Anda di halaman 1dari 6

Tasawwuf Pada Abad Ketiga dan Keempat Hijriyyah

m/s 109-122
Nama tasawuf muncul dan tersebar pada abad ke-3 hijrah. Sebelum itu ianya
dinamakan dengan zuhud. Ahli zuhud pada abad ini tidak dinamakan lagi
dengan ahli zuhud bahkan dengan gelaran ahli tasawwuf. Arjun (1967) Asal
zuhud ini adalah mereka yang tekun beribadat dan tidak putus beribadat
kepada Allah serta mereka ini jauh dari perhiasan dunia. Dan zuhud padanya
menghalang mereka dari kelazatan dunia, harta serta pangkat, maka itu
masing-masing sibuk berkhalwah serta beribadah kepada Allah. Mereka telah
membicarakan tentang beberapa konsep kerohanian yang tidak pernah
diperkatakan sebelum in seperti akhlak, jiwa, tariqat dan juga tingkat
maqamat.

Dari situ bermulalah penyusunan dan pembukuan bidang

tasawwuf.
Hamka (1980), ilmu tasawuf pada waktu itu telah menunjukkan isinya
yang dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu ilmu jiwa, ilmu akhlak
dan ilmu tentang perkara yang ghaib (metafizik). Jika kita lihat, pada
awalnya tasawwuf boleh dikatakan beredar dalam konteks tatacara dan
tingkahlaku. Tetapi jika kita pelajari ilmu akhlak dari segi biasa, iaitu baik
buruk dalam dalam pandangan diri sendiri dan masyarakat ianya tidak tepat
bagi ilmu tasawuf. Oleh itu, ilmu tasawwuf rangkumannya lebih universal
samada dalam hubungan dengan diri sendiri, masyarakat serta hubungan
dengan Allah, maka sebab itulah ilmu tasawwuf Islam dipenuhi dan
dinamakan dengan ilmu jiwa, akhlak serta metafizik.
Pembukuan pertama tentang tasawwuf dilakukan oleh al-Muhasibi
meninggal (243H), Al-Kharraz (277H), Hakim al-Tirmizi (285H) dan al-Junaid
(298H). Pada kedua-dua abad ini tasawwuf Islam sudah matang dan
sempurna dengan ciri-cirinya. Ini termasuklah dalam peningkatan akhlak,
fana dalam hakikat yang mutlak, marifat terus menerus merasa rohani,
ketenangan atau kebahagiaan, dan yang terakhir simbolik dalam tabir (lihat

pada m/s4-5). Abu al-Ala Afifi berkata bahawa tasawwuf abad ini telah
memasuki era baru iaitu era yang membicarakan tentang mawajid kasyaf
dan rasaan rohani.
Perbezaan antara Tasawuf dan fiqh dari sudut Manhaj
Ilmu-ilmu Syariah telah mendahului bidang tasawwuf dari sudut pembukuan
dan penulisan. M. Zain Abdullah (1995), ibnu Khaldun dalam Muqaddimah
Tarikhnya yang terkenal menyatakan tasawwuf ialah salah satu diantara
ilmu-ilmu syariat yang baru tumbuh dalam agama Islam. Asal mulanya ialah
daripada amal perbuatan Salafussalihin dari sahabat-sahabat Nabi dan
Tabiin dan orang-orang sesudah mereka itu. Maksudnya ialah menuruti jalan
kebenaran (hak) dan petunjuk Allah (hidayah). Jadi tumbuhnya ilmu
Tasawwuf adalah disebabkan orang sentiasa kekal tekun mengerjakan amal
ibadat, mendekatkan hati pada Allah dan berpaling dari kemegahan didunia.
Ibn Khaldun membahagikan Ilmu syariah terbahagi kepada dua
bahagian, yang pertama khusus bagi ulama fiqh iaitu berhubung dengan
hukum ibadah dan adat muamalat dan bahagian kedua kuhusus kepada
golongan ahli tasawwuf yang membicarakan tentang mujahadah, menilai
diri, rasaan rohani, keadaan rohani, maqamat serta pelbagai pengertian
yang berkisar dalam displin ilmu tersebut.
Al-Tusi menamakan ilmu Tasawwuf dengan ilmu dirayah atau ilmu batin
kerana ingin membezakan antara ilmu teori berkaitan hukum (fiqh) dan ilmu
cara mencapai rasaan rohani dan suluk(tasawwuf). Oleh itu, Tasawwuf
dikenali dikalangan mereka

