Anda di halaman 1dari 20

ARTIKEL ILMIAH

STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN,


KAEDAH PELAKSANAAN SERTA CABARAN
DALAM PELAKSANAAN

DITULIS OLEH :

MOHAMAD KHIRUDIN BIN AMDAN

RINGKASAN EKSEKUTIF
Strategi pengajaran memerlukan setiap pensyarah memahaminya dengan
baik agar isi pengajaran dapat disampaikan. Strategi pengajaran dan
pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada tiga (3) iaitu berpusatkan pensyarah,
berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan pelajaran. Bagi setiap klasifikasikan
tersebut ianya mempunyai ciri-ciri yang perlu diberi perhatian oleh pensyarah
sebelum memulakan sesi pembelajaran. Pembelajaran yang mencapai objektif
adalah pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai perancangan dan segala
mekanisma yang yang telah di kenalpasti seperti kaedah, pendekatan, teknik
dan strategi. Pensyarah mesti benar-benar faham dan menghayati semua
mekanisma

tersebut

agar

pembelajaran

itu

dapat

berkembang.

Walaubagaimanapun dalam melaksanakan semua perkara itu terdapat barbagai


cabaran dan halangan yang perlu dihadapi dengan bijak. Dalam artikel ini ada
dihuraikan tentang ciri-ciri bagi klasifikasi strategi pengajaran, dan juga
membincangkan kaedah serta cabaran yang dihadapi oleh setiap pensyarah
sebagai seorang pendidik.
Sekian.

PENDAHULUAN
Pendidikan

merupakan

suatu

usaha

yang

berterusan

memperkembangkan potensi manusia secara menyeluruh

untuk

terhadap aspek-

aspek rohani, aqli dan jasmani melalui aktiviti-aktiviti yang saling berkaitan iaitu
pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah
interaksi diantara pengajar atau pensyarah dengan pelajar dan pelajar adalah
dikalangan seseorang atau sekumpulan orang sebagai pencari dan penerima
pelajaran yang diperlukannya, manakala pengajar atau pendidik mahupun
pensyarah merupakan seseorang atau sekumpulan orang yang profesionnya
sebagai pengolah aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa komponen,
iaitu pelajar, pensyarah, objektif pembelajaran, isi pelajaran, kaedah pengajaran,
media dan penilaian.Tujuan pembelajaran yang diinginkan seharusnya mencapai
tahap yang optimal, untuk itu ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian
oleh pensyarah dan salah satu diantaranya adalah strategi pengajaran dan
pembelajaran.
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan perlu dimiliki dan
difahami oleh setiap pensyarah, ini kerana keberhasilan proses pengajaran dan
pembelajaran bergantung pada cara mengajar pensyarahnya. Jika cara
mengajar sesuai dan menepati kehendak pelajarnya, maka pelajar akan tekun
dan rajin, dalam menerima pelajaran yang diberikan, malah diharapkan juga
akan terjadi perubahan dan tingkah laku kepada pelajar tersebut baik dari tutur
katanya, sopan santunnya dan juga gaya hidupnya.
Strategi

pengajaran

dan

pembelajaran

mempunyai

pelbagai

bentuk,

pensyarah semestinya arif dalam menyesuaikan strategi pengajaran dan

pembelajaran dengan kaedah mengajar yang bersesuaian agar dalam proses


pengajaran dan pembelajaran, objektif dan matlamat pengajaran dapat dicapai.
PENGAJARAN
Menurut kajian Wan Zah Wan Ali ( 2000 ) pengajaran sebenarnya
mempunyai pelbagai pengertian dan ianya boleh di ketegorikan kepada empat
kategori, iaitu pengajaran sebagai :
a. Menyampaikan maklumat
b. Memindahkan maklumat
c. Mendorong pembelajaran
d. Membina manusia yang lebih baik.
Kajian tersebut mengambarkan pengajaran adalah proses dua hala diantara
pensyarah dan pelajar dalam memahami pelbagai pengetahuan yang diperlukan
bagi membina manusia sebenar. Penyelidik lain dalam bidang ini Ramsden.
1993; Trigwel, Prosser & Lyons, (1997) memahami pengajara sebagai proses
bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka yang berkebolehan dan
berkemungkinan untuk belajar. Ia melibatkan usaha mencari dan mengenalpasti
salah tafsiran pelajar terhadap sesuatu yang diajarkan, mengambil tindakan
untuk memastikan perubahan kefahaman dan mencipta konteks pembelajaran
yang berkesan dan berkualiti.
Pengajaran secara keseluruhannya merupakan cara untuk membimbing
pelajar bagi memperolehi sejumlah pengalaman yang terbaik dan bermutu.
Pelajar perlu dibimbing untuk berfikir dan berusaha untuk mencari pengertian
terhadap perkara yang dipelajari.
PEMBELAJARAN
Pembelajaran ialah satu proses yang melibatkan segala perubahan
tingkah laku akibat dari pengalaman yang berulang, latihan atau interaksi dengan

