Anda di halaman 1dari 21

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS JAWI 10

ORANG MURID TAHUN 2 OPTIMIS


MENGGUNAKAN TEKNIK
DALIL AVU ZAR ZAD




DALILAH BINTI DESA




SK BUKIT KALAM
PETI SURAT 81097
87020 WP LABUAN
(0123725032)






2011
PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan Kajian
Tindakan ini. Sepanjang saya menjalankan kajian ini, saya mendapat sokongan dan kerjasama
yang tidak ternilai daripada pelbagai pihak. Kesempatan ini saya ambil bagi merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang berkenaan.

Pertamanya, jutaan terima kasih kepada pengetua dan barisan pentadbir yang lain yang
begitu bersungguh-sungguh membantu dan memudahkan kajian saya serta tidak putus-putus
memberi sokongan yang padu. Kepada pegawai-pegawai di Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan yang begitu komited membantu memberi kefahaman tentang
Kajian Tindakan, penyelaras Kajian Tindakan Wilayah Persekutuan Labuan, Puan Hajah
Khaziati Osman, kepada Juru latih Utama Kajian Tindakan, Puan Kartini Ahmad, yang sentiasa
memberi tunjuk ajar tanpa jemu. Tidak lupa kepada rakan-rakan guru yang sentiasa memberi
kerjasama yang dapat melancarkan lagi proses saya menjalankan kajian ini.

Khusus kepada anak-anak murid yang terlibat secara langsung sebagai sampel kajian,
kerjasama dan kesungguhan mereka mengikuti aktiviti yang saya jalankan sangat mengharukan
dan sangat dihargai. Akhir sekali penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
ditujukan khas untuk suami dan anak-anak tercinta, sokongan dan kasih sayang kalian
merupakan dorongan yang sangat tinggi nilainya bagi mencapai kejayaan ini.

Allah S.W.T. jua yang dapat membalas segala jasa dan budi yang dihulurkan.


1
1
ABSTRAK


Sikap dan tingkahlaku 10 orang murid Tahun 2 Optimis semasa proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Jawi menunjukkan mereka tidak begitu berminat dengan
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Jawi. Punca masalah yang utama ialah
kerana mereka tidak mengenal huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi serta tidak mahir
menyambung antara huruf-huruf tunggal Jawi. Maka fokus kajian ini adalah untuk
menangani masalah tersebut dengan memperkenalkan satu kaedah baru bagi membantu
murid tersebut mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi serta satu kaedah baru
bagi meningkatkan kemahiran mereka menyambung antara huruf-huruf Jawi. Tinjauan
awal menunjukkan 10 orang murid tersebut gagal dalam ujian mengenal huruf dan gagal
juga dalam ujian menyambung huruf. Soal selidik bagi mengukur minat mereka terhadap
P&P mata pelajaran Jawi menunjukkan bahawa bagi semua item, skor min yang dicapai
adalah di bawah 3. Setelah Kad Dalil Avu Zar Zad digunakan, maka didapati 10 orang
murid tersebut dapat mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan dapat juga
menyambung huruf-uruf Jawi dengan betul. Ujian pos yang dijalankan menunjukkan
100% murid lulus dalam ujian mengenal huruf manakala dalam ujian menyambung huruf
peratus lulus adalah 80%. Min minat yang dicapai selepas program juga telah meningkat
kepada skor min 4. Dapat dirumuskan, kemahiran murid dalam menulis Jawi telah dapat
ditingkatkan setelah menggunakan Kad Dalil Avu Zar Zad. Penyelidikan untuk mencari
pendekatan terbaik dalam amalan P&P bukan sahaja dapat mengatasi masalah
pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru.

























2
2

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID-MURID TAHUN 2 OPTIMIS
DALAM MENULIS JAWIMENGGUNAKAN KAEDAH
DALIL AVU ZAR ZAD

