Anda di halaman 1dari 27

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

MENSERVIS PERALATAN
ELEKTRIK DOMESTIK
TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

Pusat Perkembangan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
2002

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di
mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip berikut :KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara
Malaysia
yang
berilmu
pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian

.$1'81*$1

Pendahuluan

Matlamat

Objektif

Organisasi Kandungan

Pendekatan Dan Penekanan

Pemetaan Kandungan

Format Huraian

Huraian Tingkatan Empat

Huraian Tingkatan Lima

16

KATA PENGANTAR

Para 1 (kosong)

Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dengan tahap kematangan murid selaras dengan kehendak Sukatan Pelajaran Pembinaan Domestik untuk
sekolah menengah atas. Buku ini juga menyediakan penerangan bagi membantu guru menguruskan pelaksanaan kurikulum
Pembinaan Domestik dalam bengkel. Guru diharap dapat merancang dan melaksanakan strategi yang berkesan sesuai
dengan kebolehan dan minat murid serta persekitaran sekolah supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
bermakna.

Para 3 (kosong)

( Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN )


Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

kerjaya, keselamatan, peraturan, undang-undang,


etika dan budaya kerja. Mereka dilatih menggunakan
peralatan ujian, mengendalikan litar asas elektrik
seperti bekalan kuasa, bahagian kawalan dan beban
litar.
Seterusnya kemahiran asas murid ini
dipertingkatkan kepada tahap menservis pelbagai
peralatan elektrik domestik yang meliputi mengendali,
mengesan dan mengganti komponen yang rosak.
Jenis peralatan elektrik domestik yang diserviskan
termasuk kipas, mesin pengisar, seterika, cerek,
pembakar roti, pembersih vakum, pam air, ketuhar,
mesin basuh dan peti sejuk.

PENDAHULUAN

Apakah
Mata
Pelajaran
Menservis
Peralatan
Elektrik
Domestik?

Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah satu


daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah
menengah akademik. Ia merupakan satu mata
pelajaran amali yang berteraskan teknologi untuk
tingkatan empat dan tingkatan lima. Mata pelajaran
ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah
menengah rendah.
Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk
mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan
produktiviti negara dengan membekalkan tenaga
mahir yang berpengetahuan dalam bidang elektrik
elektronik.
Penawaran mata pelajaran ini
merupakan
sebahagian usaha Kementerian Pendidikan untuk
memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di
sekolah akademik. Persediaan awal ini adalah untuk
memenuhi keperluan permintaan tenaga pekerja
mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang
industri yang semakin meningkat seperti pembinaan
bangunan, automotif, elektrik elektronik, perabot,
komputer dan multimedia, penghasilan makanan,
perkhidmatan hospitaliti, perikanan dan haiwan,
pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman,
dan perkhidmatan penjagaan.
Dalam kurikulum Menservis Peralatan Elektrik
Domestik, murid didedahkan dengan perkembangan
teknologi semasa, keperluan tenaga mahir, prospek

Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja


yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.
MATLAMAT

Matlamat
Mata
Pelajaran
Menservis
Peralatan
Elektrik
Domestik

Matlamat mata pelajaran Menservis Peralatan Elektrik


Domestik adalah untuk melahirkan murid yang
berkemahiran membaik pulih dan menyenggara
peralatan elektrik domestik dengan mengamalkan
budaya kerja yang baik dan selamat, serta boleh
menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya
menjadi penyumbang tenaga kerja mahir dalam
bidang perkakasan elektrik.

ORGANISASI KANDUNGAN

OBJEKTIF

Objektif
Mata
1.
Pelajaran
Menservis
Peralatan
Elektrik
Domestik

Kurikulum Menservis Peralatan Elektrik Domestik


adalah untuk membolehkan murid :
1.

Menyenggara peralatan elektrik domestik

2.

Mencari dan mengesan kerosakan peralatan


elektrik domestik

3.

Melakukan kerja pengujian peralatan elektrik


domestik

4.

Mengganti komponen dan


peralatan elektrik domestik

5.