persekitaran. Perubahan ini hendaklah berlaku dalam masa yang agak lama,
tekal dan kekal ( Abdul Rahim M.Ali,2001 ). Pembelajaran biasanya
didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman
( Salvin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin, 1987 ). Pembelajaran melibatkan kaedah
baru dalam membuat sesuatu kerja. Ianya berlaku dalam percubaan individu
untuk melepasi rintangan atau cuba untuk menyesuaikan diri kepada keadaan
yang baru. Menurut Crow dan Crow ( 1983 ), pembelajaran adalah pemerolehan
tabiat, pengetahuan dan sikap.
Apabila seseorang itu terdedah dengan persekitaran kebiasaannya
pembelajaran akan berlaku dalam dirinya, ianya bermula dari rangsangan yang
diterimanya melalui pancaindera. Rangsangan ini dibawa ke bahagian otak untuk
dianalisis, diberi makna dan disimpan sebagai pengalaman. Apabila pelajar atau
individu itu mengeluarkan semula pengalaman itu dalam bentuk yang baru, maka
ianya dianggap perubahan tingkah laku.
Pembelajaran seseorang itu berlaku apabila terdapat perubahan tingkah
laku yang kekal. Perubahan tingkah laku adalah hasil daripada kefahaman
menerima

maklumat,

latihan,

pengalaman,

celik

akal

dan

cuba

jaya.

Pembelajaran merupakan proses yang berterusan berlaku sepanjang hayat


secara sedar mahu pun tanpa disedari.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Strategi pengajaran dan pembelajaran, menurut J.R. David dalam
Teaching Strategies for College Class Room (1976) ialah a plan, method, or
series of activities designed to achicves a particular educational goal. Manakala
mengikut terjemahan inggeris strategi bermaksud a plan of operation achieving
something

merangcang

sesuatu

operasi

untuk

mencapai

sesuatu.

Berdasarkan pengertian di atas strategi pengajaran dan pembelajaran meliputi


urutan, kaedah dan peringkat kegiatan yang dirancang untuk mencapai tujuan

dan objektif pengajaran tertentu. Strategi pengajaran merangkumi beberapa


aspek urutan dan susunan maklumat dan membuat keputusan bagaimana
menyampaikannya ( Dick & Carey, 1996 ). Pensyarah sebenarnya perlu
memikirkan

semua

proses

pengajarannya.

Strategi

Pengajaran

dan

Pembelajaran pada dasarnya adalah cara-cara yang dipilih untuk menyampaikan


kandungan pelajaran dalam sesi pengajaran tertentu, yang meliputi sifat dan
urutan kegiatan yang dapat memberikan pengalaman pembelajaran kepada
pelajar.
Untuk melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran ianya
memerlukan kaedah. Kaedah menawarkan satu cara yang sistematik untuk
melakukan sesuatu (Devies, 1981). Kaedah dalam pengajaran pula dijelaskan
sebagai satu siri tindakan yang sistematik yang mana matlamat utamanya ialah
untuk mencapai objektif

