Anda di halaman 1dari 14

Bab 5 Etika dan Tanggungjawab Sosial

NOTA PENTING

5.1 DEFINISI

Etika Kerja

Satu set peraturan kerja yang menjelaskan tanggungjawab dan tingkah laku yang
sepatutnya ada pada seseorang dalam bidang professionalnya
Menerkan kan pembentukan tingkah laku individu ke arah yang konsisten dengan
norma- nirma kumpulan profesioan tertentu

Etika Peringaan
Satu set nilai dan peraturan yang mengandungi peraturan yang baik atau buruk di
dalam operasi perniagaan.
Menekankan kepada standard moral yang digunakan dalam polisi perniagaan, institusi
dan sikap.

Tanggunjawab sosial
Kewajipan sesuatu organisasi memberi sumbangan untuk kebajikan masyarakat.
Sumbangan seperti menjaga alam sekitar, menderma membina kemudahan dan lain..


5.2 PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT

A. Pihak Berkepentingan

1. Maksud pihak berkepentingan
Pihak yang menerima kesan hasil daripada tindakan yang diambil oleh sesebuah
perniagaan

2. Kepentingan yang perlu diambil kira oleh peniaga terhadap pihak berkepentingan

Pihak berkepentingan
Pesaing
Kepentingan yang perlu diambil kira oleh peniaga
Menjaga kepentingan pesaing seperti tidak sengaja menawarkan harga
yang lebih rendah daripada pesaing
Mengadakan persaingan sihat bagi menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang
berkualiti kepada pengguna
Mengamalkan nilai moral yang baik seperti tidak mencemarkan nama pesaing
Pembekal
Membayar kredit perdagangan pada tempoh yang ditetapkan
Memastikan perjanjian jual beli dipersetujui dengan jelas
Tidak mengeksploitasi pembekal kecil seperti memaksa pembekal kecil menawarkan
harga yang rendah

Pelanggan
Menyesuaikan barangan dan perkhidmatan dengan perubahan cita rasa pengguna
Menyampaikan barangan dan perkhidmatan kepada pengguna pada masa, kuantit
dan mutu yang tepat dengan harga yang berpatutan kepada pengguna
Memberi maklumat penuh tentang barangan dan perkhidmatan
Tidak menyembunyikan stok bagi tujuan mendapat untung
Membina kepakaran dalam bidang perniagaannya atau bersikap profesional di dalam
tindakannya terhadap pengguna

Kerajaan
Membayar cukai perniagaan tepat pada masa dan jumlahnya
Melaksanakan perniagaan mengikut undang-undang dan peraturan
Menggunakan sumber dengan balk dan optimum untuk mengurangkan pembaziran
Bekerjasama dan membincangkan perkara berkaitan dengan undangundang dan
pelaksanaannya dengan kerajaan
Menyokong dasar kerajaan dengan melibatkan din i dalam program yang dianjurkan
oleh kerajaan

Pekerja
Mewujudkan suasana tempat kerja yang selesa dan selamat
Menjaga kebajikan pekerja dari segi memberi cuti yang cukup, perubatan yang
percuma dan lain-lain
Bersikap adil dalam pengambilan pekerja, penilaian prestasi, pemberian latihan dan
lain-lain Mengambi I kira idea dan pandangan pekerja
Membayar upah mengikut kelayakan dan produktiviti

Masyarakat
Mengambil kira kepentingan masyarakat seluruhnya dalam segala keputusan seperti
prihatin terhadap kesan ke atas alam sekitar dan sosial yang timbul akibat dari kegiatan
perniagaan
Mengesan keperluan asas masyarakat dari masa ke semasa
Menggunakan sumber untuk memberi faedah optimum kepada masyarakat
Membiayai projek pembangunan sosial seperti membina perhentian bas dan lain-lain.



Pembiaya dan pemegeang saham
Membayar hutang mengikut syarat perjanjian kepada pembiaya
Memberi pulangan yang berpatutan dalam bentuk dividen kepada pemegang saham
Menggunakan sumber kewangan dengan cekap dan bertanggungjawab untuk
memastikan kemampuan membayar dividen dan hutang
Membekalkan maklumat yang diperlukan oleh pembiaya dan pemegang saham

B. Tanggungjawab Sosial Lawan Untung

1. Pandangan yang menyokong tanggungjawab sosial
(a) Bagi mempertingkatkan imej organisasi melalui publisiti, seterusnya memperbaiki
hubungan dengan masyarakat demi kepentingan organisasi dalam jangka masa panjang (b)
Mematuhi peraturan kerajaan bagi mengelakkan din i daripada dikenakan hukuman akibat
pencemaran alam sekitar yang disebabkan aktiviti perniagaan
(c) Mematuhi kehendak norma-norma sosio budaya kerana undang-undang tidak boleh
diluluskan untuk mengendalikan semua keadaan
(d) Memperoleh perolehan sesaham yang lebih tinggi dalam jangka panjang kerana pasaran
saham menganggap syarikat tersebut kurang terdedah kepada kritikan awam
(e) Sebagai bantuan kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah sosial yang gagal
dilaksanakan.

2. Pandangan yang menentang tanggungjawab sosial
(a) Tanggungjawab sosial akan menjejaskan keuntungan perniagaan kerana ia melibatkan
perbelanjaan yang besar
(b) Kos tanggungjawab sosial yang terlalu tinggi akan dipindahkan kepada pengguna, di
mana pengguna terpaksa menanggung beban harga barangan dan perkhidmatan yang
meningkat
(c) Bukan semua perniagaan mampu melaksanakan tanggungjawab sosial. Ini kerana
mereka menghadapi masalah kekurangan kemahiran dalam menyelesaikan masalah sosial (d)
Perniagaan kurang akaimtabiliti terhadap masyarakat awam dan pihak kerajaan tidak
mempunyai kawalan terhadap penglibatan sosialnya
(e) Penglibatan perniagaan dalam bidang sosial tidak mendapat sokongan yang luas daripada
masyarakat kerana ia sepatutnya disediakan oleh pihak kerajaan

Perbandingan Pendekatan Antara Barat Dengan Timur Tentang Etika dan
Tanggungjawab Sosial Perniagaan

1. Hubungan manusia dengan manusia

Pendekatan Timur


Pendekatan Barat
(a) Islam
Manusia adalah makhluk terbaik yang di bekal oelh tuhan
Tanggungjawab terhadap manusia, iaitu saling membantu

B Confucious
Mengutamakan tolenransi, harmoni, perpaduan kepercayaan dalam kumpulan.
Menekanka hubungan baik dalam keluarga dan perasaan perikemanusian terhadap
orang lain
Pendekatan Barat

a) Aristotle
Kehidupan harmoni bergantung kepada tendensi manusia sendiri
Kebaikan adalah mengikut kemampuan sendiri
b) Protagores
Manusia berhak sepenuhnya untuk menentukan nilai baik buruk
c) Plato
Orang yang melakukan kejahatan bukan kerana jahat tetapi kejahilan ilmunya
Namun, orang yang tidak berpengetahuan juga boleh melakukan kebaikan, tetapi kebaikan
itu adalah kebetulan sahaja.




2. Hubungan manusia dengan tuhan

Pendekatan Timur 4
a) Islam
Manusia mempunyai hubungan dengan Allah
Manusia takut melakukan kesalahan terhadap suruhan tuhan
Manusia setia terhadap Allah

Pendekatan Barat
a) Aristotle
Hubungan antara manusia dan tuhan diiktiraf
Untuk mendapatkan lebih banyak kepercayaan, manusia mesti bertindak dengan baik dan
mendekati tuhan dengan lebih mendalam untuk mengetahui apa yang di kehendaki oeh tuhan
b) Kristian
Menitikberatkan unsur kasih sayang dan belas kasihan antara manusia
Menusia perlu mencintai tuhan dengan sepenuh jiwa sperti mencintai diri sendiri.
3. Hubungan manusia dengan alam
Pemdekatan timur
a) Islam
Manusia ditugas oleh Allah untuk mentadbir alam sekitar.
Bertnaggungjawab atas pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar
Tidak boleh merosakkan alam.

b) Taoisme
Keharmonian dengan alam
Manusia seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia dan mengamalkan
kesederhanaan peristiwa yang berlaku dalam alam adalah saling berkait.

Pendekataa Barat

1. Perspektif Utilitarian
Manusia mesti membuat penilaian tentang kebaikan atau keburukan dengan melihat semua
yang terlibat dalam jangka pendek dan panjang.

2. Pespektif Deontologikal
Manusia mesti menilai setiap aktiviti sama ada ia melanggar hak- hal individu ataupun tidak .


5.3 TANGGUNGJAWAB SOSIAL

A. Definisi
Kewajipan sesuatu organisasi memberi sumbangan untuk kebajikan masyarakat

B. Warga Korporat

1. Definisi
Mereka yang bekerja dalam sektor swasta dan membantu mencapai objektif korporat, iaitu
mencapm keuntungan.

2. Peranan warga korporat
Membantu gglongan miskin melalui derma, biasiswa dan pinjaman
Menjaga alam sekitar, iaitu tidak mencemarkan alam sekitar apabila melakukan
aktiviti perniagaan
Bergiat dalam aktiviti sosial seperti gotong royong dan program Young Enterprise.
Menyediakan kemudahan awam seperti kerusi awam, lampu jalan, perhentian bas dan
lain-lain untuk kegunaan masyarakat
Memenuhi keperluan masyarakat dengan menawarkan pelbagai pilihan barang pada
harga yang berpatutan
Menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada masyarakat









3. Golongan warga korporat
Pemegang saham

Pihak yang menyumbang modal dan merupakan pemilik syarikat Bertujuan mendapat
untung maksimum melalui dividen dan nilai saham yang tinggi

Lembaga pengarah
Sekumpulan kakitangan syarikat yang menjadi pengurus di peringkat yang tinggi
Menentukan halatuju syarikat, membuat keputusan dan membentuk hubungan baik dengan
pihak berkepentingan

Pengurusan syarikat
Pihak pengurusan yang terdiri daripada pengurus atasan, pertengahan dan bawahan
Melaksanakan perancangan dari lembaga pengarah dan memastikan matlamat syarikat
tercapai

Pekerja syarikat
Golongan yang membantu pihak pengurusan dan lembaga pengarah mencapai
matlamat syarikat Menjalankan bidang tugas masing-masing dengan kemahiran yang
dimiliki

5.4 KEPENGGUNAAN

A. Definisi Pergerakan yang tersusun secara kolektif untuk melindungi kepentingan pembeli
dan pengguna barangan dan perkhidmatan

B. Hak-hak Pengguna

1. Hak kepada keperluan asas
Hak mendapat barangan dan perkhidmatan asas yang perlu untuk terus hidup
Barangan dan perkhidmatan asas termasuk makanan yang mencukupi, pakaian, tempat
tinggal, pendidikan dan lain-lain.

2. Hak kepada keselamatan
Pengguna berhak kepada keselamatan barangan yang telah dibeli Pengguna
dilindungi daripada sebarang kecacatan produk yang membahayakan kesihatan dan kehidupan
3. Hak untuk mendapat maklumat
Hak untuk diberi maklumat yang lengkap dan jelas untuk membuat keputusan atau
pilihan Pengguna dilindungi daripada bahan publisiti yang tidak tepat dan mengelirukan
seperti pengiklanan, perlabelan dan lain-lain

4. Hak mendapat ganti rugi
Hak kepada penyelesaisn tuntutan yang adil Termasuk hak mendapat pampasan bagi
salah nyata kepada barangan yang tidak bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan
Boleh mendapatkan bantuan dari segi perundangan untuk penyelesaian kepada tuntutan
apabila perlu.

5. Hak untuk memilih
Hak untuk diberi peluang memilih pelbagai barangan atau perkhidmatan pada harga
yang berpatutan dan mutu yang memuaskan Pemilihan dibuat setelah didedahkan semua
fakta tentang produk tersebut
6. Hak untuk menyuarakan pendapat
Hak melindungi pengguna dengan mempertimbangkan sepenuh pendapat mereka
Membentuk dan mengubah polisi ekonomi dan lain-lain polisi untuk memelihara kepentingan
pengguna
7. Hak kepada pendidikan pengguna
Hak untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran berkenaan pengguna untuk
menjadi pengguna bermaklumat sepanjang hayat Boleh diperoleh rnelalui kursus, seminar
dan lain-lain
8. Hak kepada alam sekitar yang sihat
Hak mendapat persekitaran fizikal yang boleh memperbaiki mutu kehidupan
Menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup

Masalah Kepenggunaan

Amalan peniaga yang tidak beretika
Hak pengguna terjejas apabila peniaga yang tidak beretika menjual barangan yang
tidak menepati kandungan barangan dan berat barangan mengikut harga yang dibayar oleh
pengguna.
Selain itu, penjualan barangan yang telah lupus tarikh juga menjejaskan hak pengguna
Pencemaran alam sekitar
Peniaga sering menggunakan bahan kimia untuk menghasilkan barangan
Jika bahan kimia tidak dikendalikan dengan baik, pencemaran alam yang berlaku akan
menjejaskan keselamatan dan kesihatan pengguna
Penguatkuasaan undang-undang tidak menyeluruh
Pihak berkuasa tidak menguatkuasakan undang-undang dengan
berkesan mengakibatkan peniaga berani menipu pengguna.
Undang-undang yang kurang ketat dan menyeluruh juga menyebabkan peniaga berani
melakukan amalan perniagaan yang tidak beretika

Kejahilan pengguna
Pengguna yang kekurangan pendidikan kepenggunaan tidak mengetahui hak
penggunanya
Keadaan ini menyebabkan peniaga mengambil kesempatan untuk menipu pengguna

Sikap pengguna
Sikap pengguna yang acuh tak acuh tentang hak penggunanya akan mudah ditindas
oleh peniaga kerana pengguna tersebut tidak akan mengambil tindakan terhadap peniaga
walaupun tertipu
Pengguna yang mudah terpengaruh dengan pengiklanan atau kata-kata peniaga juga
terdorong untuk ditipu
Pengguna yang boros juga mudah tertipu kerana tidak membuat keputusan pembelian
yang bijak I
Campur tangan politik
Menghalang perkembangan gerakan kepenggunaan di Malaysia
Contoh: Masalah birokrasi dan prosedur pentadbiran yang rumit melambatkan proses
penyelesaian masalah kepenggunaan

Matlamat Undang-undang Perlindungan Pengguna

1. Menjaga kesihatan dan keselamatan pengguna
Undang-undang ini melindungi pengguna daripada makanan, ubat-ubatan dan lain-lain yang
berbahaya Ai= apabila perlu Antaranya seperti Ordinan Ubat-ubatan, Ordinan
Binatang 1953, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan lainlain rga yang berpatutan
2. Memastikan pengguna mendapat maklumat yang penuh
Undang-undang ini menasihati pengguna mendapat penerangan yang benar dan mencukupi
supaya dapat membuat pilihan yang bijak dalam proses pembelian Undang-undang berkaitan
seperti Akta Perihal Dagangan 1972, Ordinan Ubat-ubatan, Ik lan dan Jualan 1956 dan
sebagainya pentingan pengguna
3. Menjamin ganti rugi pengguna
Undang-undang melindungi pengguna yang ditindas oleh peniaga dan membolehkan mereka
mendapat balik menjadi pengguna ganti rugi Biasanya, tuntutan tersebut berbentuk
tuntutan atas kemungkiran perjanjian dalam kontrak sewa beli
4. Melindungi pengguna daripada peniaga yang tidak beretika
Undang-undang melindungi pengguna apabila peniaga mengamalkan amalan tidak beretika
seperti menjual barangan yang tidak menepati kandungan dan berat barangan mengikut harga
yang dibayar oleh pengguna Undang-undang berkaitan seperti Akta Perihal Dagangan 1972,
Ordinan Ubat-ubatan, Ik lan dan Jualan 1956 dan lain-lain
5. Kepentingan ekonomi pengguna
Undang-undang ini memastikan pengguna dapat menikmati barang pada harga yang
berpatutan enjual barangan
Undang-undang berkaitan seperti Akta Kawalan Harga 1946, Akta Sewa Be li 1967, Akta
Timbang Sukat ngikut harga yang 1972 dan lain-lain
C. Peranan Badan Berkaitan Dalam Melindungi Pengguna
Badan
Persatuan Pengguna

Konsep
Satu pertubuhan bukan bermotifkan untung
Mewakili pengguna
Bebas dari sebarang kaitan dengan industri dan perdagangan
Tujuan untuk menguatkan dan mengembangkan pergerakan pengguna di Malaysia

Peranan/Fungsi
1. Menerima dan menyiasat aduan
Segala aduan dan rasa tidak puas hati pengguna boleh disalurkan kepada pihak
persatuan untuk perhatian
Persatuan pengguna akan mengambiltindakan untuk mempertahankan hak pengguna
jika mendapati pengguna ditindas

2. Memberi pendidikan kepenggunaan
Mengadakan seminar, bengkel, latihan dan kempen berkaitan dengan kepenggunaan
untuk menambahkan pengetahuan masyarakat
Menubuhkan persatuan pengguna sebagai aktiviti ko-kurikulum di sekolah supaya
pelajar berpengetahuan tentang kepenggunaan sejak zaman persekolahan

3. Memberi bantuan undang-undang
Mendedahkan hak pengguna kepada pengguna
Persatuan pengguna akan mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan
hak pengguna jika mendapati pengguna ditindas

4. Menyiarkan maklumat kepenggunaan
Maklumat tentang pelbagai aspek kepenggunaan disiarkan melalui Utusan
Konsumer
Pengedaran bahan bercetak ini dapat meningkatkan pengetahuan dan menyedarkan
pengguna tentang masalah kepenggunaan

5. Mewakili pengguna
Sega la aduan dan rasa tidak puas hati pengguna boleh disalurkan kepada pihak persatuan
untuk perhatian
Persatuan pengguna akan mewakili pengguna untuk menyuarakan ketidakpuasan pengguna i
dan ketidakadilan yang berlaku




Badan
FOMCA (Federation of Malaysian Consumers Associations)

Konsep
Satu badan penasihat dan penyelaras persatuan- persatuan pengguna negeri
Bukan bermotifkan untung
Bebas dari sebarang kaitan dengan industri dan perdagangan
Tujuan untuk menguatkan dan mengembangka pergerakan pengguna di
Malaysia

Peranan/Fungsi
1. Menguatkan Pembangunan Pergerakan penggguna di Malaysia
Bekerjasama dengan pertubuhan tempatan dan antarabngsa yang berpegang kepada matlamat
dan prinsip yang sama.
Bersama- sama mempromosikan dan melindungi hak pengguna.
2. Memperbaiki kedudukan pengguna
Menyelesaikan isu-isu pengguna
Melindungi hak-hak keppentingan pengguna
Mempromosikan hak-hak di Malaysia
3. Menasihati maklumat pengguna kepada persatuan pengguna di Malaysia.
Menyediakan maklumat pengguna kepada persatuan pengguna di Malaysia
Membantu persatuan mengadakan latihan,kursus, dan bengkel. Mesyuarat serta seminar
tentang hal ehwal pengguna.

Kementerian Dalam negeri
Kementerian yang ditubuhkan oleh kerajaan
Untuk mencapai satu keseimbangan antara kepentingan perdagangan dan
kepentingan pengguna.

Peranan/Fungsi
1. Mengawal dan menyelia perdagangan domestik melalui kawalan harga dan bekalan
barang-barang perlu
2. Memberi perlindungan mengenai hal-hal kepenggunaan
3. Mentadbir harta intelek yang meliputi hak cipta, cap dagangan, paten dan reka bentuk
perindustrian
4. Mendaftar dan menyelia syarikat amanah
5. Mendaftarkan perniagaan
6. Mengeluarkan lesen kepada operasi hiliran yang berkaitan dengan penjualan dan
pengedaran produk petroleum
7. Menyelaraskan dasar berkaitan dengan industri petroleum, petrokimia dan gas
8. Melaksanakan sistem timbang dan sukat
9. Membanteras penyelewengan dalam perdagangan



D. Better Business Bureau (BBB)
Persatuan yang ditubuhkan oleh peniaga-peniaga dengan tujuan untuk membantu
pengguna mengelakkan atau mengambil tindakan terhadap amalan perniagaan yang tidak
beretika

Peranan
Membekalkan maklumat tentang sesebuah syarikat yang pengguna ingin berurusniaga
dengannya
Membekalkan maklumat mengenai organisasi amal
Membekalkan maklumat kepenggunaan kepada pengguna supaya pengguna boleh
membuat keputusan pembelian yang bijak
Membekalkan maklumat kepenggunaan kepada media massa
Menyebarkan maklumat kepenggunaan melalui media massa seperti surat khabar,
radio, televisyen dan bahan cetakan lain
Memaklumkan kepada pengguna supaya berjaga-jaga tentang amalan perniagaan dan
pengiklanan yang tidak sihat apabila perniagaan tersebut enggan bekerjasama dengan BBB
untuk menghapuskan amalanamalan tersebut
Membantu menyelesaikan sesuatu aduan tentang sesebuah syarikat
Menawarkan perkhidmatan pengadilan untuk menyelesaikan pertikaian antara penjual
dan pengguna
Membantu memupuk aktiviti pengiklanan dan amalan-amalan jualan yang beretika
Memantau amalan pengiklanan dan penjualan
Memberi ceramah di sekolah, badan-badan bukan kerajaan dan organisasi-organisasi
perniagaan

5.5 JENAYAH KOLAR_PUTIH

A. Definisi
Kesalahan yang dilakukan oleh kakitangan dari golongan kelas pertengahan dan
atasan sesebuah organisasi seperti pegawai, pengurus, pengarah dan ahli-ahli profesional yang
bersangkutan dengan bidang tugas mereka
Dilakukan dalam urusan syarikat melalui akal dan kuasa yang ada pada seseorang

B. Jenis Jenayah dan Hukuman
Jenis
Rasuah
Satu perbuatan pemberian dan penawaran sebarang ganjaran kepada sesiapa untuk
mempengaruhi tingkah laku
Penerimaan ganjaran dengan cara yang salah
Membuat pernyataan palsu seperti memberi butiran palsu dalam dokumen untuk
mengelirukan atau memperdayakan majikan
Menyalahguna jawatan untuk mendapatkan suapan dalam membuat keputusan atau tindakan
yang ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung
Hukuman
Pemberian, penerimaan ganjaran atau penyalahgunaan jawatan
Penjara < 20 tahun atau denda 5 kali nilai suapan atau RM10 000 yang mana lebih tinggi atau
kedua-duanya sekali

Kewajipan untuk melaporkan transaksi penyogokan
Penjara < 20 tahun atau denda < RM100 000 atau kedua-duanya sekali

Membuat tuntutan palsu
Penjara < 10 tahun atau denda < RM100 000 atau kedua-duanya sekali

Konsep
Pecah Amanah atau Penyalah gunaan aset syarikat
Satu tindakan menyalahgunakan harta yang diamanahkan, iaitu: Menjadikan harta
sebagai kegunaan sendiri atau menggunakan harta dengan curang atau menjualkan harta itu
melalui cara yang melanggar arahan undang undang yang menetapkan cara arn.anah itu perlu
disempurnakan
Contoh:
1. Penyalahgunaan wang syarikat
2. Penyalahgunaan peralatan dan kemudahan Contoh: Merancang agar firma milikan
sendiri mendapat projek firma
3. Penyalahgunaan kepakaran dan maktumat Contoh: Membeli saham atau aset untuk din i
sendiri dan menjual kepada syarikat pada harga yang lebih tinggi untuk mendapat keuntungan
peribadi yang banyak

Hukuman
Penjara 2 tahun hingga 20 tahunatau sebatan dan denda

Jenis
Penyelewengan

Konsep
Satu tindakan menggelapkan harta, mengambil harta yang bukan haknya, menipu
sebarang perbuatan uang boleh mendatangkan kerugian kepada pihak yang memberi
tanggunjawab.

Hukuman
Penjara 6 bulan hingga 5 tahun serta sebatan.



1. Punca Jenayah Kolar Putih

(a) Kekurangan kawalan dalaman pengurusan
Kurang kepimpinan dan penyeliaan daripada pihak atasan menyebabkan pekerja
mudah terlibat dengan jenayah kolar putih
Sistem dan peraturan organisasi yang longgar mewujudkan peluang kepada pekerja
melakukan jenayah kolar putih
Tidak menguatkuasakan tindakan disiplin apabila pekerja melakukan kesalahan
mendorong berlakunya jenayah kolar putih
(b) Kekurangan nilai-nilai din i individu
Pekerja yang kurang nilai-nilai murni dalam din ini akan mudah terpengaruh
Pekerja yang tidak amanah melakukan jenayah ini untuk kepentingan dini
Sikap pekerja yang tamak dan boros mendorong mereka terlibat dengan jenayah kolar
putih yang boleh mendatangkan pulangan lumayan
(c) Dorongan dari sistem hidup dan masyarakat sekeliling
Amalan memberi hadiah menyebabkan pekerja menjadikannya sebagai amalan biasa
semasa melaksanakan tugasnya
Persaingan daripada rakan yang kaya mendorong pekerja tersebut terlibat dengan
jenayah ini untuk mengejar kehidupan yang sama mewah
Amalan nepotisme menyebabkan pekerja melakukan jenayah kolar putih dalam urusan
rasminya

Langkah-langkah Mengatasi Jenayah Kolar Putih
(a) Mengetatkan undang-undang
Mengenakan hukuman yang lebih berat sebagai pengajaran kepada mereka yang
terlibat dalam jenayah kolar putih
Membolehkan mereka menyedari bahawa kerugian akibat hukuman adalah lebih
banyak daripada keuntungan yang diterima
(b) Usaha pihak pengurusan
Memperkemaskan sistem dan peraturan organisasi supaya menjadi lebih ketat dan
teratur
Mengadakan kawalan dalaman,dan kawalan disiplin terhadap mereka yang melanggar
peraturan organisasi
(c) Pendidikan
Mengadakan ceramah, seminar dan lain-lain kepada pekerja dengan menerapkan nilai-
nilai moral
Mendapat komitmen daripada pihak atasan dan bawahan organisasi secara
keseluruhan untuk menjadikan budaya organisasi sebagai amalan biasa





3. Badan Pencegah Rasuah (BPR)
(a) Tujuan
Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada gejala rasuah berlandaskan
nilai kerohanian dan moral yang tinggi, diterajui oleh kerajaan yang bersih, cekap dan
amanah
Menjadikan BPR agensi pembanterasan rasuah yang profesional dan antara yang
terunggul di dunia berteraskan prinsip keadilan, ketegasan dan amanah

(b) Peranan
Mengesan perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa berasaskan kepada risikan,
maklumat dan aduan secara menyeluruh dan cekap
Memperoleh dan mengumpul bukti yang kukuh dan lengkap terhadap perlakuan
rasuah dan penyalahgunaan kuasa melalui penyiasatan yang rapi dan cepat
Memastikan kepentingan awam dan keadilan sentiasa terjamin berlandaskan undang-
undang dan peraturan negara melalui nasihat perundangan dan dakwaan yang bijaksana dalam
kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa
Membantu ketua-ketua organisasi sektor awam dan sektor swasta dalam mengambil
tindakan tata tertib terhadap pegawai mereka yang melanggar peraturan dan kod etika kerja
berasaskan laporan BPR yang menyeluruh
Menyekat punca dan peluang perlakuan rasuah serta penyalahgunaan kuasa akibat
kelemahan dalam sistem pengurusan di sektor awam dan swasta yang dikenalpasti daripada
hasil siasatan dan laporan BPR yang analitis.
Meningkatkan penyertaan dan sokongan yang padu dan berterusan di kalangan
pemimpin-pemimpil kumpulan-kumpulan berpengaruh dan masyarakat umum dalam usaha-
usaha menentang rasuah sena penyalahgunaan kuasa
Memastikan tindakan tertentu BPR dalam perisikan, penyiasatan dan pencegahan
rasuah serta penyalahgunaan kuasa dapat dilaksanakan dengan berhikmah melalui
perhubungan dan kerjasama agensi agensi berkaitan dalam negara dan di peringkat
antarabangsa.
Mewujudkan nilai-nilai unggul, meningkatkan kepakaran dan profesionalisme serta
memupuk semanga kerja yang kental di kalangan pegawai-pegawai BPR dengan kepimpinan
yang dedikasi clan dinatnis serta melalui program-program latihan yang terancang dan
sistematik
Meningkatkan daya kepimpinan dan kualiti pengurusan jabatan di semua peringkat
pegawai BPR melala program pembangunan sumber manusia, teknologi maklumat dan proses
kerja yang sistematik.

Anda mungkin juga menyukai