Anda di halaman 1dari 27

PENGENALAN

Menurut Mohd Tahir (1991), perniagaan francais bukanlah suatu konsep yang baru di
Malaysia. Konsep perniagaan ini telah bermula sejak dari tahun 1950an. Pada hari ini,
semakin banyak syarikat francisor di Malaysia dan rangkaian kedai G-Mart, Dunkin Donut, 7Eleven dan Shell Lube Express adalah antara perniagaan francais yang telah lama bertapak
di Malaysia. Secara amnya terdapat pelbagai faktor yang telah menyumbang kepada
kejayaan ini seperti perubahan gaya hidup, taraf kehidupan dan tabiat makan adalah antara
fenomena yang telah melonjaknya permintaan untuk produk dan perkhidmatan baru di
Malaysia. Sehingga kini, terdapat lebih 500 buah francais sedang beroperasi di Malaysia.
Wan Liz Ozman et al (2002) menyatakan Malaysia berada di tangga ke 22 dalam dunia dan
menduduki tempat kedua selepas Jepun dari segi pembangunan produk francais tempatan.
Dijangkakan sistem ini akan terus berkembang pesat pada masa akan datang selaras dengan
pertumbuhan ekonomi, pertambahan penduduk dan peningkatan permintaan dalam
kalangan pengguna yang semakin mewah.
Tanggungjawab Sosial Korporat atau CSR adalah satu konsep yang telah menjadi agak biasa
dalam dunia perniagaan hari ini. (Asongu, 2007) CSR telah menjadi satu fenomena global
dan topik menarik yang terus merebut tarikan penonton di seluruh dunia seperti penulis,
penganalisis, kerajaan, kumpulan pemikir, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya. Juga
dikenali dengan istilah seperti Kewarganegaraan Korporat, Tanggungjawab Korporat Lestari
Perniagaan Bertanggungjawab (SRB) dan Prestasi Sosial Korporat (CSP), CSR adalah
keputusan sukarela yang diambil oleh syarikat, ia disepadukan ke dalam model perniagaan
strategik dalam bentuk mekanisme mengawal diri yang membolehkan mereka memantau
dan memastikan pematuhan kepada piawaian etika, undang-undang dan norma

antarabangsa. Dengan menggabungkan dasar-dasar CSR, perniagaan melaksanakan


tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar, pengguna, pekerja, pemegang saham,
pembekal, komuniti dan lain-lain anggota masyarakat, dan menyumbang kepada
tanggungjawab sosial mereka dengan mempromosi dan menggalakkan pembangunan
masyarakat.

PENGENALAN KEPADA AEON MALAYSIA


AEON Malaysia adalah satu jenama yang tidak asing lagi di Malaysia ini. Ini kerana, syarikat
tersebut telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1984 hasil usaha yang kerajaan Malaysia
menjemput syarikat gergasi asing tersebut memodenkan industri peruncitan di Malaysia.
Pendapatan AEON yang kini mencecah RM 2.985 billion bagi tahun kewangan berakhir 31
Disember 2011 memperlihatkan bahawa syarikat asing tersebut merupakan satu syarikat
yang mantap dari segi kewangan di Malaysia. AEON yang sebelum ini lebih dikenali sebagai
JUSCO merupakan syarikat yang tidak asing kepada pasaran di Malaysia mahupun di luar
negara disebabkan oleh syarikat utama mereka yang berpusat di Jepun iaitu kumpulan
AEON.
Kumpulan AEON adalah terdiri dari AEON Co Ltd yang berpusat di Jepun dan
mempunyai lebih dari 180 anak syarikat yang bergabung dibawah mereka. Perniagaan pusat
mereka adalah tertumpu kepada General Merchandise Stores (GMS) yang bermaksud kedai
barangan am. Namun begitu mereka juga turut menyertai pasaran pembangunan pusat
membeli belah dan juga penawaran kad kredit kepada pelanggan. Ini menunjukkan bahawa

syarikat ini sentiasa berkembang untuk memenuhi permintaan pelanggan yang kian
berkembang. Selain dari Jepun, kumpulan AEON turut aktif di pasaran Asia Tenggara.
Syarikat ini mengamalkan falsafah Pelanggan Adalah Keutamaan memperlihatkan
usaha mereka dalam memuaskan hati pelanggan dan seterusnya membawa kepada
pengekalan pelanggan tersebut. Ini dapat dilihat dalam usaha mereka yang senantiasa
memperbaharui produk dan service yang unik yang seterusnya memberikan pengalaman
yang tiada tandingan kepada pelanggan. Antara contoh yang dilakukan adalah dengan
memperbaharui imej kedai baru mengikut citarasa pelanggan. Mereka juga turut membuka
cawangan di kawasan pinggir bandar adalah contoh lain usaha syarikat dalam memenuhi
keperluan dan kehendak pelanggan. Strategi ini adalah disebabkan oleh untuk memenuhi
keperluan kumpulan berpendapatan pertengahan yang merupakan majoriti penduduk di
Malaysia.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT DI AEON


Kumpulan AEON sedar betapa pentingnya perhubungan yang baik antara syarikat
dan keadaan sekeliling. Oleh yang demikian syarikat ini telah melancarkan langkah
tanggungjawab sosial korporat yang mengikut kemahuan keadaan sekeliling. Syarikat juga
sedar dengan memberikan khidmat yang baik bukan sahaja dalam perkhidmatan jualan
malah terhadap keperluan sosial pelanggan dapat menjamin kepuasan pelanggan. Dalam
mencapai tanggungjawab sosial korporat yang bagus, AEON telah membahagikan
tanggungjawab ini dalam 4 bahagian iaitu di tempat kerja, pasaran, persekitaran dan
komuniti.

