Anda di halaman 1dari 2

Maksud perkataan autentik :

tulen, sejati, autentik, boleh diakui sebagai sah


Bahan-bahan autentik seperti iklan, jadual, gambar, brosur, poster, akhbar, majalah dan
grafik (Kementerian Pendidikan Malaysia : 1994 dan Awang Sariyan : 2009).
Bahan yang dipilih mestilah bermutu bahasanya, kecuali untuk tujuan analisis kesilapan
(Awang Sariyan, 2009) agar dapat melatih pelajar supaya menjadi lebih kritikal dan
peka terhadap penggunaan bahasa yang betul dan tepat (Kementerian Pendidikan,
1994).
Bahan ajar autentik mencakupi:
1)

Menu

2)

Resepi

3)

Peta

4)

Akhbar

5)

Pamplet

6)

Katalog

7)

Buku telefon

Memilih bahan autentik:


Ada beberapa hal yang harus diperhatikan ketika memilih bahan mengajar autentik
antaranya:
1. Pastikan bahan cukup untuk semua pelajar
2. Sebaiknya jumlah halaman sesuai kebutuhan, dan diberi nomor halaman untuk
kemudahan acuan.
3. Jika bahan digunakan pada beberapa kelas, jenis kertas harus memadai dan
dapat dengan mudah kembali disusun atau dilipat.
4. Beberapa jenis katalog akan sangat baik jika mengambil edisi terbaru untuk
menjaga isi terkini atau isu terkini
5. Pilih bahan kandungan yang sesuai dengan tahap pelajar

Penggunaan Bahan Mengajar autentik


Ketika mula-mula pelajar diperkenalkan dengan bahan ajar autentik , berikan bahan
kepada setiap pelajar secara individu. Secara berpasangan juga boleh dilaksanakan.
Setalah bahan autentik diberikan, berikan penjelasan singkat, misalnya mengenai
pentingnya peranan daftar isi pada sebuah pamplet atau sebuah buku peta.
Bahan mengajar autentik akan menjadi sangat efektif jika pertanyaan yang
menyertainya dikonstruksikan dengan sangat baik, dengan tujuan:
a)
Memberikan kesempatan kepada pelajar untuk latihan menggunakan bahasa
Melayu
b)

Membantu pelajar untuk berkeyakinan dengan kemampuan berbahasa

c)

Memperkenalkan ragam budaya dan perbezaan adat istiadat kepada pelajar

d)
Membantu pelajar untuk mengembangkan kemampuan menemukan maklumat
yang diperlukan dengan cepat

Anda mungkin juga menyukai