DALILAH BINTI DESA

SK BUKIT KALAM
PETI SURAT 81097
87020 WP LABUAN

Abstrak


Murid-murid tahun 2 Optimis menghadapi masalah dalam kemahiran menulis jawi dan lemah dalam
kemahiran menyambung huruf-huruf tunggal jawi. Masalah ini menyebabkan mereka hilang minat
terhadap mata pelajaran jawi. Untuk menangani masalah ini, kajian ini bertujuan untuk mencari
pendekatan terbaik menggunakan formula paling mudah bagi murid menulis jawi serta mengenali huruf
jawi tunggal yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung. Program Dalil Avu Zar Zad telah
diperkenalkan. Kemahiran murid bagi menulis suku kata terbuka dan tertutup cuba ditingkatkan dengan
menggunakan Teknik Dalil, manakala kemahiran murid untuk mengenali huruf tunggal jawi yang boleh
disambung dan tidak boleh disambung telah cuba ditingkatkan dengan Teknik Avu Zar Zad. Dapatan
kajian ini menunjukkan murid-murid yang selama ini langsung tidak tahu menulis perkataan jawi dan tidak
tahu menyambung huruf-huruf tunggal jawi mampu melakukannya dengan penuh keyakinan. Setiap kali
menjalankan P&P, mereka begitu khusyuk tunduk dan menulis jawapan tanpa ragu-ragu. Dapat
dirumuskan, kemahiran murid dapat ditingkatkan sekiranya kita mampu menggunakan kaedah yang sesuai
dengan tahap mereka. Amalan penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam amalan P&P bukan
sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru.























3
3
Panduan penulisan Abstrak:

1. Mengapa kajian dijalankan? Apa yang mendorong anda untuk menjalankan kajian?
(Why did you start? What motivate you?)

Murid-murid tahun 2 Optimis menghadapi masalah dalam kemahiran menulis jawi
dan lemah dalam kemahiran menyambung huruf-huruf tunggal jawi. Masalah ini
menyebabkan mereka hilang minat terhadap mata pelajaran jawi.


2. Apa yang anda cuba buktikan/cuba kenal pasti? (what did you try to do?)

Untuk menangani masalah ini, kajian ini bertujuan untuk mencari pendekatan terbaik
menggunakan formula paling mudah bagi murid menulis jawi serta mengenali huruf
jawi tunggal yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung.

3. Apa yang anda buat? (What did you do?)

Program Dalil Avu Zar Zad telah diperkenalkan. Kemahiran murid bagi menulis suku
kata terbuka dan tertutup cuba ditingkatkan dengan menggunakan Teknik Dalil,
manakala kemahiran murid untuk mengenali huruf tunggal jawi yang boleh
disambung dan tidak boleh disambung telah cuba ditingkatkan dengan Teknik Avu
Zar Zad.

4. Apa yang anda temui? (what did you find?/what answer do you obtain?)

Dapatan kajian ini menunjukkan murid-murid yang selama ini langsung tidak tahu
menulis perkataan jawi dan tidak tahu menyambung huruf-huruf tunggal jawi mampu
melakukannya dengan penuh keyakinan. Setiap kali menjalankan P&P, mereka begitu
khusyuk tunduk dan menulis jawapan tanpa ragu-ragu.

5. Apa maknanya? (What does it means?) Kesimpulan/implikasi.

Dapat dirumuskan, kemahiran murid dapat ditingkatkan sekiranya kita mampu
menggunakan kaedah yang sesuai dengan tahap mereka. Amalan penyelidikan untuk
mencari pendekatan terbaik dalam amalan P&P bukan sahaja dapat mengatasi
masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru.

Panduan Untuk Menulis Abstrak
1. Isu/masalah


2. Kumpulan sasaran




3. Fokus Kajian


4. Tinjauan Awal


5. Intervensi yang dijalankan


6. Hasil Intervensi



7. Cadangan/rumusan

KANDUNGAN
Halaman
PENGHARGAAN i
ABSTRAK ii
KANDUNGAN iii
1.0 REFLEKSI P&P YANG LALU 1
2.0 FOKUS KAJIAN 2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3
4.0 KUMPULAN SASARAN 4
5.0 PERANCANGAN 4
6.0 TINJAUAN AWAL 6
7.0 PELAKSANAAN AKTIVITI INTERVENSI 8
8.0 PENILAIAN 11
9.0 REFLEKSI KAJIAN 13
10.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 13
RUJUKAN 12
LAMPIRAN 13