1.0 Tempat Kerja


Sepertimana syarikat-syarikat gergasi yang lain, para pekerja merupakan tonggak
utama dalam kejayaan sesebuah syarikat. Oleh yang demikian, penumpuan terhadap
keperluan pekerja adalah diberi keutamaan. AEON sedar bahawa dengan
mempunyai satu proses tanggungjawab sosial korporat yang lengkap, kebajikan
pekerja dapat dijaga dengan baik. Antara khidmat yang dijalankan adalah kod etika
AEON, pembangunan sumber manusia dan juga Taman Asuhan Kanak-kanak AEON
(TAKA) Asahi.
1.1 Kod Etika AEON
Kod etika yang disarankan oleh AEON merupakan salah satu cabang piagam
pelanggan yang diterapkan kepada para pekerja AEON. AEON mengunakan frasa
You are AEON yang melambangkan para pekerja merupakan duta kepada syarikat
dan mereka membawa kepada nama baik syarikat di mana jua mereka berada dan
juga dengan siapa mereka berurusan. Dalam etika ini, syarikat juga memfokuskan
berkenaan tentang masa depan dan halatuju syarikat yang dipegang oleh para
pekerja syarikat.
1.2 Pembangunan Sumber Manusia
Sumber manusia menurut AEON adalah suatu aset yang amat bernilai kepada
syarikat. Oleh yang demikian, syarikat amat menitikberatkan tentang pembangunan
sumber manusia yang lengkap. Inisiatif ini adalah bertujuan untuk melengkapi dan
memenuhi keperluan asas pekerja yang inginkin kemajuan bagi diri sendiri. Terdapat
banyak aktiviti yang dijalankan oleh syarikat bermula pada tahun 2009 bagi
4

merapatkan jurang skil dan kecekapan. Ini termasuklah latihan kepimpinan,


peningkatan skil, dan latihan secara dalaman bagi pembangunan para pekerja bukan
eksekutif.
AEON juga percaya kepada pembelajaran berterusan. Hasil kerjasama dengan
pihak Universiti Terbuka Malaysia, pihak AEON telah memberikan peluang untuk
melanjutkan pelajaran dan turut memberi subsidi sehingga 80 peratus bagi yuran
pembelajaran tersebut. Ini melibatkan jumlah pelajar sebanyak 95 orang yang
mendaftar dibawah program ini. Program sebegini memberi peluang kepada para
pekerja bagi meneruskan pembelajaran walaupun sedang bekerja. Usaha ini boleh
dianggap sebagai satu langkah dalam memberi kebebasan kepada pekerja dan pada
masa yang sama dapat memberi imej majikan yang mengambil berat terhadap
pembangunan individu tersebut.
Selain dari usaha pembangunan individu melalui pendidikan, AEON juga turut
menghantar beberapa pekerja nya mengikuti program latihan di luar negara iaitu di
Jepun. Latihan ini bertumpu kepada menghasilkan para pelapis pemimpin pada masa
depan. Kesemua usaha yang dilakukan dalam pembangunan sumber manusia
menunjukkan AEON adalah komited dalam menambahbaik dan memperbaiki mutu
para pekerja mereka. Melihat dari pandangan pekerja, peluang sebegini tidak
sepatutya dilepaskan. Ini kerana, tidak banyak syarikat yang menawarkan peluang
meneruskan pembelajaran semasa bekerja. Bagi masyarakat dan negara, usaha
sebegini dapat dilihat sebagai usaha yang patut disokong sepenuhnya kerana ia
bukan sahaja dapat membantu individu tersebut malah meningkatkan modal insan
negara yang seterusnya dapat berkhidmat bagi negara dan masyarakat.

1.3 Taman Asuhan Kanak-kanak AEON (TAKA) Asahi


Melihat kepada keperluan para pekerja yang sibuk bekerja dan tidak mempunyai
masa dalam penjagaan anak-anak, AEON telah mengusahakan suatu inisiatif iaitu
dengan menubuhkan sebuah taman asuhan kanak-kanak. Dengan penubuhan ini,
syarikat berharap bahawa isu yang melibatkan panjagaan kanak-kanak tidak lagi
timbul dan seterusnya dapat memberi kelegaan kepada para ibubapa yang bekerja.
Melalui usaha ini, ia jelas menunjukkan bahawa AEON merupakan syarikat yang
berpandangan jauh serta turut mengambil berat tentang hal ehwal keluarga pekerja.
2.0 Pasaran
Penglibatan AEON dalam bidang peruncitan memberi impak yang besar terhadap
cara hidup rakyat Malaysia. Dengan adanya AEON, masyarakat diberikan pelbagai
pilihan dalam kuasa membeli. Ini kerana syarikat ini menawarkan kepelbagaian
terhadap produk yang ditawarkan. Walaupun menguasai sebahagian besar pasaran
di Malaysia, AEON tidak melupakan tentang tanggungjawab sosial korporat mereka.
Melalui beberapa kempen dan produk mereka, usaha ini mendapat sambutan dihati
rakyat. Antara kempen dan usaha tersebut adalah pengenalan penjenaman produk
Jusco Selection dan sokongan terhadap usahawan tempatan.
2.1 Jusco Selection
Untuk memenuhi keperluan golongan pendapatan pertengahan dalam mendapatkan
barangan kualiti dan bermutu, AEON telah mewujudkan jenama Jusco Selection.
Menurut AEON strategi ini mempunyai manfaat yang pelbagai. Sebagai contoh,
melalui penjenamaan barangan dan produk mengikut jenama Jusco Selection ianya
6

secara tidak langsung mempromosikan nama AEON sendiri. Yang kedua nya, produk
tersebut adalah memenuhi permintaan pelanggan terhadap produk yang berkualiti
dan yang ketiga nya menambah keuntungan syarikat dengan keuntungan jualan
produk berjenama sendiri. Penciptaan jenama Jusco Selection adalah berteraskan
kepada:

Menggunakan suara pelanggan dalam membangunkan produk

Produk tersebut adalah selamat dan mesra alam

Menyediakan semua maklumat berkaitan pemakanan dan bahan

Sentiasa nilai terbaik di kedai

Menjamin kepuasan anda

2.2 Sokongan Terhadap Usahawan Tempatan


Kerjasama antara pihak kerajaan telah dimeterai oleh AEON bagi membantu pihak
usahawan kecil dalam mengembang dan memasarkan produk mereka melalui pihak
AEON. Antara agensi kerajaan yang terlibat adalah Kementerian Pertanian, MARA,
MECD, Kraftangan Malaysia dam FAMA. Kerjasama ini melibatkan penyediaan
tempat dan promosi bagi pihak yang berminat untuk memulakan perniagaan di
cawangan pusat membeli belah AEON. Melalui kerjasama ini masyarakat dan negara
dapat memanfaatkan peluang yang ada seperti pemberian ruang perniagaan dan
promosi secara tidak langsung oleh pihak AEON. Ini seterusnya dapat menggalakkan
dan mengembangkan pertumbuhan ekonomi bukan sahaja usahawan tersebut,
namun secara lebih besar iaitu pertumbuhan ekonomi Malaysia juga.

3.0 Persekitaran
Sebagai sebuah syarikat gergasi yang semakin pesat berkembang, AEON percaya
bahawa perlu adanya usaha dalam mengekalkan keindahan alam semulajadi. Oleh
yang demikian AEON berusaha gigih dalam mencapai matlamat ini dengan
mewujudkan pelbagai program untuk menggalakkan usaha pemuliharaan alam
sekitar. Objektif program ini adalah untuk:

Untuk mengurangkan kadar karbon dioksida dengan mengunakan proses


yang cekap dan mesra alam

Mewujudkan kesedaran dan mendidik generasi muda, komuniti dan para


pekerja tentang kepentingan penjagaan alam sekitar bagi generasi akan
datang

Untuk membina hubungan yang baik diantara pekerja AEON, komuniti


tempatan dan pihak berkuasa

Antara usaha-usaha yang dijalankan adalah seperti insiatif hijau, anugerah hijau dan
kesedaran hijau.
3.1 Inisiatif Hijau
Inisiatif hijau yang dijalankan oleh AEON merupakan satu langkah terus yang diambil
dalam menyedarkan dan mengajak masyarakat untuk bersama-sama menjaga alam
sekitar. Antara inisiatif hijau yang dijalankan adalah:

3.1.1 Tiada penggunaan beg plastik pada hari Sabtu


Inisiatif ini bermula di Pulau Pinang dengan saranan pihak kerajaan negeri
dan kemudiannya telah berlanjutan di Selangor dan Kuala Lumpur. AEON juga
telah mereka cipta beg gunapakai yang cantik dalam mengelakkan
penggunaan beg plastic. Inisiatif ini telah dimulakan pada tahun 2010 dan
masih berjalan sehingga kini.
3.1.2 Penanaman pokok di Sungai Melaka
Melalui usaha ini, sebanyak 2000 pokok telah berjaya ditanam di pinggiran
Sungai Melaka. Ini merupakan salah satu usaha kerjasama bersama-sama
komuniti dan pihak berkuasa di Melaka dan telah dirasmikan oleh ketua
menteri negeri Melaka.
3.1.3 Pusat komuniti kitar semula
Salah satu usaha untuk penjagaan alam sekitar adalah dengan proses kitar
semula. Pihak AEON telah menubuhkan pusat sehenti bagi penduduk yang
ingin mengitar semula barangan terpakai. Keseluruhan pusat membeli belah
AEON mempunyai pusat kitar semula terutamanya di Semenanjung Malaysia.
3.1.4 Earth Hour pada setiap tahun
Antara usaha terbaru dari pihak AEON adalah dengan menyertai kempen
Earth Hour. Program ini yang menggalakkan penutupan penggunaan
barangan eletrik termasuklah lampu-lampu. Pihak AEON mendapat sambutan
yang amat baik dan sokongan yang mantap berkenaan dengan usaha ini.

3.2 Anugerah
Pihak AEON telah menerima anugerah khas diatas usaha mereka dalam penjagaan
alam sekitar. Anugerah yang diterima adalah Green Leadership Award 2010 iaitu
atas usaha pihak AEON menubuhkan pusat kitar semula, penanaman pokok dan juga
langkah-langkah penjimatan tenaga.
3.3 Kesedaran Hijau
Inisiatif kesedaran hijau merupakan antara langkah lain yang dilakukan oleh pihak
AEON dalam penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar. Antara langkah yang telah
diambil adalah pertandingan esei, hari alam sekitar dan penubuhan kelab AEON
Malaysia Cheers Club.
3.3.1 Pertandingan Esei
Pertandingan esei yang dijalankan pada tahun 2010 adalah salah satu usaha
tidak langsung dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Bertemakan
"Biodiversity Crisis - What We Can Do To Save Our Environment"
pertandingan ini telah berjaya menarik minat orang ramai manakala hadiah
utama adalah merupakan tajaan lawatan ke Jerman dan melawat tempat
yang terkenal dengan penjagaan alam sekitar.
3.3.2 Hari Alam Sekitar
AEON turut mengadakan hari alam sekitar yang memperkenalkan polisi 3 R
iaitu Reduce, Reuse dan Recyle. Pada hari tersebut, pihak AEON telah
membuka gerai yang bagi mendidik masyarakat tentang betapa pentingnya

