Anda di halaman 1dari 15

45

BAB 4



ANALISIS REKA BENTUK



4.1 Pengenalan

Sesebuah reka bentuk yang tercipta perlu melalui proses analisis reka bentuk secara
terperinci. Tujuan analisis dijalankan adalah bagi mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan yang terdapat pada reka bentuk tersebut. Aspek yang diambil kira dalam
proses analisis ini seperti kekuatan, keselamatan, masa, kos dan reka bentuk akhir.yang
dihasilkan dapat memenuhi objektif pembangunan penulis.



4.2 Prosedur kerja

Di dalam melaksanakan reka bentuk ini, penulis telah melalui beberapa prosedur kerja
yang telah dirancang dan tidak dirancang. Rajah 4.1 merupakan prosedur kerja yang
telah dijalankan oleh penulis sepanjang proses reka bentuk ini.
46






Rajah 4.1: Prosedur kerja
Penulis memulakan reka bentuk dengan mendapatkan bahan-bahan dan
komponen-komponen utama. Contoh bahan-bahan yang digunakan
adalah besi hollow dan besi angle (L). Komponen-komponen yang perlu
dibeli adalah seperti jek hidraulik jenis botol, bolt dan nat, power
window motor, bateri dan suis.
Langkah 1
Bahan-bahan yang telah diperolehi diletakkan pada tempat yang sesuai
dan penulis memulakan dengan merujuk pelan lukisan reka bentuk.
Kerja-kerja mengegas dimulakan seperti mengukur, menanda dan
memotong seperti yang telah ditetapkan.
Langkah 2
Bagi proses membina cagak atas dan bawah, penulis memulakan dengan
melakukan pemotongan mengikut ukuran pada besi hollow (101.6 mm x
101.6 mm x 114.3 mm). Beberapa kepingan bar lurus dipotong sebelum
disambungkan dengan menggunakan kimpalan arka dan kimpalan Metal
Inert Gas (MIG).
Langkah 3
Penulis memulakan bahagian ini dengan membina kekuda bagi reka
bentuk. Proses-proses yang terlibat adalah seperti mengegas dan
kimpalan. Proses kimpalan pula lebih menggunakan kimpalan jenis
(MIG).
Langkah 4
Pada proses ini, penulis akan mula menaikkan palang utama. Sebelum
menaikkan palang utama ini, proses penggerudian akan dibuat dan juga
terdapat sedikit kerja-kerja meribet sebelum kimpalan dilakukan.
Langkah 5
Pada peringkat ini, semua bahan-bahan dan komponen-komponen telah
dicantumkan. Proses seterusnya adalah memeriksa kimpalan dan
sambungan yang masih belum sempurna sebelum melakukan pengujian.
Pada peringkat ini juga, sambungan elektrikal dibuat.
Langkah 6
Proses pengujian dilakukan. Langkah 7
Proses pengemasan reka bentuk dilakukan seperti mengecat dan
meratakan bahagian-bahagian yang tajam. Setelah selesai, reka bentuk ini
dianggap telah selesai dan sedia untuk dipersembahkan.
Langkah 8
47

4.3 Analisis pemampat hidraulik pegas gegelung kereta

Prestasi sesuatu pegas dilihat melalui hubungan di antara daya (F) yang dikenakan dan
pemesongan (), menghasilkan pegas yang termampat berubah dari jarak asal pegas
tersebut seperti yang ditunjukkan pada Rajah 4.2.
Fungsi utama peralatan ini ialah untuk memampatkan pegas gegelung dalam
kerja-kerja penyelenggaraan penyerap hentak kenderaan. Untuk memampatkan pegas
gegelung ini, daya luaran perlu dikira bagi memastikan mekanisme yang digunakan
untuk memampat adalah sesuai. Mengikut hasil kajian Nik Abdul Rashid (1995), penulis
telah mengguna pakai 80mm sebagai nilai mampatan pegas gegelung.