Mengenal pasti litar bekalan kuasa dan sistem


kawalan peralatan elektrik domestik

6.

Menggunakan alatan tangan dan peralatan ujian


dengan cara yang betul dan berkesan serta
menyenggara peralatan bengkel

7.

Mengamalkan
langkah
keselamatan
dan
pertolongan cemas jika perlu semasa menservis
peralatan elektrik domestik

8.

Mengamalkan budaya kerja yang baik seperti


bekerjasama, ingin mencuba, bertanggungjawab
dan berkomunikasi dengan berkesan

9.

Menyediakan rancangan perniagaan yang


mudah dan meminati bidang keusahawanan
serta sedar tentang keperluan tenaga mahir
dalam bidang menservis peralatan elektrik
domestik.

membaik

pulih

Rangka
Konsep

Mata pelajaran ini terbahagi kepada tiga bidang


pembelajaran yang diolah mengikut rangka konsep seperti
berikut:

RANGKA KONSEP

U sahaw an
P e k e r ja m a h ir
m e n s e r v is
PED

K E M A H IR A N
ASAS
L A N JU T A N
M E N S E R V IS
PER ALAT AN
E LE K T R IK
D O M E S T IK

K E M A H IR A N
ASAS
M E N S E R V IS
PER ALAT AN
E LE K T R IK
D O M E S T IK

kerosakan
domestik.

Diskripsi tiga bidang pembelajaran bagi Menservis


Peralatan Elektrik Domestik adalah seperti berikut:
1.

Kemahiran Asas Menservis Peralatan Elektirk Domestik

Bidang
pembelajaran
ini
merangkumi
unit
pembelajaran mengenai mengendalikan peralatan
ujian, komponen peralatan elektrik dan sistem litar
yang terdiri daripada bekalan, kawalan dan beban
kuasa. Murid juga didedahkan dengan perkembangan
teknologi semasa dan keperluan tenaga mahir dalam
bidang Menservis Peralatan Elektrik Domestik. Selain
daripada itu murid didedahkan kepada peluang
kerjaya, prosedur dan undang-undang dalam dunia
pekerjaan serta dipupuk dengan pembentukan etika
dan budaya kerja yang cemerlang. Di akhir bidang
pembelajaran ini, murid menguasai kemahiran dalam
mengenal pasti kerosakan dan memahami fungsi
komponen peralatan elektrik domestik.
2. Kemahiran Asas Lanjutan Menservis Peralatan

Elektrik Domestik
Bidang pembelajaran ini adalah lanjutan daripada
bidang
pembelajaran
pertama
dan
murid
mengaplikasikan kemahiran di bidang kendalian litar,
mengesan kerosakan dan menservis peralatan elektrik
domestik seperti loceng pintu, mesin pengisar, kipas,
pembakar roti, seterika, cerek elektrik, pembersih
vakum, pam air, ketuhar, mesin basuh dan peti sejuk.
Murid juga dapat menguasai kemahiran mengurus
inventori dan penstoran. Di akhir bidang pembelajaran
ini murid akan berkeupayaan membaik pulih

3.

dan

menyenggara

peralatan

elektrik

Keusahawanan

Murid didedahkan kepada teknik komunikasi yang


berkesan, cara melayan pelanggan dan kemahiran
membuat keputusan. Di samping itu, murid dibimbing
membuat perancangan perniagaan yang mudah dan
mengenal
pasti
organisasi
yang
membantu
usahawan. Murid juga didedahkan dengan peluang
kerjaya yang terdapat di industri berasaskan elektrik
dan elektronik.

PENDEKATAN DAN PENEKANAN

Kemahiran
melalui
Latihan
Amali

Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah mata


pelajaran yang
memberi tumpuan
terhadap
menguasai kemahiran melalui pembelajaran yang
dikendalikan secara amali. Teori asas elektrik yang
berkenaan diaplikasikan semasa murid menguasai
kemahiran asas membaiki peralatan elektrik domestik.
Dalam mengendalikan kelas, penggabung jalinan
perlu diadakan di antara bidang pembelajaran
Keusahawanan dan bidang pembelajaran mengenai
kemahiran menservis bagi membolehkan murid
berdikari dan memajukan diri semasa menceburi
industri berasaskan elektrik dan elektronik .