10

penjagaan alam sekitar. Mereka turut mengadakan permainan bagi kanakkanak kerana percaya pada pendidikan awal terhadap kanak-kanak tentang
penjagaan alam sekitar. Mereka juga turut mengadakan pameran tentang
bilik hijau yang dicipta menggunakan bahan kitar semula.
4.0 Komuniti
Sepertimana syarikat-syarikat yang lain, AEON Malaysia tidak terlepas dalam
memberi sumbangan kepada komuniti. AEON sedar bahawa tanpa pertalian yang
baik terhadap komuniti dan masyarakat persekitaran, tanggungjawab sosial syarikat
adalah tidak lengkap. Oleh yang demikian, pelbagai usaha yang telah dijalankan
dalam usaha mengeratkan pertalian dengan komuniti. Antara nya adalah;
pembersihan pantai, kempen derma darah dan sumbangan kepada yang
memerlukan.
4.1 Pembersihan pantai
Alam semulajadi tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat samada tua mahupun
muda. Oleh yang demikian AEON Malaysia dengan kerjasama komuniti tempatan
menganjurkan kempen pembersihan pantai. Antara pantai yang terlibat adalah
Pantai Batu Feringghi dan Pantai Remis. Usaha pembersihan ini membuahkan hasil
apabila masyarakt bergandingan bahu membersihkan alam sekitar agar dapat terus
digunakan pada masa hadapan.
4.2 Kempen derma darah
AEON Malaysia adalah amat sinonim dengan kempen derma darah. Ini kerana pada
setiap tahun, AEON akan menganjurkan kempen derma darah di premis AEON di
11

seluruh negara. Usaha ini adalah untuk memberi masyarakat peluang untuk
menderma dan pada masa yang sama membantu kerajaan dalam menyumbang
kepada tabung bekalan darah yang mencukupi. Dengan penganjuran kempen di
premis AEON, masyarakat tidak perlu hadir ke pusat darah malahan lebih selesa
berada di premis AEON yang berada dekat di kawasan kediaman.
4.3 Sumbangan untuk yang memerlukan
AEON Malaysia juga tidak lupa pada individu yang tidak bernasib baik. Oleh yang
demikian, sumbangan dalam bentuk wang dan juga tenaga diberikan kepada yang
memerlukan. Antara aktiviti AEON adalah memberi tenaga dalam menceriakan wad
kanak-kanak di Hospital Melaka. AEON sedar bahawa kanak-kanak merupakan
tonggak kepada masa depan negara dan masa depan mereka adalah masa depan
negara jua.
4.4 Yayasan AEON Malaysia
Telah beroperasi selama 10 tahun, Yayasan AEON Malaysia dengan slogan "With All
Our Hearts" atau dengan segala yang termampu, telah melaksanakan pelbagai
kempen kesedaran berkenaan kerja-kerja amal. Antara kempen yang terkenal adalah
kerjasama

dengan

syarikat

television

TV3

untuk

menganjurkan

program

Bersamamu yang bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan. Hasil


dari program ini, telah wujud pelbagai usaha serta bantuan yang disumbangkan oleh
masyarakat terhadap usaha amal ini.

12

PENGENALAN KEPADA PENUBUHAN MCDONALD


McDonalds, tentunya satu nama yang tidak asing lagi di hati kita. Bertepatan dengan
slogan yang dibawa Im Lovin It McDonalds merupakan satu jenama peruncit
perkhidmatan makanan segera yang terkemuka, digemari dan disukai oleh segenap lapisan
masyarakat tanpa mengira bangsa dan peringkat umur. Ia merupakan satu produk makanan
segera yang menyediakan hidangan burger daging dan ayam, kentang goreng, ayam goreng,
minuman ringan, makanan sarapan pagi, susu kocak, aiskrim dan pelbagai lagi hidangan
lazat dan berkhasiat dengan harga yang amat berpatutan. Sejarah penubuhan McDonalds
bermula pada tahun 1940, dengan pembukaan sebuah restoran oleh adik-beradik Dick dan
Mac McDonald. Walau bagaimanapun, tarikh penubuhan McDonalds hanya diisytiharkan
pada tahun 1955, sempena tarikh pembukaan restoran francaisnya yang pertama oleh
Ketua Pegawai Eksekutif McDonalds pada ketika itu, Ray Kroc. Restoran francais Ray Kroc ini
merupakan restoran McDonalds yang ke-sembilan yang telah dibuka pada ketika itu.
Statistik Perbadanan McDonalds Amerika Syarikat pada hari ini menunjukkan
pemilikan lebih 33,000 restoran McDonalds merentasi 119 negara. Daripada jumlah
restoran ini, lebih daripada 75 peratus restoran McDonalds di seluruh dunia, dimiliki dan
dikendalikan oleh usahawan tempatan negara itu melalui program francais yang ditawarkan
oleh pihak McDonalds sendiri. Umum juga mengetahui bahawa McDonalds bergantung
sepenuhnya kepada program francaisnya sebagai teras utama kejayaan syarikat itu.
Di Malaysia, McDonalds secara progresifnya sedang merangka pelan untuk
mengembangkan aspek francais perniagaan mereka di sini. Menyusuri sejarah bermulanya
nama McDonalds di Malaysia, ia membina namanya di Malaysia buat pertama kalinya pada
bulan Disember 1980, apabila Perbadanan McDonalds Amerika Syarikat menganugerahkan
13