sebagai haq al-yakin, yakin inilah yang

merupakan ciri istimewa ilmu mereka yang hanya boleh dicapai menerusi
kasyaf rohani, penyaksian yang nyata oleh seseorang itu bila menjalani
manhaj mereka.
Dua Aliran Dalam Tasawwuf

i)

Ahli Tasawwuf sederhana : mereka mengaitkan tasawwuf mereka


dengan ajaran al-Quran dan Sunnah atau dengan kata lain mereka

ii)

menilai tasawwuf dengan syariah.


Ahli Tasawwuf yang dikuasai oleh fana dan ahwal : mereka
bercakap dengan bahasa yang ganjil yang dikenali dengan syatahat
dan menganut fahaman ittihad, hulul, tasawwuf mereka tidak terlepas
daripada sebahagian pengertian metafizik dalam bentuk yang mudah.

Marifat
Hamka (1980), pada abad ini juga mula diperjelaskan mengenai ilmu Batin
dan ilmu itu dibahagikan kepada empat kategori yang terkenal iaitu Syariat,
Tarekat, Hakikat dan Marifat.
1. Syariat

Undang-undang

atau

garis-garis

yang

telah

ditentukan.

Termasuklah didalamnya hukum halal dan haram, sunat dan makruh serta
harus. Termasuk juga didalamnya berkaitan amalan seperti solat, puasa,
haji serta lain-lain.
2. Tarekat : Syariat yang dikerjakan itu mestilah diatas jalan yang benar
sehingga tidak terpesong dan sesat dari tujuan yang sebenar. Maka
disinilah mulai memasuki ilmu Batin itu tadi dan disinilah diaturkan
beberapa syarat tarekat yang harus diikuti.
3. Hakikat : Hakikat ialah kebenaran sejati dan mutlak. Ianya adalah hujung
segala perjalanan dimana apabila tarekat itu telah dijalani dengan
segenap kesungguhan akhirnya tentu bertemu dengan hakikat. Pada itu
mulalah merasai kasyaf, terbuka hijab, dan sesetengahnya timbul
pendirian hulul.
4. Marifat : Ianya bererti hujung perjalanan dari ilmu pengetahuan. Orang
yang telah arif tentang pengetahuannya terhadap syariat, dengan
kesediaannya menempuh jalan(tarekat) dan mencapainya akan hakikat,
jadi itulah semuanya marifat. Ianya juga kumpulan kesemua ilmu
pengetahuan, perasaan, pengalaman, amal serta ibadat.

Al-Naisabury (1997) Zu al-Nun al-Misri ; Beliau telah menghubungkan


diantara syariat dengan marifat dengan berkata Alamat orang arif ada tiga;
i)

Cahaya marifatnya tidak memadam cahaya waranya. Seorang arif


setiap hari bertambah khusyu kerana setiap masa dia bertambah

ii)
iii)

hampir kepada Allah.


Dia tidak beritikad ilmu batin boleh menafikan hukum-hukum zahir.
Nikmat Allah yang banyak kepadanya tidak boleh merobohkan
batas-batas larangan Allah.
Mahmud Saedon Awang Othman (1987), Zu al-Nun juga telah

menegaskan tentang hubungan antara hakikat dan marifat iaitu kesudahan


dari perjalanan sufi ialah untuk sampai kepada hakikat dan kemuncak dari
hakikat ini pula ialah marifat, untuk sampai kepada marifat inilah yang
menjadi matlamat kehidupan golongan sufi. Orang yang sampai kepada
marifat terbahagi kepada dua;
1. Golongan yang kuat, iaitu golongan yang sampai kepada marifat
Allah terlebih dahulu, hasil daripada marifat ini mereka mengenal
kejadian-kejadian yang lain seperti mengenal alam adalah hasil dari
marifat Allah.
2. Golongan yang lemah, iaitu golongan yang sampai kepada marifat
Allah

berdasarkan

perbuatan

yang

pengenalan
menjadikannya

mereka

kepada

kemudian

kejadian

ianya

dan

meningkat

sehingga mereka sampai kepada tahap mengenal dan marifat Allah


yang menjadikan kejadian dan perbuatan tadi.
Zu al-Nun membahagikan marifat kepada tiga bahagian;
i)
ii)
iii)

Marifat Tauhid iaitu bagi semua orang awam mukmin.