pengajaran tertentu. Dengan kata lain keadah

pengajaran ialah cara bagaimana pendekatan objektif pelajaran tertentu


disampaikan melalui langkah-langkah yang tersusun. Tanpa kaedah yang betul
maka pembelajaran adalah tidak terancang malah aktiviti akan berlaku secara
rambang dan tanpa susunan yang sempurna. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran merupakan satu usaha yang sepenuhnya, yang mana ia
memerlukan satu set prosedur yang terancang berasaskan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang dipilih, Ini bermaksud kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang dipilih adalah berasaskan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang berkait dengan model, prinsip dan teori pembelajaran.
Kaedah pengajaran pula merangkumi cara maklumat disampaikan atau cara
aktiviti pengajaran dijalankan, seperti contoh kaedah kuliah, perbincangan, main
peranan, simulasi dan lain-lain.
Kemahiran spesifik dalam pengajaran pula dipanggil teknik pengajaran,
seperti set induksi, peneguhan, kawalan suara, penggunaan papan putih white
board dan lain-lain. Melaksanakan dengan jayanya semua unsur-unsur yang
diperlukan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kemp and

Schwaller, 1988). Teknik pengajaran sebenarnya merujuk kepada satu


kemahiran mengajar. Klasifikasi strategi pengajaran boleh dikelaskan kepada
tiga (3) iaitu berpusatkan pensyarah, berpusatkan pelajar dan berpusatkan
bahan pelajaran.
STRATEGI BERPUSATKAN PENSYARAH.
Strategi pengajaran dan pembelajaran jenis ini telah dilaksanakan atau
diamalkan oleh kebanyakan pensyarah sejak sekian lama lagi. Strategi jenis ini,
pensyarah menjadi peranan yang utama. Bagi satu-satu sesi pengajaran
pensyarah

mengawal

dan

memanipulasi

hampir

semua

aktiviti-aktiviti

pengajaran.
Ciri-ciri Strategi berpusatkan Pensyarah.
Pengajaran

berpusatkan

pensyarah

mempunyai

ciri-ciri

seperti

berikut,

antaranya ialah :
a.

Didalam

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran,

pensyarah

memainkan peranan utama dan pelajar hanya menjadi penonton


sahaja.
b.

Tidak terdapat komunikasi dua hala diantara pensyarah dengan


pelajar, yang mana pensyarah menggunakan masa untuk bercakap
hampir

kesemua waktu yang ada, manakala pelajar hanya

mendengar sahaja.
c.

Pensyarah bertindak sebagai pemimpin yang autokratik sewaktu di


dalam kelas pengajaran, dan pelajar pula tidak mempunyai peluang
untuk menyuarakan pendapat mereka.

d.

Keutamaan objektif hanya kepada pensyarah sahaja dan tidak


merangkumi objektif keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.

e.

Penyebaran

ilmu

pengetahuan

lebih

diutamakan

penyuburan nilai murni dan perkembangan emosi pelajar.

daripada

f.

Pencapaian

pelajar

adalah

berasaskan

kepada

keputusan

peperiksaan para pelajar.


g.

Teknik mengajar terarah kepada penyampaian fakta-fakta sahaja.


Pembelajaran lebih kepada mengingat dan menghafal fakta, dan
pelajar gagal atau tidak berupaya untuk membuat interpritasi
terhadap sesuatu isi pengajaran.

h.

Interaksi diantara pelajar lemah dan sifat-sifat positif sosial pelajar


tidak dapat dibangunkan, dan pelajar menjadi kurang berinisiatif
dan kreatif.

Kaedah Strategi Berpusatkan Pensyarah.


Kaedah

pengajaran

murupakan

cara

menjalankan

aktiviti-aktiviti

pengajaran atau penyampaian maklumat, dan bagi melaksanakan strategi


berpusatkan pensyarah, beberapa kaedah pengajaran yang biasa digunakan
antaranya kaedah kuliah. Kaedah ini memerlukan perangcangan yang baik oleh
setiap pensyarah. Pensyarah mestilah memulakan set induksi yang baik, yang
mampu menarik minta pelajar. Maklumat yang hendak disampaikan atau
dikuliahkan mestilah mengikut susunan yang logik dan tersusun sama ada
secara topikal, masalah dan penyelesaian, sebab dan kesan, urutan masa,
perbandingan dan lain-lain lagi. Mengenal pasti perkara penting yang akan
dikuliahkan seterusnya mengembangkan perkara ini semasa sesi kuliah supaya
pelajar akan lebih jelas tetang apa yang dikuliahkan. Kemahiran pemerhatian
terhadap komunikasi tanpa bahasa yang ditunjukkan oleh pelajar perlu ada pada
pensyarah, ini kerana ia dapat menentukan kefahaman pelajar terhadap kuliah.
Demontrasi juga merupakan kaedah yang boleh digunakan bagi
melaksanakan strategi berpusatkan pensyarah. Demontrasi adalah kaedah
mengajar dimana pensyarah menunjukkan sesuatu atau sekumpulan pelajar, ini
bermakna pensyarah memainkan peranan penting di dalam sesi pengajaran
tersebut. Walaubagaimanapun beberapa perancangan perlu diketahui dan