Kemahiran
yang
Relevan

Nilai Murni

Saiz Kelas

Kemahiran yang diperolehi oleh murid perlulah seiring


dengan apa yang dikehendaki di dalam industri
berasaskan elektrik dan elektronik serta relevan
dengan bidang pekerjaan yang sebenar. Pengajaran
dan pembelajaran akan lebih menarik apabila murid
dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan bidang
kerjaya masa depan.
Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang
baik harus merentasi aktiviti yang dikendalikan.
Tumpuan diberi ke arah murid yang berusaha
mencapai kecemerlangan, bersungguh menghasilkan
produk yang berkualiti dan ingin memberikan
perkhidmatan pelanggan yang baik. Keutamaan juga
diberi mengenai kebijaksanaan menggunakan sumber
dalam pengendalian dan urusan kerja serta
pemeliharaan alam sekitar. Murid harus berfikiran
terbuka, menepati masa semasa menyiapkan kerja,
berkeyakinan
dalam
membuat
keputusan,
bekerjasama,
bertanggungjawab
dan
sentiasa
mengutamakan keselamatan diri dan persekitaran.
Guru harus memastikan murid dapat menunjukkan
dan mengamalkan nilai tersebut semasa menjalankan
kerja amali.
Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dalam kerja amali, saiz bagi satu kelas mata
pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik
mestilah tidak melebihi dua puluh lima orang murid.

Keselamatan
dan
Pengendalian
Bengkel

Teknologi
Maklumat
dan
Komunikasi

Tunjuk
Cara

Modul
Pembelajaran

Peraturan dan langkah keselamatan hendaklah


sentiasa diutamakan dan dipatuhi semasa berada di
bengkel pembinaan maupun semasa menjalankan
kerja amali di kawasan luar. Sebarang penggunaan
alatan perlu diselia oleh guru untuk mengelakkan
kemalangan. Organisasi bengkel dan pengurusan
kerja hendaklah dijalankan secara berjadual oleh
murid bagi menambahkan pengalaman, semangat
bekerjasama
dan
bertanggungjawab
serta
mempertingkatkan lagi tahap disiplin murid dan sifat
kepimpinan mereka.

Murid digalakkan menggunakan teknologi maklumat


dan komunikasi (ICT) bagi mendapatkan maklumat
perkembangan terkini di bidang industri berasaskan
elektrik dan elektronik seperti pengeluaran peralatan
elektrik yang baru, reka bentuk komponen yang
digunakan serta sumber bagi mendapatkan bahan
komponen terkini di pasaran. Kemahiran ICT murid
diperkembangkan seperti
melayari internet dan
berkomunikasi secara elektronik.
Guru perlu membuat tunjuk cara pada bahagian yang
sesuai sebelum murid menjalankan kerja amali.

Modul Pembelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5


disediakan untuk membantu murid menguasai tahap
kemahiran
dalam
setiap
unit
pembelajaran.
Pendekatan dalam modul ini lebih kepada kemahiran
praktis di samping maklumat rujukan sebagai
pengetahuan teori.
Setiap modul mengandungi
panduan kerja, maklumat rujukan dan penilaian.

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

PEMETAAN KANDUNGAN

Pemetaan
Kandungan
Tingkatan 4
dan
Tingkatan 5

Susunan kandungan dalam sukatan pelajaran


Menservis Peralatan Elektrik Domestik untuk tingkatan
4 dan tingkatan 5 adalah seperti dalam Jadual
Pemetaan
Kandungan
Sukatan
Pelajaran.
Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan
cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan
rancangan pengajaran.

a. Pena ujian

b. Meter pelbagai

c. Penguji tebatan

1.3 Komponen asas elektrik


a. Fungsi

5
9

b. Penggunaan

c. Pengujian komponen

1.4 Litar bekalan kuasa


a. Arus ulang alik (AC)

6
9

b. Arus terus (DC)

1.5 Sistem kawalan

Bilangan
Waktu
Seminggu

Masa pengajaran mata pelajaran Menservis Peralatan


Elektrik Domestik ialah dua belas waktu seminggu yang
mana setiap waktu ialah empat puluh minit.

a. Manual

8
9

b. Automatik

1.6 Beban

2.

b. Motor
c. Transduser

d. Injap solenoid

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

1.