Golden Arches Restaurants Sdn Bhd, lesen untuk mengendalikan rangkaian restoran
McDonalds di Malaysia. Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi yang
paling strategik, dan seterusnya pada 29 April 1982, restoran McDonalds yang pertama di
Malaysia telah dibuka. Dengan pembukaan restoran ini, McDonalds Malaysia telah
dinobatkan sebagai restoran pertama beroperasi di negara yang majoriti penduduknya
beragama Islam. Kini, McDonalds Malaysia telah mempunyai sebanyak 204 rangkaian
restoran di seluruh negara dan membuat projeksi pertumbuhan restoran baru dengan kadar
antara 15-20 buah restoran pada setiap tahun. Dengan pembukaan restoran baru ini, sudah
tentu peluang pekerjaan untuk warga tempatan juga bertambah. Anggaran sebanyak 1500
peluang pekerjaan baru akan diwujudkan menerusi pembukaan restoran baru ini,
penambahan kakitangan serta pemodelan semula restoran-restoran yang sedia ada.
Menjelang tahun 2014, McDonalds Malaysia merancang untuk memiliki 300 restoran,
dan membuat projeksi akan melayan lebih 12 juta pelanggan pada setiap bulan. McDonalds
Malaysia juga kini menguasai 42 peratus pasaran Restoran Perkhidmatan Segera (QSR) di
Malaysia, berbanding restoran perkhidmatan makanan segera yang lain seperti Kentucky
Fried Chicken (KFC), Burger King, A&W, Pizza Hut, Dominos Pizza dan lain-lain lagi.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT DI MCDONALDS


Dalam usaha mencapai matlamat perniagaannya, Mc Donalds tidak pernah berhenti
untuk melangkah ke hadapan demi berkhidmat kepada masyarakat di mana ia beroperasi
dari semangat tanggungjawab sosial dan standard tertinggi tadbir urus korporat. Kumpulan
ini tidak pernah mengabaikan peranannya dalam membangunkan masyarakat dan

14

memainkan peranannya sebagai warga korporat yang bertanggungjawab sosial di dalam


komuniti melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan matlamat menjaga kebajikan
masyarakat pada umumnya. Dengan lebih banyak pengalaman berserta dengan usaha
bersama kakitangannya yang berdedikasi, Mc Donalds mensasarkan untuk menjadikan
pegangannya bagi mewujudkan perbezaan sebenar dalam hidup mereka yang kurang
bernasib baik dengan menganjurkan pelbagai acara untuk memberi kegembiraan dan kasih
sayang

serta

menunjukkan

kesungguhan

dan

keprihatinan.

Mc

Donalds

telah

membahagikan tugasnya kepada 3 bahagian iaitu peluang latihan kepada kakitangan,


inisiatif alam sekitar dan komitmen terhadap komuniti tempatan.

1.0 PELUANG LATIHAN KEPADA KAKITANGAN


1.0 Faedah
McDonalds menawarkan beberapa peluang untuk menyertai mereka sebagai francaisi
McDonald dan cara untuk memiliki dan menjalankan perniagaan yang Berjaya. Berikut
adalah beberapa faedah yang akan dinikmati sebagai francais McDonald:

mempunyai peluang untuk menjalankan perniagaan sendiri dan meraih ganjaran


yang datang dari yang bertanggungjawab untuk kejayaan anda sendiri. Melalui
pendekatan unik McDonald untuk latihan dan sokongan, anda berada dalam
perniagaan untuk diri sendiri.

Akan menerima alat untuk membantu anda berjaya dalam perniagaan, termasuk
sokongan dalam pelbagai bidang seperti operasi, latihan, pengiklanan, pemasaran,
perhubungan awam, hartanah, pembinaan, pembelian dan peralatan.
15

Akan merasai kegembiraan yang datang daripada bekerja dengan orang - kakitangan
restoran anda, pelanggan dan masyarakat setempat.

Mempunyai peluang untuk menyumbang kepada kejayaan keseluruhan McDonald.

Akan menikmati kepuasan peribadi, kedua-duanya sebagai pemilik perniagaan


individu dan sebagai ahli organisasi dihormati McDonald di seluruh dunia.

Akan mendapat pertumbuhan peribadi dan pengetahuan perniagaan dari program


latihan yang luas McDonald dan pengalaman anda sebagai pemilik perniagaan.

1.2 Peluang Francais


Terdapat dua cara untuk menjadi francaisi McDonald - memulakan restoran baru dari
awal atau membeli sebuah restoran yang sedia ada McDonald. Semua akan bergantung
setelah tamat latihan.
(1) Restoran Baru
Kos untuk memulakan sebuah restoran yang baru McDonald boleh menjadi antara
RM2.0 juta hingga RM4.5 juta. Kos juga bergantung kepada saiz restoran dan jenis,
lokasi, gaya hiasan dan landskap.
2) Restoran Sedia Ada
Bagi sebuah restoran McDonald sedia ada biasanya akan membeli lebih berdasarkan
nilai pasaran restoran. Di samping itu, yuran francais dan deposit keselamatan yang
dinyatakan di atas juga akan dibayar.