difahami dengan jelas oleh pensyarah sebelum melaksanakan kaedah ini.


Pensyarah perlu memahami langkah-langkah demontarsi secara keseluruhan
serta konsep dan prinsip kemahiran yang hendak diajar. Minat pelajar pada
peringkat awal sangatlah penting supaya pelajar boleh memberi

tumpuan

sepanjang sesi pengajaran. Penerangan terhadap langkah-langkah atau


prosedur perlulah jelas dan teratur, pensyarah mestilah mengelak daripada
mengambil jalan singkat dalam menerangkan langkah-langkah tersebut.
Pensyarah perlu memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba setelah
selesai demonstrasi, masa perlu diberikan kepada pelajar untuk mempraktikkan
apa yang telah diajar dan pengalaman tersebut perlu untuk membentuk
kemahiran pelajar.
Cabaran
Pelaksanaan

kaedah

bagi

strategi

berpusatkan

pensyarah

juga

mempunyai cabaran yang mampu menggagalkan proses pengajaran dan


pembelajaran. Antara cabarannya ialah tahap keupayaan, kebolehan dan
kebijaksanaan diri pensyarah itu sendiri. Kuliah yang baik terhasil dari pensyarah
yang berkeupayaan menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas,
kebolehan pensyarah tersebut memotivasikan pelajar dalam mendengar kuliah
dan menunjukkan penguasaan yang tinggi terhadap ilmu yang ada pada dirinya.
Pelajar akan menjadi pasif, jika pansyarah terlalu mendominasi sesi pengajaran.
Walaupun isi pengajaran kuliah baik namun tanpa penglibatan pelajar atau
memberi ruang kepada penglibatan pelajar untuk menyoal atau memberi
pandangan terhadap idea yang disampaikan akan tetap mewujudkan konflik
terhadap pemahaman terhadap isi pengajaran.
Penggunaan strategi ini juga boleh mengekang budaya berfikir kreatif
dikalangan pelajar. Menurut Ned Herrmann (dalam Abdul Fatah Hasan, 1998)
kreativiti ialah aktiviti keseluruhan otak yang melibatkan minda secara sedar
conscious mind dan minda terpendam subconscious mind untuk mencabar

andaian, mengenal pola, ,melihat dengan cara yang baru, melihat hubungan,
mengambil risiko dan merebut peluang atau kemungkinan. Tanpa memberi
ruang kepada pelajar untuk menyampaikan idea kreatif mereka dalam sesi
pembelajaran akan menjejaskan perkembangan kognitif mereka. Melalui strategi
ini juga pensyarah agak sukar menilai pencapaian pelajar. Dari segi pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah, penilaian diklasifikasikan sebagai satu
proses menentukan bagaimana objektif pengajaran dan pembelajaran itu
tercapai. Justeru itu penilaian perlu dilakukan dengan sempurna, iaitu dengan
mengadakan bukti-bukti emprik, iaitu bukti-bukti sahih tentang pengajaran dan
pembelajaran yang diperolehi menggunakan pengukuran.
STRATEGI BERPUSATKAN PELAJAR.
Strategi

berpusatkan

pelajar

merupakan

strategi

pengajaran

dan

pembelajaran yang mana pelajar memainkan peranan penting dan penglibatan


aktif

dalam

proses

pembelajaran.