Kemahiran Asas Menservis Peralatan


Elektrik Domestik
1.1 Pengenalan
a. Perkembangan teknologi
semasa
b. Prospek kerjaya
c. Kepentingan amalan
keselamatan
d. Peraturan dan undang-undang
kerja
e. Etika dan budaya kerja
1.2 Peralatan ujian

TINGKATAN 4
(minggu)

( 35 )
2
9
9
9
9
9
2

TINGKATAN 5
(minggu)

e. Mentol atau lampu


Kemahiran Asas Lanjutan Menservis
Peralatan Elektrik Domestik
2.1 Asas kendalian peralatan elektrik
domestik
a. Pengendalian peralatan
b. Binaan
c. Manual
2.2 Mengesan kerosakan dan baik
pulih
a. Simptom kerosakan
b. Langkah mengesan kerosakan
c. Menganalisis dapatan
kerosakan
d. Prosedur baik pulih

TINGKATAN 5
(minggu)

12
9
9

a. Pemanas

Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran


Menservis Peralatan Elektrik Domestik

TINGKATAN 4
(minggu)

9
( 33 )
15
9
9
9
15
9
9
9
9

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

TINGKATAN 4
(minggu)

2.3 Penyenggaraan peralatan elektrik

3.

TINGKATAN 5
(minggu)

a. Cara perolehan

3
9

b. Sistem penstoran

9
9

c. Penyenggaraan
Keusahawanan

Tiga lajur

Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajur


iaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; Hasil
Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran.

Bidang, Unit
dan Tajuk
Pembelajaran

Dalam lajur pertama bidang pembelajaran, unit


pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan.
Dalam lajur ini juga cadangan peruntukkan masa
pembelajaran dinyatakan bagi membantu guru.

(2)

3.1 Kemahiran berkomunikasi

3.2 Kemahiran membuat keputusan

3.3 Rancangan perniagaan

3.4 Agensi yang membantu usahawan

3.5 Pemasaran

JUMLAH

FORMAT HURAIAN

35 minggu

35 minggu

Dalam lajur dua iaitu Hasil Pembelajaran, keluasan


Hasil dan kedalaman skop setiap unit pembelajaran
Pembelajaran dihuraikan dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh
diukur.

Cadangan
Aktiviti
Pembelajaran

Lajur ketiga iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran


bertujuan
membantu
guru
merancang
dan
membekalkan
pengalaman
pengajaran
dan
pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada
murid. Guru boleh mengubahsuai cadangan ini dan
mereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaian
dengan kebolehan murid dan keadaan sekeliling
mereka.
Huraian untuk tingkatan empat dan tingkatan lima
diperincikan seperti berikut:

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

MENSERVIS PERALATAN
ELEKTRIK DOMESTIK
TINGKATAN EMPAT

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN

1. Kemahiran Asas Menservis Peralatan


Elektrik Domestik
( Cadangan peruntukan masa ialah 35
minggu)
1.1 Pengenalan
( Cadangan peruntukan masa ialah 2
minggu)
a. Perkembangan teknologi semasa

b. Prospek kerjaya

x Menerangkan beberapa contoh


perkembangan teknologi semasa

Lawatan industri, tayangan video, melayari


internet untuk mendapatkan maklumat
produk terkini seperti cerek elektrik tanpa
wayar dan teknologi yang digunakan serta
prospek kerjaya.

x Mengenal pasti peluang dalam kerjaya


membaik pulih peralatan elektrik
domestik

Menyedari tentang wujudnya keperluan


tenaga mahir dalam kerja baik pulih.
Merujuk daftar kerjaya dalam Piawaian
Pengelasan Pekerjaan Malaysia, terbitan
Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian
Sumber Manusia Malaysia, 1998.

c. Kepentingan amalan keselamatan

x Memberi pertolongan cemas bila


diperlukan
x Menggunakan peralatan memadam
kebakaran mengikut keperluan

Tunjuk cara penggunaan alatan keselamatan


1.
Murid mengkaji
dan membincangkan peraturan bengkel,
akta-akta dan undang-undang
2.
Murid mengkaji
dan membincangkan standard kualiti
minimum sebagai seorang pekerja.