Marifat Hujjah dan dalil, iaitu bagi ulama dan hukama.
Marifat sifat-sifat keesaan dan keunggulan Allah. Ini khusus bagi para
wali dan hamba pilihan-Nya.

Akhlak dan Tahap Perjalanan kepada Allah

Saiful Nizar al-Khuri , Dengan datangnya abad ketiga Hijriyah ini, para sufi
mulai menaruh perhatiannya terhadap hal-hal yang berkenaan dengan jiwa
dan tingkah laku. Perkembangan faham dan akhlak sufi ditandai dengan
upaya menegakkan akhlak di tengah terjadinya keruntuhan

moral yang

sedang berkembang di masa itu, sehingga di tangan para sufi tasawwuf pun
berkembang menjadi ilmu akhlak. Pemberian contoh dalam kehidupan
sehari-hari para sufi, akhirnya dapat mendorong kemajuan perubahan pada
tingkah masyarakat dari yang lebih cenderung mengejar keduniaan yang
membuat masyarakat di masa itu lupa pada Allah berubah menjadi
masyarakat berakhlak al-Karimah.
Ahli tasawwuf di peringkat awal memasukkan ilmu jiwa dibawah akhlak
dan tasawwuf atau dengan perkataan lain ilmu jiwa menurut mereka
matlamatnya menuju kepada kemuncak akhlak iaitu membentuk jiwa
dengan menghiaskannya dengan sifat-sifat yang mulia. Orang pertama yang
memperkatakan perihal ini dengan lebih mendalam ialah al-Muhasibi,
meninggal (243H).
Al-Muhasibi (2002) salah satu karya ciri tasawuf yang dibawa oleh alMuhasibi adalah menggabungkan sikap kehati-hatian agar tidak jatuh
kedalam dosa atau kemaksiatan dan pelaksanaan pelbagai kewajipan agama
yang bersifat ritual mahupun sosial. Al-Muhasibi berpandangan bahawa
terdapat tiga golongan manusia;
1. Orang yang mengetahui akhirat tetapi sangat jarang dan sedikit
jumlahnya
2. Orang yang bodoh memiliki ilmu tetapi mengejar kehormatan dan
status sosial
3. Orang yang berlagak soleh dan ahli ibadah tetapi tidak sedemikian
Muhasibi melihat akal mengetahui hikmat yang terdapat dalam
perintah dan tegahan, tetapi menurut beliau Akal itu mesti baik disertakan
dengan akhlak. Sesungguhnya pendapat beliau dalam pelbagai pengertian

tasawwuf mempunyai kesan dan pengaruh yang kuat kepada ahli sufi
selepasnya dan mensyarahkan kitab-kitabnya.

Rujukan
Mahmud Saedon Awang Othman, 1987. Tasawuf Sejarah Perkembangan dan
Persoalan. Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Hamka, 1980. Tasauf Perkembangan dan Pemurniannya. Jakarta : Yayasan
Nurul Islam.
Al-Naisabury, Abul Qasim al-Qusyairy, 1997. Risalatul Qusyairiyah Induk Ilmu
Tasawuf. Terj: Maruf Zariqdan Ali Abdul Hamid Balthajy. Surabaya : Risalah
Gusti.
M. Zain Abdullah, 1995. Tasawuf dan Zikir. Johor Bahru : Perniagaan
Jahabersa.
Arjun, Muhammad al-Sadiq, 1967. Al-Tasawuf Fi Al-Islam Munabaan Wa AtWarah. Azhar : Maktabah al-Kulliyyah al-Azhariyyah.

Anda mungkin juga menyukai