2.0 FOKUS KAJIAN
Kemahiran menulis Jawi merupakan tunjang kepada pencapaian baik Pendidikan Islam dalam
peperiksaan PMR dan SPM. Oleh kerana itu, saya harus mengambil langkah segera untuk
mengatasi masalah 10 orang murid Tahun 2 Optimis yang tidak dapat menguasai kemahiran
menulis Jawi. Saya telah dapat mengenal pasti punca utama mereka tidak dapat menulis Jawi
dengan baik ialah tidak mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan tidak tahu
bagaimana untuk menyambung antara huruf-huruf Jawi. Maka saya akan menggunakan teknik
baru yang akan membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Teknik baru yang saya namakan
sebagai Dalil Avu Zar Zad akan digunakan bagi membantu mereka mengenali huruf-huruf Jawi
yang mewakili huruf-huruf Rumi dan membantu mereka menulis suku kata mudah dalam Jawi.
Seterusnya saya akan menggunakan formula baru yang akan membantu murid mengenali huruf
tunggal Jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung. Menggunakan 10 orang murid
Tahun 2 Optimis sebagai sampel kajian sangat bertepatan kerana sebagai guru Jawi mereka, saya
dapat berhubung dengan murid-murid tersebut secara langsung untuk mengaplikasikan formula
yang saya perkenalkan. Selain itu, aktiviti memberi mereka ujian dan meminta mereka menjawab
soal selidik akan dapat dijalankan dengan lebih mudah. Saya berharap hasil analisis data akan
dapat membantu saya mengenal pasti sama ada intervensi yang saya laksanakan dapat
meningkatkan kemahiran murid dalam menulis Jawi.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Berikut ialah objektif umum dan objektif khusus bagi kajian ini:
3.1 Objektif Umum
Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan kemahiran 10 orang murid Tahun 2
optimis menulis Jawi dengan meningkatkan kemahiran mereka mengenali huruf-huruf Jawi yang
mewakili huruf-huruf Rumi serta membantu mereka menulis suku kata mudah menggunakan Teknik
Dalil dan mengenali huruf tunggal Jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung menggunakan
Teknik Avu Zar Zad. Diharapkan dengan teknik yang diperkenalkan, murid-murid tersebut dapat
menguasai kemahiran menulis Jawi dengan baik serta akan lebih meminati mata pelajaran Jawi.
Seterusnya diharapkan mereka akan dapat mencapai pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan
PMR dan SPM yang akan mereka jalani semasa di peringkat menengah nanti.
3.2 Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:
i. Untuk memastikan 100% murid Tahun 2 optimis lulus dalam ujian mengenal pasti huruf Jawi
yang mewakili huruf Rumi setelah menggunakan Teknik Dalil.
ii. Untuk memastikan 100% murid Tahun 2 Optimis lulus dalam ujian mengenal pasti huruf-huruf
Jawi yang boleh dan tidak boleh disambung setelah menggunakan Teknik Avu Zar Zad.
iii. Untuk meningkatkan skor min minat murid Tahun 2 Optimis terhadap mata pelajaran Jawi
setelah menggunakan Kad Dalil Avu Zar zad
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid Tahun 2 Optimis di SK Bukit Kalam yang menghadapi
masalah dalam menulis Jawi. Daripada pemerhatian, mereka adalah kumpulan murid yang paling
memerlukan bantuan untuk meningkatkan kemahiran menulis Jawi. Saya mengambil keputusan untuk
menjalankan kajian ke atas murid-murid ini untuk mengenal pasti keberkesanan intervensi dalam
membantu murid-murid yang tidak dapat mengikuti P&P melalui kaedah tradisional yang dijalankan
selama ini.
5.0 TINJAUAN AWAL
10 orang murid 2 Optimis yang dipilih sebagai sampel kajian adalah hasil pemerhatian semasa
pengajaran dan latihan. Ujian pra dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran murid dalam
menulis Jawi. Saya memberikan dua jenis kertas soalan berbeza kemahiran dalam tempoh masa yang
berbeza. Pertama, soalan untuk mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis suku kata
mudah Jawi daripada perkataan dalam tulisan Rumi. Manakala soalan kedua adalah untuk menyambung
huruf-huruf tunggal Jawi. Soalan yang dikemukakan merangkumi semua subtopik dalam Jawi (Lampiran
E). Setelah murid selesai menjawab, kertas jawapan mereka dikutip dan jawapan mereka dianalisis.
Jawapan murid tidak dibincangkan kerana soalan yang sama akan digunakan untuk ujian pos. Jadual 4 di
bawah menunjukkan keputusan prestasi yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam ujian pra:
Jadual 4
Analisis Keputusan Ujian Pra
Julat markah Gred Tulis Suku Kata Mudah Tanpa Kad
Dalil
Mengenal huruf Yang Boleh
Disambung Dan Tidak Boleh
Disambung Serta
Menyambungnya Tanpa Kad
Avu Zar Zad
Bilangan Murid Peratus Bilangan Murid Peratus
10 A 0 0% 0 0%
8 - 9 0 0% 0 0%
6 - 7 B 0 0% 0 0%
4 - 5 C 0 0% 0 0%
2 - 3 D 5 50% 3 30%
0 - 1 E 5 50% 7 70%