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN

d. Peraturan dan undang-undang kerja

x Menyatakan akta dan undang- undang Perbincangan mengenai akta dan undangundang yang berkaitan dengan pekerja.
yang berkaitan dengan pekerja
Contoh Akta Pekerjaan 1955, Akta
Kumpulan Simpanan Pekerja 1991 dan Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

e. Etika dan budaya kerja

x Menepati masa dan sentiasa berusaha


memastikan tempat kerja sentiasa bersih
dan teratur

Berbincang sebab-sebab perlunya


mengamalkan etika kerja.

Mematuhi jadual tugasan dan menyiapkan


kerja dalam tempoh yang ditetapkan.
Sentiasa memakai pakaian kerja, alat
perlindungan keselamatan dan menjalankan
kerja membersih seperti yang dijadualkan.
Guru memberikan helaian tugasan dan
menetapkan masa untuk murid menyiapkan
tugasan yang diberi.
x Menyiapkan kerja yang berkualiti dalam
masa yang ditetapkan

Murid sentiasa diingatkan agar mematuhi


tahap kualiti hasil kerja (individu dan
kumpulan) yang telah ditetapkan.

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.2 Peralatan ujian


( Cadangan peruntukan masa ialah 2
minggu)
a. Pena ujian

x Menggunakan pena ujian untuk


menentukan talian hidup dan neutral

Menguji talian AU 240V.

x Mengamalkan langkah keselamatan


menggunakan pena ujian
b. Meter pelbagai
i. Julat dan skala

x Memilih fungsi meter yang dikehendaki


x Memilih julat meter yang sesuai

ii. Pengukuran

x Menyambung meter dengan kekutuban


yang betul
x Membaca nilai pengukuran pada skala

iii. Langkah keselamatan

x Mengamalkan langkah keselamatan


semasa menggunakan meter pelbagai

c. Penguji tebatan
i. Julat dan skala
ii. Pengujian

iii. Langkah keselamatan

Tunjuk cara menggunakan meter pelbagai


untuk mengukur voltan DC, AC, arus dan
rintangan.

Merekodkan hasil penggukuran.

x Menentukan julat dan skala yang sesuai


x Melakukan pengujian dengan kaedah
yang betul

Tunjuk cara menggunakan meter tebatan.


Latihan pengujian.

Mengamalkan langkah keselamatan semasa


menggunakan penguji tebatan

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.3 Komponen asas elektrik


( Cadangan peruntukan masa ialah 5
minggu)
a. Fungsi
b. Penggunaan

c. Pengujian komponen

x Menerangkan fungsi komponen asas


elektrik
x Mengenal pasti penggunaan komponen
asas elektrik

x Mengenal pasti kekutupan pemuat, diod


dan transistor
x Membezakan komponen baik atau rosak
dengan menggunakan meter pelbagai

Fungsi dan penggunaan komponen asas


elektrik seperti perintang, pemuat, fius, diod,
gegelung, alat pengubah dan transistor.

Menguji kerosakan komponen pada


peralatan elektrik.

x Mengukur nilai komponen dengan


menggunakan meter pelbagai

Menggabungkan beberapa perintang untuk


mendapatkan nilai rintangan yang
dikehendaki.

x Menyatakan nilai perintang berdasarkan


kod warna

Murid membaca kod warna perintang.

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN


1.4 Litar bekalan kuasa
( Cadangan peruntukan masa ialah 6
minggu)
a.
Arus ulang alik (AC)

HASIL PEMBELAJARAN

x Menentukan litar bekalan kuasa AC


x Membuat penyambungan bekalan kuasa
dengan betul
x Menentukan punca tamatan
x Melakukan ujian kekutuban
x Melakukan ujian keterusan
x Melakukan ujian kefungsian
x

b.

