Anda di halaman 1dari 1

BAHAN BACAAN 1

Tajuk :

Peristiwa yang Tidak Dapat Dilupakan

Setiap individu pasti mempunyai catatan pengalaman yang paling menarik


sepanjang hidupnya. Pengalaman ini melibatkan pengalaman manis atau pengalaman pahit.
Salah satu pengalaman manis yang tidak dapat aku lupakan berlaku pada tahun
lepas. Peristiwa itu berlaku ketika aku berada dalam tahun empat. Pada suatu petang,
selepas tamat latihan bola sepak sekolah, aku balik ke rumah bersama-sama dengan
rakan-rakan yang lain. Sebaik-baik sahaja sampai di rumah, aku terkejut kerana pintu
rumah berkunci.
Aku melangut sendirian di anak tangga sambil memikirkan ke mana ibu dan bapaku
telah pergi. Senja semakin menjelang, perutku pula semakin lapar. Aku pergi ke pintu
belakang dan mencuba untuk membukanya tetapi malang kerana pintunya juga berkunci.
Tiba-tiba, aku mendengar bunyi hon kereta. Kereta ayah rupanya. Tetapi aku tidak
mengendahkannya kerana berasa kecil hati.
Ayah meminta aku mengangkat barang-barang di dalam kereta. Aku akur akan
perintah ayah. Di dalam kereta ayah terdapat dua buah kotak besar yang kelihatan
seperti monitor dan cakera keras bertulis Acer. Tiba-tiba, ayah menyuakan tangan
sambil mengucapkan selamat hari lahir kepadaku. Ayah mengatakan inilah hadiah hari
lahir untukku. Aku begitu terharu sekali dengan hadiah yang diberikan oleh ayah dan ibu
sempena hari jadiku yang ke-10. Aku terus memeluk ibu dan ayah sambil mengucapkan
terima kasih. Tanpa berlengah lagi, aku terus mengangkat kotak-kotak itu ke dalam
rumah.
Aku merasakan bahawa akulah orang yang paling bertuah di dunia kerana telah
memperoleh hadiah yang diidam-idamkan selama ini. Aku berjanji akan belajar dengan
bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ayah dan ibu.
Peristiwa inilah yang menjadikan kenangan yang terindah dalam hidupku. Aku
tidak dapat melupakan kenangan itu sampai bila-bila. Terima kasih ayah dan ibu.

Anda mungkin juga menyukai