Anda di halaman 1dari 18

SOALAN 1

Definisi dan Konsep Kemahiran Membaca



Pengenalan
Membaca merupakan kemahiran yang sangat berguna dalam kehidupan kita sehari-
hari. Melalui pembacaan, seseorang itu dapat memperoleh berbagai-bagai maklumat yang
diperlukannya. Kita membaca akhbar kerana hendak mengetahui berita yang disiarkan di
dalamnya. Kita membaca pelbagai arahan bertulis dan mematuhinya kerana ingin menjalankan
tugas seharian dengan betul dan sempurna . Murid perlu membaca untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan daripada buku-buku yang dirujuknya.
Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah
pembelajaran. Bacaan juga merupakan sebagai punca utama kegagalan kanak-kanak di
sekolah. Malah dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan membawa kepada perlakuan
salah laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah diri (Mercer, 1992). Membaca adalah
kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan.
Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu nyah kod (decode)
dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara huruf-
huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan.
Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut perkataan yang ditulis
dengan betul. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan seseorang memahami makna
sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.







Takrif Membaca
Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Harris dan
Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang
bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.
Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang
untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau
perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan
seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini
Yusoff, 1999). Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa
kemahiran membaca adalah satu proses yang kompleks.
Berdasarkan definisi-definisi membaca yang ditelitinya, Marohaini Yusoff (1989) telah
merumuskan proses membaca seperti berikut:
1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan.
Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca
iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang
dibaca.
2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman
selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya,
untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat
menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna
perkataan-perkataan yang dibacanya.
3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa
yang dibaca. Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan
pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam sesuatu proses
bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti
berikut:
a) mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat..
b) mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.
c) menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia
ada di kepala.
d) mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan,dan ayat sehingga menjadi sebuah
idea yang kengkap.
e) mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.
4. Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa
membaca adalah satu proses yang memerlukan pemikiran yang aktif.
Berdasarkan definisi membaca dan rumusan yang dibuat berkaitan dengan proses
membaca, dapatlah dimengerti bahawa membaca adalah kemahiran yang kompleks yang
melibatkan beberapa kemahiran lain.
Membaca boleh diertikan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui
lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses , iaitu :
a. Menterjemahkan lambang bertulis (atau bercetak) kepada bunyi bahasa
b. Mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi bahasa yang disuarakan
Tegasnya membaca melibatkan proses mekanis dan proses mental. Untuk menjadi
pembaca yang efektif , seseorang itu perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar
serta mengetahui makna perkataan yang dibaca. Walau bagaimanapun, dalam proses
membaca ,aspek penyebutan kurang penting berbanding dengan keupayaan berfikir, merasai
dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca. Melalui proses tersebut pembaca dapat
memahami isi, maklumat, penerangan atau mesej yang hendak disampaikan oleh penulis.
Pembacaan tidak berlaku dengan pemikiran yang kosong tetapi diiringi dengan tujuan ,
jangkaan dan pengetahuan serta pengalaman lalu. Kebolehan mengaitkan dan
mengintegrasikan segala aspek tersebut sangat penting bagi menghasilkan pembacaan dengan
kefahaman.
Pengajaran bacaan yang dijalankan boleh guru bahasa tertumpu kepada dua kemahiran
iaitu bacaan secara kuat (bacaan mekanis) dan bacaan secara senyap (bacaan
mentalis/akaliah). Kemahiran membaca kuat lebih menumpukan kepada kemahiran sebutan,
intonasi, dan gaya membaca (membaca berita). Manakala bacaan senyap merupakan
kemahiran membaca untuk memaham dan juga kepantasan membaca petikan sesuatu bahan.

Mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak hendaklah dibuat secara
berperingkat-peringkat supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.
Kamarudin Hj. Husin (1988) membahagikan pengajaran bacaan kepada lima peringkat:
i)peringkat menyediakan murid
ii)peringkat mendirikan asas
iii)peringkat melatih membaca dan memaham
iv)peringkat melatih membaca untuk hiburan atau mencari maklumat
v)peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca.