Rajah 4.2: Analisis mampatan pegas (Wright, 2000)

Nilai ini telah diperolehi melalui ujian yang dijalankan ke atas pegas gegelung
bahagian belakang kenderaan, yang mana pegas gegelung bahagian belakang
mempunyai nilai kekakuan pegas yang lebih tinggi daripada bahagian hadapan. Beliau
mengatakan bahawa apabila pegas gegelung memampat sebanyak 80mm, beban atau
daya yang diperlukan ialah sebanyak 1.5kN.
Menurut kajian Mat Husin (2005), beban analisis yang diambil kira ialah 2kN
dan ujiannya juga dilakukan ke atas pegas gegelung pada bahagian belakang kenderaan.
48

Dengan ini, penulis akan menggunakan beban sebanyak 2kN di dalam menjalankan
analisis ini.
Penulis telah menggunakan jek hidraulik jenis botol yang mempunyai kekuatan
mengangkat bebanan sebanyak 3000kg sebagai mekanisme pemampat di dalam reka
bentuk ini bagi memastikan ia berupaya memampat pegas gegelung dengan baik.



4.3.1 Menentukan nombor pemalar pegas (k)

Pengujian yang dilakukan pada reka bentuk ini adalah bertujuan untuk menentukan
kesesuaian jek hidraulik yang akan digunakan serta memastikan kemampuan alat ini
berfungsi dan memampat dengan baik.
Seperti yang telah dinyatakan, daya yang digunakan untuk memampatkan pegas
gegelung adalah sebanyak 80mm adalah sebanyak 2kN. Dengan menggunakan Hukum
Hooke, pemalar pegas gegelung tersebut dapat ditentukan. Di bawah menunjukkan
rumus Hukum Hooke yang digunakan dalam menentukan daya kekenyalan bagi sesuatu
pegas;

Fmax = kX (4.1)

di mana (F) ialah daya regangan atau daya mampatan, (x) ialah jarak regangan atau pun
jarak mampatan, dan (K) ialah pemalar pegas. Oleh itu,

Fmax = kX
2kN = k (80 mm)
k = 2 / 80
k = 0.025 kN/mm (4.2)

Untuk membuat pengiraan panjang asal sesebuah pegas gegelung adalah
berdasarkan rumus di bawah;
49


F = k (Lfree Ldef) (4.3)

di mana F ialah daya, (k) pemalar pegas, (Lfree) ialah pegas gegelung pada kedudukan
asal, dan (Ldef) ialah pegas gegelung semasa dimampatkan. Oleh itu,

Fmax = k (Lfree Ldef)
2 kN = (0.025 kN/mm)Lfree (80 mm)
2 kN = (0.025 kN/mm) Lfree - (2 kN)
Lfree = 4 kN/0.025 kN/mm
= 160 mm (4.4)



4.4 Analisis kekuatan pada reka bentuk

Sesuatu reka bentuk yang dihasilkan hendaklah memiliki kekuatan yang baik agar ia
berfungsi dengan sempurna dan mencapai tahap yang diingini.
Analisis kekuatan pada sesuatu reka bentuk dilakukan terhadap sambungan-
sambungan kimpalan yang telah dilakukan. Tujuan ujian-ujian ini dilaksanakan adalah
untuk memastikan reka bentuk selamat dan berfungsi seperti yang dirancang.



4.4.1 Analisis kimpalan pada reka bentuk

Seperti kebanyakan proses pembuatan yang lain, ujian dilaksanakan bagi menentukan
kualiti sesuatu sambungan kimpal. Ia terdiri daripada beberapa jenis ujian dan prosedur
ujian yang telah dipiawaikan oleh organisasi seperti American Welding Society, British
Standard Institution, DIN, JIS dan lain-lain. Ujian ini dipecahkan kepada dua iaitu
50

secara musnah dan tanpa musnah. Setiap kaedah memilki keupayaan, kepekaan, had,
kebolehpercayaan tertentu.
Bagi ujian tanpa musnah, ia digunakan untuk menentukan mutu kimpal yang
telah siap kerana kimpal yang diuji itulah juga yang akan digunakan kelak. Ujian ini
diistilahkan sebagai teknik pemeriksaan kerana kimpal tidak dipotong, dibengkok, pecah
atau termusnah. Ia berkeupayaan untuk mengesan retak, keliangan, rangkuman,
pelakuran tidak cukup dan kecatatan yang lain. Kaedah ini tidak dapat menentukan
kekuatan atau sifat sebenar bagi sambungan kimpalan. Terdapat lima jenis ujian tanpa
musnah iaitu pemandangan visual, ujian zarah magnet, ujian penyerapan cecair, ujian
ultrabunyi dan ujian radiografi.
Bagi ujian musnah pula tidak dijalankan oleh penulis memandangkan
kekurangan pengetahuan untuk menjalanakn ujian ini. Ia dijalankan untuk menentukan
sifat sesuatu kimpal, yang mana kimpal tersebut termusnah selepas diuji. Terdapat lima
jenis ujian musnah yang terdiri daripada ujian lenturan, ujian hentaman, ujian tegangan,
ujian kekerasan dan ujian punaran.



