketika melakukan upacara yang berkenaan. Amalan
seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai serta mencecah
garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi
oleh amalan masyarakat India.
Bahasa adalah unsur yang ketara dipengaruhi oleh interaksi kedua-dua tamadun
ini. Tamadun Melayu menerima pengaruh bahasa Sanskrit yang diubah sedikit menjadi
kosa kata bahasa Melayu. Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu
Bersurat Talang Tuwo (684 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) membuktikan
pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu kuno ketika itu. Dalam Batu Bersurat
Terengganu, 29 perkataan bahasa Sanskrit turut ditemui bersama bahasa Arab. Antara
contoh bahasa Sanskrit yang mempengaruhi bahasa Melayu lama ialah bhakti (bakti),
prakara (perkara) dan vela (bila).
Unsur terakhir yang dipengaruhi dalam interaksi ini ialah kesusasteraan.
Contohnya, kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabhrata. Hikayat
Seri Rama diinspirasikan daripada Epik Ramayana manakala versi tempatan bagi Epik
Mahabhrata ialah Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pandawa, Hikayat Panda Delima dan
Hikayat Sang Boma. Karya sastera Melayu tradisional begitu mementingkan aspek
kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja serta penyelitan unsur mitos dan epik.
Karya sastera ini turut diadaptasi ke dalam wayang kulit.
Dalam interaksi di antara Tamadun China dan Tamadun J epun, banyak kesan
positif yang dapat diperhatikan. Jepun mendapat banyak faedah daripada hubungan ini
kerana beberapa sumbangan penting dari Tamadun China. Antaranya ialah dari segi
agama dan tulisan
6
. Tamadun China mengembangkan agama Buddha di Jepun dan
diasimilasikan dengan agama asal Jepun iaitu Shinto. Asimilasi ini langsung tidak
mengubah identiti ajaran Buddha. Malah kuil-kuil Buddha didirikan di Jepun dan

6
Negara Jepun dikatakan mempunyai kadar celik huruf tertinggi di dunia iaitu 98 peratus.

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA
911225-08-5349 13


mencapai zaman kemuncaknya pada zaman Nara dan Heian. Melalui aspek tulisan
pula, tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan
Katakana
7
. Pengaruh tulisan ini juga memberi kesan kepada perkembangan intelektual
dan kesusasteraan Tamadun Jepun.
Selain itu, Tamadun China turut meninggalkan unsur kebudayaannya
8
seperti
upacara minum teh
9
, seni taman dan struktur pembinaan bandar. Begitu juga ajaran
falsafah Konfusianisme yang diasimilasi dalam Tamadun Jepun. Ajaran Konfusianisme
memberi penekanan kepada institusi kekeluargaan dan ini memberi kesan kepada
pemantapan institusi keluarga di Jepun. Manakala, konsep mandat dan syurga pula
memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal dari keturunan
Dewi Amaterasu.
Tamadun J epun juga turut berinteraksi dengan Tamadun Barat. Interaksi
kedua-dua tamadun ini berlaku secara tidak sengaja apabila tiga orang Portugis yang
menumpang sebuah kapal Cina dari Melaka hanyut berdekatan Pulau Kyushu pada
tahun 1542. Hal ini menyebabkan orang Portugis mula berdagang di Kagoshima
apabila mereka bertapak di Macao pada tahun 1557. Mereka turut menyebarkan
agama Kristian di Kagoshima. Kemudian, penyebaran ini lebih giat dilakukan ketika
Revolusi Pertanian dan Perindustrian di Eropah kerana Jepun menitikberatkan
pertanian ketika itu. Bandar Nagasaki seolah-olah diperintah oleh orang Kristian dan
paderi-paderi mempunyai kuasa yang agak besar. Mereka telah mengambil
sebahagian daripada keuntungan jualan barang-barang muatan kapal Portugis untuk
meluaskan gereja-gereja dan sekolah-sekolah Kristian. Penyebaran ini banyak
dipengaruhi oleh kebolehan mereka berbahasa Jepun dan ketinggian peribadi yang
menyebabkan mereka mudah diterima oleh golongan bangsawan dan maharaja.

7
Selain daripada tulisan Hiragana dan Katakana, dua lagi tulisan Jepun ialah Kanji dan Romanji.
8
Kini, Jepun merupakan antara pengeksport budaya pop yang terbesar seperti anime, manga, fesyen
dan permainan video.
9
Upacara minum teh di Jepun dipengaruhi oleh mazhab Zen Buddhisme. Mutu istimewa teh Jepun
dihasilkan dengan mengeringkan daunnya tanpa penapaian.