Berdasarkan dapatan dalam Jadual 4, daripada 10 orang murid yang mengambil ujian pra untuk menulis
suku kata mudah tanpa Kad Dalil, tiada seorang pun murid yang mencapai gred A hingga C. 5 orang
murid mencapai Gred D (50%) manakala 5 orang murid lagi mencapai gred E (50%). Untuk ujian pra bagi
mengenal huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung serta menyambungnya tanpa Jadual
Avu Zar Zad, tiada seorang pun murid yang mendapat gred A hingga C. 3 orang (30%) mencapai gred C
manakala 7 orang lagi mencapai gred E (70%).

Dapatan ini menunjukkan bahawa murid yang menjadi sasaran kajian sememangnya mempunyai
masalah dalam menguasai kemahiran menulis Jawi. Daripada pemerhatian juga, didapati kebanyakan
murid-murid .

5.0 TINJAUAN AWAL
10 orang murid 2 Optimis yang dipilih sebagai sampel kajian adalah hasil pemerhatian semasa
pengajaran dan latihan. Ujian pra dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran murid dalam
menulis Jawi. Saya memberikan dua jenis kertas soalan berbeza kemahiran dalam tempoh masa yang
berbeza. Pertama, soalan untuk mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis suku kata
mudah Jawi daripada perkataan dalam tulisan Rumi. Manakala soalan kedua adalah untuk menyambung
huruf-huruf tunggal Jawi. Soalan yang dikemukakan merangkumi semua subtopik dalam Jawi (Lampiran
E). Setelah murid selesai menjawab, kertas jawapan mereka dikutip dan jawapan mereka dianalisis.
Jawapan murid tidak dibincangkan kerana soalan yang sama akan digunakan untuk ujian pos. Jadual 4 di
bawah menunjukkan keputusan prestasi yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam ujian pra:
Jadual 4
Analisis Keputusan Ujian Pra
Julat markah Gred Tulis Suku Kata Mudah Tanpa Kad
Dalil
Mengenal huruf Yang Boleh
Disambung Dan Tidak Boleh
Disambung Serta
Menyambungnya Tanpa Kad
Avu Zar Zad
Bilangan Murid Peratus Bilangan Murid Peratus
10 A 0 0% 0 0%
8 - 9 0 0% 0 0%
6 - 7 B 0 0% 0 0%
4 - 5 C 0 0% 0 0%
2 - 3 D 5 50% 3 30%
0 - 1 E 5 50% 7 70%

Berdasarkan dapatan dalam Jadual 4, daripada 10 orang murid yang mengambil ujian pra untuk menulis
suku kata mudah tanpa Kad Dalil, tiada seorang pun murid yang mencapai gred A hingga C. 5 orang
murid mencapai Gred D (50%) manakala 5 orang murid lagi mencapai gred E (50%). Untuk ujian pra bagi
mengenal huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung serta menyambungnya tanpa Jadual
Avu Zar Zad, tiada seorang pun murid yang mendapat gred A hingga C. 3 orang (30%) mencapai gred C
manakala 7 orang lagi mencapai gred E (70%).

Dapatan ini menunjukkan bahawa murid yang menjadi sasaran kajian sememangnya mempunyai
masalah dalam menguasai kemahiran menulis Jawi. Daripada pemerhatian juga, didapati kebanyakan
murid-murid .

