Anda di halaman 1dari 2

LOH LI YI

[INOVASI PEDAGOGI 1]
1

INOVASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI
NAMA INOVASI: Tebak Puzzle

PENERANGAN DAN PERINCIAN TENTANG INOVASI:
Saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar kelas pemulihan Bahasa
Melayu dan Matematik tahun 1M, 1K serta kelas perdana Bahasa Melayu tahun 2M.
Kelas 2M merupakan kelas yang baik manakala kelas pemulihan adalah murid yang
kurang cerdik. Murid yang lemah ini kurang diberikan perhatian oleh guru di kelas
biasa. Mereka juga memerlukan pujian dan pengajaran pemulihan.
Setelah saya memasuki kelas pemulihan buat pertama kali, saya telah
membahagikan mereka dalam tiga kumpulan. Saya telah memperkenalkan Tebak
puzzle kepada murid-murid agar mereka berasa lebih bersemangat untuk belajar.
Puzzle yang disediakan akan mengikut tema pengajaran dan pembelajaran pada
setiap kali. Puzzle tersebut telah dipotong kepada 9 keping dan ini adalah
menggunakan konsep permainan Tic Tac Toe. Permainan Tic Tac Toe
merupakan permainan sederhana yang dimainkan pada papan berukuran 3x3.
Murid-murid akan berada di dalam kumpulan masing-masing dan bekerjasama
melakukan aktiviti itu bersama-sama. Sekiranya mereka berbuat baik-baik dalam
sesuatu aktiviti, kepingan puzzle akan diberi sebagai token. Dengan ini, murid-murid
dapat bersemangat untuk belajar dan mengukuhkan kemahiran yang telah diajar
oleh guru.
Murid-murid adalah merupakan kanak-kanak yang sedang membesar dan
suka bermain bermacam-macam permaian. Oleh itu, saya percaya bahawa murid-
murid akan dapat cepat belajar dan menguasai kemahiran yang diajar melalui aktiviti
Tebak puzzle di dalam kelas. Tambahan pula, pada akhir pengajaran dan
pembelajaran, murid akan mencantumkan kepingan puzzle yang berada di dalam
kumpulan. Kumpulan yang berjaya mencantumkan semua puzzle, kumpulan
tersebut dikira pemenang dan diberi token.


LOH LI YI
[INOVASI PEDAGOGI 1]
2

PENILAIAN KEBERKESANAN INOVASI:
Setelah 4 minggu menjalankan kaedah Tebak puzzle ini, saya mendapati
kaedah ini adalah amat berkesan untuk murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Pei Hwa.
Bagi murid-murid kelas pemulihan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa,
murid-murid sering bersemangat untuk belajar. Setiap kali saya mengemukakan
soalan kepada murid, mereka akan mengangkat tangan untuk mencuba jawab tidak
kira mereka tahu jawapan atau tidak. Segala tingkah laku positif yang ditunjukkan
oleh murid akan saya puji dan memberikan kepingan puzzle sebagai ganjaran untuk
mengenalpasti usaha yang telah mereka lakukan.
Murid melibatkan diri dengan aktif di dalam kelas dengan keinginan untuk
mendapatkan kepingan puzzle. Mereka berani mencuba dan mereka akan berusaha
mengingati isi pelajaran guru untuk memperoleh kepingan puzzle tersebut.
Hasil kerja murid yang cemerlang juga akan diberikan kepingan puzzle
sebagai tanda penghargaan. Murid akan berasa amat gembira. Murid-murid berjaya
menguasai kemahiran yang diajar oleh guru dengan Tebak puzzle ini. Mereka akan
mengikuti arahan guru dan bekerjasama dalam kumpulan. Mereka juga mengambil
bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Murid tetap akan
menunjukkan kerjasama dan penglibatan aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran biarpun tiada kepingan puzzle diberikan.

Anda mungkin juga menyukai