16

2.0 INISIATIF MCDONALS TERHADAP ALAM SEKITAR


2.1 Hari Tanpa Beg Plastik
Rangkaian restoran makanan segera McDonald's Malaysia Pulau Pinang telah
memperluaskan lagi kempen hijaunya apabila memperkenalkan Hari Tanpa Beg
Plastik kepada para pelanggan di sini. Bermula 1 Mac lalu, semua 18 buah rangkaian
restoran itu di Pulau Pinang tidak lagi memberi beg plastik kepada pelanggan sama
ada untuk hidangan bawa pulang atau di kaunter pandu lalu, sebaliknya digantikan
dengan beg kertas. Ia merupakan inisiatif kempen hijau oleh restoran tersebut
sebagai satu usaha mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar daripada bahanbahan buangan plastik. Kempen itu sebenarnya mencatat sejarah kerana McDonald's
Malaysia menjadi satu-satunya restoran makanan segera di negara ini yang
menyahut seruan kerajaan agar mengurangkan penggunaan beg plastik. Hasilnya
memang memberansangkan. Sepanjang sebulan tempoh percubaan itu, restoran
tersebut berjaya mengurangkan penggunaan kira-kira 186,000 beg plastik. Sebagai
permulaan, Hari Tanpa Beg Plastik hanya diadakan selama 3 hari seminggu iaitu
pada hari Isnin sehingga Rabu sahaja. Idea mengenai kempen tersebut turut
mendapat reaksi positif pihak pengurusan tertinggi restoran makanan segera itu,
bahkan tidak menolak kemungkinan akan diperluaskan ke rangkaian di negeri-negeri
lain. McDonald's Malaysia sentiasa komited terhadap kempen mesra alam seperti itu
dan buktinya kira-kira 60 peratus daripada pembungkus dan bekas makanan yang
digunakan diperbuat daripada kertas menggantikan polisterina. McDonalds
menerima kempen ini kerana ia sejajar dengan imej korporat restoran yang turut
menyuarakan idea sama menerusi program hijau yang menjadi fokus mereka iaitu

17

penggunaan tenaga secara berhemah, kitar semula dan reka bentuk restoran yang
mesra alam. Sebagai contoh, semua lampu di premis adalah jenis lampu yang lebih
cekap tenaga, begitu juga dengan perkakasan elektriknya.Mereka juga membekalkan
kira-kira 12,000 kilogram minyak masak terpakai setiap bulan kepada kilang tertentu
untuk diproses dijadikan sabun, lilin dan sebagainya.Bagi menjimatkan penggunaan
air, pihak restoran menyediakan tangki khas bagi menyimpan air hujan untuk diguna
bagi menyiram pokok-pokok bunga atau cucian di kawasan luar premis.

3.0 TANGGUNGJAWAB MCDONALDS TERHADAP KOMUNITI


3.1 Rumah Amal Ronald Mcdonald Malaysia
Ronald McDonald House of Charity Malaysia (RMHC Malaysia) di rantau ASEAN
ditubuhkan pada tahun 1999 dan terletak di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia),
Dilancarkan secara rasmi oleh Y.A.Bhg. Tun Dr Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali, isteri
bekas Perdana Menteri pada 21 Jun 1999, kemudahan ini mempunyai 19 bilik tidur
dengan bilik mandi dan kemudahan lain yang disediakan seperti kawasan dapur
merangkap-makan, ruang TV, kawasan permainan kanak-kanak dan dobi bilik.
Konsep "rumah jauh dari rumah" ini adalah untuk menyediakan penginapan
sementara untuk keluarga yang membuat perjalanan ke Kuala Lumpur untuk
pelbagai rawatan perubatan untuk anak-anak mereka di hospital. Seperti yang
umum tahu,kos rawatan perubatan pediatrik adalah mahal, dan menyewa di hotel
atau motel di bandar akan menambah kepada tekanan kewangan dan emosi.

18

Dengan adanya rumah ini, ia dapat meringankan bebanan kepada keluarga.


Kebanyakan keluarga memilih RMHC Malaysia untuk berada sehampir mungkin
dengan anak-anak mereka yang sakit tenat. RMHC Malaysia juga ditubuhkan sebagai
sebuah pertubuhan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong
program-program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan
kanak-kanak di Malaysia melalui pendidikan, kesihatan dan kebajikan. McDonald
Malaysia menyokong semua kos pentadbiran dan pengurusan, sekali gus
membolehkan RMHC Malaysia menggunakan 100% semua derma yang diterima
untuk membantu kanak-kanak di Malaysia yang memerlukan.
3.2 Bilik Ronald McDonalds Sensory
Tambahan itu juga, bilik Ronald McDonald Sensory adalah satu lagi projek untuk
kanak-kanak dengan keperluan khas. Bilik ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan
deria dari United Kingdom yang merangsang lima utama deria dalam suasana santai
dan menyeronokkan. Ia telah terbukti memberi manfaat kepada kanak-kanak khas
dan hal ini akan membantu kanak-kanak dalam kemahiran kognitif mereka dan
membina keyakinan diri. Bilik Ronald McDonald Sensory boleh didapati di lokasilokasi seperti berikut:

Agape Centre di Sibu, Sarawak

Bethany Home in Hutan Melintang, Perak

Pusat Hopehaven untuk Kanak-kanak Khas, Melaka

Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) di Ampang, Kuala Lumpur

Sekolah Seri Mengasih di Kota Kinabalu, Sabah

Sekolah Alur Harapan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang


19

Persatuan Kanak-kanak Istimewa Ampang, Selangor

Taman Sinar Harapan di Kuala Terengganu, Terengganu

Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia di Kuantan, Pahang

Persatuan bagi Selangor teruk minda Handicapped dan Wilayah Persekutuan (SSMH)
di Petaling Jaya, Selangor

Persatuan Kanak-kanak Spastik Johor Bahru di Johor

Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) di Kota Bharu, Kelantan

RMHC Malaysia juga merancang untuk menderma sekurang-kurangnya satu Bilik Ronald
McDonald Sensory di pusat-pusat untuk kanak-kanak istimewa di setiap negeri di
Malaysia. Pelan kini dijalankan untuk membina kemudahan ini di Perlis, Kedah dan
Negeri Sembilan.