Apabila kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan, guru perlu menyiasat terlebih
dahulu tahap kesediaan murid terutamanya penguasaan bahasa dan juga emosi murid.
Pengetahuan guru tentang tahap kesediaan membaca murid dan juga kemahiran sedia ada
murid akan dapat membantu guru untuk menyediakan murid bagi pelajaran membaca.
Peringkat mendirikan asas bacaan sangat penting dalam pengajaran kemahiran membaca
kepada murid-murid. Pada peringkat ini guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar
dan juga bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang digunakan hendaklah ringkas,
menarik, dan bermakna. Kemahiran asas bacaan bermula dengan mengenal abjad, suku kata,
perkataan, frasa, dan seterusnya ayat. Pada peringkat ini juga galakan dan dorongan perlu
diberikan kepada murid secara berterusan.
Peringkat seterusnya adalah melatih membaca dan memaham. Pada peringkat ini
bahan bacaan yang digunakan hendaklah dipilih dengan baik. Selain menekankan aspek
sebutan dan kelancaran, guru juga mula menekankan aspek pemahaman. Kebiasaan murid
membaca nyaring boleh dikurangkan kepada bacaan senyap secara beransur-ansur. Soalan-
soalan guru berkaitan bahan yang dibaca akan membantu murid membina kemahiran
memaham.
Setelah kanak-kanak sudah boleh membaca dengan lancar dan seterusnya memahami
isi bahan yang dibaca, mereka akan menggunakan kemahiran ini untuk memilih bahan bacaan
lain untuk mencari maklumat dan juga untuk mengisi masa lapang. Guru boleh membantu
kanak-kanak dengan mengajar mereka kemahiran mencari maklumat di pusat sumber dan juga
internet.

Akhir sekali adalah peringkat membina sikap suka membaca. Sikap suka membaca
hendaklah dipupuk di peringkat sekolah lagi supaya sebati dengan jiwa kanak-kanak.
Kebiasaannya sekolah kerap mengadakan pertandingan membaca, pameran buku, peraduan
mengarang, dan sebagainya.
1.2 Konsep kemahiran membaca
Menurut Leferre (1973), membaca merupakan satu proses yang berkait rapat dengan
bahasa, iaitu membaca sebagai a language related process. Menurut Cohen (1990), membaca
memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk memahami makna daripada
teks yang bercetak. Membaca juga merupakan proses kemahiran yang aktif bagi
mengintepretasikan makna dan mendapatkan pengetahuan daripada bahasa tulisan dan visual.
Tiga konsep asas membaca yang pernah digunakan ialah:
membunyikan perkataan demi perkataan
pengenalpastian perkataan demi perkataan dan memperoleh maknanya
memberikan makna kepada teks yang dibaca serta memahami teks tersebut.
Menurut buku The American Heritage Dictionary of The English Language (2003),
definisi membaca ialah:
intepretasi terhadap sesuatu situasi atau perkara yang diperkatakan
proses kognitif untuk memahami bahasa tulisan (melibatkan penghasilan dan
pemahaman komunikasi linguistik)
keupayaan untuk menyuarakan bahan bertulis (komunikasi yang melibatkan simbol-
simbol tulisan.
gambaran mental tentang makna daripada perkara yang diperkatakan, idea atau visual
yang dilihat.



Tahap Kemahiran Membaca :
a. Tahap Prabacaan
Tahap ini merupakan satu tempoh masa menyediakan murid untuk
membaca.Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka pengalaman, iaitu mengenal dan
mengecam sebelum membaca huruf.Pada tahap ini aktiviti-aktiviti ketajaman penglihatan dan
pendengaran ditingkatkan.
b. Tahap Bacaan Mekanis
Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf,suku kata, perkataan , frasa dan ayat-
ayat mudah.Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata
terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan.Membaca bermaksud memindahkan
tulisan kepada suara.
Selain itu, membaca juga didefinisikan sebagai bukan memindahkan tulisan kepada
suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid
yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak
memahami perkara yang disuarakan maka murid itu tidak dikira sebagai pandai membaca. Oleh
itu, dapat disimpulkan bahawa membaca ialah menyuarakan tulisan , mengambil isi dan fikiran
yang tertulis dan memahamkan kandungannya.

Kaedah Asas Mengajar Bacaan
Pada amnya ada dua pendekatan yang besar untuk menyampaikan pelajaran
membaca:
Pendekatan membina
Pendekatan cerakinan
Terdapat pelbagai teknik dan pendekatan yang boleh diaplikasikan untuk mengajar
kemahiran membaca. Guru digalakkan untuk memvariasikan teknik dan kaedah pengajaran
yang menarik agar dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Antara kaedah yang menarik
dalam mengajar kemahiran membaca ialah:

Pendekatan Abjad/huruf
Zulkifley Hamid (1994 dalam Khairudin Mohamad, 2011 ) mengatakan bahawa kaedah
abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf.
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan
membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari
a z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf
konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini.
Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.
Contoh:
o Memperkenalkan huruf - a z
o Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
o Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu
o Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu
o Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan Bahasa Melayu
yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-
kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini
memberi asas yang kukuh dalam membaca.
Pendekatan membina
Cara ini ialah satu cara yang berdasarkan prinsip sintesis atau membina atau dengan
lain perkataan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu benda yang besar.
Misalnya dalam mmengajarkan ayat; Nina ada baju merah.
- Perkenalkan huruf : a, b, d, i, j, h, r, u, m, n
- Perkenalkan suku kata : ba, ni, na, ju, rah, me, da
- Perkenalkan perkataan : baju, Nina, ada, merah
- Perkenalkan rangkai kata : baju merah, Nina ada
- Perkenalakn ayat : Nina ada baju merah.
Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi dan kaedah
suku kata.
Pendekatan Cerakinan
Cara ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawanan prinsipnya denagn cara
sintesis. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau mencerakin atau dengan perkataan lain
mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil. Misalnya
dalam mengajarkan ayat Nina ada baju baru.
- Perkenalakn ayat : Nina ada baju merah.
- Perkenalkan rangkai kata : baju merah, Nina ada
- Perkenalkan perkataan : baju, Nina, ada, merah
- Perkenalkan suku kata : ba, ni, na, ju, rah, me, da, a
- Perkenalkan huruf : a, b, d, i, j, h, r, u, m, n
Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata,
kaedah ayat yang kesemuanya digabungkan dalam kaedah pandang sebut. Pendidik dan
pengajar-pengajar yang berpengalaman dengan kedua-dua cara tadi berpendapat bahawa
cara-cara ini masih juga tidak membawa kepada hasil yang baik dan memuaskan. Maka
dengan hal demikian, telah terbit satu cara lain yang dipercayai dapat mengurangkan masalah
yang dihadapi. Cara ini ialah cara elektik atau lebih dikenal dengan nama cara campuran.

Pendekatan Elektik
Cara elektik adalah cara mengajar bacaan dengan menggunakan kaedah campuran
daripada dua cara yang besar iaitu mengajar bacaan dengan menggunakan cara membina dan
cara cerakinan. Cara membina mengandungi kaedah bunyi, kaedah huruf dan kaedah suku
kata. Cara cerakinan pula mengandungi kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah
ayat. Semua kaedah ini disebut kaedah pandang dengar.




Cara Mengajar
Tujuannya ialah untuk membolehkan murid-murid membaca ayat-ayat yang pendek,
mengenal huruf, suku kata dan memahami isinya.
Bentuk huruf: Jangan diajar nama huruf vokal dan konsonan itu dahulu. Huruf-huruf itu
diajar dari segi bunyinya sahaja. Misalnya;
a ayam p payung i - ikan
Bentuk bahasa:
- Suku kata diajar menerusi perkataan. Misalnya;
ba bakul, bawang, barang
- Menggunakan warna; a (merah), i (hijau), u (biru), e (kuning), dan o (coklat).
- Menggunakan gambar.

Alat mengajar: kad imbasan, kad ayat, kad perkataan, kad rangkai kata, kad suku kata
dan sebagainya bolehlah digunakan. Huruf-huruf harus terang dan jelas sehingga dapat dilihat
oleh semua murid.
BACAAN MEKANIS (BERSUARA)
Membaca bersuara sering juga memakai nama-nama yang berbeza seperti membaca
mekanis, membaca oral, membaca ulat dan membaca nyaring. Walau apapun nama yang
digunakan, membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan
jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang
pengarang.


Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan
yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan
menggerakkan alat-alat pertuturan. Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk
memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Lazimnya, ia harus
memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh
mengelompokkan kata-kata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar.
Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan kompleks. Ia
menuntut pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan memproduksi suara yang
tepat dan bermakna. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, membaca mekanis yang
digunakan lebih tertumpu kepada usaha menganalisis pengucapan daripada pemahaman.
Membaca mekanis adalah satu teknik yang mampu memenuhi pelbagai ragam tujuan serta
mengembangkan sejumlah ketrampilan serta minat.
Oleh sebab itu, dalam mengajarkan ketrampilan ini, guru harus dapat memahamkan
proses komunikasi dua arah. Lingkaran komunikasi belum sempurna sekiranya pendengar
belum dapat memberi tanggapan secukupnya terhadap fikiran atau perasaan yang
diekspresikan oleh pembaca.
Untuk membolehkan penguasaan membaca nyaring atau membaca secara mekanis ini,
pembaca haruslah dapat terlebih dahulu menguasai ketrampilan persepsi yang melibatkan
penglihatan dan daya tanggap yang membolehkannya mengenal, memahami kata-kata dengan
cepat dan tepat.
Aspek lain yang sama pentingnya ialah kemampuan mengelompokkan kata-kata dalam
satu kesatuan fikiran serta membacanya dengan baik dan lancar. Untuk membantu pelajar
menangkap serta memahami maksud pengarang secara berkesan, ia haruslah boleh
melakukan perkara-perkara berikut;
(a) Menyoroti idea baru dengan menggunakan penekanan yang jelas,
(b) Menjelaskan perubahan dari satu idea kepada idea yang lain,
(c) Menerangkan kesatuan-kesatuan fikiran dalam satu kalimat dengan penyusunan kata
yang tepat dan sempurna,
(d) Menghubungkan idea yang bertautan dengan cara menjaga suaranya sehingga akhir
dan tercapai tujuannya,
(e) Menjelaskan klimaks dengan gaya dan daya ekspresi yang baik dan tepat.
Oleh itu, bacaan mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan
yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan
menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas
rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Gunanya adalah untuk latihan teknik supaya
kanak-kanak dapat menyembunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak
irama yang sempurna.
Tujuan
Bacaan mekanis mempunyai beberapa tujuan;
(a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan jelas.
(b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.
(c) Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata dan
juga apabila menggunakan kamus.
(d) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula
berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul.
(e) Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran yang lain.
(f) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca
bersuara.
(g) Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.
(h) Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.
(i) Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan.
Aktiviti bacaan mekanis
Antara cadangan aktiviti bacaan mekanis;
(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan
kebolehan dan umur murid-murid.
(b) Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-perkataan dan rangkai
kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan-perkataan itu.
(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacaan guru.
(d) Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan.
(e) Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir.
(f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isu bacaan untuk
menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara lisan dan bertulis.









SOALAN 2
Bagaimanakah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dapat
diaplikasikan secara berterusan dalam pengajaran dan
pembelajaran guru ke arah














SOALAN 3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 3 Arif
Bil. Murid : 32 orang
Masa : 8.40 pagi 9.40 pagi
Tarikh : 28/ 8 / 2014
Tema : Kesihatan dan Kebersihan
Tajuk : Senaman Menyihatkan Badan
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.5 Membaca, memahami dan menaakul
untuk memindahkan maklumat yang
terdapat dalam pelbagai bahan dengan
betul.
2.5.2 Membaca, memahami dan
menaakul maklumat dalam bahan grafik
dan bahan bukan grafik dengan betul.

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid berupaya:
i. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahami
perkara yang dibaca.
ii. Menyampaikan maklumat dalam latihan isi tempat kosong dengan betul.
Sistem Bahasa
Sistem bahasa : Imbuhan awalan
Kosa kata : Mencederakan, menjamin, mendatangkan, manfaat.
Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum
Ilmu : Muzik, Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Nilai murni : Tanggungjawab, perihatin, rasional
Kreativiti : Memilih aktiviti yang sesuai untuk bersenam
Strategi
KB : Mengenal pasti, menyelesaikan masalah
TKP : Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal, muzik, visual.
kinestatik, visual
BCB : Memproses maklumat tentang kebaikan bersenam.
Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan senaman
harian.

Bahan Bantu Belajar
Bil Jenis Bilangan
1 Komputer riba 1
2 Pembesar suara 1
3 Petikan 38
4 Lembaran kerja 38
5 Kertas sebak 6
6 Gambar 6
7 Buku teks 38

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melakukan pergerakan senaman.
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
Catatan







Induksi Set
(5 minit)

-Aktiviti Chicken
Dance.

Soalan cadangan:
1. Pernahkah kamu
melakukan pergerakan
Chicken Dance?
2. Apakah tujuan aktiviti
pergerakan Chicken
Dance ini diadakan?

Tajuk:
Senaman Menyihatkan
Badan
1) Murid-murid disoal mengenai
pengalaman mereka membuat
pergerakan dalam lagu
Chicken Dance.
2) Guru memainkan lagu
Chicken Dance dan membuat
demonstrasi pergerakan.
3) Murid-murid dan guru
membuat pergerakan sambil
diiringi oleh lagu Chicken
Dance bersama-sama.
4) Murid-murid disoal mengenai
tujuan pergerakan dilakukan.
5) Murid-murid dan guru
mengaitkan aktiviti dengan
tajuk pembelajaran.