Pensyarah

menjadi

pemimpin

yang

membimbing pelajar-pelajar dan memperuntukkan lebih banyak masa untuk


menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara berkumpulan atau individu.
Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Pelajar.
Strategi berpusatkan pelajar antaranya mempunyai ciri-ciri seperti yang
dinyatakan dibawah :
a. Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar memainkan
peranan penting manakala pensyarah bertindak sebagai pemimpin
atau fasilitator yang membimbing pelajar dalam aktiviti pembelajaran
mereka.
b. Komunikasi dua hala akan terhasil diantara mereka Pensyarah
menggunakan teknik penyoalan untuk membiarkan pelajar berfikir dan
member tindak balas terhadap soalan.

c. Pensyarah memimpin kelas atau pelajar secara demokrasi. Pelajar


sentiasa diberi galakan untuk memberi pandangan dan pendapat.
Pensyarah sebenarnya banyak melakukan perbincangan dengan
pelajar.
d. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih fokus kepada pencapaian
objektif pelajar.
e. Perkembangan

pelajar

adalah

secara

menyeluruh

dari

segi

keseimbangan intelektual, rohaniah serta sosial dan fizikalnya.


f. Kaedah pengujianan formatif

digunakan, dan keputusan ujian

digunakan untuk mengenal pasti pejalar yang lemah.


g. Pensyarah

menyampaikan

isi

pelajaran

dengan

memfokuskan

pengajaran bermakna, dengan ini pelajar boleh memahami fakta yang


disampaikan dan mampu untuk membuat kesimpulan untuk satu-satu
topik.
h. Terdapat banyak ruang dan peluang untuk pelajar berinteraksi, dan
juga nilai-nilai sosial dapat diperolehi seperti tolong menolong,
bekerjasama dan tolak ansur antara satu sama lain dapat di bina.
i.

Strategi ini juga terarah kepada kaedah pengurusan kumpalan pelajar


yang berkesan, ini kerana pelajar yang mempunyai pelbagai
kebolehan dan minat perlu diberi perhatian.

j.

Strtegi ini juga menjadikan pelajar kreatif dan berinovatif.

Kaedah Strategi Berpusatkan Pelajar.


Sumbangsaran merupakan antara beberapa kaedah yang sesuai dan
berkesan untuk dipraktikkan oleh pensyarah di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran mereka. Kaedah ini berkesan untuk mendapatkan banyak idea
dari pelajar dan pensyarah boleh memilih idea-idea yang terbaik untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Pensyarah mestilah mendefinisikan masalah
tersebut agar ia dapat difahami oleh pelajar dengan jelas. Pensyarah perlu
memberi lebih masa untuk pelajar membincangkan masalah dan menggalakkan
setiap pelajar untuk memberi idea mereka. Pensyarah perlu memilih idea yang
dikehendaki dan pastikan semua pelajar dengan idea yang dipilih, dan
semestinya idea yang dipilih adalah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.
Kaedah inkuiri-penemuan merupakan kaedah saintifik yang merujuk
kepada proses penyoalan, mencari pengetahuan dan maklumat, atau mengkaji
sesuatu fenomena itu berlaku. Kaedah ini sesuai digunakan dalam pengajaran
sains. Kaedah ini sebenarnya memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah,
kerana masalah merupakan asas kepada kaedah ini. Pensyarah perlu memberi
maklumat yang berkaitan supaya pelajar dapat memahami masalah yang
hendak dikaji. Pensyarah perlu menyediakan bahan-bahan untuk dipilih oleh
pelajar bagi menyelesaikan masalah dan juga jangkaan kepada soalan-soalan
yang akan disoal oleh pensyarah atau apa yang disebut soalan memandu, ini
bagi mengarahkan proses pemikiran pelajar. Pensyarah juga perlu membuat
kesimpulan dan cadangan terhadap hasil eksperimen yang telah dijalankan.
Kaedah penyoalan merupakan satu perkara penting dalam pengajaran,
dan ianya terlibat dalam semua kaedah pengajaran. Pensyarah perlu mahir
dalam teknik penyoalan, ini kerana ia merupakan cara paling berkesan untuk
menggalakkan pemikiran pelajar. Terdapat pelbagai teknik penyoalan yang
mana setiap satunya akan memberikan respon yang berbeza. Berdasarkan
taksonomi Bloom, terdapat enam (6) tahap pembelajaran domain kognitif, dan