Arus terus (DC)

Mengamalkan langkah keselamatan diri


dan peralatan

x Mengenal pasti sumber bekalan kuasa


arus terus (DC)
x Menentukan litar bekalan kuasa DC
x Membezakan antara bekalan kuasa AC
dan DC
x Membuat penyambungan bekalan kuasa
dengan betul
x Menentukan punca tamatan
x Melakukan ujian kekutuban, keterusan
dan kefungsian
x Mengamalkan langkah keselamatan diri
dan peralatan

CADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN

Menyambung extension cord.

Menguji litar penyambung extension cord


berfungsi atau tidak.
Mengambil tindakan yang sewajarnya
apabila berlaku kemalangan.
AMARAN
Bekalan kuasa AC boleh mengakibatkan
kecederaan seperti melecur, terbakar dan
renjatan.
Menyambung sel kering dan sel basah
dalam litar siri dan selari.
Membina litar bekalan kuasa DC teratur
(Regulated Power Supply) 0 - 30V .

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN


1.5

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN

Sistem kawalan
( Cadangan peruntukan masa ialah 8
minggu)
a. Manual
i.
Jenis suis

x Menentukan jenis binaan suis kawalan


manual (togol, tekan, sentuh, gelansar,
pisau)
x Menentukan jenis suis berasaskan fungsi
nya

Melukis simbol skematik jenis-jenis suis.

ii.

Simbol

x Melukis simbol suis kawalan manual yang


biasa digunakan

iii.

Pengujian

x Menentukan tamatan suis, lazim tutup


(NC), lazim buka (NO) dan sepunya (C)
x Menguji keterusan suis menggunakan
meter pelbagai

Menguji kefungsian suis.

x Menggunakan suis yang betul dalam


penyelesaian masalah yang berkaitan

Menyambung suis dalam litar secara kekal


dan sementara.

iv.

Penggunaan dalam litar

Contoh aktiviti penyelesaian masalah ialah


murid mengumpulkan maklumat dan data
melalui pemerhatian, lawatan, pembacaan,
penerokaan internet, penyelidikan dengan
bimbingan guru mengenai sistem kawalan
manual.

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN


b. Automatik
i.
Jenis sensor
ii.

HASIL PEMBELAJARAN

x Menggunakan sensor untuk mengawal


litar

Sensor yang elok digunakan ialah sensor


haba, cahaya, masa, ultrasonik, gerakan dan
imbangan.
Memasang litar dengan menggunakan
sensor:
- Sensor haba iaitu termostat dawai
atau logam (untuk mengesan
panas) dan rerambut (untuk
mengesan sejuk).
- Sensor cahaya iaitu sel foto,
perintang peka cahaya (LDR),
transistor foto dan diod foto.
- Pemasa iaitu pemasa mekanikal
dan pemasa elektrik.

x Memilih jenis elemen pemanas yang


sesuai dengan kegunaan

Perbincangan binaan elemen pemanas dan


kendalian.

x Membuat penyambungan litar elemen


pemanas

Memasang dan menyambung elemen


pemanas dalam litar kawalan haba.

x Menguji kefungsian elemen pemanas


dalam litar kawalan haba

Menguji elemen pemanas dengan


menggunakan meter pelbagai.

x Mengenal pasti jenis sensor

Simbol
x Melukiskan simbol sensor

iii.

1.6

CADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN

Pengujian dan penggunaan

Beban
( Cadangan peruntukan masa ialah 12
minggu)
a. Pemanas
i. Jenis

ii.

Penyambungan

iii. Pengujian

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN


b.