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA
911225-08-5349 14


Tamadun Barat turut mempengaruhi Tamadun Jepun dari aspek kebudayaan.
Daripada memusuhi dunia luar, Jepun menukarnya kepada dasar buka pintu. Orang
Jepun mula tertarik dengan kasut-kasut dari Barat yang menggantikan penggunaan
terompah, pemakaian cara Barat menggantikan kimono, menjadikan daging dan susu
sebagai makanan seharian, penggunaan sudu dan garpu menggantikan penyepit serta
penggunaan lampu elektri dan jam dari Barat. Namun begitu, orang Jepun tetap
mengekalkan adat dan sopan dalam kehidupan seharian terutama golongan atasan.
Dalam pada itu, kelas sosial
10
juga telah ditamatkan perbezaannya dengan
penguatkuasaan undang-undang. Masyarakat Jepun menganggap semua masyarakat
sama taraf walaupun pekerjaan mereka berbeza.
Dalam bidang ekonomi pula, interaksi di antara Jepun dan Barat menyebabkan
sistem bank yang moden ditubuhkan yang berperanan memulihkan nilai mata wang
Jepun. Penubuhan bank ini pada tahun 1872 adalah dengan mencontohi bank-bank di
Amerika Syarikat. Perdagangan Jepun dengan dunia luar juga membawa banyak
keuntungan kerana pengaliran mata wang asing ke Jepun.
Selain itu, dalam bidang pemilikan tanah, Jepun juga telah mengubah cara
pemilikan tanah mereka dan menurut cara Barat. Dalam sistem tradisi, tanah adalah
milik pembesar-pembesar sahaja, tetapi kini hak milik tanah diberikan kepada semua
termasuklah golongan petani. Sistem bayaran cukai kepada golongan feudal juga
diganti dengan pembayaran cukai tanah kepada kerajaan.

3.0 Keburukan Interaksi Antara Tamadun Di Asia
Tidak semua interaksi di antara tamadun menghasilkan kesan yang positif.
Terdapat juga yang menyebabkan kesan negatif berlaku sama ada pada peringkat awal
interaksi atau sebahagian daripada kesan interaksi yang telah berlaku.

10
Perbezaan kelas berpunca daripada golongan tuan tanah yang hidup di atas sewa yang dibayar
kepada mereka dan penyewa yang tiada bertanah.

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA
911225-08-5349 15


Umpamanya, hubungan orang Islam dan Kristian ketika Zaman Pertengahan di
Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah melancarkan Perang Salib ke
atas orang Islam. Ramai orang Islam dan Yahudi yang terkorban akibat perang ini
disebabkan faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik.
Seterusnya ialah ketika interaksi di antara Tamadun India dan Tamadun Islam.
Hubungan penganut agama Islam dan Hindu di India berada dalam ketegangan. Orang
Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan raja-raja India yang beragama Hindu.
Begitu juga pemerintah-pemerintah Islam telah memusnahkan kuil-kuil Hindu dan orang
Hindu dibunuh. Contohnya, raja-raja Islam dalam Kesultanan Dehli
11
telah
mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan upacara keagamaan Hindu.
Konflik turut wujud ketika agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam
masyarakat China semasa zaman pemerintahan Dinasti Han Timur semasa interaksi di
antara Tamadun India dan China. Hal ini disebabkan pengaruh cendikiawan
Konfusianisme dalam pentadbiran Dinasti Han. Tentangan mereka menyebabkan
sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan.
Interaksi di antara Tamadun Islam dengan China juga menimbulkan konflik
seperti rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan.
Penduduk Han di Tenggara China mewujudkan permusuhan dengan orang Islam
kerana tidak puas hati terhadap kemewahan orang Islam dalam aktivti perdagangan.
Pemberontakan kemudian berlaku pada tahun 758 Masihi dan 876 Masihi
menyebabkan orang islam dibunuh dan ramai yang melarikan diri ke Asia Tenggara
seperti Palembang dan Kedah. Selain itu, rasa tidak puas hati orang Islam turut muncul
apabila ajaran Konfusianisme diutamakan pada pemerintahan Dinasti Ching. Rasa

11
Semasa zaman pemerintahan Moghul, raja Moghul, Aurangzeb telah mengharamkan pembinaan kuil-
kuil baru, upacara mandi suci di Sungai Jamuna dan mengharamkan upacara Sati.

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA
911225-08-5349 16


tidak puas hati
12
orang Islam disokong oleh gerakan Kaum Muda (Wahabi) dalam
kalangan orang Cina beragama Islam.

KESIMPULAN
Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelaslah bahawa
teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam
tamadun-tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu,
dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi, wujud
beberapa kebaikan dan keburukan yang harus kita fahami. Memahami kebaikan dan
keburukan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita
untuk bersikap lebih toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat.
Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu
ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara
positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.









12
Beberapa siri pemberontakan telah berlaku akibat rasa tidak puas hati orang Islam seperti
Pemberontakan Sinkiang 1 (1756 Masihi), Kebangkitan Yussof Syamsuddin (1828-31 Masihi) dan
Pemberontakan Yunan (1850-68 Masihi).