4.5 Analisis masa kendalian

Bagi analisis masa kendalian pemampat hidraulik pegas gegelung kereta ini, penulis
akan menggunakan hasil kajian Mat Husin (2005). Hasil daripada analisis yang
dilakukan oleh beliau, didapati pemampat pegas gegelung biasa mengambil masa 18
minit untuk proses memampatkan pegas gegelung, mengeluarkan pegas gegelung itu
dari pepasangan penyerap hentak dan memasangnya kembali.
Dengan menggunakan pemampat hidraulik pegas gegelung kereta ini, masa yang
diperlukan adalah 10 minit dan penggunaan alatan tangan seperti impact wrench, perlu
bagi memastikan kerja ini dijalankan dengan sempurna. Bagi menentukan peratus
penjimatan masa, perbandingan akan dilakukan ke atas kaedah biasa dan kaedah yang
direka oleh penulis.

51

Pemampat pegas biasa = 18 minit
Pemampat hidraulik pegas gegelung kereta = 10 minit

Dengan itu,

18 minit = 100 %
10 minit = 100 x 10
18
= 55.56 % (4.5)

Penjimatan masa yang berlaku adalah seperti berikut;

= 100 55.56
= 44.44 % (4.6)

Penjimatan masa yang dihasilkan sudah tentunya akan menjimatkan masa dan
tenaga pengendali dalam bukan sahaja semasa melakukan kerja ini tetapi kerja-kerja
penyelenggaraan yang lain.



4.6 Analisis keselamatan

Perkara yang penting di dalam sesuatu reka bentuk adalah analisis keselamatan reka
bentuk. Keperluan ini adalah sesuatu yang wajip untuk dilaksanakan pada kebanyakan
reka bentuk bagi tujuan menjamin keselamatan pengendali dan pengguna.
Di dalam analisis ini, penulis menjalankan ujian keselamatan berdasarkan
perkara-perkara seperti keselamatan dan kekuatan pada reka bentuk serta keselamatan
pada operasi reka bentuk.



52

4.6.1 Analisis keselamatan dan kekuatan pada reka bentuk

Menurut Ahmad (2001), beban yang boleh ditanggung oleh sesuatu struktur mestilah
lebih besar daripada beban yang dikenakan terhadapnya. Kebolehan struktur
menanggung beban dipanggil kekuatan. Kekuatan sebenar struktur hendaklah lebih
besar daripada kekuatan sebenar dan nisbah kekuatan sebenar terhadap kekuatan yang
diperlukan dipanggil faktor keselamatan.

Faktor keselamatan, n = ____kekuatan sebenar____
kekuatan yang diperlukan (4.7)

Faktor keselamatan mestilah lebih besar daripada satu. Jika faktor keselamatan
yang diambil adalah kecil, kemungkinan kegagalan pada struktur akan berlaku atau jika
terlalu besar akan menyebabkan pembaziran dan tidak ekonomi. Faktor perlu diberikan
walaupun tegasan had kadaran boleh diambil sebagai tegasan izin untuk tujuan reka
bentuk. Ini adalah kerana bahan mungkin tidak homogeni dan isotropik walaupun ia
dianggap sedemikian, kesilapan atau selisih dalam pembinaan, kecacatan bahan, beban
luar jangkaan, ketepatan menentukan beban dan jenis beban, kelesuan anggota dan
ketepatan teori sewaktu analisis reka bentuk dibuat.
Perkara yang dititik beratkan oleh penulis adalah terhadap faktor keselamatan
adalah kekuatan sambungan-sambungan kimpalan. Kunci kebolehfungsian reka bentuk
ini adalah kekuatan kimpalan kerana keselamatan pengendalian adalah bergantung
kepada kekuatan dan kekukuhan kimpalan.
Terdapat dua jenis kimpalan yang digunakan oleh penulis untuk melakukan
penyambungan-penyambungan tersebut seperti kimpalan arka dan kimpalan Metal Inert
Gas (MIG). Untuk kimpalan keras, penulis menggunakan kimpalan arka sepenuhnya
pada bahagian-bahagian yang dikenal pasti kritikal dan berkemungkinan berlaku
kegagalan.



53

4.6.2 Analisis keselamatan pada operasi reka bentuk

Untuk memastikan pengendalian sesuatu peralatan itu selamat, analisis keselamatan
perlu dijalankan terhadap reka bentuk tersebut. Di antara ciri-ciri keselamatan yang
diletakkan pada reka bentuk ini adalah pin keselamatan.
Ia berfungsi sebagai penahan kepada pegas gegelung daripada terpelanting
semasa kerja-kerja penyelenggaraan penyerap hentak. Anak panah pada Rajah 4.3
menunjukkan pin keselamatan tersebut.



Rajah 4.3: Pin keselamatan

Reka bentuk ini telah dirancang untuk dikendalikan dalam keadaan di mana
pengendali berada berhadapan dengan reka bentuk. Kedua-dua belah cagak berada
dalam keadaan menghala ke arah kiri dan juga kanan pengendali. Ini bagi memastikan
jika berlaku pegas secara tiba-tiba terpelanting, ia tidak akan terkena pada bahagian
badan pengendali.


54



Rajah 4.4: Kedudukan pengendali



4.7 Analisis komponen dan bahan

Di dalam mereka bentuk sesuatu peralatan, perkara yang seharusnya dititik beratkan
adalah pemilihan komponen dan bahan yang sesuai. Di antara tujuan analisis bahan
adalah bagi memastikan proses untuk mendapatkan komponen dan bahan adalah mudah
dan teratur.
Di dalam reka bentuk ini, penulis menganalisis keseluruhan komponen dan
bahan yang telah digunakan bagi memastikan ia memiliki ciri-ciri yang dikehendaki,
kekuatan bahan yang tinggi, tahan lasak, murah dan mudah untuk diperolehi. Bahan-
bahan untuk menghasilkan reka bentuk ini banyak menggunakan bahan keluli, besi
tuang dan sedikit aluminium. Manakala, komponen-komponen penting pula seperti jek
hidraulik jenis botol dan power window motor.




55

Jadual 4.1: Senarai bahan-bahan dan komponen-komponen reka bentuk


Komponen utama


Kuantiti / Spesifikasi

Bahan

Tiang Utama Dan Pemegang
Cagak




Cagak Pegas Atas Dan Bawah




Bolt Dan Nat



1 batang
Saiz:
76.19 mm x 76.19 mm x 1193.8 mm
2 Batang
Saiz:
101.6 mm x 101.6 mm x 114.3 mm


2 Keping
Saiz: 152.39 mm x 203.2 mm

Diameter:
50.8 mm



1 Pasang
Saiz:
11 mm x 101.6 mm
17 Pasang
Saiz:
11 mm x 50.8 mm
1 Pasang
Saiz: 9 mm x 50.8 mm

Keluli Karbon







Keluli Tahan
Karat






Keluli Karbon
Rendah Atau
Sederhana,
Keluli
Martensit
Karbon
Rendah, Keluli
Aloi






56

Jadual 4.1 (sambungan)


Komponen

Kuantiti / Spesifikasi


Bahan

Penutup Kerangka



Penggerak Jek Hidraulik Secara
Elektrik


Jek Hidraulik Jenis Botol




5 Keping
Saiz:
254 mm x 431.79 mm




1 Keping
Bilangan Gigi:17







Spesifikasi:
Kapasiti: 3 Tan
Ketinggian Minimum:
181mm or 7-1/8-inci
Ketinggian Angkatan:
116mm or 4-9/16-inci
Ketinggian Pelarasan:
48mm or 1-7/8-inci


Aluminium
Sederhana
Keras




Besi Tuang








Besi Tuang

Bendalir
Hidraulik





57

Jadual 4.1 (sambungan)


Komponen

Kuantiti / Spesifikasi

Bahan


Power window motor







Palang Penyokong Kekuda




Palang Penyokong Kekuda



Spesifikasi:
Jenis: Arus Terus
Voltan: 12 Volt
Tanpa Beban:
Kelajuan: 85+25 Pusingan Per Minit
Arus: 3 Ampere
Dengan Beban:
Daya Kilas: 30kgf.cm
Kelajuan: 70+20 Pusingan Per Minit
Arus: 7 Ampere


1 Batang
Saiz:
50.8 mm x 50.8 mm x 1016 mm





2 Batang
Saiz:
50.8 mm x 50.8 mm x 431.79 mm


Ferrite
Sintered
Magnet









Keluli







Keluli Karbon










58

4.8 Analisis kos pengeluaran

Dalam menghasilkan sesuatu reka bentuk, faktor yang perlu dititik beratkan adalah kos.
Faktor harga amat mempengaruhi dalam sesebuah reka bentuk, seperti juga kehendak
pengguna yang inginkan sesuatu harga berpatutan ke atas pembelian mereka.
Penulis telah menganalisis berdasarkan bahan binaan yang terdapat di pasaran
tanpa mengambil kira kos upah, tenaga elektrik, pengangkutan dan lain-lain. Kos yang
diambil kira adalah berdasarkan harga semasa barangan terutamanya harga logam dan
alat ganti yang sentiasa berubah mengikut keadaan ekonomi. Penulis berusaha untuk
mengurangkan kos pengeluaran dengan banyak menggunakan bahan-bahan logam
terpakai yang masih berkeadaan baik untuk memastikan kos pengeluaran adalah efektif.
Jadual 4.2 menunjukkan analisis kos reka bentuk secara keseluruhannya.

Jadual 4.2: Analisis kos reka bentuk


Perkara

Bilangan

Harga (RM)

Jumlah (RM)


Besi Hollow


Besi Hollow


Besi Angle (L)

Jek Hidraulik

Motor Power Window

Gear Sproket

Bateri


1 Batang (101.6 mm x 101.6 mm x 304.79
mm)

1 Batang (76.19 mm x 76.19 mm x 1219.19
mm)

1 Batang (50.8 mm x 50.8 mm x 1016 mm)

1 Unit (3000 kg)

1 Unit

1 Unit

1 Unit (12 volt)


25.00


30.00


16.00

65.00

36.00

5.00

28.00


25.00


30.00


16.00

65.00

36.00

5.00

28.00

59

Jadual 4.2 (sambungan)


Perkara

Bilangan

Harga (RM)

Jumlah (RM)


Skru Dan Sesendal


Cat Merah

Berus Cat

Penyembur Cat

18 Batang (0.7874 inci x 4 inci)
4 Batang (0.3937 inci x 2 inci)

1 Tin (250 ml)

1 Batang

1 Tin (hitam)
2 Tin (merah)

1.60
0.80

14.00

2.50

6.00
6.00

12.80
3.20

14.00

2.50

6.00
12.00

Jumlah Keseluruhan


255.50



4.9 Kesimpulan

Berdasarkan analisis reka bentuk yang telah dijalankan, didapati setiap analisis yang
dijalankan dapat dilaksanakan oleh penulis dengan baik dan mengikut prosedur yang
telah ditetapkan dan dirancang. Analisis reka bentuk yang paling utama adalah pada
masa kendalian dan didapati reka bentuk ini telah mencapai objektif kajian seterusnya
menjawab persoalan kajian di mana semasa ujian dilakukan, reka bentuk ini lebih cepat
berbanding kaedah biasa. Masa yang diambil untuk menyelenggara penyerap hentak
adalah 10 minit, lebih baik berbanding kaedah biasa yang mengambil masa 18 minit.
Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua, penulis telah mengkaji keupayaan
mekanisme jek hidraulik sebagai pemampat pegas gegelung dan dari ujian mampatan
pegas, didapati sememangnya penggunaan jek hidraulik adalah sesuai. Seterusnya,
analisis bahan dan komponen mendapati reka bentuk ini dihasilkan menggunakan bahan
serta komponen yang mudah didapati di pasaran. Selain itu, analisis kos reka bentuk
juga ia mampu dimiliki oleh kebanyakan pengendali bengkel kenderaan.

Anda mungkin juga menyukai