Motor
i. Jenis

ii. Pengujian

iii. Penyambungan

c. Transduser
i. Jenis

HASIL PEMBELAJARAN

x Membezakan pelbagai jenis motor


elektrik
x Memilih motor yang sesuai dengan
kegunaan

CADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN

Perbincangan binaan dan kendalian motor


elektrik.

x Menguji kefungsian motor

x Menyambung motor dalam litar kawalan


laju, masa dan arah

Membuat projek menggunakan motor


elektrik yang mengandungi litar kawalan
laju, masa dan arah.

x Membezakan pelbagai jenis transduser


x Memilih transduser yang sesuai dengan
kegunaan

Penbincangan binaan dan kendalian


tranduser.

ii. Pengujian

x Menguji kefungsian transduser

iii. Penyambungan

x Menyambung transduser dalam litar


kawalan masa, sentuh dan cahaya

Membuat projek menggunakan buzer,


pembesar suara dalam salah satu litar
kawalan masa, sentuh atau cahaya
termasuk litar pegang (hold circuit ).

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN


d.
Injap solenoid
i. Jenis

HASIL PEMBELAJARAN

x Memilih injap solenoid yang sesuai


dengan kegunaan

CADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN

Perbincangan binaan dan kendalian injap


solenoid.
Membuat projek menggunakan injap
solenoid.

ii. Pengujian

x Menguji kefungsian injap solenoid

iii. Penyambungan

x Menyambung injap solenoid dalam litar


kawalan masa dan had

Contoh Projek:
Litar kawalan siraman pokok.

x Memilih mentol yang sesuai dengan


kegunaan

Perbincangan binaan dan kegunaan mentol.

e. Mentol atau lampu


i. Jenis

ii. Pengujian

x Menguji kefungsian lampu

iii. Penyambungan

x Menyambung mentol dalam litar kawalan


manual dan automatik

Membuat penyambungan litar


menggunakan mentol dengan kawalan
manual dan automatik.

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

MENSERVIS PERALATAN
ELEKTRIK DOMESTIK
TINGKATAN LIMA

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN

2. Kemahiran Asas Lanjutan Menservis


Peralatan Elektrik Domestik
(Cadangan peruntukan masa ialah 33
minggu)
2.1

a.

Asas kendalian peralatan elektrik


domestik
( Cadangan peruntukan masa ialah
15 minggu)
Pengendalian peralatan

b. Binaan
i. Rajah blok
ii. Lukisan bergambar

iii. Litar skematik

c. Manual

x Mengendalikan peralatan berpandukan


manual pengguna

x Mengenal pasti komponen dan kendalian


peralatan
x Melakar gambarajah blok bahagian
dalam peralatan
x Melukis lukisan bergambar sambungan
komponen
x Melukis gambarajah skematik

x Menggunakan manual pengguna dan


manual servis dengan berkesan

Murid merekod hasil kendalian peralatan.


Sumber yang diperlukan ialah set peralatan
tangan dan ujian, manual servis bagi
peralatan elektrik domestik seperti periuk
nasi, seterika, mesin pengisar, ketuhar
elektrik, ketuhar gelombang mikro,
pembakar roti, cerek elektrik, kipas meja,
kipas siling, penyedut hampagas, mesin
basuh semi automatik dan automatik, pam
air, pengering rambut, peti sejuk, pemanas
air mandi, loceng pintu dan pengadun
makanan.

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.2 Mengesan kerosakan dan baik pulih


( Cadangan peruntukan masa ialah 15
minggu)
a. Simptom kerosakan

x Mengenali dan menyatakan tanda


kerosakan

Tunjuk cara mengesan kerosakan pada


peralatan elektrik yang rosak.

x Meramalkan bahagian yang rosak


b. Langkah mengesan kerosakan

x Mengesan kerosakan melalui


pemerhatian fizikal
x Mengesan kerosakan dengan
menggunakan peralatan ujian

c. Menganalisis dapatan kerosakan

x Menentukan jenis kerosakan

d. Prosedur baik pulih

x Menulis laporan kerosakan


x Menanggalkan komponen yang rosak
x Menentukan spesifikasi komponen yang
rosak
x Mengganti komponen yang rosak
x Menguji kefungsian peralatan selepas
dibaik pulih
x Mengamalkan langkah keselamatan
semasa menjalankan kerja baik pulih

Murid melakukan kerja mengesan kerosakan


dan baik pulih mengikut prosedur.