6.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN, ANGGARAN PERBELANJAAN DAN ALAT BANTU MENGAJAR
Kajian ini akan melibatkan saya sendiri sebagai pengkaji dan 10 orang murid Tahun 2 Optimis sebagai
sampel kajiian. Di bawah ini ialah jadual pelaksanaan kajian dalam tempoh masa yang telah ditentukan:
Jadual 1
Pelaksanaan Kajian Dalam Tempoh Masa 3 Bulan
Bulan Minggu Aktiviti Catatan
Mac 1 Tinjauan Awal:
i. Mereka bentuk soalan untuk ujian pra dan ujian pos
bagi mengenal pasti kemahiran murid
ii. Mereka bentuk soal selidik (10 soalan)
iii. Menjalankan ujian pra (20 minit)
iv. Mengedarkan soal selidik kepada murid dan
mengumpul semula selepas 10 minit
v. Membuat perhatian terhadap sikap murid sebelum
aktiviti intervensi

i. Soalan ujian
seperti di
Lampiran A
ii. Soal Selidik
seperti di
Lampiran B
iii. Perkara-perkara
di perhatikan
seperti di
lampiran C

Mac

2 & 3

Analisis Data Tinjauan awal:

i. Menganalisis, merekod dan melapor markah ujian pra -
bilangan dan peratus yang lulus/yg dapat menjawab
dengan betul.
ii. Menganalisis data soal selidik - menentukan nilai min
bagi mengukur minat/persepsi murid pada mata
pelajaran Jawi dan bilangan serta peratus bagi setiap
kategori skala
iii. Melaporkan dapatan analisis data soal selidik dalam
Jadual
iv. Melaporkan dapatan pemerhatian


Mac 4 Merancang dan menyusun aktiviti intervensi:
i. Aktiviti I: Mereka bentuk Kad Dalil Avu Zar Zad dan
memperkenalkan kad kepada murid-murid.
Murid akan diperkenalkan terlebih dahulu dengan
Teknik Dalil - Menggunakan Jadual kunci huruf yang
mengandungi huruf-huruf tunggal Rumi bersamaan
huruf tunggal Jawi (Contoh Kad di Lampiran C)
ii. Aktiviti II: Memberi soalan latih tubi untuk mengenal
pasti kemahiran murid mengenal pasti huruf dan
kemahiran murid menulis suku kata mudah.
iii. Aktiviti IV: Memperkenalkan Teknik Avu Zar Zad
iv. Aktiviti V: Memberi latih tubi - murid perlu menulis
jawapan bagi perkataan bagi mengesan kemahiran
mereka mengenali huruf-huruf yang boleh disambung
dan yang tidak boleh disambung.






April 1-3 Melaksanakan aktiviti intervensi sebagaimana yang Nota: semua aktiviti
dirancang secara satu persatu

Melakukan pemerhatian dan membuat perekodan
terhadap perubahan sikap dan tingkah laku murid

akan divideokan
April 4 Menjalankan ujian pos untuk menilai tahap perubahan
tingkah laku terhadap teknik yang diperkenalkan.
Mengedar soal selidik untuk dijawab oleh murid

Mei 1 Menganalisis data ujian pos
Menganalisis data soal selidik
Menyediakan jadual dan pelaporan hasil analisis data

2 Menulis refleksi kajian dan membuat cadangan
3 Mengemas kini laporan - editing, memastikan isi
kandungan, rujukan dan lampiran dilengkapkan

4 Menjilid laporan dan bersedia untuk dihantar ke PPD.

Anggaran Perbelanjaan Kajian
Untuk menjalankan kajian ini, saya telah mengenal pasti bahan dan kos yang akan terlibat. Jadual di
bawah menunjukkan perincian bagi bahan dan anggaran perbelanjaan kajian:
Jadual 2
Anggaran Perbelanjaan Kajian
Bil Butiran Harga Per unit x unit
(RM)
Jumlah
(RM)
1 Kertas mahjung 0.20 x 10 20.00
2 Kertas A4 10.00 x 1 rim 10.00
3 Dakwat pencetak 80.00 x 1 katraj 80.00
4 Artline 3.00 x 3 9.00
5 Bahan fotostat 0.50 x 50 helai 2.60
6 Thum drive 40.00 x 1 40.00

Alat Bantu Mengajar
Senarai ABM yang digunakan (jika ada) juga boleh disediakan dalam satu jadual, contoh dengan format
berikut
Jadual 3
Alat Bantu Mengajar Yang Digunakan
Bil Jenis ABM Kuantiti
1 Kad Dalil Avu Zar Zad 10