3.3 Tunas Wawasan


Tunas Wawasan bermula sebagai program biasiswa pada tahun 1997 dengan kerjasama
Kementerian Pelajaran bagi Wilayah Persekutuan. Program ini direka untuk memberi
bantuan kewangan kepada pelajar dengan potensi akademik yang cemerlang dari
keluarga berpendapatan rendah.. Di bawah program ini, pelajar-pelajar dari sekolahsekolah menengah di Wilayah Persekutuan telah dipilih untuk menerima sokongan
kewangan bulanan untuk menampung perbelanjaan seperti pakaian seragam sekolah,
kasut sekolah dan buku-buku. Program ini bermula di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, dan kini telah berkembang di seluruh negara. Sejak 2001, program RMHC
Malaysia telah berkembang di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.

20

Di bawah program ini, sekurang-kurangnya 42 pelajar dari setiap negeri di Malaysia


dipilih setiap tahun untuk menerima biasiswa. Pelajar-pelajar ini terus menerima
sokongan sehingga selesai tahun kelima mereka di sekolah menengah. Bantuan akan
membolehkan pelajar-pelajar untuk menumpukan perhatian dalam pengajian mereka
dengan sokongan kewangan yang disediakan bahawa mereka akan mempunyai peluang
untuk cemerlang dalam pelajaran mereka dan menjadi pemimpin masa depan di negara
ini.
3.4 Gift Of Smile
RMHC Malaysia juga menguruskan Gift of Smile yang menyediakan pembedahan
pembetulan percuma untuk kanak-kanak yang dilahirkan dengan bibir dan lelangit
sumbing. Di Malaysia, dianggarkan bahawa 1 daripada 900 bayi yang baru lahir setiap
tahun dilahirkan dengan bibir dan lelangit sumbing. Pelbagai rawatan disediakan untuk
bayi tetapi malangnya tidak semua keluarga mereka berkemampuan. Hasilnya, bayi
dengan bibir yang tidak dirawat dan lelangit rekah akan mengalami kecacatan
pertuturan dan menghadapi masalah psikologi. Oleh itu,

Gift of Smile telah

menyediakan pembedahan pembetulan percuma bagi kanak-kanak yang dilahirkan


dengan keadaan ini. Keutamaan diberikan kepada keluarga dengan pendapatan isi
rumah sebanyak RM2, 000.00 dan ke bawah. Gift of Smile adalah kerjasama Pantai
Hospital Kuala Lumpur , ING Insurance Berhad dan McDonald Malaysia. McDonald
Malaysia membantu dengan semua pentadbiran dan perbelanjaan pengurusan dalam
RMHC Malaysia supaya setiap sen yang dikumpul membantu membuat perbezaan dalam
kehidupan kanak-kanak, Program ini mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan bagi
membolehkan kita untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang

21

secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak di Malaysia.


Bantuan mungkin termasuk dalam bentuk derma, sukarelawan dan sokongan kewangan.
3.5 Sumbangan Lain
RMHC Malaysia sebuah pertubuhan bukan keuntungan, tetapi McDonald Malaysia
adalah penyumbang terbesar dalam RMHC Malaysia. Kos operasi tahunan untuk RMHC
Malaysia termasuk kemudahan pejabat, peralatan dan bahan-bahan yang anggun
dibiayai oleh McDonald Malaysia. Ini bermakna setiap sen yang diterima masuk secara
langsung kepada kanak-kanak Malaysia yang memerlukan bantuan. Derma Pelbagai juga
dibuat sepanjang tahun untuk membantu ibu bapa yang menghadapi masalah kewangan
bagi memenuhi perbelanjaan perubatan untuk anak-anak mereka atau kanak-kanak
yang keluarganya mengalami bencana alam. Penglibatan McDonald Malaysia juga
termasuk:

Bantuan dalam bidang-bidang seperti perundangan, sumber manusia, komunikasi


dan pemasaran.

Memberi sokongan kepada RMHC Malaysia semasa acara kutipan dana atau projekprojek khas.

Penyertaan pekerja Malaysia McDonald sebagai sukarelawan RMHC Malaysia.

Sumber terbesar pengumpulan dana melalui program kotak syiling di restoranrestoran Malaysia semua McDonald.

McDonald Malaysia boleh menjadi penderma korporat terbesar tetapi sokongan


kumpulan-kumpulan tempatan dan pelbagai organisasi, sukarelawan dan syarikatsyarikat adalah penting untuk berjaya melaksanakan program-program kami.