Komponen ganti mestilah mempunyai


spesifikasi yang sama dengan komponen
asal (Rujuk Servis Manual).

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN


2.3

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN

Penyenggaraan peralatan elektrik


( Cadangan peruntukan masa ialah 3
minggu)
a. Cara perolehan

x Melengkapkan borang pesanan


x Menerima dan mengesahkan penerimaan
bahan dan peralatan
x Merekod perolehan bahan dan peralatan
mengikut kategori dalam buku stok

b. Sistem penstoran

x Menyimpan dan mengawal bahan dan


alatan

c. Penyenggaraan

x Merekodkan tarikh dan aktiviti


penyenggaraan
x Mengamalkan penyenggaraan cegah
pada peralatan
x Menjalankan rutin penyenggaraan

Latihan membuat pesanan untuk perolehan


bahan dan peralatan.

Sistem penstoran termasuk inventori (rekod


penyimpanan alat), bahan habis guna, kunci
dan alatan tangan.

Melakukan kerja penyenggaraan cegah


berpandukan manual penyenggaraan.

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN


3.

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN

Keusahawanan
(Cadangan peruntukan masa ialah 2
minggu )

3.1 Kemahiran berkomunikasi

x Menyatakan maksud komunikasi

Komunikasi ialah perhubungan yang berlaku


antara dua pihak dalam menyampaikan
maklumat mengenai sesuatu perkara.

x

Contoh aktiviti seperti simulasi, main


peranan dan tayangan video mengenai cara
berkomunikasi yang berkesan dalam
konteks perniagaan menservis peralatan
elektrik domestik.

Mengamalkan komunikasi yang jelas,


tepat dan bertatasusila semasa
berurusan dengan pelanggan

Simulasi cara berkomunikasi yang berkesan


dalam perbincangan dengan pelanggan
mengenai cita rasa pelanggan dari segi
harga yang dipersetujui, kualiti, ketahanan
dan tempoh siap.

3.2

Kemahiran membuat keputusan

x Menerangkan kepentingan menjalin


perhubungan dengan orang lain

Perbincangan kepentingan membentuk


jaringan hubungan ( networking ) dengan
pembekal, pekerja dan pelanggan dalam
skop perniagaan menservis peralatan
elektrik domestik.

x Mempraktikkan langkah membuat


keputusan dalam projek menservis
peralatan elektrik domestik

Langkah membuat keputusan ialah


mengenal pasti masalah, mencari alternatif,
memilih penyelesaian yang baik, bertindak
dan menilai semula.

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN
Sumbangsaran kesan daripada keputusan
yang telah dibuat dan kepentingannya
membuat keputusan yang sesuai.
Contoh masalah mengenai bekalan bahan,
peralatan, kemampuan menyiapkan projek
dan tawar menawar harga perkhidmatan.
Aktiviti sumbangsaran, main peranan dan
perbincangan.

3.3

Rancangan perniagaan

x Mengenal pasti tujuan


rancangan perniagaan

menyediakan

Sumbangsaran tujuan menyediakan


rancangan perniagaan.

perniagaan

Membuat rancangan perniagaan mudah


berkaitan projek menservis peralatan elektrik
domestik.

3.4 Agensi yang membantu usahawan

x Mengenal pasti agensi yang terlibat


dalam membantu usahawan

Perbincangan jenis perkhidmatan dan


agensi yang terlibat seperti bimbingan dan
latihan oleh MARA dan MEDEC, pelesenan
oleh Majlis Kerajaan Tempatan, infrastruktur
oleh UDA dan Majlis Kerajaan Tempatan
serta kewangan oleh institusi kewangan
berlesen.

3.5 Pemasaran

x Mengenal pasti cara mempromosikan


perkhidmatan
menservis
peralatan
elektrik domestik

Perbincangan cara mempromosi


perkhidmatan menservis peralatan elektrik
domestik melalui pengiklanan dan kontrak
baik pulih peralatan.

x Menyediakan
mudah

rancangan

Anda mungkin juga menyukai