soalan-soalan pada setiap tahap memerlukan pelajar menjawab dengan


menggunakan tahap proses yang berlaianan. Pensyarah perlu mahir dan
berupaya membina soalan pada setiap tahap agar dapat menggalakkan pelajar
terlibat dalam pelbagai tahap kognitif tersebut. Pensyarah adalah disarankan
agar memahami enam (6) tahap yang telah dinyatakan di dalam domain kognitif
taksonomi Bloom.
Cabaran.
Walabagaimanapun pensyarah akan berhadapan dengan beberapa
cabaran dalam melaksanakan kaedah-kaedah bagi strategi berpusatkan pelajar
ini. Kaedah ini memberi ruang kepada pelajar atau kumpulan pelajar yang suka
bercerita, maka pensyarah haruslah mahir dalam mengawal pelajar-pelajarnya
agar sesi pembelajaran tersebut tidak di dominasi oleh segelintir pelajar sahaja.
Harus diberi perhatian juga bahawa strategi ini tidak begitu praktik untuk
dijalankan bagi sekumpulan pelajar yang ramai, ini kerana sebilangan pelajar
akan hilang tumpuan dan fokus kepada objektif pembelajaran tidak tercapai
sepenuhnya. Pensyarah juga tidak seharusnya membiarkan terlalu banyak masa
diberikan kepada pelajar dalam membincangkan persoalan atau pun masalah, ini
adalah kerana maklumat atau pun pengetahuan pelajar adalah terbatas.
Pensyarah perlu tahu apa yang dibincangkan oleh pelajar itu tidak menyimpang
dari topik asal pelajaran. Perbincangan atau aktiviti-aktiviti yang tidak dikawal
akan menyebabkan suasana didalam kelas akan bertukar kepada suasana yang
membisingkan dan menggangu pelajar lain.

STRATEGI BERPUSATKAN BAHAN PELAJARAN.


Strategi berpusaktan bahan pelajaran merupakan strategi pengajaran
dan pembelajaran yang mana bahan pelajaran memainkan peranan penting dan
penggunaannya dijadikan sumber utama pensyarah dan pelajar untuk mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran. Bahan pelajaran dalam istilah moden hari
ini juga di panggil media pengajaran, yang mana istilah baru ini mengambil kira
semua aspek termasuk pelajar, pengembangan pembelajaran dan aspek
penilaian. Reise dan Gagne (1983) mendefinisikan media sebagai cara fizikal
yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Dengan menggunakan
bahan pelajaran dapat membantu pelajar memahami konsep yang abstrak
dengan mudah. Melalui latihan dengan menggunakan bahan pengajaran juga
palajar akan dapat membina kemahiran dan juga dapat berdikari hasil

dari

aktiviti yang dijalankan tanpa bantuan pensyarah.


Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Bahan Pelajaran.
Seperti juga strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pensyarah dan
berpusatkan pelajar, strategi berpusatkan bahan pengajara juga mempunyai
cirri-cirinya, antaranya ialah :
a.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan pengajaran

memainkan peranan yang penting ini kerana pensyarah atau pelajar


menggunakan sepenuhnya bahan pengajaran tersebut untuk mencapai
objektif pengajaran.
b. Interaksi dan komunikasi berlaku diantara pensyarah dan bahan
pengajaran, atau diantara pelajar dengan bahan pengajaran.

c.

Pengajaran dan pembelajaran memerlukan usaha dan perhatian

terhadap

kemahiran

menggunakan

bahan-bahan

pengajaran

bagi

memastikan objektif pembelajaran tercapai.


d.

Strategi ini menekankan kepada pembangunan kognitif, fizikal dan

rohani. Pengajaran pensyarah juga lebih bermakna, menarik minat dan


berkesan.
e.

Membuka ruang kepada pelajar untuk lebih banyak berinteraksi. Sifat-

sifat sosial juga boleh dibentuk melalui kerja berkumpulan yang melibatkan
bahan pelajaran dalam menghasilkan sesuatu projek atau menjalankan
sesuatu ujikaji.
f.