7.0 PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNIK DALIL
AVU ZAR ZAD
Teknik Dalil Avu Zar Zad adalah satu formula mudah bagi mengatasi masalah murid dalam menulis Jawi.
Teknik Dalil adalah menggunakan Jadual Kunci Huruf yang mengandungi huruf-huruf yang mewakili
huruf-huruf tunggal Rumi bersamaan huruf tunggal Jawi. Teknik Avu Zar Zad pula adalah Jadual yang
menunjukkan huruf-huruf Jawi yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung dengan huruf
selepasnya. Huruf hamzah, alif, va, wau, zai, ro, zal dan dal atau dikenali sebagai Avu Zar Zad adalah
huruf-huruf yang tidak boleh disambung. Pada kad, selepas huruf-huruf ini diletakkan symbol ( - ).
Huruf-huruf Jawi selain daripada huruf-huruf Avu Zar Zad boleh disambung dengan huruf-huruf lain
selepasnya. Pada kad, simbol (+) diletakkan. Berikut ialah aktiviti intervensi yang dijalankan berdasarkan
Teknik Dalil Avu Zar Zad:
i. Aktiviti I: Memperkenalkan Teknik Dalil

Saya memberikan Kad Dalil Avu Zar Zad kepada setiap murid dan mengajar mereka bagaimana untuk
menggunakan kad tersebut berdasarkan tahap pengetahuan sedia ada mereka sendiri. (Contoh Kad
di Lampiran C). Pada permulaannya, saya membantu murid mengenal pasti persamaan huruf tunggal
Rumi dengan huruf tunggal Jawi. Langkah seterusnya membezakan penggunaan huruf kaf dan qaf
(iaitu huruf kaf di awal suku kata manakala huruf qaf di akhir suku kata). Seterusnya saya
membimbing murid mengenali dan membezakan huruf-huruf diagraf dan huruf vocal di awal suku
kata.

Pemerhatian: Sesi penerangan dan soal jawab sambil memegang Kad Dalil ternyata dapat menarik
minat murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti p&P. Saya berpuas hati dan bersyukur dengan
sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan murid.

ii. Aktiviti II: Memberi Soalan Latih Tubi Untuk Teknik Dalil

Setelah soal jawab secara lisan dengan memanggil murid secara bergilir-gilir untuk memberi
jawapan, saya memberikan beberapa soalan latih tubi kepada murid iaitu soalan-soalan yang
mengandungi huruf tunggal rumi. Saya meminta murid-murid menulis huruf Jawi yang mempunyai
persamaan dengan huruf Rumi yang ada pada kertas latih tubi masing-masing dengan melihat Kad
Dalil Huruf. Setelah semua murid selesai menulis jawapan masing-masing, saya menulis jawapan
yang betul di papan tulis. Murid-murid diminta menandakan jawapan mereka, sama ada betul atau
salah.

Aktiviti seterusnya ialah menulis beberapa perkataan mudah dalam tulisan Jawi (suku kata terbuka
dan suka kata tertutup). Tujuan aktiviti ini ialah untuk membiasakan murid menulis perkataan-
perkataan tertentu menggunakan huruf Jawi. Sambil melihat kad, saya juga membantu murid-murid
menulis perkataan-perkataan. Saya juga memandu murid dalam penulisan dengan menulis dua
huruf Jawi yang perlu ada dalam setiap perkataan yang dihasilkan. Selain itu, gambar-gambar objek
turut dilukis di sebelah perkataan yang hendak ditulis untuk membantu murid menulis dengan betul.


Pemerhatian: Saya dapati semua murid dapat menuliskan jawapan yang betul pada kertas latihan
masing-masing. Kegembiraan dan kepuasan jelas terbayang pada wajah mereka. Saya merasa sangat
seronok dan sekain berpuas hati dengan perubahan sikap mereka.

iii. Aktiviti III: Memperkenalkan Teknik Avu Zar Zad

Dengan berpandukan kad Avu Zar Zad, saya menerangkan mengenai huruf-huruf yang menghasilkan
bunyi Avu Zar Zad dan menjelaskan bahawa-bahawa huruf-huruf tersebut boleh disambung di
panggkalnya tetapi tidak di hujungnya. Selain daripada huruf-huruf Avu Zar Zad, huruf-huruf
tersebut boleh disambung di pangkal dan di hujungnya. Saya juga menerangkan maksud symbol ( + )
dan ( - ) yang ada pada Kad Avu Zar Zad. Apabila sesuatu perkataan Jawi mengandungi salah satu
huruf Avu Zar Zad, maka simbol ( - ) ditulis selepas huruf tersebut. Tapi jika huruf selain huruf Avu
Zar Zad maka symbol ( + ) ditulis selepas itu.

Setelah selesai simbol-simbol ditulis, saya meminta murid menyambung huruf-huruf. Saya memberi
peringatan, sekiranya selepas sesuatu huruf ada tanda ( + ), maka huruf itu boleh disambungkan
dengan huruf di hadapannya. Tetapi jika selepas sesuatu huruf ditulis symbol ( - ), maka huruf itu
tidak boleh disambung.

Setelah memberi penerangan, saya juga menyoal murid secara lisan bagi mengenal pasti tahap
pemahaman mereka.

Pemerhatian: Saya dapati murid-murid memberi respons yang sungguh menakjubkan. Mereka
seronok untuk mencuba menyambung huruf-huruf sambil menggunakan Kad Dalil Avu Zar Zad.

iv. Aktiviti VI: Memberi Latih Tubi Untuk Teknik Avu Zar Zad

Apabila telah pasti mereka dapat memahami bagaimana untuk menggunakan kad, saya memberi
soalan yang mengandungi perkataan yang ditulis huruf tunggal Jawi. Saya meminta murid-murid
menyambung huruf-huruf Jawi tersebut dengan menggunakan Jadual Teknik Avu Zar Zad. Soalan
mengandungi 15 kata nama dan ditulis dalam huruf-huruf Jawi yang tidak bersambung. Murid-murid
diminta menulis semula perkataan dalam tulisan Jawi dengan betul. Sepanjang menyiapkan latihan,
murid-murid dibenarkan untuk menggunakan Kad Dalil Avu Zar Zad sebagai panduan.

Setelah semua murid telah menyiapkan latihan mereka, saya meminta seorang demi seorang keluar
ke papan hitam untuk menulis jawapan mereka.

Pemerhatian: Murid kelihatan bersungguh-sungguh menyiapkan latihan. Apabila saya bertanya
siapa yang mahu ke depan untuk menulis jawapan, semuanya mengangkat tangan masing-masing
dan begitu yakin untuk ke depan kelas untuk menulis jawapan di papan hitam. Alangkah gembira
rasanya di jiwa apabila melihat perubahan positif pada murid.

8.0 PENILAIAN
Untuk mengesan keberkesanan Teknik Dalil Avu Zar Zad dalam meningkatkan kemahiran murid menulis
Jawi, saya menjalankan ujian pos. Ujian akan mengesan sama ada berlaku peningkatan dalam kemahiran
dengan melihat peratus murid lulus dalam ujian menulis Jawi. Saya juga akan mengedarkan soal selidik
berkenaan minat murid terhadap mata pelajaran Jawi untuk mengenal pasti sama ada berlaku
peningkatan dalam minat mereka terhadap P&P mata pelajaran Jawi. Selain itu, laporan saya berkenaan
dengan perubahan sikap dan tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran akan
turut digunakan bagi memperjelaskan lagi sama ada objektif menjalankan kajian iaitu untuk
meningkatkan kemahiran murid dalam menulis Jawi tercapai atau sebaliknya. Huraian adalah mengikut
objektif khusus kajian seperti berikut:
8.1 Objektif 1 : Untuk memastikan 100% sasaran kajian iaitu 10 orang murid 2 Optimis lulus dalam ujian
mengenal pasti huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis suku kata setelah menggunakan
Teknik Dalil.
Murid telah menjalani ujian pos. Soalan ujian yang digunakan semasa ujian pra digunakan semula.
Soalan ujian mengarahkan murid menulis suku kata mudah Jawi daripada tulisan Rumi. Perbandingan
keputusan yang dicapai murid dalam ujian pra dan pos adalah seperti dalam Jadual 5.
Jadual 5
Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos Iaitu Sebelum Teknik Dalil Dan Selepas Teknik Dalil
Ujian Pra

Ujian Pos

Gagal

Lulus Gagal Lulus
100% 0% 0% 100%

Jadual menunjukkan semua murid yang gagal semasa ujian pra telah lulus dalam ujian pos. ini
menunjukkan Teknik Dalil telah dapat meningkatkan kemahiran 10 orang murid 2 Optimis mengenali
huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis suku kata mudah bagi tulisan Jawi. Dapatan ini juga
menunjukkan objektif menjalankan kajian ini iaitu untuk memastikan 100% murid lulus dalam ujian
setelah menggunakan teknik Dalil Avu Zar Zad telah tercapai.
8.2 Objektif 2: Untuk memastikan 100% sasaran kajian iaitu 10 orang murid 2 Optimis lulus dalam ujian
bagi mengenal pasti huruf-huruf Jawi yang boleh dan tidak boleh disambung setelah menggunakan
Teknik Avu Zar Zad.
Soalan kedua ujian pos ialah untuk murid-murid menyambung huruf-huruf tunggal Jawi. Soalan yang
digunakan juga adalah sama dengan soalan yang digunakan semasa ujian pra. Analisis data adalah
seperti dalam Jadual 6 di bawah:

Jadual 6
Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos Iaitu Sebelum Teknik Avu Zar Zad Dan Selepas Teknik
Avu Zar Zad
Ujian Pra Ujian Pos
Gagal Lulus Gagal Lulus
100% 0% 20% 80%

Berdasarkan dapatan dalam Jadual 6, didapati Teknik Dalil Avu Zar Zad berjaya menjadi pemangkin
perubahan markah yang ketara terhadap para murid. Walaupun ujian pos menunjukkan 20% peratus
murid masih gagal, namun tidak memberi makna kegagalan teknik ini meningkatkan kemahiran murid
kerana murid berkenaan gagal mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran seperti murid-murid lain,
iaitu sering tidak hadir ke sekolah. Dapatan ini juga menunjukkan objektif kajian tindakan ini iaitu untuk
meningkatkan kemahiran 10 orang murid Tahun 2 Optimis mengenal huruf-huruf Jawi yang boleh dan
tidak boleh disambung serta menyambung huruf-huruf tunggal menggunakan Teknik Avu Zar Zad
dengan memastikan 100% murid lulus dalam ujian telah dapat dicapai.
9.0 REFLEKSI KAJIAN
Semasa ujian pos dilakukan, saya merasa sangat gembira dan terharu apabila melihat murid-murid
yang sebelum ini langsung tidak tahu menulis perkataan Jawi dan tidak tahu menyambung huruf-
huruf tunggal mampu melakukannya dengan penuh keyakinan tanpa memanggungkan kepala
mereka untuk melihat kiri dan kanan bagi mencari jawapan daripada rakan, seperti sebelum ini.
Mereka begitu khusyuk tunduk dan menulis jawapan mereka tanpa ragu-ragu.
Walaupun kami telah berpuas hati kerana murid telah mengenal huruf yang boleh dan tidak boleh
disambung secara total, tetapi daripada pemerhatian, masih ada murid yang tidak tahu untuk
menulis huruf jawi dengan betul apabila bersambung. Saya telah merangka beberapa cara untuk
mengatasi masalah tersebut melalui Kajian Tindakan yang seterusnya.
Penulisan Kajian Tindakan ini juga banyak membuka dimensi pemikiran baru saya terhadap dunia
pendidikan. Saya dapat mencungkil kekuatan dan kelemahan diri dan murid. Saya telah
menyenaraikan beberapa cadangan untuk tindakan pada masa hadapan, iaitu menggunakan dua
teknik ini seawal mungkin terhadap murid-murid dan menggunakan teknik ini dengan kerap dalam
latihan latih tubi agar mereka tidak perlu menggunakan kunci huruf lagi untuk meningkatkan
kemahiran menulis sesuatu perkataan.

BIBLIOGRAFI
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2008). Buku manual kajian
tindakan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bity Salwana Alias. (2009). Pembudayaan Kajian Tindakan. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan
Kebangsaan 2007. Institut Aminuddin Baki, Pahang, 29 31 Julai.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2008). Buku panduan kursus pemantapan pelaksanaan
kurikulum pendidikan Islam KBSR 2008. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Musa Sulaiman. (2000). Kepengetuaan: kepimpinan, tugas dan hubungannya dengan falsafah
pendidikan, satu penjelasan. Jurnal Pendidikan Guru: 13:1-10.

Anda mungkin juga menyukai