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA
911225-08-5349 17


BIBLIOGRAFI
Afifah Abu Yazid, (2004). Pengajian Tamadun Asia. Pahang Darul Makmur: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Zaki Abd Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros,(2009). Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS)
Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Dg Hafizah Dg Basir Siti Halimah Putung,
(Jan 2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor Darul Ehsan : Multimedia
Sdn. Bhd.
http://tamadun-islam551.blogspot.com/2008/06/interaksi-antara-tamadun.html

http://titas-haba.blogspot.com/2008_12_02_archive.html

http://www.geocities.com/durontekno/TAMISLAM.htm#TAJUK-TAJUK










MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA
911225-08-5349 18


REFLEKSI
Dalam menjalankan tugasan ini, saya mendapati bahawa setiap orang di dalam
kelas memperolehi tajuk tugasan yang berbeza. Tajuk tugasan yang saya perolehi ialah
mengenai kebaikan dan keburukan interaksi antara tamadun di asia. Aspek yang perlu
saya huraikan ialah dari segi kebaikan (positif) dan keburukan ( negative) yang berlaku
daripada hasil interaksi antara tamadun di asia dan bersertakan buktinya.
Untuk permulaan dalam proses pencarian maklumat, saya mencari maklumat
menggunakan sumber internet. Walaupun terdapat banyak maklumat yang ada di
sana, tetapi hanya sedikit sahaja yang menepati aspek yang ingin saya cari. Selain itu
juga, maklumat yang saya peroleh dari sumber internet itu juga kurang menyakinkan
kerana kesahihannya tidak terbukti. Oleh itu, saya pergi ke perpustakaan untuk mencari
bahan rujukan tambahan yang dapat menambahkan kesahihan maklumat yang telah
peroleh. Selain itu, saya juga pergi kedai-kedai untuk untuk mencari buku rujukan
terbaru yang mempunyai kaitan dengan tugasan saya ini.
Saya mendapati bahawa berdasarkan bahan-bahan rujukan yang saya perolehi
daripada internet, perpustakaan dan kedai buku, tidak banyak penjelasan mengenai
aspek kebaikan dan keburukan interaksi antara tamadun di asia yang dijelaskan, tetapi,
aspek yang banyak diterangkan adalah seperti nilai-nilai universal tamadun dan
perbezaan dan persamaan antara tamadun.
Namun begitu, dengan beberapa maklumat yang saya peroleh, saya membuat
banding beza untuk memastikan kesahihan maklumat yang saya perloleh itu dan
mencari bukti kesahihannya di dalam internet. Saya mengenal pasti penulis-penulis
buku yang saya rujuk tersebut dan melihat latar belakang mereka. Setelah selesai, saya
memlilih isi-isi yang terbukti boleh dipercayai dan saya huraikannya mengikut
kefahaman saya berdasarkan bukti dan pendapat tokoh-tokoh yang terdapat di dalam
sumber rujukan saya. Pencarian bahan dan memproses maklumat yang saya perolehi
ini merupakan agak mencabar bagi diri saya kerana subjek TITAS ini amat meluaskan
dan mendalam.

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA
911225-08-5349 19


Di samping itu, tugasan ini juga memerlukan saya untuk membuat persembahan
slide untuk dibentangkan kepada rakan-rakan sekelas dan dinilai. Berdasarkan jawapan
esei yang telah saya selesai siapkan, saya perlu meringkasnya lagi untuk dijadikan
sebagai persembahan slide yang mudah difahami dan ringkas.
Setelah selesai melakukan tugasan ini, saya lebih menyedari apa itu
kepentingannya interaksi antara tamadun bukan sahaja di asia, malahan di tanah
Melayu kita, Malaysia.
Berdasarkan interaksi yang berlaku sejak berjuta tahun dahulu, kita dapat
perhatikan banyak perubahan yang berlaku di dalam Negara masing-masing. Berlaku
banyak pengubahsuaian dan penigkatan tahap hidup antara kita. Antara factor semua
perkara ini terjadi adalah kerana interaksi antara tamadun. Seperti yang kita dapat lihat
di dalam Negara kita, Malaysia, kita berkongsi budaya, agama, makanan, bahasa, seni
bina dan amalan di dalam satu negara. Semua ini berlaku kerana terdapatnya interaksi
antara tamadun dan ini telah terbukti.
Namun di sebalik kebaikan yang wujud dalam interaksi ini, lahir juga keburukan
di sampingnya. Oleh itu, dengan melakukan tugasan ini saya dapat melihat keburukan
interaksi tamadun ini dan menyedarkan saya bahawa betapa pentingnya untuk tidak
menjadikan keburukan itu berleluasa. Sesebuah tamadun itu boleh runtuh akibat
interaksi dan berlakunya pertumpahan darah yang dahsyat. Justeru itu, saya menyedari
bahawa betapa pentingnya untuk kita memelihara keamanan Negara yang telah kita
kecapi dan tidak menimbulkan keburukan.
Kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun,
jelaslah bahawa teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat
hidup dalam tamadun-tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan.
Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan
dengan teologi, wujud beberapa kebaikan dan keburukan yang harus kita fahami.
Memahami kebaikan dan keburukan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain
seharusnya mendorong kita untuk bersikap lebih toleransi ke arah mewujudkan

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA
911225-08-5349 20


keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar
berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk
berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.



















MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA
911225-08-5349 21




LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai