Anda di halaman 1dari 3

Bab 2

Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan
pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan
pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap
persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.
Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan
pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar,
kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanakkanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran
yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering
digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students)
Kepentingan Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran Performance Based
Autentik
I.
II.
III.
IV.

Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna


Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan,
penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis)
Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui
pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.
Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada
dalam dunia sebenar.

Penilaian Alternatif
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.

Menilai pelajar pada tugas-tugas dalam disiplin khusus yang telah ditetapkan
Menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh
Mengambilkira pengetahuan dan kemahiran secara holistik berbanding secara dipecahasingkan
Ambil kira proses dan hasil pengajaran dan pembelajaran
Melatih pelajar cara-cara membuat penilaian terhadap pencapaiannya dan membantu menilai
kerja seni orang lain
Mempastikan pelajar berupaya membuat persembahan dan mempertahankan hasil kerjanya
secara lisan dan di khalayak ramai

Bab 5
Bentuk pentaksiran pemerhatian
Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikutjangka waktu yang
ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran.Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan
psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.
Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai semak,
skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain.
Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi
masing-masing.
Jenis Pemerhatian
Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati , iaitu:

Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan(judgement)

Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended

Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang

Strategi Pelaksanaan
Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu.
Antaranya ialah
dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang
menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek
kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran
dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian
tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan
jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan
Fungsi
1. Penilaian melalui pemerhatian :

digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu


proses pembelajaran

dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau
rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran

dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek

2. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang tindak susul yang


sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti

menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan

meningkatkan motivasi pelajar

mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan
keupayaan serta prestasi pelajar

3. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan


peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor.
4. Pemerhatian yang terancang membantu guru :

Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang
mendorong/menolak minat tersebut

Mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif

Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar

Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar

Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan

Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran , rakan sebaya
dan terhadap diri sendiri

Anda mungkin juga menyukai