Aktiviti pengajaran berdasarkan pengalaman yang sebenar melalui

bahan pelajaran dapat mengubah pengetahuan abstrak kepada situasi yang


lebih konkrit.
Kaedah Strategi Berpusatkan Bahan Pelajaran.
Kaedah strategi berpusatkan bahan pelajaran yang tercangih pada abad
ini ialah penggunaan komputer. Pensyarah perlu mahir dalam penggunaan
komputer terlebih dahulu sebelum menggunakannya untuk sesi pengajaran
mereka. Pengajaran berbantukan komputer melibatkan interaksi secara terus
diantara komputer dengan pelajar. Pensyarah bertanggung jawab untuk
memantau segala aktiviti pelajar dan memberi aktiviti-aktiviti susulan yang telah
dibentuk bagi memperkembangkan ingatan dan memindahkan pengajaran.
Pelbagai cara dapat digunakan oleh pensyarah dalam melaksanakan kaedah ini.
Dengan cara pemberian latih tubi dan latihan dapat memperkukuhkan
pembelajaran pelajar dengan menyediakan ruang untuk mengulangi apa yang
telah dipelajari. Tutorial juga boleh digunakan melalui perisisan atau program
yang mudah difahami oleh pelajar. Sebelum cara ini digunakan oleh pensyarah,

pensyarah mestilah menjalankan ujian penetapan untuk menentukan tahap


kesedian pelajar terhadap apa yang hendak dipelajari.
Kaedah pengajaran dengan bantuan Liquid Crystal Display (LCD)
Projector amat popular dikalangan pensyarah pada masa ini. Kaedah ini mudah
dan senang untuk digunakan, dan penggunaannya amat praktik bagi sesi
pengajaran yang jumlah pelajarnya ramai. Ianya juga boleh merupakan suatu
persembahan yang tidak perlu dijelaskan melalui komuikasi lisan ini, ini kerana
apa yang dijelaskan lebih eksplisit dan maklum balas pelajar lebih menyeluruh.
Pensyarah perlu merancang bahan pengajaran dan data disimpan melalui
komputer. Perancangan yang baik dapat menyediakan semua gambaran
sebagaimana diperlukan semasa proses pengajaran dan akan membantu
mencapai objektif pengajaran tersebut.
Proses pengajaran kaedah ini, pensyarah dibekal senaskah atau bahan
bercetak yang dikenali sebagai modul. Didalam modul bagi sesuatu topik,
matlamat pengajaran biasanya telah ditetapkan. Modul juga mengandungi
maklumat yang terarah, latihan dan soalan perbincangan. Pelajar dikehendaki
menjalankan pelbagai aktiviti seperti membuat latihan , menyelesaikan masalah
dan menjawab soalan mengenai pelajaran didalam bahan atau modul tersebut.
Pensyarah perlu membuat pendedahan pembelajaran mengikut pelbagai teknik
dan cara didalam bahan tersebut. Pada akhir pembelajaran pelajar mengambil
ujian untuk menentukan tahap kefahaman dan penguasaan.
Cabaran
Penggunaan bahan pelajaran dalam pengajaran adalah sesuatu yang
amat kritikal. Ini kerana sehebat atau secanggih manapun bahan yang
digunakan atau media yang dihasilkan, jika ianya gagal digunakan maka kesan
terhadap pembelajaran amatlah negatif. Kurang daya kreativiti pensyarah untuk
menyediakan bahan pelajaran yang bersesuaian dengan objektif pengajaran

adalah sesuatu yang harus ditangani oleh pensyarah itu sendiri. Inisiatif
pensyarah dalam usaha belajar menggunakan bahan haruslah dititik beratkan.
Terdapat juga cabaran lain yang perlu dijawab oleh setiap pensyarah
sebelum mereka dapat menggunakan bahan dalam pengajaran mereka.
Persoalan seperti, adakah bahan pelajaran mudah diperolehi?. Jika ianya mudah
dan adakah ia senang untuk dikendalikan ?. Jika senang diperolehi berapa kos
dan masa diperlukan ?, dan adakah pihak pentadbiran meluluskannya?. Semua
persoalan

ini

amat

Walaubagaimanapun

bergantung
pensyarah

kepada
mesti

pengurusan

menghadapi

dan

pentadbiran.

kesukaran

ini

dan

memikirkan cara untuk mengatasinya.


Faktor pelajar juga dikatakan sebagai satu cabaran yang harus diambil
kira

oleh

pensyarah

dalam

pemilihan

bahan-bahan

pelajaran.