BBB:
-Pembesar suara
-Komputer riba

Teknik:
-Soal jawab
-Demonstrasi

TKP:
-Verbal
-Muzik
-Kinestetik

Nilai:
-Berdisiplin








Langkah 1
(15 minit)




-Bacaan petikan
Senaman
Menyihatkan Badan.

-Isi petikan:
1. Senaman baik untuk
kesihatan.
2. Senaman dapat
menghindarkan
penyakit.
3. Senaman dengan
cara yang betul.
4. Senaman dapat
memenuhi masa lapang.

-Kosa kata:
-Mencederakan
-Mendatangkan
-Menjamin
-Manfaat
1) Guru mengedarkan petikan
kepada semua murid.
2) Murid membaca petikan
secara mentalis selama dua
minit.
3) Beberapa orang murid dipilih
oleh guru untuk membacakan
petikan secara mekanis.
4) Murid membaca petikan
secara kumpulan dan kelas.
5) Murid-murid disoal mengenai
isi petikan berdasarkan
perenggan.
6) Murid-murid diminta
mengeluarka kosa kata yang
terdapat dalam petikan.
7) Guru menerangkan kosa kata
tersebut.
8) Guru membimbing jawapan
murid
BBB:
-Lembaran petikan

TKP:
-Verbal
-Intrapersonal
-Interpersonal

BCB:
-K.membaca

Teknik:
-Soal jawab

Nilai:
-Berhati-hati
-Prihatin



Langkah
2
(15 minit)

-Latihan isi tempat
kosong.




-Jawapan latihan isi
tempat kosong:
1. Berjoging
2. Terdapat
1) Guru mengedarkan latihan isi
tempat kosong kepada murid-
murid.
2) Murid-murid diminta menjawab
soalan dengan jawapan yang
betul berdasarkan pilihan
jawapan yang disediakan.
3) Masa yang diberikan ialah
selama lima minit.
4) Setelah siap, beberapa orang
murid dipilih untuk
BBB:
-Lembaran latihan.

Teknik:
-Penerangan
-Perbincangan

TKP:
-Verbal
-Visual

3. Berehat
4. Berjaga
5. Terjejas

membacakan petikan dengan
jawapan yang betul.
5) Guru membimbing jawapan
murid.
6) Guru menyelitkan
pembelajaran imbuhan awalan
dalam latihan tersebut.

KB:
-Menyelesaikan
masalah

BCB:
-K.membaca
-K.menulis







Langkah 3
(20 minit)
-Aktiviti Sukan
Kegemaran Saya.

Sampul tugasan:




1) Murid-murid diminta merujuk
buku teks halaman 38.
2) Murid-murid diterangkan
tentang piramid aktiviti
kesihatan.
3) Murid-murid dibahagikan
kepada enam kumpulan.
4) Ketua kumpulan diminta
memilih gambar aktiviti sukan
yang ditampal pada papan
putih.
5) Secara berkumpulan, murid-
murid diminta membina satu
perenggan pendek
menceritakan tentang sukan
yang diperoleh daripada
gambar.
6) Setiap kumpulan perlu
membentangkan hasil
perbincangan dihadapan kelas.
7) Murid dan guru
membincangkan jawapan
bersama-sama.
BBB:
-Kertas sebak
-Gambar
-Buku teks

TKP:
-Interpersonal
-Intrapersonal
-Verbal
-Visual

KB:
-Mengenal pasti

BCB:
-Kemahiran
membaca
-Kemahiran
menulis

Nilai:
-Bekerjasama
-Bantu-membantu
8) Guru membimbing jawapan
murid.








Penutup
(5 minit)
Rumusan isi pelajaran.

Kognitif:
-Makanan seimbang
-Kumpulan makanan
-Perkataan sinonim

Sosial:
Bertepuk tangan untuk
diri sendiri.


1) Murid-murid disoal kefahaman
mereka terhadap tajuk
pembelajaran.
2) Guru bertanyakan tentang
piramid aktiviti kesihatan.
3) Murid- murid diminta
menyatakan nilai-nilai murni
yang diperoleh dalam PdP.
4) Murid dan guru sama-sama
membuat pergerakan Chicken
Dance dengan iringan muzik.
5) Guru merumuskan isi
pelajaran.



BBB:
-Komputer riba
-Pembesar suara

TKP:
-Verbal
-Interpersonal
-Muzik

KB:
-Merumus

Nilai murni:
-Perihatin
-Sayangi diri
-Jaga kesihatan

Anda mungkin juga menyukai