22

3.6 Gaya Hidup Seimbang


3.6.1 "Fitness Fun" dengan Ronald McDonald
Pada tahun 2004, McDonald telah melancarkan secara rasmi "Fitness Fun" dengan
Ronald McDonald yang bertujuan untuk menggalakkan anak-anak muda Malaysia
untuk hidup gaya hidup yang seimbang yang sihat. Aktiviti ini adalah satu program
kecergasan 45-minit yang bertujuan untuk memupuk gaya hidup yang seimbang
serta memberi tumpuan kepada tabiat pemakanan sihat dan senaman kecergasan di
kalangan kanak-kanak. Program ini telah dibangunkan dengan sokongan hands-on
dan bimbingan daripada pakar-pakar dengan objektif mendidik kanak-kanak
mengenai kepentingan diet seimbang yang mengandungi pelbagai makanan yang
diambil secara sederhana. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa senaman boleh
menyeronokkan dan mempunyai tahap kecergasan yang baik. Program ini
menggabungkan campuran kreatif muzik dan senaman fizikal.
3.6.2 Larian Hari Olimpik
Larian Hari Olimpik adalah menunjukkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia
dalam memupuk semangat Olimpik persahabatan dan perpaduan, secara langsung
menghubungkan dengan rakyat semua peringkat umur dan budaya. Pada peringkat
global, McDonald adalah Rakan Rasmi Aktif Sukan Olimpik dan telah mengadakan
aktiviti Hari Olimpik di seluruh dunia sejak tahun 1976. Larian Hari Olimpik bermula
pada tahun 1987 untuk memperingati asas IOC pada 23 jun 1894 oleh Baron Pierre
de Coubertin. Acara ini terus berkembang dalam populariti di peringkat
antarabangsa, daripada 45 menyertai Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan dalam
tahun pertama kepada lebih daripada 100 pada masa ini. Lebih daripada sepuluh

23

juta orang, termasuk mereka yang kurang upaya, telah mengambil bahagian dalam
Larian Hari Olimpik di seluruh dunia.
Larian Hari Olimpik anjuran McDonald ini adalah khusus untuk mempromosikan
sebuah gaya hidup seimbang, gaya hidup aktif di kalangan orang ramai dan acara
global ini adalah satu manifestasi untuk mewujudkan satu kesedaran yang lebih
besar mengenai kepentingan menjalani gaya hidup yang aktif demi kami
kesejahteraan.
Larian ini diadakan bermula pada 29 Jun 2008 sehingga kini. Larian Hari Olimpik telah
dibahagikan kepada 13 kategori iaitu Terbuka Lelaki, Wanita Terbuka, Junior Veteran
Lelaki Veteran Kanan Lelaki, Veteran Wanita, Junior Lelaki, Junior Wanita, Warga
Emas Lelaki, Warganegara Kanan Wanita, Sekolah Rendah (Lelaki), Sekolah Rendah
(Perempuan), dan dua kategori baru: Kumpulan (untuk peserta berumur 15 tahun
dan ke atas) dan Keluarga (untuk 2 orang dewasa dan kanak-kanak berusia 7-14
tahun). Yuran penyertaan minimum RM10 sepenuhnya disalurkan kepada Persatuan
Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan (FTAAA) untuk perbelanjaan pentadbiran,
manakala pelajar sekolah dengan setem pada borang pendaftaran mereka hanya
perlu membayar RM5 manakala Kumpulan dan Keluarga perlu membayar RM20
setiap pasukan.

KESIMPULAN
Kesemua aktiviti di atas telah menggambarkan bahawa syarikat AEON Malaysia dan
McDonalds amat gigih berusaha untuk menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab
24

sosial mereka terhadap masyarakat. Ini termasuklah terhadap kakitangan, tempat kerja,
alam sekitar serta komuniti. Oleh yang demikian tidak hairanlah bahawa penerimaan
terhadap kedua-dua syarikat ini adalah sangat baik di kalangan masyarakat setempat. Ini
disebabkan oleh kesemua aktiviti yang dijalankan memberi manfaat bukan sahaka kepada
individu, malah masyarakat serta negara. Sebagai contoh aktiviti pembangunan sumber
manusia dapat memberi peluang serta pulangan yang baik kepada individu yang terlibat.
Malah aktiviti bantuan kepada para peniaga kecil dengan memberi ruangan untuk disewa
juga membantu negara secara tidak langsung dengan membuka peluang perniagaan serta
meningkatkan ekonomi negara dan usahawan tersebut. Malah terdapat aktiviti
kemasyarakatan seperti sumbangan serta bantuan kepada yang memerlukan dapat
meringankan beban mereka malah turut mengurangkan beban kerajaan dalam membantu
mereka. Dengan itu boleh di simpulkan bahawa AEON Malaysia dan McDonalds adalah
sebuah syarikat yang amat prihatin tentang tanggungjawab sosial walaupun tidak
diwajibkan terhadap mereka tentang usaha ini. Diharap usaha ini dapat diteruskan hingga ke
masa akan datang agar banyak pihak dapat menikmati segala jasa baik yang akan mereka
lakukan.

25

RUJUKAN
http://www.jusco.com.my/corp_pro.html
http://www.jusco.com.my/csr_code.html
http://www.jusco.com.my/csr_hrd.html
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/9/1/central/1909066&sec=central
http://www.jusco.com.my/csr_marketplace.html
http://www.jusco.com.my/csr_pns.html
http://aeonretail.com.my/csr_green_initiatives.html
http://aeonretail.com.my/csr_green_award.html
http://aeonretail.com.my/csr_green_aware.html
http://aeonretail.com.my/csr_community_initiatives.html
http://aeonretail.com.my/csr_community_waoh.html
http://www.mcdonalds.com.my/abtus/franchise/benefits.asp
http://www.usahawan.com/umum/program-perniagaan-francais-mcdonalds.html
http://my.ixarticle.com/articles/619576/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec
=Johor&pg=wj_02.html

26

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Infinit
i&pg=in_03.htm

27

Anda mungkin juga menyukai