Dengan

mengetahui siapa pelajar mereka, pensyarah akan dapat memilih bahan yang
benar-benar sesuai untuk mereka. Model ASSURE ada mengatakan terdapat
tiga (3) ciri-ciri dalam analisis faktor pelajar ini, iaitu ciri-ciri umum, keperluan
khas dan stail pembelajaran. Daripada sudut ciri-ciri umum, khususnya umur ,
didapati pelajar dewasa memerlukan kurang panduan daripada pelajar muda.
Bagi keperluan khusus pula didapati visual dapat menarik minat kepada pelajar
yang tidak suka cara membaca. Mereka lebih suka melukis atau melakar buah
fikiran mereka. Stail pembelajaran juga menyebabkan individu belajar dengan
cara yang sesuai dengan mereka.
KESIMPULAN
Strategi dan kaedah pengajaran berfungsi sebagai satu panduan
pengajaran kearah keberkesanan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada
pelajar. Untuk mencapai berkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran,
pensyarah perlu memilih kaedah yang paling tepat untuk di gunakan melalui
kreativiti mereka sendiri. Dalam pemilihan tersebut terdapat pelbagai perkara

yang perlu dipertimbangkan, antaranya keadaan pelajar yang mencakupi


penilaian tentang tingkat kecerdasan, kematangan dan perbezaan individu.
Disinilah di tuntut agar pensyarah mampu menganalisis dan seterusnya memilih
strategi pengajaran dan pembelajaran untuk diserasikan dengan kaedah
pengajaran. Sebagai seorang pensyarah, ia perlu memikirkan bagaimana untuk
menjadi pensyarah yang berketrampilan dengan memahami ciri-cirinya, iaitu
yang berkaitan dengan kecekapan bidang, kepelbagaian pengetahuan dalam
keadah pengajaran yang digunakan, penglibatan pelajar dalam pengajaran,
enthusiasm serta susunan dan kejelasan penyampaian. Aspek-aspek lain yang
perlu difikirkan ialah memahami prinsip pengajaran dan pembelajaran, kurikulum
dan perlaksanaannya dan juga persediaan mengajar. Dengan keupayaan untuk
memahami diri pensyarah sendiri, strategi pengajaran dan pembelajaran,
kaedah, teknik serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin
baik, malah mampu menjadikan tahap pendidikan negara antara yang terbaik
dan dapat memperkembangkan potensi pelajar atau individu
kesempurnaan rohani, akal dan jasmani.

bagi mencapai

RUJUKAN

1.

Ab. Rahman Selamat (1990). Teknologi Sistem Pengajaran. Kuala


Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn, Bhd.

2.

Wan Zah Wan Ali (2000). Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur :


Utusan Publications and distribution Sdn. Bhd.

3.

Eggen, P.D & Kauchak, D.P (1996). Strategies For Teachers : Teaching
Content and Thinking Skills. Boston : Allyn & Bacon.

4.

Amir Awang (1986) Teori-teori pembelajaran. Kuala Lumpur : Penerbit


Fajar Bakti, Petaling Jaya.

5.

Asmah bt Hj Ahmad (1989). Pedagogi 1. Petaling Jaya : Longman


Malaysia.

6.

Sharifah Alwiah AlSagoff (1988) Psikologi Pendidikan 1. Petaling Jaya :


Longman Malaysia.

7.

Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan
(2003). OUM : Psikologi Pendidkan. Kuala Lumpur : Malindo Printers Sdn.
Bhd.

8.

Mok Soon Sang. (2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Kuala Lumpur :
Budiman Sdn Bhd,

9.

Ee Ah Meng. (2000). Pedagogi 1:Kurikulum dan pengurusan bilik darjah.


Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti.

10.

http://www.scribd.com/doc/2466850/Strategi-Belajar-Mengajar.

11.

Kamarudin Hj. Husin. (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam


Bilik Darjah. Petaling Jaya : Longman Malaysia.

12.

Poh Swee Hiang (1996). KBKK : Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif. Kuala Lumpur : Budiman.

13.

Devies, K.I (1981). Instructional Technique. New York : McGraw-Hill Book


Company.

14.

Armstrong, D.G., Henson, K.T. & Savage,T.V.(1989). Education : An


Introduction. New York : McMillan Publishing Company

Anda mungkin juga menyukai